Sunday, May 13, 2018

Najib Disekat Ke Luar Negara, Mahathir Akui Mengarahnya.


Mahathir Akui Memang Arah Sekat Najib Ke Luar Negara

SEKAT… Perdana Menteri baharu hari ini mengesahkan beliau yang mengeluarkan arahan larang ke luar negara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Saya memang tidak boleh pergi ke airport (lapangan terbang). Jadi saya suruh orang yang berkuasa untuk ke sana,” kata sinis Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang media khas di ibu pejabat PPBM di Petaling, Jaya, Selangor.
Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini mengesahkan bahawa bekas perdana menteri dan pasangannya berjaya disenarai hitam daripada keluar negara menerusi status yang dikirim dalam akaun Twitter rasmi jabatan itu pagi ini.
Najib yang dilaporkan mahu berehat seketika dengan keluarga berkata beliau akur dengan keputusan Jabatan Imigresen Malaysia melarangnya daripada meninggalkan negara dan memutuskan untuk bersahaja di negara ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd. Zani Che Din mengesahkan Najib dan Rosmah tidak menaiki mana-mana penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS), hari ini.
Selain itu, beliau turut menolak dakwaan tular pihak tidak bertanggungjawab konon bahawa pihak polis menerima arahan daripada kerajaan baharu untuk menahan atau menghentikan pergerakan bekas pemimpin negara tersebut.
“Pihak polis tidak menerima apa-apa arahan untuk menahan Datuk Seri Najib. Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara ini sebenarnya harus mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen.
“Mereka yang tidak ada urusan sama ada sebagai penumpang di kawasan ini dan sebagainya, bolehlah beredar dari kawasan terminal ini. Ini bagi mengelakan kesesakan jalan dan menimbulkan kesukaran kepada penumpang.
“Seperti yang diperhatikan, sebenarnya orang lain di dalam pesawat tersebut yang berlepas tadi dan mereka adalah warganegara asing,” kata Mohd. Zani ketika ditemui pemberita di perkarangan LTAAS di Subang, Selangor.
Selain itu tegas beliau lagi, pasukan beruniform di lapangan terbang tersebut merupakan anggota polis Light Strike Force (LSF) untuk mengawal orang ramai dan bukannya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Ujar Mohd. Zani, hanya pegawai imigresen mempunyai kuasa untuk menghalang atau membenarkan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Saturday, May 12, 2018

Imbas Kembali, Dr M &Islam. Islam Kini Baru Lepas Dari Mulut Harimau Tapi..

Hasil carian imej untuk abd hadi
MENGIMBAS kembali peranan Tun M dan penentangannya terhadap Islam, maka elok dilihat  semula tulisan ini..

Dr M paling kuat paling kuat bantah pelaksanaan Islam di Kelantan - Hadi. 
Posted on Friday, April 27 @ 16:01:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman (TKO)

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa paling kuat menentang pelaksanaan perundangan Islam sepenuhnya di Kelantan terutama selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Enakmen Undang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan perdana menteri kemudian menghantar sepucuk surat amaran kepada menteri besar Kelantan ketika itu, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar Kelantan tidak meneruskan hasrat menguatkuasakan enakmen berkenaan atau diambil tindakan.


“Ini yang berlaku sebenarnya… Dr Mahathir bersama timbalannya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalang pelaksanaan perundangan Islam di negeri Kelantan setelah 2/3 Adun Kelantan meluluskan pelaksanaan enakmen tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas program ceramah perdana Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Ampangan malam tadi.


Sementara itu dalam ucapannya, Hadi berkata ketika pemerintahan Dr Mahathir, PAS yang mentadbir Kelantan ditekan dengan pelbagai bentuk tekanan termasuk dilewatkan agihan geran kepada kerajaan negeri, diugut, diganggu-gugat pentadbiran menerusi pembentukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), selepas parti itu menang besar pada pilihan raya umum 1990.


Beliau mendakwa kerajaan Persekutuan ketika itu sengaja melengah-lengahkan pembayaran peruntukan kepada kerajaan negeri Kelantan yang sepatutnya dibayar pada Februari atau April dan Jun atau Ogos setiap tahun, sehingga menjejaskan pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.


“Setiap tahun, kerajaan pusat perlu membayar 2 kali peruntukan (geran tahunan) kepada setiap kerajaan negeri termasuk Kelantan berdasarkan persetujuan pelaksanaan sistem Persekutuan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Lazimnya geran tahunan ini akan diberikan pada Februari atau Mac. Disusuli sama ada Julai atau Ogos. Namun dalam kes kerajaan Kelantan ini peruntukan hanya diberikan pada Disember untuk melengahkan kerajaan kita membayar gaji kepada kakitangan,” katanya

Bagaimanapun, Hadi berkata keadaan itu berbeza bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lebih terbuka.


“Ini termasuk memberikan laluan untuk kita membentangkan usul persendirian Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Akta 355) di Parlimen,” katanya. (TKO)


Komen Weblog ini, Islam di Malaysia sekarang berada di ambang 'terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya'.


Lihat..E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Sarawak: Bantah Penerimaan Komponen BN Dalam PH


PENGERUSI PKR Sarawak, Baru Bian. - Foto Awang Azmil


KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengutus surat kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menyatakan bantahan terhadap penerimaan mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) ke dalam gabungan itu.
Pengerusi PKR negeri, Baru Bian, berkata kerajaan negeri BN adalah proksi kepada UMNO, yang mana pemimpinnya membenarkan salah guna kuasa untuk mengaut kekayaan dan menafikan hak rakyat.


"Mereka mengutuk dan mengejek pendirian kami ke atas beberapa isu seperti tanah Hak Adat Bumiputera dan salah guna hak asasi manusia oleh pemimpin dan pihak berkuasa negeri. Mereka juga menghina dan mengetepikan Pengerusi PH dan memperlekehkan manifesto kami.
"Jadi, kami berhak mempersoalkan motif mereka untuk menyatakan hasrat bergabung," katanya yang Ahli Parlimen Selangau.
Baru, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ba'kelalan, berkata beliau sudah membincangkan isu itu bersama Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen, yang juga Pengerusi DAP negeri dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri, Mohd Fidzuan Zaidi.
"Surat kepada Dr Wan Azizah dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah itu sebagai rekod mengenai bantahan keras terhadap penerimaan mana-mana parti komponen BN dalam PH," katanya.
Beliau berkata, menerima mana-mana parti komponen BN dalam PH akan dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat yang sekian lama ditindas kerajaan BN.
"Jika ada sebarang usaha dilakukan oleh Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) atau mana-mana parti politik untuk menyertai PH, kami harap pemimpin PH mendapatkan pandangan pemimpin PH Sarawak terlebih dahulu termasuk saya, Chieng Jen dan Fidzuan.
"Sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan bersama dalam kalangan pemimpin pakatan di peringkat pusat dan negeri," katanya. (BH)

PBS Jatuh! Peristiwa 1994 Berulang Di Sabah..


Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengadakan sidang media selepas tiba dari Istana Negeri menghadap Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di kediamannya, Bukit Padang, Kota Kinabalu. - Foto Khairull Azry Bidin


Insiden lompat parti yang menyebabkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1994, kembali melakar drama politik Sabah, selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diumumkan pada awal pagi Khamis lalu.
Itulah gambaran pergolakan politik Sabah ketika ini, berikutan kedudukan kerusi dimenangi BN dan pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan PKR serta sebuah lagi parti tempatan iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) gagal mencapai majoriti mudah.



Daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), BN hanya mampu memperoleh 29 kerusi menyamai jumlah kerusi yang diperolehi pakatan WARISAN, DAP dan PKR, manakala dua lagi dimenangi STAR sedangkan majoriti mudah memerlukan sekurang-kurangnya 31 kerusi.
Walaupun BN Sabah sudah mengumumkan membentuk kerajaan dan mengangkat sumpah Ketua Menteri, selepas mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan STAR, lewat malam Khamis lalu, ia tidak menamatkan kemelut politik pasca PRU-14 di negeri itu.
Semalam, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dilihat hadir di kediaman Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menimbulkan spekulasi insiden melompat parti sekali lagi berlaku, kali ini daripada BN untuk menyertai WARISAN.
Ia diperkuatkan lagi dengan tindakan Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau yang mengumumkan keluar BN dan membentuk kerjasama dengan WARISAN, kelmarin.
Daripada lima ADUN UPKO yang menang pada PRU-14, dua dilihat hadir di kediaman Mohd Shafie petang semalam iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan Ewon Benedick (Kadamaian).
Yang lain ialah ADUN daripada UMNO, antaranya Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Jamawi Jaafar (Kemabong), Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Osman Jamal (Balung).
ADUN BN lompat parti
Bezanya kali ini ADUN BN melompat parti kepada WARISAN. Pada 1994, BN menerima ADUN PBS yang melompat hingga memaksa Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengundur diri sebagai Ketua Menteri dan menyerahkan kuasa kepada BN.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 1994, PBS kembali membentuk kerajaan selepas mendapat majoriti mudah 25 kerusi daripada 48 kerusi DUN ketika itu, manakala baki 23 kerusi dikuasai BN.
Bagaimanapun, kerajaan PBS ketika itu hanya bertahan dua minggu selepas sebahagian besar wakil rakyatnya melompat menyertai BN dengan dimulai oleh tiga pemimpinnya iaitu Datuk Lajim Ukin (Klias), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Zaini Mat Isa (ADUN dilantik).
Tindakan mereka kemudian diikuti pemimpin lain termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Bernard Dompok dan Setiausaha Agung, Tan Sri Joseph Kurup yang masing-masing menubuhkan UPKO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), selain adik Pairin sendiri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Selepas insiden lompat-melompat itu, PBS akhirnya hanya mempunyai tiga wakil rakyat, iaitu Pairin, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Datu Amirkahar Datu Mustapha sekali gus memaksa Pairin melepaskan jawatan Ketua Menteri pada 17 Mac 1994.
Selain drama lompat-melompat parti, satu lagi situasi hampir sama turut berlaku selepas PRU-14, iaitu proses angkat sumpah Ketua Menteri di Istana Negeri yang terpaksa ditangguhkan hingga lewat malam.
Selepas mengumpul 31 ADUN untuk membentuk majoriti mudah, Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman datang menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, petang kelmarin.
Bagaimanapun, konvoi Musa terpaksa berpatah balik ke kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya kira-kira sejam kemudian sebelum sekali lagi ke Istana Negeri pada kira-kira jam 8 malam kelmarin, namun proses angkat sumpah hanya dapat dijalankan pada kira-kira jam 11 malam.
Pada 1994, Pairin terpaksa menunggu hampir 36 jam di luar Istana Negeri kerana tidak dibenarkan memasuki kawasan istana sebelum dapat mengangkat sumpah.
Lebih ramai dijangka sokong WARISAN
Semalam, Mohd Shafie turut ke Istana Negeri bagi menghantar surat kepada Juhar memaklumkan kedudukan pakatan diketuai WARISAN yang mengumpul 35 ADUN selepas enam ADUN daripada BN melompat setakat semalam.
Beliau turut mendakwa lebih ramai lagi ADUN BN dijangka tampil menyokong WARISAN, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan pakatan diketuai parti itu untuk membentuk kerajaan negeri dan memaksa BN yang diketuai Musa menyerah kuasa dan meletakkan jawatan Ketua Menteri.
Situasi itu juga berlaku pada tahun 1994 apabila BN yang diketuai UMNO ketika itu mengambil langkah sama bagi memaksa Pairin meletak jawatan Ketua Menteri dan menyerahkan kuasa kepada BN ketika itu.
Selepas kejatuhan PBS, BN yang mengambil alih kerajaan negeri pada masa itu melantik Tun Sakaran Dandai sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu dengan jemaah Kabinetnya turut merangkumi ADUN daripada PBS yang melompat parti.
Mengulas situasi kali ini, Lajim yang kini memimpin Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), berkata ia jelas seperti berlaku pada 1994 yang mana ia terjadi akibat ketidakstabilan kedudukan parti kerajaan.
Lajim kalah dalam cubaannya mempertahankan kerusi DUN Klias pada PRU-14 yang menjadi kerusi tradisinya sejak bersama PBS pada 1985, sebelum melompat kepada UMNO pada tahun 1994, keluar lagi menyertai PKR pada 2012 dan menubuhkan Harapan Rakyat tahun lalu.
Semalam, sebuah lagi parti komponen BN, iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP) mengumumkan keputusan meninggalkan gabungan itu berikutan kekalahan teruk parti berkenaan yang gagal memenangi sebarang kerusi pada PRU-14.
Parti yang diketuai bekas Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang itu bertanding di empat kerusi DUN dan satu Parlimen, namun semua tewas, termasuk Chee Kang bertanding di DUN Tanjung Kapor, Kudat.
Calon Cina daripada BN tewas
Berdasarkan keputusan PRU-14 bagi Sabah, semua calon Cina daripada BN, termasuk daripada MCA, GERAKAN dan PBS gagal memenangi kerusi ditandingi mereka apabila tewas di tangan DAP, PKR atau WARISAN.
Berdasarkan perkembangan itu, BN Sabah kini hanya dianggotai UMNO, PBS dan PBRS, selain MCA dan GERAKAN.
Situasi keluar BN mempelbagaikan lagi drama politik Sabah dan dijangka pergolakan politik negeri itu berterusan untuk beberapa hari atau minggu akan datang sehingga sebuah kerajaan negeri yang benar-benar stabil dan kukuh dapat dibentuk.
Apa yang penting, selain memastikan amanah rakyat yang memberi mandat kepada parti dapat ditunaikan dengan sebaik mungkin, proses peralihan kuasa yang sudah pasti akan berlaku dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Sehingga artikel ini ditulis malam tadi, WARISAN berjaya mengumpul 35 kerusi, sudah melebihi majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri selepas enam ADUN BN melompat parti.
Ini bermakna, kerajaan pakatan BN-STAR diketuai Musa yang dibentuk menggunakan majoriti mudah 31 kerusi lewat malam kelmarin tidak lagi boleh bertahan kerana hanya berbaki 25 kerusi.
Ini bermakna, Mohd Shafie hanya menunggu Musa mengumumkan peletakan jawatan Ketua Menteri bagi mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada BN dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. (BH)

PAS Tawar Bentuk K'jaan Perpaduan Di Perak Dengan Syarat...




MARANG – PAS hari ini menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan di Perak dengan dianggotai semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Namun ia dengan syarat menteri besar adalah beragama Islam dan pemilihannya dipersetujui oleh semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beragama Islam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan pembentukan kerajaan campuran itu dicapai pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila, di sini.
Beliau dalam mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu PAS juga memutuskan untuk hanya menerima tawaran pembentukan kerajaan campuran itu dengan syarat majoriti daripada 10 Ahli Majlis Jawatankuasa Negeri (Exco) dipilih daripada kalangan ADUN yang beragama Islam.
“Kalau tiada pihak yang bersetuju dengan syarat ini PAS tidak akan menyertai penubuhan kerajaan campuran di Perak dan akan kekal sebagai pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi.
Takiyuddin berkata ketika ini kerajaan negeri Perak tidak dapat dibentuk kerana tiada sebarang parti yang mencapai majoriti mudah 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 Rabu lepas yang membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri.
“Pada PRU14, Barisan Nasional (BN) mendapat 27 kerusi, PAS tiga kerusi dan Pakatan Harapan (PH) 29 kerusi. Jadi PAS hanya akan bersetuju untuk parti yang terima syarat kita untuk sama-sama tubuhkan kerajaan atau Perak perlu mengadakan pilihan raya negeri bagi membentuk kerajaan,” katanya.
Takiyuddin berkata BN atau PH sehingga kini belum lagi mengadakan perbincangan untuk menubuhkan kerajaan campuran itu.
“Kita (PAS) belum jumpa BN atau PH dan membuat tawaran terbuka ini kepada mereka… kalau mereka nak bincang kena jumpa kita sebab memang perbincangan mengenai pembentukan kerajaan campuran ini tidak pernah wujud sebelum ini,” katanya.
Untuk menubuhkan kerajaan negeri sesebuah parti memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ada. – BERNAMA

Selamba Berjemur Atas Jalan Kerana Kesesakan, Wajarkah?

jemur

SEKUMPULAN wanita di Britain telah menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berjemur selepag melibatkan sebuah lori. Tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain yang bes jalan berkenaan sesak selama dua jam akibat kemalangan yang ada di dalam kenderaan masing-masing, wanita terbabit dengan selamba meletakkan kain dan berjemur di atas jalan di Greater Manchester.


Salah seorang daripadanya ialah Lily Willetts, yang dalam perjalanan ke Blackpool bersama dengan pasangannya, Sam Wadsworth.
Apa yang mengejutkan Lily ialah bukan dia sahaja yang berjemur sebaliknya ada beberapa pemandu lain turut menggunakan peluang yang ada untuk berbuat perkara sama.
“Kami nampak asap dari lori tangki itu dan ia merupakan kemalangan yang terburuk pernah saya lihat. Kami berharap pemandunya selamat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Betul Ke Mahathir Mahu Anwar Jadi PM? Tapi Bila?

Betul Ke Mahathir Mahu Anwar Jadi PM? Tapi Bila?


AL KISAH… Semua tentu maklum bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memang pernah bermusuhan dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 20 tahun lalu.

Ini bukan benda rahsia, malah dalam sidang media di ibu negara dengan semua koresponden agensi berita asing selepas pecat Anwar pada 1998, Mahathir mendakwa konon orang No.2nya itu tidak layak jadi pengganti beliau.
Akibatnya, Anwar melancarkan gerakan Reformasi dan lahir parti serpihan UMNO yang kemudian dikenali sebagai PKR dengan slogan unik berdasarkan kepada akronim nama UMNO itu sendiri – Undur Mahathir Negara Okay!
Ketika itu, jutaan penyokong tegar Anwar dimomokkan dengan kekejaman Mahathir menyalahgunakan kuasanya seumpama rejim diktator jahat waima diberi gelaran buruk seperti Madey Kerala Kutty selain Firaun Maha Zalim.
Malangnya demi kuasa, Mahathir yang mendakwa kononnya mahu bersara dari politik pada tahun 2003 itu sebelum tiba-tiba buat ‘pusingan U’ pada 2016, dan kali ini bersungguh-sungguh pula mahu Anwar menjadi perdana menteri.
Lucunya, pada sidang media di ibu negara hari ini, ketua kerajaan paling tua di dunia itu mendakwa konon Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ada menyatakan kesediaannya memberi pengampunan diraja kepada Anwar.
“Baginda bersedia untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar, jadi kami akan menyiapkan segala proses dokumen. Ia adalah pengampunan secara penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan.
“Tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan. Jadi selepas itu, Anwar bebas untuk menyertai politik,” kata Mahathir. Ironi setakat ini pihak Istana Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Ia sekali gus mencetuskan spekulasi cakap politik mengenai kesahihan perkara itu apatah lagi Mahathir selamba sahaja mengeksploitasi nama Seri Paduka Baginda konon ada pernah berjanji untuk mengampunkan Anwar pula.
Ada pemerhati politik tempatan menyifatkan Mahathir mungkin berbuat demikian supaya rakyat percaya konon Yang di-Pertuan Agong mahu membebaskan Anwar dan sepatutnya dapat keluar hukuman penjara pada 8 Jun.
Ini bermakna jika Anwar gagal menerima pengampunan diraja, para penyokong tegar Pakatan Harapan (PH sebuah organisasi politik haram tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) akan mendakwa baginda sebagai penipu!
Jika ini berlaku, kemungkinan besar akan berlaku demonstrasi haram secara besar-besaran di depan Istana Negara untuk biadab mendesak Yang di-Pertuan Agong menepati janji atau ada petisyen agar baginda diturunkan takhta.
Ia mungkin tampak keterlaluan tetapi sejarah pernah mendedahkan Mahathir pergunakan kes Prebet Adam di Chow Kit pada 1985 dikaitkan almarhum Sultan Johor menyebabkan seluruh institusi beraja ‘dihukum’ menjadi mangsa.
Biarlah ini dianggap cuma spekulasi, tetapi jika diamati, Mahathir bijak berpolitik memanipulasi sentimen rakyat kerana sebelum ini beliau mendakwa Anwar akan diberi jawatan perdana menteri selepas dua bulan PH berkuasa.
Kelakarnya, tempoh ‘menunggu’ tersebut konon dinaikkan pula kepada dua tahun dan selepas itu ayat Mahathir berubah lagi kepada beberapa ketika! Apakah ini pusingan U terbaik di dunia untuk misi memperbodohkan rakyat?
Hakikatnya, mereka berdua adalah seteru. Khabar angin turut tular mendakwa Anwar tidak ‘selesa’ Mahathir jadi semula perdana menteri kerana sedar komplot bekas bosnya itu licik mahu lantik pula anaknya, Mukhriz sendiri.
Ia terbongkar apabila agensi berita rasmi Bernama hari ini ada menyiarkan analisis sempena pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri bahawa beliau keluar UMNO akibat ‘kecewa’ Mukhriz gagal pemilihan jawatan parti itu.
Laporan tersebut kemudian dipadamkan, namun ia membuktikan Mahathir ada rancangan mahu Mukhriz dilantik sebagai naib presiden sebelum menjadi timbalan presiden dan akhirnya presiden parti terbesar Melayu di dunia itu.
Sekiranya ini benar, maka terbuktilah Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia, tetapi demi agenda peribadi sehingga sanggup tergamak ‘bunuh’ UMNO yang banyak berjasa terhadap negara termasuk mempertahankan Islam.
Setakat ini tiada tempoh masa muktamad diberikan Mahathir untuk Anwar menjadi perdana menteri yang kelapan, tetapi ‘drama’ politik unik mereka sudah pun berjaya mengkucar-kacirkan arena siasah Malaysia. – Mynewshub.cc
* Video berikut sekadar hiasan…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails