Maszlee Malik yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrim dalam Islam telah melabelkannya sebagai "Islam liberal" dan "pro-Kristian" .
PETALING JAYA – Maszlee Malik yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrem dalam Islam telah melabelkannya sebagai “Islam liberal” dan “pro-Kristian”.
Mazlee yang memenangi kerusi Simpang Renggam dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 membuat pendedahan tersebut selepas sesetengah pihak dilaporkan melabelkannya sebagai “Islamis” .
Ketika ditanya Sinchew Daily mengenai label “Islamis” yang diberikan, Maszlee berkata, ia merupakan usaha politik yang bertujuan mempermainkan sentimen agama dan kaum.
Beliau berkata, usaha ala Barisan Nasional (BN) itu bertujuan mengeruhkan hubungan kaum dan agama di Malaysia.
Maszlee berkata, label “Islamis” menimbulkan ketakutan orang ramai walaupun ada pihak lain yang melabelnya sebagai “Islam liberal” malahan “pro-Kristian” .
“Secara bandingannya, orang ramai lebih cenderung melihat saya sebagai seorang sarjana dalam agama Islam berbanding melihat kelayakan dan latar belakang pendidikan saya,” katanya.
Maszlee berkata, beliau sebenarnya merupakan orang yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan tidak bersetuju dengan fahaman ekstrim malahan dirinya terlibat dalam usaha antipengganas.
Membesar dalam keluarga dan budaya Melayu, Maszlee mempunyai ibu keturunan Cina Hakka dan beliau juga mampu bertutur dalam bahasa Cina yang mudah.
Selain itu, beliau juga menguasai bahasa Arab moden dan klasik selain gemar menggunakan perkataan-perkataan Perancis dan Jerman yang mudah ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga.
Dalam manifesto pilihan raya, Maszlee memperjuangkan pengurangan beban kerja cikgu, mengurangkan saiz kelas dan membebaskan guru daripada kerja-kerja perkeranian.
Pengumuman Maszlee sebagai Menteri Pendidikan mencetus perbincangan dengan peguam hak asasi, Siti Kasim berpendapat Maszlee tidak sesuai menerima jawatan itu kerana pendidikan masa ini sudah dipengaruhi secara kuat oleh agama.
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bagaimanapun menyokong pelantikan Maszlee dan berpendapat orang ramai tidak harus melihatnya sebagai sarjana agama Islam semata-mata.(malaysiagazette)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan Maszlee Malik 'mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrem dalam Islam telah melabelkannya sebagai “Islam liberal” dan “pro-Kristian”'.
Mengapa dia menyamakan “Islam liberal” dengan “pro-Kristian”? Sedangkan pro-Kristian itu suatu yang baik selagi tidak menyalahi Islam. Tetapi 'Islam liberal' adalah ajaran sesat menyeleweng dari Islam.
Mengapa dia menyamakan “Islam liberal” dengan “pro-Kristian”? Sedangkan pro-Kristian itu suatu yang baik selagi tidak menyalahi Islam. Tetapi 'Islam liberal' adalah ajaran sesat menyeleweng dari Islam.
Apa rahsianya dia menyamakan sikap baik sokong Kristian dengan suatu ajaran sesat yang ditentang oleh Islam?
Apa pula yang dimaksudkan 'fahaman ekstrim'? Katanya dia tidak bersetuju dengan fahaman ekstrim atau 'orang yang lebih ekstrem dalam Islam'? Apakah tokoh-tokoh agama di Malaysia seperti Mufti dan lain-lain dilebelkan sebagai ekstrim dan jumud?
Apa pula yang dimaksudkan 'fahaman ekstrim'? Katanya dia tidak bersetuju dengan fahaman ekstrim atau 'orang yang lebih ekstrem dalam Islam'? Apakah tokoh-tokoh agama di Malaysia seperti Mufti dan lain-lain dilebelkan sebagai ekstrim dan jumud?