Sunday, May 27, 2018

Lagi Akhbar Charlie Hebdo Hina Gadis Berhijab.

Akhbar Charlie Hebdo hina gadis berhijab
PARIS - PERANCIS. Akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo menyertai kempen kebencian digerakkan ahli politik dan beberapa pengamal media terhadap pemimpin Kesatuan Pelajar Universiti Paris Sorbonne, Maryam Pougetoux.

Pougetoux dipilih menerajui Kesatuan Pelajar Kebangsaan Perancis (UNEF), namun pemilihannya tidak disenangi golongan konservatif kerana beliau beragam Islam.

Malah, kemunculannya di kaca televisyen minggu ini turut dilabel sebagai menjatuhkan maruah UNEF kerana Pougetoux muncul dengan imej berhijab. Susulan itu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun provokatif dengan menggambarkan Pougetoux sebagai seekor monyet memakai hijab dengan kapsyen "mereka memilih saya untuk mengetuai UNEF.'

Difahamkan, kartun itu adalah penerbitan terbaharu akhbar kontroversi tersebut yang mempunyai sejarah cukup panjang dalam menyemai kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya. Pada 2015, pejabat penerbitan Charlie Hebdo di Paris menjadi sasaran serangan militan yang mengorbankan 12 orang.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb mencetuskan kontroversi apabila mengkritik pemakaian Pougetoux kerana ia jelas bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Malah, Collomb secara sinis mendakwa gadis Muslim berusia 19 tahun itu merancang untuk melancarkan 'perang' budaya. Sementara itu, Pougetoux mempertahankan dirinya mengatakan keputusannya untuk memakai hijab tiada kaitan dengan politik dan ia hanya memenuhi tuntutan agama.

Baru-baru ini, Pougetoux muncul dalam sebuah dokumentari televisyen Perancis untuk membincangkan protes pelajar mengenai pembaharuan pendidikan yang dicadangkan Presiden Emmanuel Macron. - Middle East Monitor

Bakal Menteri Ehwal Islam Perlu Miliki Kriteria Yang Tepat. -YDP PUM

SHEIKH ABDUL HALIM

KUALA LUMPUR 26 Mei - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berharap menteri yang bakal dilantik untuk mengendalikan urusan dan hal ehwal agama Islam di negara ini memiliki kriteria-kriteria yang tepat.


Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abd. Halim Abd. Kadir berkata, kriteria yang perlu ada pada pemimpin tersebut adalah memiliki pengetahuan yang luas serta menyayangi agama Islam dengan sepenuh jiwa dan raganya.

“Apabila pemimpin itu betul-betul menyayangi Islam, beliau akan berjuang dan berusaha untuk mempertingkatkan kedudukan agama itu dengan bijaksana serta mengambil kira kepentingan agama-agama lain di negara ini,” katanya.

Beliau ditemui ketika hadir dalam Majlis Berbuka Puasa di Rumah Rehat Kedutaan Arab Saudi, Jalan Ampang di sini.
Yang turut hadir, 

  • Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, 
  • Mahmoud Hussien Saeed; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), 
  • Datuk Mohd. Nurdin Ibrahim dan 
  • Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Yunus.
Pada majlis tersebut, sebanyak 60 NGO Islam seluruh negara diraikan dengan juadah berbuka puasa dengan lebih 10 hidangan Arab.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, menteri itu perlu fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris bagi memudahkan perbincangan dua hala dengan negara-negara dari Asia Barat.

Kata beliau, kelebihan itu memberi nilai tambah untuk Malaysia menjalin hubungan yang lebih baik dalam pelbagai bidang dengan negara-negara berkaitan.

“Kefasihan menguasi dua bahasa asing itu amat penting sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam kerana beliau perlu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin luar,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Cuba Tekan PASTI Di PP Pun Bermula..


Bertahun-tahun BN cuba utk menutup aktiviti PASTI... tapi tidak berjaya...sblm PRU baru ni, seorang guru ditukarkan 24 jam hanya kerana benarkan PASTI menggunakan padang sekolah utk mengadakan aktiviti sukaneka...

Selepas kejatuhan BN, nampaknya usaha tersebut mula disambung oleh kerajaan dap dgn bermula di P.Pinang...

Kilang haram yg beroperasi puluhan tahun dan menjadi punca pencemaran, depa boleh biarkan kononnya ia dah wujud sejak zaman BN....malahan dilaporkan lebih 200 kilang haram wujud di seluruh P.Pinang...tidak pula depa bertindak drastik...

Mgkn sebab semua kilang tu tidak keluarkan produk Islam... itu sbb depa tak ambik kisah.... tapi PASTI mengeluarkan kanak2 yg mempunyai asas didikan agama Islam... maka ia mungkin bakal membahayakan anutan sekular pada masa depan... itu sbb perlu disekat...

alfaqir ilallah ppk
10 Ramadhan 1439H
Yano Dzulkarnain 

MINDARAKYAT

Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH


SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat dirasai oleh rakyat.


Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.
Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.
Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut.
“KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” kata beliau.
Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia selama lima tahun ini.
Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang. Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.
Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.
Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.
Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum lagi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!
Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.
Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.
Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.
Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.
Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.
Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.
Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!
Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun? Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.
Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6% GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?
Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?
Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.
Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang? Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama malah kerajaan PH enggan membelinya balik.
Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.
Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.
Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Isu Buah Dada Nurul Izzah.. Siapa &Mengapa ‘Polis Moral’?



Isu Tudung, Buah Dada Nurul Izzah: Pergi Mampus Sama ‘Polis Moral’


KUALA LUMPUR – Isu berhubung seorang lelaki yang disifatkan sebagai biadap kerana membuat teguran terbuka terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam program yang disiarkan secara langsung baru-baru ini masih hebat diperkatakan.


Terbaru aktivis wanita, Maryam Lee Mohamad Ramli Lee melahirkan rasa terkejut dengan sikap masyarakat yang dikatakan telah berubah berbanding sebelum ini.


Menurut Maryam masyarakat sebelum ini lebih gemar menyalahkan wanita yang sering menjadi mangsa ‘polis moral’.


“Wow, pertama kali aku tengok orang marah macam ni dekat lelaki yang menjadi polis moral wanita. Aku sendiri memang sangat marah.


“Selama ni kita sangat pemaaf pada para polis moral. “Teguran” yang jauh lebih teruk pernah dibuat pada ramai perempuan, tapi kita lebih sering berterima kasih dan apologetik pada “penegur”, “ ujarnya di laman Twitter semalam.


Maryam turut menjelaskan sebelum ini dia pernah dimarahi oleh seorang ‘polis moral’ kerana makan secara terbuka di sebuah restoran ketika bulan puasa.


Namun ketika itu, tiada seorang pun yang tampil untuk membelanya sebaliknya dia pula yang dipersalahkan.


“Pada tahun 2016, mesej yang aku sampaikan pada “penegur” yang marah aku makan di restoran bulan Ramadhan: kamu boleh simpan teguran kamu itu (kerana) saya tidak perlukannya. Polis moral pergilah sibuk hal lain.


“(Namun) Satu Malaysia tak marah “penegur” itu, tapi marah aku sebab tak makan “teguran”.

“Sudah tentu aku tak makan “teguran” yang biadap, kurang ajar, dan penuh caci makian. Pergi mampus pada polis moral. Apalagi di bulan ramadan. Pergi sibuk hal dosa kau dulu lah,” bidasnya lagi.


Seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Azrul’ sebelum ini membuat panggilan telefon untuk menegur Nurul Izzah yang dikatakan memakai tudung yang sering terselak sehingga menampakkan baju dalam dan buah dada beliau.


Emoran daripada itu masyarakat yang simpati mula mengecam sikap individu tersebut sambil mempertikaikan motif tegurannya.


Malah ada yang mendakwa lelaki tersebut mungkin mengalami masalah otak dan gila seks. – SuaraTV


Komen Weblog Ibnu HasyimDatuk Seri Najib Razak semalam menyindir kerajaan PH yang menyatakan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh ketika ini. Sebelumnya, PH kerap mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan krisis serta negara berkemungkinan muflis.

Cuma dua minggu lebih sahaja sudah berubah?


Lihat.. 

Apakah tegur menegur dalam soal agama pun sudah berubah dalam 2 minggu? Berubah macam mi segera. Hebat sangatkah dakwah kerajaan PH? 


Siapa 'polis moral'. Mengapa marah sangat hingga sanggup berkata jijik (Pergi Mampus Sama ‘Polis Moral’) kepada penegur mereka. Apakah hal ini ditujukan kepada pendakwah, ahli agama atau ulama.

Seperti strategi pihak-pihak komunis di zaman kebangkitannya, ingin menghapuskan Islam dengan menghina dan merendahkan ulama-ulama Islam terlebih dulu? Apakah ini halatuju PH sekarang?

Lihat juga..

Batal Projek HSR, K'jaan Rugi Pampasan Tinggi.. -Tun M


Hasil carian imej untuk jambatan bengkok mahathir
Ingat lagikah 'jambatan bengkok' impian Tun M yang gagal..

Kerajaan rugi dalam jumlah yang besar sekiranya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibatalkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, katanya, kerajaan sedang mempertimbangkan cara bagi mengurangkan pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura sekiranya projek itu akhirnya dibatalkan.

"Syarat dan perjanjian untuk HSR adalah antaranya jika kita membatalkan projek itu, kita perlu membayar pampasan yang tinggi. Kita sudah ada perjanjian dengan Singapura. Sekiranya kita langgar perjanjian itu, kita perlu bayar dalam jumlah yang besar," kata Dr Mahathir dipetik The Edge.

Projek HSR yang bernilai RM100 bilion merupakan salah satu projek mega di bawah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang diteliti semula oleh kerajaan.
Satu lagi projek mega lain yang sedang diteliti adalah projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Dr Mahathir berkata, tindakan Najib untuk melaksanakan dua projek mega serentak adalah langkah yang 'gila'.
"Dia macam tak fikir bagaimana kita akan bayar semua projek ini.
"Dia tahu ECRL, misalnya, adalah sesuatu yang kita tidak mampu. Ia tidak akan memberi banyak manfaat. Ia tidak akan memberi pulangan. Tapi dia teruskan juga dan buat keputusan untuk bina," kata Dr Mahathir.

Perdana menteri berkata kontrak ECRL 'pelik' kerana Malaysia perlu mendanai projek dengan meminjam dari China dan dalam masa sama mengupah kontraktor dari negara itu.

Meskipun ECRL mempunyai kemungkinan akan dibatalkan, pentadbiran kerajaan di bawah Dr Mahathir dilihat tidak menjarakkan diri daripada China.
South China Morning Post melaporkan memo dalaman daripada dr Mahathir kepada Setiausaha Menteri Luar Datuk Ramlan Ibrahim berkata "hubungan rapat kita dengan China akan terus berkembang".

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Projek jambatan bengkok di zaman Tun M jadi PM meneraju BN dulu, akan berulang jika projek HSR ini dibatalkan.

Nampaknya bekas PM BN Najib sebelum ini, lebih yakin mampu masih meneruskan pembangunan negara, sedangkan Tun M PM PH sekarang, sudah tidak 'yakin boleh' lagi.

Atau ada rahsia lain disebalik pembatalan HSR?

'Jari kanan saya OK'. Raja Norsharina Sedia Beraksi..


Al-hamdulillah, berhoki dan bertudung.

SUKAN
PERTAHANAN negara, Raja Norsharina Raja Shabuddin mengesahkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan jari tangan kanan dan bersedia beraksi pada pusingan pertama Siri Hoki Dunia di Singapura bermula 23 Jun hingga 1 Julai depan.

Dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia di Korea Selatan minggu lalu, tonggak berusia 27 tahun itu terpaksa menerima tiga jahitan di jari tangan kanannya selepas terkena bola ketika tumpas 3-1 kepada China dalam aksi kedua kumpulan.

Akibat insiden itu dia terpaksa berehat untuk perlawanan menentang Jepun sebelum beraksi semula dalam keadaan jari masih berjahit semasa tumpas kepada India 3-1 dan sekali lagi 2-0 kepada China dalam aksi perebutan tempat ketiga.

“Setakat ini, jari manis dan jari telunjuk tangan kanan saya sudah pulih, jahitan pun sudah dibuka, memang masih ada sedikit kesan bengkak tetapi saya sudah berasa selesa,” kata Raja Norsharina.
“Sebelum ini di Korea untuk dua perlawanan terakhir saya beraksi dalam keadaan kurang selesa kerana takut jahitan terbuka.”

Malah Raja Norsharina yang dianggap tonggak penting di bahagian benteng berpuas hati dengan keseluruhan prestasinya di Korea Selatan.

“Memang berpuas hati, tetapi masih ada ruang untuk terus meningkat terutamanya dari sudut bertahan.
“Saya juga gembira dengan potensi yang ditunjukkan pemain muda yang membuktikan mereka bukan lagi penumpang dalam pasukan dan saya pasti jurulatih (Dhaarma Raj Abdullah) akan pening kepala untuk memilih 18 pemain terbaik untuk ke Singapura,” katanya.

Siri Hoki Dunia di Singapura yang turut membabitkan Hong Kong, Kazakhstan, Thailand, Indonesia, Malaysia dan tuan rumah adalah kejohanan pembuka tirai bagi kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.




Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 8:51 PM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails