Sunday, June 03, 2018

Isu Peguam Negara: Raja-Raja Melayu Berbincang Selasa ini

 SYED DANIAL


KUALA LUMPUR 3 Jun - Raja-Raja Melayu akan mengadakan perbincangan khas berhubung isu Peguam Negara di Istana Negara pada Selasa ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, warkah persilaan telah dikeluarkan pada Jumaat lalu kepada Raja-Raja Melayu untuk mengadakan perbincangan khas itu.

“Ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang dan calon penggantinya.
“Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan isu tersebut dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kepada Penggugat Hak Istimewa Melayu/Islam, Belum Sebulan Kuasai Putrajaya..


Surat Terbuka Kepada Mereka Yang Hendak Menggugat Hak Keistimewaan Melayu/Islam

Surat terbuka ini aku tujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tanpa prejudis. Tujuannya adalah agar orang Melayu/Islam mesti mempertahankan hak mereka walaupun dengan darah manakala orang bukan Melayu mesti rasional dalam membuat tuntutan. Hal ini demi mengekalkan keharmonian kehidupan rakyat dan kesejahteraan Negara.

Belumpun sebulan PH menguasai Putrajaya macam-macam desakan dan kebiadapan dilakukan oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap hak-hak keistimewaan Melayu. Manakala keputusan PM Mahathir boleh dibaca sebagai mengiyakan kehendak dan katadua DAP. Hak keistimewaan Melayu memang kontradik dengan prinsip DAP.

Bukan sahaja DAP, boleh kata bukan Melayu memang sebolehnya mahu hak keistimewaan Melayu dihapuskan. Malangnya ada dari kalangan Melayu pro-PH yang konon berfikiran terbuka, bersetuju hak itu dihapuskan demi sebuah Negara Malaysia yang maju, adil dan berdaya saing. 

Apa yang aku faham hak keistimewaan Melayu ini sudah termaktub sebagai kontrak sosial apabila Tanah Melayu merdeka. Antara kompromi timbal balasnya ialah orang bukan Melayu khususnya Cina dan India  diberi kerakyatan mengikt prinsip Jus Soli. 

Prinsip Jus Soli ini diperkenalkan oleh British pada 1945 dan dilaksanakan oleh gagasan  Malayan Union pada tahun 1946. Prinsip penjajah ini lebih menguntungkan pendatang atau imigran kerana mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah.

Ok. Maknanya, aku beri satu dan dapat satu. Engkau setuju dan aku setuju. Kalau ketika itu bukan Melayu tak setuju Melayu diberi hak keistimewaan maka sudah pasti Melayu juga tidak akan prinsip Jus Soli. Bukan begitu?

Maka sejak belum merdeka lagi kaum Cina dan India sudah berkayuh sampan pulang ke tanah leluhur mereka. Sepatutnya tiadalah timbul soal kompromi yang sebenarnya sangat menguntungkan bangsa Cina dan India itu. Maka, Tanah Melayu sepatutnya dikuasai oleh orang Melayu dan bangsa pribumi yang lain sepenuhnya. 


Pendatang yang dibawa bekerja di lombong dan estet termasuk dengan anak cucu mereka sepatutnya diberi dua pilihan iaitu sama ada pulang ke negara asal atau terima untuk hidup di bawah naungan pemerintahan Melayu. Bukan begitu? Bolehlah pembaca melihat apa yang diamalkan di Indonesia? 

Ok.Mudah kata, kalau bukan Melayu menuntut atau mencabar hak keistimewaan Melayu agar dihapuskan baik secara terang atau halus, maka apa salahnya dirungkaikan semula kontrak sosial era merdeka dulu. Bersetujukan untuk dimansuhkan kerakyatan yang dijadikan tukar ganti itu? Kalau bersetuju, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Orang mengantuk disorongkan bantal.

Ini bukan bercakap tentang sensitiviti bangsa atau semangat asobiyah. Aku bercakap mengikut apa yang aku faham dari sejarah penubuhan negara. Melalui surat terbuka ini, aku mengajak rakyat Malaysia seluruhnya berfikiran rasional agar jangan ditimbulkan lagi rasa tak berpuas hati yang boleh mengundang bencana. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji.

Jangan ada Melayuku bersikap bodoh sombong yang nanti kuburmu dikencing oleh anak cucumu sendiri di kemudian hari. Jangan ada cabar-mencabar, dendam kesumat dan segala unsur yang boleh menyebabkan tanah air ini bermandi darah lagi. Sarang tebuan jangan dijolok. Jangan kejutkan harimau dari tidur dengan menarik ekornya.

Surat terbuka  ini merujuk kepada cubaan menghapuskan JAKIM, pelantikan AG, penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong dan peranan parti chauvanis DAP yang sedang menungggang Mahathir, PAN dijadikan terompah dan PKR dijadikan tali pemacunya. Tunggulah apa lagi selepas ini. Aku ingatkan bangsa ini, “jangan terhantuk baru terngadah”.

#NekadBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera

BayangDiAir
3/6/2018

Mengapa Lantik Peguam Cheng Peng? 12 Tunduk 42 Kerusi DAP..

Hasil carian imej untuk Peguam Ching Peng

Peguam Ching Peng hendak dilantik sebagai Peguam Negara


BY  · 

Satu demi satu tindakan Tun Mahathir kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi dapat menolak permintaan DAP yang semakin melampau. Apa boleh buat, bila hanya ada 12 kerusi, pasti terpaksa tunduk dengan permintaan DAP yang mempunyai 42 kerusi.
Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan perlantikan YB Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, iaitu insan yang mengiktiraf perjuangan Komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan. Belumpun pulih, kekecewaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, kini sekali lagi mereka dikecewakan dengan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik Tommy Thomas, Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng, sebagai Peguam Negara pula.
Walaupun baru 22 hari Pakatan Harapan memerintah, pelbagai perkara yang telah dibangkitkan cukup menguris hati orang Melayu dan penganut agama Islam. Adakah tidak cukup dengan cadangan menutup JAKIM, membuka UITM kepada Bukan Bumiputra dan membuka felda kepada bukan Bumiputra? Apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang majoritinya bukan Islam ini? Adakah mereka tidak sedar bahawa satu demi satu provokasi yang dilakukan oleh mereka boleh mengundang kemarahan pribumi yang merupakan majoriti rakyat negara ini?
Pemantau Malaysia Baru menyeru DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk bangkit menentang sebarang usaha untuk meletak Peguam Ching Peng ini sebagai Peguam Negara. Peguam Negara sewajarnya dipilih dikalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekaligus merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam memandangkan agama Islam merupakan agama Persekutuan.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, ayuh kita bangkit untuk menegur Regim Mahathir DAP ini supaya mereka sedar bahawa mereka tidak boleh memerintah negara ini sesuka hati mereka. Ayuh, mainkan peranan anda dengan sekurang-kurangnya bantu kami u menyebarkan mesej kebenaran.
Lokman Adam

Detik Terakhir Razan, Dokter Muda Ditembak Zionis.




Nama beliau ialah Razan al-Najjar. 21 tahun. Dia seorang pegawai perubatan wanita Palestin yang ditembak mati oleh pasukan pengganas Israel-Zionis di Semenanjung Gaza pada hari Jumaat (1/6/2018). 

Beliau embantu media penunjuk perasaan Palestin yang cedera ditembak di Khan Yunis. Seorang pegawai perubatan dari Gaza; Razan Najjar selepas ditembak oleh tentera Zionis Yahudi, ketika ia akan membawa mereka yang cedera ke Gaza.

Semoga Allah merahmati ganjaran untuknya. Amiin! 


Polis Israel tidak memberikan sebarang maklumat mengenai identiti wanita Palestin yang ditembak. 

Penduduk Palestin Hadir Pengebumian Razan, Menentang Kezaliman Israel Bangsat Itu.

Penduduk Palestin membawa jenazah Razan al-Najjar semasa upacara
Penduduk Palestin membawa jenazah Razan al-Najjar semasa upacara pengebumian di Khan Younis, Gaza, semalam. - AFP


GAZA CITY 2 Jun - Beribu-ribu penduduk Palestin menghadiri upacara pengebumian sukarelawan perubatan, Razan al-Najjar yang dibunuh oleh tentera Israel di Khan Younis, selatan Gaza.
Kakitangan perubatan, ambulans menghadiri upacara itu sambil bapa Razan memegang uniform putih yang mempunyai kesan darah mangsa ketika dia ditembak oleh tentera Israel.
Pertempuran kecil tercetus apabila golongan remaja Palestin melontar batu ke arah tentera Israel dan cubaan untuk merempuh pagar sempadan.
Penduduk Palestin menyeru tindakan balas dendam terhadap kematian Razan yang ditembak pada dada semasa sedang berlari untuk memberi bantuan perubatan kepada seorang penduduk Palestin. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya dalam Islam bukan  soal 'menyeru tindakan balas dendam', tetapi perjuangan Islam tetap bertembung antara kebenaran dan keadilan, menentang mungkar dan kezaliman. Ianya akan berlaku berterusan hingga hari kiamat. 

Cuma di Malaysia ini, kita belum dengar lagi apa-apa tindakan dan sikap kerajaan PH dalam membela rakyat Palelestin yang tertindas tidak kira bangsa dan agama. Kita belum dengar lagi sikap penentangan pemimpin DAP terhadap pengganas Israel bangsat itu di Palestin.

Teruk Sangat Tun M ini, Agong Tolak Bukan Melayu/Islam Peguam Negara.




KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di katakan menolak cadangan nama yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan mereka yang bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara.
Menurut portal The Malaysian Insight, Raja-Raja Melayu turut menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk menolak cadangan nama tersebut.
“Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas (dan) beberapa calon lain dikemukakan oleh Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.
“Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam,” memetik laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut.
Perdana Menteri telah menulis kepada Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan Tommy yang dikatakan sebagai pakar perlembagaan, 10 hari lalu.
Namun sehingga kini surat tersebut tidak mendapat sebarang perkenan Seri Paduka Baginda.
Sementara itu penulis politik yang juga merupakan penyokong Tun Mahathir turut membidas mengenai isu tersebut.
“Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara,” tulisnya.
Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.
Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Negara, Datuk A. Kadir Jasin turut menyentuh isu ini di blognya dengan menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan. – SuaraTV

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa teruk sangat pemikiran Tun M ni, sanggup mencalonkan yang bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara.  Weblog ini menyokong portal The Malaysian Insight, supaya Raja-Raja Melayu turut menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong bagi menolak cadangan nama-nama tersebut.

Ditipu Hidup-hidup Oleh Mereka Yang Hipokrit..


Maaflah. Kita bukannya cemburu atau dengki. Tapi kesian melihat rakyat Malaysia saban hari ditipu hidup-hidup oleh mereka yang hipokrit.

Sebelum ini, ketika mereka terjerat dalam isu "Bersalaman dengan bukan mahram". Mereka dengan segera mendelete foto-foto tersebut untuk menjaga reputasi dan kredibiliti pemimpin Islam rahmatan lil 'alamin mereka.

Dikala juak-juak mereka terus mempertahankan isu itu dengan beralasankan khilaf ulamak. Dan ada pula yang begitu ghairah mengupload foto Syeikh Al-Qaradhawi dan Syeikhul Azhar hafizahumallah untuk mengalihkan perhatian. Ya sudah, rakyat pun tahu tentang itu. 

Tapi anehnya jika ia tidak bersalah, mengapa didelete foto-foto itu? Setelah tahu kemarahan dan kekecewaan rakyat, mereka segera delete. Ini namanya politik hipokrit nak selamatkan diri.

Sebelum ini juga, mereka juga berhempas pulas mendelete ucapan dan janji-janji piliharaya yang mereka telah catitkan sendiri di dalam akaun-akaun FB mereka. Terutama janji-janji seperti :

1) HARI INI KITA (Pakatan Harapan) MENANG, ESOK KITA HAPUSKAN TOL.
2) HARI INI KITA (Pakatan Harapan) MENANG, ESOK KITA TURUNKAN HARGA MINYAK.

Malah, dengan angkuhnya mereka berkata : SILA TUNTUT JANJI KAMI SELEPAS PAKATAN HARAPAN MENANG!


Bila sudah menang, mengapa tergesa-gesa delete kenyataan tersebut? Ini namanya politik hipokrit nak selamatkan diri.

Allah....Macamanalah nak berkat..?

Dua janji besar inilah yang telah berjaya memancing undi rakyat Malaysia. Kita bukan tak terima kemenangan mereka itu. Mereka memang bijak menipudaya rakyat. Status ini pun bukan ditujukan untuk mereka. Tapi untuk rakyat Malaysia.

Jadilah rakyat yang bijaksini dan bijaksana. Tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipudaya politik murahan.

Terkini, ketika mereka tersepit dengan makar yang telah mereka cipta sendiri, mereka mengambil jalan meraih simpati pula dengan memperdaya rakyat Malaysia yang memang berjiwa mudah bersimpati apabila melihat orang yang menangis.

Dengan modus operandi mencipta persepsi kesedihan, mereka berjaya menipu ummat hingga turut sama simpati, bersedih dan rasa ingin membantu dan akhirnya hilang (lupa) segala kebejatan dan ketersepitan politik mereka saat ini.

Sebagai contoh terbaru, telah tersebar satu post dengan satu gambar PM ke-7 yang dikatakan bersedih dan hiba dengan hutang negara. Post ini mendapat hampir 60 ribu lebih share. Rata-rata komen menyatakan rasa simpati dan sanggup membantu.
Rujuk link ini untuk kisah
TERSEBUThttps://www.facebook.com/InspirasikuMahathir/posts/2135577063392202

TAPI ADAKAH CERITA ITU BENAR? TIDAK ! TIDAK BENAR!

Yang benar hanyalah projek penipuan politik itu telah berjaya mengubah persepsi rakyat daripada ingin menuntut segala janji-janji manis pilihanraya lalu kepada merasa simpati, lalu timbul rasa tak sampai hati nak bertanya tentang janji menghapuskan TOL, janji menurunkan harga minyak dan lain-lain.

Ya Allah....Sampai bila ya rakyat Malaysia ini ingin menjadi mangsa? Tahukah anda gambar yang digunakan dalam kisah ini adalah gambar ketika Tun M ditemubual oleh sebuah stesen TV Indonesia pada tahun 2016 yang lalu. 

Tun M bersedih kerana terkenangkan Allahyarham Suharto bekas Presiden Indonesia. Tiada kena mengena langsung dengan hutang negara ini.

Kesedihan beliau itu memang wajar. Kita juga pasti akan bersedih seperti beliau apabila mengenangkan saat sahabat baik kita meninggal dunia. 

Namun penggunaan gambar yang tidak benar demi menyedapkan cerita dan memancing emosi seperti ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Inilah antara bentuk politik murahan yang akan membinasakan negara dan bangsa.

Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, jadikanlah PUASA anda sebagai puasa yang menghasilkan TAQWA. Taqwa ialah menurut perintah Allah dan meninggalkan apa yang Allah larang. Jika anda ingin berpolitik, berpolitiklah sesuai dengan syari'at dan perintah Allah. Tinggalkan sebarang bentuk politik hipokrit yang dilarang oleh syari'at.

Ya Allah...Selamatkan Kami Dan Anak Bangsa Kami Ya TengkuEdi
BITCLUB NETWORK MINING BTC
MINDARAKYAT

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails