Monday, June 04, 2018

Ku Cuba Jawab Komen Cik Minah.. Hanya Spontan!

Imej yang berkaitan

MAAF! kerana ku baca agak lambat komen pagi ini.. ku jawab juga, walau hanya spontan. diangkat dari bahagian komen 

Cik Minah said...
Boleh tak beri pandangna sikit berkaitan hak Islam bumiputera yg jadi topik perbincangan kita di sini oleh golongan pakar Islam yang berkalibar. Saya ISLAM tapi ibu saya bukan Islam. Dia dah meninggal dan saya nak kebumikan dia secara Islam di kuburan Islam, boleh tak....????
June 4, 2018 at 7:38 AM 

Kata mereka, saya boleh uruskan asalkan tidak mengikut cara penganut Kristian mengurus mayat. Mayat berada di rumah selama dua malam disebab kekurangan kakitangan pihak gereja untuk menguruskan pengkebumian pada hari berikutnya.
Malam sebelum upacara pengkebumian diadakan upacara menghormati jenazah (ini merupakan upacara yang mesti mereka laksanakan mengikut adat Iban dengan berwakilkan beberapa orang yang tahu latar belakang si mati dengan mengimbas kembali segala kebaikan yang telah si mati lakukan semasa hidupnya).
Ini semuanya dilakukan di rumah kami. Saya telah mendapat bantuan rakan Kristian membantu pengurusan mayat tapi segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh kami.
Sembahyang mayat dilakukan di sebuah gereja yang berhampiran kemudian terus ke tanah perkuburan. Masalah mulai timbul apabila saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa agama mengenai pemasangan lilin dan meletakkan jambak bunga di pusara si mati. Mereka memberitahu saya ia haram, si mati hanya mempunyai isteri saya sahaja yang tinggal sanak saudara isteri semuanya menjauhkan diri dan abang angkat isteri memang tidak ingin mempunyai hubungan dengan si mati.
Demi perikemanusiaan saya isteri tetap juga menziarahi kubur si mati pada masa-masa tertentu. Apakah pendapat ustaz tentang kemusykilan yang saya hadapi ini?

JAWAPAN:
Dalam Islam kita sangat dituntut menghormati antara satu dengan yang lain, lebih-lebih lagi agama Islam adalah agama rahmat, pastinya setiap orang yang bergaul dengan kita beroleh kebaikan dari limpahan rahmat agama Islam itu sendiri.
Melalui apa yang saudara ceritakan, saya percaya tindakan saudara tidak melanggar syariat Allah SWT. Sebelum bertindak saudara telah pun mendapatkan pandangan dari Jakim Sarawak dalam mendapatkan penjelasan apa yang boleh dibuat dan apa yang perlu dielak.
Berdasarkan kepada panduan, saudara telah menguruskan jenazah ayah mertua mengikut cara orang Kristian dan diuruskan sendiri oleh orang Kristian. Tidak ramai yang memahami cabaran yang dihadapi oleh saudara beserta ahli keluarga Islam yang lain. Lebih-lebih lagi bila ahli keluarga kita masih beragama selain Islam.
Biarpun kita telah mendapat hidayah menganut agama Islam, ini tidak bererti kita telah putus perhubungan anak-beranak atau adik-beradik. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-'Ankabut: 8).
Dalam konteks ayat ini, Allah SWT memerintahkan seseorang yang telah menganut Islam supaya berbuat baik kepada ibu bapa mereka selagi mereka tidak menyuruh melakukan perbuatan syirik kepada Allah SWT.
Bagi saya, menguruskan jenazah ibu bapa yang tidak beragama Islam juga merupakan tanggungjawab serta penghormatan seorang anak kepada kedua ibu bapanya.
Apatah lagi, Islam melalui al-Quran dan pedoman rasul-Nya sangat menuntut kita berakhlak mulia dengan setiap manusia. Dalam sirah kehidupan Baginda, Rasulullah juga berbuat baik kepada bapa saudaranya Abu Talib, baginda juga mendampinginya ketika nazak sambil mengajak Abu Talib kepada Islam.
Hadis lain yang menggambarkan kewajipan berihsan dan melayan baik kedua-dua orang tua meskipun berlainan agama ialah yang diriwayatkan daripada Asma' Abu Bakar r.a. maksudnya: Pada zaman Rasulullah SAW ibuku yang masih musyrik suatu hari datang mengunjungiku. Lalu aku meminta fatwa daripada Rasulullah: "(Ibuku datang) dalam keadaan senang hati, apakah aku masih perlu meneruskan hubunganku dengan ibuku?" Baginda SAW bersabda: "Ya, teruskanlah hubunganmu dengan ibumu (seperti biasa)". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil ini, seseorang anak perlu meneruskan hubungan yang baik dengan ibu bapa yang bukan Islam sungguhpun anak dan ibu bapa berlainan agama.
Oleh itu, apabila berbicara dengan mereka, si anak hendaklah berbicara dengan lemah lembut, penuh sopan santun dan menunjukkan rasa mahabbah. Apabila memanggil mereka, panggillah dengan perkataan yang menyedapkan hati mereka.
Berilah mereka petunjuk pada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan seperti mana panduan Islam dalam bab ini.
Sudut kemanusiaan
Kita tidak mahu Islam dituduh sebagai agama yang memisahkan hubungan anak-beranak atau adik beradik. Kita harus tonjolkan bahawa Islam tidak membenci penganut agama lain malahan dari sudut kemanusiaan kita adalah sama biarpun yang memisahkan kita ialah pegangan hidup.
Firman Allah SWT dalam surah al-Kafirun bermaksud: Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. (al-Kafirun: 6)
Apa yang penting dalam kita bergaul dengan saudara mara, kenalan dan sahabat handai ialah kita tidak menyembah apa yang dia sembah serta mengelakkan perkara-perkara yang melibatkan hal-hal yang bertentangan dengan ajaran agama Islam terutamanya dalam bab akidah.
Persoalan meletakkan bunga di pusara bapa mertua dan hukum berkaitan dengannya; adalah lebih baik jika saudara tidak melakukan upacara membakar lilin dan meletakkan bunga di kubur mereka yang bukan Islam biarpun di kubur ibu atau ayah sendiri.
Walaupun dari segi zahirnya tidak kelihatan apa-apa yang bertentangan dengan Islam tetapi ia juga boleh membawa fitnah dari sudut kaitannya dengan budaya agama lain atau upacara etnik tertentu yang boleh mengelirukan status Muslim saudara.
Ziarah kubur ayah mertua yang bukan Islam tidak salah, hanya sekadar ziarah dan bukan melakukan acara-acara ritual keagamaan yang lain terutama yang boleh dikaitkan secara khas dengan ajaran agama tertentu selain agama Islam.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz5HPio1hnz © Utusan Melayu (M) Bhd 

SEKIAN

Perlantikan Tommy, Bukti Mahathir, Tak Pertahan Islam

10 SEBAB KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK SESUAI  DILANTIK SEBAGAI PEGUAM NEGARA 
Bertentangan Dengan Perlembagaan Negara


Profesor Mahamad Naser Disa Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM


(1) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”.

Sebagai seorang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong“memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” seperti  yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam.

Malah pendirian beliau yg secara konsisten mengatakan Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah Perkara 37(1). 

Mendatangkan Kerumitan Pada Penggubalan Dan Perlaksanaan Dasar Berkaitan Ugama Islam



(2)  Di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” terbitan tahun 2016, Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia bukan sebuah negara Islam. 

Baca di sini :


Juga di sini :


Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1) komitmen SPB YDP Agong sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

Menghina Keputusan Mahkamah Syariah

(3) Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, Ateis atau Agnostic.

Baca di sini :


Menentang 5 Prinsip Rukunegara dan Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru



(4) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. 

Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.  

Menyokong Idealogi Parti Komunis Malaya Dan Mengangkat Chin Peng Sebagai Pahlawan!!!




(5) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang diharamkan. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.   

Baca di sini :


Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Dan Majlis Raja Raja Telah Menolak Bermakna Ianya Muktamad



(6) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. 

Ini adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.  
Bertentangan Dengan Manifesto Pakatan Harapan Sendiri

(7) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam “Manifesto Pakatan Harapan” yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita” yang menghendaki kerajaan Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu.

Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.  

Baca di sini :


Perlantikan Yang Akan Mencemarkan Kedaulatan Undang Undang Kerana Ada Kepentingan Peribadi


(8) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. 





Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

Baca di sini :

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/21/dakwa-guan-eng/

Konflik Antara Tommy Thomas Dengan Perdana Menteri
(9) Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini.

Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”.

Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata:

“The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.” 

Baca di sini :

http://www.malaysianbar.org.my/speeches/the_last_lawyers_standing_speech_by_tommy_thomas_member_of_the_bar_at_the_ibas_3rd_asia_pacific_regional_forum_conference_kuala_lumpur_26_nov_2012.html

Bertentangan Dengan Janji 15 Manifesto Pakatan Harapan


(10) Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”.

Ini adalah kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas bukan seorang Ahli Parlimen. 

Baca di sini :

https://m.malaysiakini.com/news/428024

Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakim-hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-Raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk  kepada political will pemerintah.  

Jelas bagi kita sekiranya Tommy Thomas tetap di lantik sebagai peguam negara :

》Kerajaan Pakatan Harapan jelas tidak menghormati keputusan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja...

》Seorang yang telah di tetapkan perbicaraan rasuah oleh mahkamah tinggi akan di lepaskan begitu saja jadi di manakah kedaulatan undang undang negara Malaysia...

》Ianya di lihat sebagai langkah pertama ke arah perlantikan Perdana Menteri berbangsa Cina kerana DAP akan gunakan mengingkari perintah SPB YDPA dalam kes ini sebagai rujukan...

》Undang undang syariah tifak lagi di martabatkan malah mahkamah syariah akan di anggap sebagai mahkamah kelas dua...

SUDAH MASANYA BANGSA MELAYU BERUGAMA ISLAM BANGKIT MEMBANTAH DARI NEGARA INI DI PERINTAH MENGIKUT NAFSU MEREKA IBARAT BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI!!!

PERTAHANKAN KUASA DAN SUARA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA RAJA!!!

PERTAHANKAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG MALAYSIA!!!

PERTAHANKAN STATUS AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA!!!

PERTAHANKAN MARUAH PAHLAWAN KITA YANG TERKORBAN DALAM PEPERANGAN MELAWAN KOMUNIS!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!

SERTAI KAMI DI DALAM BANTAHAN PERLANTIKAN TOMMY THIMAS SEBAGAI PEGUAM NEGARA DENGAN MENGHANTAR PETISYEN BERIKUT :

https://www.ipetitions.com/petition/menolak-pelantikan-tommy-thomas-sebagai-peguam/thank-you

Petikan tulisan asal :

Dato’ Prof. Hj. Mahamad Naser Disa
Peguam Kanan Persekutuan
Ketua Pegawai Eksekutif  
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
3 Jun 2018

Memelihara Hak Melayu Islam, Demi Kestabilan Sosiopolitik.




MASYARAKAT dan politik merupakan dua unsur penting yang mempengaruhi kestabilan sesebuah negara. Walaupun Malaysia dikenali sebagai negara yang berbilang kaum, namun jangan sama sekali memandang remeh terhadap hak istimewa Melayu Bumiputera yang mendominasi komposisi kaum dalam negara ini.
Ingatan Nabi
Nabi telah mengajar kita bagaimana memelihara kestabilan sosiopolitik dalam negara. Sabdanya:
الأئمة من قريش
"Pemimpin-pemimpin mestilah dalam kalangan Quraisy"
(HR al-Hakim)
Jika dibaca Hadis ini secara literal, sudah pasti muncul persoalan adakah Islam mengajar konsep fanatik perkauman? Sehingga Nabi meletakkan syarat pemimpin mestilah dipilih dari kaum Quraisy. Tidak, hadis ini tidak cukup difahami secara literal.
Kaum yang dominan
Tokoh Ilmu Sosiologi dan Politik Islam, Ibnu Khaldun mengulas Hadis di atas dalam konteks kenegaraan yang lebih luas. Nabi memetik nama Quraisy memandangkan kaum tersebut mendominasi masyarakat Arab ketika itu.
Dalam erti kata lain, kestabilan sesebuah negara bergantung kepada kaum yang dominan. Hak mereka tidak boleh diganggu dan diperkecilkan. Hak istimewa dan kedudukan posisi-posisi penting mestilah diserahkan kepada kaum yang dominan. Mereka kunci kestabilan negara.
Bukan fanatik, tetapi hak
Dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu Bumiputera merupakan kaum yang dominan. Bahkan secara politik pun, kita perlu menyedari bahawa Melayu Bumiputera merupakan pemegang undi teras Malaysia.
Ditambah lagi dengan agama yang mengidentitikan Melayu, iaitu Islam melengkapkan karakteristik corak sosiologi di Malaysia. Itu realiti yang perlu diperakui oleh semua.
Hentikan tindakan provokatif
Ekoran dari penukaran tampuk kekuasaan selepas PRU14 yang lepas, kita mengharapkan Kerajaan Persekutuan hari ini agar lebih cermat dalam bertindak. Terutamanya yang melibatkan hak Melayu Bumiputera. Begitu juga posisi-posisi penting dalam hierarki Pentadbiran Negara, mestilah diserahkan kepada Melayu Islam.
Mesej ini bukan berunsurkan fanatik perkauman. Sebaliknya bertujuan menyedarkan politikus yang sedang berkuasa agar cermat memelihara kestabilan sosiopolitk Malaysia dengan tidak mengganggu kedudukan Melayu Islam.
Polemik cubaan melantik Peguam Negara yang bukan dalam kalangan Melayu Islam, isu cubaan merungkai hak istimewa Bumiputera dalam sektor pendidikan dan penerapan konsep Malaysian Malaysia hanya menatijahkan ketidakstabilan sosiopolitik dalam negara kita.
Hati-hati.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
3 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 3/6/2018

Adakah Agong ‘mesti’ bertindak ikut nasihat PM?




SEBAHAGIAN besar kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) perlu dijalankan dengan nasihat kabinet dan Perdana Menteri (PM). Dalam pelantikan Peguam Negara misalnya, Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa YDPA, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri perlu melantik seorang memenuhi kelayakan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, untuk menjadi Peguam Negara.
fathi top
Soalnya, adakah YDPA tiada pilihan lain, melainkan mesti mengikut nasihat PM dalam pelantikan Peguam Negara? Perkara 40(1) dan (1A) menyebut keperluan YDPA bertindak mengikut nasihat kabinet dan PM, melainkan dalam beberapa perkara yang sepenuhnya dalam budibicara YDPA. Peruntukan undang-undang ini perlu dibaca secara menyeluruh dengan melihat kedudukan YDPA sebagai Raja Pemerintah yang disebut sebagai Ketua Negara. Peranan, amanah dan kuasa YDPA dalam pelbagai urusan negara, seperti yang dinyatakan dalam banyak peruntukan Perlembagaan secara praktikalnya diterjemahkan sebagai satu pengiktirafan kedudukan Baginda yang mempunyai budi bicara selepas mendengar nasihat PM atau Kabinet.

Oleh itu, perkataan ‘nasihat’ adalah kekal dengan maksud ‘nasihat’, bukannya satu ketetapan yang mengikat YDPA. Nasihat sifatnya memberikan pandangan dan panduan, bukannya satu bentuk arahan. Penasihat bertanggungjawab untuk menyampaikan nasihat terbaik dengan maklumat yang tepat. Penerima nasihat yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi akan menilai nasihat mengkut kebijaksanaan dan hikmahnya.
Hal ini dihuraikan dengan penuh jitu dan indah dalam ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 5 Ogos 2017 di Putrajaya:
“Raja tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan tuntutan syarak, menyimpang daripada semangat Perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat, hingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Apabila Raja dirujuk, Duli-duli Baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih; dan dalam perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, Duli-duli Baginda hendaklah menyempurnakannya dengan hikmah dan kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat arif, adil lagi saksama, sebagai penimbangtara yang bebas kepada cabang-cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman, demi memastikan terlaksana secara bermakna mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan amalan demokrasi yang telus…”
Jadi dalam pelantikan Peguam Negara ini, PM berperanan menasihati berkenaan individu yang layak menduduki jawatan berkenaan, manakala YDPA mempunyai kuasa untuk menilai sama ada nasihat itu sesuai atau tidak untuk kepentingan Islam, semangat Perlembagaan dan keadilan sejagat. Dalam hal ini YDPA boleh mendapatkan pandangan Raja-raja Melayu lain. YDPA berhak menolak nasihat yang diberikan jika ia lebih mendatangkan keburukan. Lebih-lebih lagi Perkara 145(5) menyebut bahawa Peguam Negara memegang jawatan selama mana diperkenan oleh YDPA (…the Attorney General shall hold office during the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong…).
Jika berlaku penolakan, maka PM bertanggungjawab untuk mencadangkan nama lain sesuai dengan hasrat YDPA. Bagi mengelakkan konflik dan kontroversi, proses ini sepatutnya berlaku secara tertutup dan tanpa sebarang pendedahan kepada media. Ia perlu dilaksanakan melalui jalan muafakat yang penuh dengan adab dan hemah. Penyelesaiannya harus segera dan cekap bagi mengurangkan spekulasi dan persepsi negatif. Apa yang penting institusi Istana perlu dihormati sesuai dengan semangat Perlembgaan dan prinsip rukun negara.
Kita sama-sama doakan isu berkaitan pelantikan Peguam Negara ini dapat diselesaikan dengan penuh harmoni dan mudah-mudahan individu yang dilantik itu benar-benar menghayati prinsip kejujuran, keadilan dan mampu membantu mengukuhkan kedudukan Islam di dalam negara.
Dr Muhammad Fathi Yusof
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan)
Universiti Teknologi Malaysia 
Kuala Lumpur
3 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 3/6/2018

Peguam Negara: 10 Sebab Tommy Tak Sesuai. -CEO IKSIM.



Putrajaya –  Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas bakal menimbulkan lebih banyak keresahan awam dan polemik daripada menyelesaikan masalah. 

Demikian menurut kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dato’ Prof Mahamad Naser bin Disa yang dikeluarkan institut kajian strategik tersebut kepada media hari ini. 

CEO IKSIM menyenaraikan 10 sebab kenapa Tommy Thomas tidak sesuai dilantik sebagai Peguam Negara. 

Menurut beliau, keputusan Kerajaan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut 

“Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”. 

Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam. 

Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah perkara 37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian TIDAK LAYAK sama sekali untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara. 

Menurut kenyataan media itu lagi, keputusan mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. 

Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia adalah BUKAN negara Islam. 

Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan berbagai peruntukkan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1)komitmen YDPA sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam. 

Cadangan perlantikan ini juga boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. 

Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah adalah keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah, serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic. 

Perkara ke empat yang disebut di dalam kenyataan media tersebut sebagai sebab kenapa Tommy Thomas tidak sesuai dilantik sebagai Peguam Negara ialah kerana perlantikan tersebut boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. 

Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan. Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. 

Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieh century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara. 

Cadangan perlantikan ini juga adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. 

Ini kerana telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita” yang menghendaki Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu. 

Ini kerana telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara. Cadangan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara juga, menurut CEO IKSIM, adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. 

Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng. 

Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”. 

Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.” 

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”. 

Ini kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas adalah bukan seorang Ahli Parlimen.

Read more at: https://www.menara.my/10-sebab-kenapa-tommy-thomas-tidak-sesuai-dilantik-sebagai-peguam-negara-ceo-iksim/

Sunday, June 03, 2018

Isu Peguam Negara: PAS Sokong Agong




ISLAM adalah agama persekutuan. Pelantikan Peguam Negara mesti bertitik tolak dari situ. Mesti seseorang yang dilihat mampu mempertahankan Islam sebagai agama Negara.
Lebih-lebih lagi antara tugas utama Peguam Negara adalah menjadi penasihat undang-undang utama kepada kerajaan Malaysia.
Sumpah YDP Agong adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan di mana Baginda bersumpah “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam“.
Maka Peguam Negara yang dicadang oleh kerajaan untuk dilantik oleh YDP Agong mestilah mampu untuk memelihara agama Islam bagi pihak Baginda YDP Agong. Agak janggal sekiranya Peguam Negara dilantik daripada yang bukan Islam atau mana-mana individu yang tidak mampu untuk menggalas tugas tersebut dengan berkesan.
Pelantikan Peguam Negara juga mesti menepati kehendak majoriti penduduk negara yang beragama Islam. Sensitiviti umat Islam wajar dipelihara. Mestilah mengelak daripada melantik seorang Peguam Negara yang kecenderungan pemikirannya adalah bercanggah dengan Islam sebagai agama negara.
Tindakan SPB YDP Agong menolak cadangan Tommy Thomas untuk dilantik sebagai Peguam Negara adalah disokong sepenuhnya oleh PAS dan ummat Islam serta mereka yang mengutamakan keharmonian dan menghormati Institusi Raja-Raja Melayu jua harus bersama memberi sokongan yang padu.
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat

18 Ramadhan 1439 / 03 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 3/6/2018

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails