Sunday, June 10, 2018

K'jaan Adil Tak Dera Rakyat Begini.. 'mQuit' Cara Baru Kempen Antirokok T'ganu.

Hasil carian imej untuk rokok kerajaan
Rakyat dibakar dan bunuh dengan merokok.
Terengganu Sasar Kurangkan 15 Peratus Perokok
Kerajaan negeri mensasarkan pengurangan 15 peratus daripada keseluruhan 170,000 perokok di kalangan penduduk Terengganu melalui Program mQuit Masjid dalam tempoh lima tahun sehingga 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, berkata pelaksanaan program dimulakan dengan imam yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melibatkan seramai 3,000 orang di seluruh Terengganu.

"Jumlah ini melibatkan 505 masjid yang terdapat di seluruh negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memainkan peranan dalam menganjurkan Program mQuit Masjid sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau.


"Objektif program ini adalah untuk membantu pegawai, ahli jawatankuasa dan ahli kariah masjid yang mempunyai masalah untuk berhenti merokok dan diharap menjadi satu ikutan atau 'role model' yang berguna untuk masyarakat islam yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MQUIT Masjid Peringkat Negeri Terengganu 2018 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar; Timbalan Pesuruhjaya Agama Negeri Terengganu, Azam Awi dan Imam Besar Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Masjid Abidin, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz.

Alias memberitahu, sehingga kini sebanyak 40 klinik kesihatan dan enam hospital menyediakan perkhidmatan berhenti merokok dan mempunyai klien berdaftar seramai 556 orang pada 2017.

"Saya difahamkan daripada jumlah tersebut, seramai 203 orang berjaya berhenti merokok melalui kaunseling dan juga rawatan dengan anggaran kos RM600 bagi setiap klien,"ujarnya lagi.

Menurut Alias, sebagai masyarakat Islam yang mengetahui tentang hukum dan kesan tembakau kepada kehidupan mereka haruslah bertindak dengan sewajarnya demi kebaikan semua pihak.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar seluruh jawatankuasa masjid dapat memainkan peranan sebagai penasihat atau memberi teguran kepada jemaah yang merokok.

"Tazkirah, kuliah dan kelas yang diadakan di masjid juga boleh diselitkan dengan mesej 'Bahaya Merokok' sesuai dengan pewartaan masjid sebagai kawasan Larangan Merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004(PPKHT),"katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan adil ialah kerajaan yang antaranya tidak membenarkan rakyatnya dibakar, dibunuh melalui rokok .. di mana keuntungannya hanya untuk membuncitkan perut-perut kapitalis dalam dan luar negara. Apakata kerajaan baru PH?

Nasionalkan 'mQuit' sebagai salah satu cara baru kempen antirokok.(IH)

Selepas Peguam Negara, DAP Sasar Kuasai Perundangan.. Melampau




PEMIMPIN utama DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam mendesak Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletak jawatan.

Alasannya, perletakan jawatan dua tokoh kehakiman ini boleh menamatkan satu “krisis perlembagaan” melibatkan pelantikan mereka yang menurutnya merupakan satu isu yang perlu ditangani untuk pembaharuan kehakiman dan perundangan Malaysia.
“Perletakan jawatan dari Md Raus sebagai Ketua Hakim dan Zulkefli sebagai Presiden Mahkamah Rayuan membolehkan satu permulaan yang tepat untuk pembaharuan kehakiman dan undang-undang yang sangat diperlukan di negara ini,” kata Kit Siang.
Kit Siang menarik perhatian kepada pelantikan kedua-dua Raus dan Zulkefli yang menimbulkan kontroversi sebagai satu alasan kenapa mereka perlu berundur.
DAP mahu Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dan telah mencadangkan nama beliau sejak 2016.
Kit Siang pernah menulis di akaun Twitternya pada 2016 mencadangkan nama Richard sebagai Ketua Hakim Negara.
Sebelum ini, pada 2017, PH menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memprotes pelantikan semula Raus dan Zulkefli.
Desakan Kit Siang ini dilihat sebagai lanjutan usaha DAP untuk meletakkan tokoh-tokoh pilihan mereka bagi menguasai kedudukan-kedudukan penting dalam perundangan negara, bermula dengan Peguam Negara Tommy Thomas yang sudah disahkan.
DAP bersikap agresif dalam menuntut pelantikan tokoh-tokoh pilihan mereka ini, yang dilihat sebagai antara sasaran untuk mereka kuasai sejurus mendapat kuasa.
Sebelum ini, pemilihan Thomas sebagai Peguam Negara mencetuskan krisis antara kerajaan Pakatan Harapan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Pemilihan beliau kontroversi kerana sikap politiknya sebelum ini yang sangat kritikal dalam isu-isu sensitif seperti undang-undang syariah dan peranan Raja-Raja Melayu.
DAP kelihatan berjaya menguasai perundangan melalui pengaruhnya yang kuat dalam kerajaan PH, bermula dengan pelantikan Thomas yang kontroversi.
Agenda DAP ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam yang melihat kedudukan perundangan syariah di Malaysia bakal terpinggir. – Mynewshub.cc
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melampau..

Dah Nyawa2 Ikan, Tun Pura2 Risau Melayu Hilang Kuasa!

Rahsia Sebenar Perjumpaan Zahid Dan Mahathir
Kedua-duanya di puji sebab 'berjiwa besar'...



Beberapa hari sebelum perjumpaan itu, Mahathir bercakap tentang 'penyatuan Melayu'...
Kemudian Mahathir kata, "Zahid datang minta pandangannya untuk menguruskan UMNO"...

Video: 

Mahathir Tidak Mampu Menyembunyikan 

Kekayaan Anak-Anaknya


Mahathir kata lagi, "UMNO sudah musnah sebab perangai pemimpin UMNO yang suka kayakan diri"...
Zahid Nak Jumpa Tun Atau Tun Nak Jumpa Zahid?

Cerita dari 'sumber dalaman', yang pujuk Zahid datang jumpa Mahathir adalah Zahid Mat Arip...
Khairuddin Abu Hassan pun cuba pujuk Zahid Hamidi untuk bubarkan UMNO dan sertai PPBM secara en-bloc pada 13 Mei...
Dua kali Zahid dipujuk supaya bersetuju UMNO dibubarkan dan sertai PPBM...
Tapi itu cerita sahaja...
Entah peria entah katak...
Entah betul entah tidak...

Tapi tengok Mahathir bagi penjelasan tentang pertemuannya dengan Zahid, sudah dapat diagak apa yang sebenarnya berlaku...Siapa Yang Lebih Perlukan Siapa?
PPBM yang hanya ada 12 kerusi dan merupakan minoriti dalam Pakatan Harapan sehinggakan setiap tutur kata Mahathir perlu dirujuk dan diperbetulkan oleh Lim Guan Eng di khalayak ramai???
Atau UMNO-BN yang masih menguasai 78 kerusi Parlimen???
12+78 bermakna 90...
Penguasaan 90 kerusi Parlimen adalah majoriti dan cukup kuat, termasuklah mencaturkan kedudukan menteri-menteri kanan!!!
Dah Jadi Perdana Menteri Yang Tak Ada Kuasa Baru Mahathir Nampak UMNO

Semakin jelas pada rakyat bahawa sekarang Mahathir cuma menjadi Perdana Menteri Boneka DAP...
Perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan walau pun beliau masih lagi ada 2 kes rasuah di mahkamah tinggi jadi dalil yang cukup kukuh pada kita bagaimana Mahathir lacurkan integriti beliau pada DAP hingga sanggup menjadi Perdana Menteri Boneka yang cuma angguk-angguk dan geleng-geleng pada DAP...

Isu perlantikan Peguam Negara yang mendapat bantahan dari Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan juga Majlis Raja-Raja akan kukuh dalam ingatan anak cucu kita bagaimana Mahathir telah menderhaka pada raja2 dan mengkhianati bangsa Melayu...

Adakah Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak mampu bersuara @ tidak mahu bersuara ketika maruah Agong dan Raja-Raja Melayu di kritik dan di persendakan!!!

Dengan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, membutakan mata dan memekakkan telinga pada keresahan bangsa Melayu di atas usaha meminda dan mempertikaikan hak dan keistimewaan bangsa Melayu di tanah air sendiri, satu persoalan timbul pada kita semua...

MASIH MELAYU KAH MAHATHIR!!!
(http://theunspinners.blogspot.com/2018/06/diri-dah-nyawa2-ikan-tun-pura2-risau.html)

Lebih Baik Pemimpin Kafir.. Jujur

Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah
Lihat video di atas ini dulu..


Rugi orang² yang TIDAK BERBANGGA dengan Islam

Akhirnya mereka lebih cenderung memuji orang kafir. Mereka kata orang kafir lebih baik dari orang islam. Buat apa kita cari orang islam penyamun, baik kita cari orang kafir yang baik seolah² dia lihat semua orang islam penyamun tiada yang baik. Sebab dia TIDAK BERBANGGA dengan agamanya.

Bila seseorg tidak berbangga dengan agamanya, tidak melihat kehebatan agamanya maka dia tidak akan nampak kebaikan agamanya.

Lalu Allah TAALA hinanya dengan nampak kebaikan kekufuran. Mula² dia puji orang kafir bagus pengurusannya jujur amanah, macam dia tidak pernah jumpa orang kafir yang khianat dan tidak amanah…

Orang² islam tak boleh diharap, macam dia tidak pernah jumpa orang islam yang boleh diharap… Orang² Islam tak pandai buat kerja, orang kafir pandai buat kerja, macam dia tidak pernah jumpa orang kafir yang tak pandai buat kerja…

Orang² islam kuat menipu, macam dia tidak pernah jumpa orang kafir yang kuat menipu. Orang² begini cacat otaknya kerana tidak berbangga dengan agamanya maka dia dengan mudah memuji agama² lain.

Orang² begini dia mendekati kekufuran, kelak dia akan kata agama dia (kafir) lebih baik dr agama aku maka dia pun masuk…
Maka bermulalah kebodohannya.
AGAMA KITA AGAMA YANG TERBAIK.
Allah SWT berfirman:
“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 8)

(Wallahu a’lam)
20 RAMADHAN 1439H
#ALHAMDULILLAH #UMED #200 
WASIAT IBNU ARABI

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Rugi orang² yang TIDAK BERBANGGA dengan Islam

Oh, Cantiknya Gadis Ini.. Tapi, Neraka, Kenapa?


GAMBAR ini diambil dari mStar (http://www.mstar.com.my) di bawah artikel bertajuk: “Bikini? Saya Pakai Apa Yang Saya Mahu” – Finalis Ratu Cantik NZ.

Beritanya:
PETALING JAYA: Penyertaan peserta wanita beragama Islam dan berhijab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah perkara baharu. Namun penyertaan gadis berhijab dalam pertandingan itu sering kali mengundang 1,001 persoalan lebih-lebih lagi apabila membabitkan acara memperagakan pakaian renang (bikini) yang ternyata tidak dibenarkan dalam Islam.

Seorang gadis Melayu berdarah campuran Indonesia yang berasal dari Malaysia yang disenarai pendek sebagai finalis Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand (Ratu Cantik NZ) ternyata membuka mata masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap pertandingan tersebut yang sering kali dikaitkan dengan pemakaian bikini.

Nurul Shamsul
Nurul Shamsul, 20, menjelaskan bahawa acara pakaian renang sudah dimansuhkan dalam pertandingan Miss Universe New Zealand sejak lima tahun lalu.

“Saya tahu di Malaysia, peserta beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik seperti ini kerana mereka fikir peserta perlu memakai bikini.
“Satu soalan yang kerap ditanya kepada saya adalah jika saya perlu memakai bikini, jawapannya tidak. Acara itu sudah dimansuhkan lima tahun lalu, jadi saya tidak perlu memakai pakaian itu.
“Miss Universe New Zealand amat berbeza, saya dibenarkan untuk memakai apa sahaja pakaian yang saya mahu ketika sesi penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

-foto IG Nurul Shamsul
Untuk rekod, acara bikini dimansuhkan dalam pertandingan itu di New Zealand lima tahun lalu kerana penganjur mahu menghentikan amalan menghakimi wanita menerusi penampilan tubuh badan mereka. Sebaliknya, penganjur Miss Universe New Zealand cuba menjadikan pertandingan itu lebih moden dan inklusif.

Pendekatan itu turut menjadi ikutan penganjur Miss Universe AS yang membuat keputusan untuk memansuhkan acara memperaga pakaian renang tahun depan. Nurul yang dilahirkan di Ampang ini berkata, beliau amat tersentuh dengan pendekatan penganjur pertandingan Miss Universe New Zealand kepada peserta beragama Islam.

“Di negara seperti New Zeland, kami menerima kepelbagaian. Oleh kerana kepelbagaian budaya, saya tidak pernah berdepan sebarang masalah, gangguan atau kesukaran apabila tampil berhijab. 
“Dan sudah tentu ia tidak menghalang saya untuk menyertai pertandingan ini. Bahkan semasa sesi retreat di Bangkok, Thailand ketika ini, penganjur turut menyediakan makanan halal untuk saya. Alhamdulillah, saya amat terharu dengan layanan yang diberikan,” katanya.

-foto IG Nurul Shamsul

Ketika kebanyakan peserta lain memilih untuk memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan ideal untuk sesi temubual bersama media di New Zealand, anak sulung daripada tiga beradik ini sekadar menyarung baju kebaya yang dibelinya sembilan tahun lalu.

“Saya beli sembilan tahun lalu di Malaysia. Saya suka baju itu kerana ia tidak ditelan zaman dan menonjolkan budaya saya kepada masyarakat di seluruh dunia,” kata penuntut Universiti Waikato, New Zealand itu.

Malah, Nurul yang berpindah ke New Zealand ketika berusia lima tahun ini berkata beliau turut membawa bersama baju kebaya tersebut semasa sesi retreat di Bangkok, Thailand sejak tiga hari lalu.

“Saya pakai untuk acara makan malam. Saya suka reka bentuknya. Ia menunjukkan sisi feminin saya dengan corak bunga dan juga warnanya,” kata Nurul.

Sekiranya mara ke pentas final, Nurul berhasrat untuk menggayakan baju kebaya untuk mengetengahkan budaya Malaysia di mata dunia.

“Saya dalam Top 20. Namun ada seseorang yang akan mereka pakaian bagi acara final. Namun jika saya boleh pakai baju kebaya, saya sudah tentu tidak akan melepaskan peluang itu,” katanya.

-foto IG Nurul Shamsul

Ditanya mengenai tujuannya menyertai pertandingan tersebut, Nurul berkata beliau mahu mencerminkan sudut positif ajaran Islam selain memecah stereotaip dan sempadan untuk semua wanita di seluruh dunia.

“Saya sentiasa berminat terhadap istilah kecantikan dalam pelbagai budaya. Kita sentiasa didedahkan kepada keindahan barat menerusi media dan juga media sosial.
“Saya ingin mendefinisikan makna kecantikan sebenar dengan wanita lain di seluruh dunia. Saya mahu makna kecantikan menjadi lebih inklusif, tidak kira bentuk atau warna kulit,” katanya.

Selain bersikap optimis dan ingin merasai pengalaman baharu, Nurul juga mahu melihat reaksi penganjur dan orang ramai mengenai penyertaannya dalam pertandingan itu.

“Saya tertanya-tanya, apa akan berlaku jika saya memohon? Dan saya di sini dalam Top 20, gadis berhijab pertama di New Zealand dan juga gadis Melayu pertama bertanding di Miss Universe.
“Alhamdulillah kebanyakan reaksi orang ramai amat positif. Semua orang memberi sokongan kepada saya. Saya amat bersyukur dan gembira dengan sokongan anda semua,” katanya.-MS.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi spesis jahat yang ditaburkan dalam pemikiran umat Islam. Jelas-jelas pertandingan ratu cantik, dedah aurat, apa lagi bagi muslimah, peraga tubuh itu 'haram' dalam Islam' 

Tetapi puak-puak spesis jahat tetap menyodorkan penjajahan fikiran begini seperti yang disebutkan..
  • ternyata membuka mata masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap pertandingan tersebut yang sering kali dikaitkan dengan pemakaian bikini.
  • penganjur Miss Universe New Zealand cuba menjadikan pertandingan itu lebih moden dan inklusif.
  • semasa sesi retreat di Bangkok, Thailand ketika ini, penganjur turut menyediakan makanan halal untuk saya. Alhamdulillah, saya amat terharu dengan layanan yang diberikan,” (Menyalah gunakan perkataan 'Al-hamdulillah' kepada perkara maksiat. Makan halal jaga, tubuh tak jaga.)
  • mahu mencerminkan sudut positif ajaran Islam selain memecah stereotaip dan sempadan untuk semua wanita di seluruh dunia.
  • berminat terhadap istilah kecantikan dalam pelbagai budaya.
  • kecantikan dalam pelbagai budaya. 
  • ingin mendefinisikan makna kecantikan sebenar dengan wanita lain di seluruh dunia.
  • Dan segala macam kegilaan lagi.

Kerajaan Baru PH Malaysia perlu ambil perhatian supaya tidak berkerjasama kepada kegiatan ratu cantik yang berlebelkan Islam samada di dalam atau luar negara. 

Untuk perhatian, PM sekarang pernah berlawan dengan Mufti Selangor kes Ratu Cantik Wanita, suatu ketika dulu. Akhirnya Mufti yang jadi mangsanya.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

24 Jasa Mahathir 22 Tahun Perintah Malaysia Dulu..

24 Jasa Mahathir 22 Tahun Perintah Malaysia Dulu


SEPANJANG 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat sebelum ini, pelbagai pembangunan dikecapi termasuk projek mega.

Antaranya pembinaan Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Litar Antarabangsa Sepang, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Berikut merupakan 24 ‘jasa’ utama Mahathir dalam usaha ‘memajukan’ Malaysia di peringkat antarabangsa.
1. Mahathir memperkenalkan konsep penganugerahan konsesi dan projek lebuhraya bertol direka oleh beliau. Juga dikenali sebagai bapa konsesi negara, konsep yang diguna pakai membolehkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap 3 tahun. Sekiranya kenaikan tersebut ditangguhkan, kerajaan perlu bayar pampasan kepada syarikat konsesi.
2. Antara produk paling popular dikenakan AP adalah kenderaan import. Mahathir menerusi blognya pada 5 November 2009 pernah menjelaskan bahawa AP kepada kenderaan import adalah caranya untuk lindungi Proton daripada menjerumus ke arah bankrap. Tanpa perlindungan (AP) kita tidak akan ada industri kenderaan. Proton pernah mendominasi 80% pasaran pada suatu masa dahulu disebabkan oleh perlindungan ini.
3. IPP diwujudkan pada 1996 selepas tragedi ‘blackout 1992’. Menurut Raja Petra Kamaruddin, kejadian itu adalah rancangan Mahathir untuk menswastakan pengeluar IPP kepada kroninya, Francis Yeoh. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pentadbiran Mahathir pernah memaksa TNB menyerahkan tanahnya di Terengganu dan Johor kepada pihak ketiga bagi bina loji janakuasa. TNB sebelum itu menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit dan membekalkannya dengan harga 17 sen seunit. Selepas kewujudan pembekal IPP, TNB membeli kuasa elektrik dengan kadar 23 sen seunit dan terpaksa menjualnya kembali dengan harga 30 sen seunit.
4. Sepanjang pemerintahan Mahathir, beliau berjaya mengubah Vincent Tan daripada ‘milionaire’ kepada ‘bilionaire’. Mahathir juga ‘menswastakan’ syarikat perjudian Sports Toto kepada hartawan tersebut. Ia dijual secara rahsia tanpa pengumumman bidaan oleh syarikat lain. 70% pegangan kepada B&B Enterprise milik Vincent pada harga RM28 juta dan bakinya dipegang Raleigh Berhad milik Tun Daim Zainuddin.
5. Laporan media tempatan menyebut, seramai 80 keluarga di Pantai Chenang, Langkawi dihalau keluar pada 1980 untuk beri laluan kepada projek pembangunan pelancongan oleh syarikat milik Vincent Tan. Perkara ini didedahkan oleh ahli DAP, Syerleena Abdul Rashid yang menyebut perkara sama turut berlaku di Pulau Redang, Terengganu. Kesemua penduduk kampung itu menetap di atas tanah rizab Melayu dan diarah meninggalkan kediaman demi projek kroni Mahathir.
6. Projek ini didakwa bagi memenuhi minat Mahathir dalam arena equestrian. Beliau juga mengakui sudah mempunyai 40 ekor kuda import terbaik yang ditempatkan di ladang ternakan kuda di Langkawi.
7. Selama lebih 30 tahun, rakyat Malaysia diberitahu insiden berdarah Memali berlaku selepas polis dapat arahan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu Tun Musa Hitam untuk menyerang Kampung Memali. Musa menerusi buku ‘Frankly Speaking by Musa’ mendedahkan Mahathir berada di Malaysia sewaktu tragedi itu berlangsung. “Pada hari insiden, Ketua Polis Negara (KPN) pada waktu itu dan saya bertemu dengan Mahathir di pejabatnya dan KPN memaklumkan kepada beliau mengenai apa yang terjadi sewaktu operasi Memali, yang mengakibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam,” kata Musa.
8. Lebih dikenali sebagai ‘Tragedi Pondok Pak Ya’, insiden terburuk pada 1989 itu mengorbankan 27 pelajar perempuan sekolah tersebut. Sejarah hitam di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah itu langsung tidak mendapat bantuan kerajaan pusat.
9. Sebelum kewujudan media sosial, pelbagai perkara disorokkan termasuk pengenaan cukai terhadap komoditi bahan bakar. Mahathir berselindung di sebalik subsidi yang diberikan diperoleh daripada cukai petrol dan diesel yang dijual semula kepada rakyat.
10. Majoriti rakan Mahathir dalam Pakatan Harapan kini pernah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Azmin Ali, dan ramai lagi. Ops Lalang pada tahun 1987 memberkas 106 rakyat Malaysia termasuk pemimpin pembangkang. Pada waktu itu, cabang bidang kehakiman, legislatif dan eksekutif diletakkan di bawah arahan Mahathir.
11. Antara syarikat yang mendapat ‘faedah’ termasuk Intrakota, ParkMay, Danaharta dan PKFZ. Terdapat juga skandal besar seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kerugian besar Bank Negara Malaysia akibat kegagalan dagangan mata wang asing awal 1990-an. Skandal BMF juga menjadi punca kepada kes pembunuhan salah seorang pegawai Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Jalil Ibrahim, di Hong Kong.
12. Penerima kontrak berkenaan tidak lain adalah Mirzan Mahathir yang memiliki syarikat perkapalan. Syarikat tersebut pada 1998 meminta jaminan kerajaan bernilai RM2 bilion namun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang portfolio Menteri Kewangan pada waktu itu cuma meluluskan RM1 bilion sahaja. Mokhzani menerusi syarikatnya Tongkah Holdings juga mendapat kontrak membekalkan peralatan kepada hospital kerajaan. Sementara Mukhriz Mahathir menerusi syarikatnya Opcom Sdn. Bhd. diberikan kontrak membekalkan fiber optik kepada Telekom Malaysia.
13. YTL Power merupakan syarikat yang diberikan kontrak Loji Tenaga Bebas (IPP) oleh Mahathir. IPP itu merupakan antara beban besar pada waktu pentadbiran Mahathir yang hanya menguntungkan pihak konsesi semata-mata. Dua loji YTL siap dibina pada 1994 dan 1995. Tahun 1996 merupakan tahun pertama di mana dua loji beroperasi setahun penuh. Ianya segera disenaraikan di Bursa Malaysia pada awal 1997, membuat keuntungan segera berbilion-bilion ringgit dan antara pelaburnya adalah KWSP sendiri. Pada tahun 1980-an, dividen KWSP sekitar 8% setahun. Namun dua tahun terakhir beliau menjadi Perdana Menteri, dividen KWSP merudum kepada 4.25% pada 2002 dan 4.5% pada 2003.
14. Perkara ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. Kerajaan pada waktu itu terpaksa menyuntik RM125 juta wang tunai kepada East Vision Leisure Group dalam usaha untuk menyelamatkan Country Heights Holdings Berhad (CHHB).
15. Mahathir menswastakan projek tersebut kepada Ekran Berhad yang berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerajaan negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (Sesco), dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC) yang membentuk sebuah konsortium digelar Bakun Hydroelectric Corporation. Projek yang dimulakan pada 1994 itu dijangka siap pada 2004 namun dihentikan pada 1997 akibat krisis ekonomi negara. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek
16. Projek ini mula dibina pada tahun 1992 dengan anggaran kos RM1.2 bilion. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan pelbagai pihak dalam melaksanakan pembangunan ini. Bagaimanapun akibat kegawatan ekonomi pada 1997, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 terbengkalai. Pemaju juga bertukar tangan tetapi projek itu masih terbengkalai. Kini, kawasan bersebelahan dijadikan Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) menempatkan perkhidmatan kerajaan yang beroperasi setiap hari.
17. Sewaktu mengumumkan langkah beliau menswastakan aset-aset kerajaan, Mahathir mendakwa tanpa penswastaan, pelabuhan, stesen janakuasa dan pelbagai lagi kemudahan tidak akan dibangunkan oleh kerajaan. Namun, apa yang membimbangkan adalah penswastaan itu mendapat jaminan kerajaan seperti bantuan kewangan RM1.8 bilion untuk melunaskan hutang syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines. Mahathir juga belanja RM4 bilion membiayai syarikat UEM yang merupakan anak syarikat kepada Renong yang banyak dapat kontrak kerajaan untuk membina lebuh raya.
18. Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa beli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda. Tanah tersebut dahulunya merupakan tapak Kelab Kuda Selangor dijual kepada Petronas dengan harga tinggi kerana kroni tersebut teristimewa bagi Mahathir, kata Kee Kwong. Petronas dipaksa beli tanah berharga RM214 kaki persegi sungguhpun harga pasaran pada waktu itu cuma RM26 kaki persegi.
19. Kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor seluas 404.7 hektar itu dijual dengan harga RM1.08 juta. Individu yang terlibat adalah bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy yang menghadapi tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkaitan projek itu.
20. Vincent Tan mendapat kuasa monopoli lesen perjudian selepas Mahathir meluluskan lesen menjalankan Sports Toto tanpa secara sembunyi. Peliknya, tanpa sebarang pengumuman bidaan, Vincent merupakan satu-satunya pembida bagi projek berkenaan.
21. Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan Mahathir enggan menyerahkan dana bernilai RM200 bilion milik UMNO kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Akibat daripada itu, Najib mencari dana tambahan dari luar negara termasuk mendapatkan RM2.6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi bagi kerja-kerja parti untuk Pilihan Raya Umum pada 2013.
22. Hampir kesemua perjanjian konsesi tol ditandatangani ketika zaman Mahathir, seperti Maju Expressway yang dibina oleh Abu Sahid, rakan baik dan kroni Mahathir, dan Lebuhraya Senai-Desaru yang dibina kumpulan Ranhill milik Hamdan Muhamad, pada tahun 2004. Kedua-duanya menandatangani konsesi lebuh raya mereka sebelum Mahathir letak jawatan. Perjanjian pembangunan Lebuhraya Senai-Desaru ditandatangani pada penghujung 1990an. PLUS pula pada asalnya dibina oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia. Dirancang ketika Tun Hussein Onn menjadi PM pada tahun 1977, ianya mula dibina pada tahun 1980, setahun sebelum Mahathir menjadi PM. Dan kebiasaannya, kesemua perjanjian ini diletakkan di bawah OSA.
23. Setelah Terengganu jatuh ke tangan PAS pada 1999, negeri berkenaan tidak lagi mendapat royalti hasil minyak yang digali Petronas selama tempoh sepenggal. Mahathir mengubah royalti kepada wang ehsan. Berbanding royalti yang ditetapkan nilainya setiap tahun, wang ehsan hanya diberikan atas budi bicara Mahathir sendiri.
24. Mahathir menyalahkan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu yang timbul pada 1990-an itu. Juga dikenali sebagai ‘Projek M’, Penasihat DAP Lim Kit Siang menakwa Mahathir berselindung di sebalik hujah bahawa pendatang asing boleh menjadi warganegara jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Kit Siang, setelah sekian lama menafikan kewujudan ‘Projek M’, Mahaathir pada 31 Januari 2013 mendakwa Anwar adalah dalang bagi projek berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
* Video bawah sekadar sindiran…

Desak Polis Siasat Kadir Jasin, Hishamuddin Rais -PAS Pahang




PAS Pahang menerusi sayap Pemudanya hari ini, membuat laporan polis terhadap Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin serta aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang didakwa hina Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata sebanyak 15 laporan polis akan dibuat hari ini, di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini bagi mendesak siasatan dilakukan ke atas mereka yang cuba menjatuhkan imej YDPA dan institusi Raja Melayu.
Katanya, selain Kadir dan Hishamuddin, laporan polis juga dibuat ke atas tiga pengguna Facebook atas akaun milik Eloise Cian, Prem Keshan dan Ahmad Ridzuan Shamsuri yang didakwa menulis komen-komen tidak wajar di laman sosial itu.
“Kita melihat ada trend terhadap segelintir masyarakat yang cuba menjatuhkan dan menghina YDPA serta institusi Raja Melayu yang memerlukan pihak terlibat melakukan tindakan tegas bagi mengelakkannya daripada berterusan.
“Provokasi ini perlu dihentikan segera dan institusi Raja Melayu perlu dilindungi supaya tidak menganggu keharmonian negara. Seharusnya semua rakyat menghormati perlembangaan dan institusi tersebut,” katanya.
Andansura berkata demikian selepas menyertai Pemuda PAS Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini.
Beliau menambah rakyat seharusnya faham bahawa kebebasan bersuara yang dinikmati perlu selari dengan rasa tanggungjawab dan seharusnya tidak menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak senang mana-mana pihak.
“Kita tidak menyekat kebebasan atau hak bersuara individu tetapi mesti ada had. Kebelakangan ini, ada suara suara-suara daripada mereka yang mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri melangkaui batasan dalam hak ini,” katanya.
Kadir dan Hishamuddin menerima kritikan daripada banyak pihak selepas memuatnaik artikel menyentuh mengenai Sultan Muhammad V di laman blog mereka, iaitu www.kadirjasin.blogspot.com dan www.tukartiub.blogspot.com.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Khamis lalu mengesahkan Kadir yang juga tokoh wartawan veteran itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas tulisannya.
Manakala Hishamuddin dalam laporan polisnya semalam menafikan ada memuat naik artikel berbau hasutan dan menghina YDPA sebaliknya mendakwa konon blognya itu telah digodam. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails