Saturday, June 16, 2018

Liam Neeson Pelakon Hollywood Selalu Dengar Azan Di Turki. Tapi..



HALAMAN HIBURAN

Pelakon Hollywood veteran yang popular, Liam Neeson setiap hari mendengar azan ketika menjalani penggambaraan filem Taken 2 di Turki. Pada mulanya sangat membingitkan dan hampir jadi gila. Tapi apa jadi kepadanya beberapa minggu kemudiannya amat mengejutkan. Subhanallah. 

Di Turki.
H idayah memang boleh datang pada siapa saja, pada bila-bila masa, dimana-mana saja dan melalui apa saja. Jika Allah telah menghendaki seseorang masuk Islam, maka tiada yang boleh menyekat orang tersebut. Sungguh bertuah bagi mereka yang diberi hidayah oleh Allah SWT.

Bintang Hollywood Liam Neeson, 63, mengatakan hatinya berasa ‘bergetar’ apabila berulang kali beliau mendengar azan ketika penggambaran Taken 2 di Istambul, Turki.

“Panggilan solat (Azan) yang boleh didengar lima kali sehari selama seminggu pertama itu membuat saya gila. Minggu kedua, suara azan itu masuk ke dalam batin saya. Pada minggu ketiga, rasanya saya tidak boleh hidup tanpa azan. Ini benar-benar menjadi suatu hipnosis dan sangat-sangat berpengaruh bagi saya, sangat-sangat istimewa, sangat indah, ” katanya.


Ingin Menjadi Seorang Muslim.
Selepas kejadian itu, beliau membeli CD tentang Islam dan mendengarnya setiap kali mahu tidur.

“Ada 4,000 masjid di kota Istanbul. Beberapa masjid di situ sungguh mengagumkan dan ia benar-benar membuat saya berfikir ingin menjadi seorang Muslim,” ujar Liam. Liam dibesarkan di Ireland Utara sebagai anak dari keluarga Katolik yang patuh dan ia diberi nama oleh pendeta tempatan.

“Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik tapi saya selalu berfikir setiap hari dan menyoal kepada diri sendiri, secara tidak sedar, apa yang kita lakukan di planet ini? Apa maksud dari semuanya itu ?, ” katanya.

Namun, Liam Neeson masih belum menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, semoga hidayah itu datang kembali dan tidak disia-siakan olehnya. Sama-sama kita doakan. Aamiin. 
KONGSIKAN. SumberLaicikang

Sebuah Bandar Kecil, Hanya Ada Seorang Penduduk Tetap Di AS..

Bandar Kecil Ini Hanya Ada Seorang Penduduk Tetap

SELAMAT datang ke Monowi sebuah bandar kecil di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) yang diiktiraf hanya mempunyai seorang penduduk tetap, menurut data bancian rasmi kerajaan pada tahun 2010. 

Sebagai satu-satunya penduduk yang tinggal di bandar berkeluasan kurang satu kilometer persegi, Elsie Eiler, beliau juga adalah datuk bandar merangkap kerani, bendahari, pustakawan, pelayan restoran dan banyak lagi peranan.

Setiap tahun wanita itu perlu gantung papan tanda pilihan raya datuk bandar dan kemudian mengundi dirinya sendiri. Undang-undang persekutuan juga memerlukan beliau menghasilkan pelan jalan perbandaran setiap tahun.

Ini bagi mendapatkan pembiayaan negeri itu dan bayar AS$500 bagi cukai air dan elektrik. Beliau juga perlu buat kertas kerja agar status Monowi masih diperbadankan dan terhindar daripada menjadi sebuah bandar berhantu.

“Saya gembira meskipun menetap seorang diri di sini. Saya dibesarkan di sini malah saya sudah terbiasa dengan keadaan sunyi sebegini dan saya tahu dengan apa yang saya mahukan,” tambah Eiler yang kini berusia 84 tahun.

Pada dekad 1930-an, Monowi merupakan tempat perhentian bagi Elkhorn Railroad dengan mempunyai penduduk 150 orang selain meriah memiliki tiga buah kedai runcit, beberapa restoran dan juga sebuah penjara kecil.

Eiler dibesarkan di sebuah ladang di pinggir bandar tersebut dan bertemu dengan suaminya, Rudy, semasa di sebuah sekolah rendah. Setelah menamatkan pengajian dari sekolah menengah, Rudy memasuki Tentera Udara AS.

Sementara suaminya berkhidmat sebagai juruterbang dalam Perang Korea pada 1950-an, Eiler telah berpindah ke Bandar Raya Kansas untuk meneruskan cita-citanya bekerja dalam sebuah syarikat penerbangan tempatan.

“Saya menjadi seorang pragmugari, sebuah cita-cita yang telah lama saya idamkan. Saya tidak begitu kisah terhadap bandar raya ini; Monowi sentiasa menjadi tempat tinggal untuk saya,” katanya kepada stesen penyiaran BBC.

Eiler berkahwin dengan Rudy pada usia 19 tahun dan mereka berjaya membesarkan dua orang anak di Monowi. Pada tahun 1971, pasangan itu memutuskan untuk membuka semula restoran lama yang dimiliki oleh bapa Eiler.

Semasa restoran lama Monowi dibuka, penduduk di bandar kecil itu mula menurun. Selepas Perang Dunia Kedua, ekonomi luar bandar mulai jatuh dan seluruh komuniti masyarakat mula hilang dari kawasan bandar AS itu.

Pada tahun 1960, gereja yang ada di bandar itu telah melakukan pengebumian terakhirnya, untuk mendiang ayah Eiler dan kemudian antara tahun 1967 dan 1970, pejabat pos dan satu-satunya kedai runcit di sana telah ditutup.

Manakala sekolahnya pula ditutup pada 1974. Pada pertengahan dekad 1970-an, dua anak Eiler pula telah berpindah untuk mencari pekerjaan dan pada tahun 1980, penduduk bandar itu telah menjunam turun kepada 18 orang.

Namun 20 tahun kemudian, tinggal Rudy dan Eiler terkandung dalam populasi rasmi Monowi sehinggalah pasangannya itu meninggal dunia pada tahun 2004. Waima hidup bersendirian, Eiler mendakwa dia tidak kesepian.

Enam hari seminggu, dia gigih membuka restorannya dari pukul 9 pagi dan tekun menghabiskan masanya di sana selama 12 jam setiap hari, menyediakan makanan dan minuman kepada pelanggan setia yang mengenalinya.


“Ia seperti keluarga besar. Ada pelanggan generasi keempat dan kelima berkunjung ke sini. Ia sungguh menyentuh perasaan apabila orang yang anda kenal sejak masih bayi lagi, kini telah bawa anak kecil mereka untuk saya lihat.”

Di samping restoran lama itu, terdapatnya juga sebuah bangunan awam di Monowi iaitu Perpustakaan Rudy. Sebagai seorang yang suka baca buku, Rudy berharap agar koleksi peribadinya itu menjadi perpustakaan awam.

Perpustakaan kecil itu mengandungi lebih 5,000 judul buku. Eiler, secara tidak langsung, menjadi pustakawan. Satu kunci kelihatan tergantung di restoran lama itu bagi memudahkan orang ramai untuk membaca di dalamnya.

Apabila Rudy meninggal dunia, Monowi telah mengikuti jejak langkah Gross dan Nebraska untuk menjadi satu-satunya bandar yang diperbadankan di AS dengan hanya mempunyai seorang penduduk secara rasmi.

Dalam tempoh 14 tahun sejak itu, para pengunjung dari seluruh dunia dilaporkan datang berkunjung ke bandar tersbeut dan mengisi empat buku tamu beserta tanda tangan mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Hari Raya Aidilfitri, Selamat!! 

Terimalah Hadiah Dari Ibnu Hasyim.

Imej yang berkaitan

Selamat Hari Raya Puasa...
Maaf Zahir Batin,
Selamat Jiwa raga..
Selamat Aqidah.

Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

'Program Madinah Ramadan' Diadakan Tiap Daerah Tiap Tahun..




KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan program Madinah Ramadan sebagai ikon baharu negeri yang akan dilaksanakan di setiap daerah mulai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tujuan program Madinah Ramadan itu diadakan bagi memberi kemudahan kepada rakyat umumnya.
Ini kerana, katanya dalam negeri ini masih terdapat ramai di kalangan yang miskin diberi peluang berbuka puasa secara percuma.
“Kita meletakkan satu cita-cita yang tinggi bagi menjayakan Madinah Ramadan ini, dengan kerjasama semua pihak, bulan Ramadan tahun depan kita akan adakan Madinah Ramadan di setiap daerah, insya Allah.
“Ini kerana, kita mahu memberi satu kemudahan kepada rakyat kita yang miskin, susah atau dalam kesibukan mereka boleh datang berbuka dengan percuma.
“Mereka boleh terus beribadah, berehat dan mendengar tazkirah. Mereka boleh menunaikan solat terawih dan balik dalam keadaan selesa untuk terus menunaikan ibadah-ibadah lain sepertimana biasa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Madinah Ramadan Peringkat Negeri Terengganu menggantikan Menteri Besar Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, kelmarin.
Hasil carian imej untuk 'Program Madinah Ramadan Trengganu
Imej yang berkaitan
Tapak Madinah Ramadan di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu sedang disiapkan.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk 'Program Madinah Ramadan Trengganu
Hasil carian imej untuk 'Program Madinah Ramadan Trengganu
Ustaz Mohd Nor menjelaskan kerajaan  mahu membina masyarakat dengan dua aspek penting iaitu iman dan taqwa.
Justeru, katanya penekanan itu diberikan bagi menjayakan hasrat menjadikan Terengganu sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.
“Kita mahu bina masyarakat kita dengan aspek penting. Pertama, iman dan kedua taqwa.
“Kita mohon Allah Ta’ala kurniakan keberkatan dalam hidup kita. Walaupun Allah memberi khazanah yang banyak kepada negeri ini. Tetapi, jika tidak ada berkat, kekayaan akan hilang dengan mudah.
“Tetapi, jika kekayaan yang Tuhan bagi ini kita laksanakan, kita gunakan, kita uruskan dengan agama Allah. Kita akan mendapat berkat dan kita akan dapat apa yang kita impikan. Terengganu akan menjadi sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” tegasnya.
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan ramai lagi.
Sebelum itu, tazkirah Ramadan disempurnakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam sesi soal jawab agama dengan kehadiran orang ramai yang memberangsangkan. - HARAKAHDAILY 14/6/2018


Lihat ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus

M'sia Boleh Jadi Negara Kristian? Ini Kemungkinannya..

Jangan tolak kemungkinan Malaysia boleh jadi negara kristian. Sejarah membuktikan demikian
Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Apa dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah … Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.

Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? 
Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5? 

Jadi apa mustahilnya Malaysia adalah sasaran seterusnya? 
Depa acah kita dengan isu kalimah Allah. Ada dah sikit-sikit orang Melayu yang murtad. Depa tuntut perlembagaan yang halang penganut agama lain sebar agama depa pada orang Islam dimansuhkan. Depa minta anak-anak lahir tak de status agama. Kita berlonggar depa ke depan lagi. Kita mati dalam iman, tapi cucu cicit kita belum tentu lagi.

Sedikit sikap hazar (berhati-hati) lebih baik dari selamba selamanya ….


Jangan tolak kemungkinan Malaysia boleh jadi negara kristian. Sejarah membuktikan demikianTulisan : Rujukan: http://pakdin.my/tag/kristian
======================

Hari Raya Aidilfitri, Selamat!! Terimalah Hadiah Dari Ibnu Hasyim.

Imej yang berkaitan

Selamat Hari Raya Puasa...
Maaf Zahir Batin,
Selamat Jiwa raga..
Selamat Aqidah.

Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Dari Ibnu Hasyim..

Friday, June 15, 2018

Isteri Ahok Selingkoh? Setelah Cerai, Jadi Sorotan Netizen..

Setelah Cerai dari Ahok, Begini Penampilan Veronica Tan, Bagian Ini Jadi Sorotan Netizen Basuki Tjahaja Purnama dan isterinya Veronica Tan di Istana Negara, Rabu (19/11/2014).

SERAMBINEWS.COM: Tok, tok, tok!
Bunyi tukul tukul Ketua Hakim Sutaji di Mahkamah Daerah Jakarta Utara menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok secara resmi bercerai dari Veronica Tan, Rabu (4/4/2018) lalu.

"Menegaskan bahawa perkahwinan antara plaintif (Ahok) dan defendan (Vero) berdasarkan sijil perkahwinan nombor 3729 / I / 1997 bertarikh 17 Disember 1997 ditamatkan akibat perceraian dengan segala akibat hukum," kata Sutadji.

Berdasarkan putusan tersebut, Ahok memenangkan hak asuh anak itu atas nama Nathania Purnama dan Daud Albeenner Purnama yang masih di bawah umur.
Buat sementara waktu, Nathania dan David akan diurus oleh Veronica Tan sehinggalah Ahok keluar dari penjara.

Hak penyelenggaraan adalah keputusan panel hakim. Adik Ahok, Fifi Lety Indra menjelaskan bahawa pihaknya tidak membantah keputusan itu.

"Kami tidak meminta untuk dipertanggungjawabkan kepada siapa kami, kami hanya meminta jagaan dan ini adalah hakim hakim yang sepertinya kami bersetuju sehingga anda keluar dari penjara," katanya.

Sementara itu, di pendengaran yang membacakan keputusan itu, tidak dihadiri oleh plaintif (Ahok) dan defendan (Veronica). Seperti yang diketahui, Ahok kini ditahan di Mako Brimob, manakala Veronica dilaporkan berada di luar negara.

Berdasarkan naratif peguam Ahok, Josefina Agatha Syukur, Veronica tidak memberi alasan untuk ketiadaannya dalam perbicaraan. Walau bagaimanapun, sejauh Josefina bimbang, Vero tidak berada di Indonesia. Semasa ditanya sama ada Vero berada di London, Josefina hanya mengangguk.

"Dia pergi," kata Josefina.

Jika anda melihat muat naik Nathania Purnama di Instagram, memang benar bahawa Veronica berada di London.

Muat naik diberikan maklumat lokasi London, England.
Vero yang kelihatan, Nathania, dan David termuda berpose di tempat di mana terdapat banyak pokok berharga.
Nathan dan Vero kelihatannya memegang segelas, sementara David meletakkan tangannya di dalam poket jaketnya.

Ketiga-tiga mereka berpose sambil merenung ke arah kamera. Banyak orang netizen yang memberi pujian berkaitan potret kebersamaan ibu dan dua anak itu.
Terdapat juga penyesalan mengenai perceraian Vero dan Ahok.

Tetapi di samping itu, tidak sedikit juga netizens yang menyoroti penampilan Veronica terkini. Ibu tiga kelihatan lebih kurus daripada sebelumnya.

Berikut adalah beberapa komen:
31ns: "Ibu kelihatan sedikit
shania_brina: "Ibu kurusaaaaaaaaah ya kaya
emy021184: "Ibu nipis
indriyani1021: "Ibu @veronicabtp plasticity kinda kusan bu ...
Artikel ini telah disiarkan di tribunjabar.id dengan tajuk Penampilan Veronica Tan Setelah Perceraian dari Ahok. (IH)

7 Tahun Veronica Tan Selingkuhi Julianto Tio, Begini Perlakuan Ahok ke Istrinya di Depan Publik Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok, Veronica Tan, dan sosok yang diduga Julianto Tio 

SERAMBINEWS.COM - Proses perceraian mantan Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok dengan isterinya Veronica Tan masih menjadi perbincangan hangat.
Seperti diketahui, Ahok gugat cerai isteri saat masih di balik jeruji besi kerana alasan perselingkuhan. Sosok pengusaha Julianto Tio alias Ahwa yang disebut sebagai teman dekat atau selingkuhan isteri.

Selamat Idulfitri Dari Ahok.. Melalui Secebis Kertas Dari Jerejak Penjara.

Lewat Selembar Kertas yang Ditulis Sendiri, Ahok Ucapkan Selamat Idulfitri dari Balik Jeruji Besi Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) 
SERAMBINEWS.COM - Mantan Gubernur DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) memberikan ucapan selamat Idulfitri dari balik jerejak besi penjara Indonesia.

Diketahui, saat ini Ahok masih ditahan di Rutan Mako Brimob, Kelapa Dua, Depok, Jawa Barat atas kes penodaan agama. Ayah tiga anak ini menyampaikan ucapannya melalui tulisan tangannya di selembar kertas putih.

Diketahui, ucapan itu diunggah di akun Instagram Ahok @basukibtp yang dikelola oleh admin @timbtp pada Jumat (15/6/2018). Tak hanya ucapan yang ditulis oleh Ahok, akun Instagram @basukibtp juga mengunggah dua ucapan lainnya.

j Diposting oleh @timbtp .

Dalam surat yang ditulis oleh Ahok itu, ia mendoakan para umat muslim yang merayakan Hari Raya Idulfitri dan juga menyampaikan permohonan maafnya.

Pada akhir ucapannya, Ahok juga menuliskan Rutan Mako Brimob, tempat di mana ia ditahan dan menulis ucapan tersebut pada pukul 18.10 WIB pada Khamis (14/6/2018) (IH)

Adakah Anda Lalui Ini, Sebentar Tadi? 10 Amalan Sunat.



AS-SALAMU ALAIKUM! Kala Kemeriahan Syawal, marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah yang di situ terdapat keredhaan Allah. Jom ikuti apakah yang terdapat di dalam sebuah risalah yang terselit semasa membaca blog mata hati mekar untuk saya kongsikan buat tatapan kita bersama-sama.

1. Bertakbir

Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.

Takbir boleh dimulakan selepas Magrib hari terakhir berpuasa. Sehingga selesai solat sunat Aidilfitiri.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.


2. Lafaz ucapan selamat atau saling mendoa antara satu sama lain

Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan kepada orang ramai] ).”Doa yang digalakkan adalah:


“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu.

3. Meneruskan Qiamullail

Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih, maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

4. Mandi sunat pagi hari raya

Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri. Niat mandi, “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.

Ia dilaksanakan dengan menyebut niat yang berikut:
niat mandi sunat hari raya

Ertinya: “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.


5. Makan sebelum solat Aidilfitri

Disunatkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.  Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa sahaja.

Ia berdasarkan hadis dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Rasulullah S.A.W. tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, baginda memakannya dengan bilangan ganjil.”
(Riwayat Bukhari)

6. Memakai pakaian yang indah

Disunatkan kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.

Pakaian terbaik adalah pakaian istimewa. 
“Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya”
Hadis Riwayat Al-Hakim


7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya

Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.

8. Mengerjakan solat aidilfitri


Syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.

Ibnu Abbas r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.”
(Riwayat Bukhari)
Kaifiat atau cara menunaikan solat sunat Aidilfitri dimulakan dengan niat.
“Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah taala”

Pada rakaat pertama, Imam akan mengangkat takbiratul-ihram.
Disusuli tujuh takbir selepasnya.
Antara selang takbir itu, baca tasbih.
Tasbih-Solat-Sunat-Hari-Raya
Kemudian rukuk dan sujud seperti biasa.
Seterusnya imam akan berdiri dan mengangkat lima kali takbir.
Pada selang takbir itu, baca tasbih yang sama.
Selesai solat, dengar khutbah hari raya.


9. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri dan Saling Menziarahi dan Merapatkan Silaturrahim


Setelah sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat islam.

Banyakkan senyuman. Hari Raya adalah hari kemenangan umat Islam.

Amalan ini diambil bersempena hadis Nabi s.a.w,
“Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

10. Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Cara paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Sekian artikel 10 amalan sunat/sunnah rasulullah berkaitan hari raya aidlfitri daripada saya. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan Ramadhan kita.



Diangkat darMINDARAKYAT


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails