KATHMANDU: Jurupandu Sherpa yang hilang empat hari lalu di Everest dianggap sudah meninggal dunia, kata pegawai Nepal hari ini, dikhuatiri kematian pertama pada musim pendakian gunung tertinggi dunia itu.
Sherpa Lama Babu tiba di kemuncak Everest dengan sekumpulan pendaki dan jurupandu lain Isnin lalu, tetapi terpisah daripada kumpulan berkenaan ketika turun dan tidak kelihatan sejak itu.
Pegawai di kem Everest mengesahkan Lama dianggap sudah meninggal dunia.
"Pendaki jumpa pakaian dan barangannya tetapi tidak menemui mayat.
"Beliau sudah hilang agak lama dan hampir mustahil untuk beliau selamat," kata pegawai perhubungan kerajaan, Gyanendra Shrestha.
Salah seorang rakan Lama dalam Seven Summit Treks, Mingma, berkata pasukan itu dilanda angin kencang ketika tiba di kemuncak.
"Sherpa lain menjaga anggota masing-masing dan mereka menyangka Lama turun tetapi beliau tidak berbuat demikian," katanya. - AFP
Mohd. Noorhisyam Abd. Karim Ketua Pemuda PPBM Bukit Bintang
Baru Sebulan Berkuasa Anak Ketam Kerala Maharajalela Di DBKL!!!
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diarah untuk meluluskan sebanyak 80 tapak perniagaan Bazar Ramadhan diJalan Masjid India bersebelahan dengan Mydin dgn jumlah keseluruhan hanya RM6,238 kepada Ketua Pemuda Bersatu Bukit Bintang, Mohd. Noorhisyam Abd. Karim...
Setiap petak berukuran 8x8 dan adalah sah bagi tempoh 9 hari iaitu dari 06 Jun 2018 hingga 14 Jun 2018 dengan harga purata yang nominal sebanyak RM 77.98 bagi setiap petak.
Budaya hiprokrit dan cakap tak serupa bikin dikalangan 'pemimpin anak ikan' BERSATU semakin menjadi dibulan Ramadan yang mulia ini. Ketika kebanyakan rakyat biasa sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin membimbangkan terutamanya dengan kenaikan harga gas masak.
Persoalan Yang Nyata Dalam Isu Ini Adalah :
Ketelusan Yang DiLaungkan Hanya Polemik Politik
》Kenapa tiada tender terbuka untuk tapak-tapak tersebut yang dikeluarkan oleh pihak DBKL, sedangkan dibawah kerajaan BN kenyataan tender boleh dikeluarkan dengan tarikh pengundian bagi tapak bermula dalam bulan April?
》Bukankah ini inisiatif ketelusan yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan diharapkan oleh rakyat dari kerajaan Pakatan Harapan?
》Kegiatan berat sebelah yang dirahsiakan seperti ini jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan HARAPAN yang melaungkan 'rule of law' dan ‘transparency’ bukanlah setelus yang dipropagandakan.
》Kalau di peringkat yang mikro ini telah didedahkan dengan nyata salahgunaan kuasa tadbir mereka, bagaimanakah rakyat hendak mempercayai kerajaan HARAPAN untuk mentadbir negeri dalam skala yang lebih makro secara telus dan amanah?
Kerajaan Malaysia Baru Ibarat Kaduk Naik Junjung
》Kenapa tapak-tapak tersebut hanya diberikan pada BERSATU sahaja ???
》Patutkah seorang Ketua Pemuda Bahagian diberi sebanyak 80 tapak pada harga sebegitu murah dan kenapa beliau dilantik secara terus oleh pihak DBKL?
Sikap 'Double Standard' Kerajaan Pakatan Harapan Dalam Memartabatkan Ketelusan
》Apakah pendirian Lim Lip Eng selaku seorang anggota parlimen diKuala Lumpur dan sebagai ‘kesatria’ kerajaan HARAPAN yang memperjuangkan ketelusan?
》Adakah Lim juga mengamalkan budaya hipokrit yang sama dalam isu ini?
》Takkan hanya dedah isu tanah yang dijual dibawah pentadbiran BN, yang hasilnya adalah kepada DBKL sedangkan dalam isu ini hasilnya akan masuk ke poket Ketua Pemuda BERSATU!!!
》Apakah pendirian Teresa Kok yang kini diura-urakan bakal dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutan kerajaan HARAPAN?
》Adakah beliau juga akan berdiam diri dalam isu ini sedangkan isu tanah lot ke konsesi parking dipertikaikan sehingga ke Putrajaya?
》Apakah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan merupakan kuasa mutlak untuk pemimpin Pakatan Harapan mencampuri dan menentukan urusan pihak berkuasa tempatan!!!
Persembahan 'Taichi' Terbaik Dari Pakatan Harapan
Drama tuduh menuduh, nafi menafi dan salah menyalah mula dilakunkan sebaik2nya...
Segala penat lelah, pengorbanan duit, tenaga dan masa telah dilakukan tapi hasilnya pergi ke ahli politik picisan yg tamak!!!
Kenapa Menteri Mesti Heret BN Dalam Isu Nie
》Apakah memang sikap semulajadi pemimpin Pakatan Harapan utk menyalahkan dasar kerajaan BN bila berhadapan dengan pendedahan salah guna kuasa dikalangan mereka!!!
》Pengarah Perlesenan Dan Pembangunan Penjaja DBKL, En. Anwar Mohd. Zain mengakui pihak DBKL terpaksa meluluskan permohonan tapak tersebut bila ada campurtangan pihak ahli politik!!!
Mandat Yang Rakyat Beri DiGunakan Untuk Mengumpul Kekayaan Peribadi
》Bukankah tapak-tapak bazar ramadan seperti ini bertujuan khususnya untuk membantu peniaga-peniaga kecil beragama Islam untuk berniaga pada bulan mulia ini bagi tujuan menambahkan pendapatan keluarga untuk Hari Raya?
》Apakah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan merupakan kuasa mutlak untuk pemimpin Pakatan Harapan mencampuri dan menentukan urusan pihak berkuasa tempatan serta menindas rakyat dalam memenuhi nafsu tamak mereka???
Ramai yg tak tahu, Mohd. Norhisyam Abdul Karim, Ketua Pemuda Bersatu Bukit Bintang ialah bekas ahli Umno yg kecewa setelah ditolak oleh ahli Umno yg lain atas alasan sikap buruk beliau...
Dan nampaknya, PPBM menerima beliau dgn baik malah mengangkat beliau sebagai Ketua Pemuda Bukit Bintang...
Beliau menyeberang ke sana bukan dgn membawa semangat perjuangan sebenar Umno tapi semangat tamakkan kuasa dan kekayaan!!! (http://theunspinners.blogspot.com)
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalahkan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun atas isu lot bazaar Ramadan di Jalan Masjid India.
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain berkata, beliau dipaksa meluluskan permohonan lot bazaar daripada pemimpin Pemuda PPBM, Mohd Noorhisyam Abd Karim, selepas menerima surat sokongan Fong.
“Pada mulanya kami kata tidak, tetapi beliau (Noorhisyam) terus mendesak kami dan kami hanya mengalah selepas mendapat surat sokongan ahli Parlimen Bukit Bintang,” kata Anwar kepada The Star.
Anwar berkata demikian susulan laporan berhubung “skandal bazaar Ramadan” di Jalan Masjid India membabitkan Noorhisyam, yang didakwa menyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazaar dan menyewanya pada harga setinggi RM5,000 bagi 1 lot.
“Kami juga bersetuju selepas beliau mendakwa hanya berbuat demikian untuk membantu orang miskin mendapatkan wang untuk Hari Raya.”
Anwar berkata, menurut laporan The Star, DBKL menjelaskan kepada Noorhisyam yang beliau perlu memastikan mendapat kerjasama pemilik premis di Jalan Masjid India.
“Tiada lagi ruang untuk lot baru di sana, tetapi kami benarkan mereka mendirikan gerai dekat kawasan Maybank, selagi ia tidak mengganggu aliran trafik.”
Katanya, DBKL membatalkan sistem lama peruntukan lot bazaar bagi parti politik pada 2014. Sistem lama itu berdepan kontroversi, dengan pelvagai pihak mendakwa wujud rasuah dan nepostisme, menurut laporan itu.
The Star melaporkan pegawai DBKL sering didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memberikan lot kepada kenalan dan kroni yang kemudiannya menyewa atau menjualnya kepada pembida tertinggi.
Laporan itu turut memetik Ketua PPBM Bukit Bintang, Zailani Isausuludin yang berkata, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu itu. – FMT
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Petanda Awal ketidak mampuan PH memerintah? Kita sama-sama lihat..
Selamat Hari Raya Puasa...
Maaf Zahir Batin,
Selamat Jiwa raga..
Selamat Aqidah.
Untuk pembersihan aqidah ku hadiahkan 2 syarahan ini..
Video: Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!!
Hati-hati pendakalan Aqidah
Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
KEM pelarian Rohingya meraikan hari kebesaran dengan tunjuk perasaan secara aman bagi menuntut keadilan. - Foto AFP
COX BAZAR : Ketika umat Islam seluruh dunia menyambut Aidilfitri dengan pelbagai juadah enak dan hadiah menarik, penghuni di kem pelarian Rohingya di sini meraikan hari kebesaran itu dengan tunjuk perasaan secara aman bagi menuntut keadilan.
Ini adalah kali pertama semua pendatang berkenaan menyambut Aidilfitri di kem padat penghuni sejak melarikan diri dari operasi ketenteraan di negara asal mereka, Ogos tahun lalu.
Rahim Uddin, 35 berkata, sambutan Hari Raya yang juga menandakan berakhirnya bulan Ramadan amat berbeza tahun ini.
"Walaupun begitu, saya tetap bersyukur kerana dapat menyambutnya dalam keadaan aman. Kami boleh pergi ke masjid tanpa sebarang gangguan," katanya ketika ditemui di kem pelarian di Kutupalong, dalam daerah Cox Bazar.
Masjid dalam kem berkenaan dipenuhi jemaah semalam bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri selain turut memanjatkan doa agar dilindungi dari kejadian tanah runtuh serta banjir kilat akibat musim tengkujuh yang melanda Bangladesh ketika ini.
Tidak lama selepas itu ketika kanak-kanak mula bergembira dengan pakaian baru dan menaiki permainan kuda pusing serta beberapa hiburan lain, ratusan pelarian Rohingya mula melakukan tunjuk perasaan secara aman selama lebih kurang sejam.
Pemimpin komuniti, Mohammad Mohibullah berkata, mereka mahu Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan wakil Rohingya dalam prosedur perjanjian penghantaran pulang.
Kira-kira 700,000 pendatang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak operasi besar-besaran pihak tentera, satu tindakan yang disifatkan PBB dan Amerika Syarikat sebagai menyamai penghapusan etnik. - AFP
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap individu yang didakwa dalam penjualan tapak bazar Ramadan di Masjid India, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipercayai menggunakan hubungan politik untuk mengaut ratusan ribu ringgit menerusi penjualan tapak bazar Ramadan itu.
Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula didapati menawarkan tapak bazar pada harga nominal yang rendah, iaitu RM80 bagi setiap petak.
“Ini salah guna kuasa yang dilakukan oleh PPBM bagi menekan dan mempengaruhi penjawat awam DBKL untuk mendapat kepentingan.
“Mereka tidak melalui proses yang telus. Setahu saya ia mempunyai kriteria dan peraturan bagi mendapatkan tapak terbabit.
“Kami tidak mengerti bagaimana perkara ini boleh terlepas daripada proses dan kawalan ketat DBKL,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Razlan turut meminta SPRM menyiasat Ahli Parlimen berkaitan kerana didakwa menyalahgunakan kedudukan beliau untuk menekan penjawat awam bagi mendapatkan kelulusan.
“Sebagai parti politik kerajaan, kedua-dua individu ini menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan sekali gus mengaut untung atas angin dan tidak mematuhi peraturan.
“Saya mendesak supaya SPRM bertindak secara telus untuk menjaga kepentingan penjawat awam dan melindungi mereka daripada tindakan Ahli Parlimen yang sering kali datang ke DBKL atas urusan kepentingan peribadi,” katanya.
Sebelum ini, timbul kontroversi mengenai surat sokongan yang dikeluarkan ahli PPBM terbabit bagi mendapatkan kelulusan DBKL untuk menganjurkan bazar.
Surat maklum balas daripada DBKL kepada individu itu turut tular di media sosial, menunjukkan 80 lot diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.
Dakwaan timbul menyatakan individu berkenaan mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa dari setiap lot melalui orang tengah. – HMetro
BEIJING – Kesemua lebih 36,000 buah masjid di seluruh China perlu mengibarkan bendera negara dalam usaha pemerintah untuk ‘semai semangat patriotik’ kalangan masyarakat Muslim tempatan.
Demikian diisytiharkan oleh badan utama kawal selia hal ehwal Islam di negara tersebut yang dipetik agensi berita antarabangsa AFP di sini, ketika Parti Komunis China berusaha perketat kawalan ke atas semua ajaran agama.
Menurut makluman Persatuan Islam China dalam satu surat yang dimuat naik menerusi laman sesawang rasminya baru-baru ini, bendera kebangsaan tersebut perlu diletakkan di tempat yang jelas dilihat di semua halaman masjid.
Bagaimanapun tindakan itu bukan sesuatu aneh di negara-negara Islam lain yang turut mewajibkan pihak masjid untuk mengibarkan bendera rasmi negara demi pupuk perasaan patriotisme dan kekang fahaman ekstremisme.
Persatuan Islam China yang ditubuhkan pemerintah pada 1953 itu merupakan badan persekutuan dan memiliki kuasa untuk tauliah lebih 45,000 imam selain urusan pendidikan agama melibatkan murid Muslim di negara itu.
Menurut surat persatuan tersebut: “Ini memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap matlamat sivik dan aspirasi kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotik dalam kalangan Muslim daripada semua kumpulan etnik.”
Masjid juga perlu memaparkan maklumat tentang “nilai-nilai teras sosialis” parti secara umum dan menjelaskannya kepada para penganut menerusi kitab Islam supaya ia “tersemat di dalam hati masyarakat Muslim”, tambahnya.
Surat itu dikeluarkan ekoran Peraturan Hal Ehwal Agama yang baru disemak semula berkuat kuasa pada Februari lalu dan menyebabkan kumpulan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan tentang isu kebebasan beragama.
Peraturan baharu itu perketat hukuman ke atas kegiatan keagamaan tanpa izin dan pertingkat penyeliaan ke atas agama sebagai usaha untuk sekat fahaman pelampau dan menangani potensi ancaman pelampau kepada negara.
Kakitangan masjid juga perlu mengadakan pembelajaran tentang perlembagaan China dan undang-undang lain relevan – khususnya mengenai peraturan kawal selia urusan agama yang baru itu, menurut surat tersebut lagi.
Mereka juga perlu kaji karya klasik China dan mengadakan kursus perihal tradisi budaya China selain memastikan masjid hanya memberi tumpuan program ceramah oleh ulama China sendiri berbanding jemput pendakwah asing.
Matlamat pihak pemerintah adalah supaya masjid di seluruh China menjadi “wadah utuh untuk penganut Islam mempelajari tentang parti dan undang-undang serta dasar negara” di samping fungsi asas sebagai rumah ibadah.
Ini sekali gus mewujudkan “pemahaman identiti China yang sama” antara Muslim dengan penduduk majoriti Han. Islam adalah salah satu daripada lima agama yang diiktiraf oleh Parti Komunis China yang asasnya tiada agama.
Negara itu ada lebih 30 juta penduduk Muslim yang menikmati kebebasan beragama termasuk pensijilan makanan halal, urusan perkahwinan, ibadah haji, perbankan patuh syariah, tanah perkuburan khas dan cuti perayaan Islam.
Namun sekatan tertentu di wilayah barat laut iaitu Xinjiang, yang menjadi tempat tinggal sebahagian besar Muslim Uighur masih dilaksanakan dengan golongan dewasa etnik tersebut tidak dibenarkan memelihara janggut panjang.
Pihak berkuasa China mendakwa bahawa langkah keselamatan itu bertujuan untuk mengawal daripada tersebarnya fahaman radikal dan gerakan pemberontak bersenjata oleh puak pemisah tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Ibnu Hasyim bersama seorang pengusaha restoran makanan Islam di Guangzhou.
Peniaga-peniaga kecil Islam di Guangzhou yang sering dikejar pihak bandarayanya. Lihat Kisah Ibnu Hasyim di China..