Sunday, July 01, 2018

Cadang Beku Akaun PAS: Ke Arah Negara Satu Parti. -Iskandar A Samad.




CADANGAN pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk membekukan akaun bank PAS adalah satu langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti (one party state). Negara-negara komunis telah mengamalkan sistem ini di mana hanya satu parti iaitu parti komunis dibenarkan wujud. Sebelum ini akaun bank Umno telah dibekukan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kes 1MDB.
Pada pilihan raya umum yang lepas, undi yang diperolehi PH adalah kurang dari 50 peratus. Sementara satu kajian menunjukkan tidak sampai 30 peratus pengundi Melayu mengundi PH. Undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama oleh PAS dan Umno.
Oleh itu kedudukan sokongan kepada PH adalah tidak kukuh. Mereka yang mengundi PH terutamanya ahli-ahli Umno boleh pada bila-bila masa meninggalkan PH.
Satu jalan keluar bagi PH adalah untuk memastikan Umno dan PAS tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut. Langkah pertama adalah dengan membekukan akaun bank mereka. Langkah seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali membatalkan pendaftaran.
Kerajaan PH perlu melakukannya untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Selain dari itu kegagalan mereka menunaikan janji-janji pilihan raya bermakna perhatian rakyat perlu dialihkan. Rampasan wang tunai dan barangan berharga yang cuba dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi berita utama di dalam usaha untuk menutup kegagalan menurunkan harga minyak, kegagalan menghapuskan tol, kegagalan menurunkan kos sara hidup dan kegagalan-kegagalan yang lain.
Walau bagaimanapun yang patut membimbangkan rakyat adalah sebarang usaha untuk membunuh demokrasi. Sebelum ini seorang menteri pernah mencabar ahli-ahli akademik yang tidak sehaluan dengan kerajaan PH meletakkan jawatan. Jika rakyat tidak membantah usaha-usaha ini negara, kita akan melihat Malaysia tanpa parti pembangkang atau parti-parti pembangkang yang telah "dimandulkan". Ini tidak baik untuk rakyat kerana tidak akan berlaku check and balanceatau semak dan imbang.
Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden PAS
30 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 30/6/2018

Siasat Akaun Parti PH Pula. Jangan Kata Dulang Paku Serpih...



KUALA LUMPUR: “Isnin ini bank sudah buka, boleh arahkan pihak berwajib lihat duit PAS dalam bank,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Bagaimanapun, kata beliau ianya hendaklah mengikut prosedur.
“Tapi ikut prosedurlah, bukan main hentam kromo dan guna media.
“Main-main arah dan tuduh supaya akaun PAS dibeku kerana terlibat dalam penggubahan wang haram,” katanya menerusi laman sosial Facebook.
Justeru, beliau mempersoalkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sama ada hendak mengikut cara demokrasi atau majlis revolusi.
Ini, katanya kerana itu dikira main langgar sahaja untuk membuat tuduhan dan fitnah.
Sekarang, ujarnya lagi PH sudah ada kuasa dan mereka boleh mengambil sahaja tindakan.
“Mungkin PH tidak perasan dia sudah memerintah. Jangan lupa juga tolong siasat akaun parti PH sama,” tambahnya.
Sehubungan itu, katanya PH jangan pula ibarat ‘kata dulang paku serpih, tuduh orang dia yang lebih’. – HARAKAHDAILY 1/7/2018

Gadis Terselamat Jadi 'lauk', Ditolong Pemandu Grab.

Hasil carian imej untuk rogol

SEORANG pemandu GrabCar dilaporkan campur tangan dalam satu situasi berbahaya yang mana seorang gadis berisiko menjadi mangsa rogol.
Dalam satu siri tweet, pengguna Twitter @PBK_twt menulis tentang pengalaman bapanya semasa memandu GrabCar beberapa minggu lalu.
"Bapa saya menyelamatkan seorang gadis (mungkin bawah umur) daripada diperkosa," katanya.
Dia berkata, selepas dia mengambil dua lelaki muda dan seorang gadis mabuk teruk di Clarke Quay, Singapura, budak lelaki itu memintanya menukar lokasi penghantaran, iaitu rumah gadis itu (lokasi asal) ke Hotel 81.
Hotel itu dikenali sebagai tempat untuk melampiaskan hawa nafsu.
"Cukup jelas budak-budak lelaki itu berniat untuk mengambil kesempatan," katanya di Twitter.
Bapanya, yang prihatin terhadap keselamatan penumpangnya enggan membawa ketiga-tiga penumpangnya ke hotel seperti diminta, sebaliknya terus memandu ke rumah gadis itu.
"Dia menyuruh dua budak lelaki tunggu dan menemani gadis berkenaan naik ke flat tempat tinggalnya.
"Dia memastikan bahawa gadis itu betul-betul masuk ke dalam rumah sebelum kembali ke keretanya," jelasnya.
Kisah itu telah diulang kicau ribuan kali, memberi inspirasi kepada masyarakat untuk membantu insan lain yang memerlukan bantuan dalam keadaan tertentu.
"Matlamat saya dalam kehidupan, menjadi seperti lelaki ini," jawab seorang pengguna Twitter.
Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu.
Kisah ini muncul kurang dari seminggu selepas satu lagi kisah pemandu Grab tular.
Hujung minggu lalu, seorang pengguna Facebook menceritakan bagaimana pemandunya menunggu lif bersama dengannya selepas menghantarnya pada pukul 2 pagi.
Kisah itu juga banyak dikongsi.
Kali ini, anak perempuan kepada pemandu GrabCar pula yang menyatakan rasa bangga terhadap bapanya yang dianggap wira. -coconuts

Lelaki Usia 41 Tahun Kahwini Budak 11 tahun. Apa Kata Wan Azizah &Penghasut?

Saya Sayang Abe Saya Sayang Abe Budak 11 Tahun Tak Sanggup Berpisah Dengan Suami 41 Tahun


Semalam kita dikejutkan dengan seorang isteri telah memuat naik beberapa status dan gambar perkahwinan suaminya yang menjadi tular di laman Facebook miliknya.

Menurut harian metro,  kanak-kanak itu berusia 11 tahun apabila bergelar isteri orang selepas berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun yang juga suami kepada pemilik laman sosial itu.

Perkahwinan dipercayai berlangsung di Selatan Thailand, manakala kanak-kanak itu dipercayai merupakan isteri ketiga lelaki tersebut yang sebelum ini telah mempunyai dua lagi isteri dan beberapa orang anak hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya.

Kerajaan akan siasat kes budak perempuan 11 tahun berkahwin

ALOR SETAR - Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun dari Gua Musang, Kelantan yang didakwa berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun di Thailand, individualized organization Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, telah menerima laporan berhubung kes itu dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan bertemu ibu budak perempuan itu.
Kerajaan akan siasat kes budak perempuan 11tahun berkahwin

"Buat masa ini, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Enakmen Undang-Undang Syariah negeri.

"Selain itu, kita kena ambil kira semua aspek mengapa ia berlaku. Adakah ia disebabkan oleh masalah kemiskinan, pendidikan, kekeluargaan mahupun masalah lain yang berada di sekeliling budak terbabit," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini, hari ini.

Kes perkahwinan lelaki berumur 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun itu tular di laman sosial semalam selepas perkara itu dikongsi isteri kedua lelaki terbabit.

Lelaki terbabit didakwa bernikah dengan budak perempuan itu di Thailand pada 4 Syawal lepas (18 Jun) dan hanya diketahui isterinya itu yang berumur 34 tahun selepas dimaklumkan rakannya yang berkongsi foto perkahwinan suaminya.

Ini Kata Penghasut?
'Tiada guna perkahwinan ini diteruskan' - Isteri pertama dan kedua nekad tuntut cerai, suami kahwin dengan budak 11 tahun.
Semalam kecoh di media sosial seorang lelaki dewasa berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, mengundang persoalan netizen apakah perkahwinan itu dibolehkan atau sebaliknya?

Difahamkan, gambar lelaki berusia 41 tahun itu bersalaman dengan pasangan barunya itu dimuat naik oleh isteri keduanya, Effa atau nama sebenar Siti Nor Azila Zulkifle di Facebooknya dengan kapsyen,

"Selamat pengantin baru suamiku. Suamiku 41 tahun, maduku 11 tahun." 

Berkata kepada mStar Online, Effa menceritakan pada awalnya, suaminya menafikan dakwaan berkahwin buat kali ketiga, apabila Effa menunjukkan dan mempersoalkan kesahihan gambar berkenaan. Malah katanya, gambar itu telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

"Ketika suami ada di rumah, saya tunjuk gambar tersebut yang dihantar oleh madu saya. Dia kata, sekarang semua gambar boleh edit. 

"Lepas itu saya cakap, tak ada edit kalau dah gambar macam ni. Kalau betul (dah) kahwin, kena cakap dah kahwin. Tak boleh main-main. Selepas itu barulah dia kata, betullah dia sudah berkahwin," katanya. 
Menurut Effa, dia tidak terkejut dengan perkahwinan ketiga suaminya itu kerana sebelum ini, dia pernah terdengar desas-desus suaminya akan berkahwin lagi. 

"Suami pun pernah kata, tidak mungkin dia akan berkahwin dengan budak. Jadi, saya dan isteri pertama pun fikir perkara yang sama. Namun, saya tidak menyangka perkara itu benar-benar terjadi. Kalau dengan anak dara atau wanita yang lebih berusia, saya boleh terima. 
"Saya sendiri pernah mahu meminang seorang wanita untuk suami, tetapi dia menolak. Yang membuatkan saya marah sebab dia berkahwin dengan kawan sepermainan anak saya. 
"Isteri baharunya itu adalah kawan kepada anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga) selalu tidur di rumah isteri pertama, memandangkan ibunya kerja sebagai tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu," katanya yang menetap di Gua Musang, Kelantan. 
Effa juga mendakwa, suaminya telah bernikah dengan kanak-kanak perempuan itu di Thailand pada 4 Syawal lalu dan kanak-kanak berkenaan merupakan warganegara Thailand. 

Menjelaskan tindakannya memuat naik gambar suaminya bersalaman dengan isteri ketiga, Effa tidak berniat mahu mengaibkan suaminya, sebaliknya dia hanya mahu suaminya yang bekerja sebagai tauke getah itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. 

"Saya mahu perkara ini diselesaikan mengikut undang-undang. Saya dan isteri pertama sanggup terima madu kami sekiranya dia menjalankan tanggungjawab dengan baik. 
"Dia kata dia berkahwin kerana mengikut sunnah Nabi, tetapi adakah dia mengikut sunnah Nabi yang lain? Duit belanja saya dan anak-anak pun dia hanya bagi Rm50 hingga RM100 seminggu. Anda rasa cukup ke nak menanggung empat orang anak? Tapi bagi dia, jumlah wang itu dah banyak," katanya yang terpaksa berniaga secara online untuk menanggung keperluan keluarganya.  
"Saya terpaksa berniaga. Kalau tidak, macam mana nak beli susu, pampers dan keperluan yang lain-lain? Suami hanya sediakan rumah dan kereta sahaja. 
"Saya cakap pada suami, saya tak nak bekerja, saya sudah penat, penat segalanya," katanya. 

Ekoran tindakan suaminya itu, Effa berhasrat menuntut cerai dari lelaki itu kerana mendaiwa dia sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak pernah berubah. 


"Saya nekad, tiada guna perkahwinan ini diteruskan. Saya akan pergi ke pejabat agama esok. Lagipun suami pernah kata kalau tak boleh terima perempuan tersebut (isteri ketiga), jalan terbaik adalah berpisah. Jadi, saya dan isteri pertama kata kami sanggup bercerai kalau dia nak lepaskan," katanya. 

Usaha Effa untuk menghubungi suaminya bagi menyelesaikan perkara itu menemui kegagalan apabila lelaki terbabit tidak menjawab panggilannya. Effa turut menyatakan dia sudah tidak bertemu dengan suaminya itu selama empat hari. 

"Saya sudah tidak jumpa suami empat hari. Saya call dia tak angkat, panggilan mak saya pun dia tak angkat. Mesej saya pun dia tak balas," katanya. 
(Pelbagai sumber)

Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar


PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dituntut untuk memohon maaf kerana menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan rasmi kementerian berkenaan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan.
“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang dikhususkan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, tiada bahasa lain, bahasa adalah jiwa bangsa.
“Kalau menteri langgar, itu harus ditentang, dia telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara.
“Kita kena bantah supaya dia sedar, supaya dia kembali ke pangkal jalan,” katanya kepada pemberita ketika demonstrasi aman di hadapan Masjid Putra di sini hari ini.
Beliau bersama-sama tokoh-tokoh terkemuka negara yang lain bakal menyerahkan memorandum bantahan berkenaan ke Kementerian Kewangan di sini.
- UTUSAN ONLINE

Singapura Negara Ke 4 Termahal Di Dunia

Singapura Negara Keempat Termahal Di Dunia


SINGAPURA, 26 Jun (Bernama) -- Singapura berada pada kedudukan keempat sebagai bandar paling mahal untuk golongan ekspatriat, meningkat satu anak tangga berbanding tahun lalu.

Kedudukan itu berdasarkan tinjauan mengenai kos sara hidup yang dijalankan sebuah firma perundingan sumber manusia, Mercer, lapor portal dalam talian The Business Times (BT).

Hong Kong berada di kedudukan teratas diikuti Tokyo dan Zurich.

Ketua amalan mobiliti global Mercer untuk Asia, Timur Tengah, Afrika dan Turki, Mario Ferraro berkata turun naik mata wang dan inflasi ke atas barangan dan perkhidmatan antara faktor menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar Asia.

"Kedudukan Singapura meningkat satu anak tangga dalam kos sara hidup dari tahun lepas seimbang dengan gaji tinggi dan ekonomi yang stabil."

Bandar Asia memonopoli enam daripada 10 kedudukan teratas membabitkan kos sara hidup untuk ekspatriat.....(BERNAMA)

Hasil carian imej untuk Singapura Negara Keempat Termahal Di Dunia

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim:

Pelakon M'sia Pakai Seksi, Ada 2 Pandangan..


Reen Rahim dikecam berpakaian seksi ketika bercuti.

HALAMAN HIBURAN

Reen Rahim terima kecaman berpakaian seksi 


PELAKON Reen Rahim menutup ruangan komen di beberapa foto ketika rcuti di Santorini, Greece selepas mendapat kecaman netizen.
Foto-foto percutian itu mendapat perhatian netizen yang menganggap pemakaiannya terlalu seksi berbanding ketika berada dalam negara.
Pelakon drama Terlanjur Mencintaimu bertindak sedemikian bagi mengelakkan perbalahan dalam kalangan peminatnya.
Terdapat juga lelaki miang memberikan komen-komen lucah pada foto berkenaan.
Hasil carian imej untuk Reen Rahim terima kecaman berpakaian seksi
Selain itu ada juga segelintir penonton drama islamik Geng Tadarus yang disiarkan Ramadan lalu di TV2 juga meninggalkan komen kecewa dengan penampilan wanita itu ketika bercuti di luar negara.
Bagaimanapun, komen-komen negatif tersebut tidak menjejaskan percutian Reen yang tetap memuat naik foto-foto keindahan beberapa negara yang dilawatinya.
Pelakon ini bercuti ke negara-negara Eropah sejak empat hari lalu iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. (mStar)
 Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • Ada dua pandangan mengenai artis Malaysia berpakaian seksi atau lucah. Dia seolah-olah malu dan jaga adap tapi siar juga  untuk mendapat kecaman netizen.  Alasan memboleh tindakan kerana berada di luar negara.
  • Satu lagi, "ada juga segelintir penonton drama islamik Geng Tadarus yang disiarkan Ramadan lalu di TV2 juga meninggalkan komen kecewa dengan penampilan wanita itu ketika bercuti di luar negara.
  • Belum jelas lagi sikap kerajaan baru PH dalam menanganinya demi menjaga sensitiviti umat mojoriti Islam di negaranya sendiriti.
  • Menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 115 kes buang bayi dilaporkan tahun lepas sepanjang 2017 dengan negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi.
  • Saya bersetuju dengan Dewan Muslimat PAS Malaysia, memandang berat terhadap realiti isu masalah sosial yang semakin membimbangkan ini. Berpakaian seksi juga ada kaitan dengan kelahiran gejala-gejala tersebut. 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails