Saturday, July 21, 2018

Tak Perlu Ikut Manifesto PH Kerana Bukan Quran Atau Bible. Tun M Elok Mohon Maaf.


KUALA LUMPUR – Lebih elok pemimpin kerajaan termasuk Tun Dr. Mahathir Moahamad memohon maaf sahaja kepada rakyat berbanding memberikan alasan yang manifesto Pakatan Harapan (PH) bukan al-Quran atau Bible sehingga perlu diikuti 100 peratus.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, jika tempoh 100 hari untuk kerajaan PH melaksanakan semua 10 janji itu tidak mencukupi, maka Dr. Mahathir perlu jelaskan kepada rakyat kenapa memerlukan lebih masa untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun dalam hal ini, katanya, kerajaan tetap berhutang dengan rakyat dan rakyat berhak menagih janji-janji itu untuk ditunaikan seperti yang terkandung dalam manifesto PH.

“Kalau tidak boleh lakukan, minta maaf sahaja, kalau masa tidak izinkan, beliau (Dr. Mahathir) perlu mohon kepada rak­yat supaya tangguhkan dahulu perkara yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Dr. Mahathir yang mengaku dalam tempoh 70 hari beliau mentadbir negara, hanya dua daripada 10 janji manifesto 100 hari Pakatan Harapan (PH) telah dilaksanakan dengan enam lagi masih di peringkat pelaksanaan.

Video: Manifesto Bukan Bible, Kata Dr Mahathir

Dr. Mahathir berkata, jika berdosa kerana gagal melaksanakan manifesto itu, beliau dan PH akan menanggung dosa tersebut tetapi tidak menganggap manifesto itu sebagai al-Quran atau Bible. Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, setiap manifesto yang dijanjikan kepada pengundi wajib ditunaikan oleh pemimpin terutama mereka yang beragama Islam memandangkan kegagalan berbuat demikian boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat.Beliau berkata, kepentingan mengenai umat Islam untuk menunaikan janji telah disebut di dalam surah al-Maidah ayat 1, maka kewajipan untuk meme­nuhi janji adalah merupakan perintah Allah.

“Janji sama ada janji yang berkaitan dengan hal keduniaan atau akhirat wajib ditepati, sesiapa yang tidak tepati janji adalah satu pengkhianatan kepada orang lain.
“Selain itu, salah satu tanda munafik ialah manusia yang tidak tepati janji, sebagai orang Islam kita tidak boleh ada sifat munafik,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, secara moralnya kerajaan PH bertanggungjawab menunaikan janji manifesto itu bagi membentuk keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Kalau tidak mampu tunaikan, rakyat kena diberi makluman agar mereka faham kenapa kerajaan tidak dapat tunaikan janji tersebut,” katanya, Tambah beliau, sewajarnya apa yang berlaku kini dijadikan pengajaran kepada setiap parti politik untuk menjalankan kajian dengan lebih mendalam sebelum mengumumkan manifesto parti masing-masing dan menjanjikan sesuatu perkara berdasarkan kemampuan selepas ini. – UTUSAN

Jahil Perlembagaan Punca Sokong UEC -Dr. Khoo Kay Kim

Hasil carian imej untuk Dr. Khoo Kay Kim
KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin kerajaan yang berusaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai jahil tentang Perlembagaan Malaysia. Tokoh sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, jika mereka memahami tentang Perlembagaan Malaysia sudah tentu usaha untuk mengiktiraf UEC tidak dilakukan.

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu menggunakan alasan pengiktrafan UEC oleh negara-negara luar untuk ‘membawa’ ia dalam sistem Malaysia kerana ia amat bertentangan dengan Perlembagaan. Apabila disebut bertentangan dengan Perlembagaan membawa maksud mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah.

Kenalah menghormati Perlembagaan negara. Itu wajib. Kalau pemimpin tidak menghormati Perlembagaan mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda. Jangan kita mengajar generasi muda, generasi masa depan tidak menghormati undang-undang negara.

“Fahami Perlembagaan, hayati Rukun Negara. Rukun Negara bukan sekadar jadi sebutan tetapi perlu disematkan di hati, di jiwa. Bila kita menghayati semua ini, jati diri, semangat cintakan Malaysia kuat dan tanggungjawab terhadap negara bangsa teguh.
“Bila semuanya kuat, tidak akan melakukan sesuatu yang merepek, yang boleh meruntuhkan apa yang dipertahankan selama ini. Kalau pemimpin tidak tahu menghormati undang-undang negara, memang susahlah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Khoo berkata, kerajaan jangan melihat penentangan pengiktirafan UEC sebagai satu bentuk prejudis kepada mana-mana kaum tetapi lihat ia sebagai satu penghormatan dalam mempertahankan sistem sebuah negara. Sambil menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai ‘hasil’ terlalu mengutamakan subjek-subjek yang berkemahiran tinggi seperti sains dan matematik, Khoo mengakui beliau sedih apabila wujud segelintir pemimpin dan generasi muda yang tidak tahu tentang sejarah Malaysia.

Jelasnya, Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu adalah sebuah negara hebat. Dalam negara-negara di bawah empayar Birtish, Tanah Melayu adalah tanah jajahannya yang paling kaya, mengatasi India dan Australia, lantaran itu negara ini sering menjadi perhatian dunia. Malah, dalam sejarah juga tercatat Tanah Melayu pernah menjadi juara badminton dunia dalam tahun 1949.

Tanah Melayu juga pernah mengambil bahagian dalam sukan olimpik sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

“Tahun 2018 Croatia memasuki Piala Dunia, tapi di mana Malaysia sekarang? Tatkala negara lain berlumba-lumba mengejar kehebatan, kita masih berjuang tentang UEC, tentang bahasa, masih ada pula yang tidak memahami Perlembagaan,” katanya.

Jelas beliau, Singapura yang maju dalam aspek ekonomi, rakyatnya berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik pun, kalau ditanya apa bahasa kebangsaan mereka, jawapan mereka tetap sama iaitu bahasa Melayu. Itu jelas menunjukkan kemodenan dan status negara tidak boleh dijadikan alasan mengubah jati diri rakyat dan sistem sesebuah negara.

Ditanya apakah harapannya dalam isu UEC, Khoo berkata: 

“Pemimpin yang berada dalam kerajaan perlu sedar, mereka bukan individu yang dipilih untuk memberi arahan tetapi berkhidmat kepada rakyat dan negara".
“Zaman dahulu, gabenor-gabenor negara dalam surat rasmi mereka akan menggunakan perkataan “I am obedient servant’. Itulah sebenar kedudukan pemimpin dan penjawat awam.
“Anda berkhidmat kepada rakyat, jadi berkhidmatlah sebaik-baiknya dan bukan memberi arahan,” tegasnya.
MR : Cina yang faham perlembangaan pun tahu mana yang betul........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

M'sia Sebagai Negara Islam Contoh -Subky Latif.



SELAMA-lamanya sejak merdeka baik semasa pentadbiran 22 tahun Dr. Mahathir Malaysia mendakwa daulah Islam contoh tetapi di bawah pentadbirannya yang baru dia tidak puas hati prestasi Pusat Islam hingga jika ikut hari terasa dia hendak menutupnya.

Apapun kerajaan baru itu kini mahu Islam di Malaysia kaedahnya sendiri, tidak terikut dengan lain Negara Islam, biar menjadi model bagi dunia Islam.

Suatu yang baik itu sayugia dialu oleh semua tetapi apakah kaedah yang tidak seperti Saudi, Mesir, Turki, Brunei Darussalam, Indonesia dan rantau Teluk yang hendak dicari itu.

Apakah sedikit sebanyak yang terlaksana di Kelantan sejak tahun 1990 tidak dimasukkan dalam perhatian? Jika Pusat Islam menghampakannya, apakah Perkim sejak diambilnya dari Tun Taib Mahmud dapat jadi perhatian. Logiknya pencapainya di Perkimlah model ikutan.

Memang Islam Mesir, Saudi dan lain-lain tidak dapat jadi model daulah Islamiyah semesta, dan tidak juga pengurusan kerajaan dan demokrasinya. Mesir yang seribu tahun Universiti Azharnya mengeluar ribuan ulama seluruh dunia tidak lagi jadi tumpuan umat.

Tetapi yang Mahathir mahu sekrang, biar Malaysia tidak Syiah, tidak WAhabi, tidak seperti Mesir, idak macam Jordan dan lain-lain. Tetapi ada pegangan contoh sebagai ahli sunnah wal jamaah, mungkin tidak terikat dengan fiqah empat mazhab yang diterima kini – Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi dan tidak terkeluar daripadanya.

Kita tunggu apa nasihat jamaah penasihat Islamnya bersama menterinya. Tidak diketahui wakil Majlis Syura Ulamak PAS diperlukan, tetapi lembaga penasihatnya itu tidaklah seperti Penasihat Agama Perdana Menteri sejak zaman pentadbirannya dulu yang tidak dipastikan dia penasihat Perdana Menteri atau Perdana Menteri menasihatkannya.

Ternyata kini tidak diketahui kesan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program islamisasi dan penerapan nillai Islam dalam semua bidang, Islam Hadhari dan Wasatiyah dan maqasid syariyah Najib tidak banyak menolong. Semuanya itu adalah mahu menjadikan Malaysia Negara Islam contoh.

Islam itu sudah sempurna setelah 23 tahun kerasulan Nabi Muhammad SAW, Negara Islam Madinah yang baginda asaskan itu adalah model untuk semua sepanjang zaman, pentadbiran dan sirah Khalifah ar-Rasyidin model siyasah dan pemerintahan yang wajar dipelajari dan ditambah pula dengan pencapaian Khalifah Umar Abdul Aziz (bukan Nik Omar Nik Aziz) yang jadi kegembiraan sekalian umat.

Adalah benar zaman mereka tidak secanggih dan sepantas kemajuan dunia sekarang, tetapi Nabi dan khalifahnya yang empat itu adalah model untuk dunia Islam hingga kiamat. Tidak perlu al-Malik Faisal kata Islam Saudi lebih baik dari Mesir dan Anwar Sadat kata Islam Mesir lebih baik dari Saudi.
subky
Maka kita pula terikut-ikut menjadi model Islam serba serbi bagi semua dunia. Jika kita manfaatkan Pusat Kajian al-Malik Salman yang dicadangkan di Malaysia, gunakan semua kemudahan membuat kajian semua perkembangan ilmu dan kemajuan dunia dan akhirat di semua zaman sejak Plato hingga pencapaian Tabung Haji, maka Islam banyak perkara yang baik bagi sepanjang semesta.

Jangan Islam yang hendak jadi contoh itu tidak berani mengatakan anti hadis Kassim Ahmad itu salah dan biar jelas antara Mahathir dan Kasim seiras. Biar ada ketegasan Islam itu tiada liberal dan pluralnya. Yang dirasakan sebelum ini Perdana Menteri itu sendiri keliru.

Biar Islam yang hendak diperkasa itu yang bermodel kepada Rasulullah SAW dan bukan yang Mahathir fikir semirip Kassim dulu. – HARAKAHDAILY 18/7/2018

Friday, July 20, 2018

Misteri Kasut Berwarna Hitam, Disiplin &Gudang Kasut. Dedah Rais Yatim

Antara Disiplin Dan Kasut Mana Lebih Mustahak?
Antara Disiplin Dan Kasut Mana Lebih Mustahak?

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kanan, Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai pemakaian kasut sekolah berwarna hitam bagi pelajar sekolah mulai tahun depan.

Katanya, soal disiplin pelajar di sekolah merupakan lebih penting berbanding dengan pemakaian kasut hitam
“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam. Tak ada hal ehwal yg lebih pentingkah?
“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak. Bukan kasut hitam,” katanya dalam catatan di Twitter miliknya.
Dakwaan Hasil Jualan Kasut Hitam Ke THM Adalah Fitnah
"Malaysia Baharu & Pendidikan Negara"
Semalam dalam program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian Maszlee mengumumkan pelajar sekolah tidak lagi memakai kasut sekolah berwarna putih mulai tahun depan, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.
Menurutnya, peraturan baharu itu dibuat selepas mendengar keluhan dan harapan ibu bapa.
Mengulas lanjut, Rais berkata, pengumuman berkaitan pemakaian kasut hitam merupakan satu berita baik bagi gudang kasut.
“Dengan 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350 hingga RM400 juta,” katanya. – Sinar Online

Cucu Tun M Seksi. Ini Contoh Keluarga Pemimipin Negara Umat Islam?

Lagi Cucu Tun M Dikutuk, Kali Ini Sebab Seksi

KECAM… Selepas beberapa cucu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikutuk netizen tempatan atas pelbagai sebab, kali ini seorang lagi keturunan beliau menjadi bahan kecaman.

Sebelum ini pengguna media sosial mencela gaya hidup mewah seorang cucu perempuan Mahathir yang lepak santai di atas sebuah bot persiaran eksklusif selain cucu lelakinya tidur di tilam sambil ditemani beberapa ekor anjing.
Tidak ketinggalan dapat perhatian netizen sehingga tular ialah beberapa gambar memaparkan lagak seseorang cucunya yang kelihatan seperti tomboy sedang ceria meneguk arak dan mengucup pasangannya tanpa rasa malu.
Kali ini, seorang lagi cucu pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu yang hanya dikenali sebagai Melia Serena, tidak terlepas dikritik ramai netizen Muslim dari seluruh dunia kerana penampilan dirinya dikatakan begitu seksi.
Anak perempuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu diselar kerana memuat naik gambar dia berada di London, Britain baru-baru ini mengenakan pakaian agak kurang sesuai dengan norma budaya tempatan.

Baca: Murid Naik Bot Redah Bah, Cucu Tun Santai Bot Mewah

Dan: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing

Juga: “Suami Yang Larang Saya Bertudung” – Siti Hasmah

Meskipun menerima lebih 5,000 tanda suka, puluhan komen negatif dapat disaksikan menerusi laman Instagram Melia Serena, 17, kerana gaya busana yang dikenakan itu menyerlahkan kehidupan mewah cucu perdana menteri.
Ini jauh berbeza dengan tohmahan Mahathir sendiri kononnya Malaysia di ambang muflis akibat tanggung hutang cecah RM1 trilion sehingga terpaksa wujudkan sebuah tabung khas untuk kutip derma daripada rakyat marhaen.
“Awak tu cucu perdana menteri… Pakailah baju elok sikit aduhhh”, komen seorang netizen dikenali sebagai Faez Dzulkarnain tetapi dibalas semula Melia Serena dengan jawab: “look at my story 🙂kubur kau ke kubur saya sia”.
Mungkinkah gadis ini bergurau, namun jawapan diberikan itu menggambarkan tahap personaliti dirinya kurang sensitif dengan status dirinya sebagai anak menteri besar dan cucu kepada perdana menteri sebuah negara Islam.
Apakah Allah SWT hendak tunjukkan bagaimana liberal keluarga Mahathir yang memang diketahui agak bebas sehinggakan isterinya sendiri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mahu berhijab pun dilarangnya? – Mynewshub.TV

Menurut Tun, Pengguna Tak Payah Makan Dan Pakai. Apa Punya Cara Fikir..


Hasil carian imej untuk tun mahathirmewah
Kerajaan PH (Pakatan Hancing) Pertahankan  Cukai SST
(Saya Sayang Tun) Yang Di Perkenalkan
Kalau Tak Nak Kena Cukai, Jangan Beli Barang

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST)...

Mahathir menambah, "kadar cukai jualan sebanyak 10% akan di kenakan sekiranya pengguna membuat pembelian kalau tiada pembelian, tidak perlu menjelaskan cukai"...


Berbanding GST, ia cukai nilai tambah... Sama ada beli atau tidak, harga akan meningkat,” katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini... Kerajaan dah umumkan kadar sifar terhadap GST... Sekarang kerajaan nak pastikan parlimen mansuhkan GST...
Menurutnya, kerajaan juga perlu menguji dahulu pelaksanaan SST...
PH Kata 10% Lebih Baik Dari 6%


Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan di cadangkan adalah 10%... Manakala untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6%... Guan Eng berkata, Akta SST itu di jangka di bentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum di luluskan dan seterusnya di laksanakan...

Guan Eng juga berkata SST 10% dan cukai perkhidmatan 6% yang di kenakan tak akan membebankan rakyat mcm regim GST mantan kerajaan BN... Kenyataannya, sama ada cukai tu di kenakan di peringkat pengilang atau peringkat mana sekali pun, rakyat sebagai pengguna akhir yg akan menanggungnya... Rakyat mahu setiap sen yang di keluarkan mestilah di menafaatkan semula utk negara dan tak ada ketirisan...
Baca di sini :
SST Buka Ruang Yang Luas Untuk Peniaga Menipu




Rakyat dah tertekan dan bosan dgn dasar2 yg kerajaan PH perkenalkan dan jangan di tambah penderitaan rakyat lagi... Bagaimana caranya meminimakan ketirisan adalah tanggungjawab kerajaan..
(http://theunspinners.blogspot.com)

Jet Israel Bom Anak Palestin Main Lelayang. Apa Pendirian PH?

Hasil carian imej untuk 'Jet Israel patut bom budak Palestin'
TEL AVIV - ISRAEL. Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bannet (gambar) mengeluarkan kenyataan biadab apabila mencadangkan jet tempur Zionis mengebom kanak-kanak Palestin yang menyertai tunjuk perasaan di pagar sempadan.

Katanya lagi, tindakan itu perlu diambil bagi mengekang kanak-kanak terbabit menerbangkan layang-layang membawa api ke wilayah diduduki Zionis. Bannet berkata demikian semasa mesyuarat Kabinet Keselamatan Israel pada Ahad.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka menerbangkan bom layang-layang ke kawasan Israel.
"Mereka adalah pengganas, jadi kita perlu beri pengajaran. Daripada melepaskan tembakan amaran, apa kata kita bom sahaja kepala mereka," katanya.

Seramai 140 rakyat Palestin maut ditembak pihak berkuasa Israel sejak tunjuk perasaan besar-besaran bermula 30 Mac lalu. Difahamkan, ribuan lagi cedera akibat terkena peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Zionis. - Middle East Monitor 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jet Israel bom anak Palestin main lelayang. Apa pendirian PH? Sama saja sikap BN dengan PH. Rakyat Malaysia kena tahu sikap pengecut kerajaan Malaysia dulu dan sekarang.. 
Jahannam Israel!
Jahannam Israel!
Jahannam Israel!
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

Komen Weblog Ibnu HasyimIslam tidak akan hapus, walaupun dikatakan serangan terburuk Gaza sejak 2014.. Islam terus diserang dari berbagai arah oleh para musuhnya, di pojokkan oleh media, para ulama di jadikan tertuduh.  Ya, Islam seakan terlihat kalah, Islam tidak kalah tapi, masih banyaknya muslim yang lengah, tidak peduli dengan keadaan agamanya, keadaan umat.

Kelengahan inilah yang di manfaatkan para pembenci Islam untuk menjadikan cahaya Islam semakin redup. Tapi camkan ini, sekuat dan sekeras apapun para musuh Islam untuk memadamkan cahaya islam, Allah SWT justru menyempurnakan cahayaNya dan Allah SWT akan menggagalkan rencana keji mereka.



  • “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". QS. Ash Shaff : 8
Meskipun Islam saat ini tidak berkuasa seperti dulu ketika dalam kekuasaan Rosulullah SAW dan para khulafaur rasyidin, namun Allah SWT telah berjanji Islam akan berjaya dan akan menang. Firmannya yang otentik dalam QS. An Nuur (24) : 55


  • “Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”.
Ini adalah janji Allah kepada Rosul-Nya SAW Dia akan menjadikan umat ini sebgaai khlaifah dimuka bumi, iaitu menjadi pemimpin umat manusia dan penguasa mereka. Ditangan merekalah negeri-negeri akan menjadi baik. Umat manusia tunduk kepada mereka. Dan Dia benar-benar akan merubah (keadaan) mereka setelah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa, menjadi hakim ditengah manusia.

Allah SWT melaksanakan janji ini, segala puji dan karunia hanyalah milik-Nya. Dalam kitabash-Shahih diriwayatkan Rosulullah SWT bersabada:



  • “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala telah membentangkan bumi kepadaku sehingga aku dapat melihat belahan timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menacapai belahan bumi yang telah dibenatangkan kepadaku itu.” (Tafsir Ibnu Katsir 6.1, juz 18, hal 95, pdf)


Percayalah dan yakinlah akan janji Allah SWT Janji-Nya bukan janji palsu ataupun abal-abal, janji-Nya pasti akan terlaksana. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!


  • “Dan barangsiapa mengambil Allah, rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, Maka Sesungguhnya pengikut (agama) Allah Itulah yang pasti menang”. QS. Al Maidah : 56

Tidak ada salahnya kita melihat perkataan, Kardinal Simon (orang kedua setelah Paus di Vatikan) mengatakan:


”Andai umat Islam bersatu padu di seluruh dunia dan menyatukan seluruh aspirasinya, saling membantu melepaskan diri  dari cengkraman Eropah (Kristen/Yahudi/Israel) lalu mereka berkiblat dan mematuhi segala syariatnya (Islam), maka mereka akan mamapu bangkit dan mengalahkan kita (Kristen/Yahudi/Israel).Dan wajiblah bagi kita (Kristen/Yahudi/Israel) untuk menyusun program demi memecah belah, menghalangi kebangkitan mereka”. (Majalah As Salam edisi kedua, September 2002)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails