Sunday, July 22, 2018

Batal Projek BN, K'jaan Tiada Akal. -Najib Razak.


Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa kerajaan persekutuan agar meneruskan projek yang memberi manfaat kepada negara dan membatalkannya jika sebaliknya. Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh membatalkan sesuatu projek yang baik yang dilaksanakan kerajaan terdahulu contohnya, MRT3.

“Jadikan ia lebih baik dan bukannya membatalkan projek. Ia tiada akal.
“Kerajaan boleh membatalkan projek, tetapi adakah anda melakukan untuk alasan yang betul. Adakah anda melakukan untuk rakyat Malaysia, ini persoalan yang kita perlu tanya.
“Kerajaan tidak seharusnya menyalahkan pentadbiran terdahulu dan mereka mesti melakukan yang lebih baik supaya rakyat yang mengundi mereka layak meminta apa yang diminta,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis ulang tahun beliau yang ke-65 yang disambut lebih awal dua hari dan meraikan waris MH17. Sementara itu, Najib berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya menerima janji yang kurang daripada perkara yang dijanjikan oleh PH.

“Tempoh 100 hari pentadbiran bakal menjelma. Berapa banyak janji yang perlu ditunaikan.
“Ketika saya menjadi perdana menteri, saya hanya menjanjikan perkara yang boleh ditunaikan.
“Saya tidak mahu dituduh berbohong kepada rakyat dan saya tidak mahu bersemuka dengan Allah jika saya memungkiri janji kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir membatalkan projek MRT3 kerana kos tinggi yang memakan kos RM35 hingga RM45 bilion. (http://wowberita.org)
Hasil carian imej untuk kurang akal


Video



Ustaz Azhar Idrus Kitab Muhimmah Siri 9 Kurang Akal
alpayaikani24 alraufi
YouTube - 18 Jun 2015

Renungan - perbezaan antara kurang upaya & kurang akal
Mardino Ghazali
YouTube - 21 Apr 2011

Kurang akal
Ifank Nhattan
YouTube - 22 Jul 2017

Orang kurang akal
Citra Ayu
YouTube - 30 Jan 2017

G kurang akal
Puji Hariyanto Puji
YouTube - 2 Feb 2018

Cerita orang bijak dan orang kurang akal
lucky box
YouTube - 14 Nov 2017

PEMANDU2 KURANG AKAL DI MALAYSIA
PEMANDU BANGGANG ATAS JALAN
YouTube - 18 Mei 2017

Beri Perhatian Peneroka Baharu Anak Generasi ke2 &3 Felda. -Tuan Ibrahim.


NARAZA MUDA 

AHLI Parlimen Kubang Kerian dalam ucapannya di Parlimen pada 19hb Julai dengan jelas memberi saranan kepada kerajaan supaya tanah 360,000 hektar yang diserahkan kepada FGV dimasukkan peneroka yang baharu khasnya anak generasi kedua dan ketiga Felda.
Perjuangan anak-anak generasi kedua Felda sebelum ini memang menjadikan agenda kemasukan peneroka sudah lama sejak dari zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, namun terhalang kerana kerajaan waktu itu telah membenarkan tanah ini dimajukan tanpa dimasukkan peneroka, walaupun jelas dikatakan melanggar Akta Tanah ini.
Tanah ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan besar kepada kumpulan setelah ladang tanpa peneroka ini mulai mengeluarkan hasil lewat tahun 90-an.
Pendapatan dari ladang ini mampu menghasilkan RM1.8 billion setahun ketika harga komuditi sawit mencecah paras harga BTS RM800 satu metrik tan.
Semasa penyenaraian FGV, tanah ini diserahkan kepada FGV sebagai aset utama untuk memastikan keyakinan pelabur besar untuk memberi saham-saham terbitan FGV dan telah niagakan dengan harga RM4.50 sesaham.
Penyerahan tanah ini ditentang oleh aktivis anak generasi Felda, namum pihak kerajaan waktu itu tidak melayan bantahan dan meneruskan perpindahan kuasa ladang milik Felda kepada FGV dengan sembunyikan timbal balas transaksi besar ini.
Saranan YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian telah memberi harapan baharu kepada kami semua anak generasi kedua dan ketiga Felda kerana jika tanah ini dimasukkan semula peneroka, dijangka 80,000 rakyat khasnya anak peneroka Felda akan berpeluang menjadi peneroka baharu.
(Penulis ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Peneroka Felda Lajnah Tanah PAS Pusat)
21 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 21/7/2018

Nasi Lemak Kat Warung Pun Kena SST!! Tepuk...


Aku gerenti lepas korang habis baca mesti korang bergolek2 suka terutama cai2 Pakatan Hancing... Apa lagi klu x berkenaan dengan cukai SST 2.0 yang akan di perkenalkan kelak...Barang yang kena Sales Tax dan barang yang kena Service Tax dah keluar... Ada few thing aku nak komen sikit :
Service Tax
Untuk makluman food and beverages tidak terkecuali dari dikenakan tax...

Yang buat paling WIN ialah semua dalam industri tersebut kena tax...
Hawker stall yang meniaga tepi jalan kena tax...
Food truck kena tax!!! Regressivenya... 
Kalau restaurant kita boleh faham la juga... Ini gerai pon kena sama...
Telco pon kena service tax juga tau... So bil talipon, top up korang semua kena tax 6%...Kalau tak nak bayar tax, korang pakai public phone... Internet ni kena service tax 6%... Sama je la macam dulu... Eletrik pun kena service tax juga tapi after exceed certain amount... Jadi bila dah sampai had yg Ah Beng tetapkan, pasang pelita @ lampu gasolin...
Sales Tax
Kereta kena sales tax...
Jadi x kan korang x faham bila Anthony Loke cakap keter lebih 10 tahun nak di hantar ke muzium... Kalau orang kaya tu x kesahlah... Tapi kalau golongan B40 tu sakit der... Dahlah keter nak kena tukar 10 tahun sekali, tu pun kalau beli keter baru... Kalau beli keter usia yg dah 5 tahun, jawabnya 5 tahun sekalilah bayar salex tax keter... Kalau tak nak bayar sales tax keter, jawabnya naik bas lah kita...

Antara Barang Yang Di Kecualikan Cukai
Korang makan nasi dengan lauk ikan masin kat warung tepi jalan kena cukai... Tapi klu korang makan lobster tak kena cukai!!! Tapi lobster ada jual kat warung ker der... Lagi satu aku nak beritahu, korang beli keter kena cukai tapi klu korang beli helikopter tak kena cukai!!! 'Bolehlah pakcik2 dgn makcik2 kat kampung @ kat Felda tu beli helikopter sorang sebijik nanti' Korang tak suka ker, kalau suka, tepuklah kuat kuat... Kalau tak percaya aku cakap, korang baca kat bawah nie :

Kerajaan PH (Pakatan Hancing) 'PRIHATIN' Pada Rakyat Miskin
SST nie Pakatan Hancing dah buat kajian menyeluruh atau pun main bidan terjun jer nie?
Kesimpulannya, nie bukan nak ringankan beban rakyat!!!
NIE NAK BUNUH RAKYAT!!!
Hasil carian imej untuk tepuk tangan
Apa lagi, tepuk ler...
Petikan asal :
FB Najib Shaari

PAS Tuai Janji, Pulangkan Tanah Rakyat Dirampas BN..



BESUT: Kerajaan Negeri Terengganu diterajui PAS sedang dalam proses memulangkan tanah-tanah rakyat yang dirampas Kerajaan Umno dan BN sepanjang 2004 hingga 2017.
Hal tersebut juga sebagai menunaikan janji yang telah dinyatakan dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan akan beri semula tanah RTB yang dinafikan hak selepas berubah kerajaan pada tahun 2004.
“Kalau sekiranya tanah RTB itu masih belum diusik, maknanya tiada bagi pada sesiapa ataupun kerajaan belum ambil untuk projek pembangunan perhimpun balik Lesen Menduduki Sementara  (LMS).
“Sekiranya LMS hilang kita akan cari semula senarai nama peserta RTB itu untuk dipulangkan semula dan hak ini tegas dasar kerajaan negeri.
“Di Jabi ada beberapa RTB dahulu tak disambung LMS tanah tok kosek(sentuh) lagi. Di antara Jabi ada RTB namanya Belimbing Api. Hak ni tok kosek lagi dan boleh bagi semula kepada tuannya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog bersama Rakyat dan Makan Pulut bersama Exco Pertanian Terengganu di Dewan Orang Ramai Felda Tenang, di sini kelmarin.
Terang beliau, kerajaan akan cari tanah ganti kepada peserta sekiranya tanah RTB yang pernah dibahagikan dahulu diambil oleh kerajaan untuk sebarang projek pembangunan.
“Tanah ganti dengan makna kita buka RTB baru dan peserta dimasukkan sebagai salah seorang peserta RTB dan nak jadi peserta RTB syaratnya tak ketat.
“Hendaklah rakyat Terengganu dan sekiranya dia kelahiran luar Terengganu dia mesti dapatkan pengesahan pemastautin.
“Yang berumur 21 tahun ke atas dan suami ataupun isteri tak pernah dapat tanah anugerah. Tanah anugerah bermaknanya sudah mendapat tanah RTB, rumah PPRT ataupun Rumah Mesra Rakyat,” katanya. 
Menurutnya, kuasa untuk meluluskan berada dalam kerajaan baharu sekarang dan hak yang sepatutnya rakyat perlu akan diberi kerajaan.
Juga katanya, Pejabat Tanah akan membuat siasatan dari segi teknikal semua sekali dan akan diperincikan tanpa mengira latar belakang politik.
“Ayah saya nasihat ke saya tanah hak orang teroka kita kena bagi ke dia bukan cerita PAS bukan cerita Umno hak rakyat mesti diberi.
“Hak mesti dikembalikan keadilan maknanya kita beri pada seseorang apa yang dia berhak bukan mana beri sama keadilan bukan sama.
“Kita sorang anok jate (lelaki) ada sorang anok tino (perempuan), adil bukan beli tudung ke dua-dua. Adil anok jate kena beli songkok, anok tino kena beli tudung, ni baru panggil adil.
"Kalau kita beli tudung dua-dua kira panggil tak adil. Adil kita beri kepada siapa yang berhak dan inilah makna keadilan yang sebenar,” jelasnya. -HARAKAHDAILY 21/7/2018


Mahasiswa Berhimpun Bantah UEC, Sepatutnya Berarak Tapi Dihalang Polis (FRU)


Sebahagian mahasiswa pada perhimpunan membantah UEC di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi  

KUALA LUMPUR: Lebih 200 mahasiswa daripada pelbagai universiti awam berhimpun di hadapan Kompleks Sogo di sini bagi menzahirkan bantahan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).


Perhimpunan itu anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) bermula di Masjid Negara dan sepatutnya berarak ke Kompleks Sogo, namun dihalang anggota polis daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kira-kira jam 2 petang tadi.


Pihak polis kemudian membenarkan kumpulan itu berhimpun di Sogo, namun tiada perarakan dibenarkan dari Masjid Negara ke pusat beli belah berkenaan.


Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Faizzuddin Zai, Perhimpunan Membantah UEC oleh mahasiswa di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi

Presiden GAMIS, Faizuddin Mohd Zai, berkata pengiktirafan UEC sepatutnya tidak dibuat memandangkan sistem pendidikan kebangsaan masih relevan.


"Kami akan mengadakan jelajah di seluruh negara termasuk mengumpul petisyen di kampus untuk dihantar kepada menteri," katanya ketika ditemui di pusat beli belah itu, hari ini.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah, berkata seramai 65 pegawai dan anggota dikerahkan bagi mengawal perhimpunan yang berlangsung selama tiga jam sebelum bersurai kira-kira jam 5 petang tadi.


"Tiada individu yang ditahan ketika perhimpunan berlangsung dan peserta mengikut arahan pihak polis.


Sebahagian mahasiswa pada perhimpunan membantah UEC di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi

"Kami akan lihat tujuan perhimpunan ini diadakan sebelum tindakan lanjut dibuat," katanya ketika dihubungi, di sini.


UEC adalah sijil yang dikeluarkan Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH). (BH)


Hasil carian imej untuk mulut buaya



UMPAMA ‘Lari dari mulut Singa, masuk mulut Buaya’ begitulah keadaan rakyat hari ini apabila selepas BN berjaya ditumbangkan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihapus melalui istilah ‘zero rates’. Kini Pakatan Harapan yang memerintah akan mengenakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September ini dimana ia hanya akan menjadikan rakyat Malaysia mangsa tekanan ekonomi akibat pelaksanaannya.
Baca selanjutnya.... Dapatkan Harakah Edisi Isnin Bil 2366 di pasaran sekarang!.
2366 12366 22366 32366 4
Sukar dapatkan Harakah? Hubungi:
  • Pejabat (03-4021 3343)
  • Zulkafri  Osman (016-3764420)
Dapatkan maklumat PAS daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi. 

'Peace Consultant' LTTE Atau Pengkagumnya?


DALAM akhbar The Star hari ini muka 14 bawah tajuk "Ramasamy: Saya perunding keamanan buat LTTE dan Sri Lanka", pemimpin DAP dan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy menafikan pembabitannya di dalam kumpulan pengganas LTTE atau "Liberation Tigers of Tamil Eelam".
Beliau mendakwa tuduhan pembabitan beliau itu direka-reka sedangkan beliau terlibat membawa keamanan di wilayah sana.
Perunding bebas sepatutnya punya pemikiran bebas dan jujur mahu mengusaha dan menjuarai keamanan. Tidak bias dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Benarkah Ramasamy begitu.
Berikut salah satu petikan tulisan Ramasamy yang jelas menunjukkan beliau bukan sekadar perunding keamanan tetapi cenderung dan mengagungkan perjuangan LTTE yang diketuai mendiang Prabakaran (Ketua LTTE yang mati ditembak pihak berkuasa). Dalam tulisan ini Ramasamy menghargai dan mempertahankan perjuangan LTTE dan Prabakaran.
“Super powers, regional powers, the Sinhala regime and Tamil opportunists and traitors might spew venom against the LTTE and its leader Prabakaran, but the fact remains his memory and what he stood for and what he sacrificed will remain forever etched in the minds of Tamils and their future generations."
Sumbernya boleh didapati meluas di internet. Bagaimana Rama? -HARAKAHDAILY 21/7/2018



Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Bawah, Ibnu Hasyim di Masjid Melayu, Colombo, Sri Lanka.



Sila lihat Ibnu Hasyim:

MARA, MRSM UiTM Semua Bangsa, Baru Sedar TunM Boneka.


Elok kalau betul berita MARA dibuka untuk.semua kaum, MRSM jadi Maktab Rendah Sains Malaysia, UiTM buka untuk semua rakyat Msia dan MCKK pun jadi Msia College Kuala Kangsar.

Baru hamlau2 yg kita peringatkan akan bahaya kasi DAP berkuasa nampak sendiri dan faham maksud ustaz Kazim bahaya beri peluang 5 tahun kerana dalam 5 jam mcm2 blh berlaku. Facebooker Bazelan Wahab dapat peluang untuk pelusng buah keras pada pentaksub2 Tun M dlm tulisan terbarunya berikut:

Sepanjang jalan tadi dari Kuantan ke Pekan pergi balek saja2 kami jalan2 cari pasal... Aku bawa kereta dan penumpangnya dua orang yg aku tau orang kuat PH dan penyokong TunM dan seorang lagi penyokong BN. Bila aku mula cakap semuanya hanya mendengar tak berani bangkang mungkin sebab aku Bos dan Otai agaknya. Aku beri tau ...

Ini bukan soal TunM betul atau salah, ini sudah masuk soal melayu sedang di cucuk hidung oleh DAP. TunM sudah terikat kakitangan nya. Kalau nak terus menjadi PM dia mesti menuruti kehendak DAP yg ada 42 kerusi dan kehendak PKR yang ada 47 kerusi .. Bungaraya hanya ada 12 kerusi sahaja, ingat tu ..

Dimana logiknya tanah ini adalah Tanah Melayu, kita ada Raja dan rakyat terbanyak adalah melayu dan bumiputera, Agama resmi adalah Islam, Bahasa resminya adalah Bahasa Malaysia, tetapi hari ini MARA pun kena ikut cakap bukan melayu, ..
.
Askar pun dah kena tabik kat Tim. Menteri cina, harta dan keewangan negara di caturkan oleh cina, ...

... lantik AG yg tak tak tau berbahasa Malaysia, sijil pun nak iktiraf yg tidak berbahasa Malaysia, yang menjaga media dan penerangan dijaga oleh bukan melayu .. 
Dimanakah kedaulatan Melayu yg tinggal? Sila awak jawab? .. Mereka diam tak kata apa2 ..

Aku menambah lagi ..
Diawal2 TunM sebelum jadi PM duk serang kerajaan China dalam kes MCKIP dan ECRL kononnya negara digadai bagai. Bila menang dan jadi PM, China tarik diri sekarang apa sudah jadi? China baru tunjuk sikit jer tak nak beli sawit dan komoditi lain kita dah tersungkur .. pelabur cabut, saham merundum, duit jatuh ..

Yang merana nya siapa?
Peneroka hilang pendapatan, usahawan yg cari makan dgn projek jatuh terlentang, melayu makin tertekan. ..

Selepas itu, Elok2 kita ada GST yang dapat digunakan sebagai sumber bantuan subsidi bersasar dengan hasilnya, semua hilang, TunM batalkan. Lepas tu ganti dengan SST yg cukai boleh di tipu peniaga sehingga LGE kata walau cukai 16% tapi kutip hanya 21B berbanding GST RM44B ..

Siapa peniaga tu? bukan kah bangsa cina yg ramai peniaga? barangan terus mahal tak ada GST pun tetap naik.. siapa yg paling teruk tertekan? bukan kah Melayu sebagai pengguna teramai? Sekarang siapa yg rugi? Melayu juga kan? 

Sebab tak dapat subsidi bersasar hasil GST itu kebanyakannya Melayu, BR1M tak ada, bantuan nelayan/petani tak ada, peneroka nak dapat bunus pun ciput, bantuan2 lain makin mengecil dan ditiadakan. Semuanya Melayu yg kena tekan ..

Lepas itu pulak duk hentam 1MDB tetapi sampai sudah tak ada bukti, akhirnya orang melayu dan Islam yg boleh pergi haji percuma pun kena batal! Lebih malang duk hentam Raja Arab Saudi pasal derma 2.6B sampai kata penderma tu giler, akhirnya kouta haji dari 42,000 turun kepada 20,000 jer yg dapat pergi haji .. itu lah akibat sombong dan ego tak bertempat kerajaan PH. nampak tak? 

Nak sangat tunjuk DSNajib jahat sampai kata negara nak bankrap,  sedangkan rezab negara yg ditinggalkan RM430B lebih kurang sama dengan 2 tahun belanjawan negara .. Hutang sekadar 51%KDNK berjumlah RM686B tetapi duk ubah konon 1Trillion lepas tu suruh rakyat derma kononnya negara miskin...

Kegilaan apa kah ini semua? Kerana ghairah nak tunjuk negara teruk tanpa sedar pelabur lari, saham menjunam, ringgit tersungkur.. Kebodohan apa kah ini yg Kerajaan PH nak buktikan? sila lah hujah...

Kalau lah awak orang dan penyokong PH yg berbangsa melayu masih tak sedar perkara ini maka sah lah awak orang ni buta, pekak dan tiada perasaan terhadap Bangsa Melayu dan Islam! Tetiba2 berbunyi suara salah seorang  TunM ..

Bos .. kami tau kami silap bos.. kami tak sangka ini begini jadinya kepada melayu .. Kami tertipu. Oleh kerana kamu ngaku silap, kamu bayar kita makan malam ni. 

OKey Bos .... Seeloknye bayar barang dapor petani, nelayan dan peneroka Felda yg terputus sumber rezeki selama 5 tahun.


Mahathir dan Sivarasa sudah nafi tapi tak tolak kemungkinan apa yg lama diutarakan DAP dan keling2 aktivis yg berleluasa dlm PKR tidak akan dilakukan.

Hanya menunggu masa sahaja tetapi Mahathir tiada masa, kudrat dan muka bonyok, mata sembab di parlimen tak cukup tidor, penat.

Muhyiddin dah cuti lama untuk check ketumbuhan di pancreas pun harap2 bukanlah kanser. Bakal tukar Presiden PPBM.
Nak harap boboi? Hmmm .... asyik dipimpin Bapak tuanya lagi dan bukan memimpin. 
(heunspinners.blogspot.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG) bukan berlaku kepada Siti saja, juga berlaku di blog ini. 
  • Blog ini diserang dengan kata-kata lucah yang ekstrem, agak malu nak sebut di sini, tapi boleh diteliti semula di ruangan komen blog ini..
  • Kebanyakan isi serangan penyerang tersebut bertaraf sampah tidak ilmiah, memancing emosi, keanak-anakan, dan melihat dari sudut kelompok sempit mereka sahaja.
  • Sasaran serangan mereka adalah kumpulan Islam, parti Islam (PAS), kegiatan Islam seperti JAKIM, sekolah tahfiz, sistem kekeluargaan Islam, ekonomi dan segala yang berbau Islam.
  • Dipercayai mereka adalah puak-puak muda dari parti pemerintah (PH) sekarang yang dilatih khusus untuk menguasai media sosial.
  • Kadang-kadang mereka mengugut penulis atau tuan punya blog akan report polis, polis sedang mencari dan lain-lain.
  • Dipercayai juga kumpulan ini terpecah dua. Satu, kumpulan yang mirip ke arah Islam, mereka mengketengahkan pemimpin-pemimpin Islam PKR dan Amanah.
  • Kumpulan yang satu lagi, agak anti Islam, banyak membela pemimpin Parti Bersatu, DAP, ajaran sesat Liberal, LGBT, Kumpulan Harimau Tamil, sosialis, mirip komunis dan yang sejenis dengannya lagi. Puak-puak anti Islam inilah yang mendominasi kebanyakan komen di blog ini.
  • Pihak PH dikatakan berjaya merekrut kumpulan fanatik atau taksub yang seakan-akan 'mabuk histeria' mempertahankan pendirian atau 'aqidah ciptaan' mereka, dengan apa cara sekali pun.
  • Pemberontakan jiwa mereka ini mula terserlah dalam keluarga mereka, masyarakat, dan negara, yang boleh dilihat melalui tulisan dan ucapan mereka atau pemimpin mereka.
Begitulah kira-kira, Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails