Sunday, July 29, 2018

300 NGO Tolak 8 Perkara Ini.. Tanda Rakyat Tak Puas Hati K'jaan PH.


GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) yang terdiri daripada 300 NGO yang mewakili suara majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu Islam ingin menegaskan perkara-perkara berikut:-
1. Semua tindakan dan keputusan kerajaan mestilah bertunjangkan kepada asas perlembagaan negara tanpa menjejaskan mana-mana fasa didalam perlembagaan. Ini demi untuk menjaga perpaduan kaum dan hubungan antara agama kekal harmoni dan sejahtera
2. Keabsahan ugama Islam dan hak istimewa orang Melayu mesti tidak digugat sama sekali kerana itu adalah jaminan didalam pembentukan negara Malaysia dan merupakan elemen didalam tujuh wasiat Raja-raja Melayu. Ini termasuk tanah rezab Melayu, bantuan pelajaran dan pekerjaan disektor awam
3. Isu UEC mesti ditolak sama sekali kerana ia bukan saja bertentangan dengan dasar pendidikan negara malah akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara
4. Kementerian Pendidikan mesti tegas untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kerana ia tidak termasuk di bawah kurikulum dan sistem pendidikan kebangsaan, serta tiada asas di sisi Perlembagaan. Peruntukan kewangan itu seharusnya dimanfaatkan untuk kegunaan yang lebih meluas kepada rakyat, dengan meneruskan program MyBrain untuk mahasiswa pasca-ijazah melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Juga wajar digunakan untuk peruntukan sekolah-sekolah agama, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan.
5. Semua urusan dan kenyataan resmi oleh pihak kerajaan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan UMMAH mendesak kerajaan mengambil langkah yang lebih serius dalam memperkasakan bahasa kebangsaan ini
6. Gerakan atau mana-mana pertubuhan yang membawa agenda liberalism, evangelism dan humanism yang berlandaskan nilai barat mesti dikekang. Kebebasan bukan bererti tanpa had tetapi sebaliknya mesti mengikut lunas-lunas agama dan budaya negara.
7. Tindakan mesti diambil ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan Institusi Raja apatah lagi suara-mana yang mahu menghapuskannya.
8. UMMAH menuntut kerajaan memberikan ruang kepada UMMAH untuk berbincang dan meneliti sebarang polisi dan akta-akta baru yang hendak dikemukakan ke parlimen seperti Akta Harmoni Nasional, Akta Kebencian Agama dan Kaum serta Akta Anti-Diskriminasi Kaum dan lain-lain.
UMMAH ingin menegaskan bahawa himpunan ini adalah sebagai isyarat kepada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan. UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki segala kepincangan yang berlaku dan tidak menolak kemungkinan bahawa Himpunan yang lebih besar akan diadakan jika tidak ada apa-apa tindakan pembaikan dari pihak kerajaan.
Aminuddin Yahaya
Ketua Sekretariat UMMAH
28 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 28/7/2018

2,000 Banjiri Himpunan Kebangkitan Ummah KL.


Himpunan Kebangkitan Ummah Berlangsung Aman
SENAHAGIAM ORNG MELAYU SEBAHAGIAN orang Melayu dari pelbagai pahaman politik berkumpul pada perhimpunan Kebangkitan Ummah Malaysia Baru Pasca PRU14, Islam Melayu Terancam di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu. -UTUSAN ONLINE/Nooradzrene Mohammed Noo

KUALA LUMPUR 28 Julai - Ribuan orang Melayu yang terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan orang awam mula membanjiri lokasi Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman di sini bermula pukul 9 pagi tadi.

Perhimpunan yang akan berlangsung sehingga pukul 2 petang itu juga turut bergema dengan laungan takbir 'Allahuakbar' dan slogan 'Ummah Malaysia'.

Sebanyak 20 tokoh dari pelbagai bidang dijangka akan tampil mengutarakan pelbagai isu yang kini jelas membelenggu orang Melayu selepas era pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk liberalisme dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). 

- UTUSAN ONLINE



Palestin, Negara Haram Israel. Umat Islam Dicabar. Apa Sikap K'jaan PH? -Presiden PAS



ZIONIS merampas Tanah Suci Palestin, bumi para Anbia A.S yang wajib dipertahankan oleh umat Islam yang beriman kepada semuanya. Di sana terletaknya Bait Al-Maqdis, di atasnya juga Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Tiba-tiba ditubuhnya negara haram Israel dengan cara merompak di siang hari, alasan sejarahnya yang sesat daripada ajaran para Rasul A.S, bahkan kaum Yahudi itu membunuh sebahagian para Rasul dan ulama yang soleh. 

Kini menunjukkan keangkuhannya, mengisytiharkan ke seluruh dunia, bahawa bumi Palestin hanya kepunyaan bangsa Yahudi, bangsa lain tidak berhak menjadi rakyat, dan diikuti menceroboh secara beramai-ramai ke dalam Masjid Al-Aqsa dengan kawalan pasukan keselamatannya yang bersenjata.

Cita-cita Zionis dicatat di Knesset (Parlimen Israel) bahawa inilah negara asal bangsa Yahudi. Sempadannya dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat (Uprate) di Iraq, dari pantai laut di utaranya sehingga Yanbu’ di Selatan Madinah Munawwarah (bermakna Madinah juga termasuk dalam jangkauan negaranya yang agung) yang diimpikan memimpin dunia, kononnya mengulangi sejarah kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S walaupun mereka tidak beramal dengan kitab suci Taurat seperti Rasul itu.
Media yang dikuasainya di seluruh pelosok dunia dengan kecanggihannya meredah langit terbuka tanpa sempadan, tidak dapat disembunyikannya, tersebarnya kefahaman fanatik Yahudi yang lebih kejam daripada amalan aparteid dan nazi, kerana menganggap bahawa semua bangsa bukan Yahudi adalah Goyem (manusia bertaraf rendah atau hina).
Penguasaan kaum Yahudi terhadap ekonomi dunia dengan rakus dan mempengaruhi negara-negara kuasa besar yang melindunginya, menjadikan Israel lebih ganas daripada Nazi yang dikutuknya. Kini menunjukkan kekuatannya dengan lebih angkuh, berlesenkan boleh memiliki senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa yang lemah laksana sarang labah-labah. Sehingga berjaya menyelamatkan dirinya daripada dikutuk, melalui hanya kenyataan oleh PBB dan Majlis Keselamatannya dengan kuasa veto yang dimiliki negara kuasa besar yang dipengaruhinya melalui para pemimpin yang dipilih di negara besar itu.
Negara Arab yang paling berjiran dengan Palestin dan bertanggungjawab mempertahankannya di atas nama agama dan bangsanya pula, paling mengecewakan, apabila lebih mementingkan harta dan takhtannya. Kini menunjukkan kesediaan membuka pintu hubungan dengan negara haram Israel itu. Ada yang telah dilakukan dan ada pula secara bersembunyi kerana takutkan rakyatnya, bukan kepada Allah dan umat Islam.
Terkini pula ada kalangan negara yang mendukung tawaran paling mahal di zaman ini, untuk menubuhkan negara baru bagi rakyat Palestin, di kawasan yang lain di luar Palestin, dengan tawaran harta peruntukan bantuan yang lumayan dan menyerah sepenuhnya bumi Palestin termasuk Bait Al-Maqdis dan Masjid Aqsanya kepada Zionis tanpa gangguan. Cadangan yang ditawarkan ini bagi menyambut keputusan Knesset Israel yang menegaskan, hanya bangsa Yahudi sahaja yang berhak diberi kerakyatan, bermakna bangsa Arab Palestin boleh dihalau bila-bila masa.
Kini umat Islam secara khusus dan masyarakat antarabangsa umumnya juga dicabar oleh Zionis yang berpengaruh itu, sehingga meninggalkan kewajipan hak asasi manusia dan moral kemanusiaan, bahkan kewajipan persaudaraan aqidah Islam bagi penganut Islam.
Sikap yang hina di hadapan bangsa Yahudi yang sangat kecil jumlahnya, disebabkan kehilangan jati diri kemanusiaan dan agama umat Islam, sehingga tidak mampu bertindak terhadap kezaliman dan keganasan Zionis itu, bahkan lebih malangnya apabila dapat dicaturkan oleh Israel dan sekutunya, diaturnya pengkalan tentera negara sahabat Israel di atas bumi Arab, bagi menyelamatkan Israel yang kecil itu.
Dahulunya dua sahaja negara umat Islam mengiktiraf dan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel secara rasmi, iaitu Turki di bawah kuasa Kamal Atarturk dan Iran di bawah kuasa raja Shah Reda Bahlawi, serta semua negara bukan Islam khususnya bertaraf kuasa besar. Kini sudah banyak negara Arab dan negara umat Islam mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram itu.
Kita sedang menyaksikan semua negara Arab dan Islam yang tidak ada hubungan dengan negara haram Israel itu atau tidak mengiktirafnya dikacau dan diganggu dengan berbagai cara.
Iran yang menjatuhkan Shah dan kerajaan ketika itu sangat mesra Israel selepas bertukar nama kepada Republik Islam Iran, membatalkan pengiktirafan terhadap negara Israel dan menutup kedutaannya di Tehran, terus diganggu dengan mencetuskan Perang Teluk yang pertama dan kesannya berlarutan sehingga kini.
Selepasnya Turki yang baru sahaja menunjukkan sikapnya yang tidak mesra Israel, walaupun belum lagi memutuskan hubungan diplomatiknya juga telah diganggu, melalui rampasan kuasa tetapi gagal. 

Semua negara Arab tanpa mengira ideologi sekiranya menolak polisi ke arah mengiktiraf Israel seperti Yaman, Sudan, Syria, Libya, Algeria, Tunisia dan lain lain, sebaik sahaja sahaja menunjukkan sikap negatif terhadap Israel diganggu dan dihuru-harakan dengan alasan menentang keganasan dan kezaliman yang berlaku dijadikan peluangnya, dengan slogan mendukung demokrasi atau membela Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain. Sehingga ada yang berjaya dicetuskan perang saudara dalam negeri masing-masing dengan bantuan negara-negara besar yang mengambil kesempatan mencuba senjata dan berniaga senjata itu dan menguasai kawasan untuk kepentingan masing-masing.
Semua kekacauan itu adalah meringankan bebanan negara haram Israel menjaga keselamatan dan keamanannya. Lebih baculnya apabila ada dalam kalangan negara Arab yang berjiran itu menganggap Israel adalah teman ekonomi dan politik yang terbaik dibandingkan Turki yang dilabelkan mengembalikan semula kerajaan Uthmaniyyah yang dianggap penjajah dan Iran pula dikatakan mahu mendirikan negara besar Syiah. Pada halnya di zaman Syah dahulu pun mazhabnya Syiah juga, bezanya Syiah yang mesra Israel. Alasannya kerana mempertahankan kebangsaan Arab dan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Adapun negara Qatar yang kecil dikepung dan dibuli kerana mengubah pendekatan bersama Turki dan Iran, walaupun Mazhab Qatar itu Sunni dan Salafi Wahabi. Kini dikepung dan dipulau dengan alasan membantu pengganas.
Apa yang paling menarik pula sikap mereka mengikut kenyataan Amerika dan sekutunya yang terus menyokong dan melindungi negara haram Israel. Malangnya disokong pula oleh para ulama yang dilesenkan muktabarnya dengan fatwa yang menghalalkan hubungan dengan Israel. Semua yang mengkritik fatwa yang dirasmikan itu diambil tindakan dipenjara, ditahan di rumah, dan digam, tidak diizinkan berkhutbah, berkuliah dan menulis atau terpaksa berhijrah meninggalkan tanah air dan keluarga tercinta.
Semua kumpulan yang gagah berani menghalakan senjatanya ke arah negara haram Israel, walaupun hanya layang-layang berapi dan batu dianggap pengganas, lebih-lebih lagi yang mengisytiharkan jihad dan jenama Islamnya, terus dianggap paling pengganas atau pelampau.
Adapun negara haram Israel dianggap betul dan adil menggunakan apa sahaja senjatanya, tetap dihalalkan, walaupun senjata pemusnah dan beracun yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa, kerana dikatakan dalilnya menjaga keselamatan dan keamanan Israel.
Mangsanya tanpa mengira Sunni seperti Hamas dan Tanzim Jihad dan juga Syiah seperti Hizbullah dan Ansarullah, walaupun diketahui bahawa rakyat Palestin majoritinya Ahli Sunnah bermazhab Syafie, bukannya Syiah. Sikap fatwa mesra Israel ini kerana mentarjihkan mazhab yang berkiblat ke arah White House di Washington, kerana Kaabah di Makkah hanya layak menjadi kiblat bagi ibadat solat sahaja.
Terpulang kepada umat di bawah dan rakyat awam menilai, apakah jenisnya Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang diperjuangkan itu dan apakah jenis kebangsaan Arabnya yang dipertahankan?
Adapun rakyat Palestin terus dikecewakan tanpa bantuan dan pertolongan yang cukup. Di kelilingnya kekayaan jirannya yang melimpah ruah, tetapi lebih banyak dilaburkan di Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk pelaburan hanya berseronok tanpa sempadan halal dan haram, atau untuk membeli senjata bagi berperang saudara dalam negara sendiri, kerana berbeza mazhab, atau berlainan kebangsaan, kabilah dan ideologi politik sekularnya.
Apa yang berlaku adalah ujian Allah terhadap umat Islam. Walaupun Allah berjanji bahawa akan tiba ajal bagi negara haram Israel dan pejuangnya, di mana bumi Palestin pasti menjadi kubur kaum Zionis itu, namun rakyat Palestin tidak boleh dikalahkan walaupun dikecewakan. Umat Islam terus berkewajipan menjadi hamba Allah yang menunaikan janjinya, bukannya menunggu janji Allah tanpa amalan dan jihad, laksana pungguk merindukan bulan.
Sabda Rasulullah S.A.W:
لَا تزَال طَائِفَة من أمتِي ظَاهِرين على الْحق لَا يضرهم من خذلهم، قيل: وَأَيْنَ هم يَا رَسُول الله؟ قَالَ: بِبَيْت الْمُقَدّس، أَو أكناف بَيت الْمُقَدّس
“Masih ada di kalangan umatku kumpulan yang muncul menyatakan dan menegakkan kebenaran, yang tidak boleh dihapuskan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka. Lalu para sahabat bertanya: Di manakah mereka, wahai Rasulullah? Sabdanya: Di Bait Al-Maqdis atau di pelosok Bait Al-Maqdis”
Percayalah bahawa perjuangan rakyat Palestin yang berteraskan iman tidak mungkin dipadamkan. Percayalah juga bahawa takhta dan harta yang mengecewakan rakyat Palestin akan tumbang dan ditelan zaman.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Zulkaedah 1439 / 28 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 28/7/2018


Komen Weblog Ibnu HasyimIslam tidak akan hapus, walaupun dikatakan serangan terburuk Gaza sejak 2014.. Islam terus diserang dari berbagai arah oleh para musuhnya, di pojokkan oleh media, para ulama di jadikan tertuduh.  Ya, Islam seakan terlihat kalah, Islam tidak kalah tapi, masih banyaknya muslim yang lengah, tidak peduli dengan keadaan agamanya, keadaan umat.

Kelengahan inilah yang di manfaatkan para pembenci Islam untuk menjadikan cahaya Islam semakin redup. Tapi camkan ini, sekuat dan sekeras apapun para musuh Islam untuk memadamkan cahaya islam, Allah SWT justru menyempurnakan cahayaNya dan Allah SWT akan menggagalkan rencana keji mereka.

  • “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". QS. Ash Shaff : 8
Meskipun Islam saat ini tidak berkuasa seperti dulu ketika dalam kekuasaan Rosulullah SAW dan para khulafaur rasyidin, namun Allah SWT telah berjanji Islam akan berjaya dan akan menang. Firmannya yang otentik dalam QS. An Nuur (24) : 55

  • “Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”.
Ini adalah janji Allah kepada Rosul-Nya SAW Dia akan menjadikan umat ini sebgaai khlaifah dimuka bumi, iaitu menjadi pemimpin umat manusia dan penguasa mereka. Ditangan merekalah negeri-negeri akan menjadi baik. Umat manusia tunduk kepada mereka. Dan Dia benar-benar akan merubah (keadaan) mereka setelah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa, menjadi hakim ditengah manusia.

Allah SWT melaksanakan janji ini, segala puji dan karunia hanyalah milik-Nya. Dalam kitabash-Shahih diriwayatkan Rosulullah SWT bersabada:

  • “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala telah membentangkan bumi kepadaku sehingga aku dapat melihat belahan timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menacapai belahan bumi yang telah dibenatangkan kepadaku itu.” (Tafsir Ibnu Katsir 6.1, juz 18, hal 95, pdf)

Percayalah dan yakinlah akan janji Allah SWT Janji-Nya bukan janji palsu ataupun abal-abal, janji-Nya pasti akan terlaksana. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

  • “Dan barangsiapa mengambil Allah, rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, Maka Sesungguhnya pengikut (agama) Allah Itulah yang pasti menang”. QS. Al Maidah : 56

Tidak ada salahnya kita melihat perkataan, Kardinal Simon (orang kedua setelah Paus di Vatikan) mengatakan:

  • ”Andai umat Islam bersatu padu di seluruh dunia dan menyatukan seluruh aspirasinya, saling membantu melepaskan diri  dari cengkraman Eropah (Kristen/Yahudi/Israel) lalu mereka berkiblat dan mematuhi segala syariatnya (Islam), maka mereka akan mamapu bangkit dan mengalahkan kita (Kristen/Yahudi/Israel).Dan wajiblah bagi kita (Kristen/Yahudi/Israel) untuk menyusun program demi memecah belah, menghalangi kebangkitan mereka”. (Majalah As Salam edisi kedua, September 2002). 

Kegilaan Baru! Berhenti &Lakukan Tarian 'Keke Challenge' Tepi Jalan Raya.



JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan kepada orang ramai yang didapati sengaja berhenti untuk melakukan tarian 'Keke Challenge' di jalan raya.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan melihat pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai terutama anak muda yang ghairah melakukan tarian berkenaan sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Perbuatan demikian sudah tentu tidak dibenarkan dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang termasuklah membahayakan pengguna jalan raya yang lain, kita akan mengambil tindakan.
“Malah, bukan kita sahaja, pihak polis trafik juga turut akan mengeluarkan saman kepada mereka yang melakukan aksi berkenaan sehingga melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan dan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial di seluruh dunia termasuk Malaysia, yang mana ramai orang begitu ghairah untuk melakukan gerak tari yang dinamakan 'Keke Challenge'.

Tarian itu memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, ‘In My Feelings’ nyanyian penyanyi Amerika Syarikat, Drake.

Tarian yang dicetuskan oleh pelawak, Shiggy itu kini menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.

Selain itu, selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baru yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 4:54 PM

Sekadar hiasan..Video


Rahsia Kasut Hitam, 'One Stone Kill All Birds'.



Siswazah Terpaksa Jadi Pencuci Lantai
Nur Halimatun Ab. Mueei, 25, terpaksa bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah dewan makan asrama... Beliau yang merupakan gra­du­an ISMP Pengajian Malaysia dengan Pendidikan UPSI...Saya terpaksa mendapatkan apa sahaja pekerjaan untuk membantu keluarga, terutamanya adik2  yang masih bersekolah, kata anak sulung daripada tujuh beradik itu...
Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!
KASUT HITAM...
Siswazah Terpaksa Jadi Pekerja Pembersihan Di Singapura
Muhammad Adlan Noor Khafiz, 25, seorang graduan pendidikan sanggup berkelana ke Singapura demi mendapatkan pekerjaan bagi menampung kehidupan selepas gagal dalam temuduga untuk menjadi guru... Dia nekad untuk be­kerja di Singapura sebagai pekerja pem­bersihan...

Adlan ialah peme­gang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)...
Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!
KASUT HITAM...
Siswazah Terpaksa Menoreh Getah
Seorang graduan, Mohd. Idzham Md. Nor, 25, pula memilih untuk memban­tu bapanya sebagai penoreh getah sementara me­nunggu keputusan penempatan... Namun, agak malang baginya kerana harga getah yang jatuh teruk kini menyebabkan pendapatannya semakin berkurangan...
Sedih juga kerana selepas graduasi, saya tidak pernah mendapat panggilan temuduga, apatah lagi saya sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu membayar pinjaman," katanya...
Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!
KASUT HITAM...
Kementerian Pendidikan Kata Sekiranya Gagal Bayar PTPTN, Tindakan Isytihar Bankrap Lebih Bertimbangrasa
Kerajaan akan mengisytiharkan bankrap kepada rakyat Malaysia yang gagal membayar semula pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum tindakan menyenarai hitamkan mereka dan di halang meninggalkan negara...

Berdasarkan kebebasan rakyat maka nama peminjam tidak akan di senarai hitamkan sahingga mereka di gelar muflis... 

Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching berkata janji Pakatan Harapan (PH) menarik larangan sekatan perjalanan pemimjam adalah berdasarkan kepercayaannya bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk menikmati kebebasan...

Rasa2nyalah, siswazah mcm Nur Haklimatun, Muhammad Adlan, Mohd. Idzham dan beribu siswazah yg teraba2 cari kerja tu, dia orang ada duit ker nak melancong @ bercuti ke luar negara... Elok2 ada kerja sementara, bila dah di isytihar muflis dah kena berhenti kerja... Bila muflis, akaun bank dah tak boleh buka... Mana ada majikan yang bayar gaji cara tunai sekarang nie...

Siswazah mcm dia org tu, tak kesah pun kalau nama senarai hitam dan tak boleh ke luar negara!!! Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!
KASUT HITAM..
Guru Dukalara Dan Guru Murung 
Isu Guru Murung
Antara penyebab yg beri tekanan pada guru2 yg mengajar di bandar2 besar datangnya dari bebanan kerja, sikap ibubapa pelajar dan juga tekanan dan himpitan kos sara hidup di bandar2 besar... Keadaan nie menjadi semakin serius dan kalau tak di selesaikan segera akan menjejaskan kualiti pendidikan murid2...

Kementerian Pendidikan di katakan mengambil maklum dan mengakui masalah kemurungan yang kini serius di alami oleh para guru yang bertugas di bandar-bandar besar...Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, "bagi kementerian kaji dahulu, memang saya tahu dan sedar tentang isu ini"...
Isu Guru Duka Lara
Tu cerita di bandar besar tapi bagi yg bertugas di pendalaman pula terutamanya yg terpisah dgn anak dan isteri juga memberikan tekanan pd guru2 dlm menjalankan tugas harian mereka...
Masa bawah pemerintahan kerajaan BN, mantan Menteri Pendidikan dah berjaya menyelesaikan 16,000 permohonan dari 30,000 permohonan yang di terima...

Menteri Pendidikan bawah kerajaan PH pula macam mana... Takkan tak sampai separuh lagi permohonan tak boleh selesaikan!!! Apa penyelesaian dari Menteri Pendidikan!!!
KASUT HITAM...
Apa relevannya menukarkan kasut sekolah putih ke kasut sekolah hitam dengan masaalah2 di atas... Kalau omputeh ada ONE STONE KILL TWO BIRDS tapi Menteri Kasut Hitam kita ada ONE STONE KILL ALL THE BIRDS!!!

RM1 Juta Untuk Posting Mahathir &Fitnah Najib Media Sosial..


Walaupun tak mampu tunaikan janji mansuhkan tol, ptptn dan hutang felda, kerajaan PH mampu membayar sehingga RM12 ribu untuk 1 posting article dan propaganda Tun Mahathir di FB Page Siakap Keli.

Video-Video Tun Mahathir pula dicadang dikeluarkan oleh pihak DAP. Kos untuk produksi dan pembikinan video adalah tidak diketahui lagi nilai peruntukannya. Kerajaan PH juga memperuntukkan sehingga RM300ribu untuk google search, email dan iklan di youtube.

Kerajaan juga memperunukkan sebanyak RM558 ribu untuk FB Pages DAP dalam Bahasa Melayu dan Cina. Jumlah keseluruhan hampir RM1juta. Job untuk media sosial ini nampaknya banyak dapat kepada DAP. (https://pakdin.my)

Bukan Bertembung Dr Mujahid-Dr Maza, Tapi P'Ramasamy Dengan Rakyat. -Dr Mohd Khairuddin


khairuddinattakiri


KL: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa tidak wajar menjadikan isu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy sebagai isu pertembungan peribadi dengan Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd. Asri Zainul Abidin (Maza) sehingga memerlukan pertemuan antara dua tokoh tersebut.
“Isunya ialah pertembungan antara P. Ramasamy dengan kehendak rakyat yang cintakan kedamaian,” ujar AJK PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman Facebook.
Katanya, puluhan laporan polis terhadap Dr P Ramasamy memerlukan penyiasatan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, menteri sewajarnya membiarkan polis menjalankan siasatan terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, kenyataan-kenyataan menteri yang dilihat berpihak kepada P Ramasamy dibimbangi boleh mempengaruhi siasatan polis. –HARAKAHDAILY 28/7/2018

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails