Sunday, August 05, 2018

S'ngor Beli SPLASH RM2.55 bilion. Mengapa Mahal? Ini Rahsianya..


Khalid Wajar Jadi Calon PRK DUN Seri Setia

SAHLAH pendedahan akhbar berpengaruh di Singapura, The Straits Times iaitu Kerajaan Selangor akan beli Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan harga RM2.55 bilion.

Terdahulu, waima sehari sebelum itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berdolak dalik apabila perkara ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia awal minggu ini.
Isunya kenapa terlalu mahal? RM2.55 bilion jauh berbeza dengan harga dicadangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta. Cukup jelas amalan “double standard” Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Projek lain seperti MRT3 dan HSR ditangguh serta dikaji semula atas alasan kononnya mahal. Tetapi kenapa pembelian SPALSH yang mahal gila tidak ditangguh dan dikaji semula. Kenapa nampak terburu buru.
Menurut The Straits Times lagi, Kerajaan Pusat akan bayar RM1.9 bilion manakala baki RM650 juta akan dibayar secara berperingkat selama sembilan tahun oleh pihak Pengurusan Air Selangor.
Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari mendakwa Kerajaan Selangor tidak keluar duit sesen pun. Maksudnya sahlah pendedahan akhbar The Straits Times iaitu Kerajaan Pusat yang akan bayar.
Satu lagi isu besar, Pengerusi SPLASH ialah Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. Dia kuasai saham SPLASH sebanyak 30 peratus. Nampaknya dia untung. Dia ialah kroni Tun Daim Zainuddin, orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Maka apakah Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Person (CEP) mempengaruhi segala urus niaga sebegini cepat. Apakah Daim ambil peluang jadi Pengerusi CEP untuk tujuan bisnes, bukan bina Malaysia Baru dijanjikan?
Apakah betul Wan Azmi adalah pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dicipta Mahathir untuk hancurkan UMNO? Mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tolong lah siasat.
Justeru memang wajar Khalid menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia nanti. Khalid yang lebih memahaminya boleh menjadikan isu ini sebagai bahan kempen utama.
Dan PRK DUN Seri Setia boleh menjadi medan kepada pihak pembangkang dapat melipat gandakan usaha untuk mendedahkan amalan double standard, gejala ketidak telusan dan budaya kronisme oleh Kerajaan PH.
Mohd. Puad Zarkashi
4.8.2018
* Video berikut sekadar hiasan…

"I only shake hands with girl.." Ujar Yana Samsudin. Al-hamdulillah.


HALAMAN HIBURAN

TINDAKAN pelakon dan pengacara Yana Samsudin menolak untuk bersalaman dengan salah seorang anggota Running Man mendapat perhatian netizen. 

Menerusi video yang dimuat naik Yana pada Sabtu, dia menolak secara baik apabila salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Jee Seok untuk bersalaman dengannya. Bagaimanapun, Yana kemudian menjelaskan bahawa dia hanya bersalaman dengan wanita.

"I only shake hands with girl (Saya hanya bersalaman dengan perempuan sahaja)" ujarnya.




Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 170,000 tontonan di laman sosial miliknya.
Rata-rata memuji tindakan pelakon filem Adnan Sempit ini yang menjaga akhlak dan batas sebagai seorang muslimah.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/05/yana-tolak/~/media/9415caba46624324a5791c9214fda37d.ashx?la=en
Rata-rata netizen memuji tindakan Yana.
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

PKR Menang Tapi Majoriti Jatuh Teruk


PKR Menang Tapi Majoriti Jatuh Teruk

RASMI… PKR terus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis apabila calonnya, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menang namun majoriti diraih beliau jatuh agak teruk.


Beliau hanya mampu mendapat sebanyak 15,427 undi iaitu majoriti cuma 5,842 undi berbanding sebelum ini, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiee dengan 12,480 undi ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad di tempat penjumlahan undi di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam malam ini.
Manakala pencabarnya, Datuk Lokman Noor Adam dari UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat sejumlah 9,585 undi dan seorang calon bebas, K. Murthy pula hanya meraih sebanyak 97 undi.

Kekosongan kerusi DUN Sungai Kandis berikutan penyandangnya yang juga bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meninggal akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas
Kawasan tersebut memiliki seramai 51,217 atau 99.97 peratus pengundi biasa layak mengundi hari ini manakala 13 pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara. Tiada pengundi awal bagi PRK DUN Sungai Kandis.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood memaklumkan peratusan pengundi yang keluar mengundi dalam PRK DUN N.49 Sungai Kandis setakat ini ialah 49.8 peratus.

Menurut beliau, peratusan kecil tersebut merupakan angka yang tidak rasmi setakat ini. Bagaimanapun, kadar peratusan keluar mengundi itu bukan yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya di Malaysia sejak merdeka.
Ini kerana ujar Othman, dalam PRK DUN N.12 Penanti, di kerusi Pematang Pauh, Pulau Pinang pada tahun 2009 lalu, peratusan keluar mengundi adalah paling rendah dicatatkan iaitu hanya 46 peratus.

“Kita tidak menolak kemungkinan banyak faktor penurunan peratusan pengundi. Mungkin disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-14 baru sahaja selesai,” katanya di Pusat Penjumlahan Undi PRK DUN N.49 Sungai Kandis hari ini.
Tambah Othman, walaupun SPR sediakan kemudahan dan war-warkan agar pengundi turun awal, tetapi peratusan masih kurang. Pada PRU-14, peratusan pengundi di kerusi DUN itu mencatatkan 85.57 peratus. – Mynewshub.TV

'Good signal' Pada BN, Titik Tolak Kebangkitan Rakyat. PRK Seterusnya Khalid Ibrahim?

Hasil carian imej untuk pilihanraya sungai kandis
KLANG: Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini adalah 'good signal' kepada parti itu.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini kerana jumlah undi yang diterima parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini tidak jauh berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Mengulas lanjut, Mohamad berkata peratusan jumlah keluar mengundi rendah turut memperlihatkan sikap protes rakyat terhadap kerajaan PH berikutan kegagalan mereka menunaikan janji manifesto dalam PRU lalu.
Katanya, berdasarkan keputusan PRK itu, jelas memperlihatkan pola pemikiran pengundi pada masa ini kini semakin sukar dijangka.
Menurut calon BN bagi PRK itu, Datuk Lokman Noor Adam pula berkata walaupun kemenangan tidak berpihak kepada BN, tetapi keputusan PRK itu adalah titik tolak kebangkitan rakyat.
Demikian di sunting dari BERNAMA.



Sementara itu, PAS disaran meletakkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai calon parti itu bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa Khalid lebih memahami isu pembelian syarikat SPLASH yang baru dilakukan Kerajaan Selangor dan boleh dijadikan bahan kempen utama. (IH)


Amaran Kuasa Tak Seimbang Dr M-Khazanah -Ideas



PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir menyuarakan keraguan berhubung keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Berhad.
Penyelaras Unit Demokrasi dan Tadbir Urus di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari berkata, kuasa “besar” perdana menteri mungkin menyebabkan ahli lembaga pengarah tidak berani membantah keputusan penting yang dibuatnya.

“Wujud ketidakseimbangan kuasa dengan adanya perdana menteri. Sebagai alternatif, mungkin seorang penjawat awam seperti wakil dari Jabatan Perdana Menteri boleh berada dalam lembaga pengarah.”

Semalam, Dr Mahathir mempertahankan pelantikannya sebagai pengerusi Khazanah dengan berkata, ia adalah tanggungjawabnya untuk mengembalikan dana kekayaan negara itu kembali ke landasan betul.

Tetapi, Aira berkata, semak dan imbang Parlimen untuk badan seperti Khazanah akan memastikan ketelusan dan akauntabiliti di tahap tinggi.

Beliau memberi contoh dana pencen kerajaan Norway yang dikenali sebagai “Dana Minyak” dan diuruskan Kementerian Kewangan yang perlu bertanggungjawab kepada Parlimen Norway.

“Di bawah Dana Minyak, semua orang boleh melihat dan meneliti setiap pelaburannya di laman webnya.
“Semuanya didedahkan, seperti mandat yang diberikan selaku dana untuk kepentingan rakyat Norway. Malaysia patut cuba mencontohinya.”

Pensyarah Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez bagaimanapun berkata, kebiasaannya, menteri kewangan dan perdana menteri perlu menganggotai lembaga pengarah Khazanah.

Pakar mengenai politik dan korporat Malaysia itu menyifatkan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah adalah janggal, tetapi “tidak salah sama sekali” kerana Khazanah berurusan dengan perkara berkaitan ekonomi.

Katanya, Khazanah boleh dikeluarkan daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan diletakkan dalam kementerian lain.

“Ketika ini, Khazanah masih di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Jika menteri kewangan tidak berada dalam lembaga pengarah Khazanah, kemungkinan besar beliau tidak tahu apa yang dilakukan lembaga pengarah Khazanah.”

Sebelum ini, Gomez membantah ahli politik mengetuai badan berkanun dan yarikat berkaitan kerajaan (GLC), kecuali mereka berbuat demikian dalam kapasiti menteri atau kerajaan.

Centre for a Better Tommorrow (Cenbet) berkata, walaupun ahli lembaga pengarah Khazanah yang baru adalah “orang berkaliber”, mereka tidak sepatutnya terdiri daripada ahli politik atau Kabinet kerana mereka akan terdedah kepada liabiliti yang boleh ditangani pemimpin korporat dengan cara lebih baik.

“Dana kekayaan negara patut dikendalikan seperti syarikat lain dan ini bermakna pertimbangan politik perlu dikecualikan daripada lembaga pengarah,” kata Cenbet dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurutnya, jika ada tujuan politik khas untuk dana itu, ia perlu dinyatakan dengan jelas sebagai sebahagian misi untuk diketahui dan dilaksanakan pihak pengurusan, serta bertanggungjawab kepada rakyat.

“Dengan adanya profesional dalam lembaga pengarah, kerajaan boleh mengkritik lembaga pengarah jika berlaku salah urus.”

Katanya, demokrasi matang di seluruh dunia mengelakkan amalan melantik ahli politik menguruskan pelaburan dibiayai awam dan Malaysia perlu mengelakkan satu lagi kegagalan atau misi menyelamat disebabkan campur tangan politik.

“Ini juga sejajar pembaharuan institusi yang disokong kerajaan baru.”

Isnin lalu, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pelantikan 5 ahli lembaga pengarah baru, iaitu Dr Mahathir sebagai pengerusi, menggantikan Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan pada 31 Mei lalu.

Azmin bersama ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, bekas timbalan gabenor Bank Negara, Dr Sukhdave Singh dan bekas pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin pula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah.
MR : Politik matang mana-mana didunia tidak melantik ahli politik mengurus pelaburan tapi Mahathir buat apa yang selama ini BN buat. TAK ADA BEZA.....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Batu Besar Berdiri Di Atas Batu Kecil. SubhanaLLah. Ini..


Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

DIKATAKAN dijumpai sejak awal tahun 1900, batu besar gergasi tegak berdiri di atas batu kecil. Terletak di Brimham Moor di North Yorkshire, United Kingdom.. Terdapat pembentukan batu yang terbentuk daripada hakisan selama ribuan tahun. Namun di antara batu batuan tersebut, ada sebongkah yang paling mengagumkan adalah Idol Rock.

Kenapa batu ini begitu istimewa? Lihat bentuknya. Batuan monolot yang dianggarkan mempunyai berat 200 tan ini berdiri kukuh secara seimbang di atas batu kecil berbentuk piramid.

Idol Rock dengan ketinggian 4.5 meter. Batuan yang seolah menentang hukum fizik itu membuatkan para pengunjung travel kagum atas keindahannya. Idol Rock juga dikenali dengan nama The Druids Idol atau The Druid s Writing Desk. Gambar Idol Rock telah tersebar di internet selama bertahun-tahun dan ada juga  ramai orang menganggapnya sebagai satu penipuan.

Hasil Siasatan Saintis


Sedangkan Idol Rock benar-benar nyata dan merupakan bukti bahawa itu adalah hasil hebatnya ciptaan Allah SWT. yang dapat direnung di dalam karya alam. Melihat ciptaanNya membuktikan lebih hebat lagi kewujudan PenciptaNya..


Daerah Brimham Moor sendiri memang dianggap sebagai salah satu persekitaran yang ajaib di sana. Selama era kepimpinan Victoria, puluhan batu dengan bentuk luar biasa terbentuk di sana. Walaupun ramai orang mengatakan ada kekuatan ajaib di sana, namun pada abad ke-20, para pakar menyedari dan menjelaskan bahawa Idol Rock sebenarnya terbentuk dari hakisan selama 18000 tahun yang berterusan. (IH)

The Balancing Idol Rock of Brimham Moor | North Yorkshire, England

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung (1)
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Buang Semangat Kecinaan Dulu Sebelum Buang Label 'Bumiputera' - Tai Zee Kin


Bumiputera, kepada yang bukan Bumiputera.

Ketika perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India (Chitty Peranakan) yang telah menetap sejak 1400an).

Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan secara beramai-ramai, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.

Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan kewarganegaraan besar-besaran dan beramai-ramai kepada mereka?

Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia sebagai "hua Qiao" dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah.

Dengan itu, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan meminta kepada kerajaan ketika itu, British, untuk kewarganegaraan beramai-ramai, dengan mengambil kira sumbangan kami kepada pembangunan Malaya/ Persekutuan Tanah Melayu dan berjanji taat setia. (Zaman ketika itu, konsep "natif" / Native adalah senang : adakah anda keturunan nusantara/warga Asal (melayu, jawa, sakai, jakun) atau bukan keturunan nusantara.

British telah bersedia untuk mengiktiraf kewarganegaraan kepada orang Cina melalui Malayan Union Charter (piagam), yang mana membawa kepada 1) negeri-negeri Selat 2) Negeri-negeri Bersekutu dan 3) Negeri-negeri tidak Bersekutu untuk tertakluk di bawah Tanah Jajahan Mahkota. (Crown Colonies)

UMNO kemudian ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Suka atau tidak, mereka tidak bersedia untuk membenarkan penjajah British ini untuk memberikan kerakyatan secara beramai-ramai kepada imigran yang tidak berintegrasi/ mengasimilasi kepada budaya mereka (Saya gunakan perkataan "mereka" untuk merujuk kepada keturunan Nusantara - melayu, jawa, etc, kerana ketika itu perbezaan antara kaum sangat ketara, tiada cina yang boleh bertutur bahasa Melayu).

British mengaku kalah akibat tekanan dari UMNO. Begitu juga dengan kaum Cina. Tunku ditugaskan untuk mencari jalan tengah untuk memastikan kompromi antara orang keturunan Nusantara (melayu) & imigran dari Cina dan India ini.

Jalan penyelesaian, yang meyakinkan orang Melayu tempatan untuk megizinkan kewarganegaraan secara beramai-ramai untuk generasi pertama dan kedua orang Cina ini adalah, dengan syarat mereka diberi layanan "istimewa", maka Suruhanjaya Reid menggubal 'kedudukan istimewa' orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Orang Cina ketika itu bersetuju dan melaungkan sokongan dengan konsep ini
Ayah saya bertanya kepada saya, bila sebenarnya hakikat dan akibat dari tolak ansur/kompromi ini berakhir?

Saya beranggapan faktor UTAMA kepada perkara ini disebabkan pengekalan "kecinaan" dari datuk nenek kita. Mereka memulakan sekolah cina, mendesak untuk menggunakan bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China.

Mengajar nilai-nilai Cina, membaca buku dari negara China (sebelum revolusi budaya) dan sebagainya. Tiada usaha daripada kaum cina untuk integrasi dengan keturunan Nusantara/Melayu pada ketika itu. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati, yang terus menjadi faktor UTAMA yang membawa kepada idea 'bumiputera'.

Sekiranya anda mengkaji dengan teliti konsep Bumiputera, anda akan sedar bahawa tidak banyak mengenai 'mempertahankan kepentingan orang asal (Melayu)'. Ideologi dan falsafahnya melibatan 2 aspek utama.

Pertama sekali untuk membendung 'Kecinaan'. Saudagar Cina dahulu kala amat rapat dengan penguasa British. Kita ada Nyonya Peranakan dulu-dulu yang memakai kerongsang bergambaran Queen Victoria sebagai tanda setia kepada kerajaan British (rujuk kepada Museum Peranakan Singapura). Kita juga ada dewan perniagaan Cina yang mempunyai Patron Inggeris. Ini menunjukkan bahawa, selain kawalan asing terhadap ekonomi kita, orang Cina mengawal hampir 70% daripada apa yang tinggal (Profesor Shamsul Amri berkata, dalam 50-60%).

Pendek kata, Warga keturunan Nusantara/Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan sekaligus menghakis "kewujudan" mereka. Anda tidak boleh menyalahkan mereka jika mempunyai pandangan sedimikian. Ia merupakan satu sentimen yang amat ketara dan biasa dalam kalangan kebanyakan dari mereka masa itu. Disebabkan itulah mereka memerlukan satu jaminan sekiranya mereka bersetuju memberi kerakyatan secara beramai-ramai kepada golongan imigran.

Aspek kedua, adalah perasaan "tidak selamat" dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang warga Nusantara/warga asal. Perasaan sebeginilah yang mencegah warga nusantara/Melayu dahulu daripada bersetuju untuk mengiktiraf kerakyatan generasi imigran tadi.

Dengan 2 perkara ini, Tunku harus mengorak langkah. Beliau harus membuat keputusan sama ada; menolak permintaan kerakyatan secara beramai ramai orang Cina dan India, mendesak mereka pulang ke negara asal secara berperingkat, atau pun mencari titik tolak ansur antara kedua-dua pihak.

Beliau kemudiannya, menasihati Suruhanjaya Reid untuk menggubal Kontrak/Perjanjian terbesar antara Warga Nusantara/Melayu/Warga asal & Imigran, yang dikenali sebagai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kontrak sosial).

Dengan pengenalan Perkara 153, warga Nusantara/asal berasa mereka boleh lega hati atas aspek kerisauan sebelum ini, iaitu serangan "Kecinaan" dan "rasa tidak selamat" seperti yang dinyata di atas. Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana terjamin oleh perlembagaan.

Nenek moyang kami (Cina), yang awal-awal dulu hanyalah imigran (pendatang) generasi pertama, sangat gembira dengan tolak ansur ini sebagai pertukaran kepada taraf kerakyatan secara beramai-ramai .

Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang agak sama, untuk memberi kerakyatan secara beramai ramai kepada pendatang yang langsung tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka. Asalnya orang Cina dan India tidak mahu asimilasi dan integrasi budaya, tetapi menuntut kerakyatan secara beramai-ramai. Wajarlah warga Nusantara/Melayu/warga asal menentang perkara itu. Orang Cina dan India kemudian sedar ianya berbaloi untuk bersetuju dengan perjanjian itu, memandangan mereka tiada tempat lain ingin dituju.

Atau, senario kedua, mereka kekal sebagai penduduk tetap (PR) sahaja, dan tidak mendapat kerakyatan dari orang Melayu. Sudah tentu, ianya bukan idea yang baik. Mereka menginginkan KERAKYATAN.

Bayangkan, generasi kedua/ ketiga orang Bangladesh atau Nepal atau Indonesia, yang membentuk 6-9 juta populasi Malaysia kini, menuntut hak kerakyatan secara beramai-ramai di Malaysia. Ia termasuklah kelebihan tertentu, dana, pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga HAK UNTUK MENGUNDI.

Mereka boleh saja mengungkit bahawa mereka membayar cukai, menyumbang kepada negara, membantu perkembangan ekonomi. Mereka boleh menuntut bahawa mereka dilahirkan di Malaysia dan menginginkan kerakyatan. Perlu diingat, bukan seorang dua, tapi 6-9 juta KERAKYATAN BERAMAI-RAMAI.

Apakah anda mampu memberikan taraf kerakyatan Beramai-ramai sebanyak 9 000 000 kepada mereka?

Begitulah, Warga Nusantara/Melayu/asal berpuas hati dengan pemberian kerakyatan secara beramai-ramai dahulu kepada imigran Cina dan India, selagi kedudukan mereka terjamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana dengan anda? Letakkan diri anda dalam keadaan ini.

Untuk menjawab soalan bapa saya, bilakah konsep BUMIPUTERA akan berakhir? Saya menjawab, setelah aspek "Kecinaan" dan "perasaan tidak selamat" (Chineseness & insecurity) itu berhenti menghantui mereka.

Sehingga kini, semakin ramai warga Nusanstara/Melayu/Asal yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu (bukan ramai, tetapi lebih ramai dari dahulukala)

Namun demikian, titik persamaan itu tidak cukup kuat. Lihat saja lelaki Cina yang ditumbuk di KFC, dia membuat sidang media. Lelaki ini, tidak boleh bercakap BAHASA MELAYU MAHUPUN INGGERIS. Dan saya boleh katakan kepada anda, terlalu ramai orang Cina yang sebegini di Malaysia. Begitu banyak orang Cina bandar duduk di PPR, tak boleh bercakap Melayu atau Inggeris. Kawan-kawan saya di Kedah juga begitu.

Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.

Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.
Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat. Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini). Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini). Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.

Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, asimilasi dan berusaha mencari titik persamaan dengan orang Melayu, seperti kaum cina di negara lain (kecuali tanah besar cina, taiwan, HK dan singapore).

Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.

Tidak cukup! 
Tidak cukup untuk memberitahu warga Nusantara/Melayu/asal yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan. Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.

Penyelesaian untuk Kontrak (Perkara 153) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.

Sama ada:

1) Kita mengagungkan Kontrak tersebuat buat selama-lamanya, dan juga mengamalkan tabiat berunsurkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).
atau
2) Kita Mengintegrasi atau mengasimilasikan budaya kita dengan budaya warga Nusantara/melayu/asal..

Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari lebih banyak titik persamaan dengan orang Melayu.
Tai Zee Kin
MR : Malangnya Dong Zong tamak kata seorang profesor Cina sendiri....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails