Sunday, August 12, 2018

Solidariti Buat Dr Ilyani. YB Siti Zailah.




PUAN Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, seorang doktor perubatan telah menyuarakan prinsip tegasnya mempersoalkan hak-hak yang dikatakan dituntut oleh golongan LGBT dalam satu surat terbuka dituju kepada Cik Puan Marina Mahathir.
Kelantangan ini menggusarkan pihak-pihak tertentu sehingga tindakan beliau telah diadu kepada Biro Pengaduan Awam menggesa agar beliau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan iaitu Kementerian Kesihatan, Kerajaan Malaysia.
Dalam surat terbuka tersebut, beliau secara jelas telah menyatakan bahawa dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor, pesakit LGBT tetap akan diberikan rawatan terbaik. Sikap ini adalah selaras dengan profesion kedoktoran yang disandang dan menunjukkan sikap Profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan kewajipan beliau.
Beliau juga telah melalui surat terbuka tersebut meluahkan pandangan peribadi dan kebimbangan beliau terhadap gejala songsang yang boleh merosakkan anak bangsa. Ini menunjukkan sikap keprihatinan yang tinggi beliau dalam pembinaan negara bangsa sesuai dengan tugas beliau sebagai penjawat awam.
Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia, bahkan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia dan polisi semasa negara, saya percaya beliau dijamin hak menyuarakan pandangan secara bebas dan terbuka. Beliau juga dalam menyuarakan pandangannya sama sekali tidak menolak keperluan dakwah dan pemulihan kepada golongan LGBT ini.
Sikap beliau sebagai seorang profesional yang berani ke hadapan menyatakan pendirian adalah suatu sikap yang selayaknya dipuji bahkan diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan.
Kami menggesa Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia agar tiada sebarang tindakan tatatertib mahupun apa-apa tindakan pentadbiran diambil ke atas beliau kerana kami percaya aduan tersebut tidak berasas dan merupakan satu usaha menyekat hak beliau untuk menyatakan pandangan secara terbuka.
Sehubungan itu, kami, Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan menyatakan sokongan dan solidariti kami terhadap prinsip yang diperjuangkan oleh Dr Nur Ilyani dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dan NGO yang berada pada prinsip yang sama turut menyatakan sokongan dan solidariti.
Solidariti Dr NurIlyani
Sejahtera Bersama Islam
YB SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
Merangkap 
Ahli Parlimen Rantau Panjang
Bertarikh : 30 Zulkaedah 1439H / 12 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 12/8/2018

Mahathir Sahkan Tiada Kenaikan Gaji Penjawat Awam.




‘Sepatutnya pada bulan Julai tahun ini semua penjawat awam sudah menerima kenaikan satu tangga gaji KGT sebagaimana diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib dalam MAPPA 2018 pada 4 April 2018.’
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan tidak akan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini walaupun 100 hari kerajaan PH berkuasa.
Kata Perdana Menteri, ini kerana jumlah kakitangan awam yang ada hari ini adalah ramai iaitu 1.6 juta orang selain faktor kekangan kewangan.
“Sekarang bukan masa tepat untuk kita memberi gaji lebih tinggi kepada penjawat awam.
“Kami mempunyai dasar dan tidak dapat melakukan dengan segera. Kami majikan yang besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Selangor.
BACA: Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri http://pakdin.my/penjawat-awam-yang-sokong-mahathir-ibarat-sedang-gali-kubur-sendiri/
Dr Mahathir berkata, peningkatan gaji juga perlu seiring dengan peningkatan produktiviti.
Kenyataan Dr Mahathir adalah konsisten sebagaimana tulisan beliau dalam blognya Chedet pada 2 Mei 2012 bahawa beliau menyatakan Malaysia sudahpun mempunyai gaji yang tinggi di ASEAN setelah Singapura dan menaikkan gaji minima akan menyababkan pelabur dan orang asing memindahkan kilang mereka keluar dari Malaysia.
Sepatutnya pada bulan Julai tahun ini semua penjawat awam sudah menerima kenaikan satu tangga gaji KGT sebagaimana diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib dalam MAPPA 2018 pada 4 April 2018.
Sementara itu kerajaan PH melalui Menterinya Kulasegaran mengumumkan kadar janji gaji minimum baharu sektor swasta kepada RM1,500 sebulan sebagaimana yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari ditangguhkan dan diselesaikan dalam tempoh 5 tahun agar tidak membebankan majikan.
“Kita bukan naikkan RM1,500 sekali gus. Jika kita lakukan sedemikian akan menyusahkan syarikat swasta kerana pendapatan mereka akan berkurangan sehingga menyebabkan perniagaan tidak boleh beroperasi,” katanya.

Hutang PTPTN Hampir Menyamai Kerugian 1MDB. -PM




Hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hampir sama banyak dengan kerugian yang dialami 1MDB, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Itulah jumlah wang yang belum dibayar kepada kerajaan atas apa yang dibelanjakannya untuk memberi pendidikan yang baik dan seterusnya peluang kerja dan pendapatan yang lebih cerah,” kata beliau, dipetik laporan The Star.
1MDB menimbunkan hutang sebanyak RM42 bilion sebelum pentadbiran terdahulu cuba untuk mengawal kerugiannya pada 2015.
Walaupun pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa proses rasionalisasi hutang 1MDB sudah dibuat, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan hutang 1MDB dibayar kerajaan persekutuan secara senyap.
Manakala itu, menangguhkan pembayaran balik hutang PTPTN bagi peminjam yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan merupakan salah satu daripada janji manifesto PH.
Bagaimanapun, dasar ini belum dilaksanakan kerana pentadbiran HARAPAN masih mencari kaedah bagi menunaikan janji ini. (Wowberita)

Aidiladha Disambut 22 Ogos Ini

 AHLI Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan menggunakan teleskop pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1439H/2018M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah


KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 22 Ogos ini.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018,” demikian menurut kenyataan itu.– BERNAMA

Penduduk Gempar Dilanda Hujan Air Batu, Di Lipis. Lihat Video Ini..


Ciri Jamaah Islam, Menurut Quran Hadis. -Presiden PAS.


Quran dan Hadis garis ciri Jamaah Islam
IZWAN ABDUL HALIM


GOMBAK: Perakuan terhadap sebuah Jamaah Islam yang sebenar mestilah dilihat dengan kumpulan tersebut memenuhi ciri-cirinya, demikian terang Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Memulakan penjelasan dengan menghurai hadis mengenai 'Jamaatul Muslimin', ujarnya terdapat beberapa kalimah antaranya Jamaah, Thaifah, Ummah dan Hizb sebagai perkataan sama erti dalam Bahasa Arab.
"Semuanya dengan makna kumpulan. Hizb dengan makna kumpulan.Jamaah makna kumpulan. Ummatun minkum, satu kumpulan daripada kamu, ini ialah kumpulan juga. Bukan semua umat, tapi kumpulan dalam umat. Mempunyai makna yang sama.
"Apa yang penting kita kena sedar bahawa Jamaah Islam sebenar ada ciri-ciri yang disebut dalam ayat-ayat (Quran dan Hadis). Adakah jamaah ini memenuhi ciri-ciri ini?" terangnya pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, di sini hari ini.
Antara ciri tersebut menurutnya, adalah ad-Da'watu ilal khair yakni berdakwah kepada kebajikan yang ditafsirkan ulamak dengan makna Islam yang menyeluruh.
Kerana ujarnya, jika sekadar mengajak orang masuk Islam tanpa ada perjuangan untuk melaksanakan syariat dan tuntutan Islam lainnya, maka tidak memenuhi ciri Jamaah Islam dimaksudkan.
Begitu juga ciri amar makruf nahi munkar sama ada sebagai kerajaan mahupun pembangkang, tetapi mesti berusaha menjadi kerajaan sebagaimana Nabi S.A.W hijrah ke Madinah mendirikan kerajaan.
"Kalau dakwah sahaja, tak ada cita-cita nak mendirikan kerajaan, dia tak ikut Nabi. Nabi yang paling layak menafsir al-Quranul Karim.
"Jadi ulamak-ulamak kita menubuhkan PAS tahun 1951 dulu, kesinambungan kumpulan Islam sebelum darinya setelah hilangnya Kerajaan Islam," jelas Tuan Guru.
Terang beliau, walaupun diharamkan penjajah sebelum ditubuhkan PAS, tetapi agenda PAS memenuhi ciri-ciri tersebut, sedang terdapat kumpulan yang hanya ada amar makruf, tetapi tiada nahi munkar.
Malah, terdapat kumpulan katanya, yang enggan menghadapi kemungkaran kerajaan kerana bimbang tidak dapat projek, selain tiada cita-cita menegakkan negara, termasuk membiarkan sesiapa sahaja memerintah.
"Masalah (Jamaah Islam) tak menang, tidak punya ahli yang cukup, itu cerita lain. Tetapi ciri-ciri dasar mesti ada. Dalam undang-undang tubuh nyata perkara ini," ujarnya.
Menurut Tuan Guru, tanpa ciri-ciri tersebut, ianya bercanggah dengan mesej para Nabi dan Rasul yang bukan sahaja mendakwahi rakyat, tetapi juga pemerintah sebagaimana Nabi Ibrahim dengan Namrud dan Nabi Musa dengan Firaun.
Bahkan Nabi Muhammad tambahnya, menghadapi Rom dan Parsi, selain menjadikan dakwah sebagai jihad yakni kesanggupan berhadapan segalanya dengan harta dan jiwa raga. - HARAKAHDAILY 11/8/2018

Lagi Nepotisme DAP? Anak Kit Siang Jadi Senator

Lagi Nepotisme DAP? Anak Kit Siang Jadi Senator


ALAHAI… Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadikan Malaysia Baharu sebagai platform terbaik demi kepentingan sendiri apabila ‘selamba’ mengutamakan anggota keluarga dalam bidang politik.

Jika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbangga anaknya, Datuk Seri Mukhriz bukan sahaja menjadi Ahli Parlimen Jerlun, malah mampu dipilih sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua dalam sejarah negeri itu.
Juga PKR yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serah jawatan presiden parti kepada suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahkan anaknya, Nurul Izzah ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Tidak ketinggalan DAP dengan mendiang Karpal Singh pasti senyum anaknya, Gobind Singh Deo menjadi menteri, Jagdeep Singh Deo pula Exco Kerajaan Pulau Pinang dan Ramkarpal Singh ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Terbaharu, DAP juga catat sejarah apabila ‘otai’ pengasas parti itu, Lim Kit Siang tentu bertambah meriah dengan kehadiran seorang anak perempuannya, Li Hui Ying dilantik sebagai Senator Dewan Negara mewakili Pulau Pinang.
Berita pelik itu diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika cadang nama tersebut pada sesi penggulungan usul Ucapan Yang Dipertua Negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri di George Town semalam.
Media melaporkan ADUN Padang Kota itu berkata, Hui Ying dipilih bersama-sama dengan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff untuk galas jawatan lantikan politik tersebut selama tempoh tiga tahun.
Mereka berdua akan menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail dan Dr. Ariffin SM Omar yang tamat tempoh pada 1 Jun lalu. Hui Ying, 55, merupakan pengarah kempen DAP di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14.
Beliau merupakan graduan ekonomi dari Universiti Malaya. Ketika ini, anak lelaki Kit Siang, Lim Guan Eng ialah Menteri Kewangan dan pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang selain bertugas sebagai Ahli Parlimen Bagan.
Isteri kepada Setiausaha Agung DAP tersebut iaitu, Betty Chew Gek Cheng kebetulan pernah jadi ADUN di beberapa kerusi di Melaka. Begitulah kehebatan parti itu yang gagal disaingi Barisan Nasional (BN) dalam isu nepotisme!
Untuk rekod, jika ada pemimpin BN yang berbuat perkara sama, mereka tentu dikutuk teruk oleh penyokong PH sebagai konon pentingkan kaum kerabat keluarga sendiri untuk jarah kekayaan negara! – Agensi/Mynewshub.TV


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails