Sunday, August 19, 2018

Baru Tahu Susu Coklat Kena Cukai. M/Kewangan Apa Ni?

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diserbu pihak media untuk mendapatkan respon berkenaan cukai SST selepas sesi taklimat SST bersama Menteri Kewangan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 18 OGOS 2018 

SHAH ALAM- “Hari ini saya baru tahu susu berperisa coklat dikenakan cukai, saya ingat susu telah dikecualikan cukai,” demikian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selepas sesi taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Guan Eng berkata, dalam pengetahuannya hanya susu asli sahaja dikecualikan cukai ketika pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini.

“Saya ingat susu telah dikecualikan cukai, susu asli tiada gula tidak kena cukai, tapi susu coklat dikenakan cukai.
“Ini kerana susu amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Saya akan kecualikan susu coklat daripada dikenakan cukai SST,” katanya ketika ditemui pemberita di Hotel Saujana Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu Guan Eng bersama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy menghadiri sesi itu lebih tiga jam di hadapan 500 peniaga yang berdatar dengan sistem MyGST sebelum ini.
Lim Guan Eng Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua kiri) berbual bersama Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy (dua kanan) pada sesi taklimat SST bersama Menteri Kewangan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 18 OGOS 2018

Ahli Parlimen Bagan itu juga berkata, taklimat itu juga bagi memberi peluang kepada peniaga berdialog dengan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas berhubung pelaksaaan SST yang bakal diluluskan minggu depan.

“Kita akan berikan kepercayaan biar mereka mohon dulu, selepas itu kita akan siasat, kalau kita dapati bahawa mereka tidak dikecualikan maka mereka kena bayar.
“Kalau mereka dikecualikan, bayaran akan dikecualikan, itu adalah apa yang kita sebut pendekatan lembut di mana kita akan percaya sama mereka,” katanya.

Katanyai, siri dialog bersama pihak industri itu dapat membantu memastikan mereka sama ada layak atau tidak dikenakan cukai susulan ‘threshold’ telah dinaikkan kepada RM1 juta setahun berbanding RM500,000 dalam GST.

“Percaya dulu, kira kemudian kerana kerajaan Malaysia dibina di atas Pakatan Harapan atas percaya sama percaya bersama dengan rakyat dengan kerajaan
“Kita harap mereka tidak cuba laeri daripada bayar cukai, bercakap benar, dengan ini kita boleh atasi masalah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Perang Dalam PKR Makin Parah. Tun M, Daim Terlibat? Tonton Video Ini..


Tun Mahathir, Daim guna pemimpin PKR jadi puppet mereka

Perang dalam PKR makin parah. Tunggu masa sahaja nak meletup dan membunuh sebahagian besar pimpinan mereka. 

PKR adalah 'takik' untuk memecahkan Pakatan Harapan, bagaimana takik yang berlaku pada tatanic apabila terkena aisberg. Ahli Dewan Undangan Negeri, Ijok, Dr Idris Ahmad yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata beliau menolak Tun Dr Mahathir secara terbuka.

"Saya tahu bagaimana watak buruk dan jahatnya Tun Dr Mahathir dibantu oleh (Tun) Daim. Jangan percaya. Tengok bagaimana Tun Mahathir, Daim menggunakan pemimpin kita (PKR) di Keadilan jadi puppet mereka."

Tonton video ini. Anda akan tahu bahawa hayat PKR dan PH dah tak lama.

MR : Nak rosak dan runtuhnya PH tak perlu masa yang lama.... 
MINDARAKYAT

Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?



BAITULMAQDIS, 6 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Rejim pengganas Israel menutup Masjid Al-Aqsa di sini selepas menembak mati seorang warga Palestin berusia 30 tahun, yang didakwa cuba menikam sekumpulan anggota polis rejim itu, semalam.
Berikutan itu, rejim pengganas Israel menghalau jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa, sebelum menutup pintunya dan menghalang umat Islam memasuki pekarangan masjid.
Sebagai tanda protes, ratusan rakyat Palestin melakukan solat Isyak di luar pintu pagar hingga menyebabkan tentera rejim Israel menggunakan bom pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Bagaimanapun, tentera rejim kemudiannya membenarkan beberapa pegawai Palestin untuk solat di dalam masjid suci ketika umat Islam itu.

Pada masa sama, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa rejim Zionis membuka semula Masjid Al-Aqsa sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.
Kenyataan itu menyebut, apa-apa langkah yang akan mengubah status agama dan sejarah Al-Aqsa hanya akan membawa kepada keadaan tidak tenteram.
“Baitulmaqdis Timur dan Al-Aqsa adalah garis merah kami. Tidak akan ada keamanan dan keselamatan tanpanya,” kata kenyataan itu seperti dipetik laporan berita antarabangsa.
Dalam kejadian lain, dua lagi rakyat Palestin terbunuh dan 40 cedera selepas tunjuk perasaan ‘Great March of Return’ di sempadan Gaza-Israel, diserang askar rejim Zionis.
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kementerian Palestin, Ashraf al-Qidra berkata, dua rakyat Palestin ditembak mati oleh askar Israel berhampiran sempadan timur kem pelarian Al-Bureij di Gaza, manakala 40 warga Palestin cedera akibat tembakan peluru hidup.
Sa’di Akram Muammar, 26, ditembak mati di timur Rafah, manakala Karim Abu Fatayer, 30, pula maut ditembak di kepala ketika tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza.
Sejak tunjuk perasaan yang bermula pada 30 Mac lalu, sekurang-kurangnya 162 warga Palestin terbunuh dan ribuan lagi cedera akibat serangan tentera rejim pengganas Israel. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah ratusan hari PH perintah negara, tapi sikap PH terhadap pertarungan Islam-Israel masih belum jelas. Atau ambil sikap pengecut? Pengecut pun ada dua. Pengecut ketakutan terhadap kekuasaan Israel/AS. Atau pengecut terhadap DAP yang menguasai kerusi kedua terbanyak dalam PH, sekali gus mampu menentukan haluan PH dalam menerajui negara.
Yang mereka tidak takut hanya kepada Allah SWT.
Jahannam Israel!
Allahu Akbar!

Wanita Tawar Najis Seks Untuk Langsai Hutang RM50,000.


KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang meraih pendapatan sehingga RM5,000 sebulan bagi perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada lelaki hidung belang mengaku terpaksa melacur demi menjelaskan hutang yang mencecah hampir RM50,000.


Malah, wanita berusia 33 tahun itu turut mengaku menjadikan aplikasi WeChat sebagai tempat mempromosikan perkhidmatannya dengan bayaran antara RM250 hingga RM800 untuk khidmat seks bagi satu malam.

Bagaimanapun, kegiatan wanita terbabit terbongkar selepas ditahan ketika dipercayai sedang menawarkan perkhidmatannya dalam serbuan di sebuah apartmen di Kemaman antara jam 1.15 hingga 1.50 pagi semalam. Sumber berkata, wanita yang masih bujang itu mengaku baru empat bulan aktif dalam dunia pelacuran dan hanya bergerak secara individu.

Katanya, sebelum ditahan, wanita terbabit mengaku sudah menerima seramai lima pelanggan dan pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa jenis minyak pelincir dan tiga kondom yang sudah digunakan di dalam tong sampah berhampiran katil.

“Malah, kita turut menemui tiga kondom yang belum digunakan dan disorokkan di dalam kasut.
“Wanita terbabit mengaku meletakkan harga mencecah RM250 untuk sekali ‘main’ dan ada juga pelanggannya sanggup membayar RM800 dan ke atas untuk mendapatkan khidmatnya dalam tempoh satu malam.
“Malah, dia turut mendakwa mampu meraih pendapatan mencecah sehingga RM5,000 sebulan walaupun ia hanya dijadikan sebagai kerja sampingan sahaja,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Azam Awi, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan berkenaan. (http://wowberita.org)
Hasil carian imej untuk tawr seks

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hal ini berlaku ialah kerana kerajaan Malaysia ialah kerajaan sekular. Asal dapat duit tidak peduli halal haram menurut agama lagi. Kerajaan sendiri main judi, galakkan niaga arak, cukai perzinahan atau najis zina. Keluarga PM sendiri mempunyai kilang arak. 

Seolah-olah hari akhirat tidak ada. PH terus menyambung kerajaan BN sekular yang lalu. Itulah bezanya Parti Islam (PAS), dengan parti sekular lainnya. PAS mahu melaksanakan  Isam sebagai seluruh cara hidup, bukan sekerat-sekerat!

Bongkar Rasuah P/Kanan Mat Sabu Ada Kaitan Kemelut Anwar/Tun M..



Satu Malaysia terkejut bila tiba2 Rafizi dedahkan 'orang kanan' Mat Sabu terlibat dengan rasuah lebih RM800000... Kita terkejut bukan sebab kemungkinan penglibatan rasuah ahli politik dari Pakatan Harapan sebab semua orang tahu 'kesucian' sebenar politikus PH tu...

Tapi kita terkejut sebab Rafizi bukanlah dari parti PAN... Apa yg dia dok sibuk2 pasal parti Abg Mat tu... Lagi pula, pemilihan PKR dah tak lama lagi... Dari dok sibuk2 pasal parti Abg Mat, lebih baik Rafizi fikirkan camner nak kalahkan Azmin dlm pemilihan PKR tu...

Apa Sebenarnya Yang Berlaku
Siasatan ke atas 'orang kanan' Mohamad Sabu melibatkan sejumlah wang yang di masukkan ke akaun bank menunjukkan perebutan jawatan di kementerian dalam kalangan kawan2 ahli politik Pakatan Harapan...

'Orang kanan' Bang Mat tu di katakan akan di lantik sebagai pegawai kanan dalam Kementerian Pertahanan...

Jadi sebelum  'orang kanan' Bang Mat angkat sumpah (di lapurkan minggu depan) ke jawatan yang di lantik tu, dah memang tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  utk pastikan semua pembantu dan pegawai politik para menteri bebas daripada urusan meragukan sebelum di lantik secara rasmi...



Skop siasatan SPRM ialah tentang transaksi memasukkan duit RM800000 ke dalam akaun peribadi'orang kanan' Bang Mat sebaik saja Bang Mat angkat sumpah jadi Menteri Pertahanan... Sumber berkata pendedahan tentang siasatan SPRM ke atas 'orang kanan' Bang Mat tu berbetulan dengan angkat sumpah minggu ini, dengan harapan ia boleh menggagalkan pelantikan dan mengosongkan jawatan itu...

Sumber mengesahkan 'orang kanan' itu di isytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi sebelum Amanah di tubuhkan.. 
'Orang kanan' itu kemudian menemui kawan2 rapat kira2 12 orang untuk membantu dia menyelesaikan hutang peribadi berjumlah kira2 RM800,000 itu...


Sementara itu, sumber berkata SPRM mungkin tidak akan menemui unsur2 rasuah dalam siasatan ini...
Apa Pula Kaitan Rafizi Dengan Masaalah Nie

Semua orang tahu, selepas Azmin di lantik jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan ada ura2 yang Azmin akan bertanding dalam pemilihan jawatan presiden PKR (sekarang dah tak jadi), satu2nya pemimpin PKR yg masih setia dgn kem Anwar/Wan Azizah ialah Rafizi...

Yang lain mcm Tian Chua, YB Saifuddin Nasution dengan YB Zuraidah dah menyatakan sokongan pada Azmin... 
Macam semut dengan gula...

Dulu sebelum Azmin di lantik ke jawatan menteri kanan dengan bajet terbesar, Anwarlah yg pegang kantung gula... Tapi sekarang, Anwar tak ada apa2 jawatan dalam kabinet cuma 'mungkin' akan jadi PM ke 8, 'semut2' PKR nampak kantung gula ada pada Azmin...

Semua orang tahu, selepas Azmin di lantik jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan ada ura2 yang Azmin akan bertanding dalam pemilihan jawatan presiden PKR (sekarang dah tak jadi), satu2nya pemimpin PKR yg masih setia dgn kem Anwar/Wan Azizah ialah Rafizi...

Yang lain mcm Tian Chua, YB Saifuddin Nasution dengan YB Zuraidah dah menyatakan sokongan pada Azmin... 
Macam semut dengan gula... Dulu sebelum Azmin di lantik ke jawatan menteri kanan dengan bajet terbesar, Anwarlah yg pegang kantung gula...

Tapi sekarang, Anwar tak ada apa2 jawatan dalam kabinet cuma 'mungkin' akan jadi PM ke 8, 'semut2' PKR nampak kantung gula ada pada Azmin...
Angin semakin kuat bertiup mengatakan Tun Mahathir tengah lakukan usaha sekat Anwar dari jadi PM ke 8...
Jadi gamenya mudah, dengan mendedahkan siasatan SPRM ke atas 'orang kanan' Bang Mat selepas 'copy paste' siasatan tu, kepincangan pentadbiran Tun M dapat di telanjangkan... Sedikit sebanyak, nama Azmin (yg sekarang dah bertukar alamat ke kem Tun Mahathir) akan tercalar...

Maka ini akan memudahkan tag team Anwar/Azizah/Rafizi menewaskan kem Azmin dlm pemilihan PKR nanti... Kalau itu berlaku, ianya akan membuka laluan yang cukup besar utk Anwar di mahkotakan sebagai Perdana Menteri ke 8... Maka akan lenyaplah legasi Azmin dalam PKR dan berakhirlah riwayat politik Tun M di Malaysia...

Kesimpulannya, pendedahan yang di buat bukanlah kerana inginkan pentadbiran yang benar2 bersih dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat...

Tapi ada agenda politik yang membawa kepada kepentingan peribadi... 
Sampai bilakah pemimpin akan mengamalkan budaya 'character asissanation' seteru politik mereka... Rakyat marhaen terus di belenggu dengan masaalah peningkatan kos sara hidup yang tak seimbang dengan pendapatan...

Rakyat masih menunggu janji2 yang telah di tabur walaupun sedar 100 hari sudah berlalu... 
Rakyat sudah jemu dan mual dengan permainan dan silap mata yang di dendangkan... PRU dah lebih 100 hari berlalu, beri tumpuan pada masaalah kehidupan rakyat...

Kamu semua di pilih utk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukannya bermain sandiwara2 mcm nie... 
Hentikan sbb rakyat dah bosan!!! Kerana akibat dari segala kerakusan ahli politik, yg akan menjadi mangsa terakhir adalah rakyat!!!

Sumber :
》 Free Malaysia Today
》 apakecoh.com 

PAS &UMNO Sebagai Pembangkang. Bodohnya Cybertropper PH. Ini...






Hasil carian imej untuk Cybertropper PH, Ini...

Festival Mek Dan Awang, T'ganu.



Nama 'Mek dan Awang' sememangnya cukup sinonim di kalangan masyarakat Terengganu dan kini diketengahkan melalui Festival Peranakan Terengganu selama  enam hari bermula 17 sehingga 22 Ogos ini.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata panggilan "Mek dan Awang" di kalangan masyarakat Melayu menggambarkan tahap kemesraan di dalam keluarga dan antara sahabat handai.
 Wan Sukairi meninjau pameran. Foto Tg Syamim Tg Ismail

"Bagi kominiti Cina pula, signifikan nama "Mek dan Awang" turut menggambarkan hubungan erat bukan sahaja sesama komuniti malah dengan masyarakat majoriti Melayu di sekeliling, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pada Majlis Perasmian Festival Peranakan 2018, di Kampung Tiong, Kuala Terengganu malam tadi.

Ahmad Samsuri berkata, memandangkan keunikan nama "Mek dan Awang" itu sendiri yang memberi pengertian identiti Negeri Terengganu, pihaknya mencadangkan nama Festival Peranakan Terengganu dijenamakan semula sebagai "Festival Mek Awang Terengganu" bermula tahun hadapan.

"Menerusi festival ini juga ia dapat dijadikan platform untuk terus memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan masyarakat Cina terus terpelihara yang mampu menghidupkan kembali nostalgia lama dan sekali gus mampu membantu menjadikan Kampung Cina sebagai 'A Unique Heritage Brand In A Tourism Hub' dalam memprkenalkan Terengganu kepada pelancong luar," katanya

Katanya, justeru, Kerajaan negeri tidak bersendiriran dan mengharapkan kerjasama daripada semua rakyat untuk menjadi 'duta' dalam turut sama membantu mempromosikan kempen "Beautiful Terengganu, Malaysia" ini.

"Kebudayaan peranakan Terengganu mempunyai warisan tradisonal yang amat unik dari segi adat resam, pemakaian, makanan dan loghat perbualan melalui proses asimilasi budaya dengan masyarakat Melayu.

"Festival itu akan dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sekali gus membantu mengembalikan nostagia,' katanya. (Teganukita)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails