Monday, August 27, 2018

Lagi KERAjaan PH Dibidas Lambat Reformasi Negara.. -Prof Dr Mohd Agus.

Hasil carian imej untuk Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff

Bilakah 'pesalah' mahu dibawa ke pengadilan? Prof. Agus Yusoff bidas kerajaan PH


SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan kerajaan terlalu lambat bertindak dalam hal mereformasi institusi negara, selepas 100 hari pentadbiran mereka.


Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, rakyat faham jika tol dan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum dapat dihapuskan, harga minyak tidak dapat diturunkan, dan gaji belum boleh dinaikkan.


Katanya, ini kerana kesemua ini memerlukan wang, sedangkan negara kita dilanda beban hutang.


“Apa yang rakyat tidak faham ialah bila kerajaan lambat menyelesaikan janji dan harapan rakyat yang tidak melibatkan kos.

“Pertanyaan rakyat mudah. Bilakah penyangak, perasuah, pencuri dan penyeleweng kuasa hendak dibawa ke muka pengadilan. Mengapa begitu lambat?

“Bilakah reformasi institusi Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan kehakiman hendak dilaksanakan? Janji dan laungan untuk merubahnya dah terlalu kerap didengar. Isunya, apakah yang akan diubah dan bilakah akan bermula? Mengapa begitu lambat?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Agus menyatakan bilakah semakan semula terhadap undang-undang yang dikatakan drakonian dahulu seperti Akta Majlis Keselamatan Negara, Sosma dan lainnya hendak dipinda atau dimansuhkan.


“Di peringkat manakah proses semakan atau pemansuhan itu?
“Rakyat sebenarnya sudah jenuh menunggu untuk melihat reformasi institusi berlaku dalam negara. Harap sekali semuanya dapat dipercepatkan. Bertindaklah segera supaya negara kita boleh cepat melangkah ke depan,” katanya. (
http://gigitankerengga.blogspot.com/)

Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Pelari Pecut Wanita Negara.. PH Saperti BN Juga, Aurat Perkara Kecil?


PELARI pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli. - Foto fail NSTP
SUKAN 
JAKARTA: Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan saingan final 100 meter Sukan Asia di Stadium Utama Gelora Bung Karno di tempat kelapan sebentar tadi.

Zaidatul melakukan catatan 11.61 saat untuk tempat terakhir dengan emas diraih pelari Bahrain, Edidiong Odiong yang mencipta kepantasan 11.30s. Zaidatul berkata, dia sudah melakukan yang terbaik buat negara dalam penyertaan Sukan Asia pertamanya.

"Semuanya berjalan dengan lancar malah sebelum larian juga saya amat yakin mampu memecut lebih pantas," katanya yang mencatat 11.70s pada separuh akhir.

Katanya, dapat beraksi dalam saingan akhir bersama bintang-bintang 100m Asia menjadi pengalaman paling indah buat dirinya. Ini adalah kali pertama pelari kelahiran Kedah yang meraih perak masing-masing dalam acara 100m dan 200m di Sukan SEA Kuala Lumpur itu menyertai Sukan Asia.

"Selepas ini saya akan fokus untuk memastikan rentak larian saya sentiasa berada di tahap tertinggi," katanya.

Sementara itu, dua pelari pecut lelaki, Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa masing-masing gagal melayakkan diri ke final acara 100m. Catatan 10.45 saat yang dilakukan Khairul Hafiz dan 10.46s oleh Jonathan dalam aksi separuh akhir menyebabkan mereka gagal menempatkan diri dalam kalangan lapan terbaik.

Khairul Hafiz berkata, biarpun tidak melangkah ke saingan akhir, dia tetap gembira dengan pengalaman baharu beraksi buat kali pertama di Sukan Asia.


"Saya berpuas hati dengan larian hari ini dan tiada tekanan buat saya.
"Jurulatih juga tidak meletakkan sasaran ke atas saya," katanya.

Jelasnya, dalam penampilan pertama ini dia hanya cuba melakukan yang terbaik dan bergembira. Berlari dengan ramai pakar pecut Asia di pentas tertinggi itu katanya, memberikannya serba sedikit panduan bagi memperbaiki lariannya.

"Manalah tahu selepas ini saya boleh layak ke final dan menang pingat pula," katanya. 

Selain acara 100m, pemegang rekod kebangsaan itu turut akan beraksi dalam acara 4x100m pada Selasa.

Info. Rekod kebangsaan
100m lelaki: -10.18s - Khairul Hafiz Jantan - Sukan Malaysia 2016 di Sarawak.
100m wanita: -11.50s - G Shanti - Kejohanan Pra-Sukan SEA pada 1993

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya dalam menghayati kehidupan beragama, Islam terutamanya, PH dan BN sama saja. Terlepas dari mulut harimau masuk mulut buaya. Sama-sama anggap kecil aurat wanita,walaupun hingga ke peringkat antarabangsa?


Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..



Unjam Bantu Hasil Tangkapan Nelayan. T/Kasih Abd Hadi.




SAYA berterima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dapat meluangkan masa hadir bersama kita pagi ini. Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah dan seluruh kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang dan seluruh warga nelayan Marang atas kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan program ini. 
Belum terlambat juga untuk saya rakamkan ucapan syabas dan tahniah atas usaha PNK Marang mengapungkan dan menarik balik ke jeti bot saudara kita yang tenggelam di perairan Pulau Kapas bulan lepas.
Agenda kita pagi ini nak buah rumah ikan. Rumah mahal kita panggil tukun, rumah murah kos rendah kita buat unjam. Kita mendengar aduan nelayan pantai mengenai kurangnya hasil tangkapan ikan yang menjadi sumber rezeki. Pencerobohan nelayan asing dan pencerobohan bot pukat tunda di zon tangkapan nelayan pantai antara punca yang kita telah kenal pasti. 
Bot pukat kokok yang menceroboh masuk ke kawasan nelayan pantai bukan setakat dia kokok hasil laut, tapi habis bubu dan unjam dikokok sekali. Di tepi pantai Seberang Takir, seorang nelayan berusia sekitar 60 tahun menitis air mata mengadu masalah ini kepada saya.
Suara dari bawah ini kita telah angkat ke atas kerana urusan perlesenan dan penguatkuasaan berada dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat. Hal urusan di laut melibatkan beberapa agensi dan jabatan seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Maritim Malaysia.

IMG 20180826 WA0005
PNK Marang juga telah mengajukan permohonan kepada saya untuk dibina sebuah bilik sejuk beku, tempat baiki bot dan tempat simpanan bot enjin sangkut. Saya dah minta Pengarah LKIM agar permohonan ini dapat dimasukkan dalam bajet tahun depan insyaAllah. Doakan semoga dipermudahkan urusan pimpinan negeri kita dalam urusan mengembalikan royalti hak rakyat Terengganu.
Usaha kita melabuhkan unjam pagi ni ialah usaha segera jangka pendek dengan tujuan nak pujuk supaya ikan balik semula ke zon tangkapan nelayan pantai. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal dengan keyakinan bahawa rezeki di darat, laut dan udara ialah milik Allah. Alhamdulillah sebanyak 51 unjam daun kelapa berjaya dilabuhkan menggunakan 17 buah bot milik ahli Persatuan Nelayan Kawasan Marang.
YB DR AZMAN IBRAHIM 
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu. - HARAKAHDAILY 26/8/2018
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Perang Salib Baru -Presiden PAS



PADA abad yang lalu dilaporkan cerita kerakusan serangan barat dan timur yang mengibarkan bendera salib dan sabit terhadap umat Islam dan tanah airnya dengan serangan bersenjata yang bertubi-tubi, membunuh manusia dan menghanguskan buminya.
Khilafah dijatuhkan sehingga dijajah keseluruhan tanah air Islam, ditakluk atau dipaksa berada di bawah naungannya. Umat Islam diperhamba dan dibuli jasad dan akalnya habis-habisan, hasil bumi dan karya ilmunya juga dirampas.
Tidak memadai sekadar tanah air umat Islam dipecah selepas dijajah, dibahagikan pula sesama mereka laksana membahagi pusaka peninggalan ibu bapa dan nenek moyang mereka.
Umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dibelasah jasadnya, diadu-dombakan mengikut mazhab dan kebangsaan, dipecah mengikut semangat bangsa tanpa Islam dan fanatik mazhab tanpa ilmu, diperintah dan dibuli pemikirannya sehingga cara hidup berkiblatkan ke arah negara penjajah masing-masing. Akar umbi politik dan ekonomi umat Islam dapat dipengaruhinya demi kepentingan mereka, sehingga budaya juga dikacau-bilaukan.
Namun, mereka gagal memadamkan cahaya Islam dan semangat menentang penjajah, sehinggalah tanah air umat Islam terpaksa diberikan kemerdekaan. Tetapi diaturnya supaya tidak boleh diberikan peluang kepada perubahan negara yang berjenama Islam untuk berdaulat sehingga Islam memerintah, kerana dibayangi ketakutan dan kebimbangan Islam bangkit kembali memimpin dengan baik, kerana Islam dipandang sebagai penghalang hawa nafsu jahat yang menjadi pegangan mereka.
Allah menunaikan janjinya bahawa cahaya Islam tidak mungkin dipadamkan. Firman-Nya:
﴿يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ٨ هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ٩﴾ [الصف: 8-9]
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir (yang bermusuh itu) tidak suka (akan yang demikian). (8) Dia lah (Tuhan) yang telah mengutus Rasul-Nya (Nabi Muhammad S.A.W) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (Islam), supaya ia menzahirkan (kebenarannya) dan meninggikannya mengatasi segala agama (dan ajaran) yang lain. Walaupun orang-orang musyrik (mengadakan yang lain daripada petunjuk Allah itu) tidak menyukainya). (9)” (Surah As-Saff: 8-9)
Islam gagal dihapuskan dan cahaya petunjuknya tidak berjaya dipadamkan, walaupun dikelirukan dengan berbagai cara dan pendekatan. Namun, kebenaran Islam terus ternyata dan kebatilan yang lain terus terdedah dalam segenap aspek dan lapangan kehidupan manusia.
Kedegilan tidak mahu menerima Islam secara semberono bukannya mencari kebenaran, menyebabkan mereka terus merancang dan bertindak terhadap Islam setiap masa dan peluang dengan berbagai cara ketenteraan, politik, ekonomi sehinggalah cara yang terkini.
Penguasaan teknologi maklumat meredah langit terbuka menjadikan dunia tanpa sempadan lagi. Kemajuan media dijadikan senjata baru untuk menyebarkan fitnah terhadap Islam dan pembawanya. Munculnya Islamofobia sebagai salah satu daripada perang salib baru, namun kesannya menjadikan ramai yang ingin tahu berkenaan Islam sebenar secara langsung, menyebabkan Islam akhirnya diminati ramai dan berlakunya kepesatan perkembangan Islam di negara musuh yang paling besar.
Seterusnya, Islam diambil untuk dikelirukan dengan menampalkan label yang dicipta oleh mereka untuk diselewengkan perjalanannya. Bermula dengan menjenamakan ideologi dan teori disandarkan kepada Islam.
Caranya mengambil titik persamaan konsep secara umum tanpa dilihat dasar dan objektifnya yang berbeza, seperti diperkenalkan konsep Islam baru dengan menyebut Islam Sekular, Sosialisma Islam, Islam Liberal, Islam Demokrasi, dibahagikan Islam Politik dan tidak politik, sehinggalah diadakan mazhab baru dalam Islam seperti Ortodoks, Konservatif, Modenisasi, Reformasi, Moderat sehinggalah Teroris dan ada lagi yang akan dimunculkan di atas nama ijtihad dalam perkara yang tidak diizinkan berijtihad.
Namun, Islam yang murni tetap tidak boleh dikelirukan dan cahayanya yang menyuluh dapat menembusi topeng yang dipasangnya pada wajah yang sesat dan zalim itu.
Terkini pula dilancarkan serangan ekonomi terhadap negara Islam yang dikira berpotensi menjadi kuasa besar dunia. Turki dan Iran kini dijadikan sasaran tanpa mengira Sunni dan Syiah kerana sejarah dan kemajuannya, walaupun diuar-uarkan kononnya untuk membantu Sunni menentang bahaya Syiah. Bahkan, dicadangkan pembentukan NATO Arab untuk menentang Iran yang dilabelkan bahaya Syiah. Turki bermazhab Sunni pula dilabelkan penjajah Uthmaniah.
Dolar yang menjadi cagaran mata wang antarabangsa dijadikannya senjata, selain dipermainkan cukai barangan negara yang menjadi sasaran itu. Tujuannya terkini untuk menjatuhkan Lira Turki dan Tuman Iran, dengan niat jahat bagi mencetuskan protes rakyat menentang kerajaan kerana masalah ekonomi seperti inflasi, kos sara hidup, pengangguran dan lain-lain. Namun banyak negara yang bergantung dengan cagaran dolar akan menerima akibatnya, menjadikannya senjata makan tuan, apabila banyak negara yang terkesan, lalu bersimpati kepada Turki dan Iran. Di samping Rusia, China dan negara lain yang tidak sama dengan Amerika juga terkesan.
Adapun negara umat Islam khususnya di kalangan negara Arab yang dicatur dahulunya ada yang terus dicatur politik, ekonomi dan media berkiblatkan ke arah ‘White House’. Berbeza dengan kiblat solat ke arah Kaabah dan Makkah, sehingga Israel dianggap kawan, tetapi negara Islam yang berjiran dijadikan lawan, walaupun nyata Israel sedang mengganas terhadap Palestin dan merampas Bait Al-Maqdis. Ada juga yang menjadi broker untuk membeli rakyat Palestin di atas nama perdamaian.
Ternyata OIC tidak berfungsi dan hanya bergusi tanpa gigi. Di sini sepatutnya umat Islam mengambil iktibar supaya mengisi kemerdekaan negara masing-masing dengan kembali kepada Islam yang sebenarnya dan mempertahankan jati diri mereka bersama Islam.
Sepatutnya umat Islam menyedari betapa Allah meletakkan mereka di bumi yang paling bertuah dalam peta dunia dari sudut kedudukan geografi, demografi, sumber kekayaan harta dan tenaga manusia penduduknya. Sepatutnya percayalah kepada firman Allah:
﴿وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ٧﴾ [إبراهيم: 7]
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu. Dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah Ibrahim: 7)
Hendaklah mengambil petunjuk Islam dan mengambil manfaat daripada sumber manusia dan hasil bumi sendiri bagi membina kekuatan umat Islam yang banyak dikurniakan oleh Allah kepada mereka dari segi agama dan kehidupan dunia. Percayalah, kalau tidak pedulikan Islam boleh kufur aqidahnya dan tidak memanfaatkan hasil kurniaan Allah pula kufur nikmatnya. Kedua-dua kufur ini dimurkai Allah.
Al-Marhum Profesor Najmuddin Arbakan, mantan Perdana Menteri Turki pernah berusaha menubuhkan G8 (Gabungan Negara Umat Islam) yang terdiri daripada negara Turki, Malaysia, Mesir, Indonesia, Iran, Pakistan, Nigeria dan Bangaladesh, bagi merintis dan mewujudkan kerjasama politik, ekonomi dan lain-lain.
Di antaranya, mencadangkan Dinar Islam menggantikan Dolar dan Euro bagi mencapai erti kemerdekaan yang sebenarnya kepada negara Islam. Malangnya hasrat tidak kesampaian dan terhenti di tengah perjalanan kerana kecelaruan di kalangan umat Islam sendiri dan dijatuhkan ketua negaranya tanpa islah, sehingga membawa akibat lebih buruk dan kemungkaran lebih besar.
Malangnya terus wujud di kalangan umat Islam, mereka yang boleh dijadikan buah catur permainan musuh bagi mencetuskan masalah umat bukannya penyelesaian, menunjukkan perjuangan kemerdekaan kita belum selesai.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Zulhijjah 1439 / 27 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY

Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..




Sumbang RUSUK Untuk Mangsa Gempa Lombok..PH Mana?


KL: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) akan menggerakkan misi lanjutan bagi membantu umat Islam mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia, hujung September depan.
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi berikutnya akan memfokuskan sumbangan peralatan dan projek pembinaan 'Rumah Sementara Untuk Kemanusiaan' (RUSUK).
Terang beliau, kos anggaran bagi RUSUK yang dibina daripada buluh dan kanvas itu adalah dalam Rp2 juta (anggaran RM600) untuk didiami bagi satu keluarga.
Menurutnya, RUSUK akan dibina di tapak yang ditentukan sendiri mangsa sementara mereka dapat memunggah keluar sisa runtuhan sebelum dapat membina kembali rumah kekal.
"PASRelief merayu sumbangan seluruh rakyat Malaysia terutama kewangan bagi membantu usaha ini menjadi kediaman puluhan ribu keluarga saudara kita di seluruh pulau Nusa Tenggara Barat (NTB) ini.
"Sumbangan juga diperlukan untuk membeli beras dan makanan harian yang akan disumbangkan pula ke ratusan dapur umum mengikut Pusat Komando (POSKO) atau Bilik Gerakan di setiap desa dan dusun.
"PASRelief juga merancang membangunkan sekolah sementara untuk anak-anak mangsa gempa bumi yang memerlukan peralatan dan alat tulis," ujar beliau.
PASRelief sebelum ini telah melaksanakan misi awal tinjauan dan bantuan kemanusiaan berupa sumbangan beras, pek makanan dan RUSUK bernilai Rp110 juta pada 17 hingga 21 Ogos lalu.
Segala sumbangan kewangan boleh terus dilakukan ke akaun Maybank 5640 7061 1352 (Tabung Kemanusiaan Antarabangsa) atau 5640 7061 2333 (PASRelief).
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi 012-596 9220 (Sanusi), 013-384 5555 (Adram Musa), 012-239 6867 (Yunus), 019-571 0933 (Ustaz Norazli) dan 019-264 4740 (Dr Rosni). -HARAKAHDAILY 26/8/2018
Mana sumbangan Pakatan Harapan?

Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..



In China, Kit Siang says DAP invited by Beijing to improve ties.


Lim Kit Siang (centre, in black jacket) with other DAP leaders holding a mock cheque for Tabung Harapan at a gathering with Malaysian diaspora in Shanghai. (Bersih Shanghai pic) 

PETALING JAYA: DAP’s Lim Kit Siang said the party had been given a role to play in strengthening ties between China and Malaysia under Pakatan Harapan, the veteran politician told a gathering of Malaysian diaspora in Shanghai today.
“The Chinese government has invited DAP to visit Shanghai and Peking (Beijing) to help further strengthen the relationship of both countries,” he was quoted as saying by the Shanghai chapter of electoral reforms coalition Bersih Shanghai, which organised a forum today called “Malaysian Diaspora and New Malaysia”.
His visit to China comes on the back of the much-publicised trip by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad recently.
Apart from Lim, who is the Iskandar Puteri MP, several other DAP elected representatives also attended the forum, including Chew Chong Sin, Fong Kui Lun, Ngeh Koo Ham, Alice Lau, Khoo Poay Tiong, Chan Foong Hin, Oscar Ling and Wong Tack.
Chew in his speech urged the PH government to form a special panel to woo those living in China to return home and join government-linked companies (GLC) to contribute to the development of a “new Malaysia”.
“I hope the government will set up a Harapan Panel to select and help those suitable talents, and provide incentives as well as remove certain restrictions to encourage them to come back,” he said.
The three-hour forum, which discussed issues such as discriminatory policies, the UTC certification controversy and deferment of mega projects, also saw participants collecting RMB18,888 (RM11,354) for the Tabung Harapan, the fund set up by the PH government to allow the public help clear the national debt.
Chew meanwhile said both Malaysia and China were striving for a more balanced relationship following Putrajaya’s decision to put on hold infrastructure projects undertaken by Chinese companies.
“The Chinese government fully understands that these projects are not sustainable or economically viable,” he was quoted as saying by Bersih Shanghai. (F
 |August 26, 2018)
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..






Hadiah T/Lot Banglo XDapat, Barangan Kemas Tajaan DSV Pula ‘Fake’ – Aishah


HALAMAN HIBURAN

Menjuarai sebuah program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza 4, penyanyi Aishah yang popular menerusi lagu Janji Manismu ditawarkan pelbagai hadiah lumayan dan mewah apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut.

Namun, selepas setahun berlalu, apa yang diharapkan hanyalah indah khabar dari rupa. Aishah begitu kesal dengan pihak penganjur dan penaja yang menabur janji palsu.
Menurut Aishah, beliau masih belum lagi menerima lot tanah banglo dan mendedahkan barangan kemas tajaan Datuk Seri Vida yang kononnya bernilah RM80,000 sebenarnya tidak mempunyai nilai langsung atau dalam erti kata lain iainya tidak tulen.
Bukan tidak cuba berbincang secara baik dengan pihak penaja, tetapi tahap kesabaran Aishah sudah semakin menipis kerana pihak berkenaan tidak memberikan sebarang respon.
Kemenangan Aishah membolehkan beliau turut membawa pulang hadiah seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 dan trofi.
Walaubagaimanapun, hadiah wang tunai, baucar beli-belah dan pakej percutian sudah diterima oleh Aishah. (https://beautifulnara.com)
Hasil carian imej untuk Mana Tanah Lot? Hadiah Datuk Vida Pun Tak Bernilai!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails