Sunday, September 16, 2018

9 Usul Diterima Muktamar PAS Ke 64.




K/TENGGANU: Sebanyak sembilan usul telah diterima oleh perwakilan dalam Muktamar PAS Pusat Ke-64 dengan tiganya diterima sebulat suara dan enam lagi diterima tanpa bahas.
Usul pertama diterima ialah usul antarabangsa iaitu solidariti Baitul Maqdis dibawakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat di mana menyatakan mengenai adanya tangan-tangan yang gigih mencetuskan situasi peperangan secara proksi.
Usul dibentangkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor tersebut juga menyebut bahawa pihak berkenaan mengambil peluang daripada pemerintahan kuku besi serta zalim di negeri-negeri yang menindas itu.
Maka usul tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia bersolidariti bagi mengembalikan dan memperjuangkan Baitul Maqqdis dan memperhebat usaha boikot, lupus dan sekat terhadap Zionis-Israel.
Daripada PAS Kawasan Kota Raja dan Lenggong pula, usul politik bagi memastikan peranan berkesan PAS dalam gerakan pembangkang di mana hala tuju bagi kepentingan Islam dan rakyat Malaysia dibacakan oleh Yang Dipertua PAS Kota Raja, Mohamed Diah Baharun.
Usul ketiga yang dibentangkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, melalui wakilnya Ustaz Zulkifli Ismail iaitu berkaitan bantahan Unified Examinations Certificate (UEC) yang dikatakan sebagai tidak menggunakan sukatan pelajaran Malaysia secara menyeluruh.

Manakala enam usul yang telah diterima tanpa bahas oleh perwakilan kali ini ialah, mempertahankan akidah dan kedudukan Islam di dalam negara oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Juga usul penubuhan ‘Task Force’ PAS untuk Malaysia Timur diusulkan oleh PAS Kawasan Labuan, dan usul memantapkan Dewan Himpunan Penyokong PAS daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia.
Manakala usul pengiktirafan untuk sekolah agama dibawa oleh PAS Kawasan Lenggong dan usul mengukuhkan Gagasan Sejahtera dan usul kesatuan umat daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia. - 16/9/2018

100 Fakta Kuasa Melayu, Islam. Kerjasama PAS-UMNO.



1. KERJASAMA strategik PAS-UMNO bakal mengalahkan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan PAS dan UMNO untuk menguasai majoriti di Parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).
2. Undi UMNO dalam PRU-14 lalu ialah 2.5 juta.
3. Undi PAS dalam PRU-14 lalu ialah 2.04 juta.
4. Usaha Pakatan mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU-15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan UMNO-PAS berdasarkan pola undi popular dalam PRU-14 lalu.
5. Undi popular kedua-dua PAS dan UMNO jauh meninggalkan undi Parti Pribumi Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU-14 lalu.
6. Undi Parti Amanah Negara pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri Amanah dalam isu sebatan LGBT dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi Syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk.
7. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU-14 lalu.
8. Pengakuan terbuka Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bahawa UMNO sedang berusaha untuk kembali menjadi kerajaan dengan kaedah rundingan seolah-oleh membenarkan desas-desus kerjasama UMNO-PKR (Anwar) di balik tabir.
9. Tindakan Zahid Hamidi ‘merestui’ niat Nazri Aziz dan Shahidan Kassim untuk berkempen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson menjadi petunjuk tambahan.
10. Sekiranya terbukti benar, maka Zahid Hamidi kini sedang dalam langkah membentuk kerjasama bukan sahaja UMNO-PAS, tetapi juga UMNO-PKR (Anwar).
11. Ditambah pula dengan kunjungan hormat Anwar Ibrahim bertemu Tan Sri Taib Mahmud, tokoh Parti PBB yang paling berpengaruh di Sarawak memberi satu bayangan: 13 kerusi parlimen diterajui PBB yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terlibat dengan percaturan penting.
12. Malah, jika Tun Mahathir bertindak mengharamkan UMNO susulan isu 1MDB, ahli UMNO boleh segera menyertai PAS – atas dasar kerjasama pemimpin UMNO-PAS ketika ini – sebagai reaksi balas untuk mewujudkan blok lawan yang kuat menghadapi Pakatan dalam PRU-15.
13. Demikian juga jika PKR berpecah susulan pemilihan 2018, kem PKR yang mesra dengan rundingan Zahid Hamidi boleh bekerjasama secara tidak langsung dengan PAS dalam menghadapi lawan PKR yang pastinya cenderung kepada Azmin Ali dan Tun Mahathir.
14. Penguasaan PAS di Kelantan dan Terengganu serta UMNO di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman PAS-UMNO menjelang PRU-15.
15. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim Pakatan yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan PAS dan Biro Kebajikan UMNO.
16. Melalui kerjasama strategik PAS-UMNO, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.
17. Malah penguasaan Pakatan yang diterajui Parti Pribumi di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan Pakatan sendiri.
18. Kerajaan Pakatan di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama UMNO-PAS. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker DUN dan tuntutan tanah 999 tahun.
19. Pergolakan dalaman PKR antara kem Anwar-Rafizi-Abdullah Sani-Nurul Izzah-Saifuddin Nasution bertembung dengan Azmin-Zuraida Kamaruddin-Amirudin Shari-Tian Chua-Dr. Afif Bahardin-Latheefa Koya bakal memungkinkan cah keting berlaku sesama PKR pasca Pemilihan 2018 menuju PRU-15.
20. Isu peralihan kuasa antara Tun Mahathir kepada Datuk Seri Anwar bukan sahaja bakal memberi impak kepada politik dalaman PKR, bahkan juga perpecahan antara sesetengah pemimpin dan ahli parti Pakatan; terutama sekali antara PPBM dengan PKR, PKR dengan Amanah. Kemungkinan besar ‘cah keting’ antara PPBM dengan PKR (Kem Rafizi-Abdullah Sani-Anwar) dalam PRU-15 kelak juga sukar untuk dinafikan.
21. Kewujudan gabungan PAS-UMNO sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU-15 bakal menarik undi protes segmen PKR, PPBM, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Tun Mahathir-Anwar.
22. Pemberian royalti petroleum 5% kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri PAS tersebut untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam PAS-UMNO. Apatah lagi jika 20% diberi seperti mana Manifesto Pakatan.
23. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada Pakatan Harapan seperti mana yang dijanjikan Pakatan dalam PRU-14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20% royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.
24. Sebaliknya, kerajaan Pakatan khususnya Azmin Ali dan Dr. Radzi Jidin jelas cuba mengelak daripada memberikan 20% royalti kepada kesemua negeri pengeluar minyak dengan pelbagai alasan. Sepatutnya royalti petroleum juga dibayar kepada empat negeri pengeluar setidak-tidaknya Oktober 2018. Namun hingga kini keputusan akhir belum dibuat Pakatan.
25. Berbeza dengan pemahaman kebiasaan pemberian royalti yang melibatkan ‘hasil pengeluaran’, Pakatan sebaliknya cuba mencari jalan dengan mereka kaedah pengagihan baharu iaitu pemberian berdasarkan ‘hasil keuntungan’.
26. Cadangan pembayaran daripada hasil keuntungan ini ditolak keras Kerajaan PAS Terengganu, PAS Kelantan, dan GPS Sarawak kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Malah, ia juga mengurangkan hasil yang sepatutnya menjadi hak negeri-negeri pengeluar petroleum.
27. Negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana MP Pakatan menerima RM500k berbanding RM100k sahaja bagi MP pembangkang termasuklah UMNO dan PAS.
28. Malah, tindakan Pakatan cuba membatalkan projek ECRL sepenuhnya di Pantai Timur seolah-olah menghukum dan menafikan majoriti orang Melayu Pantai Timur dari mencapai pembangunan strategik jangka panjang – tanpa sebarang perancangan alternatif.
29. Berdasarkan pengumuman Tun Mahathir bahawa bajet 2019 bakal menyaksikan banyak pihak tidak berpuas hati, ia akan menjadi kesilapan besar jika royalti kepada Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak dikurangkan.
30. Kerjasama UMNO-PAS di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) UMNO Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak seandainya cara Pakatan menangani isu royalti berterusan tidak cermat.
31. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan sekitar 2 ke 3 tahun sahaja lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak tersebut untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka.
32. Senario ini membayangkan kemungkinan Pakatan terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan UMNO-PAS-PKR (Anwar) bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan Warisan Sabah dan GPS di Sarawak.
33. Tindakan Pakatan mengangkat individu yang mendedahkan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong sebagai Penasihat Perdana Menteri akan dikenang sebagai cabaran kepada institusi Beraja. Demikian juga tindakan Pakatan yang tidak mengambil tindakan ke atas pengarang Sarawak Report yang memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam kes Jho Low dan TIA bakal memberi mesej kelemahan memelihara maruah institusi Beraja.
34. Timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian Pakatan – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada PAS-UMNO (+PKR Anwar).
35. Tindakan Tun Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’ – sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan – bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada PAS-UMNO.
36. Kegagalan Manifesto Pakatan seperti Janji 100 Hari Pakatan juga bakal mengalih sokongan Pakatan kepada gabungan PAS-UMNO sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.
37. Isu kegagalan menunaikan Manifesto ini lebih terkesan ke atas undi Pakatan di kawasan bandar dan separa-bandar – dijangka memberi impak di Selangor dan Johor.
38. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia di mana Pakatan hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU-14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi Pakatan di Sungai Kandis.
39. Tindakan Pakatan mengurangkan bantuan kepada segmen penerima BR1M – dengan cadangan jelas Tun Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang PAS-UMNO tanpa tiga penjuru.
40. Gandingan Pemuda PAS dan Pemuda UMNO akan dapat disinergi di bawah pimpinan YB Muhammad Khalil Abdul Hadi lulusan Portsmouth University UK dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki lulusan Loughborough University, UK.
41. Saiz jentera penerangan dan media PAS dan UMNO bakal mengasak kerajaan Pakatan dengan lebih agresif hasil kerjasama PAS-UMNO. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara PAS dan UMNO juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas Pakatan seperti dalam sistem politik dwi-parti.
42. PAS Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah. Setakat ini GBS menyatukan UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.
43. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama PAS-UMNO.
44. Lajnah Perpaduan Nasional PAS dan Biro Pendidikan Politik UMNO boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran Pakatan hari ini.
45. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan UMNO untuk memantau dan memberi input berguna kepada Kementerian Pakatan yang berkaitan.
46. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan PAS boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan UMNO dalam memantau dan menambahbaik garis panduan hiburan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.
47. Dalam isu hal ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani UMNO di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar Pakatan di samping saling menambahbaik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perlis.
48. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama PAS-UMNO. Selain daripada PRK DUN Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU-14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:
49. Di Perlis, iaitu di Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.
50. Di Kedah, iaitu di Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.
51. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.
52. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.
53. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.
54. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.
55. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.
56. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.
57. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.
58. Di Perak pula ialah di Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.
59. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.
60. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.
61. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.
62. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.
63. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.
64. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.
65. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.
66. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.
67. Di Selangor pula melibatkan Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.
68. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.
69. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.
70. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.
71. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.
72. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.
73. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.
74. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.
75. Di negeri Melaka pula melibatkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.
76. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.
77. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.
78. Maka sekiranya Pakatan Harapan mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi UMNO dan 18 kerusi yang dimenangi PAS, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan UMNO-PAS.
79. Jumlah 101 kerusi ini (54 UMNO campur 18 PAS campur 29 PAS-UMNO) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada Pakatan Harapan untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
80. Kerjasama strategik PAS-UMNO juga menepati empat kaedah Feqah menurut neraca Siyasah Syariah (Politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bererti “membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”. Keputusan bekerjasama dengan UMNO dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU-15 kelak bakal memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan.
81. Seterusnya dari perspektif Fiqh Waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai “perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”. Demikianlah UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang dahulu – di mana UMNO hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh PAS. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal ehwal agama Islam.
82. Perspektif ketiga ialah Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermaksud “memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik…Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”. Kerjasama dengan UMNO mengundang maslahat politik Melayu-Islam di Malaysia yakni penguasaan ke atas kuasa eksekutif, manakala kerjasama dengan Pakatan berisiko seperti kes YB Raja Kamarul Bahrin (Amanah) yang menyokong pelaksanaan sebat ke atas pasangan lesbian Terengganu, tetapi kemudiannya ditolak hebat oleh Tun Mahathir yang jelas apologetik dan tiada ‘izzah memelihara dan mengangkat kemuliaan Islam secara bertahap-tahap.
83. Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang maksudnya ialah “memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus”. Contoh menarik yang disebut Presiden PAS berkenaan ialah cara Rasulullah S.A.W “merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah…Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah”. Demikian juga kerjasama PAS-UMNO ini mungkin kurang disenangi sebahagian pendukung PAS yang sekian lama berhadapan dengan UMNO – Namun harus mereka ingat bahawa UMNO yang ditentang selama 22 tahun dahulu kini menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Bukannya UMNO hari ini yang dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
84. Ulama PAS dan Ulama UMNO bakal menjadi kuasa semak dan imbang yang bersepadu ke atas setiap langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa serta kelancangan anasir yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap apologetik Pakatan seperti Ambiga yang jelas ‘menampar’ YB Fuziah Salleh dengan pendirian keras dalam hak perjuangan promosi LGBT.
85. Dalam mendepani isu-isu hal ehwal antarabangsa juga, termasuklah isu dasar luar negara di bawah Pakatan Harapan, kerjasama PAS-UMNO melalui Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS dengan Biro Antarabangsa UMNO Misi bantuan kemanusiaan ke luar negara juga boleh diselaraskan antara PAS dan UMNO, tidak bersifat ‘ad hoc’ seperti Misi bantuan kepada Rohingya sebelum ini.
86. Kerjasama kewangan pendanaan politik untuk agenda Melayu-Islam juga akan dapat dirangka melalui kerjasama UMNO-PAS.
87. Suara untuk mempertahankan identiti Melayu Islam sebagai teras peradaban Malaysia bakal diperkasakan melalui persepakatan ini – cukup penting dalam menghadapi kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’.
88. Kepentingan Melayu-Islam dalam aspek pendidikan seperti pemerkasaan Bahasa Melayu akan dapat dipantau dengan lebih agresif melalui persepaduan Lajnah Pendidikan PAS dan Biro Pendidikan UMNO.
89. Institusi Pendidikan PAS seperti TASTI, PASTI, SRITI, KUIZM, KUDQI, KIDU, dan pelbagai sekolah serta kolej akan turut menerima sokongan dan dukungan dalam kalangan ahli UMNO.
90. Kerjasama PAS-UMNO juga akan dapat dilimpahkan ke kerjasama PAS-BN seperti mana kunjungan MIC kepada Presiden PAS baru-baru ini. Begitu juga dengan PAS tidak meletakkan calon di PRK DUN Balakong memberi laluan sepenuhnya kepada MCA.
91. Dakwah PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh dilebarkan dengan kerjasama parti komponen BN seperti MIC dan MCA – dengan syarat agenda Islam tidak diganggu-gugat.
92. Cabaran dalaman UMNO seperti kewujudan suara sumbang yang menyeru ke arah me‘Liberal’kan UMNO dari dalam boleh diimbangi menerusi kerjasama dengan PAS.
93. Isu Pindaan Rang Undang-undang 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat diperjuangkan bersama PAS dan UMNO ke atas pihak Pakatan.
94. Kerjasama NGO dan parti politik – termasuklah NGO Melayu-Islam – dengan dua parti Melayu Islam terbesar negara UMNO dan PAS boleh diselaraskan untuk penambahbaikan tadbir urus negara.
95. Biro Agama UMNO dan Lajnah Dakwah PAS boleh bekerjasama – termasuklah dengan kerajaan Pakatan – dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.
96. Muslimat PAS dan Wanita UMNO boleh menyelaraskan gerak kerja besar-besaran dalam mempertahankan nilai kekeluargaan Melayu-Islam yang terlalu dilihat ditolak ansur dalam Pakatan Harapan.
97. Pembangunan sahsiah dalam kalangan remaja wanita boleh diusahakan secara intensif melalui kerjasama Ameerah PAS dan Puteri UMNO agar tidak hanyut mengharungi keterbukaan di bawah Pakatan Harapan.
98. Dalam isu hak pekerja dan gaji minimum, Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan Biro Sumber Manusia UMNO dalam pelaksanaannya di Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis serta di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan menjelang PRU-15.
99. Golongan berpendapatan menengah dan rendah seperti B40 juga memperoleh suara pengimbang melalui kerjasama strategik dua Lajnah PAS dengan dua Biro UMNO iaitu Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan PAS dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan UMNO serta Biro Kebajikan Masyarakat UMNO. Apatah lagi dengan dasar Pakatan yang semakin hari semakin jelas memihak kapitalis kroni sahaja.
100. Kesimpulannya, kerjasama UMNO-PAS melalui kerangka Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqi’ (setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menjelang PRU-15 bakal membawa kuasa politik Melayu-Islam menerajui Malaysia – Islam memimpin – mengalahkan anasir-anasir Kapitalis Kroni, Apologis agama, Nepotisme keluarga, Liberal, dan Sekular yang jelas mengambil kesempatan ke atas kerapuhan ideologi Pakatan Harapan hari ini.
Abdul Muein Abadi

Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net. Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Abdul Muein Abadi.

Satukan Politik Islam-Melayu -Usul Muktamar PAS Ke 64


MUKTAMAR PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak. – Foto Rozainah Zakaria 


KUALA NERUS: Muktamar PAS ke-64 hari ini menerima usul supaya parti itu menerajui usaha menyatukan kelangsungan politik Islam-Melayu di negara ini.
Ia adalah satu daripada enam usul yang diluluskan tanpa bahas pada hari terakhir muktamar di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, hari ini.
Menerusi usul politik Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bertajuk ‘Kesatuan Umat’, sayap berkenaan berpandangan usaha ke arah itu perlu diperkukuhkan kembali.
Selain itu, PAS juga perlu mengekang politik anasir tidak sihat yang menjejaskan keharmonian politik dan masa depan agama, rakyat dan negara.
Menurut DPPP, wujud gelombang perubahan dan kesedaran rakyat terhadap politik serta tuntutan massa yang memerlukan PAS segera bertindak untuk memimpin.
“Kita memperakui Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi punca kuasa dan penentu kelangsungan pembinaan serta masa depan dan keharmonian pelbagai kaum.
“DPPP menginsafi betapa sejarah sentimen perkauman dan agama secara salah telah menatijahkan ketidaktenteraman serta sengketa yang mesti dihindari.
“Kita juga kesal dengan ancaman terhadap tonggak utama negara iaitu Islam, Raja-Raja Melayu, tanah rizab Melayu, bahasa Melayu dan kerakyatan oleh Pakatan Harapan (PH) yang dibayangi agenda DAP,” katanya.
Walaupun tidak dinyatakan secara terbuka, usul berkenaan dilihat cenderung merujuk kepada kerjasama PAS-UMNO dalam perkara yang memanfaatkan kedua-dua pihak.
Muktamar turut meluluskan usul bersama Dewan Ulama dan Dewan Muslimat supaya aqidah dan kedudukan Islam di negara ini dipertahan daripada tindakan jahat segelintir pihak yang cuba mengikis serta melemahkan kedudukan Islam.
Kedua-dua Dewan menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat bersikap lunak terhadap anasir liberal sekular dan menentang Islam.
“Dengan menularnya fahaman syiah, pelbagai ajaran sesat dan amalan khurafat serta syirik dibawa ke dalam masyarakat Islam hari ini.
“Gejala ini dilihat subur dan merebak melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya menjadi pembela hak asasi dan agama.
“Kelompok ini berjaya menduduki strategi di negara ini manakala masyarakat Islam dilihat seakan tidak kisah dengan budaya melampau walaupun ia dilihat semakin meruncing dalam kalangan masyarakat Islam khususnya Melayu,” katanya.
Justeru, pimpinan parti diminta bertegas dengan kedudukan istimewa Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan dan mendesak tindakan dikenakan ke atas kenyataan bersifat anti-Islam, termasuk yang memperlekeh pelaksanaan undang-undang syariah.
“Dewan Ulama menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkaitan rakyat termasuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berasaskan prinsip Islam.
“Kerajaan perlu segera menamatkan pendaftaran NGO yang menjalankan aktiviti menyuburkan fahaman bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Empat lagi usul yang diluluskan tanpa bahas ialah usul Task Force untuk Malaysia Timur, usul memantapkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), usul pengiktirafan untuk sekolah agama dan mengukuhkan Gagasan Sejahtera.-BH.

DBKL Gempur Pusat Hiburan.. Yang Perlu Dibetulkan Konsepnya.


Sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Kampung Pandan, ibu negara diserbu, selepas didapati menjalankan aktiviti hiburannya secara haram tanpa lesen sejak Januari lalu. - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan elit dan mewah di Jalan Kampung Pandan di sini, yang beroperasi secara haram sejak lapan bulan lalu, diserbu tengah malam semalam.
Operasi Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermula jam 12.05 tengah malam hingga jam 5 pagi tadi, membabitkan kerjasama Polis Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Premis DBKL, Ahmad Tarmizi Baharom, berkata premis itu yang diberikan notis pembatalan lesen pada Januari lalu dan kini dalam proses membuat rayuan untuk membatalkan notis itu, didapati masih meneruskan operasi.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya menyita premis berkenaan dan mengeluarkan arahan supaya ditutup selepas pemiliknya berdegil meneruskan kegiatan hiburan mereka.
"Jabatan Imigresen turut menahan dua lelaki dan dua wanita warga China kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, manakala KDRM merampas 18 karton minuman keras pelbagai jenama," katanya selepas operasi berkenaan awal pagi semalam.
Ahmad Tarmizi berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan ke atas pusat hiburan itu bagi memastikan pemilik premis akur arahan berkenaan.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan ke atas dua pusat karoke (KTV) di Jalan Imbi di sini, seramai 13 pelayan wanita atau GRO serta lima pelanggan lelaki ditahan oleh JAWI kerana dikesan minum minuman keras.
Ketika serbuan ke atas kedua-dua premis itu yang terletak di tingkat bawah dan tingkat 2, sebahagian besar pelanggan dan pekerja cuba melarikan diri menggunakan laluan kecemasan.
Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 19 akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WPKL) 1997.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan pusat hiburan perlu dibetulkan konsepnya? Kerana pusat hiburan sekarang sudah berfungsi sebagai pusat maksiat. Tak kira samada di bawah BN atau PH sekarang. 2X5 saja. 
Pusat hiburan kini sudah jadi pusat gangster, sarang najis pelacur, minum arak, judi, dadah, kelab malam, lesbian, tempat gaduh dan segala macam maksiat.
Cuma kerajaan baru PH tidak berniat langsung untuk kembalikan kepada konsep hiburan sebenarnya, kerana tertipu dengan cara fikir kebaratan dan kemaksiatan! Atau tidak berfikir seecara Islam..
Hasil carian imej untuk kalau otak mereka dijajah barat

Ini, Pelacur Hotel Mewah, Sama Saja PH, BN. Kecuali Parti Islam?


Subang Jaya - 15/9/2018
Menggunakan aplikasi "Wechat" untuk meraih pelanggan bagi kegiatan pelacuran. Sindiket turut menggunakan hotel mewah bagi melindungi kegiatan mereka. Kegiatan pelacuran terbabit bagaimanapun berjaya di hidu pihak berkuasa.

Operasi selama 2 hari itu di lakukan sepasukan Unit Quick Responds team, Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen Putrajaya, berjaya memberkas 37 wanita warga asing yang di percayai menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar Selangor.

Malam tadi sebuah hotel di Subang Jaya pula di serbu. 15 buah bilik hotel terbabit di percayai di sewa khas oleh sindiket terbabit bagi meletakkan wanita warga asing.



Modus-operadinya... pelanggan akan memilih wanita asing terbabit menggunakan aplikasi Wechat, dan membuat temu janji di hotel yang ditetapkan oleh sindiket. Bayaran antara RM250 hingga RM500 dikenakan kepada pelanggan bagi setiap 45 minit langganan. 

Ketika serbuan dijalankan ada diantara mereka yang sedang melayan pelanggan. Lebih sejam menunggu pihak imigresen terpaksa menggunakan pihak hotel untuk membantu membuka pintu bilik yang disyaki.


Pemeriksaan terhadap bilik terbabit, terdapat puluhan kondom, jel pelincir seks dan wang tunai di dalam laci dipercayai bagi tujuan kegiatan pelacuran setiap bilik yang diserbu. Hasilnya 12 wanita warga Monggolia, Uzbekistan, China, Thailand, Vietnam dan Indonesia berjaya di tahan.

Turut di tahan 3 lelaki dipercayai penjaga wanita warga asing terbabit. Beberapa pelanggan turut di tahan bagi membantu siasatan. Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen putrajaya untuk tindakan lanjut.


Komen Weblog Ibnu HasyimPelacur di hotel mewah, rupanya sama saja tadbiran di bawah PH, BN atau parti sekular lain. Kecuali parti Islam, sudah tentu kalau PAS, akan memilih perlaksanaan sistem perundangan Islam, di negaranya sendiri.

Biasa, orang Islam mahu perundangan Islam. Yang luar biasanya, orang mengaku Islam tetapi menolak sistem perundangan dari agamanya sendiri.

Akan wujudkah Negara Islam di Malaysia kalau pemimpinnya seperti katun di bawah ini?


Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

Mahathir Terima Dana Iran AS$2 Bilion Untuk ‘Guling’ BN?


Ada Sumber mengatakan Mahathir Terima Dana Iran AS$2 Bilion ‘Guling’ BN?

Awal Julai lalu, umat Islam di Malaysia gempar apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan secara terbuka meminta agar penganut Syiah sesat diterima sebagai saudara se-Muslim.  Kenyataan aneh diucapkan oleh Perdana Menteri pada majlis anjuran ISMA, sebuah organisasi hal ehwal Islam pro-Pakatan Harapan (PH) itu ternyata mengejutkan umat Islam di negara ini yang berfahaman Ahli Sunah wal Jamaah. 

Apatah lagi aliran Syiah turut difatwakan sebagai sesat oleh semua negeri termasuk di Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi Mahathir tidak peduli bahkan sindir ulama dan mufti negara ini kerana tegas haram pegangan songsang itu. Namun kenyataan beliau itu tular di seluruh dunia sehingga jadi antara faktor hubungan Malaysia-Arab Saudi mula dingin, dan menyaksikan kuota jemaah haji negara ini balik kepada asal berbanding lebih 40,000 orang sebelum ini. 

Keadaan bertambah kusut apabila kerajaan PH menarik balik askar Malaysia ditugaskan kawal Makkah selain tutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang disambut amat baik pentadbiran rejim Syiah Iran itu.  Keadaan janggal ini turut cetus persoalan cepumas apabila Mahathir secara tiba-tiba mula ‘mesra’ dengan golongan Syiah yang diketahui memusuhi Arab Saudi sehingga taja pemberontak Houthi di Yaman untuk misi serang Kaabah. 

Bertambah pelik lagi apabila beliau kelihatan gembira menerima kunjungan hormat Naib Presiden bagi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Iran, Dr. Masoumeh Ebtekar di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada awal Julai lepas.  Ia mengesahkan hubungan istimewa Putrajaya-Teheran sementelahan Mahathir terima ucapan salam dan tahniah dari Presiden Iran, Hassan Rouhani atas kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu. 

Hakikatnya mungkin tidak ramai tahu, kunjungan wakil Iran itu bukan dirancang kebetulan, bahkan kerajaan Syiah tersebut dikatakan ada ‘bantu’ Mahathir dalam usaha guling pentadbiran Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO. Isu ini mula tular dalam kalangan netizen tempatan yang turut berkongsi rakaman video memaparkan pendedahan Ruhullah Zam, seorang wartawan Iran ketika wawancara stesen Voice of America Persia sebelum PRU berlangsung. 

Dia mengakui Mahathir menerima sumbangan dana mewah daripada Perdana Menteri Iran sebanyak AS$2 bilion dengan AS$1.4 bilion diberi sebelum PRU ke-14 bagi tujuan kempen ‘tumbang’ BN yang sudah berkuasa 61 tahun.  Ruhullah jelas merujuk status kerajaan Malaysia waktu itu merupakan pentadbiran UMNO yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunah wal Jamaah dan Iran mahu Mahathir perlu kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. 

Menurutnya, Mahathir turut memberikan komitmen kerjasama ketika dikunjungi oleh bekas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Velayati yang kini ialah Penasihat Hubungan Antarabangsa Majlis Kepimpinan Tertinggi Iran sejak 1997.  Jika dakwaan Ruhullah itu benar, ternyata Mahathir sudah terhutang budi dengan kerajaan Iran dan tentu sanggup berbuat apa sahaja waima biadab guris sentimen perasaan umat Islam berfahaman Ahli Sunah wal Jamaah sendiri.

Untuk rekod, sebelum dilantik jadi perdana menteri sekali lagi, Mahathir agak rapat dengan pemerintah Iran, malah beliau pernah bertemu sendiri Hassan ketika majlis angkat sumpah jawatan pemimpin negara tersebut di Teheran.  Persoalannya, apakah pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berani siasat dana haram kerajaan Syiah itu sebagai mana kes dana Arab Saudi yang diterima Datuk Seri Najib Tun Razak? – Mynewshub.TV

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails