Monday, October 01, 2018
Siapa Kurang Sopan? Lelaki Mengangkang Atau Wanita Berskirt Ini?
Anna menyimbah air yang dicampur peluntur kepada mana-mana lelaki yang duduk mengangkang. Foto Anna Dovgalyuk/east2west news
Awas! Lelaki duduk mengangkang disimbah air dicampur peluntur
SEORANG pelajar jurusan undang-undang melancarkan kempen lelaki duduk mengangkang dengan menyimbah air yang dicampurkan dengan peluntur pada seluar lelaki di dalam kereta api bawah tanah.
Anna Dovgalyuk mendakwa lelaki berkenaan sebagai "jantina yang agresif" dan memutuskan untuk berbuat demikian.
Sunday, September 30, 2018
Buta Kerana Arak. Liwat,Tutup Tahfiz, Tapi Kencing Syaitan???
KUALA LUMPUR – “Mata saya jadi buta akibat meminum minuman keras beracun mengandungi methanol. Saya benar-benar sedih dan putus asa,” ujar warga India, Radha Krishnani, 32. Radha adalah mangsa terbaru keracunan methanol akibat meminum minuman keras tiruan yang dibelinya pada harga murah.
Dia yang bekerja sebagai buruh binaan memaklumkan membeli minuman keras itu di kawasan sekitar Brickfields di sini, kelmarin.
“Saya membeli minuman keras berkenaan pada jam 8 malam pada harga RM8 sebotol sebelum mula merasa kesannya pagi semalam.
“Ketika itu saya berada di Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar. Tiba-tiba mata saya tidak dapat melihat, saya panik dan segera menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.
Menurutnya, dia turut berasa pening dan muntah dipercayai akibat keracunan minuman keras diambil. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Manusia T Kalamanathan berkata, pihaknya segera membantu mangsa dengan menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
“Ketika kejadian, mangsa dirawat di sebuah klinik berdekatan, namun kami membantu membawa mangsa ke HKL.
“Keadaan mata mangsa kini belum dapat dipastikan akan pulih atau sebaliknya. Dia masih menerima rawatan rapi di hospital.
“Saya juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap premis yang masih menjual arak mengandungi methanol,” katanya.
Menurutnya, kejadian terbaru itu membuktikan masih wujud penjualan arak beracun di ibu kota walaupun rampasan dan serbuan sudah dilakukan pihak berkuasa. – Hmetro
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat video di bawah ini..
Nik Amar jawab mengenai arak atau kencing syaitan..
Kisah liwat di tahfiz, suruh tutup tahfiz, tapi bila berlaku masalah arak... ???
Bantah Pencalonan Anwar, PAS Kesal Sikap SPR..
PORT DICKSON: Satu bantahan telah dikemukakan oleh PAS kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kelayakan calon Pakatan Harapan (PH), Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
PAS kesal dengan tindakan SPR yang tetap menerima permohonan calon PH itu walaupun pada awalnya SPR telah menerima surat bantahan daripada pencadang calon PAS yang membantah pencalonan Anwar.
Mengulas lanjut tentang perkara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, bantahan itu dibuat susulan perkara 42 Perlembagaan Persekutuan hanyalah merujuk kepada pengampunan terhadap pelaksanaan hukuman sama ada meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, bukan bermaksud membatalkan secara langsung sabitan kesalahan jenayah. (Foto atas: Takiyuddin menunjukkan surat bantahan terhadap pencalonan calon Anwar.)
"Surat bantahan itu telah diterima oleh pegawai pengurus SPR dengan menandatangani borang bantahan tersebut. Sepatutnya pegawai SPR perlu maklumkan bantahan tersebut diterima atau ditolak tetapi pegawai pengurus SPR tidak membuat keputusan sama ada diterima atau tidak bantahan ini.
"Ini adalah soal undang-undang yang dibawa oleh Ramli Ismail selaku pencadang kepada calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar. Jadi kita menuntut kepada SPR supaya memberitahu kepada rakyat Malaysia kenapa bantahan ini tidak diberikan keputusan sama ada diterima atau tidak," katanya yang turut mengiringi calon PAS pada penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson, pagi tadi.
Pada pandangan beliau, bantahan itu amat berasas berdasarkan undang-undang.
Beliau menuntut SPR supaya membuat keputusan mengenai bantahan itu sebelum proses pilihan raya yang akan diadakan pada 13 Oktober ini. – HARAKAHDAILY 29/9/2018
Pelakon Sabri Yunus: Perlu Rapatkan Jurang Seni &Agama
HALAMAN HIBURAN
PELAKON terkenal negara, Sabri Yunus, berharap suatu hari, seni dan agama akan dapat disatukan hasil dari kefahaman bersama antara penggiat seni dan ulamak di Malaysia.
Beliau yakin kedua-dua ini menjadi kontra kerana salah faham dan tidak berjaya diperjelaskan kepada umum disebabkan kegagalan mencari kesepakatan dalam definisi seni itu sendiri.
"Apa yang berlaku hari ini, saya harap ada titik pertemuan yang sangat bagus antara seniman, budayawan dengan agamawan, untuk melihat sejauh mana benda ini ada penyatuan yang baik.
Kerana fitrah kita sebagai manusia juga memerlukan hiburan, memerlukan kesenian dan sebagai bangsa yang kuat jati diri, harus ada nilai budaya mereka sendiri.
Bayang jika bangsa itu tiada budayanya sendiri, apakah akan jadi kepada jati diri bangsa itu sendiri," tegas beliau.
Beliau ditemui di Hotel Primula Batu Burok semalam, sebelum program Santai Anak Tranung yang beliau menjadi artis jemputan bersama penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus.
Program soal jawab agama itu ialah salah satu acara menarik dalam Karnival Pantai anjuran Kerajaan Terengganu bermula 27 September hingga 29 September bertempat di Batu Burok, Kuala Terengganu.
Seni menurut beliau, ada ditunjukkan dalam agama dan tidak sedikit contoh-contoh yang nyata yang boleh diperhatikan oleh semua pihak.
Tambah beliau lagi ramai ulamak yang meminati atau menguasai bidang seni dalam menjadikan penyampaian mereka lebih diminati dan menarik.
Al-Quran itu sendiri adalah seni yang sangat indah yang boleh diperhatikan apabila seseorang itu memahami maksud sebenar seni itu yang sebenarnya sangat luas.
"Al-Quran juga adalah seni sastera sebab ia banyak bercerita, banyak cerita dalam itu, cerita ini seni sastera.
"Dalam Quran banyak cerita-cerita, bukan sahaja hukum-hakam, jadi Dia dah letak situ seni sastera.
"Kita ada seni suara, tarannum dan sebagainya untuk bacaan kita.
Dan perkembangan dunia pun penuh dengan seni, apa yang tidak ada terlibat dengan seni," terang beliau yang juga dikenali sebagai Pok Ya Con Codei, menjelaskan maksud seni.
Kata beliau lagi, perubahan terhadap seni dari masa ke semasa memberikan pandangan berbeza terhadap seni dan berharap pihak kerajaan dan agamawan dapat melihat sejarah seni itu sendiri sebelum membuat justifikasi.
Mengenai persembahan yang dianggap khurafat seperti memuja makhluk lain, beliau bersetuju agar elemen-elemen seperti itu dihapuskan jika ia benar disahkan berlawanan dengan aqidah.
Beliau yang turut terkenal dengan watak Wan Ismail Golok dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 90-an dahulu menganggap golongan yang gagal melihat sesuatu perkara dengan seni dalam hidup mereka sebagai golongan yang malang. Tamat - HARAKAHDAILY 28/9/2018
Video
Menang Loteri Sejuta.. Cara Fikir Bukan Islam!
Lelaki Pakistan Menang Loteri Sejuta Di Dubai
ISLAMABAD – Seorang ahli perniagaan Pakistan menjadi jutawan selepas menang loteri di Dubai, lapor Associated Press of Pakistan (APP).
Nouman Arif, 32, dari Peshawar bertuah apabila percubaan pertamanya membeli tiket loteri di pusat Bebas Cukai Dubai membuahkan hasil. Arif pemilik syarikat menyewa basikal, menjadi warga Pakistan ke-16 memenangi $1 juta sejak penubuhan pusat bebas cukai itu pada 1999.
“Terima kasih kerana memberikan peluang untuk mengubah kehidupan saya menjadi jutawan,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Asal dapat duit, tidak peduli halal-haram lagi terutama dipandang dari sudut agama Islam. Rasa 'bertuah' kerana menang loteri, pada hal main judi itu jelas haram dalam Islam. Bagaimana boleh bertuah dengan maksiat judi?
Itulah yang ditarbiah dari kerajaan sekular. Di Malaysia ada PH, PM Malaysia mentarbiah anak bininya dengan gelumang kencing syaitan atau arak. Berfikiran, ikut Islam sepenuhnya boleh jadi mundur. Peliknya, ada pemimpin mengaku Islam Malaysia berfikiran begitu.
Itulah, pemikiran mundur yang dijajah oleh unsur bukan Islam. Ingin membawa pengikutnya ke zaman jahiliah moden, seperti juga pemenang loteri sejuta dari Pakistan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)