Sunday, October 28, 2018

Arak, Rokok, Dilarang Jika Melancong Ke Pulau Boracay Ini. Mengapa?

Ingin kembali ke Pulau Boracay? Ini peraturan baharu yang perlu dipatuhi...
Menurut Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu, kekotoran di sekitar pulau itu berkurangan sepanjang usaha membaik pulih pulau yang cukup terkenal dengan pasir putih itu.

Ingin kembali ke Pulau Boracay? Ini peraturan baharu yang perlu dipatuhi...

DESTINASI peranginan popular yang pernah meletakkan Filipina dalam takwim pelancongan dunia, Pulau Boracay, kini dibuka semula selepas enam bulan ditutup seperti yang diarahkan Presiden Rodrigo Duterte.

Menurut Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu, isu pencemaran di sekitar pulau itu berkurangan sepanjang usaha membaik pulih destinasi yang cukup terkenal dengan hamparan pasir putih itu.

Sejak April lalu, Pulau Boracay tidak menerima kedatangan pelancong untuk membolehkan kerja-kerja pemulihan besar-besaran dibuat, termasuk mengatur semula sistem longkang, kumbahan serta mekanisme pembersihan menyeluruh.


Pembukaan semula Boracay memang berita baik untuk para pelibur antarabangsa. Namun perlu diingat, Boracay hari ini bukanlah Boracay yang dulu. Ada banyak peraturan baharu yang dikuatkuasakan demi menjaga kelestarian alam sekitarnya.

Antara yang digariskan adalah di hamparan pantainya tidak lagi dibenarkan aktiviti merokok, minum minuman keras, barbeku dan berpesta.

Pihak berkuasa juga hanya membenarkan sejumlah 19,000 pengunjung berada di pulau itu pada satu-satu masa. Sebelum ini, kedatangan pelancong ke Boracay pernah mencecah sehingga 75,000 orang.

Mahu tahu apa lagi peraturan lain? Infografik berikut boleh membantu anda beringat tentang perkara yang perlu dipatuhi:

Bidaan Equanimity perlu bayar deposit RM4.18 juta
Peraturan baharu di Pulau Boracay. - Astro AWANI 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu bahayanya arak atau minuman keras.. Sehingga di pusat peranginan popular yang pernah meletakkan Filipina dalam takwim pelancongan dunia di Pulau Boracay, pun dilarang mengambilnya seperti diarahkan Presidennya, Rodrigo Duterte. Pada hal Filipina bukan negara Islam atau negara umat Islam.     

Lapor Siasatan Tanah Runtuh B/Kukus Perlu Dedah Kepada Umum.

Beberapa NGO mengadakan himpunan solidariti terhadap mangsa tanah runtuh di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, 26 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Beberapa NGO mengadakan himpunan solidariti terhadap mangsa tanah runtuh di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, 26 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Penang Forum, gabungan kumpulan masyarakat sivil berkepentingan awam, menggesa minit dan nota mengenai siasatan tanah runtuh Bukit Kukus perlu didedahkan kepada umum dan tidak harus terikat dengan undang-undang kerahsiaan.

Anggota Penang Forum Khoo Salma Nasution berkata ia adalah demi ketelusan dan anggota jawatankuasa itu.

"Kami meminta pihak berkuasa untuk mengambil dua anggota dari Penang Forum, iaitu seorang jurutera dan seorang peguam untuk menyertai panel, sama ada negeri atau persekutuan, menyiasat tragedi tanah runtuh Bukit Kukus," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan perhimpunan aman di hadapan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini pada Jumaat.

Kira-kira 100 anggota Penang Forum, individu bersama beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) lain menghadiri perhimpunan itu bagi menyatakan solidariti kepada mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus.

Pada Rabu (24 Okt) Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengumumkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkanuntuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan sembilan pekerja asing di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.
Laporan siasatan tanah runtuh Bukit Kukus harus didedah kepada umum
Khoo Salma (kiri) bertemu dengan Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang (tengah) untuk menyerahkan buku 'Penang Hill Watch Report 2018' di bangunan MBPP, George Town, 26 Okt, 2018. -- fotoBERNAMA

Khoo Salma berkata Penang Forum juga menggesa pihak berkuasa negeri dan persekutuan untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai bencana itu dan mengenal pasti pihak yang perlu bertanggungjawab dalam tragedi itu, untuk didakwa atas kecuaian.

"Kami menggesa pihak berkuasa agar memanggil pihak tertentu untuk memberi penjelasan, membuka rekod dan juga mengarahkan pemecatan jika perlu. Kami juga menggesa pihak berkuasa untuk mengenakan penalti maksimum sebagai pengajaran untuk menghalang tragedi kehilangan nyawa pada masa depan," katanya.

Khoo Salma berkata Penang Forum juga menggesa pihak berkuasa negeri dan persekutuan untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai bencana itu dan mengenal pasti pihak yang perlu bertanggungjawab dalam tragedi itu, untuk didakwa atas kecuaian.

"Kami menggesa pihak berkuasa agar memanggil pihak tertentu untuk memberi penjelasan, membuka rekod dan juga mengarahkan pemecatan jika perlu. Kami juga menggesa pihak berkuasa untuk mengenakan penalti maksimum sebagai pengajaran untuk menghalang tragedi kehilangan nyawa pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Chow ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) Cawangan Pulau Pinang di sini berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan Penang Forum.

"Ini adalah siasatan dalaman. Ia bukan seperti Suruhanjaya Siasatan dan kami akan mempertimbangkan cadangan Penang Forum itu," katanya.

Chow berkata dua wakil IEM Cawangan Pulau Pinang, Pengerusinya Ting Chek Choon dan Pengerusi yang akan datang Yau Ann Nian akan membantu siasatan tragedi itu di bawah jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada Rabu untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh tersebut.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku di tapak projek Lebuh Raya Berkembar Bukit Kukus, kira-kira 1.56 tengah hari, Jumaat lalu yang mengorbankan sembilan orang manakala empat lagi cedera dan turut sama tertimbus 13 kontena dan sebuah rumah kongsi.
-- BERNAMA

[Video] Lagu DAP Dinyanyikan Di Majlis Rasmi? Bukan Lagu PH..


Apakah yang telah berlaku di negara ini?
Kini lagu yang mengangkat DAP sudah dinyanyikan di majlis rasmi?
Belum pun sampai 6 bulan memerintah Malaysia, kini DAP diangkat sebagai jaguh yang berjasa membina negara Malaysia yang berusia 61 tahun?
Persoalannya, kenapa lagu DAP yang dinyanyikan?
Bukankah Perdana Menteri mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia?

Kenapa bukan lagu PAKATAN HARAPAN yang dinyanyikan?
Lenyap sudah jasa BARISAN NASIONAL?
Apakah BARISAN NASIONAL akan terkubur di negara ini?
UMNO pun tak pernah buat macam ini.
LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=vSmmBcv-Ik8
– Anina Saadudin
(Posted on

Jual Melayu Untuk Dapat Kuasa? Syed Saddiq Disanggah.

Hasil carian imej untuk kelaura mahathir dan keluarga


KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan tiada lagi ketuanan Melayu dipersoalkan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Razlan Rafi.

Katanya, gesaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar itu dilihat sebagai usaha mempergunakan bangsa untuk memikirkan formula  mendapatkan kuasa dengan menjual rakyat Malaysia yang kononnya ketuanan Melayu ini sudah tidak relevan.
Razlan Muhammad Rafii
"Saya nak tanya Syed Saddiq, apa salah Melayu sehingga kamu nak buang Melayu di Malaysia, bukankah sepatutnya kamu bekerja keras untuk membawa Melayu berjaya seperti dasar parti anda?
"Apakah maksud sudah tidak ada ketuanan Melayu? Adakah maksudnya, penjenamaan semula Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada Amanah Saham Malaysia dan selepas ini, tidak ada lagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) , tidak ada lagi kuota Melayu, tidak ada lagi kepentingan Islam, dan tidak ada lagi kepentingan-kepentingan lain, seperti nelayan, Felda dan tanah-tanah Melayu? Apa sebenarnya yang anda hendak nyatakan ini?," katanya dalam satu kenyataan media.

Razlan mendesak Syed Saddiq agar menjadi Melayu yang tidak malu mengaku diri anda Melayu, kalau tidak eloklah, menggelar kamu bukan Melayu dan kamu tiada bangsa.

"Apabila membaca perlembagaan Bersatu dan mereka memilih untuk menjadikan Melayu dan Bumiputera sebagai dasar parti mereka, nampak janggal apabila Ketua Pemudanya berkata sudah tidak ada ketuanan Melayu.
"Melayu bukan mahu menjadikan negara ini tuan, tetapi negara ini sememangnya adalah Tanah Melayu, dan apabila disatukan Sabah dan Sarawak, Melayu berkongsi dengan bangsa-bangsa lain menjadikan ia Malaysia," tegasnya.

Hari ini, Syed Saddiq menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan.
Menurutnya, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu. (SH)

40 A/Parlimen Umno Sertai Bersatu -Kadir Jasin

40 ahli Parlimen Umno berkemungkinan keluar parti
Kadir ketika merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya, Skudai, di sini, hari ini.

Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

JOHOR BAHRU - Bersatu mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai mereka selepas ini.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkata, kesemua mereka itu juga telah beberapa kali bertemu Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara itu.
“Buat masa ini, mereka yang bertemu dengan Tun dan Tan Sri Muhyiddin belum sampai tahap seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai kita semalam.
“Belum lagi ada kepastian, cuma mereka ini telah berjumpa dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya, Skudai, di sini, hari ini.
A Kadir berkata, sehingga kini, kesemua ahli parlimen itu juga difahamkan sedang berfikir lebih lanjut terutama mengenai situasi mereka sekiranya tidak diterima di dalam Bersatu.
“Polisi kami ialah jika ada daripada wakil rakyat yang mahu sertai Bersatu, mereka kena tinggalkan parti (Umno) dan perkara seterusnya akan ditentukan.
"Jadi ahli Parlimen Umno ini masih berfikir lagi, apa akan berlaku selepas itu (selepas sertai Bersatu). Ini kerana ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk siasatan," katanya.
Katanya, sekiranya bersama Bersatu sekali pun, tiada jaminan untuk kesemua mereka tidak disiasat kerana parti tidak mahu ada sebarang wakil rakyat yang terlibat dengan salah laku. (SH)

Tidak Rasmi: Rafizi Atasi Azmin 1,229 Undi..


KEPUTUSAN tidak rasmi Pemilihan PKR setakat ini menyaksikan Rafizi (kiri) bangkit dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden apabila meninggalkan pencabarnya, Mohamed Azmin. - Foto EPA


Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir



KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR setakat ini menyaksikan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bangkit dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden apabila meninggalkan pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan jurang tipis sebanyak 1,229 undi.
Setakat ini, Rafizi memperoleh 46,477 undi, manakala Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi selaku penyandang jawatan Timbalan Presiden meraih 45,248 undi.
Keputusan itu berdasarkan maklumat terkini merangkumi 12 negeri yang sudah mengadakan pemilihan masing-masing.
Daripada jumlah itu, enam negeri sudah memuktamadkan keputusan iaitu Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selebihnya adalah negeri yang masih lagi dalam proses memuktamadkan keputusan merangkumi pemilihan fasa satu dan dua di Selangor, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah serta Perak.
Esok pula akan berlangsung pemilihan PKR fasa tiga di Selangor membabitkan enam cabang iaitu Tanjung Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.
Bagi jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar memberikan saingan hebat apabila wujud jurang undi ketara diperoleh anak perempuan bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding pencabarnya yang lain.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meraih undi sebanyak 45,500 undi. Beliau diekori Ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang memperoleh 35,665 undi.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar pula memperoleh 30,885 undi dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dengan 26,270 undi sekali gus keempat-empat mereka berada dalam slot jawatan Naib Presiden.
Jawatan Naib Presiden hanya menyediakan empat slot untuk diisi.
Saingan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak kurang hebatnya apabila tiga calon berentap bagi merebut jawatan berkenaan.
Mereka adalah Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang memperoleh 8,149 undi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mendapat 8,136 undi dan ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi tercorot dengan 1,781 undi.
Perlumbaan bagi merebut jawatan Ketua Wanita PKR pula menyaksikan ADUN Taman Medan, Haniza Mohd Talha jauh meninggalkan Fuziah Salleh yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari segi undi.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Haniza mempunyai peluang cerah untuk merangkul jawatan sebagai Ketua Wanita PKR apabila memperoleh undi sebanyak 15,117 undi, manakala Fuziah hanya meraih 11,979 undi. (BH)

S/Norhaliza: Bantu Peminat Hingga Berjaya XSecara Langsung, Hebat!


Ridzuan Khalid berterima kasih kepada Siti Nurhaliza.

HALAMAN HIBURAN
“Terima kasih Tok Ti” - Pelajar genggam Sarjana kerana kuih bangkit dipromosi Siti Nurhaliza.


SEORANG pemuda Ridzuan Khalid berterima kasih kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi individu penting dalam perjalanannya mengenggam Ijazah Sarjana Pengurusan Hospitaliti di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ridzuan, 34, menganggap pertolongan kecil penyanyi wanita itu dalam mempromosikan kuih bangkit ibunya secara tidak langsung membantu dia untuk meneruskan pengajian selama lebih setahun itu.

“Alhamdulillah, saya konvo pada Ahad lepas dan walaupun saya hadir seorang diri pada majlis konvokesyen itu tapi sebenarnya ramai orang di belakang saya yang banyak membantu.
“Salah seorang ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempromosikan kuih bangkit saya sekitar tahun 2016 ketika itu permulaan saya berniaga untuk mendapatkan pendapatan sampingan,” ujarnya kepada mStar Online.

Ridzuan diminta mengulas hantaran perkongsian statusnya di Instagram kepada penyanyi lagu Anta Permana yang menjadi perhatian netizen
Pemuda mendedahkan kisah dirinya di laman sosial.

Sementara itu, mengimbau peristiwa berkenaan, Ridzuan berkata, dia memulakan bisnes tersebut dengan niat mencari pendapatan sampingan menerusi air tangan ibunya. Katanya, dia meminta ibunya membuat kuih tersebut untuk dijual secara dalam talian di sekitar Lembah Klang.
“Ceritanya saya minta ibu iaitu Opah Safiah untuk buat kuih sebab saya tahu dia pandai buat kuih yang sedap. Pada awalnya dia enggan dan tidak percaya orang suka dengan kuih yang dia buat. Tapi saya yakinkan dia kerana niat saya untuk cari duit belajar sahaja.
“Saya ulang alik dari Kuala Lumpur ke Bera, Pahang setiap minggu untuk tolong dia menguli dan bawa balik kuih-kuih itu ke sini untuk dijual,” ujarnya. 

Ridzuan (tengah) bersama ibu dan ayahnya.

Tambahnya, suatu hari seorang kawan memberitahu akan bertemu dengan penyanyi kesayangannya itu dan dia mengambil peluang untuk memberi kuih tersebut kepada Siti sebagai hadiah. Katanya, dia tidak meminta atau mengharapkan penyanyi itu membuat sebarang promosi sebaliknya hanya hadiah ikhlas daripada seorang peminat.

“Saya memang peminat beliau tapi saya tidak pernah berkesempatan untuk berjumpa Siti secara dekat jadi bila ada kawan kata nak jumpa, saya minta kawan sampaikan kuih saya sebagai hadiah.
“Bagi saya kalau beliau rasa kuih itu sahaja saya sudah berbesar hati. Kemudian keesokannya ketika dalam kelas, telefon saya tiba-tiba mendapat banyak notification.
“Menggigil lutut bila saya tengok beliau post dan promosi kuih bangkit saya itu,” ujarnya.

Siti turut mengucapkan tahniah kepada Ridzuan.

Ridzuan memberitahu rezekinya datang secara tiba-tiba kesan daripada promosi itu. Tempahan terhadap kuih bangkit ibunya semakin banyak sehingga tidak menang tangan. Katanya, pendapatan itu digunakan sejak setahun lalu untuk menampung pengajian dan sebahagian digunakan untuk tujuan amal.

“Alhamdulillah rezeki tak putus-putus sampaikan saya terpaksa tolak kerana tidak cukup tangan, kasihan dekat ibu saya kerana kesihatan dia juga tidak berapa baik.
“Selepas itu, Siti ada meminta untuk membuat tempahan kuih tersebut tapi saya bagi sahaja dan kali ini saya hantar betul-betul dekat pintu pagar rumah beliau.
“Kemudian dia promo lagi kuih bangkit itu.  Beliau juga ada bagi video puji kuih itu sedap dan saya tunjuk pada ibu, dia terharu hingga menangis. Sekarang satu kampung sudah tahu tentang perkara itu,” ujarnya. 

Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid dan anak Aafiyah

Bagaimanapun, Ridzuan berkata, dia kini terpaksa menghentikan perniagaan itu atas sebab kesihatan ibu-bapanya. Dia yang kini sudah bertugas sebagai pensyarah di sebuah Kolej Komuniti menyimpan harapan untuk memajukan perniagaan tersebut suatu hari nanti.

“Kali terakhir kami buat untuk Hari Raya Aidilfitri lalu dalam 3,000 balang. Buat masa ini kami berehat kerana ayah saya diserang mild stroke dan ibu perlu menjaga ayah.
“Saya cuti bekerja selama dua tahun belajar dan setelah tamat pengajian saya kembali bekerja sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Rompin,” ujarnya.
Hasil carian imej untuk gambar siti norhaliza

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu kisah tauladan yang baik perlu dicontohi. Seorang pemuda yang bijak memanfaatkan suasana dalam membantu cita-cita dan keluarganya.

Bagi Siti pula, beliau yang tidak secara langsung menggunakan 'pepular'nya membantu peminat hingga berjaya. Pun suatu contoh yang baik buat artis atau selebriti dalam membantu orang ramai dan peminatnya. Hebat dan tahniah Siti!

Al-hamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails