Tuesday, November 06, 2018
PH Jangan Jadi Barua ICERD – PAS
KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas hari ini bekerjasama untuk menjayakan Himpunan Bantahan pengiktirafan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu kota.
Antara yang hadir adalah Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi. Ashraf ketika menyampaikan ucapannya berkata tindakan kerajaan Pakatan mahu meratifikasikan ICERD boleh dipertikaikan oleh kerana gabungan itu ditaja oleh kuasa asing sejak menjadi parti pembangkang.
“Bunyinya cantik indah seolah-olah kalau kita tentang kita rasis, kita menentang ada udang di sebalik batu.
“Dulu kerajaan Pakatan Harapan sejak jadi pembangkang dimonopoli orang yang mempunyai agenda untuk mencabut, merobek kekuatan negara ini,” katanya.
Dalam pada itu Muhammad Khalil pula menempelak Pakatan Harapan agar tidak menjadi ‘barua’ kepada tangan ghaib di sebalik ICERD.
“Dalam tidak ada hujan dan ribut, sedangkan keutamaan yang patut diberikan dalam negara kita ialah isu kos sara hidup yang tinggi yang dijanjikan kerajaan PH tetapi tiba-tiba tidak ditunaikan walaupun iannya termasuk dalam manifesto PH tiba-tiba mahu tunaikan.
“Pemimpin Pakatan Harapan jangan jadi barua ICERD,”ujarnya.
Tambah beliau, keharmonian negara dan rakyatnya yang berbilang kaum pada masa ini terbukti tidak memerlukan untuk tindakan ratifikasi ICERD. -SuaraTv
K'jaan PH Perlu Adil Kepada Penduduk Asal Negara Ini: Mufti P/Pinang
ICERD ancam keamanan negara: Mufti Pulau Pinang GEORGETOWN, 27 Safar 1440H, Isnin – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya tidak terburu-buru memuktamadkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Beliau berkata, kerajaan perlu mengkajinya dengan lebih mendalam dari segi kesan ke atas masa depan rakyat dan negara. Katanya, walaupun rakyat memahami hasrat kerajaan melakukan perubahan yang boleh memacu kemajuan termasuk hak-hak kemanusiaan, namun kerajaan juga perlu bersikap adil kepada penduduk asal negara ini.
“Perubahan memanglah diperlukan, tetapi perubahan yang dikehendaki itu biarlah yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua pihak, bukan yang menganiayai mana-mana pihak. “Ketika kita menuntut kemerdekaan daripada penjajah Britih dahulu, satu kontrak sosial telah dipersetujui kesemua pemimpin kaum-kaum di negara ini iaitu orang Melayu hendaklah mengizinkan orang Cina dan India diberikan kewarganegaraan. Sebagai timbal balasnya, beberapa hak keistimewaan bangsa Melayu perlulah diterima dan dihormati oleh kaum-kaum lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, beliau tidak nampak keperluan ratifikasi penghapusan diskriminasi yang dicadangkan kerana selama ini, semua kaum di negara ini hidup dalam suasana aman dan tidak menghadapi sebarang masalah.
“Jadi rasanya adalah lebih baik kerajaan PH tidak meneruskan hasrat ini kerana ianya boleh menggugat keharmonian hubungan antara kaum di negara ini seterusnya akan mengancam keamanan negara,” katanya. (IH)
M/Syariah Lebih Rendah Berbanding M/Sesyen &Majistret.
Bawa Bindaan RUU355 Bukti Angkat Syiar Islam.
KENYATAAN bahawa Kerajaan Persekutuan ingin meningkatkan syiar Islam dengan peningkatan peruntukan kepada RM1.2 bilion dalam Bajet 2019 boleh dipersoalkan banyak pihak. Kalau kerajaan serius, hasrat ini sepatutnya turut direalisasi dengan inisiatif menaiktaraf institusi Perundangan Syariah ke peringkat yang lebih tinggi. Namun kerajaan dilihat gagal berbuat demikian.
Mahkamah Syariah yang diamalkan di negara ini berada lebih rendah berbanding Mahkamah Sesyen dan Majistret, walhal ia adalah institusi tertinggi dalam menghakimi urusan umat Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Jadual Kesembilan, Senarai II - Senarai Negeri.
Maka, kerajaan digesa mengemukakan semula pindaan Akta 355 sebagai langkah meningkatkan syiar Islam sebagaimana yang dibentang Menteri Kewangan dalam Bajet 2019 tempoh hari.
Tambahan lagi, sewajarnya Kerajaan Persekutuan melakukan penelitian bagi menyelesaikan konflik pertembungan Mahkamah Syariah dan Sivil khususnya melibatkan Akta 164. Polemik panjang bagai tiada berkesudahan meskipun dengan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988.
Malah, penyelesaian terhadap konflik yang timbul tidak seharusnya berhenti dengan pindaan tersebut, bahkan sudah sampai masanya proses harmonisasi kedua-dua institusi mahkamah ini dibincang dan direalisasikan secara serius.
Penyelesaian "federalizing the shariah court" yang turut dikemukakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid dalam pelbagai penulisan beliau boleh dijadikan sandaran utama dalam proses harmonisasi ini selain menilai sama ada ia memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan serta Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Sewajarnya hasrat meningkatkan syiar Islam tidak hanya retorik semata-mata. Saya mengharapkan agar aspek Perundangan Syariah turut diangkat dan ditambahbaik dalam negara ini. Sesungguhnya, hal ini adalah syiar yang utama bagi umat Islam.
"Islam Memimpin"
DATO' HJ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat - HARAKAHDAILY 5/11/2018
Belanjawan 2019 Pinggirkan Pemandu Teksi?
KUALA LUMPUR - Pemandu teksi mendakwa Belanjawan 2019 meminggirkan golongan itu.
Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, Belanjawan 2019 seolah-olah meminggirkan industri dan pemandu teksi.
Menurutnya, apa yang diharapkan adalah tentang pengumuman bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk pemandu teksi namun perkara itu tidak berlaku.
"Ramai kalangan pemandu teksi yang sehingga kini masih tidak mempunyai rumah, mereka menyewa bilik dan rumah.
Shamsubahrin berkata, sekarang kita dah ada kerajaan baru dan berharap Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin dapat membantu pemandu teksi memiliki rumah PPRT.
"Kami juga sebenarnya mengharapkan diperbanyakkan lagi stesen minyak yang menyediakan perkhidmatan mengisi NGV (tenaga gas asli).
"Begitu juga harapan kami agar pinjaman MARA pemandu teksi yang digunakan untuk membeli teksi dapat dihapuskan.
"Tapi nampaknya perkara itu tidak berlaku dalam Belanjawan 2019, dan pemandu teksi merasa sedih dengan perkara itu," katanya lagi. (SH)
2 Pakar Kimia A/Saudi Dihantar 'Tutup' Kes Khashoggi
Tanda jalan raya yang mengejek "Khashoggi Street" didirikan oleh aktivis Amnesty International di jalan berhadapan Kedutaan Arab Saudi di London pada 2 November 2018 untuk menandakan satu bulan sejak wartawan Jamal Khashoggi terbunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul. - Foto AFP
ISTANBUL: Arab Saudi menghantar seorang pakar toksikologi dan seorang pakar kimia bagi menutup kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi sebelum polis Turki menggeledah konsulat Arab Saudi di negara itu, kata pegawai kanan Turki hari ini.
“Kami mempercayai bahawa dua individu datang ke Turki dengan bertujuan untuk menutup bukti pembunuhan Khashoggi sebelum polis Turki dibenarkan menggeledah bangunan itu,” kata seorang pegawai enggan nama disiarkan.
Bagaimanapun, pegawai itu mengesahkan satu laporan dalam akhbar Sabah yang menyatakan bahawa pakar kimia, Ahmad Abdulaziz al-Janobi dan pakar toksikologi, Khaled Yahya al-Zahrani antara sebuah pasukan yang dihantar daripada Arab Saudi dengan bertujuan untuk menyiasat pembunuhan terbabit.
Bagaimanapun, pegawai itu mengesahkan satu laporan dalam akhbar Sabah yang menyatakan bahawa pakar kimia, Ahmad Abdulaziz al-Janobi dan pakar toksikologi, Khaled Yahya al-Zahrani antara sebuah pasukan yang dihantar daripada Arab Saudi dengan bertujuan untuk menyiasat pembunuhan terbabit.
Laporan itu menyatakan mereka melawat konsulat setiap hari sejak tiba pada 11 Oktober hingga 17 Oktober lalu.
Turki berkata, Khashoggi dibunuh di dalam konsulat pada 2 Oktober, bagaimanapun Arab Saudi hanya membenarkan polis Turki menggeledah konsulat pada 14 Oktober.
“Faktanya, pasukan ‘pembersihan’ dihantar daripada Arab Saudi, sembilan hari selepas pembunuhan itu dan pembunuhan Khashoggi adalah dalam pengetahuan pegawai tertinggi Arab Saudi,” tambahnya. -AFP.
Monday, November 05, 2018
Dipenggal, Kerana Tolak Ajakan Seks. Penyelesaian...
Penduduk berasal daripada kasta lebih rendah, Dalit sering dinafikan hak pendidikan dan pekerjaan.
Dipenggal dengan sabit kerana tolak ajakan seks
CHENNAI - INDIA. Gara-gara menolak ajak seks lelaki yang jauh lebih berusia dan berasal daripada kasta lebih tinggi, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipenggal dengan kejam.
Kejadian mengerikan itu berlaku di sebuah perkampungan kecil berhampiran Attur di daerah Salem, Tamil Nadu.
Menurut polis, suspek, Dinesh Kumar telah diberkas dan didakwa di bawah akta kekejaman berdasarkan kasta yang merupakan sebuah undang-undang yang telah wujud di negara itu sejak 1989.
"Dia menggunakan sabit untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Kami percaya lelaki itu berada dalam keadaan waras ketika membunuh remaja itu," jelas jurucakapnya.
Mangsa yang belajar di sebuah sekolah berhampiran pernah mengadu kepada ibunya yang bekerja sebagai buruh tentang 'hasrat' lelaki itu yang telah ditolak olehnya beberapa kali.
Menurut data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, jumlah perbuatan jenayah terhadap golongan kasta lebih rendah adalah lebih 47,000 kes pada 2016. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ringkasnya itulah kekejaman berdasarkan kasta. Kasta menimbulkan pembahagian manusia dalam masyarakat Hindu menjadi Brahmana, Ksatria, Vaishya dan Sudra. Terdapat juga istilah Paria, sekumpulan orang yang terbuang dianggap hina, dan Candala.
Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin dunia berkata..
- "Pemimpin terbaik anda adalah orang yang anda suka dan mereka suka anda, anda sentiasa berdoa untuk mereka dan mereka sentiasa berdoa untuk anda, dan sebagai buruk pemimpin anda adalah orang yang anda benci dan mereka juga membenci anda, siapa yang anda laknat dan mereka mengutuk kamu. "(HR. Muslim)
- "Saudara-saudaramu, Tuhan telah menjadikan mereka di bawah kendalimu, jika Allah menghendaki akan membuatmu dikuasai, maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya memberi kepadanya makanan seperti dia makan, memberi pakaian kepadanya kerana dia berpakaian, dan jangan memaksa mereka untuk melakukan pekerjaan yang mereka tidak mampu, dan jika kamu memaksa mereka, maka tolonglah mereka. "(HR Muttafaqun 'Alaih)
- "Wahai manusia, sesungguhnya ayahmu adalah satu dan sebenarnya ayahmu adalah satu. Ketahuilah, tidak ada keunggulan orang Arab terhadap orang bukan Arab, baik orang bukan Arab melawan orang Arab, atau orang kulit hitam yang berkulit merah. Perbezaannya adalah taqwanya. "(HR. Ahmad).
Hadits ini (Ahmad Ibn Hanbal, Musnad Ahmad ibn Hanbal, Volume V, ms 411) secara jelas menjelaskan bahawa pada dasarnya dalam Islam semua manusia adalah sama. Oleh kerana itu, tidak ada diskriminasi atas dasar apapun, kecuali taqwanya kepada Allah swt.
Islam secara jelas menolak penguasaan manusia terhadap manusia lain. Kerana inilah sebab utama semua kejahatan, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Menurut Al-Mawdudi (1993: 153), diskriminasi ini adalah pelopor semua bencana dalam kehidupan manusia, bahkan hari ini tetap menjadi penyebab utama semua bencana.
- Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak melihat bentuk atau kesamaan kamu, dan tidak juga milik kamu. Bagaimanapun, Allah Azza wa Jalla melihat pada hatimu dan perbuatanmu sahaja. "(HR. Ibn Majah).
Hadith yang terkandung dalam Ibn Majah, Sunan Ibn Majah (Jilid II, halaman 153) di atas menjelaskan bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Tuhan.
Oleh itu, ketika nabi memiliki kedudukan yang kuat sebagai pemimpin masyarakat di Madinah, dia segera membuat perjanjian tertulis yang dikenal sebagai "Piagam Madinah" di mana, antara lain, dinyatakan bahawa semua penduduk Madinah mendapat status dan perawatan yang sama dalam kehidupan masyarakat.
Itulah indahnya Islam.
Video
K'jaan PH Dikuasai DAP Lupa Bela Graduan Lepas Bergaji Menggunung- GAMIS
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyifatkan pengumuman berhubung potongan gaji secara automatik bagi peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2019 sebagai “mengejutkan” dan membebankan golongan yang berpendapatan rendah.
“Ini adalah polisi yang sangat membebankan anak muda khususnya buat mereka graduan muda yang terpaksa ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka menamatkan pengajian mereka,” kata presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai dalam kenyataan media hari ini.
Persatuan mahasiswa itu juga menyifatkan kerajaan PH “seolah-olah melupakan” tujuan perjuangan untuk membela golongan graduan dan rakyat berpendapatan rendah.
“Kos sara hidup yang tinggi, nilai mata wang Malaysia yang rendah, dan peluang pekerjaan tenaga mahir yang rendah dan pendapatan (gaji) yang rendah bagi graduan baru adalah beban sedia ada yang terpaksa dihadapi oleh anak muda Malaysia hari ini.
“Kerajaan PH seolah-olah telah melupakan tujuan perjuangan mereka untuk membela nasib golongan graduan dan golongan berpendapatan rendah apabila sudah menikmati gaji-gaji yang menggunung selepas menjadi menteri di dalam kerajaan Malaysia,” katanya.
Kenyataan itu dibuat sebagai merujuk pengumuman dalam Belanjawa 2019 bagi pembayaran balik hutang PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.
Dalam ucapan pembentangannya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran balik itu terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Untuk rekod, dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini, antara janji PH adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan.
Sementara itu, Faizuddin berkata pendekatan yang mahu diambil kerajaan itu akan menyebabkan lebih ramai keluarga yang berpendapatan rendah takut untuk menghantar anak mereka ke pengajian yang lebih tinggi.
“Kerajaan sepatutnya menyediakan satu mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat keseluruhan sama ada mereka miskin atau kaya untuk mendapat pendidikan tanpa yang ada yang didiskriminasi selaras dengan perlembagaan Malaysia Perkara 12.
“Kami mahasiswa konsisten mengatakan bahawa kerajaan wajib membantu rakyat untuk menikmati pelajaran bermula daripada pengajian rendah hinggalah ke pengajian yang tertinggi,” katanya.
http://pakdin.my/tag/ptptn
Subscribe to:
Posts (Atom)