Sunday, November 11, 2018

Wanita Termuda Kongres AS 
XMampu Sewa Rumah Atau Pembohong?

ALEXANDRIA OCASIO-CORTEZ mendedahkan beliau tidak mampu menyewa
ALEXANDRIA OCASIO-CORTEZ mendedahkan beliau tidak mampu menyewa sebuah rumah walaupun bakal menjalankan tugas sebagai anggota Kongres pada Januari nanti. AGENSI


WASHINGTON 10 Nov. – Wanita termuda yang pertama dipilih ke Kongres, Alexandria Ocasio-Cortez mendedahkan be­liau tidak mampu menyewa sebuah rumah dalam satu temu bual bersama New York Times. Lapor BBC, masalah itu akan berlanjutan sehingga beliau memulakan tugas baharunya pada Januari ini.
Namun semalam, penyampai berita Fox News, Ed Henry mendakwa Ocasio-Cortez tidak bercakap jujur selepas beliau didapati memakai ‘pakaian bernilai jutaan dolar’ ketika menjalani penggambaran sebuah majalah baru-baru ini.
Ocasio-Cortez bagaima­napun membalas dakwaan berkenaan di Twitter dengan menyatakan pakaian itu dipinjamkan kepadanya.
“Saya hanya merayau di sana sini dan kemudian berharap akan dapat menyewa sebuah rumah pada Januari nanti,” jelasnya di Twitter.
Dilahirkan di Bronx dalam keluarga Puerto Rico, beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat bekerja dan bekerja di restoran sehingga awal tahun ini untuk menampung pendapatannya sebagai aktivis komuniti.
Penyata kewangan Ocasio-Cortez menunjukkan beliau hanya memperoleh kira-kira AS$26,500 (RM110,876) pada tahun lalu.
Ocasio-Cortez dipilih dalam Kongres daerah New York ke-14, selepas kempen pilihan rayanya memfokuskan kepada isu kemiskinan, ketaksamaan pendapatan dan pendatang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah corak kepemimpinan di AS.

Tidak salah Tun M berkeyakinan sekali lagi



SAYA ditanya oleh wartawan berhubung kenyataan YAB Perdana Menteri sewaktu melawat Kelantan hari ini di mana beliau berkeyakinan Pakatan Harapan dapat menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. 
Saya katakan, adalah tidak salah Tun M berkeyakinan sekali lagi untuk menawan Kelantan kerana 'yakin' bukannya satu kesalahan di dalam negara ini.
Sebagaimana Tun M pernah yakin bahawa BN akan menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum 1999, begitu jugalah beliau juga yakin bahawa BN akan menawan Kelantan di dalam Pilihan Raya Umum 2013.
Bahkan di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu pun, beliau yakin bahawa Pakatan Harapan mampu menawan Kelantan walaupun kemudiannya Pakatan Harapan tidak menang satu kerusi pun di negeri ini.
Jadi, apa salahnya untuk beliau berkeyakinan sekali lagi. Tiada apa-apa yang salah pada keyakinan beliau itu.
USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
10 November 2018 - HARAKAHDAILY 10/11/2018


Terbuktikah, Ini ICERD, Agenda DAP Kuasai M'sia?

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah - Foto: IZARI ROSLI

TERBUKTIKAH? Ini ICERD adalah agenda parti DAP ingin kuasai Malaysia. Ya lihat berita ini..

ICERD AGENDA DAP UNTUK KUASAI NEGARA?
KUALA LUMPUR - Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah agenda DAP untuk menguasai Malaysia.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mendakwa isu tersebut tidak dibangkitkan semasa era 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Malah, beliau hairan mengapakah isu tersebut ditimbulkan sekarang sedangkan ICERD sudah lama wujud.

“Rakyat sedar bahawa selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, perkara ini tidak ditimbulkan. Justeru kita ingin tahu, kenapa kini isu ratifikasi ICERD ini ditimbulkan?
“Sedangkan sejak dahulu ICERD sebenarnya sama sahaja isi kandungannya? Dahulu ia tidak pun dibincangkan.
“Pada saya ini semua agenda DAP yang ingin menguasai sepenuhnya negara ini melalui ICERD,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Tambahnya, beliau juga merasakan Dr Mahathir kini sudah tidak boleh mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

“Maknanya Bersatu dengan jumlah kerusinya 14 sahaja gagal mengawal kehendak sekutunya terutama DAP.
“Jadi kalau mengatakan Bersatu mahu jadi parti pertahan Melayu sangat tidak tepat dan salah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lenggong itu menganggap keputusan Umno menola kICERD membuktikan parti itu sentiasa memperjuangkan orang Melayu.

Tegasnya, Umno mahu semua perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dihormati dan keharmonian kaum terus dipelihara.

Menurutnya, pendirian sedemikian juga membuktikan pandangan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir sebelum ini yang mengatakan Umno kini hilang arah perjuangan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD bukan untuk Malaysia]
[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: Tiada keperluan tandatangan]

“Ucapan Presiden Umno di Johor hari ini menyatakan ICERD adalah Malayan Union 2.0 adalah tepat. Ini mesti disedari oleh orang Melayu dan kita mesti bangkit menentang ICERD.
“Pendirian ini menunjukan bahawa Umno tetap akan pertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera di negara ini dalam keadaan apa sekalipun.
“Dalam keadaan Umno membela kepentingan Melayu dan Bumiputera, parti ini juga tetap menghormati kepentingan kaum lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, Umno tegas meminta kerajaan menolak ICERD meskipun DAP dan beberapa pimpinan Melayu dalam Bersatu dan PKR menyokong konvensyen itu.

“Sedangkan sejak dahulu ICERD sebenarnya sama sahaja isi kandungannya? Dahulu ia tidak pun dibincangkan.

“Pada saya ini semua agenda DAP yang ingin menguasai sepenuhnya negara ini melalui ICERD,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ratifikasi ICERD tidak akan beri kesan kepada Artikel 153]
[ARTIKEL BERKAITAN: Rundingan dengan semua kaum sebelum ratifikasi ICERD]

Tambahnya, beliau juga merasakan Dr Mahathir kini sudah tidak boleh mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

“Maknanya Bersatu dengan jumlah kerusinya 14 sahaja gagal mengawal kehendak sekutunya terutama DAP.
“Jadi kalau mengatakan Bersatu mahu jadi parti pertahan Melayu sangat tidak tepat dan salah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lenggong itu menganggap keputusan Umno menola kICERD membuktikan parti itu sentiasa memperjuangkan orang Melayu.

Tegasnya, Umno mahu semua perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dihormati dan keharmonian kaum terus dipelihara.

Menurutnya, pendirian sedemikian juga membuktikan pandangan Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir sebelum ini yang mengatakan Umno kini hilang arah perjuangan.
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom? [ARTIKEL BERKAITAN: ICERD bukan untuk Malaysia]
[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: Tiada keperluan tandatangan]

“Ucapan Presiden Umno di Johor hari ini menyatakan ICERD adalah Malayan Union 2.0 adalah tepat. Ini mesti disedari oleh orang Melayu dan kita mesti bangkit menentang ICERD.
“Pendirian ini menunjukan bahawa Umno tetap akan pertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera di negara ini dalam keadaan apa sekalipun.
“Dalam keadaan Umno membela kepentingan Melayu dan Bumiputera, parti ini juga tetap menghormati kepentingan kaum lain sebagaimana termaktub dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, Umno tegas meminta kerajaan menolak ICERD meskipun DAP dan beberapa pimpinan Melayu dalam Bersatu dan PKR menyokong konvensyen itu. (SH)

Mati Hidup Balik? Di India..

Disangka mati, rupanya 'tidur sekejap'
Seorang lelaki berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia 'bangun semula' ketika majlis pengebumiannya


NEW DELHI - INDIA. Seorang lelaki berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia 'bangun semula' ketika majlis pengebumiannya. Budh Ram disahkan meninggal dunia oleh doktor pada Sabtu selepas dia jatuh pengsan di rumahnya di Rajasthan, India.

Seorang sami telah dipanggil untuk upacara itu dan seluruh ahli keluarga lelaki terbabit turut membotakkan kepala mereka sebagai sebahagian daripada upacara prapengebumiannya. Menurut anak sulungnya, Balu Ram, mereka sedang melakukan persiapan untuk memandikannya apabila tubuh bapanya mula menggigil secara tiba-tiba.

"Tubuhnya menggigil apabila kami menyiram air pada dadanya. Jadi, kami bawa dia ke katil dan dia mula bernafas," ujarnya.

Ram dilaporkan bangun dan memberitahu keluarganya dia 'tidur sekejap' kerana berasa sakit dada. Anak lelakinya yang berusia 65 tahun pula menyifatkan ia sebagai satu keajaiban.  - The Sun

Tun M/MB K'tan: Produk Daging Lembu Sendiri. Mana L/Raya CSR?


Kelantan eratkan kerjasama dengan Pusat.


AL-HAMDULILLAH, saya telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi sebagai menghormati dan meraikan lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri Kelantan.
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan sebentar tadi terutamanya melibatkan masa depan Negeri Kelantan sendiri. Tun berkongsi cerita pengalaman beliau yang luas sejak zaman sebelum kemerdekaan, selepas kemerdekaan dan sehinggalah pada tahap Malaysia berada sekarang.
Beliau juga menyebut tentang peri pentingnya usaha orang Melayu untuk bekerja kuat dan melipatgandakan usaha dalam membangunkan ekonomi dan masyarakat supaya tidak ketinggalan berbanding dengan bangsa lain.
Tun juga mengakui bahawasanya rakyat Kelantan adalah rakyat yang kuat pegangan agamanya dan sentiasa meletakkan asas agama dalam setiap tindakan dan keputusan.
Daripada perbincangan tadi, saya boleh simpulkan bahawa sikap bekerja keras dan berpegang teguh kepada agama adalah bertepatan dengan seruan Islam sebagaimana kenyataan para salafussoleh:
إعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً

واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً
"Beramallah untuk dunia kamu seolah-olah kamu hidup selamanya dan beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari".
Dalam pertemuan tadi, Tun telah memberi respon yang baik berkenaan kajian semula bagi pendaratan gas ke pantai di Negeri Kelantan yang melibatkan kawasan Joint Development Area (JDA) dalam perairan Kelantan. Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyiapkan sepenuhnya Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) kerana ia adalah sangat mustahak bagi kepentingan rakyat Kelantan dan pembangunan negeri.
Saya juga telah menyatakan tentang pembangunan sektor pertanian di Negeri Kelantan yang boleh diambil perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan produk daging lembu sendiri yang dijenamakan sebagai Naimbif. Di samping itu, Negeri Kelantan memiliki tanah rizab haiwan yang luas untuk dimanfaatkan bagi kemajuan sektor pertanian.
Saya mengharapkan pertemuan pada hari ini dapat terus mengeratkan lagi kerjasama G to G antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan - HARAKAHDAILY 11/11/2018 
FB IMG 1541891933928

Pohon Maaf Terbuka PH, PTPTN Gagal Tunai Janji. Lidah Bercabang?


WAN Saiful ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Wilayah Persekutuan 2018, di ASWARA, hari ini. - NSTP/Mahzir Mat Isa
terbuka 
Hasil carian imej untuk lidah bercabang
Pengerusi PTPTN mohon maaf gagal tunai janji


KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
Wan Saiful yang juga penulis Buku Harapan, berkata agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto PH sebelum ini, namun gagal.
“Saya antara yang terbabit menulis janji Manifesto PH. Saya yang bertanggungjawab dalam hal ini, termasuk janji menangguhkan pembayaran semula oleh peminjam yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.
“Saya mohon maaf kepada rakyat. Ketika itu (merangka manifesto), saya tidak tahu hutang negara dan PTPTN sangat besar.
“Hutang PTPTN (ketika itu) hampir RM40 bilion, dan jika janji ini diteruskan, hutang PTPTN akan menjadi bebanan besar kepada negara,” katanya.
Beliau membuat pengumuman maaf terbuka itu ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan 2018, di sini, hari ini.
Wan Saiful menjelaskan pengurusan PTPTN sudah lama berusaha untuk menyelesaikan hutang PTPTN namun tidak berjaya.
“PTPTN sudah lama nak (cuba) menguruskan pinjaman. Di sini, saya ingin menzahirkan kekaguman kepada pengurusan PTPTN kerana kesungguhan menyelesaikan isu ini,” katanya.
Wan Saiful berikrar untuk cuba menepati janji mengurangkan beban peminjam yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.
Selain itu, beliau menggesa pucuk kepimpinan parti gabungan PH mengadakan mesyuarat meja bulat untuk membincangkan hala tuju janji manifesto parti politik itu.
“Sudah sampai masanya rakan PH dalam kerajaan mengambil keputusan tuntas berhubung janji manifesto.
“Sudah sampai masanya, semua pucuk pimpinan parti duduk berbincang, janji mana boleh dicapai segera, janji mana yang perlu dilihat semula atau dibatalkan sepenuhnya,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah kegagalan PH, terpaksa pohon maaf terbuka, kerana PTPTN gagal tunai janji. Lidah bercabang?

Berita Gembira 'backpakers' Australia. Boleh Tinggal Lama.

Hasil carian imej untuk Australia benarkan 'backpakers' tinggal lebih lama
Australia benarkan 'backpakers' tinggal lebih lama
CANBERRA – AUSTRALIA. Kerajaan Australia telah mengumumkan akan memanjangkan tempoh visa buat pengembara-pengembara 'backpakers' ke negara berkenaan untuk tinggal lebih lama bagi menampung kekurangan tenaga kerja di ladang-ladang buah menjelang musim menuai.

Menerusi laporan Business Times, perubahan peraturan 'visa backpacker' yang baru itu membolehkan anak muda ke negara berkenaan untuk mencari pekerjaan untuk tinggal sehingga tiga tahun dengan syarat mereka perlu bekerja di dalam sektor pertanian untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Melalui syarat lama di mana pekerja-pekerja ini hanya dibenarkan untuk tinggal selama tahun dan tambahan satu tahun lagi sekiranya mereka bekerja di ladang-ladang di wilayah utara yang terpencil.

Bermula Julai tahun depan, visa berkenaan akan dipanjangkan sehingga ke tahun ketiga sekiranya mereka meluangkan masa untuk bekerja di wilayah terpencil di mana pengusaha-pengusaha ladang buah menderita kerana kekurangan pekerja.

Peraturan tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Australia, Scott Morrison ketika bertemu dengan pengusaha tanah pertanian di wilayah Queensland. Pengumuman tersebut dibuat menjelang pilihan raya umum Mei depan.

Kerajaan Australia sebelumnya mengenakan peraturan ketat termasuklah memendekkan tempoh visa bagi menghalang kemasukan imigran secara berterusan ke negara berkenaan bagi memulakan kehidupan baru.

Bagaimanapun, sektor pertanian berhadapan dengan kesan buruk akibat peraturan ketat yang diamalkan terutamanya ketika musim menuai.

Untuk tempoh 2017 sehingga 2018, Australia mengeluarkan visa kepada lebih 200 ribu orang pekerja imigran dengan Perancis dan Jerman menjadi negara tertinggi dalam kalangan 45 negara yang menerima visa tersebut.

Kajian sebelum ini mendedahkan kebanyakan pekerja-pekerja imigran ini merupakan pelajar-pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti-universiti tempatan. (SH)
Hasil carian imej untuk kerja kutip buah

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?  Klik gambar di bawah ini..

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails