Monday, November 26, 2018

Prof. Agus, Amanah Bakal Hilang? Kena Buat Sesuatu Segera..

Hasil carian imej untuk dr zulkifli ahmad amanah
Hanya 40% untuk prestasi menteri AMANAH, kata Agus
MALAYSIA DATELINE


Hanya 40% untuk prestasi menteri AMANAH, kata Agus
Penganalisis politik, Profesor Mohammad Agus Yusoff berkata, beliau memberikan purata 40 peratus sahaja kepada prestasi lima menteri AMANAH dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Menteri AMANAH lima orang. Saya beri purata prestasi mereka 40%, dengan Datuk Seri Dr Dzulkifley terbaik antara lima. Terbaik kerana beliau menjawab di parlimen dengan baik dan substantif. Yang lain-lain seadanya sahaja. Ada tidak menguntungkan, tiada tidak merugikan,” tulis beliau dalam Facebooknya semalam.

Kata beliau, seorang menteri AMANAH, semasa menjawab soalan di Dewan, suka mengulang perkataan “saya sekarang menteri. Tak cukup peruntukan, saya akan bincang dengan Menteri Kewangan.”

Soalan asal dari MP Pembangkang berbelit-belit dijawabnya. Program kementerian banyak yang dirancang, tetapi tiada yang luar biasa, berterusan retorik, katanya.

“Seorang menteri lagi, suka bercakap. Semua hal hendak dijawabnya, pantang wartawan tanya. Sebab itulah jawapan selalu tersasul sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Polisi baharu tidak ada. Klise sahaja.

“Sebab terjadi begini kerana menteri tidak cekap dan pegawai serta penasihatnya pun sama. Maka, beginilah jadinya.

“Tiga lagi menteri saya belum mahu komen,” kata beliau.

Ujar Agus, jika sikap menteri AMANAH berterusan seperti ini, beliau berharap sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, mereka ini diganti dengan individu lain.

Jelasnya, gejala sindrom penafian dan ‘syok sendiri’ yang beliau fikir hanya berlaku kepada menteri Umno sahaja kini berjangkit kepada pemimpin AMANAH.

“AMANAH jika mahu terus survive, perlu bertapak kukuh di Kelantan dan Terengganu. Malangnya, saya perhatikan AMANAH di dua negeri ini seperti hidup segan mati tak mahu.

“Jika begini senarionya, selepas PRU-15 nanti, semakin hilanglah AMANAH dari radar peta politik negara,” katanya lagi.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pimpinan AMANAH kena buat sesuatu segera kalau tak mahu hilang... 

Sunday, November 25, 2018

Remaja Dirogol Polis Trafik.. Pagar Makan Padi..

Hasil carian imej untuk pagar makan padi, harap pagar

SEORANG anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Langkawi, ditahan kelmarin, bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur.
Anggota polis berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun membuat laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 17 November lalu.
Dalam kira-kira jam 5 pagi itu, suspek dikatakan menahan mangsa dan rakannya berusia 14 tahun yang menunggang motosikal tanpa lesen sebelum membawa mereka ke sebuah apartmen di Kuala Teriang.

Sumber berkata, suspek pada mulanya mengarahkan mangsa menaiki kereta kononnya bagi membuat laporan kerana mereka disyaki mencuri motosikal.
“Suspek kemudian membawa kedua-dua gadis ke sebuah apartmen sebelum bertindak merogol salah seorang daripadanya, selain turut mencabul rakannya dengan meraba buah dada dan meminta mangsa membuka seluarnya.
“Selepas kejadian itu, suspek dikatakan keluar dari apartmen itu untuk bertugas mengawal lalu lintas pada jam 10.30 pagi dan kembali semula ke apartmen itu pada jam 4 petang,” katanya.
Mangsa dan rakannya kemudian dikatakan bertindak keluar dari apartmen terbabit pada jam 4.30 petang ketika suspek sedang tidur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan laporan itu.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.
“Anggota polis terbabit sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol,” katanya.  (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harap pagar, pagar makan padi.. Tapi ada lagi pagar lebih rakus makan padi lagi banyak..

Himpunann 8 Dis, Menteri Wilayah Tawar Stadium B/Jalil, Muat 1 Juta...


SHAH ALAM - Menteri Wilayah, Khalid Samad menegaskan perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember nanti tetap tidak boleh diadakan di Dataran Merdeka jika melibatkan penyertaan sejuta orang. 

Katanya, lokasi yang bersesuaian untuk menampung jumlah peserta perhimpunan yang ramai adalah di stadium. 

“Dataran Merdeka tidak boleh menampung seramai sejuta orang. Itu logik. 
“Kalau tetap nak buat, boleh di Stadium Bukit Jalil atau mana-mana stadium yang boleh muat sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian. 

'Dataran Merdeka mana muat sejuta orang'

Khalid juga berkata bahawa sehingga hari ini, penganjur tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk perhimpunan mega tersebut. 

“Kalau betul nak buat, mohon la permit. Baru la orang nampak serius. Pihak penganjur perlu bertanggungjawab buat permohonan. 
“Macam kami dulu seperti penganjuran perhimpunan Bersih, kami buat permohonan,” katanya. 

Pas dan Umno tetap bertegas untuk mengadakan perhimpunan menolak ICERD di Dataran Merdeka walaupun kerajaan memutuskan tidak akan meratifikasi konvensyen berkenaan. 

Semalam Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD. 

Sebaliknya kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum sewaktu pembentukan negara ini. 

Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meragui keikhlasan kerajaan PH menolak ICERD. 

Katanya, pembangkang percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini. (SH)

PTPTN: 300 Siswa Turun Ke Perjalanan Desak Kerajaan PH Tunai Janji.




KUALA LUMPUR – Lebih 300 mahasiswa hari ini turun ke jalanan bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji berkaitan pembayaran semula pinjaman PTPTN. 

Berpakaian serba hitam, kumpulan itu memulakan perarakan pada jam 2 petang di Masjid Jamek dan melalui pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk menuju ke Ibu Pejabat PTPTN di Jalan Yap Kwan Seng. 

Sambil berarak, kumpulan mahasiswa itu membawa sepanduk bertulis ‘Mahasiswa Tuntut Janji’, ‘Tuntut Janji PTPTN’ dan ‘Mahasiswa Bangkit’. Mereka turut melaungkan kata-kata ‘Tolak Dr Maszle Malik’. 

 

Exco Politik Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) Yazid Khairul Azman berkata, himpunan yang diadakan pada hari ini adalah sebagai bantahan terhadap kerajaan dan menuntut janji yang pernah diungkap sebelum PRU14 lalu. 

“Kita tuntut janji berkaitan PTPTN….kita tidak mahu mereka mewarisi sifat yang memungkiri janji. 

“Jadi apabila sudah mungkir, maka memilih PH tidak berbaloi lagi dan menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia membuang (PH) dari Putrajaya. Ia adalah isyarat kepada kerajaan. 

“Sebilangan mahasiswa yang mengundi PH atas sebab pembaharuan yang mereka tawarkan, namun mereka mungkiri,” katanya sewaktu berucap dalam himpunan itu. 

Sebelum ini, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kegagalan PH menunaikan janji yang sebelum ini mahu membenarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi mereka yang mendapat gaji bulanan di bawah RM4,000. 

Wan Saiful berkata, sebagai orang yang membuat cadangan tersebut, maka beliau mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan kerajaam menunaikan janji itu. 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawanan 2019 mengumumkan peminjam PTPTN dengan gaji paling kurang RM1,000 sebulan adalah tertakluk kepada jadual pembayaran balik hutang progresif pada kadar 2% hingga 15% daripada gaji bulanan mereka. 

Himpunan yang mendapat kawalan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bagaimanapun berakhir dengan aman dan tidak ada sebarang tangkapan dibuat. -SuaraTv

MR :  Mahasiswa antara mereka yang dikencing 


MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

5,000 Hadir Ceramah Preiden PAS Di Baling..

Presiden Pas sampaikan ceramah

BALING - Kira-kira 5,000 orang memenuhi pekarangan Pondok Misbah Al Falah malam ini bagi mendengar ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Orang ramai mula memenuhi padang Pondok Misbah Al Falah seawal jam 9 malam bagi mengikuti ceramah presiden Pas itu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum ucapan Mudir Madrasah Misbah Al Falah, Ustaz  Md Mukhtar Omar Zuhdi.

Terdahulu, Abdul Hadi mengadakan perjumpaan tertutup bersama guru-guru pondok di pondok berkenaan sebelum meluangkan masa melawat tapak pembinaan kompleks Pas Baling di Kupang. (SH)

Drew Barrymore Tak Izin Anak-anak Jalani Kehidupan Normal .


Drew Barrymore tidak mahu anak-anaknya menjadi pelakon kanak-kanak.

HALAMAN HIBURAN

PELAKON Drew Barrymore tidak mahu dua anaknya Frankie dan Olive terlibat dalam bidang lakonan buat masa ini. 

Drew berkata dia sendiri memulakan karier lakonannya pada usia yang sangat muda dan dia tidak mahu anak-anaknya melalui perkara sama. 

Sebaliknya, Drew mahu mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

"Saya tidak akan biarkan mereka menjadi pelakon kanak-kanak. Itu bukan kehidupan yang perlu mereka jalani.
"Jika mereka ingin berlakon apabila dewasa nanti saya akan sokong tetapi bukan sekarang," katanya seperti dilaporkan People. 

Drew Blythe Barrymore merupakan seorang pelakon, penulis, pengarah, model dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau merupakan cucu kepada pelakon John Barrymore. Dia sendiri tidak mahu dua anaknya Frankie dan Olive terlibat dalam bidang lakonan buat masa ini. mahu mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Mengapa?

Begitulah delima kehidupan artis di barat.. (IH)

K/Siang, Ini 8 Sebab.. Faham? Faham Boss..


Lim Kit Siang sudah rasa gelisah dan takut

1. Lim Kit Siang hari ini menyindir PAS dan UMNO kononnya hendak menjadi jaguh Melayu sedangkan kedua parti itu senyap ketika isu 1MDB.
2. Ini adalah strategi “red herring” Lim Kit Siang untuk mengalih perhatian dan mengurangkan sokongan orang Melayu sempena perhimpunan besar-besaran menentang ICERD pada 8 Disember ini.
3. Nada Lim Kit Siang ini adalah serupa dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang juga menyindir PAS dan UMNO dengan kenyataan sama.
4. Jelas, Lim Kit Siang dan konco-konconya kini ketakutan akibat orang Melayu yang semakin sedar akan rancangan jahat mereka untuk menggugat kedudukan institusi Melayu.
5. Jika tidak, Lim Kit Siang tidak akan menyentuh pun isu PAS-UMNO ini jika ia akan membawa kerugian kepada dua parti Melayu itu. Dengan senang hati Kit Siang akan senyap membiarkan sahaja jika ia membawa keuntungan kepada DAP.
6. Kenyataan Lim Kit Siang itu adalah isyarat bahawa mereka sedang ketakutan akibat himpunan ICERD dan cuba untuk ‘discredit’ atau menjatuhkan reputasi penganjur perhimpunan (PAS-UMNO) agar orang Melayu ‘hilang semangat’ tidak turun pada hari itu nanti.
7. Jadi, atas sebab inilah orang Melayu sebaliknya kena turun beramai-ramai pada himpunan menentang ICERD pada 8 Disember nanti.
8. Jika tidak, nanti Lim Kit Siang dan konco-konconya akan mendapat kemenangan mudah dengan merasakan semudah itu orang Melayu ini lemah dan boleh dipijak-pijak.
#MelayuIslamBangkitKeranaTeracam
Kami memerlukan sokongan ANDA
#melayubangkit #demiabata #tolakICERD #bangkitlahbangsaku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails