Sunday, December 23, 2018

Kadar Jenayah Terengganu Turun Tahun Ini.


Kadar jenayah di Terengganu bagi tempoh Januari tahun ini hingga semalam mencatatkan penurunan kepada 1,770 kes berbanding 2,200 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, daerah Kuala Terengganu mencatat jumlah jenayah tertinggi iaitu 534 kes diiikuti Besut (360), Dungun (271), Kemaman (266), Marang (137), Setiu (104) dan Hulu Terengganu (98). 

Beliau berkata kes membabitkan curi motosikal menjadi penyumbang tertinggi kepada jenayah negeri ini diikuti jenayah melibatkan kecurian harta benda. 

“Saya berpuas hati dengan pencapaian kontinjen Terengganu dalam menurunkan kadar jenayah negeri. Contohnya, kes kecurian motosikal yang menjadi penyumbang (jenayah) tertinggi telah dapat dikurangkan daripada 500 kes tahun lepas kepada 450 kes tahun ini. 
“Ia adalah hasil kerjasama antara orang awam dan polis yang memberi maklumat dan lawatan ke bengkel bagi mengesan jika terdapat alat ganti yang telah dileraikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Wanita Siri 1/2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, di sini, hari ini. Turut hadir, Komandan PULAPOL Kuching, Datuk Azman Salim. 

Seramai 292 pelatih konstabel wanita berjaya menamatkan latihan asas kepolisan selama enam bulan bermula 23 Jun lepas. Terdahulu dalam ucapannya Aidi turut mengingatkan semua pelatih supaya sentiasa menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur kepada masyarakat. 

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian pelatih wanita kali ini dan berharap agar mereka dapat meneruskan kecemerlangan ini dalam perkhidmatan di luar kelak,” katanya. 

Untuk rekod seramai 6,000 pelatih tamat dilatih di 10 pusat latihan seluruh negara tahun ini membabitkan pelbagai pangkat termasuk kadet sarjan, kadet Inspektor dan konstabel. – Bernama

Rakyat Jemu Dengar Pasal Hutang.. -Daim

xTUN-DAIMZAINUDDIN-681x454
"Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan" kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.


KUALA LUMPUR – “Rakyat tak nak dengar pasal hutang, itu cerita lama. Tapi kerajaan perlu perbetulkan, itu soal pengurusan” kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, hutang adalah soal kerajaan yang perlu diselesaikan dan rakyat tidak mahu mengetahui mengenainya.
Yang rakyat mahu tahu hanyalah harga mesti turun dan pendapatan mesti meningkat.
“Kalau kerajaan kata ada hutang, itu soal kerajaan (yang perlu diselesaikan). Kerajaan kena bayar. Rakyat hanya tahu harga mesti turun, pendapatan mesti meningkat. Ini tanggungjawab kerajaan,” kata Daim sambil mengulangi bahawa sesiapa sahaja akan jemu sekiranya mendengar tentang masalah yang dihadapi oleh kerajaan setiap hari.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama penduduk Felda di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor semalam.
Sehubungan dengan itu, Daim yang sebelum ini mempengerusikan Majlis Penasihat Kerajaan menasihatkan kerajaan supaya berhenti bercakap tentang hutang negara dan  sudah tiba masanya untuk mereka mula menumpukan untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya.
Beliau juga mengingatkan Pakatan Harapan bahawa pengundi mungkin menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang sekiranya gagal menunaikan janji kepada rakyat.
Katanya, manifesto itu merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan, namun ia memerlukan tumpuan kerajaan.
“Boleh buat bukan tak boleh buat. Tumpukan perhatian pada manifesto ini. Mungkin perlu sedikit masa tapi perhatian perlu diberikan.
“Menteri mesti selesaikan masalah. Semua tahu masalah, tapi kalau mahu cerita hari-hari kita pun jemu,” katanya dipetik dari portal berita MalaysiaKini.
Terdahulu, dalam ucapannya pada program itu, Daim menyebutkan bahawa kerajaan PH perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.
Sekiranya tidak, katanya, pembangkang akan menjuarai isu berkenaan.
Diminta mengulas lanjut, Daim berkata rakyat mungkin akan menolak PH sekiranya gabungan itu gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya.

Guna Dron Di Lapangan Terbang UK, 140,000 Terkandas, Saspek Ditahan.



SEORANG lelaki dan wanita ditahan atas kesalahan menyebabkan kekacauan di Lapangan Terbang Gatwick, United Kingdom kerana menggunakan dron.

Insiden itu turut menyebabkan 1,000 penerbangan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan sekali gus membuatkan 140,000 penumpang terkandas untuk menyambut Krismas.
Suspek terbabit ditahan atas kesalahan 'penggunaan jenayah dron' dan menyebabkan gangguan meluas terhadap penerbangan.

Polis Sussex berkata, seorang lelaki dan wanita ditahan di kawasan Gatwick kira-kira pukul 10 malam Jumaat.
Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Lapangan Terbang Gatwick pada pagi Sabtu berkata, landasan masih dibuka tetapi penumpang diminta untuk memeriksa dengan syarikat penerbangan mereka sebelum memulakan perjalanan.
Penumpang yang terkandas menunggu perkembangan di dalam kawasan terminal. - PA

Penerbangan dari lapangan terbang kedua terbesar di UK itu dihentikan sementara selama lebih satu hari selepas sebuah peranti dikesan berada dalam perimeter kawasan tersebut pada Rabu, iaitu sekitar pukul 9 malam.

Lapangan terbang dibuka sepenuhnya pada Jumaat selepas puluhan ribu penumpang terkandas akibat insiden itu dan pihak polis mengatakan bahawa siasatan proaktif sedang dijalankan ketika itu.

Sejumlah penerbangan yang sepatutnya tiba di Gatwick pada Sabtu juga telah dibatalkan. Menurut laman web lapangan terbang berkenaan, ia melibatkan perkhidmatan penerbangan EasyJet dari Milan-Linate dan penerbangan TUI dari Bridgetown, Barbados.

Peralatan ketenteraan digunakan pada Jumaat untuk menghentikan gangguan dron sementara pelbagai taktik sedia dilakukan jika terdapat pesawat tanpa kawalan dilihat masuk ke dalam perimeter.

Satu peralatan yang dipercayai telah dihantar ke lapangan terbang tersebut adalah sistem Dome Drone yang dibangunkan oleh Israel, yang dapat mengesan pesawat menggunakan radar. - Mirror UK

apa itu drone
Komen Weblog Ibnu HasyimSecara umum, drone merupakan salah satu teknologi canggih yang berupa kendaraan udara. Bentuknya tersebut menyerupai pesawat terbang atau juga helikopter yang dapat di operasikan tanpa dikendarai oleh awak atau pilot. 

Jika pesawat terbang di kendarai oleh pilot yang berada di dalam kabin maka drone ini memiliki pilot yang tetap tinggal di daratan dan hanya memanfaatkan fasilitas seperti remote control untuk dapat mengontrol terbang drone di udara. Oleh sebab itu banyak anggota militer yang memanfaatkan alat canggih ini untuk dapat menyelesaikan berbagai macam misi yang mempunyai resikot tinggi untuk pesawat yang dikendarai oleh pilot.

Meski drone ini pada awalnya hanya di pergunakan oleh anggota militer saja, namun rupanya di masa yang serba canggih ini, drone telah banyak digunakan oleh seluruh pihak secara meluas. Badan pemerintahan juga memanfaatkan drone untuk dapat menghubungkan intelejen dengan pertanahan. Namun saat ini untuk masyarakat awam sekalipun juga dapat menggunakan alat canggih tersebut. 

Saspek di atas guna dron di lapangan terbang UK itu sehingga 140,000 penumpang terkandas. Akhirnya saspek ditahan.

Rakyat Pula Beri Subsidi Pada k'jaan. Harga Sebenar RON95 = RM1.90



Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga US$72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu, harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam.

Semalam, harga Brent ialah di sekitar US$52 satu tong. Sebagai perbandingan, harga Brent semasa BN kalah ialah US$73 satu tong dan harga RON95 ialah RM2.20 satu liter. Ini bermakna, sejak awal bulan lepas, kerajaan PH telah kenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95.

Harga sebenar petrol RON95 sepatutnya antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan dahulu berbanding harga RM2.20 sekarang. Kerajaan PH telah mengutip cukai sebanyak RM120 juta dari penjualan RON95 setiap minggu dari rakyat.

Semasa berkempen, PH telah membuat pelbagai janji selama di dalam ceramah mereka bahawa mereka akan menurunkan harga petrol kepada RM1.50 hingga RM1.80 satu liter. Oleh itu, rakyat ada hak untuk menuntut kerajaan PH untuk berhenti dari mengenakan cukai ke atas RON95 dan membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Bulan lepas, kerajaan PH telah umumkan mereka akan apung semula harga petrol pada bulan April. Mengapa tidak apungkan sekarang juga untuk membenarkan rakyat untuk menikmati harga petrol yang lebih rendah sekarang memandangkan tempoh sekarang ialah tempoh penuh dengan hari perayaan?

Subsidi tidak diberi, bantuan dipotong atau dimansuhkan, tetapi kerajaan PH dengan senyap mengutip cukai ke atas RON95 dan diesel pula? Memang SST bermakna Senyap-Senyap Tibai. Secara jujur, saya tidak pernah mengenakan satu sen cukai ke atas petrol RON95 di dalam tempoh saya sebagai Perdana Menteri.

Pada masa harga minyak dunia tinggi sehingga US$120 satu tong, kami memberi subsidi yang amat tinggi setiap minggu. Selepas harga petrol RON95 diapungkan pada November 2014, kerajaan BN membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah pada masa itu apabila harga minyak dunia turun.

Ramai yang mungkin lupa bahawa RON95 pernah dijual pada harga RM1.60 atau RM1.70 satu liter untuk tempoh yang agak lama di tahun 2015 dan 2016.

Rujuk sini: http://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march

Kita tidak kenakan cukai pada masa harga minyak dunia rendah. Tidak sama dengan kerajaan PH sekarang yang lakukannya tanpa anda sedari. Apabila saya dilantik sebagai PM pada April 2009, antara langkah pertama saya ialah menggantikan minyak RON92 dengan petrol lebih berkualiti iaitu RON95.

Fakta menunjukkan bahawa ketika saya hilang kuasa, harga RON95 adalah RM2.20 – iaitu lebih rendah berbanding RON92 yang dijual pada RM2.40 ketika saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008 . Ini bertentangan dengan andaian orang ramai bahawa saya menzalimi rakyat dalam isu harga petrol. Siapa yang sebenarnya zalim sekarang?
Portal Pakdin.my

Ustaz Kena Banned Masuk TV - Ustaz Azhar Idrus

Hasil carian imej untuk azhar idrus

Ustaz Kena Banned masuk TV 

- Ustaz Azhar Idrus (Video)




Tolak Makan Babi, 400 Mahasiswa Muslim Dikurung Dalam Peti Sejuk.


Sebuah situs berita independen yang berpusat di AS, baru saja mengungkapkan beberapa rincian mengejutkan, tentang kondisi lebih dari 400 mahasiswa Muslim Kazakh di Habahe dan Burqin di Xinjiang, China.
Menurut Radio Free Asia (RFA), banyak dari siswa miskin ini ditahan oleh pihak berkuasa China, setelah melakukan protes terhadap perintah pemerintah, yang memaksa mereka untuk makan daging babi.
Setelah itu, keberadaan siswa tetap menjadi misteri, kerana kementerian pendidikan China tidak mengungkapkan lokasi siswa-siswa ini.
Seorang aktivis hak Kazakhstan, Serikjan Bilash, dikutip oleh RFA dan dilansir Wolrdofbuzz mengatakan, 
“Lebih dari 400 mahasiswa Kazakh, telah hilang selama seminggu. Orang tua mereka tidak tahu keberadaan mereka. Menurut laporan, mereka ditahan kerana mereka menolak makan babi, yang dikatakan melanggar hukum di Tiongkok.”
Hasil carian imej untuk Tolak Makan Babi, 400 Mahasiswa Muslim di China Dikurung
Hasil carian imej untuk Tolak Makan Babi, 400 Mahasiswa Muslim di China Dikurung
Pada 16 Desember 2018, RFA melaporkan, siswa ini disyaki dikunci dalam freezer daging yang penuh dengan bangkai babi.
“Ada freezer daging di Burqin County. Penunjuk perasaan di Kabupaten Habahe, sekarang berada dalam peti sejuk yang penuh dengan bangkai babi.”
Wilayah Habae kini di bawah penjagaan ketat, dan tempat itu dikelilingi oleh polis dan militer. Ramai yang ditolak masuk ke county selama berhari-hari.”
Di sisi lain, penduduk lain mengatakan, Muslim di Xinjiang tidak memiliki pilihan dalam situasi yang tidak menguntungkan ini.
“Bagi penduduk Muslim Xinjiang, entah kita bertempur sampai mati atau disiksa dan dicuci otak oleh otoritas (China). Bagaimanapun, kita masih mati,” ujar seorang warga Xinjiang.
Berita ini muncul, setelah Independent melaporkan tentang kamp-kamp pendidikan ulang China untuk Uighur dan minoriti Muslim lainnya di negara mereka.
Mereka mengungkapkan, bahawa kamp-kamp ini mirip dengan “kamp konsentrasi perang”. Di kamp-kamp ini, para korban dipaksa duduk untuk pelajaran pendidikan ulang politik, dan menyanyikan lagu-lagu politik.
Laporan sebelumnya telah mengungkapkan, mereka diwajibkan untuk mengecam agama mereka, dan bersumpah setia kepada partai Komunis China.
Mereka juga dilaporkan dipaksa melakukan hal-hal yang bertentangan dengan agama Islam, seperti makan babi dan minum alkohol. (IH)
Ibnu Hasyim semasa berada di Xinjiang China.

Lagi Penjelasan Upin & Ipin

250px-Logo upin dan ipin.png

Upin&Ipin (Tulisan Jawi: اوڤين دان ايڤين; juga dikenali sebagai Upin Ipin dan Kawan-Kawan) ialah sebuah siri animasi tayangan singkat Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. 

Upin&Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.
Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui akaun Youtube rasmi Les' Copaque. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.
Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.

Sejarah:

Upin dan Ipin asalnya direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd. yang diasaskan oleh Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005.
Dengan aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai pasti menarik minat pasaran antarabangsa. Hujahnya, siri animasi Doraemon dari Jepun boleh laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa. 

Apatah lagi, reputasi Les' Copaque sebagai syarikat terkenal mula dibentuk oleh populariti Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.
Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian Imej janaan komputer (CGI),Autodesk Maya. Dalam sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."

Musim pertama Upin & Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi yang diisi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Musim pertamaUpin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.
Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan Upin & Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemu bual dalam rancangan wawancara Internet, The Entrepreneur, pada tahun 2010, Haji Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual … pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat."[

Oleh itu, Upin & Ipin dan Kawan-kawan disiarkan sepanjang tahun mulai awal tahun 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan/Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010.

Pada tahun 2009 juga, barulah filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. 

Namun, setahun kemudian, filem Angkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk filem 3D.
Pada 29 September 2010, kugiran Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepadahubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini. 

Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos[9], menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin.

Pada Disember 2010, dilaporkan bahawa francais Upin & Ipin mengumpul pendapatan sebanyak RM 12 juta pada tahun 2009 dan 2010, kebanyakannya hasil penjualan siri Upin & Ipin kepada penyiar antarabangsa.

Di tengah musim kelima Upin & Ipin pada tahun 2011, Les' Copaque memperkenalkan rancangan aneka ragam kanak-kanak mingguan, Kelab Upin & Ipin, mulai 4 Jun. Pada musim Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, musim terawal Upin & Ipin disiarkan dalam Astro Ceria.

Senarai watak Upin & Ipin
Upin & Ipin dan Kawan-kawan merupakan siri animasi yang menceritakan kisah sepasang kembar 5 tahun yang menjalani kehidupan mereka sehari-hari yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.
Kenali Upin & Ipin dan kawan-kawannya: Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil dalam sesebuah permainan. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan; Mei Mei, kanak-kanak berbangsa Cina, comel, bersopan-santun dan sering menyuarakan pendapatnya; Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya. 

Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan “dua, seringgit”; manakala Jarjit pula, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Walaupun sebaya, namun suara dan wajahnya kelihatan lebih matang serta Jarjit sangat gemar teka-teki dan berpantun. Tidak lupa juga; Ros, kakak mereka yang sangat garang dan Opah yang lemah-lembut dan sering menasihati mereka.

Filem:
Geng: Pengembaraan Bermula (juga Geng: The Adventure Begins untuk pasaran luar negara, asalnya Geng: Misteri Hantu Durian dilaungkan sebagai filem ceteraanimasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem yang telah dibangunkan oleh syarikat Les' Copaque Production (LCP) ini menemui penonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 12 Februari 2009.

Filem Geng dilancarkan di sebuah majlis pelancaran pada 11 September 2007 bersama-sama siri animasi pendek Upin & Ipin yang berikatan dengan filem berkenaan. Pembikinan filem ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan sumbangan lain seperti wang tunai sebanyak RM1 juta. 

Selain itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut menyalurkan kewangan sebanyak RM200,000 untuk mempromosikan Malaysia melalui filem ini. Penerbitan filem ini bermula selepas LCP ditubuhkan pada Disember 2005 dan mengambil masa selama lapan bulan untuk penyelidikan berkaitan animasi dunia.

Setelah disiapkan, filem Geng mula ditayangkan selama tujuh minggu mulai 12 Februari 2009 di 56 buah pawagam seluruh negara. Dilaporkan bahawa filem Geng berjaya mengaut kutipan mencecah RM 6,314,526 dari hari pembukaan hingga 1 April yang boleh ditafsirkan sebagai sumbangan 813,604 penonton dari sebanyak 55 buah pawagam, sekaligus menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagamnya di Malaysia sepanjang tahun 2009, di samping menghampiri rekod Lagi Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta ketika ditayangkan pada tahun 2001 dan filem ke-12 paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia.

Ekoran kejayaan besar tersebut, filem Geng dieksport ke beberapa negara, sementara DVD Geng dipasarkan di Malaysia mulai September 2009. Filem Geng turut menikmati siaran TV perdana di tiga saluran berlainan (Disney ChannelDisney XD dan TV9) pada hari yang sama, iaitu 10 Disember 2009; sambutan penonton tidak kurang hebatnya.
Pasukan UNICEF Malaysia bersama Upin & Ipin.

Sekian.


Lihat sebelum ini..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails