Sunday, January 06, 2019

PRK C/Highland Bermula Dengan Rasuah 2 Ekor Lembu?


PRK Cameron Highland : Kebodohan Kit Siang Menelanjangkan Penipuan DAP


SPR dah tetapkan PRK Cameron Highland (P 178) akan di adakan pada 26 Januari 2018...
Tempoh berkempen dah di tetapkan selama 14 hari dari tarikh PRK Cameron Highland...
Ini bermakna, jentera pilihanraya parti2 yang akan bertanding akan memulakan kempen bermula dari 12 Januari 2018...


Bagaimanapun, DAP yang di katakan akan sekali lagi mencabar BN dalam PRK Cameron Highland, memulakan langkah awal dengan membuat lawatan ke kawasan PRK Cameron Highland...


Bekas calon DAP yang tewas dalam PRU 14, Manogaran, sekali lagi di namakan sebagai bakal calon PH telah bersama2 dengan otai DAP, Lim Kit Siang melakukan lawatan ke Cameron Highland dalam siri, Jalan2 Cari Salah BN...
Apakah 2 Ekor Lembu Bukan Rasuah Pilihanraya?



Bermodalkan 2 ekor lembu (tapi telah di tolak), misi memancing undi dengan menggunakan senjata mengambil hati (2 ekor lembu) dan menabur fitnah (dengan mendedahkan kelemahan BN), akhirnya memakan diri sendiri...

Bekas Calon DAP Tak Tahu Beza Antara Jalan Persendirian Dengan Jalan Yang Di Wartakan

Agak pelik, bila pernah bertanding dalam PRU 14 bagi parlimen Cameron Highland tapi Manogaran tak dapat membezakan antara jalan persendirian yang bukan tanggungjawab kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat untuk melakukan kerja2 penyelenggaraan dengan jalan yang telah di wartakan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat untuk di bangunkan...


Gambar yang di muatnaik oleh Manogaran melalui akaun facebook beliau yang kemudiannya di sokong secara membuta tuli oleh Lim Kit Siang, sebenarnya adalah jalan persendirian milik seorang taukey kebun di sana...


Jadi kalau ikut prinsip 'keperihatinan' Kit Siang dan Manogaran, kalau sesiapa ada masaalah dengan jalan2 kat dalam kebun milik peribadi, bolehlah panggil Lim Kit Siang untuk ambil gambar dan viralkan...


Tapi kena pastikan mesti waktu PRU atau PRK, kalau tak, memang dia tak layan..
Anak Batalkan Projek, Bapa Viralkan Dalam Internet 


Kit Siang cuba jadi hero orang asli dengan memuatnaik gambar bagaimana dia terperangkap dalam jalan yang becak ke Kampung Orang Asli Semoi Lama untuk menyambut tahun baru bersama mereka...

Dan dengan pantas, Kit Siang menyalahkan mantan kerajaan BN yang di tuduhnya mengabaikan kebajikan orang asli di situ...
Alahai!
Kesiannya...

Gara-gara keBODOHan SI ANAK yang membatalkan peruntukan dari Pejabat Perdana Menteri, SI BAPAK pulak yang tersangkut di Kampung Orang Asli...
Sebelum PRU yang lepas, kerajaan BN luluskan peruntukan RM 20 juta untuk membaiki jalan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan banyak lagi peruntukan lain...
Tapi bila Rejim Pakatan Hancing tu memerintah, habis semua bantuan peruntukan dari PMO itu di tarik balik dengan alasan kononnya ia membazir dan hutang negara terlalu tinggi...

Sekarang, penasihat DAP tu pulak nak salahkan Kerajaan BN padahal Menteri Kewangan Rejim Pakatan Hancing tu yang tarik balik peruntukan untuk menaik-taraf jalan ke kampung tersebut!!!

Peruntukan dah di luluskan, tapi ANAK batalkan, BAPAK pula viralkan kebodohan ANAK...
Jangan Marah Kit Siang Tapi Kita Kena Simpati Pada Kit Siang Yang Dah Tua Tu

Kenapa kena simpati, sebab dengan umur yang dah setua tu, rupa2nya inilah kali pertama dalam hidup Kit Siang datang melawat orang asli di Cameron Highland...

Apa dalilnya, kalau Kit Siang pernah ke sana sebelum nie, tentu Kit Siang cari isu lain untuk menabur fitnah pada BN...

Sebab bila Kit Siang cuba viralkan isu pembangunan, jelas pada kita akan kebodohan Kit Siang yang cuba mempolitikkan isu pembangunan orang asli yang akhirnua memakan diri sendiri...

Gambar2 sekitar kawasan orang asli yang di muatnaik, jelas menunjukkan dalil2 pembangunan yang telah di bawa oleh mantan kerajaan BN ke kawasan orang asli di sekitar Cameron Highland...


Dan untuk info uncle Lim, Jambatan Gantung Pamah Aur pun dah di tukar baru bawah kerajaan BN dulu...
Nasib baik projek siap sebelum anak uncle Lim jadi Menteri Kewangan, kalau tak, memang tak bergantilah jambatan tu, betul tak uncle Lim!!!
Jadi, kalau nak fitnah dan burukkan mantan kerajaan BN untuk menang PRK, buatlah homework dulu, kalau tak nie lah jadinya, fitnah tu 'backfire' uncle Lim balik...
Kebaikan dan kebajikan yang mantan kerajaan BN bawah pimpinan Datuk Seri Najib buat, memang tak dapat bak di nafikan...

Jadi tak payahlah susah2 cari bahan untuk fitnah Datuk Seri Najib dan mantan kerajaan BN, sebab rakyat dah buat keputusan... 

(

Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan



KL: Saranan supaya pekebun kecil getah menggunakan beberapa teknik pada musim tengkujuh masih tidak melepaskan golongan tersebut daripada masalah sebenar dihadapi.
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan diberikan masih memerlukan pekebun mengeluarkan modal dan tidak praktikal.
Beliau merujuk saranan Lembaga Getah Malaysia (LGM) supaya pekebun menggunakan teknik torehan lewat, torehan ganti dan alat pelindung hujan untuk meningkatkan jumlah hari menoreh.
Teknik tersebut dikemukakan Ketua Pengarah LGM, Dr Zairossani Mohd Nor untuk dilaksanakan waktu musim tengkujuh dalam satu ulasannya yang disiarkan semalam.
Menurut Sanusi, walaupun ada negara melaksanakan teknik sedemikian, tetapi ia hanya untuk uji kaji sahaja sebagaimana oleh Vietnam melibatkan alat pelindung hujan.
"Teknik ini tidak boleh dikomersil atau dimanfaatkan oleh pekebun kecil kerana memerlukan kos. Boleh tunjukkan di mana kebun di Malaysia pakai teknik ini dengan biaya pekebun?
"Berapa beza pendapat antara yang menggunakan teknik ini dengan pekebun yang tidak gunakan? Masa musim kemarau pula nak pakai apa?" pintanya yang juga Adun Jeneri untuk pembuktian.
Sedangkan untuk torehan lewat yang disaran itu terang beliau, hanya dapat dibuat selepas batang pokok kering, kerana hujan akan mencairkan susu dalam bekasnya menyebabkan susu tidak beku.
Tegasnya, isu paling besar perlu ditangani agensi itu dan pihak kerajaan memerintah adalah mengenai harga semasa yang begitu rendah dan tidak membantu para penoreh.
Jelas beliau, harga lantai yang menggunakan kaedah Intensif Pengeluaran Getah (IPG) memerlukan penoreh menuntut di LGM di mana perjalanan jauh ditempuh menyebabkan kos.
Menurutnya, IPG telah diumum pada 10 Oktober 2014 dengan peruntukan RM100 juta untuk Belanjawan 2015 dengan tuntutan secara mengemukakan resit rasmi jualan dan kad permit.
Tetapi kata beliau, hanya RM12 juta sempat dikeluarkan di mana selepas kemalangan helikopter mengorbankan Timbalan Menteri berkaitan, sejak itu tiada pembayaran lagi.
"Jadi lebih baik permudahkan urusan tuntutan harga lantai yang telah diumumkan Kerajaan PH daripada cadangan teknik tadi. Harga lantai patutnya RM4, kalau tak mampu juga beri RM3.
"Harga sekarang bukan sahaja membebankan penoreh masa musim tengkujuh, tetapi juga masa musim kemarau," ujarnya kesal. -HARAKAHDAILY 5/1/2019

Petani Rugi RM120,000 Akibat Kegiatan Lombong Pasir



KUALA LANGAT – Seramai 50 petani di Kampung Olak Lempit di sini mengalami kerugian hampir RM120,000 susulan banjir akibat perlombongan pasir.
Seorang petani, Zulkarnain Hamid, 58, berkata, banjir tersebut telah berlaku selama empat hari bermula 15 Disember tahun lalu sedalam 0.5 meter mengakibatkan tanaman diusahakan mereka musnah dalam sekelip mata.
Katanya, tanaman tersebut termasuk keladi, nenas, ubi kayu dan cili yang diusahakan melalui modal mereka sendiri.
“Saya tidak tahu sama ada aktiviti perlombongan tersebut dibenarkan oleh pihak berkuasa atau tidak.
“Apa yang paling dikesalkan adalah kami tiada saluran untuk mengadu berikutan ketiadaan ketua kampung sejak enam bulan lalu,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut di sini hari ini.
Menurut Zulkarnain, lebih memberikan kesan kepada mereka apabila mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah langsung tidak melawat mereka walaupun pemasalahan itu telah disuarakan kepada beliau.
“Kami kecewa dengan ADUN tersebut yang langsung tidak mempedulikan nasib kami,” katanya.
Sementara itu, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan Selangor bagi Daerah Kuala Langat, Bohari Osman ketika ditemui Kosmo! Online memberitahu, siasatan pihaknya mendapati banjir berlaku susulan air hujan yang tinggi dan aktiviti pelombongan pasir yang mengepam air ke lombong lama berdekatan kawasan tanaman pertanian sehingga berlaku limpahan air.
“Limpahan itu mengakibatkan keluasan dan kedalaman parit tanah gambut di kawasan tersebut gagal menampungi air.
“Kita juga tidak dapat mengesahkan sama ada perlombongan itu dijalankan secara sah atau haram berikutan di luar bidang kuasa kami,” katanya. – Kosmo!

Calon Presiden Indonesia Dicabar Baca Al-Quran -Ulama Aceh



JAKARTA, 28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Sekumpulan ulama Islam di Aceh mencabar dua calon Presiden Indonesia untuk menjalani ujian bacaan al-Quran sebagai cara menentukan tokoh terbaik untuk memimpin negara, yang populasi terbesarnya adalah muslim.

Bagaimanapun cabaran itu memberikan dua reaksi yang berbeza daripada penyandang, Jokowi Widodo dan pencabarnya, Prabowo Subianto.

Pasukan kempen Presiden Jokowi menyatakan kesediaan menyahut cabaran itu, di mana sumber rasmi pemimpin itu memaklumkan bahawa Jokowi berkata ‘ya’ untuk ujian berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi pasukan penyokong Presiden Indonesia itu, Abdul Kadir Karding berkata, Jokowi tidak mempunyai masalah untuk menyahut cabaran itu sekiranya diminta oleh orang ramai.

“Ujian bacaan al-Quran telah dimulakan oleh ulama dan orang Aceh untuk calon presiden. Idea itu datang daripada rakyat,” katanya.

Sementara, pasukan kempen Prabowo yang disokong dua parti Islam – Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Parti Mandat Nasional (PAN) – berkata, ujian itu tidak diperlukan, atau jika masih mahu dibuat penganjur perlu menunjukkan bukti bahawa mereka adalah pakar dalam membaca al-Quran.

“Penganjur harus membuktikan bahawa mereka benar-benar layak. Mereka mesti mempunyai sijil yang menunjukkan bahawa mereka mahir membaca al-Quran,” kata sumber rasmi PKS, Hidayat Nur Wahid.

Orang kanan parti, Gerindra Andre Rosiade mendakwa, Probowo tidak menolak cabaran itu, tetapi beliau dikatakan bukan jenis mempamerkan kehidupan agamanya.

Terdahulu, kumpulan ulama Islam, Majlis Keramat Aceh mencabar kedua-dua calon Presiden berkenaan untuk membaca al-Quran dalam satu ujian yang akan diadakan di Masjid Besar Baiturrahman di Banda Aceh pada 15 Januari ini.

Kumpulan berkenaan dilaporkan telah menghantar undangan kepada kedua-dua pemimpin terbabit.

Pada masa sama, Majlis Ulama Indonesia (MUI) memberi amaran bahawa cabaran seumpama itu harus berdasarkan kesepakatan antara dua kem.

“Jika kedua-dua kem bersetuju untuk ujian itu, kita akan menyokong tetapi jika salah seorang daripada mereka tidak, maka tidak memaksa untuk ia diadakan,” kata Setiausaha Agung MUI, Anwar Abbas.- Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

5 Remaja Perempuan Terbunuh, X Laluan pemindahan Di Escape Room.

PASUKAN polis di lokasi kejadian yang mengorbankan lima pelajar
PASUKAN polis di lokasi kejadian yang mengorbankan lima pelajar berusia 15 tahun di Poland, semalam
Tiada laluan pemindahan di Escape Room

WARSAW 5 Jan. - Lima remaja perempuan berusia 15 tahun yang terbunuh di pusat permainan Escape Room dalam kebakaran di Koszalin, Poland mungkin boleh terselamat sekiranya ada laluan pemindahan yang betul.
Ketika kejadian, kesemua mangsa dikatakan menyambut hari ulang tahun salah seorang daripada mereka.
Escape Room merupakan pusat permainan popular dalam kalangan remaja di Poland, di mana setiap peserta akan berada di dalam bilik atau bangunan yang terkunci, dan mereka perlu mencari petunjuk untuk membantu mereka mencari jalan keluar. -REUTERS

Berita hangat

Peruntukan SRJKC, Pembantu Menteri Minta 30% 'komisen'.


Portal Pakdin.my


 ‘Pembantu kepada Menteri’ minta 30 peratus peruntukan sebagai ‘komisen’ 
Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.
Pihak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.
Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.
MUAR: Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.
Sinchew Daily melaporkan, seorang wakil rakyat di Muar, Johor telah menyediakan peruntukan kepada SRJKC untuk tujuan pembelian peralatan, tetapi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pembantunya meminta untuk diberikan 30 peratus daripada peruntukan asal sebagai ‘komisen’ dan ‘rebat’.
PIhak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.
Walau bagaimanapun, pendedahan pihak sekolah mengundang reaksi daripada lembaga-lembaga pengurusan sekolah yang kesal bahawa amalan penyelewengan kerajaan terdahulu masih berterusan.
Difahamkan, kejadian melibatkan beberapa buah SRJKC dan juga sebuah sekolah menengah itu telah mengundang rasa tidak puas hati lembaga pengurusan dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SRJKC Muar, Chen Da Cheng mengesahkan perkara itu kepada Sinchew Daily.
Katanya, isu berkenaan sudah dipanjangkan kepada Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat.
“Lembaga pengurusan sekolah mengadu bahawa peruntukan untuk tujuan pembelian peralatan dikenakan potongan ‘komisen’ 30 peratus. Keadaan seperti ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.
Menurut sumber, sesetengah sekolah memilih berdiam diri dan sudah menerima peralatan yang dijanjikan.
Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.
Permintaan ketua PIBG untuk menerima peruntukan penuh RM20,000 dalam bentuk tunai supaya pihak sekolah membeli sendiri peralatan yang diperlukan juga ditolak lelaki tersebut yang mahu peruntukan diberi dalam bentuk peralatan.
Sumber: Malaysia Gazette

Ganja: Anak Mat Sabu Bebas Dengan Jaminan Polis

MOHAMAD SABU

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek berusia 33 tahun.

“Kedua-dua mereka dibebaskan lewat petang tadi dengan jaminan polis,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Menurut sumber, suspek bersama rakannya merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails