Monday, March 11, 2019

Sokong Terbuka Lesbian, 2 NGO Lapor Polis Penganjur 'Women's March'.

PRESIDEN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MJMM serta IRIMM, Abdul
PRESIDEN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MJMM serta IRIMM, Abdul Rani Kulup Abdullah dan Amir Amsaa Alla Pitchay menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap penganjur Women's March pada Sabtu lalu di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.


KUALA LUMPUR 11 Mac - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur perarakan 'Women's March' sempena Hari Wanita Sedunia yang menyatakan sokongan secara terbuka terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kelmarin.
Laporan polis tersebut dibuat kira-kira pukul 2 petang oleh Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, perbuatan penganjur perarakan itu melanggar ajaran agama Islam di negara ini.
"Mereka mengambil kesempatan menggunakan Hari Wanita Sedunia itu sebagai platform untuk memperjuangkan golongan LGBT dengan melaungkan 'hidup LGBT' serta mengibarkan bendera pelangi.
"Mereka ini sebenarnya telah memperdayakan pihak polis apabila kononnya mahu memperjuangkan hak-hak wanita tapi dalam masa yang sama mereka selitkan agenda jahat perjuangan golongan LGBT," katanya, di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap golongan ini.
"Kami gesa Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta mereka yang menyertai tersebut.
"Mereka sudah mencemarkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini apabila menuntut hak yang tidak wujud sama sekali untuk golongan yang mereka sokong itu," ujarnya.
"Dalam perarakan Women's March kelmarin, penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dirakam mengambil kesempatan melaungkan slogan seperti 'Hidup LGBT' dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan terhadap golongan itu.
"Tindakan itu mengundang rasa marah dalam kalangan masyarakat kerana didakwa semakin melampau dan mencabar undang-undang serta kesabaran umat Islam kerana menyokong pergerakan LGBT. - UTUSAN ONLINE

Buang Bayi Di Mangkuk Tandas Hospital Selayang.. Masalahnya?


BAYI yang ditemukan dibuang dalam mangkuk tandas Hospital Selayang, Selangor kini dirawat di hospital sama.- Gambar media sosial.

KUALA LUMPUR 10 Mac - Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai cuba membuang bayi lelakinya di dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, perbuatan itu disedari seorang pekerja kilang berusia 39 tahun ketika dia berada dalam tandas berkenaan kira-kira pukul 3 petang. 

“Pekerja kilang itu kemudian meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan yang berada di luar tandas berkenaan.
“Bayi berkenaan kini dirawat di zon merah Hospital Selayang dan keadaannya stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Samsor, suspek ditahan selepas dibawa oleh pengawal keselamatan ke zon merah hospital tersebut namun masih enggan memberi kerjasama ketika diambil keterangan.
Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.- UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, mari kita lihat persoalannya?

1. Mengapa diwarwarkan isu buang bayi saja, sedangkan isu najis zina tidak? Institusi pelacuran masih hidup segar bugar. Isu pembunuhan manusia dan bibitnya tidak diselesaikan dengan cara Islam. Isu perundangan Islam masih diketepikan. Dan lain-lain.

2. Pemibuangan bayi hasil dari..
  • Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam
  • Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam
  • Pusat pelacuran yang diharamkan berkembang pesat
3. Kesimpulan: 

  • Tujuan syariat menjaga 5 perkara, iaitu agama, jiwa (maruah atau nyawa), harta, akal dan keturunan.  (Rujuk) Dr Jamaluddin Atiah,Nahwa Taf’il Maqasid asy Syariah, cet. pertama 1422, Darul Fikr, fasal 1, bah. 2, ms 28 - 48 )
  • Penzinaan akan merosakkan agama, jiwa dan keturunan, sedangkan Islam menjaga perkara-perkara tersebut dengan mengharamkan penzinaan dan menghalalkan perkahwinan.
  • Pembunuhan akan merosakkan jiwa, harta dan keturunan. Sedangkan Islam menjaga kesemuanya dengan mengharamkan pembunuhan, melainkan berperang untuk menegakkan kebenaran.
  • Buang anak yang merosakkan jiwa, keturunan, agama, sedangkan Islam menjaga perkara tersebut dengan mengharamkan buang anak.
  • Tiada sebarang alasan untuk membolehkan buang anak. Walaupun ada yang beralasan dengan alasan-alasan berikut :
  • Tiada duit untuk sara hidup, maka terpaksa membuang anak kerana keperluan peribadi. Dan menjaga maruah keluarga, sekiranya anak tersebut diketahui orang.
  • Menjaga maruah keluarga bukanlah dengan berzina kemudian membuang anak. Tetapi menjaga maruah ialah dengan menghindarkan diri dari lembah penzinaan. 
Begitu kira-kira..

Siti Aisyah Didakwa Bunuh Lelaki Korea Lepas Tapi...

SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jo
SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Siti Aisyah lepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan bunuh Jong-nam
SHAH ALAM 11 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam dua tahun lalu.
Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
"Dalam kes ini, pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah.  Dengan ini, Siti Aisyah dilepaskan tetapi tidak terjumlah kepada pembebasan," katanya dalam penghakiman di sini hari ini.
Terdahulu, Azmi membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad memohon menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254 (1) Kanun Tatacara Jenayah.
SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jo SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam,45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.
Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Hari Wanita Di Turki Diselubungi Gas, M'sia Ok Walaupun Hina Islam..



POLIS antirusuhan Turki menyekat laluan yang digunakan kumpulan penunjuk perasaan ketika perarakan sambutan Hari Wanita di Istiklal Avenue, Istanbul di Turki kelmarin. 


ISTANBUL, Turki - Polis Istanbul menembak gas pemedih mata ke arah ribuan wanita yang berarak di jalan-jalan raya di pusat bandar raya ketika sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disifatkan sebagai mengingkari satu larangan pihak berkuasa.
Pasukan keselamatan menolak peserta-peserta himpunan di pintu masuk sebuah pusat beli-belah di Istiklal Avenue di bandar raya itu, menurut seorang koresponden agensi berita AFP.
Polis turut melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap kumpulan peserta dan mengancam mereka dengan kawanan anjing lalu menyebabkan ramai peserta lari ke kawasan tepi jalan.
Acara sambutan Hari Wanita berlangsung secara aman pada tahun lalu tetapi pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan melarang sebarang kegiatan demonstrasi di kawasan tengah bandar sebelum perarakan tahun ini.
Sebelum bantahan diadakan, kawasan itu dikawal polis yang mendirikan penghadang di sekitar Dataran Taksim ketika banyak kedai ditutup.
Beribu-ribu penunjuk perasaan pada awalnya dibenarkan masuk ke kawasan kecil di situ untuk mengadakan bantahan.
Bagaimanapun, kumpulan himpunan itu kemudiannya terperangkap di antara dua kawasan yang dikepung polis dan diusir oleh anggota keselamatan menggunakan gas pemedih mata.
Kumpulan aktivis wanita me­nuduh kerajaan pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan gagal menjalankan usaha menghentikan kekejaman terhadap wanita.
Pada tahun 2018, kira-kira 440 wanita terbunuh dalam kes pembunuhan berkait jantina mereka berbanding seramai 210 pada 2012, menurut kumpulan aktivis We Will Stop Femicide. – AFP
Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara KL.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia Hari Wanita Antarabangsa dibenarkan, walaupun menteri di JPM menyelar perusuh yang mempertahankan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyalahgunakan demokrasi.
Mereka membawa sepanduk dan bendera pelangi turut melaungkan slogan hina Islam seperti ‘hentikan perkahwinan kanak-kanak’ dan ‘jangan kacau LGBT’.
Apa lagi bila peserta himpunan itu terdiri daripada Women Aid Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS) yang disokong pemerintah..
Tapi di Turki Presiden Recep Tayyip Erdogan bertindak  tegas membela Islam dan kedaulatan negaranya.
Lihat juga..

Tawar Petani Sewa Tanah Pengeluaran Makanan Terendah Di M'sia..



TKPM tawar petani sewa murah guna tanah -DR AZMAN IBRAHIM 
SEWA tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Terengganu ialah yang terendah di Malaysia. Hanya RM150/hektar setahun. Biarlah kadar sewa kita kekal rendah asalkan rakyat dapat manfaat dan memperolehi hasil dari usaha mereka.
TKPM ialah tanah kerajaan yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai kawasan pengeluaran makanan dengan Pengarah Pertanian Negeri bertindak sebagai Pegawai Pengawal. Empunya hak milik tanah adalah Pihak Berkuasa Negeri. Di seluruh negeri Terengganu terdapat sekitar 1022 hektar tanah yang telah diwartakan sebagai TKPM.
Tanah ini disewakan kepada pengusaha untuk ditanam dengan tanaman kontan yang menghasilkan makanan sahaja seperti sayuran dan buah-buahan. Tanaman kekal tak dibenarkan.
Permohonan untuk menyewa tanah TKPM boleh diajukan melalui Jabatan Pertanian Daerah masing-masing. Seterusnya satu Jawatankuasa TKPM yang dipengerusikan oleh Exco Pertanian akan menimbang setiap permohonan yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian. Akhirnya Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat keputusan berdasarkan syor dari Jawatankuasa TKPM.
Antara kerja pemulihan yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada tanah TKPM ialah pemutihan semula senarai peserta TKPM yang tak mematuhi perjanjian seperti tak mengusahakan tanah yang disewa, membiarkan tanah ditumbuhi semak samun, memberi sewa tanah kepada pihak lain dan tak menjelaskan bayaran sewa. Kita ingin supaya maksud tanah TKPM ini menepati objektif ia diwartakan.
Kita perlu masukkan peserta baru yang benar-benar berhajat kepada tanah untuk diusahakan agar tanah yang diwartakan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan benar-benar mampu menghasilkan sumber makanan kepada rakyat negeri kita.
DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu.
10 Mac 2019 - HARAKAHDAILY 10/3/2019

'Tuhan 'u' gagal sembuh Adib' Ucap Ini Digantung Tugas.

Tangkap layar komen Caryn Yean yang ditularkan di media sosial.
Tangkap layar komen Caryn Yean yang ditularkan di media sosial.
Komen tidak sensitif, pengedar Honda gantung tugas kakitangan

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn. Bhd. (Honda Sri Utama Auto) telah menggantung tugas seorang kakitangannya bernama Caryn Yean, atas dakwaan mengeluarkan kenyataannya seolah-olah mempertikaikan tuhan kerana tidak menyelamatkan nyawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.
Kenyataan daripada Sri Utama Auto Sdn. Bhd. mengenai pengantungan tugas Caryn Yean
Kenyataan daripada Sri Utama Auto Sdn. Bhd. mengenai pengantungan tugas Caryn Yean 

Menurut Pengarah Honda Sri Utama Auto, Wong Chee Keong, penggantungan Yean dilakukan supaya siasatan dalaman boleh dijalankan dan syarikat sedia mengambil tindakan tegas terhadap apa yang telah berlaku.

"Kami secara ikhlas memohon maaf atas komen yang tidak sensitif dibuat oleh kakitangan kami (Yean) mengenai berita sedih kematian Muhammad Adib.
"Kami tidak akan bertolak-ansur atau bertoleransi terhadap sikap sedemikan sama ada ia dilakukan dalam talian atau bukan," menurutnya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook syarikat itu hari ini.

Menurut tangkap layar yang tular dalam media sosial, Yean didapati memuat naik komen 'Bukan kerajaan gagal..tuhan u (awak) yang gagal tidak sembuhkan Adib' ketika siaran langsung Facebook sidang akhbar Menteri Perumah Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin malam tadi selepas kematian Muhammad Adib.
Komen Yean itu menerima cemuhan ramai pihak yang kemudian mendapati dia bekerja dengan Honda Sri Utama, sekali gus menyebabkan laman Facebook syarikatnya 'diserang' oleh warganet.-UTUSAN ONLINE
 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang salah perlu ditegur dan dibetulkan. Al-hamdulillah!

Asal Dapat Bintang Di Bumi, Biar Bertelanjang!

Imej yang berkaitan
SUKAN

KUALA LUMPUR 8 Mac - Beri tumpuan kepada prospek pingat dan mulakan program dari sekarang.
Itu nasihat bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad jika kontinjen Malaysia tidak mahu pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Menurut Mazlan, ketika ini program MSN lebih tertumpu kepada persiapan menghadapi temasya tersebut secara umum dan tidak spesifik, sehingga beliau tidak nampak bayangan atlet yang mampu disandarkan harapan untuk meraih pingat.
“Sukan Olimpik kurang dua tahun lagi dan usaha untuk mendapatkan pingat emas pertama harus bermula sekarang jangan tunggu lama.
“Ketika ini saya lihat sukan yang mampu menyumbang pingat dalam Olimpik ialah berbasikal, terjun dan badminton.
“Semua persatuan sukan kebangsaan melibatkan tiga sukan itu harus dipanggil berbincang untuk menyenaraikan atlet yang berpotensi menyumbang pingat dalam Sukan Olimpik.
“Atlet yang mencari tempat untuk bertanding di Tokyo atau yang sudah layak tetapi peluangnya untuk memenangi pingat hampir tiada, terutama emas sewajarnya tidak dima­sukkan dalam program ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Komen Weblog Ibnu HasyimJangan pulang 
tangan kosong... Begitu, kerajaan PH Malaysia mentarbiah rakyatnya, asal dapat 'bintang di bumi', walau rakyat bertelanjang. 'Asal dapat emas, jangan peduli halal-haram lagi'. 
Itu cara fikir otak dijajah!


Video





Bernama WebTV
YouTube - 11 Apr 2018



beritanasionalrtm rasmi
YouTube - 28 Apr 2018



beritanasionalrtm rasmi
YouTube - 10 Mac 2018

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails