Monday, March 18, 2019

Surat Kepada DAP Seru Terima Islam. -Subky Latif.

Hasil carian imej untuk subky latif

APA lagi dengan marah dan kata nista terhadap Guan Eng yang sangka taawun PAS-Umno demi lancar ‘perang’ terhadap bukan Islam Malaysia dan Kor Meng yang sangka taawun itu demi membentuk pemerintahan Taliban kedua selepas Afghanistan.

Sangkaan kedua mereka menambah keduanya tidak diterima sebagai pemimpin Malaysia bila-bila masa selepas ini. Selayaknya mereka kekal jadi pemimpin DAP saja. Terlepas jadi menteri kewangan dan timbalan Speaker sekarang tidak melayakkan jadi negarawan yang diiktiraf semua.

Cukuplah dengan hukuman untuk mereka. Akan tetapi sekalipun Rom dan Parsi amat benci Islam semasa Rasulullah SAW diutus jadi Rasul dulu baginda meneruskan dakwah kepada pemerintahan bukan Islam yang berjiran dengan wilayah Islam Semenanjung Arab.

Baginda hantar misi ke wilayah tidak Islam itu termasuk Rom dan Parsi menyeru maharaja masing-masing menerima Islam. Tiada ugutan dikenakan kepada mereka, tetapi menyeru dan menasihatkan terimalah Islam.

Tidak seperti yang Nabi Sulaiman sampaikan kepada Ratu Balqis, terima Islam atau sedia dilanggar.

Mesej Rasulullah SAW itu mengandungi jaminan mereka selamat di dunia dan akhirat. Terampun dosa sepenuhnya. Jika enggan, tanggunglah dosa mereka sepenuhnya dan dosa sekalian rakyat masing-masing. Mereka berdosa dan rakyat masing-masing tidak terlepas dosa.

Apa salahnya sunnah Rasulullah SAW itu dihantar kepada pemimpin DAP, bukan justeru ugutan dan paksaan, sebaliknya sebagai nasihat dan sangka baik.

Jika ditolak bukan tidak apa, tapi tanggung teruslah dosa yang ada dan dosa sekalian penyokongnya.

Tidak dikira provokasi jika pimpinan PAS buat seruan itu. Lain-lain pimpinan dakwah seperti mufti wajar sampaikan, moga-moga dikira berbuat sunah Nabi SAW.

Seruan Rasulullah SAW itu ditolak oleh setengahnya termasuk maharaja Rom dan maharaja Parsi. Maharaja Rom tertarik peri benarnya seruan baginda. Dia pun percaya ia adalah seruan Rasul akhir zaman. Tetapi tidak dapat menerimanya kerana takut akan dibantah oleh para paderi dan rakyat.

Maharaja Parsi pula tidak sekadar menempelak perutusan baginda, malah mengoyaknya di depan utusan baginda.

Gara-gara penghinaan itu Rasulullah SAW memaklumkan kepada para sahabat, melalui wahyu yang diterimanya, takhta maharaja Parsi itu dikoyak oleh anaknya sendiri dalam satu rampasan kuasa. Anaknya menggantikannya dengan cara yang hina.

Demikian kebesaran Allah.

Ada pun empayar Rom, Rasulullah SAW tidak tunjuk sebarang reaksi atas penolakannya, tetapi wilayah takluk Rom di utara Afrika dan di selatan Eropah, kecuali Rom, satu demi satu jadi wilayah Islam.

Apa perlunya seruan itu dibuat terhadap DAP? Jawabnya ialah Rasulullah SAW pernah buat begitu kepada pembesar asing bagi memastikan seruan dakwah itu disampaikan. Lazimnya umat terdahulu tidak dibinasakan melainkan Allah utus rasul dulu.

Jangan terus kata DAP akan tolak seperti yang Rom dan Parsi lakukan. Guan Eng tidak terima kerana ia menafikan bukan Islam mencapai kekuasaan melalui demokrasi. Adalah benar pemerintah di wilayah Islam mestilah Islam dulu?

Tetapi Allah ada cara menjadikan musuh tegar Islam menjadi pemimpin besar Islam seperti Umar al-Khatab. Allah hidayatkan dia jadi Islam dan kemudiannya jadi khalifah besar yang disegani semua. 

Jika DAP terima Islam dan Guan Eng jadi Islam, malah jadi 'panglima jihad' pula, tidak ada halangan Guan Eng jadi pemimpin umat Islam Malaysia.

Jika seruan seperti yang Rasulullah SAW itu tidak dicontohi, takut umat Islam nanti ditanya mengapa sunnah Nabi SAW itu diabaikan? –HARAKAHDAILY 17/3/2019

Imej yang berkaitan

Sunday, March 17, 2019

Penjaga Gol Futsal New Zealand Juga Terborban Dalam Serangan Masjid Al-Noor.

Penjaga gol Futsal New Zealand salah seorang korban serangan Masjid Al-Noor
Atta merupakan penjaga gol Futsal New Zealand dan seorang usaha tekno yang berjaya. - Foto Facebook/atta.elayyan

SUKAN
PENJAGA gol Futsal New Zealand, Atta Elayyan, 33 tahun, adalah salah seorang korban serangan masjid di Christchurch, New Zealand.

Atta yang turut bermain untuk pasukan Canterbury, juga seorang yang popular dalam industri teknologi di Christchurch.

Terdapat juga laporan bahawa bapanya, Mohamed Ataa, yang merupakan pengasas Masjid Al-Noor, turut terkorban dalam serangan itu, bagaimanapun ini belum lagi disahkan.


Mohamed adalah seorang imigran dari Palestin yang berhijrah ke New Zealand.

Atta yang baru sahaja menjadi seorang bapa pada Julai 2017, meninggalkan seorang anak perempuan dan isteri.
Atta (kanan) bersama isterinya, Farah Talal dan anak perempuannya - Foto Facebook/atta.elayyan.
Atta (kanan) bersama isterinya, Farah Talal dan anak perempuannya - Foto Facebook/atta.elayyan.

Selain bermain futsal, Atta merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas syarikat teknologi, LWS Solutions.

Allahyarham pernah dinamakan sebagai salah seorang usahawan tekno yang berpengaruh dari New Zealand, mendapat tempat ke-31 daripada 100 senarai majalah digital teknologi maklumat, 'CIO from IDG'. (AA)


LaunchGood
This is Mohamed Ataa, the founder of Masjid Alnoor in , with his son. Both him and his son are in critical condition. Mohamed hails from Jerusalem, Palestine. Share their stories and help their legacies live on 
Bita SohiMar 15
Replying to @LaunchGood
May Allah give them both shifa 😔
   
Aliyu Masaya23h
Replying to @LaunchGood
May Allah give them shifa,Ameen
   
Aisha8h
Replying to @LaunchGood
Allah grant them shifa and make the Ummah steadfast.Aameen
   

DAP PP Tidak Pernah Dengar Suara Nelayan..



Persatuan tidak wakili nelayan, abai masalah
BALIK PULAU: Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang didakwa tidak pernah turun mendengar suara akar umbi golongan nelayan, manakala persatuan nelayan yang ada pula tidak mewakili mereka, selain dikatakan mengaut kepentingan bagi segelintir mereka sahaja.
Nelayan Teluk Kumbar, Bakri Bakar berkata, ‘transformasi nelayan moden’ yang cuba digagaskan pemimpin persatuan nelayan tidak realistik dengan situasi sebenar dialami majoriti nelayan di pulau itu.
Jelasnya, selain faktor usia dan aset dimiliki, alternatif bantuan mahupun pampasan yang mahu diberi kepada para nelayan hakikatnya tidak setanding dengan kemusnahan alam sekitar dan hasil laut, sekali gus sumber rezeki mereka.  
Luahan sama turut dinyatakan wakil nelayan Teluk Bahang, Mohd Zabri Yusop yang mendakwa kebanyakan nelayan sama sekali tidak tahu mengenai sampan atau bot dengan enjin lebih baik serta pampasan yang ditawarkan.
IMG 20190316 WA0019
IMG 20190316 WA0021
IMG 20190316 WA0022
Sehingga kini katanya, beliau dan rakan-rakan nelayan tidak pernah ditemui mana-mana pihak, sedangkan mereka yang mengaku mewakili nelayan pula dilihat berkepentingan dan boleh ‘diasuh’ oleh pihak berkaitan.
Beliau juga kesal kerana pihak kerajaan tidak pernah cuba merasai sengsara golongan tersebut yang merupakan penduduk jati pulau itu, selain mereka juga berdepan tuduhan menceroboh tanah kerajaan di persisir pantai didiami.
“Kena ingat, kerajaan tidak akan wujud tanpa rakyat. Bagus buat pembangunan, tetapi perlu juga lihat kesannya, terutama rakyat yang cari rezeki. Kami nelayan, cari makan sendiri, tak bergantung kepada kerajaan. Tak kacau kerajaan, tapi kerajaan yang kacau rakyat. Kerajaan hanya mau kuasa, bila ada kuasa lupa rakyat.
“Sepatutnya mai bincang, mau jumpa penduduk tengok terjejasnya mata pencarian kami. Nelayan tua macam kami nak pergi jauh (tengah laut) tak mampu. Jadi kena ada perundingan, kena ada timbang rasa. Jangan hanya tahu nak roboh. Kesan hakisan yang kami kena, siput duri sampai pukat kami rosak,” ujarnya mendakwa kerugian ribuan ringgit.
Bidasnya, kerajaan seolah-olah hanya mengutamakan orang luar termasuk pelancong, tetapi nelayan yang merupakan penduduk sendiri mahu dihapuskan, manakala kampung-kampung mereka juga hendak diambil atau dirobohkan.
Menurut beliau, kerajaan bersikap dan memberi layanan sedemikian serta tidak dipedulikan mereka kerana golongan nelayan dianggap tidak memberi atau membawa keuntungan kewangan kepada pihak kerajaan.
Anaknya, Mohd Faizal Mohd Zabri yang juga seorang nelayan berkata, permintaan pihak persatuan nelayan untuk diberikan sampan dan enjin kuasa besar sama sekali bukan penyelesaian kerana kos akan tetap meningkat.
Keadaan tersebut jelasnya, berbanding dengan hasil tangkapan akan menyebabkan nelayan belum tentu menjana keuntungan, manakala pampasan ditawarkan tidak lebih sekadar melepas batuk di tangga.
Bidasnya, pampasan tersebut hanya untuk mengelabui mata nelayan sedangkan dengannya tetap sukar nelayan membina kehidupan atau kemajuan masa depan, selain beberapa permintaan persatuan juga tidak relevan.
Dakwa beliau, persatuan cuba menutup mata dengan realiti dihadapi warga nelayan dan seolah-olah cuba memperbodohkan mereka, walhal projek itu akan menyebabkan nelayan menganggur, sedangkan dasar kerajaan mahu hapus pengangguran.
Hadir sama pada sidang media itu adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof dan Pengerusi Lajnah Tanah dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan Md Yusoff. -HARAKAHDAILY 16/3/2019

Terlalu Seksi Itu Tidak Sopan. Dihalau Dari Pesawat.



LONDON: Seorang wanita dihalau kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana berpakaian terlalu seksi, awal minggu ini.
Emily O’Connor, 21, menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum dia diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi.
Menurut laporan Metro.uk, berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.
Akibat kejadian itu, penerbangan tertangguh 20 minit.

Thomas Cook sememangnya menerapkan peraturan penumpang perlu berpakaian sopan.
Melalui Twitter, wanita itu berkata: “Mereka menyatakan akan mengeluarkan saya dari penerbangan jika tidak menutup bahagian tubuh yang terdedah kerana tidak sopan.”
Menurutnya, dia malu ketika kejadian itu kerana menjadi perhatian penumpang lain.
Namun, Emily sempat bertanya kepada penumpang sama ada pakaiannya itu menyinggung sesiapa namun tiada yang menjawab.
Kru kabin berkeras meminta Emily turun, malah mereka mengambil bagasinya.
Ketika itu barulah sepupunya datang dan memberi jaket kepadanya dan menurut Emily, kru kabin tidak berganjak sehinggalah dia memakai jaket berkenaan.
Jurucakap Thomas Cook yang dihubungi memohon maaf dan mengakui kes itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik.
“Secara umum, kru kabin kami akan memastikan semua penumpang berpakaian sesuai dan sopan tanpa mengira jantina dan umur,” katanya. (Agensi)

Ditampar peminat keranapakai baju seksi.
Ini gambar lain, ditampar peminat kerana pakai baju seksi.

Mumbai: Bintang Bollywood Gauahar Khan ditempeleng oleh seorang penonton yang berang kerana fesyen pakaiannya yang memberahikan ketika satu rakaman pertandingan televisyen.
Penonton berkenaan, Akil Malik, 24, menaiki pentas lalu menempeleng selebriti itu selepas melihat Gauahar muncul dengan pakaian pendek ketika menjadi hos pertandingan akhir nyanyian anjuran stesen televisyen Raw Star di Goregaon, Mumbai, semalam.
“Seorang wanita Islam tidak sepatutnya berpakaian seksi seperti itu,” kata Akil kepada polis, merujuk kepada cara Gauahar berpakaian.
Menurut laporan akhbar The Independent, Akil ditangkap dan akan didakwa dengan tuduhan mencabul.

Meskipun ada 2,500 penonton dan 250 hadir di studio, Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan mendekati Gauahar di atas pentas untuk menempelengnya.
Dia bagaimanapun ditolak oleh kru sebelum keadaan menjadi buruk. - Agensi

Lenyapkan Kependudukan Nelayan, Melalui Projek PSR..


BALIK PULAU: Warga nelayan menyifatkan terdapat muslihat untuk melenyapkan kependudukan golongan tersebut serta kegiatan dijalankan mereka oleh Kerajaan DAP menerusi pembangunan projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).
Nelayan Teluk Kumbar, Bakri Bakar berkata, lokasi projek PSR bagi pembinaan tiga pulau buatan termasuk kawasan pengambilan pasir dan pelupusan sisa itu merupakan tempat nelayan mencari rezeki turun temurun.
“Sumber rezeki di situ sudah menjadi darah darah daging keturunan kami dan menyara kehidupan seharian. Jika projek ini diteruskan seolah-olah macam nak mematikan kami. Selama ini kami tidak pernah digugat, tetapi dengan projek ini, kami rasa macam ditindas dan seolah-olah mahu melenyapkan kami.
“Di mana kami nelayan pantai akan cari rezeki seterusnya? Ya, kami kerdil dan minoriti, tetapi sumbangan kami jangan dilupakan terutama dalam memberi protein kepada masyarakat,” bidasnya membantah keras PSR dilaksanakan.
Menurut beliau, kawasan perikanan nelayan kecil melibatkan antara 4 hingga 7 batu nautika dari pantai yang juga menjadi tempat pembiakan ikan akan hilang sekelip mata disebabkan oleh aktiviti-aktiviti projek tersebut.
Bagi veteran, Ali Mohamad, 82 tahun yang merupakan bekas nelayan juga berasal dari Teluk Kumbar, hasil tangkapan golongan itu telah terjejas dengan teruk oleh pencemaran yang sedia terjadi di sekitar pulau itu.
Apatah lagi katanya, jika projek tersebut dijalankan, ia bakal menyulitkan usaha para nelayan yang merupakan golongan daif kewangan untuk mencari makan serta menyara keluarga mereka menerusi pendapatan dari sumber laut.
Beliau yang telah menyara 10 anak sepanjang menjadi nelayan menyifatkan projek itu akan mengusir mereka menjadi pelarian di dalam negeri sendiri dan menyebabkan masa depan anak cucunya terumbang-ambing.
Kesalinya, Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya dilihat mesra golongan kapitalis yang kononnya akan memajukan negeri itu tetapi bertindak seperti menghalau dan mensia-siakan penduduk sendiri serta keturunan bergenerasi mereka.
Tegas beliau, warga nelayan di negeri itu adalah peneroka laut yang hidup berikhtiar mencari rezeki sendiri dengan tidak memiliki skim seperti pencen, KWSP, SOCSO dan seumpamanya sebagaimana yang dinikmati pihak lain.
Manakala nelayan Teluk Bahang, Mohd Zabri Yusop, 64 tahun pula mempertikaikan projek tersebut yang disifatkannya mempunyai muslihat terhadap kependudukan golongan itu, sedangkan masih banyak tanah daratan terbuka untuk dibangunkan. - HARAKAHDAILY 16/3/2019
IMG 20190316 WA0014
IMG 20190316 WA0015
IMG 20190316 WA0017

Tragedi Christchurch, Apa Kata Wardina Dan Artis..

'Benci yang melampau' - Wardina terkesan tragedi solat Jumaat di Christchurch
Wardina Safiyyah berkongsi kesedihan apabila memuat naik satu gambar di Instagram miliknya. - Foto Instagram

HALAMAN HIBURAN
'Benci yang melampau' -Wardina terkesan tragedi solat Jumaat di Christchurch

Tragedi yang berlaku di Christchurch, New Zealand melibatkan dua buah masjid sewaktu solat Jumaat semalam sangat menyayat hati segenap lapisan masyarakat terutamanya umat Islam.

Turut berkongsi kesedihan, selebriti terkenal Wardina Safiyyah apabila memuat naik beberapa entri berkaitan kejadian itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi satu entri, beliau melahirkan kesedihan melihat suasana di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood terbabit dan lebih terkesan apabila mendapat tahu suspek yang ditahan adalah warga Australia kerana dia berada di negara itu.

"Saya di Australia amat terkesan dengan kejadian pembunuhan di Christchurch. Benih kebencian usah disemai kerana dari sikap prejudis ia akan bertukar menjadi benci. Benci yang melampau," katanya.


Wardina turut berkongsi suasana hiba ketika beliau menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid di Australia pada Jumaat, menerusi satu perkongsian Instagram yang dihias sejambak ros putih. 

Usai menunaikan solat, katanya, beliau didekati seorang wanita yang dikenali sebagai Lisa dan mereka saling berkenalan sambil melawat persekitaran masjid. 

Beliau sangat tersentuh dengan kata-kata Lisa, yang katanya, walaupun bukan beragama Islam tetapi sangat menghormati dan berminat untuk mendalami agama ini.

Wardina turut menambah tulisan yang menggambarkan kebimbangannya berada di negara berjiran dengan New Zealand.

"NZ ialah jiran kami. Ia sangat dekat dengan kami. Apa yang berlaku sungguh tidak diduga dan sangat mengganggu perasaan.

"Sebagai seorang Muslim di Australia, bayangkan bagaimana perasaan saya setiap kali keluar rumah mulai hari ini? 

Hasil carian imej untuk Yatt Hamzah, Yatt Hamzah
Pada masa sama, beberapa rakan artis lain, termasuk Yatt Hamzah, turut meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar semua umat Islam, khususnya di New Zealand dan Australia, berada dalam keadaan selamat. (AA)

Ada Kaitan K'sama Umno-PAS Dengan Serangan Masjid? Tak Cerdik! Sungguh!


Kerjasama Umno-PAS tiada kaitan serangan masjid, kata Ismail. 
KL, 16 Mac — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengkritik tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengaitkan kerjasama Umno-PAS dengan kejadian serangan di New Zealand. 

Naib presiden Umno berkata Chew Chong Sin tidak sepatutnya “melihat dari sudut yang salah” apabila menyamakan insiden berkenaan dengan perkembangan politik dalam negara.

“Apa kaitannya? Mangsa yang terbunuh adalah dari kalangan Islam. Pelaku atau penembak pula dari bukan Islam. Kenapa dikaitkan dengan keganasan Islam?
“Jadi, apa kena mengena dengan mengaitkan kerjasama Umno-PAS?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Chew, wakil Mengkibol, semalam mendakwa pembunuhan di Christchurch harus menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia betapa perlunya mengekang gejala ekstremisme.
Menurutnya, sebab itu, kesepakatan Umno-PAS tidak memberi manfaat kerana boleh diambil kesempatan oleh pengganas asing.

“Disamping mengutuk sekerasnya serangan rambang di Christchurch di New Zealand, saya juga mengutuk kenyataan jahat dan tidak bertanggungjawab wakil DAP Mengkibol yang jelas sekali merupakan usaha provokasi terbuka terhadap orang bukan Melayu untuk menakutkan mereka terhadap penyatuan Umno-PAS,” kata Ismail.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa emosional sangat wakil rakyat DAP hingga jadi tak cerdik begitu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails