Sunday, April 14, 2019

Ini Video Bertumbuk. Hentam Sajalah! PH Gigit Sama Sendiri..



PRK Rantau, 'menandakan PH tidak lagi selamat dalam PRU15'. -Dr Kamarulzaman Yusoff.



Makna kekalahan PH di Rantau 
KEPADA PH, kekalahannya di Rantau menandakan PH tidak lagi selamat dalam PRU15.
Rantau adalah kerusi campuran, tonggak kekuatan PH dalam PRU14 yang menjadikan PKR pemenang kerusi terbanyak antara semua parti dalam PH.
Sebelum ini kemenangan kerjasama BN-PAS di Semenyih dirujukkan sebagai berpunca daripada ketidakpuasan hati pengundi Melayu kepadanya.
Kini kemenangan kerjasama BN-PAS di Rantau menunjukkan bukan setakat pengundi Melayu tetapi pengundi bukan Melayu juga turut tidak berpuas hati kepada PH.
Cabaran seterusnya kepada kerjasama BN-PAS adalah untuk cuba membuktikan bahawa ia bukan sahaja mampu menang di kerusi majoriti Melayu dan di kerusi campuran, tetapi ia juga mampu memberikan cabaran yang kuat di kerusi majoriti bukan Melayu.
Peluang ini terbuka luas kepada kerjasama BN-PAS di Sandakan di mana jika ia mampu membuktikan bahawa ia juga mampu mengurangkan dengan drastiknya majoriti kemenangan DAP di sana maka nyatalah cahaya gelap menunggu PH dalam PRU15.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, sendiri menyifatkan PRK Rantau sebagai ibu kepada segala PRK, dengan kesannya dikatakan sangat besar bukan sahaja kepada politik Negeri Sembilan tetapi juga kepada politik Malaysia.
Kepada kerjasama BN-PAS, bila ia mampu memenangi ibu kepada segala PRK ini dengan majoriti yang sangat meyakinkan maka bolehlah dirumuskan bahawa rakyat semakin menerima kerjasama BN-PAS dan cahaya terang menunggunya dalam PRU15.
Kepada DSAI dan DSMH
Kepada DSAI, telah saya nyatakan awal-awal sebelum ini dalam komentar bertajuk "PKR Kalah, DSAI Bermasalah" bahawa masa depan DSAI dijangka akan menjadi lebih suram jika PKR kalah di Rantau.
Telah saya nyatakan bahawa jika PKR kalah di Rantau maka ini akan memberikan petunjuk yang negatif terhadap masa depan PKR dan DSAI selaku Presidennya dalam PRU15 kerana kerusi campuran inilah tonggak PKR.
Dapat disaksikan penglibatan sangat besar dan aktif DSAI dalam PRK Rantau sehingga banyak pihak menyifatkan pertembungan ini adalah lebih kepada pertembungan pengaruh dan ketokohan antara DSAI dan DSMH.
DSAI sedar beliau berdepan dengan bekas seorang Menteri Besar dan Presiden de facto Umno sekarang tetapi beliau memandang rendah pengaruh dan ketokohan DSMH dengan mencalonkan seorang pemimpin tidak ternama dari luar Rantau yang baru saja berdepan isu penipuan RM62,000 oleh rakan sendiri.
DSAI sedar dari awal lagi isu perkauman dan keagamaan akan digunakan di Rantau tetapi beliau memandang tinggi prinsip dasar keadilan semua kaum yang menjadi teras perjuangan PKR dengan mencalonkan seorang pemimpin bukan Melayu bagi melawan DSMH.
Pada akhirnya, DSAI hanya mempunyai diri beliau sendiri untuk dipersalahkan atas kesilapan calon dan strategi yang beliau sendiri pilih, dan beliau tidak boleh menyalahkan pihak-pihak lain yang kurang membantu bila beliau atau orang-orang beliau sendiri memperlihatkan sikap kurang mesra kepada mereka.
Kegagalan DSAI memenangkan PKR di Rantau di sebalik segala usaha keras beliau sudah pasti akan melunturkan aura bakal Perdana Menteri yang beliau miliki sekali gus berpotensi menjadikan jawatan Perdana Menteri semakin lebih jauh daripada jangkauan beliau.
Apatah lagi bila jawapan rasmi kepada soalan Ahli Parlimen PKR mengenai langkah-langkah untuk memastikan proses peralihan kuasa berjalan segera hanya dijawab dengan kata-kata tiada ketetapan secara jelas mengenai tempoh pelaksanaannya.
Kepada DSMH, kemenangan beliau di Rantau dengan majoriti yang sangat meyakinkan sudah pastilah akan mengukuhkan lagi kedudukan beliau dalam Umno dan BN selain mengukuhkan lagi kerjasama BN-PAS yang beliau sedang terajui.
Kesimpulan
Kekalahan kali ketiga berturut-turut PH ini sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan pimpinan tertinggi PH dari lamunan indah dan dari sindrom penafian mereka, dan jika selepas ini masih belum juga ada sebarang perubahan drastik dari mereka maka akan lebih besarlah kemungkinan untuk PH benar-benar menjadi 'kerajaan sepenggal'.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF - HARAKAHDAILY 13/4/2019

Rakyat Muak Politik Fitnah, Salahkan Orang Lain – Mohamad

xMGF13042019_UMUM-PEMENANG-RANTAU11-1-681x454
Datuk Seri Mohamad Hasan memeluk isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selepas beliau diumum menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2019


SENDAYAN – Timbalan Presiden UMNO yang juga penyandang kerusi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah sesuatu yang di luar jangka.
Malah beliau turut menyifatkan kejayaan yang amat selesa buatnya selepas 14 hari berkempen.
“Di tempat lain orang kata BN boleh mudah menang kerana banyakkan pengundi Melayu, tetapi di sini cuma kira-kira 53 peratus pengundi Melayu dan yang lain-lain pengundi India dan Cina,” katanya dalam sidang media selepas diumumkan sebagai pemenang PRK DUN Rantau sebentar tadi.
Mohamad menang selesa dengan majoriti 4,510 undi. Keputusan tersebut diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau Mohd Nizam Tajul Arus.
Sementara itu, tambah Mohamad, kemenangan BN di Rantau juga merupakan kemenangan hatrik selepas berjaya memenangi PRK di Cameron Highlands dan Semenyih.
“Ini merupakan kemenangan ketiga selepas kita berjaya mempertahankan kerusi Cameron Highlands, merampas kerusi Semenyih dan pada hari ini dapat pertahankan kerusi DUN Rantau.
“BN selepas akan terus menjadi parti yang menyemak prestasi parti kerajaan iaitu Pakatan Harapan (PH) yang kita tahu terdapatnya kelemahan pentadbiran yang ketara.
“Kita perlukan blok pembangkang iaitu BN, Pas dan parti-parti yang ada dalam Parlimen dan DUN untuk memeriksa dan menyemak kerajaan,” katanya lagi.
Mohamad turut berkata kemenangan selesa BN juga menunjukkan kepada PH bahawa rakyat menolak strategi kempen menyerang peribadi dan tohmahan.
“Memang banyak tuduhan peribadi yang dilemparkan kepada saya terutamanya juga kepada Datuk Seri Najib yang tak sudah-sudah seolah-olah beliau yang bertanding.
“Orang dah mula muak dengan politik menfitnah, menyalahkan orang lain kerana ia tidak akan ke mana-mana. Rakyat mahu dengar ke manakah arah tuju negara ketika ini, tapi asyik menuduh orang lain dan cakap kesalahan BN,” katanya lagi.
Hadir meraikan kemenangan Mohamad adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan beberapa kepimpinan BN. -MalaysiaGazette

Pelajarn Dari PRK Rantau. Ini Mengejutkan..


Apa kita boleh belajar dari PRK Rantau?
TOK Mat (BN) berjaya mempertahankan Dun Rantau apabila memperoleh 10,397 undi berbanding pencabarnya Dr Streram yang hanya mendapat 5,887 undi. Majoriti 4,510. Pada PRU14, Tok Mat menang tanpa bertanding.
Keputusan ini adalah mengejutkan kerana pada PRU14, undi BN bagi Parlimen di kawasan tersebut hanyalah 7,798 berbanding PH yang ketika itu mendapat 8,210 undi.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Rantau adalah 79 peratus. Ini adalah kadar keluar mengundi tertinggi dalam sejarah negara pasca PRU14.
Undi India memihak kepada BN. Sebagai contohnya dalam PDM Pekan Sagga yang memiliki komposisi 63.7 peratus India, BN berjaya memenangi kawasan pengundian tersebut dengan peratusan undi 56.57 peratus; peningkatan 12 peratus berbanding PRU14 (Parlimen)
Walaupun PH masih berjaya menguasai undi kaum Cina, sokongan pengundi muda kaum tersebut kepada parti kerajaan sangat terhakis. Sebagai contohnya, bagi saluran 5 Pusat Mengundi SJKC Chung Hua, Tok Mat berjaya mendapat 252 undi berbanding Streram yang hanya memperoleh 148 undi sahaja.
Undi Melayu solid di belakang BN. Kehadiran saat akhir Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke Rantau pada malam Khamis lepas memberi boost kepada penyokong PAS untuk keluar beramai-ramai mengundi Barisan Nasional. Walaupun pengundi PAS kecil di kawasan ini iaitu sekitar 777 orang sahaja (statistik PRU14), pergerakan undi di setiap PDM menunjukkan hampir semua undi ini telah diberikan kepada rakan pembangkang. Ia menunjukkan endorsement daripada akar umbi bahawa kerjasama dua parti terbesar di Malaysia ini sudah diterima sepenuhnya.
Kesilapan terbesar PH kali ini adalah apabila mereka mengambil pendekatan menyerang peribadi Tok Mat melalui isu milikan rumah RM10 juta dan kegagalan beliau memerintah sebelum ini. Kesilapan ini menyebabkan undi simpati bertambah kepada calon BN dan mengakibatkan pengundi PH yang telah lama mengenali peribadi Tok Mat beralih arah.
Sebagai contohnya di PDM Sendayan, Tok Mat berjaya memperoleh 1,648 undi berbanding Streram (471 undi). Pada PRU14, gabungan undi PAS dan BN hanyalah 1265 berbanding PH yang menguasai 901 undi. PH hilang hampir separuh undi mereka di PDM ini dalam tempoh kurang 11 bulan
BN juga berjaya menguasai 13 daripada 14 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berbanding hanya 7 pada PRU14. Satu-satunya PDM yang hampir pasti dimiliki PH adalah PDM Bandar Ekar. Namun, peratusan undi PH merosot sekitar 60 peratus berbanding PRU14 yang mencatatkan penguasaan 68.9 peratus. PDM ini memiliki 42.1 peratus pengundi Cina.
Jentera PPBM juga tidak begitu ketara di PRK Rantau kali ini berbanding PRK Semenyih. Kebanyakan pemimpin utama terutama mereka yang dikaitkan dengan pendirian pro Mahathir juga tidak dilihat di lapangan. Kegagalan PKR memenangi Rantau sebenarnya satu rahmat kepada PPBM. Ia boleh mengurangkan tekanan kepada Tun Mahathir untuk menyerah kuasa seberapa segera kepada DSAI selepas kekalahan parti tersebut di Semenyih sebelum ini.
Penduduk Rantau juga tidak terkesan dengan hasutan politik rasis yang dihalakan kepada kerjasama PAS-Umno. Hubungan antara dua parti ini tidak lagi dilihat sebagai taboo oleh masyarakat bukan Melayu. Yang perlu dilakukan oleh BN dan PAS hanyalah memperkuatkan parti komponen dan sayap bukan Islam mereka agar hala tuju kerjasama tidak dilihat terlalu didominasi oleh satu kaum sahaja. Formula di Rantau yang melibatkan kerjasama dengan MCA dan MIC secara aktif telah membuktikan bahawa masyarakat bukan Melayu boleh berubah.
HIJ-RAH tidak lagi boleh difitnah.
ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Bukit Tunggal Kuala Terengganu - HARAKAHDAILY 13/4/2019

Hasil carian imej untuk belajar dari PRK Rantau?

Saturday, April 13, 2019

Tok Mat Kekal Kerusi DUN Rantau. Majoriti 4,510 Undi.

Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau

RANTAU: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

Mohamad Hasan menerima 10,397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram yang sekadar mendapat 5,887 undian.

Dua lagi calon, R Malarvizhi (BEBAS) hanya meraih 83 undi manakala seorang lagi calon BEBAS Mohd Nor Yassin menerima 79 undi.


Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus di Dewan SJK (C) Bandar Seri Sendayan pada jam 8:45 malam pada Sabtu.

“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan daripada Barisan Nasional telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian negeri N27 Rantau,” katanya.

Tambah Nizam, jumlah kertas undi yang ditolak adalah sebanyak 146.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Semenyih meningkat kepada 79.3 peratus berbanding enam PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal.

Ini selepas Streram, yang juga dicalonkan PH untuk PRU ke-14 lalu, dihalang daripada menghantar borang pencalonan ketika hari penamaan calon pada 28 April 2018.

Ini merupakan PRK ketujuh selepas PRU14 tahun lalu, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac). (AA)

Ini, Rupanya Bukan Skru, Tapi Alat Skodeng Moden..




KECANGGIHAN teknologi kamera litar tertutup (CCTV), kamera intip atau tersembunyi yang tujuan asalnya untuk pemantauan keselamatan boleh bertukar menjadi igauan ngeri bagi wanita apabila disalahguna lelaki psiko sebagai alat skodeng moden.
Pemantauan Harian Metro di laman sosial mendapati peralatan kamera intip banyak dijual dengan pelbagai bentuk seperti skru, penyangkut baju, pili air, pemegang kunci, pen, topi, cermin mata, tombol atau loceng pintu, pemetik api, malah ada diperbuat sekecil mata skru yang pastinya sukar disedari mangsa.
Kebanyakan peralatan itu buatan luar negara, khususnya dari China dijual pada harga serendah RM18 sehingga paling mahal mencecah ribuan ringgit mengikut spesifikasi tertentu.
 NASHA Aziz (kiri) antara yang menjadi mangsa skodeng (HM). FOTO/NSTP
Menurut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong, berdasarkan kes pencabulan privasi wanita diterima pihaknya berkaitan penggunaan peralatan kamera intip mendapati kebanyakan pelakunya akan meletakkan alat itu di bilik air.
“Pengintip atau orang lelaki yang suka mengintai cara moden ini gemar melihat wanita mandi atau buang air.

“Kami mendapati kes yang diterima kebanyakannya tak membabitkan pelakunya mahu mencari untung dengan menjual gambar atau video mangsa, sebaliknya hanya untuk memenuhi nafsu pengintip itu sendiri saja,” katanya.
Antara kes diterimanya membabitkan dua gadis masih menuntut di salah sebuah maktab perguruan yang mengikut rakan lelakinya bercuti di Sarawak.
Gadis itu yang menumpang di rumah rakan lelaki itu terkejut dan trauma apabila mendapati sebatang pen yang diletakkan di bilik air mempunyai kamera micro.
Kisah lain, katanya, membabitkan lima penyewa yang menjadi mangsa ‘skodeng moden’ tuan rumah apabila kamera intip diletakkan di semua bilik air dan bilik tidur.
Selain itu, tiga pelajar berusia 15 tahun sebuah sekolah swasta di ibu negara dikejutkan dengan video mereka sedang mandi tular dalam kalangan rakan sekolah, lima bulan selepas mereka mengikuti kelas renang.
“Ada juga kes kami terima terdapat unsur mengugut dan memalukan mangsa supaya mangsa tunduk dengannya. Antaranya kes sepasang kekasih yang berpisah selepas lapan tahun bercinta.
“Kehidupan mangsa menjadi tidak tenteram apabila bekas teman lelakinya memiliki rakaman tiga video mangsa sedang mandi dan mengugut disebarkan.
“Apa pun, kebanyakan mangsa didapati sukar pulih daripada tekanan perasaan selepas mengetahui privasi tubuh badan mereka dicerobohi,” katanya.
Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan mengelak menjadi mangsa diintip, seseorang boleh memeriksa kewujudan kamera intip, tersembunyi atau spycam dengan menutup suis lampu dan menggunakan kamera telefon yang dihalakan ke arah objek disyaki itu.
“Jika muncul tanda merah di paparan telefon pintar maka ia sah memiliki alat perakam video di dalamnya,” katanya. (HM)
Hasil carian imej untuk mengintip, skodeng

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang salah faham, serbuan khalwat bukanlah skodeng, intip atau tajassus seperti yang ditegah oleh Islam..

Lihat, ini sebuah kewajipan yang jelas..

Kefahaman Nahi Mungkar atau mencegah sesuatu kemaksiatan adalah perkara yang sangat asasi dalam jiwa seorang muslim. Ianya merupakan kewajipan yang jelas bahkan ianya turut menjadi kayu ukur kepada keimanan seseorang itu. 

Cukuplah satu hadis yang biasa kita dengar ini menjadi dalil akan kefardhuannya itu:
  • Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam  bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”
Hikmah wujudnya mencegah kemaksiatan itu bukanlah sekadar atas dasar suruhan agama semata-mata, namun ianya wujud demi memelihara maslahat umum masyarakat dalam sesebuah Negara. Seperti mana kemaksiatan itu bakal memusnahkan sistem kemasyarakatan serta negara keseluruhannya, maka mencegah kemungkaran itu akan terus memelihara sistem dan kestabilan Negara tersebut.

Berasaskan kefahaman inilah syariat Islam apabila berbicara dalam soal pemerintahan sebuah negara telah mengariskan salah satu tugasan utama pemerintah adalah mencegah kemungkaran yang disebut sebagai al-hisbah. Al-Muhtasib iaitu orang yang menjalankan hisbah sebagai wakil kepada pemerintahbertanggungjawab memastikan masyarakat terus jauh daripada perilaku maksiat. 

Mereka berperanan untuk mencegah kemungkaran apabila ianya jelas dilakukan. Dalam masa yang sama, wujud dalam syariat Islam itu suatu perkara yang disebut sabagai larangan tajassus. Iaitu larangan untuk mengintai atau mencari-cari akan kesalahan muslim yang lain. Perkara ini juga jelas disebut oleh syarak bahkan difahami oleh sahabat ra serta ulama-ulama setelah itu.

  • Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain (Al-Hujrat : 12)

Asas kepada wujudnya larangan tajassus ini adalah kerana hubungan sesama muslim sepatutnya berdiri atas perasaan husnu zon (bersangka baik). Maka tindakan tajassus ini adalah satu lambang kepada perasaan suu zon (bersangka buruk) yang ditegah oleh syariat itu sendiri.

Antara tajassus dan nahi mungkar.

Mencegah kemungkaran itu wajib, melakukan hisbah oleh pemerintah itu perlu dan dalam masa yang sama kefahaman larang tajassus itu benar wujud. Gagal memahami persempadanan ini dengan betul menyebabkan akhirnya kita menuduh akan suatu tindakan nahi mungkar seperti serbuan khalwat dan lain-lain itu tajassus dan sebaliknya. 

Salah faham ini bukan sekadar berlaku dalam masyarakat umum tetapi dikalangan asatizah atau pemimpin masyarakat juga terjadi. Lebih menyedihkan isu ini telah diambil peluang oleh golongan-golongan Islam liberal seperti SIS, G25 dan lain-lain lagi demi memastikan kerangka kefahaman nahi mungkar dikalangan masyarakat khususnya umat Islam terus celaru. 

Hakikatnya mereka bukan perjuangkan supaya tidak berlaku tajassus dalam hisbah, tetapi yang mereka mahukan adalah kebebasan melakukan maksiat.

Lihat juga hadis-hadis ini..

Dari Abi Barzah al-Aslami, beliau berkata : Rasulullah SAW berkata : “Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya (tetapi) tidak masuk iman itu ke dalam hatinya! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah mencari-cari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang maka Allah akan mencari keaibannya, dan sesiapa yang dicari oleh Allah akan keaibannya maka Dia akan menyingkap keaibannya (hatta) di rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud; dinilai oleh al-Albani sebagai hasan sahih)
قال الإمام أبي محمد التميمي حاكياً اعتقاد الإمام أحمد رحمه الله : (( وكان يذهب إلى أنه لا يجوز كشف منكر قد استُسر به ، كما لا يجوز ترك إنكاره مع المظاهرة والمجاهرة ، ويأمر بأن يُظن بالناس خيراً )) . وفرَّق رحمه الله بين ظهور الأمارات أو العلامات الدالة على وقوع منكرٍ ، وبين طلب تلك العلامات والبحث عن العورات الذي هو التجسس ، قال: (( وكان يقول : إن التواري بالمنكر لا يمنع إنكاره إذا ظهرت رائحة أو صوت )) فظهور رائحة المسكر علامة على وجوده وهكذا .
Berkata imam Abi Muhammad At-Tamimi bahawa ini adalah kepercayaan Imam Ahmad rahimallah lalu berkata: Imam Ahmad berpendirian adalah tidak boleh kita mengintai kemungkaran yang dilakukan secara rahsia seperti mana tidak boleh kita membiarkan sesuatu kemungkaran itu apabila kita melihatnya kerana kita perlu bersangka baik sesame muslim, namun Imam Ahmad membezakan antara terdapatnya petanda kepada berlakunya kemaksiatan itu atau mencari-mencari keaiban orang lain (tajassus). Sebab itulah Imam Ahmad pernah berkata: Kemaksiatan yang dilakukan secara tersembunyi hendaklah dibendung jika wujud padanya suara (petanda berlaku zina) atau bau (petanda minum arak)
Dalam kitab Tabsirah Al-Hukam fi Usulil Aqdiyah wa Manahijul Ahkam ada menaqalkan kalam Ibnu Al-Majashun
 قال ابن الماجشون : ” اللصوص وقطاع الطريق أرى أن يطلبوا في مظانهم، ويعان عليهم حتى يقتلوا أو ينفوا من الأرض بالهرب. وطلبهم لا يكون إلا بالتجسس عليهم وتتبع أخبارهم ” وكذا ذكر الفقهاء أنه إذا اشتهر وجود حانة خمر في بيت أو ممارسة الرذيلة ونحو ذلك، فلإمام المسلمين أن يبعث من يتجسس عليهم
Pencuri dan penyamun hendaklah kita selalu perhatikan pemikiran mereka, mengawasi dan menentang mereka hinggalah mereka diperangi atau dibuang negeri. Memerhatikan mereka tidak akan sempurna melainkan dengan tajassus (mengintip) serta mengikuti perkembangan mereka.
Imam Nawawi juga pernah menaqalkan kalam Mawardi yang menyebut bahawa hal yang dibenarkan tajassus adalah ketika adanya kemungkinan berlakunya pencerobohan keatas kehormatan seseorang seperti seseorang melaporkan bahawa ada lelaki berdua-duan bersama perempuan untuk lakukan zina, seorang lelaki yang ingin bertindak membunuh seseorang dan lain-lain lagi. Dimana dalam situasi ini walaupun bukti yang ada adalah lemah, tajassus hendaklah dilakukan.
Ini juga kerana demi maslahat umum iaitu memastikan kezaliman itu tidak terjadi terhadap orang lain adalah lebih besar berbanding melihat maslahat peribadi. Perkara ini selari dengan kaedah fiqh yang menyebut dilakukan mudharat yang kecil demi menolak mudharat yang lebih besar.
Perkara ini jelas tidak bertentangan dengan kisah Khalifah Umar ra bersama pelaku peminum arak, kerana dalam hal tersebut maksiat meminum arak itu adalah bersifat peribadi iaitu tidak menzalimin orang lain. Bahkan dalam kisah tersebut tidak wujudnya sebarang petanda yang maksiat itu sedang dilakukan.
Berdasarkan kefahaman kita terhadap perkara diatas jelas disini ruang tajassus itu adalah pada sesuatu maksiat peribadi iaitu tidak libatkan menzalimi pihak lain yang dilakukan secara tersembunyi hingga tidak ada sebarang petanda dia melakukannya. Maka jika ini yang terjadi pihak al muhtasib tidak boleh melakukan nahi mungkar.

Isu khalwat ini perlu difahami bahawa tindakan serbuan tersebut bukanlah kerana takutkan wujudnya maksiat lain dalam khalwat itu, tetapi tindakan seseorang itu berdua-duaan dengan bukan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat. Perkara inilah yang digariskan oleh Imam al-Ghazali
كما أن الخلوة بالأجنبية في نفسها معصية لأنها مظنة وقوع المعصية ، وتحصيل المعصية معصية
Sesungguhnya khalwat dengan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat kerana ianya adalah satu perbuatan yang akan membawa kepada maksiat (zina). Perkara yang menghasilkan maksiat adalah satu maksiat.
Dalam syarak, jika natijah sesuatu perbuatan adalah suatu dosa yang berat, maka wasilah (jalan) kepada dosa tersebut juga mestilah dibenteras. Ini dinamakan qawaid al-wasail. Dan khalwat ini membawa kepada dosa yang besar iala itu zina (secara kebiasaannya), maka khalwat yang merupakan wasilah kepada zina tersebut mestilah dibenteraskan. Walaupun ia mengganggu sedikit maslahah yang lain, namun untuk menolak mudarat yang lebih besar dibolehkan untuk berlakunya mudarat yang lebih kecil.

Akhirnya...

Serbuan khalwat yang dilakukan pegawai jabatan agama Islam pada pada hari ini bukanlah satu bentuk tajassus. Tetapi ianya adalah satu bentuk nahi mungkar demi memelihara syariat Islam dan kemaslahatan masyarakat itu sendiri. Ianya adalah satu perbuatan yang syarie serta perlu diimani oleh semua muslim tanpa terkecuali.
Jika berlaku permasalahan pada sudut pelaksanaan maka yang perlu ditegur atau diperbaiki adalah perlaksanaannya dan bukan menghapuskan undang-undang ini atau menolak kefahaman asas yang sangat jelas ini.
Kita juga perlu hati-hati dalam memahami konteks ayat Al-Quran dan Hadis kerana ditakuti kita akan meninggalkan suatu kewajipan yang sangat jelas dalam syarak lalu.

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Al-Maidah 78-79)bakal mengundang laknat Allah SWT kepada kita semua tidak kira samada mereka adalah perlaku maksiat atau mereka yang berdiam diri melihat kemaksiatan yang dilakukan oleh orang lain.

Sekian..

PRK Rantau: Menanti Kejutan Tun M Malam Ini

Hasil carian imej untuk gambar  prk rantau
SEREMBAN - Kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramah perdana PH malam ini masih menjadi tanya.

Poster yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin-pemimpin PH bagi program ceramah perdana PH.

Sejak minggu kedua kempen, poster mengenai program tersebut yang memaparkan gambar Dr Mahathir bersama pimpinan-pimpinan PH lain disebarkan kepada penduduk Rantau.
Namun, sehingga kini, tiada pengesahan rasmi sama ada Dr Mahathir akan turun atau tidak dalam program terakhir PH di Sendayan.
Salah seorang pegawai Dr Mahathir memaklumkan, program itu tiada dalam jadual Perdana Menteri namun tertakluk pada perubahan.
Dr Mahathir pula dalam sidang media dua hari lalu berkata, sama ada akan turun berkempen di Rantau atau tidak, itu adalah pilihannya.
"Itu pilihan saya, kalau saya nak pi (pergi ke Rantau) saya pi," katanya.
Hadir atau tidak, Dr Mahathir tetap memberikan sokongan penuh kepada calon PH, Dr S Streram seperti yang pernah dinyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Namun, sebagai orang nombor satu PH, kehadiran Dr Mahathir dianggap penting kerana mampu menyuntik nilai tambah bagi mendapatkan sokongan pengundi Rantau.
Malah, sebagai calon, Streram sendiri pernah menyatakan beliau amat berharap Dr Mahathir turun bagi memberi sokongan di saat akhir.
Mengenali Dr Mahathir yang penuh dengan kejutan, tidak mustahil beliau akan hadir juga dalam ceramah perdana malam ini.
Lebih-lebih lagi beliau pernah turun dalam tiga PRK sebelum ini iaitu di Port Dickson, Cameron Highlands dan Semenyih.
Apa pun, sama ada Dr Mahathir akan turun ke Rantau atak tidak, segalanya bakal terjawab malam ini.(SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails