PERRMATANG PAUH: Golongan LGBT antara kumpulan masyarakat harus didekati dan dibimbing ke jalan hidayah sebagaimana dakwah disampaikan kepada golongan lain.
Demikian mesej dari penganjuran forum "LGBT: Ancaman kepada akidah Islam" anjuran bersama Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang dan Muslimat PAS di Masjid Seberang Jaya, di sini kelmarin.
Pengerusi Persatuan Insaf Pahang, Mohamed Bakri Abu Bakar selaku ahli panel mengakui, memang sukar mendekati mereka ini yang begitu sensitif terutama terhadap cacian berkenaan imej diri.
Pun demikian serunya, perbezaan golongan itu dari anggota masyarakat lain tidak harus menjadi penafian untuk dilaksanakan tanggungjawab dakwah secara berhikmah dan menyantuni.
Beliau turut menekankan kepentingan peranan institusi keluarga dalam pembentukan anak-anak dan mengesan masalah luar biasa yang ada sedari usia mereka masih muda untuk pembetulan.
Tegasnya, kepincangan institusi keluarga menyebabkan anak-anak mencari kasih sayang di luar lingkungan anggota keluarga dan berkongsi masalah diri bersama pihak lain.
Pengarah Pembangunan Mahasiswa Luar Negara Pemuda PAS Malaysia, Prof Madya Dr Muhammad Ibrahim pula berkongsi pendekatan ilmu dalam menangani isu golongan berkenaan.
Serunya, pendakwah mesti menggunakan pendekatan 'reach out community' kerana golongan tersebut juga perlu dipimpin, sedangkan dakwah rutin di masjid melibatkan golongan sedia baik.
Kemukanya, antara pengalaman beliau bersama sahabat lain adalah mewujudkan kelas al-Quran, solat fardu dan kem ibadah yang menjadi perubatan holistik membawa mereka kembali ke pangkal jalan.
Golongan tersebut katanya, turut dilatih dengan kursus jenazah bertujuan menguruskan jenazah maknyah memandangkan sering kali timbul polemik untuk menanganinya apabila berlaku kematian.
Begitu juga ujarnya, golongan ini turut ditugaskan dengan kajian berkaitan penyakit merbahaya dan diminta mengadakan pembentangan mengenainya demi manfaat dan kesedaran sesama mereka.
Ketika sama maklum Dr Muhammad, kebajikan golongan tersebut turut dijaga menerusi pemeriksaan kesihatan memandangkan mereka sentiasa dalam risiko penyakit berjangkit.
Beliau turut menyeru masyarakat untuk menawarkan peluang pekerjaan halal kepada golongan tersebut supaya mereka dapat membebaskan diri dari 'lorong-lorong', sekali gus mengatasi masalah.
Mengakui cabaran, pensyarah muda ini mengajak pendakwah mendekati golongan tersebut dengan ikhlas, sabar dan istiqamah, selain menaja umrah sebagai usaha memandu mereka ke jalan hidayah.
Moderator forum, Dr Norazlina Zakaria pula mengaitkan kepentingan menyelamatkan golongan ini dari terikut perjuangan kebebasan tanpa batas yang dibawa golongan fikrah Liberal. - HARAKAHDAILY 28/4/2019
“MANA ada buat apa...kami sembang-sembang ja,” itu antara alasan diberikan seorang lelaki Myanmar yang ditahan bersama pelacur di sebuah rumah tumpangan di Bukit Mertajam, semalam.
Alasan diberikan itu langsung tidak logik kerana kedua-duanya ditahan tanpa seurat benang, namun kerana mahu membuktikan dia tidak bersalah lelaki Myanmar itu mengatakan dia tidak berbuat apa-apa bersama pelacur terbabit.
Bagaimanapun, lelaki berkenan akhirnya mengaku yang dia sebenarnya baru mahu melakukan hubungan seks dengan pelacur terbabit dan membayar RM40 untuk perkhidmatan disediakan. Dalam Op Bersepadu dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Tengah (SPT) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang itu, seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama 20 pelacur terdiri daripada wanita dan mak nyah ditahan.
Operasi pada 2 petang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPDSPT, Deputi Superintendan Mohd Hazazi Othman selepas mendapat aduan orang ramai berhubung kegiatan pelacuran dilanggan pekerja asing dan dilihat semakin berleluasa di kawasan terbabit.
Dalam operasi terbabit, seorang mak nyah turut membuat pengakuan yang dia sudah melakukan pembedahan menukar jantina dengan kos mencecah RM14,000 sejak empat tahun lalu.
Mak nyah berusia 20-an itu berkata, dia menjual tubuh semata-mata mahu mengumpul wang untuk menampung kos pembedahan menukar jantina yang dilakukannya di negara jiran.
“Saya bekerja keras untuk mencari wang bagi melakukan pembedahan menukar jantina semata-mata untuk kepuasan sendiri dan mahu dilihat sebagai wanita tulen.
“Selain itu, pelanggan lebih menyukai saya dan mereka langsung tidak mengetahui yang saya sebenarnya adalah lelaki,” katanya.
Difahamkan, golongan pelacur dan mak nyah di kawasan terbabit mengenakan caj serendah RM30 untuk pelanggan terdiri daripada pekerja warga asing yang ingin mendapatkan khidmat seks mereka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam operasi itu pihaknya merampas peralatan seperti losyen, tuala, tisu dan kondom yang dipercayai digunakan ketika melakukan hubungan seks.
Menurutnya, pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan, Bangladesh, Myanmar dan Nepal turut ditahan dalam serbuan itu. (HMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, Malaysia tanah airku negara berperlembagaan Islam kononnya!
BANGI, 21 Syaaban 1440H, Sabtu –Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didesak membatalkan hasrat membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS, ke negara ini, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Menyifatkan langkah membawa masuk kumpulan dari Korea itu sebagai tidak bijak, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan sepatutnya menunjukkan komitmen untuk memelihara negara daripada terpengaruh dengan budaya luar.
Pada masa sama, katanya, Kementerian Belia dan Sukan juga patut mengutamakan budaya kebangsaan untuk menarik pelancong, bukannya mengundang artis luar hanya kerana mendatangkan keuntungan lumayan.
“Apakah budaya tempatan yang mempunyai nilai tersendiri tidak mahu diketengahkan. Kumpulan K-Pop BTS yang lebih membawa nilai asing dari Barat, malah tidak mempunyai sebarang nilai sahsiah pula ditonjolkan.
“Justeru, kami mengesa agar pihak KBS membatalkan hasrat mengundang BTS dari Korea, dan rujuk kembali kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaaan agar mengadakan acara yang tidak bertentangan nilai tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Syed Saddiq memaklumkan, pihaknya dalam usaha membawa masuk kumpulan itu ke Malaysia tahun depan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Beliau menjelaskan kehadiran kumpulan muzik luar negara ke Malaysia bukan bertujuan untuk melalaikan generasi muda, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara.
Malah, beliau berkata, pihaknya komited menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia (PMS) sebagai hub industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara. (ismaweb.net/)
Hiburan Dalam Islam
Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
Tujuan:
Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.
Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.
Hiburan Syarie..
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip itu mempunyai perkataan yang tidak boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala, juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).
( Taaha : 15-16)
2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya. ( HR Muslim)
3- Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya,
( Al Qasas : 55)
إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya. (HR Bukhari dan Muslim)
4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
( Al A’raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :
إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا
Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء … منهن…. واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب – خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] – المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)
6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)
7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :
Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda :
عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.
(HR Ibnu Majah)
PERINGATAN
Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.
Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
Kesimpulan
Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar.
Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.
FRASER ANNING (tengah) mengumumkan untuk meletakkan ahli Parti Konservatif Kebangsaan bagi kerusi Cook yang dipegang oleh Perdana Menteri, Scott Morrison di Dunningham Park, Cronulla, Sydney, Australia.
Anning Terus Biadab!
SYDNEY 27 April - Selepas dihempuk dengan telur di kepalanya oleh seorang remaja, Will Connolly serta teruk dihentam dalam Parlimen ekoran kenyataan biadab yang menyalahkan program imigresen dan Islam sebagai punca insiden serangan di Christchurch, New Zealand, Senator Fraser Anning bagaikan tidak pernah serik.
Terbaharu, Senator berusia 69 tahun itu mencetuskan kontroversi apabila mahu mengharamkan kemasukan imigran Islam dan berkulit hitam ke negara ini.
Lapor Daily Mail, Anning mengeluarkan kenyataan itu di Twitternya selepas seorang penyokong beliau yang berusia 19 tahun ditahan kerana menyerang seorang jurugambar pada sidang akhbar yang dihadirinya di Dunningham Park, Cronulla, di sini semalam.
“Hari ini saya berada di Cronulla untuk mengumumkan calon New South Wales (NSW). Sebagaimana yang diketahui umum, ini adalah kawasan Perdana Menteri dan kawasan ini menyaksikan pelbagai masalah yang dibawa oleh imigran Islam. Mereka datang ke sini dan melancarkan serangan.
“Parti saya akan mengharamkan semua imigran Islam dan kulit hitam dalam memastikan keselamatan penduduk Australia,” katanya.
Pergaduhan antara penyokong Anning dan jurugambar tercetus sebaik sahaja pemimpin itu mengumumkan untuk meletakkan ahli Parti Konservatif Kebangsaan bagi kerusi Cook yang dipegang oleh Perdana Menteri, Scott Morrison.
Sedang para wartawan mengajukan soalan kepada Anning, beberapa penyokongnya menyampuk dan memberi jawapan kepada soalan-soalan itu.
Seorang wartawan yang menyaksikan kejadian itu berkata, kumpulan itu mula melakukan serangan peribadi dengan komen-komen kesat terhadap seorang wartawan tempatan, Eliza Barr selepas dia menegaskan tidak melihat sebarang bukti jenayah berunsur kebencian yang dibawa oleh penduduk Islam di kawasan itu.
Jurugambar Dylan Robinson cuba merakam gambar lelaki yang mengeluarkan komen kesat itu sebelum dia diserang oleh seorang remaja dan cuba merampas kamera daripadanya.
Lelaki itu bagaimanapun ditahan polis yang berada di lokasi kejadian.
Sementara itu, Perdana Menteri, Scott Morrison menegaskan politik keganasan tiada tempatnya di negara ini.
Baru-baru ini, Anning dikecam anggota Parlimen Australia susulan kenyataannya mengenai serangan di Christchurch.
Pada 2017, ahli politik kontroversi Australia, Pauline Hanson yang memakai niqab (pakaian menutup semua anggota badan wanita Islam) di Dewan Senat Australia di Canberra dan tindakan beliau telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak.
Hanson dikatakan memakai niqab untuk menarik perhatian orang ramai dan mendakwa pemakaian niqab boleh menjejaskan keselamatan Australia serta dikaitkan dengan isu keganasan. (Utusan Online)
Peguam Negara tegaskan Agong tidak dikehendaki bertanggungjawab berkaitan isytihar perang
kUALA LUMPUR: Peguam Negara (AG) Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat Perdana Menteri, Kabinet dan Kementerian Pertahanan berhubung perisytiharan perang.
Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Britain yang telah dipanggil untuk siasatan perang Iraq dan bukan Queen Elizabeth sebagai raja berperlembagaan, sedangkan baginda adalah panglima angkatan tentera.
"Jika (sesuatu) perang diisytiharkan, walaupun Agong adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera, keputusan untuk menyertai perang, selalunya dibuat oleh Perdana Menteri, Kabinet dan Menteri Pertahanan dan secara operasi, jeneral yang mengendali perang atau laksamana tentera laut.
Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia telah menarik diri daripada menandatangani Statut Rom berikutan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat.
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian bertujuan menghapus kekebalan pelaku jenayah paling serius yang dianggap sebagai ancaman kepada masyarakat antarabangsa membabitkan jenayah penghapusan etnik (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan.
Forum itu menampilkan anggota panel terkemuka, iaitu anggota kumpulan G25 Datuk Noor Farida Ariffin, pakar undang-undang perlembagaan Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.
Menjawab pertanyaan semasa sesi soal jawab mengapa beliau (Thomas) dikatakan gagal meyakinkan Majlis Raja-raja agar menyokong kerajaan menandatangani triti itu, beliau berkata beliau tidak ada bersama empat ahli akademik berkenaan semasa penjelasan mengenai Statut Rom ICC kepada Majlis Raja-raja.
Thomas berkata jika mereka berlima hadir di bilik yang sama pada ketika itu, kedua-dua pihak tentu berpeluang mengulas mengenai pendapat masing-masing...
"Saya berpeluang mengulas pendapat mereka dan mereka mengulas pendapat saya... tetapi peluang itu tidak berlaku." katanya.
Empat ahli akademik itu turut dipersalahkan kerana dikatakan mengelirukan Majlis Raja-raja mengenai Statut Rom dengan membentangkan kertas yang berat sebelah mengenai triti itu.
Bagaimanapun, menurut penganjur, keempat-empat ahli akademik itu tidak hadir di forum hari ini walaupun mereka diundang untuk turut menjadi anggota panel. -- BERNAMA
Liputan6.com, Pekalongan - Sosok haji pejalan kaki nyata berwujud pada diri Muhammad Khamim Setiawan (29). Pemuda asal Pekalongan, Jawa Tengah, itu sengaja berjalan kaki demi bisa menunaikan ibadah haji. Saofani Solichin, ayahanda Khamim, menuturkan perjalanan putra bungsunya ke Tanah Suci dilalui penuh liku. Keluarga juga sempat sangsi Khamim mampu tiba di Mekah karena medan yang dilalui cukup berat. Saofani mengungkapkan, barang bawaan Khamim beberapa kali sempat akan dirampok atau dirampas saat dalam perjalanan. Hambatan itu pertama kali dialami saat dia melintasi wilayah pantura Cirebon dan Palembang. Kejadian yang sama juga hampir dialaminya saat berada di Thailand. Namun, perampokan itu tidak benar-benar terjadi. "Dan juga saat di India beberapa orang yang bertemu Khamim juga agak jahil. Mereka ditanya rute malah memberikan rute yang memutar cukup jauh," kata dia, Sabtu, 27 Mei 2017. Tak hanya perampok, Khamim juga pernah melewati perjalanan tanpa membawa perbekalan apa pun. Hal itu bermula saat ia berjalan kaki dari Banten ke Palembang saat ditemani seorang kawan. Karena sang rekan mendadak harus pulang karena keluarganya sakit, Khamim pun memutuskan berjalan kaki seorang diri. Ia memberanikan diri melintasi wilayah meski perjalanan dilakukan di malam hingga dini hari. "Sampai-sampai, semua barang bawaan Khamim termasuk handphone, GPS, sebagian pakaiannya dititipkan oleh rekannya untuk diantarkan hingga ke perbatasan Malaysia. Jadi, melalui jalur lintas Sumatera, anak saya benar-benar tidak membawa apa-apa, mungkin hanya beberapa pakaian saja," tutur Saofani.
Oleh karena itu, Khamim mengandalkan masjid dan musala sebagai tempatnya melepas lelah. Saat tiba di rumah Allah itu, ia mendapatkan petunjuk dan sedikit bantuan dari sesama muslim.
Dukungan yang sama juga diterima calon haji backpacker itu saat melintasi wilayah Malaysia, India, dan Dubai. Ia tak kesulitan mendapatkan makanan halal dari rekan-rekan muslim yang ternyata juga berasal dari Indonesia.
"Saat di Malaysia, dia ada teman seorang habib, begitu juga saat di India. Di Dubai, Khamim juga berkesempatan bertemu Kedubes Indonesia di sana dan disambut baik," katanya.
Kedatangan Khamim ke kedubes tidak semata mencari pertolongan dan tempat berteduh sementara. Ia sengaja bersilaturahmi sambil mengurus visanya agar bisa melintas ke daerah tujuan. Kini, calon haji pejalan kaki sudah sampai di perbatasan Dubai - Uni Emirat Arab.
"Ya syukur Alhamdullilah. Ternyata kekhawatiran keluarga selama ini tidak menjadi kendala. Kami berjalan kaki hampir tanpa hambatan hingga ke Dubai," kata Saofani.
Kurus tetapi Gembira
Khamim yang berhaji dengan berjalan kaki berfoto saat naik kapal. (Liputan6.com/Fajar Eko Nugroho)
Dalam perjalanan, Khamim menyempatkan diri berkomunikasi dengan keluarganya. Dalam penuturannya, ia mengaku menikmati perjalanan meski tidak jarang mengalami rintangan. Salah satu yang membuatnya semringah adalah saat diajak makan oleh warga negara setempat. Tentunya, makanan khas setempat dan halal. Selain itu, Khamim juga terlihat menikmati cuaca terik di negara Timur Tengah dengan berswafoto di beberapa masjid besar di sana. Ia juga mencoba menaiki unta di padang pasir sambil berfoto bersama dengan warga setempat. Foto-foto itu lalu ditunjukkan kepada keluarganya di Pekalongan. Keluarga melihat tak ada kesan capai atau kurang bergairah yang terpancar. Hanya saja, badan Khamim terlihat lebih kurus dari biasanya dibanding sebelum keberangkatannya dari Pekalongan. "Ya mungkin karena sedang perjalanan jauh. Tapi raut wajahnya semringah. Mungkin dijalaninya menikmati dengan penuh khidmat," ucap Saofani. Sang ayah pun meyakini perjalanan Khamim ke Mekah akan segera terwujud paling lambat saat musim haji tiga bulan mendatang. "Informasinya tinggal 500 kilometer saja, Khamim sudah sampai Mekah setelah menempuh perjalanan mencapai 13.800 kilometer dari Pekalongan," ujarnya. Panggilan Batin Kepada sang ayah sebelum berangkat, Khamim mengungkapkan niatnya berhaji dengan berjalan kaki menuju Mekah merupakan panggilan batin untuk mencari rida Allah SWT.
Khamim pun berujar, selama perjalanan ke tanah suci Mekah dirinya tak melulu meminta bantuan orang-orang. Namun, Khamim pun tak akan menolak jika ada orang yang ikhlas memberi bantuan saat berpapasan atau bertemu dengannya di suatu tempat. Khamim tidak menargetkan sampai berapa lama dia bisa sampai ke Mekah. Utamanya, Khamim lebih fokus untuk mencari strategi untuk menyiasati lamanya visa yang diberikan setiap negara dengan prediksi jarak tempuh yang harus dilaluinya dengan berjalan kaki. Keluarga Khamim di Pekalongan pun tak mengetahui pasti kapan Khamim akan pulang ke Indonesia setelah berhaji dan apakah Khamim akan kembali dengan berjalan kaki. "Saat ditanya pulang kapan, Khamim hanya menjawab sampai saat ini saya belum mendapat petunjuk dan menentukan ke arah situ," kata Saofani. (Liputan6.com) Video:
Khamim Naik Haji Jalan Kaki dari Pekalongan sudah Tiba di Mekkah
ISU kuota matrikulasi sebenarnya hanya bermula dari satu isu mudah yang membabitkan seorang individu sahaja, iaitu seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 (SPM) berbangsa India yang mendapat 10A namun tidak berjaya mendapat tempat di matrikulasi.
Begitupun, isu ini telah dimainkan sebegitu rupa oleh pemimpin DAP yang mahu kerajaan menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera dengan mendakwa ia adalah bertentangan dengan jaminan mengenai tiada diskriminasi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Desakan pemimpin DAP ini bercanggah dengan Perjanjian dan Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu mempertahankan Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Tidak logik jika pemimpin DAP ini naif dalam memahami Perlembagaan Persekutuan kerana ramai pakar undang-undang menyebut bahawa diskriminasi dalam bentuk kuota pendidikan ini adalah satu bentuk diskriminasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Bukan setakat pemberian kuota ini dibenarkan dalam Perkara 153 (2), malah, mengikut Perkara 153 (8A), perizaban tempat pengajian ini turut boleh diluaskan ke mana-mana universiti, kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas MCE.
Isu ini dikira selesai bila Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 April 2019 memutuskan untuk menambah bilangan kemasukan pelajar matrikulasi kepada 40 ribu tempat, berbanding 25,000 sebelum ini dengan mengekalkan kuota 90 peratus Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera.
Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan ini diumumkan terus sahaja seorang pemimpin tinggi DAP membidasnya dengan menyebut beliau dan penyokong-penyokong bukan Melayu PH kecewa kerana Kabinet tidak bersedia untuk mengambil keputusan yang berani.
Keadaan menjadi lebih buruk bila Ketua Umum PH yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang tidak berada dalam Kabinet, walaupun memberi jaminan tidak akan campur tangan, menyebut keputusan ini adalah langkah sementara sahaja.
Menyusuli kenyataan Dato' Seri Anwar ini adalah kenyataan media bersama 20 pemimpin DAP, sebahagiannya adalah Ahli Jawatankuasa Pusat, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan ini.
Kata mereka, jika keputusan ini mahu dilaksanakan maka, dalam jangka masa pendek, mereka mahu Kabinet mengarahkan Unit Pusat Universiti (UPU) untuk menggunapakai kaedah pengambilan nisbah iaitu 50 peratus pelajar matrikulasi dan 50 peratus pelajar STPM.
Dalam jangka masa panjang pula, mereka mahu Kabinet secara beransur-ansur menggantikan peperiksaan program matrikulasi dengan peperiksaan STPM yang diiktiraf dan diterima seluruh dunia kerana kredibiliti dan tahap akademik STPM didakwa cukup tinggi.
Inilah antara masalah PH sekarang: Keputusan Kabinet boleh tidak dihormati menjadikan timbul keraguan ke atas kebolehlaksanaan keputusan ini manakala DAP pula, walau mungkin bersetuju dalam Kabinet, menggunakan saluran luar Kabinet untuk terus menekan.
Kenapa agaknya seperti susah sangat untuk DAP mengawal pemimpin mereka? - HARAKAHDAILY 26/4/2019