Monday, July 22, 2019

Krisis Terburuk Di Hong Kong, Demontrasi Tiap Minggu. Mengapa Dengan China?

PENUNJUK perasaan berkumpul berhampiran Pejabat Perhubungan China
PENUNJUK perasaan berkumpul berhampiran Pejabat Perhubungan China ketika demonstrasi di Hong Kong, hari ini. - AFP

HONG KONG 21 Julai - Penunjuk perasaan bertopeng melontar telur ke pejabat China di penghujung demonstrasi di Hong Kong hari ini.
Bandar itu yang dilanda krisis terburuk dalam sejarahnya menyaksikan demonstrasi setiap minggu dengan pertembungan antara polis dan kumpulan penunjuk perasaan tegar.
Permulaan demonstrasi tercetus berikutan rang undang-undang yang mahu membenarkan ekstradisi ke tanah besar China namun telah ditangguhkan. - AFP
GAS pemedih mata ditembak bagi menyuraikan penunjuk perasaan dalam  GAS pemedih mata ditembak bagi menyuraikan penunjuk perasaan dalam demonstrasi di Hong Kong, hari ini. - AFP
HONG KONG 21 Julai - Polis Hong Kong melepaskan gas pemedih mata hari ini bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di jalanan.
Pasukan polis rusuhan dengan kelengkapan topeng dan perisai bertembung dengan penunjuk perasaan yang melarikan diri dari pelbagai arah selepas tetap berhimpun berhampiran terminal feri di pulau itu. - AFP


HONG KONG 21 Julai -Sekumpulan lelaki bertopeng yang kebanyakan bersenjatakan kayu dan berpakaian berwarna putih menyerang penunjuk perasaan di dalam stesen kereta api Hong Kong di sini, malam ini.
Siaran langsung Facebook yang dibuat media tempatan, Stand News menunjukkan kumpulan lelaki itu menyerang ke arah penunjuk perasaan di Yuen Long yang berhampiran dengan sempadan China.
Wartawan wanita media tempatan itu juga diserang hingga jatuh dan disepak beberapa kali. - AFP
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Nicki Minaj Batal Konsert, Sebab Wanita Dan LGBT. Kalau M'sia?

NICKI MINAJ - AFP
Penyanyi rap, Nicki Minaj 

HALAMAN HIBURAN
Nicki Minaj batal konsert, sebab wanita dan LGBT
WASHINGTON Julai - Penyanyi rap, Nicki Minaj membatalkan persembahannya di Arab Saudi pada minggu depan sebagai sokongan kepada hak wanita dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Lapor BBC, Minaj memberitahu, selepas menilai dengan teliti, dia memutuskan untuk tidak meneruskan konsert dijadualkan di Jeddah World Fest.
“Saya percaya bahawa penting untuk menjelaskan sokongan kepada hak wanita dan komuniti LBGT serta kebebasan ekspresi,” katanya dalam kenyataan semalam.
Persembahan Minaj dalam sebuah festival di Jeddah telah mencetuskan kemarahan pengkritik-pengkritik.
Ada yang mempersoalkan bagaimana pakaian mendedahkan dan lirik yang eksplisit akan didengarkan di negara itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau di Malaysia pimpinan PH, pada parti DAP dan sekutunya, mungkin hal itu tiada larangan.. bahkan bagus cemerlang. Ha ha.


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Sunday, July 21, 2019

Remaja Perempuan Ini Didera. Peranan Jiran Menyelamatkan..


JKM tunggu siasatan polis


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis menyelamatkan remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran selepas disyaki didera keluarga kandungnya di Kampung Gial, kelmarin.
Perkara itu didedahkan jiran mangsa selepas terdengar rengekan remaja berusia 14 tahun itu di luar rumah sebelum merakam dan menularkannya di laman sosial Twitter.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Perlis, Siti Berenee Yahaya berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan meminta JKM meneliti perkara terbabit.
“Setakat ini remaja itu berada di bawah pengawasan JKM manakala ibu bersama abangnya dipanggil polis untuk diambil keterangan.

“Kes ini akan ditentukan polis sama ada membabitkan penderaan atau tidak kerana saya dimaklumkan hingga kini saksi yang menularkan perkara berkenaan di Twitter enggan hadir ke balai polis seperti disuruh,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Siti Berenee, pihaknya sudah mendapatkan maklumat mengenai keluarga berkenaan.
 SITI Berenee. FOTO Amran Hamid
Apa yang dimaklumkan penduduk setempat, keluarga terbabit tidak berniat untuk mengurung mangsa di luar rumah, tetapi mereka meninggalkannya setiap kali untuk keluar berniaga.
“Sebelum ini mereka pernah meninggalkannya di dalam rumah, tetapi remaja berkenaan sering memberontak dan memecahkan barangan dalam rumah.
“Keluarga ini dikategori sebagai susah dan tidak mampu. Remaja itu terpaksa ditinggalkan di luar rumah untuk beberapa jam sementara menunggu mereka pulang daripada berniaga,” katanya.
Kelmarin, menerusi Twitter milik jiran mangsa yang dikenali sebagai Jurais Abdullah, remaja itu ditinggalkan di luar rumah ketika keluarganya keluar berniaga.
Menurut Jurais, remaja itu didakwa didera apabila ada kesan kecederaan lama pada tubuh badan.
Cubaan Metro Ahad untuk mendapatkan Jurais tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej wartawan di laman sosial berkenaan. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini 30 adab hidup berjiran, seperti yang digariskan oleh Islam. Begitulah indahnya Islam dalam 'membangunkan hidup manusia'.  Membangun Bersama Islam.

30 Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan
Petikan dari:  “Bimbingan Mukminin” (Imam Al-Ghazali)

(1)  Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

(2)  Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat bertanya:
“Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab:
” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“ Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)

(3)  Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

(4)  Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.  

(5)  Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.  

(6)  Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.  

(7)  Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.  

(8.)  Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.

(9)  Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran:  
  1. Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.  
  2. Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.
  3. Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
(10)  Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

(11)  Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.  

(12)  Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.  

(13)  Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.  

(14)  Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.  

(15)  Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.  

(16)  Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
(17)  Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.  
(18)  Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.
(19)  Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.  
(20)  Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.  
(21)  Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.  
(22)  Memberikan segala bentuk bantuan yang mereka perlukan.  
(23)  Berlemah-lembut dengan anak-anaknya jiran.  
(24)  Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.  
(25)  Mengucapkan tahniah ketika terjadi peristiwa tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.  
(26)  Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa malapetaka dan bencana.  
(27)  Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya.Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.  
(28)  Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.  
(29)  Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli.  
(30)  Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran.

M'sia Haru-biru, Pertembungan PH Sama Sendiri.. Ahmad Yahaya




Bukan Malaysia baharu, tapi haru-biru
GURUN 21 Julai - Keputusan rakyat memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) memerintah adalah untuk melihat konsep Malaysia baharu yang cuba dibawa oleh mereka, namun malangnya selepas setahun hanyalah haru-biru yang dapat dilihat.
Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya berkata, malah keadaan di dalam PH pada masa ini juga membimbangkan kerana bukan sahaja gagal mentadbir dengan baik malah perpecahan sesama mereka juga semakin memuncak.
Katanya, apabila berlaku pertembungan sesama sendiri termasuk perebutan kuasa secara terbuka dalam kalangan pemimpin PH, menyebabkan rakyat merasa tidak selesa.
"Jika dahulu PKR dominan di dalam PH namun apabila wujudnya dua kem, sudah tiada lagi parti dominan di dalam PH yang boleh diharapkan. Yang dominan sekarang adalah DAP.
"Melihat kepada suasana yang ini, keperluan taawun antara UMNO dan Pas ini perlu diperkukuhkan dan apabila berlaku sahaja pilihan raya, PH wajib ditumbangkan," katanya ketika berucap pada program perpaduan ummah di Command Centre, Jerai di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md. Alwi Che Ahmad dan Yang Dipertua Pas kawasan Jerai, Musoddak Ahmad.
Tambah Yahaya, kerjasama Pas dan UMNO semakin hari semakin baik termasuk di negeri ini dan mereka sudah bersedia untuk berhadapan dengan PH dalam pilihan raya akan datang.
"Komitmen Pas Kedah akan bersama kukuhkan kerjasama ini. Ini juga adalah perintah Allah SWT iaitu menuntut kita melakukan perkara-perkara yang membawa kebaikan," katanya.- UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Lagi 12 GRO Warga Asing Ditahan.

 Ini lain.. Antara wanita warga asing yang ditahan dalam Op Noda di dua pusat hiburan di Kuantan beberapa hari lalu.


KUALA LUMPUR 19 Julai - Sebanyak 12 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kepong Baru, di sini, semalam.
Serbuan bermula pukul 10.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, kesemua wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.
“Kita turut menahan seorang lelaki yang dipercayai pengurus premis hiburan yang didapati beroperasi tanpa lesen.
“Selain tangkapan, kita turut memeriksa sebanyak 27 pengunjung termasuk lima wanita yang turut berada di dalam premis ketika serbuan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Rusdi, pihaknya turut merampas pelbagai jenis peralatan premis hiburan termasuk mikrofon dan pembesar suara serta wang tunai berjumlah RM268.
Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Perkara-Perkara Imigresen dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Teruskan Bantah Projek PSR (Tambakan Selatan PP). Ibnu Hasyim Sokong.

 
BALIK PULAU: Bantahan cadangan pembinaan tiga pulau buatan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) perlu diteruskan oleh para penduduk kerana ia adalah sumber dana untuk Kerajaan Pulau Pinang.

Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA), Zikrullah Ismail berkata demikian dalam program Sembang Santai Bahana Penambakan 3 Pulau di Dewan Nelayan Sungai Batu, di sini hari ini.

Menurut Zikrullah, dengan dana kewangan besar boleh diperolehi nanti, parti itu bukan sahaja akan melakukan projek-projek yang merosakkan alam sekitar, malah juga sosio demografi dan kebudayaan negeri.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang terdesak untuk meneruskan projek tambakan ini kerana mahu mengaut keuntungan dengan merosakkan alam dan menzalimi masyarakat nelayan dan kampung.

"Masyarakat ini dizalimi apabila sosio-demografi diubah secara rakus akhirnya merosakkan kawasan kebudayaan penduduk asal yang majoritinya terdiri daripada Melayu Muslim.

"Sekiranya penambakan ini berjaya dibatalkan, ianya suatu kemenangan untuk seluruh rakyat Pulau Pinang," ujar beliau lagi.

Program ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammmad Fauzi Yusoff dan Pegawai Penyelidik Menteri Besar Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani serta Ketua Umno Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Balik Pulau turut membantu nelayan dan hadirin membuat bantahan melalui petisyen dari talefon pintar masing-masing semasa program ini dijalankan. - HARAKAHDAILY 20/7/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibnu Hasyim menyokong saranan Pengerusi Pertubuhan Warisan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA), seperti yang diperjuangkan Zikrullah Ismail tersebut.

Ibnu Hasyim pernah menjadi YDP PAS Kawasan Balik Pulau seketika dulu. Ya, teruskan perjuangan saudara!

Begini Cara Rogol ADUN DAP. Macam Babi, Boleh Tutup Kes Ke?


Cerita perilaku pimpinan DAP
TERJEMAHAN MENGIKUT TEKS ASAL:

Pembantu rumah yang dirogol oleh ADUN Yong Choo Kiong hanya baru berusia 23 tahun, tetapi dikatakan oleh penyokongnya adalah seorang “ah soh” berusia 50 tahun. 

(Nota : Ah soh atau Ah Sau selalunya merujuk kepada wanita pertengahan tahun). 

Mengikut kejadian ceritanya pembantu rumah itu baru saja berkhidmat di rumahnya kira-kira dua minggu. Dalam usia yang begitu muda telah datang ke Malaysia untuk berkerja bagi meringankan beban keluarga. 


Ketika pembantu rumah sedang membersihkan bilik anaknya, dia telah memeluk pembantu rumah itu dari belakang dan tidak melepaskannya. Dengan ratus menekan pembantu rumah lalu merogolnya di ranjang. 

Setelah pembantu rumah memuaskan nafsu (ADUN), dia dengan hati yang penuh luluh telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Pihak polis segera datang ke rumah membuat penyiasatan. Di atas cadar didapati kesan air mani dan terus membawanya ke balai polis. 

Ketika ini pelaku menggunakan kuasa sedaya-upaya untuk menutup kes ini. Sekarang pembantu rumah bukan sahaja menerima kecederaan anggota badan bahkan mentalnya sekali. Ia juga berdepan dengan cercaan. 

Sebenarnya dia sebelum ini dah ada satu kes iaitu menggunakan kekerasan terhadap seorang pelajar wanita dari Negeri China. Bagaimanapun ia berakhir dengan tutup kes.

Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin yang menjadi pelindung hak-hak wanita boleh tak keluar dan bercakap barang sepatah dua, sekarang kamu telah menyorok di mana?


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begini cara rogol ADUN DAP. Macam babi, boleh tutup kes ke? Apa kata 
Hannah Yeoh, Yeo Bee Yin, atau wanita-wanita 'garit' Melayu mengaku Islam dalam DAP?

Terjemahan : Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim

(Mindarakyat.blogspot.com)


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails