Monday, July 22, 2019

139 Pelarian Papua Maut Akibat Penyakit, Kebuluran

Imej yang berkaitan

JAKARTA 18 Julai - Seramai 139 orang di wilayah Papua meninggal dunia akibat krisis kebuluran dan penyakit berikutan pertempuran antara tentera dan kumpulan pemberontak.
Selain itu, menurut kumpulan bantuan manusia seperti dipetik Reuters, ribuan orang di wilayah terbabit terpaksa melarikan diri akibat pertempuran tersebut.
Seorang sukarelawan, Hipolitus Wangge berkata, 40 daripada yang meninggal dunia berusia di bawah lima tahun dan 24 lagi kanak-kanak di atas usia lima tahun.
Kebanyakan pelarian mengalami jangkitan pernafasan dan cirit-birit. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu HasyimLaporan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Bahagian Makanan dan Pertanian menunjukkan statistik kes kebuluran sejak dua tahun lalu telah meningkat kepada 815 juta, dengan nisbah satu daripada sembilan manusia tidur dalam kelaparan.
Sebanyak 10.7% daripada angka tersebut pula mengalami masalah kekurangan makanan. Bagaimanapun, majoriti manusia yang mengalami kelaparan banyak berlaku di negara sedang membangun. Jika diteliti melalui figura nombor, kes-kes kebuluran di negara sedang membangun dilaporkan sekitar 779.9 juta di mana benua Asia menyumbang jumlah yang paling tinggi iaitu 511.7 juta kes. 
Manakala, Oceania mempunyai rekod terendah bagi kes kebuluran dengan hanya 1.4 juta kes. Secara keseluruhan, 3.5 juta manusia hidup dalam kebuluran. Kanak-kanak adalah golongan yang paling terjejas kerana mereka akan membesar tanpa kandungan nutrisi yang cukup. 

Kekurangan Vitamin A dan zink di samping penyusuan susu suboptimal, merupakan faktor kematian 3.1 juta kanak-kanak setiap tahun iaitu sama dengan 45% rekod kematian dicatatkan pada tahun 2011. 
Oleh itu, kembalilah kita melihat dan menjenguk negara jiran kita Indonesia di Papua seperti di atas.
Hibur Hibur Sikit
Video: 
Ebiet G Ade - Nasehat Pengemis Untuk Istri Dan Doa Untuk Hari Esok Mereka (Karaoke Video)


AKU PAPUA ~ FRANKY SAHILATUA

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

20 Pelajar SMK Desa Cempaka Diserang Histeria

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka.


NILAI - Kira-kira 20 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka di sini diserang histeria dalam kejadian bermula pukul 7.30 pagi ini.
Seorang pelajar perempuan terlebih dahulu diserang histeria semasa sesi perhimpunan sekolah itu berlangsung sebelum pelajar lain mengalaminya.
Salah seorang pelajar sekolah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Fizi, 17, berkata, serangan histeria di sekolah itu berlaku secara berperingkat sehingga pukul 11.30 pagi.
"Mula-mula seorang saja pelajar kena histeria semasa kami berada dalam perhimpunan. Selepas satu jam, seorang demi seorang pelajar lain mengalaminya.
"Seramai 20 pelajar perempuan yang mengalami histeria dari kelas dan blok belajar berlainan," katanya ketika ditemui Kosmo! Online di hadapan sekolah itu di sini hari ini.
Fizi berkata, pelajar perempuan terlibat meraung dan berguling atas lantai seolah-olah dirasuk semasa serangan histeria itu berlaku.
Jelas beliau, insiden itu kali kedua berlaku selepas kejadian pertama berlaku Jumaat lalu membabitkan dua pelajar perempuan sahaja.
Menurut beliau, semua pelajar sekolah itu kemudian diarah kembali kembali ke tempat perhimpunan dan membaca surah Yasin.
"Saya lihat beberapa ustaz datang ke sekolah dan baru keadaan kembali tenang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Pkharuddin Ghazali dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan kejadian itu.
Kata beliau, pihak sekolah bertindak mengasingkan pelajar terlibat di surau, manakala pelajar lain dikumpulkan di dewan sekolah semasa insiden itu berlaku.
Tambah beliau, pihak sekolah turut memanggil ustaz dari Masjid Kuarters KLIA untuk membantu memulihkan pelajar terlibat sebelum ibu bapa diminta membawa pelajar berkenaan pulang. 
"Keadaan kembali tenang pada pukul 11.39 pagi dan sesi pembelajaran berjalan semula. Pelajar sesi petang diminta mengadakan bacaan yasin.
"Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan pihak sekolah memantau kes itu dari semasa ke semasa agar kejadian sama tidak berulang," katanya. - K! ONLINE


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Pusat Hiburan Jadi ‘port’ Dadah.


Polis tahan 88 pengunjung dipercayai sewa bilik harga RM280 sejam

KUALA LUMPUR, 20 Zulkaedah 1440H, Isnin – Seramai 88 pengunjung yang menggunakan sebuah bilik pusat hiburan keluarga di sebuah pasar raya di Puchong bagi menjalankan aktiviti dadah sambil berhibur ditahan lewat malam tadi.


Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, kesemua mereka terdiri daripada rakyat tempatan dan warganegara asing dipercayai menyewa bilik berkenaan dengan kadar RM280 sejam secara beramai-ramai untuk kegiatan tersebut.

“Dalam serbuan itu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serdang telah menahan empat lelaki tempatan, 55 lelaki serta 29 perempuan warga Indonesia dan semasa serbuan mereka didapati berada dalam keadaan khayal.



“Seramai 59 daripada mereka didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Aktiviti ini bagaimanapun dipercayai tidak didalangi pihak premis,” katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan.



Menurut Ismadi, operasi yang dijalankan sehingga lewat malam itu berjaya menahan kesemua individu berumur lingkungan antara 18 hingga 50 tahun serta kebanyakannya didapati bekerja di sektor buruh dan perkilangan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua peket ketamin dan 11 biji pil ekstasi.

Kesemua individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – Bernama

Rogol Pelajar Meningkat. Bukti Dasar Pelajaran Terus Gagal..

Imej yang berkaitan
PENINGKATAN kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur dan pelajar sekolah di Kedah adalah disebabkan pergaulan bebas dengan rakan selain mengenali pasangan melalui laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kebanyakan kes rogol yang dikesan adalah disebabkan remaja perempuan mudah terikut dan terpengaruh dengan pujuk lelaki yang kemudiannya terjebak dengan seks suka sama.
Beliau berkata, bagaimanapun setakat ini jarang ditemui kes rogol yang sebenar iaitu tanpa rela atau dipaksa namun disebabkan kebanyakan mangsa di bawah umur, rela atau tidak ia dikategorikan sebagai kes rogol.“Sepanjang tahun ini, dari awal Januari hingga bulan ini, kita menahan sembilan pelajar sekolah disyaki terbabit dengan kes rogol berbanding tahun lalu hanya tiga orang manakala tahun sebelumnya iaitu 2017, seramai lapan orang.
“Ini menunjukkan peningkatan berlaku dan jika tidak dibendung, mungkin jumlah ini akan meningkat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar.
Zainuddin berkata, bukanlah tugas polis semata-mata untuk membendung kes ini dari terus berlaku, tetapi peranan ibu bapa serta tunjuk ajar dari guru di sekolah mungkin dapat “menyelamatkan” lebih ramai pelajar sama ada mangsa atau si pelaku dari terjebak dengan kes rogol.
Beliau berkata, melalui ceramah dan kempen yang dilakukan oleh pihak sekolah juga dapat membentuk pelajar sekolah dari terjebak dari masalah rogol seperti ini selain nasihat dari ibu bapa di rumah.
“Dengan teknologi serba canggih sekarang ini, remaja boleh mengenali dan berinteraksi dengan pasangan melalui internet dalam bilik, bilik air pun boleh dan di mana-mana saja boleh kenal.
“Kita tak boleh nak sekat mereka (remaja) untuk berkenalan dengan sesiapa cuma sekadar boleh nasihat melalui kempen dan ceramah yang diadakan, itu saja,” katanya.
Dalam pada itu, Zainuddin berkata, sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, polis menahan 62 pelajar di negeri ini yang berusia 17 tahun ke bawah yang terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah.
Katanya, daripada jumlah itu, 37 pelajar adalah dari Kuala Muda, Pendang 10 kes (rogol dan rempit) manakala Kubang Pasu (tujuh kes) berkaitan kes gaduh. (Mymetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dasar pelajaran di Malaysia, memberi ruang kepada kesuburan 'pergaulan bebas' di kalangan pelajar dan remaja.. Maka sebagai bukti, inilah akibatnya.. Antaranya rogol menjadi-jadi. 

Maka kembalilah kepada cara hidup Islam, ke arah melahirkan insan profesional yang bertaqwa.


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Air S'ngor, Paku Dulang Paku Serpih..


Satu tindakan sabotaj!
Saya mengambil insiden terbaru ini secara serius.
Kejadian yang baru berlaku sekitar petang dan mengakibatkan empat loji air di Sungai Selangor ditutup semula secara berperingkat dan membebankan pengguna air di Selangor boleh dianggap sebagai satu tindakan sabotaj.
Ketika ini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sedang menjalankan siasatan terperinci tentang punca kejadian tersebut.
Saya juga telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk membincangkan situasi terkini.
Dua kejadian pencemaran dalam tempoh kurang tiga hari tidak boleh dipandang sewenangnya.
Oleh yang demikian, setelah berbincang dengan Ketua Polis Negara, saya juga turut memohon pihak PDRM untuk sama-sama menjalankan siasatan.
Saya ingin memastikan bahawa dalang di sebalik insiden ini dapat diberkas dan dihukum dengan berat di bawah akta-akta yang sedia ada.
Dr. Xavier Jayakumar
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (UTUSAN ONLINE)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih,
Fitnah Kelantan, Selangor yang lebih.
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Masjid Terawal 1,200 Tahun Ditemukan. Boleh, Teruskan Solat Di Situ?

PEKERJA Muslim Pihak Berkuasa Antikuiti menunaikan solat di tapak
PEKERJA Muslim Pihak Berkuasa Antikuiti menunaikan solat di tapak tinggalan masjid purba di bandar Badwi Rahat, kelmarin. AFP/agensi


BAITULMUQADDIS 19 Julai - Tapak tinggalan masjid berusia 1,200 tahun, satu daripada masjid terawal di dunia ditemukan semasa penggalian arkeologi di bandar Badwi Rahat di utara Beersheba, Israel.
Lapor The Jerusalem Post, Pengarah Penggalian bagi Pihak Berkuasa Antikuiti, Shahar Zur dan Dr. Jon Seligman berkata, sebuah masjid luar bandar dari zaman dahulu adalah jarang ditemukan di Asia Barat dan dunia.
Katanya, penemuan bangunan seumpama itu adalah jarang berlaku dan tidak pernah ditemukan sehingga sekarang.
“Pada zaman itu, terdapat masjid besar di Baitulmuqaddis dan Mekah tetapi di sini adalah bukti rumah ibadat purba dipercayai digunakan oleh petani yang tinggal di kawasan itu.
“Kami menemukan tinggalan tapak sebuah masjid terbuka, bangunan segi empat tepat dengan mihrab yang menghadap ke selatan, ke arah Mekah. Ciri-ciri ini adalah bukti tujuan bangunan ini digunakan, ratusan tahun dahulu,” kata Zur dan Seligman.
Sebuah ladang dari akhir zaman Byzantine (500-600 Masihi) juga ditemukan semasa penggalian itu termasuk penempatan kecil dari era permulaan Islam (600-700 Masihi).
Pakar Pihak Berkuasa Antikuiti, Profesor Gideon Avni berkata, tapak itu adalah satu daripada masjid terawal yang diketahui dari masa kedatangan pertama Islam di Israel, selepas penaklukan Arab pada tahun 636 Masihi.
“Penemuan masjid di berhampran sebuah bandar pertanian di antara Beersheba dan Ashkelon menunjukkan proses perubahan budaya dan agama yang dialami semasa peralihan dari zaman Byzantine hingga tempoh Islam awal.”
“Penemuan bandar dan masjid di sebelahnya, menyumbang secara signifikan kepada kajian mengenai sejarah tanah ini,” katanya. – AGENSI
Komen Weblog Ibnu HasyimTapak tinggalan masjid berusia 1,200 tahun, satu daripada masjid terawal di dunia ditemukan  itu, membuktikan bahawa bumi Israel itu sendiri adalah bumi umat Islam yang dirampas Zionis. Oleh itu, perjuangan mengembalikan hak umat Islam itu wajib diteruskan. 
Teruskan solat di situ.. Allahu Akbar!
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Kecoh Ceramah Wan Ji Di Melaka, Walaupun Di Bawah PH.


SEPASUKAN anggota polis berkawal menghalang sekumpulan individu yang membuat kecoh dan membantah kehadiran Wan Ji untuk berceramah di Masjid Ar Rahman, Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka, malam ini. - UTUSAN ONLINE


Ceramah Wan Ji di Melaka kecoh, dibantah sekumpulan individu
ALOR GAJAH 21 Julai - Keadaan di Masjid Ar Rahman dekat Kampung Parit Melana, Durian Tunggal di sini bertukar kecoh apabila sekumpulan individu membantah kehadiran penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin untuk mengadakan ceramah di masjid itu, malam ini.
Ceramah yang dijadualkan disampaikan pendakwa kontroversi selepas solat maghrib itu terpaksa ditunda ekoran bantahan dipercayai dianjurkan Gerakan Pembela Ummah Melaka berkenaan.
Difahamkan, keadaan mula tegang kira-kira pukul 7.50 petang selepas penceramah itu dipaksa keluar daripada masjid berkenaan oleh kumpulan tersebut semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahad sedang menyampaikan ucapan aluan sebelum ceramah bermula.
Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal sepasukan anggota polis yang sudah bersiap sedia di masjid berkenaan dengan menghalang kumpulan tersebut untuk mara ke bahagian depan.
Selepas kira-kira 30 minit mengadakan bantahan dan provokasi, kumpulan tersebut akur dengan arahan polis dan mula beredar meninggalkan masjid. Ceramah Wan Ji disambung semula kira-kira pada pukul 8.30 malam. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu HasyimKecoh ceramah Wan Ji di Melaka, walaupun di bawah pentadbiran kerajaan PH.
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails