Tuesday, July 23, 2019

Kisah Orang Kampungku.. Himbau Kenangan Lama. -Ibnu Hasyim.

Image may contain: 3 people, people smiling, outdoor
Acit Raman Abdullah's profile photo, Image may contain: 1 person, standing
Andhar A. Samah

Muniandi: Saya ingat dulu u kecik-kecik suka lukis atas tanah bukan?
Aku: Huyoo boleh ingat na
Muniandi: Masa saya datang, moto saya sudah block u punya lukisan. Saya undur belakang.
Tu kejadian 30-25 tahun yang lepas. Tak sangka dia boleh ingat lagi. Terharu gila weh. Pada yang tau.. aku start melukis atas tanah ngan sepupu aku Sherrilaida Bin Aidarus bawah pokok manggis kat Permatang Tengah. Tu belum cerita aku pi rumah dia pasai nk approach dia utk mural ni. Baru nak intro diri dia dah cakap dulu saya tau rumah u. Mak u pon i kenai. Selalu tukaq duit syiling sama saya 
Muniandi ni memang legend kat Balik Pulau. Sapa-sapa pon mesti kenai dia. Tak kira la apa jenis kaum hang pon. Dia dah serve 30 tahun juai roti kaya tu. Nampak loceng aku dok ketuk tu. Perghhhh mesti cam punya bunyi loceng tu. Dari kita kecik-kecik sampai dah beranak pinak. Dia masih kekal ngan macam tu. Kita semua ada kenangan ngan dia. La ni turn anak2 kita pulak lalui zaman kita kecik-kecik dulu tu.
Apa yang aku kagum pasai uncle ni pasal pengorbanan dia pada keluarga dia. Anak-anak dia berjaya jadi doktor, peguam dan sorang lagi tengah belajaq lagi kalau tak salah aku dia amik chemical engineering ka apa. Gila weh salut. Boleh diangkat salah satu icon merdeka atau hari malaysia lah tahun ni. 
Tahniah dan terima kasih 

Ok impian aku dah tercapai dapat naik moto dia siap ketuk loceng lagi. Hang ada?
Ini 11000 Balik Pulau
Kredit pelukis potret Uncle Muniandi. 

Dari Weblog Ibnu Hasyim
Anak Kg. Perlis Balik Pulau
(Dulu rumah depan Masjid Kg Perlis)

Cabul &Pornografi Kanak-kanak, Bintang Hollywood, Ditahan.

PENYANYI R. Kelly meningalkan bangunan Mahkamah Jenayah Leighton
PENYANYI R. Kelly meningalkan bangunan Mahkamah Jenayah Leighton selepas pendengaran pendakwaan pencabulan seks di Chicago pada Jun lalu. - AFP
HALAMAN HIBURAN


WASHINGTON 12 Julai - Bintang R&B Hollywood, R. Kelly ditahan berikutan pertuduhan persekutuan mengenai dakwaan mencabul perempuan bawah umur dan pornografi kanak-kanak, disahkan peguamnya hari ini.
Steve Greenberg dalam kenyataan akhbar berkata, ejen persekutuan menahan Kelly semalam ketika sedang membawa anjingnya bersiar di Chicago.
Pertuduhan persekutuan baharu itu bangkit daripada dakwaan kelakuan di Illinois dan New York. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pusat-pusat hiburan begini adalah tong sampah tempat tersebarnya virus maksiat. Kerajaan PH patut menyedari hal ini dan menanganinya.

Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Video Seks: 6 Pendirian Menurut A. Kadir Jasin.

A. KADIR JASIN
A.Kadir Jasin.


KUALA LUMPUR 22 Julai - Selepas menyenaraikan beberapa contoh menteri dari luar negara yang meletak jawatan selepas terpalit dengan salah laku seksual, kali ini Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin tampil dengan enam pandangan berhubung isu video seks membabitkan menteri Kabinet di Sandakan pada Jun lalu.
Beliau menggariskan enam pendiriannya berhubung isu dengan menganggap kejadian tersebut merupakan ujian buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) .
Antara ujian tersebut adalah seperti berikut:
1. Ini adalah ujian kepada janji kerajaan PH untuk menjadi terbuka, telus dan bertanggungjawab;
2. Ini adalah ujian kepada profesionalisme, kemerdekaan dan kesaksamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador;
3. Ini adalah ujian kepada janji PH untuk menghormati kedaulatan undang-undang dan menegakkan Perlembagaan;
4. Ini adalah ujian keupayaan kepimpinan PH untuk kekal di atas tekanan dan untuk meletakkan kepentingan negara di atas kecenderungan dan tidak suka peribadi;
5. Ini adalah ujian kepada kemanusiaan, kerendahan hati, moral dan martabat pemimpin PH secara kolektif dan secara individu dan;
6. Persoalan yang perlu ditanyakan setiap pemimpin PH adalah, saya menggunakan parti dan kedudukan kerajaan saya untuk melindungi saya dari kesalahan saya atau melindungi parti saya dan kerajaan saya daripada memalukan dengan melakukan perkara yang betul? - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Air: Pengurusan Sertamerta &Perancangan Holistik J/Panjang. -Dr Ahmad Yunus




Air: Rakyat S'gor berdepan krisis keperluan utama -Dr Ahmad Yunus
MASALAH gangguan air di Selangor makin kerap dan makin meruncing. Sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia dengan kepadatan penduduk yang tinggi, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan seharusnya lebih prihatin berkenaan impak masalah air kepada rakyat Negeri Selangor.
PAS Selangor melahirkan kerisauan kemungkinan masalah air ini akan berlarutan dan makin meruncing. Sama ada ianya atas faktor pencemaran atau penambahbaikan. Dengan peningkatan kepadatan penduduk melangkaui 7 juta orang, kepenggunaan air akan terus meningkat dan sebarang gangguan bekalan air akan mengakibatkan krisis kemanusiaan yang amat dahsyat.
Anak-anak tidak dapat membersihkan diri, sekolah-sekolah terganggu dengan tandas yang kekeringan air, operasi kilang-kilang terganggu yang menyebabkan kerugian dengan nilaian yang besar. Ini antara implikasi gangguan bekalan air yang kerap.
PAS Selangor melahirkan rasa kesal bukan sahaja di atas kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan bertindak balas segera terhadap gangguan ini, tetapi juga kegagalan Pakatan Harapan untuk menyediakan pelan mitigasi untuk menampung keperluan air bagi rakyat Selangor.
Rakyat Negeri Selangor merana akibat gangguan bekalan air minggu ini dan makin risau sekiranya gangguan-gangguan ini akan berlarutan menjadi krisis kemanusiaan.
Bagi menghadapi situasi ini, PAS Selangor mencadangkan agar satu paradigma (dicadangkan fasa perubahan drastik) pengurusan air sertamerta dan perancangan holistik jangka panjang perlu dirangka dan dilaksanakan segera. Pendekatan dan strategi yang lebih lasak - menangani perubahan cuaca dan demografi perlu diperkenalkan. Pemantauan berterusan dan penguatkuasaan efektif selari dengan teknologi air yang lebih lestari perlu dibangunkan dan digunapakai.
Selain itu, PAS Selangor juga menyarankan agar Kerajaan memandang serius pengurusan sumber air seperti memulihkan sungai-sungai tercemar dan pengurusan kawasan tadahan air dengan menghasilkan polisi multi-agensi dan multi-level. Pembangunan pengurusan air di Negeri Selangor seharusnya selaras dengan pembangunan ekonomi dan demografi negeri ini bagi mengelakkan krisis kemanusiaan di masa hadapan.
Pokoknya, PAS Selangor merasakan bahawa gangguan bekalan air minggu ini bukan sekadar isu mingguan, tetapi "symptom" bagi kemungkinan permasalahan yang lebih besar. Gangguan bekalan air yang kerap ini hanyalah "tip of the iceberg".
Islam Memimpin Perpaduan
YB DATO' DR AHMAD YUNUS HAIRI
Pesuruhjaya PAS Selangor

Apabila Musuh Mengasihi Pendakwah -Presiden PAS




FIRMAN Allah S.W.T.:
﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ٩﴾ [الصف: 9] 
"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad S.A.W.) dengan membawa hidayah (petunjuk) dan agama yang benar (Islam), supaya ia menyatakannya, sehingga memenangkan dan meninggikannya atas segala agama (dan ajaran yang lain), walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."
(Surah As-Soff: 9)
Pada zaman ramainya kalangan yang dinamakan pendakwah bebas, Islam menjadi jenama yang laris dan ditakuti kebenarannya bukan kebatilan, menyebabkan berlaku cabaran baru terhadap dakwah dan pendakwah, iaitu apabila musuh Islam menyayangi pendakwah atau mempertahankannya.
Maka panduan petunjuk Al-Quran yang bermukjizat hendaklah dijadikan penyuluh terhadap dakwah yang dilakukan dan wajah pendakwah itu sendiri. Tegasnya bahawa keikhlasan berdakwah kerana Allah tidak boleh dilakonkan selama-lamanya, pasti adanya cabaran dan penentangan yang mewajibkan ujian dan penapisan daripada Allah yang tetap memelihara agama-Nya. 
Allah menegaskan dengan firman tersebut di atas, betapa Rasulullah S.A.W.  yang menjadi model umat Islam diwajibkan beristiqamah bersama Islam yang disampaikan dan ditegakkan. Walaupun wajib wujudnya penentangan dan diwajibkan juga berhikmah apabila berdakwah, menjadikan para pendakwah tidak boleh mengelak dan melepaskan diri daripada dibenci oleh musuh-musuh Islam.
Sifat wajib bagi Rasul A.S. yang menjadi ciri-ciri kejatian peribadinya, adalah wajib dicontohi oleh para pendakwah yang menyambung perjuangan Rasul A.S. Wajib bersifat benar, amanah (bermoral mulia khususnya beramal dengan perintah agama bagi dirinya), tabligh(menyampaikan) dan fatonah (cerdik dan bijak) sebagai syarat-syarat kepada pendakwah.
Semua sifat itu dizahirkan sehingga tidak memberi alasan kepada musuh untuk menolak Islam. Kalau terus bermusuh juga bermakna degil kekufurannya.
Ada juga daripada kalangan yang tidak menerima Islam itu tidak bermusuh terhadap Islam, maka konsep tiada paksaan dalam beragama wajib dipertahankan. Semua keadaan tersebut mesti dialami oleh pendakwah, sama ada berjamaah atau berseorangan. 
Adapun mereka yang tidak menerima Islam tetapi kasih pula kepada pendakwah mestilah dibuktikan sama ada dia menerima Islam atau tidak bermusuh terhadap Islam bagi menandakan keberjayaan dakwah. 
Ada juga mereka yang kasih kepada pendakwah dan terus bermusuh terhadap Islam, menandakan adanya sesuatu kelemahan daripada diri pendakwah itu, sama ada dia tidak beristiqamah bersama Islam dan dakwahnya tidak mencapai tujuan atau caranya yang tidak betul, maka mestilah dimuhasabah kesalahannya.
Lebih membahayakan lagi, kalau pendakwah itu menjadi alat kepada musuh Islam, laksana senjata yang digunakan untuk melawan Islam atau menjadi alat kepada musuh Islam dan umatnya.
Kalau yang menggunakan jenama Islam itu di kalangan bukan Islam seperti para Orientalis Barat yang sangat mendalami agama Islam tetapi menentang Islam adalah musuh Islam yang paling dimurkai oleh Allah sebagaimana kalangan Ahli Kitab yang dipohon dalam setiap rakaat solat dengan gelaran al-maghdubi ‘alaihim (paling dimurkai Allah). Maka sepatutnya dijauhkan sejauh-jauhnya daripada menjadi sepertinya atau termasuk dalam golongan yang dinyatakan lebih buruk daripada mereka yang nyata kesesatannya.
Telah disebutkan dalam hadis yang sahih Riwayat Al-Bukhari, bahawa Rasulullah S.A.W. menegaskan, muncul dalam kalangan umatnya orang yang boleh membaca Al-Quran, namun sekadar halqumnya sahaja, di mana petunjuk Allah tidak masuk ke dalam hati sanubari dan akalnya. Mereka mendekati kaum musyrikin yang menentang Islam dan memusuhi orang-orang yang beriman. Mereka itu adalah lebih bahaya dan celaka daripada kaum ‘Aad.
Dalam kehidupan dunia ini sama ada dibenci oleh syaitan atau tidak, mereka tetap wujud dan dipanjangkan umur usianya sehingga akhir zaman. Maka kalangan yang mencari keredhaan seratus peratus termasuk daripada musuh-musuh Islam, maka dibimbangi dia menjadi anggota tentera syaitan yang panjang umurnya itu. Seseorang pendakwah itu tidak mungkin mendapat keredhaan semua, termasuk para syaitan yang paling bermusuh terhadap Islam. 
Ada juga di kalangan pendakwah yang sekadar mencari populariti, lalu melakukan apa sahaja sehingga menjual agama dan dirinya dengan murah, serta bergantung dengan harapan mencari pelanggan seramai mungkin atau bergantung kepada dahan yang kuat dan banyak buahnya yang dapat dimakan menjadi isi perut.
Antara perangainya juga adalah menyebarkan hukum yang dikira luar biasa daripada pandangan umum bagi tujuan menarik perhatian umum. Ini sikap yang salah kerana niatnya yang salah, walaupun pendapat yang paling kuat dalam perkara cabang, apatah lagi kalau pendapat yang nyata lemahnya. 
Kadang-kadang Rasulullah S.A.W. tidak menyampaikan pandangannya dalam perkara cabang kerana mengambil kira masyarakat umum yang terhad kematangan kefahamannya. Begitu juga akhlak para khalifah selepasnya. Bahkan terdapat dalam kalangan para sahabat yang alim menangguhkan pandangan yang berbeza dengan Ketua Negara.
Khalifah Uthman R.A. bertindak terhadap Abu Zar R.A., seorang sahabat yang ulung kerana pandangannya mempengaruhi masyarakat umum, di mana Rasulullah S.A.W. tidak memberi jawatan kepada Abu Zar R.A. sahabat yang dikasihinya kerana menegaskan bahawa dia seorang yang lemah untuk diberi tugas negara.
Pada zaman ini terdapat orang yang seperti ini digunakan oleh musuh, supaya mencetuskan masalah dalam masyarakat Islam. Kadang-kadang dia sendiri tidak sedar dipergunakan kerana jahil murakkab dalam urusan dakwah. 
Seseorang pendakwah perlu mengetahui Feqah Dakwah yang berbeza pendekatannya dengan feqah hukum betul dan salah, halal dan haram. Tugas pendakwah itu lebih bertujuan menyelamatkan manusia bersama petunjuk Islam, termasuk terhadap umat Islam sendiri yang tenggelam dalam kejahilan agama yang diyakini dan disayanginya. Sehingga terdapat di kalangan yang menghina agama kerana kejahilan, namun dalam dirinya masih ada kemanisan iman sepertimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.:
ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله، وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار (البخاري ومسلم والترمذي والنسائئ).
“Tiga perkara sesiapa yang pada dirinya menunjukkan masih ada kemanisan imannya: Paling kasihkan Allah dan Rasul daripada yang lain, kasihkan saudara seagama kerana Allah, bencikan terhadap kekufuran laksana takutkan api neraka."
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan An-Nasa’ie) 
Sepatutnya umat Islam diselamatkan agamanya dahulu dengan budaya ilmu, namun terdapat pendakwah yang bersikap menjadi hakim yang suka menjatuhkan hukuman dengan mudah tanpa melihat tahap kefahaman Islam seseorang. Pendakwah seperti ini juga boleh digunakan oleh musuh supaya mencetuskan masalah dalaman umat Islam, sehingga perpecahan yang membawa kepada perang saudara dalam negara sendiri. 
Walaupun dakwah itu menjadi kewajipan setiap orang Islam bagi menegakkan agamanya, tetapi hendaklah diambil kira juga tahap kemampuan seorang pendakwah, orang yang diajak, cara berdakwah dan uslubnya, supaya benar-benar menjadi penyelamat manusia, bukannya menjadi makhluk perosak yang menyalahgunakan Islam atau digunakan oleh musuh Islam. 
Maka nyatalah apabila pendakwah itu atau kumpulannya dibiarkan oleh musuh Islam atau dibela oleh musuh Islam, menandakan adanya kesalahan yang berlaku, maka muhasabah hendaklah dilakukan terhadapnya.
Allah S.W.T. memberi peringatan:
﴿قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا١٠٣ الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا١٠٤ أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا١٠٥﴾ [الكهف: 103-105]
“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W.): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103); (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. (104); Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada Hari Kiamat kelak”.
(Surah Al-Kahfi: 103-105)
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 19 Zulkaedah 1440 / 22 Julai 2019 - HARAKAHDAILY 22/7/2019

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Video: Juzz Amma /Juz 30 Terjemahan Indonesia ( Audio )


Juzz Amma /Juz 30 Terjemahan Indonesia ( Audio )


Kebenaran Umat Islam Solat Jumaat Di S'pura. Ini..



AHLI Parlimen Singapura, Zainal bin Sapari memohon kepada para majikan agar memberikan izin kepada pekerja mereka yang beragama Islam untuk mengerjakan solat Jumaat. 

Beliau mengemukakan rayuan ini setelah mendengar keluhan daripada kaum lelaki Muslim yang tidak diberikan izin untuk mengerjakan solat Jumaat. 

Mereka berasa amat tertekan kerana sedar akan betapa ‘serius dan besarnya dosa’ sekiranya mereka gagal melaksanakan solat Jumaat. 

Zainal membayangkan keadaan di mana para pekerja akan menjadi lebih bersemangat dan produktif sekiranya mereka mendapat keizinan untuk mengerjakan solat Jumaat. 

“Secara ringkas, lumrahnya, memberi kelonggaran bagi pekerja kamu dari kalangan Melayu Islam sedikit masa untuk bersolat dari 12:30 pm sehingga 2.30 pm akan menjadikan kamu sebagai majikan mesra Muslim dan kamu dapat menaikkan semangat bekerja mereka.” 

“Pekerja Melayu Muslim kamu akan menggantikan kerugian masa bekerja dengan datang lebih awal dan pulang lebih lewat untuk hari itu,” 

“Saya yakin pekerja Melayu Muslim kamu tidak akan menyalah gunakan kesempatan ini kerana kami tahu, sekali hilang kepercayaan susah untuk dapatkannya kembali,” ujar Zainal lagi. 

Permohonannya itu mendapat reaksi pelbagai dan menimbulkan perdebatan hangat di kalangan rakyat Singapura. 

Ramai rakyat Singapura dari kalangan bukan Islam, dan sebilangan yang beragama Islam sendiri menentang idea memberi keizinan untuk umat Islam mengerjakan solat itu kerana kononnya dilihat sebagai tidak adil kepada penganut agama lain, dan juga kerana status Singapura itu sendiri sebagai negara sekular. 

Ramai juga yang menyokong, terutamanya dari kalangan umat Islam Singapura sendiri. Ada yang menyuarakan kesedihan kerana anaknya yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi juga tidak diberi kelonggaran untuk mengerjakan solat Jumaat. 

Semoga Allah beri kemudahan kepada umat Islam Singapura untuk bebas mengamalkan ajaran agama mereka yang selama ratusan tahun sebelum ini telah dijunjung dan diamalkan oleh nenek moyang mereka, para pemilik asal tanah itu.

Komen MR (Minda Rakyat):
MR :  Nanti akan ada berita ahli parlimen Bersatu atau Amanah minta kebenaran DAP untuk membenarkan pekerja solat Jumaat di Malaysia... 

Diangkat dari..
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebelum ini Pulau Singapura termasuk dalam alam persekutuan tanah orang Melayu. Tetapi akhirnya selepas merdeka mereka 'dipaksa' berpisah... Maka akhirnya jadilah seperti yang ada sekarang bagai Israel di tengah jantung umat Arab. Lihat kes Pulau Batu Putih,  kes air, bangunan stesyen keretapi, azan dan lain-lain.

Lihat lagi..
E-Buku IH-113: Perjalanan Ke Pulau Singa.
E-Buku IH-113: Perjalanan Ke Pulau Singa.

Ibnu Hasyim bergambar depan Masjid An-Nur, Singapura.(Sept 2016)

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails