Monday, August 05, 2019

Hutang Gaji Pemain Bola Cecah RM6.4J.


Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail. - Foto NSTP/Ihsan FB Izham Ismail 


KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan beberapa pasukan bola sepak dalam negara masih mempunyai tunggakan gaji kepada para pemain sehingga mencecah RM6.4 juta secara keseluruhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata perkara itu menjadi simbol sebuah kegagalan urus tadbir yang profesional dalam kalangan pasukan di Malaysia.
Beliau juga percaya, jika isu itu masih gagal diselesaikan  industri bola sepak negara tidak mampu untuk bergerak ke arah Pelan Hala Tuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), F30 mahupun NEX50.
"RM6.4 juta ini adalah bukti betapa industri bola sepak kita sedang tenat atau mungkin ia tidak lagi mapan untuk bergerak sebagai sebuah industri.
"Kita sedang menghantar mesej moral yang sangat negatif buat anak-anak kecil yang berimpian untuk memasuki industri ini. PFAM berasa teramat kecewa dengan pihak-pihak yang lepas tangan serta pihak menuding jari bermain 'blame game', lantas menzalimi para pemain yang bergantung sepenuhnya terhadap industri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Izham menegaskan, pasukan-pasukan yang berhutang perlu bertanggungjawab dan tidak mencari alasan untuk melengahkan atau mengelak daripada membuat bayaran.
"Bayangkanlah kegetiran dan kepayahan yang dihadapi oleh para pemain untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Pandanglah mereka sebagai manusia, bukannya sebagai hamba.
"Jika itu pun bukan lagi menjadi asbab untuk pasukan-pasukan ini melangsaikan hutang, ternyata bola sepak Malaysia bukan sahaja sudah hilang nilai profesionalnya, tetapi juga sudah kehilangan jiwa kemanusiannya," katanya.
Menurutnya, nilai tunggakan RM6.4 juta itu juga masih belum menggambarkan angka sebenar hutang dalam industri bola sepak negara memandangkan ia hanyalah tunggakan yang dilaporkan pemain dan PFAM percaya jumlah tersebut hakikatnya adalah lebih besar jika melibatkan barisan kejurulatihan dan pemain import.
"Begitu juga maklumat-maklumat tidak rasmi yang diterima oleh PFAM, tetapi para pemain masih berdiam kerana ingin memberi masa kepada pasukan," katanya.
Di samping itu, Izham berkata, PFAM berasa amat kecewa memandangkan sebelum ini pasukan terbabit menggunakan alasan sedang menunggu wang geran hak penyiaran daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menyelesaikan hutang, namun pasukan terlibat masih gagal membuat bayaran meskipun wang telah diberikan MFL.
"Pasukan seperti Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masih berdiam diri berhubung perkara ini, malah ada juga pasukan yang membuat perjanjian untuk bayaran secara berperingkat kepada pemain, namun masih melanggar perjanjian tersebut seperti pasukan ATM, PDRM dan Felda FC," katanya.
Selain itu, menurut Izham, nasib para pemain daripada pasukan-pasukan yang telah ditutup terus terpinggir dan tidak terbela.
"Pemain-pemain Perlis, TCFC (Terengganu City), Hanelang, Kuantan FA dan Marcerra United terus berada dalam keadaan yang tidak menentu kerana kelompongan struktur sedia ada yang tidak memberi sebarang jaminan terhadap nasib para pemain ini.
"PFAM menyeru perhatian kerajaan negeri, jika ini langkah terakhir, untuk tampil memberikan bantuan berhubung perkara ini. Lihatlah ia sebagai isu rakyat dan bukan sekadar masalah bola sepak," katanya. - BERNAMA
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Bantah Jawi, Pemimpin DAP Tidak Tamadun, Keluar!


Bantah jawi: 138 pemimpin DAP patut keluar Malaysia?
PERNGAI DAP yang berterusan menolak dan merendah-rendahkan tulisan jawi bukanlah perkara baharu. 

Kita masih ingat kebiadapan 4 Ahli Parlimen DAP pada tanggal 14 Febuari 2008 yang telah menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada waktu itu, Datuk Abdul Hakim Borhan menggesa agar DBKL menurunkan semula papan tanda jalan yang tertera tulisan jawi bersama dengan tulisan rumi pada simpang simpang jalan. Mereka adalah Tan Seng Giaw, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Teresa Kok.

Antara gesaan biadap dalam memorandum berkenaan berbunyi, “Kuala Lumpur merupakan ibukota yang mempunyai pelbagai kaum, ramai penduduk di Kuala Lumpur langsung tidak faham tulisan jawi, kenapakah DBKL memasukkan tulisan yang kebanyakan orang tidak faham dalam papan tanda jalan di Kuala Lumpur?”.
Mereka tidak sedar barangkali, majoriti besar orang Melayu yang bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor sendiri juga tidak faham bahasa Cina, tetapi dalam memorandum berkenaan mereka cadangkan tulisan berkenaan dimasukkan ke papan papan tanda jalan. Ini bukanlah ayat rasis, tetapi ianya dilempar supaya otak DAP mereka sedikit terbuka untuk berfikir dalam asas rasional dan logik.
Tulisan jawi bukanlah benda baharu. Ia sudah lama wujud malahan ramai ilmuan dan ahli pakar sejarah menyebut bahawa tulisan ini sudahpun digunakan di Kepulauan Melayu sejak 700 tahun lampau. Seperti mana Kaligrafi Cina dan Tulisan Sanskrit yang mempamerkan kayanya seni serta peradaban sesuatu bangsa, begitu juga dengan tulisan jawi. 

Ia wujud serentak dengan kelahiran kerajaan-kerajaan silam iaitu Pasai, Acheh, Daya, Geresik, Perlak dan juga di Tanah Melayu. Setelah itu, dalam era seterusnya ia menjadi tulisan utama di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Indonesia, Selatan Thai sehinggalah ke Sri Lanka. Ya, di Sri Lanka pernah diterbitkan akhbar Melayu (Jawi) yang dinamakan Alamat Langkapuri sejak tahun 1869 Masihi.
Bagi negara Malaysia sendiri yang kita sayangi ini, sehingga abad ke 20 Masihi telah lebih daripada 10,000 naskhah manuskrip Jawi dihasilkan. Ia merangkumi teks bagi undang undang tubuh kerajaan-kerajaan negeri dan antara yang agung adalah Teks Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 2 Ogos 1987. 

Di Sarawak sendiri sewaktu pentadbiran Inggeris, banyak teks teks kerajaan ditulis menggunakan Tulisan Jawi. Ini juga dapat dilihat berlaku di Negeri Negeri Melayu Yang Tidak Bersekutu yang mana mereka menggunakan tulisan ini dalam urusan rasmi harian.
Diakui oleh ramai sarjana dalam banyak kajian bahawa masyarakat lampau yang menguasai Tulisan Jawi akan lebih mudah memahami bahasa Arab dan juga mempelajari Al-Quran. Ini yang menjadi asas tunjang kepada akidah orang Melayu di negara ini. Lalu, kenapakah DAP begitu berani menyentuh hal-hal sebegini? Kalaulah orang Melayu yang cuba mencampuri urusan pendidikan kaum lain, sudah pasti akan digelar dengan perkataan rasis serta perkauman. Tetapi bagi pemimpin DAP?
Melihat kepada usaha berterusan oleh DAP, adakah boleh dikatakan ia usaha terancang dan secara komited mahu mencabut asas Islam itu sendiri? Kita telah dengar bagaimana Turki Moden yang mana rakyatnya mulai dijauhkan daripada tulisan Arab yang dekat dengan Al Quran serta Hadis, akhirnya fahaman sekularisme dan liberal mudah meresap ke dalam jiwa generasi baru mereka. 
Terbaru kecoh apabila dikatakan Ahli Parlimen DAP bagi Kepong menyebut ayat yang sangat tidak enak, "Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. 

Tolonglah." Lim Lip Eng menyamakan tulisan jawi sama dengan tahi lembu? Beliau kemudiannya ada menafikan tulisan ini dan mengugut untuk menyaman Harakah, meskipun merata-rata tular tangkapan skrin yang memaparkan beliau telah menyunting dan membuang perkataan “tahi lembu” berkenaan.
Jika benar terbit perkataan hina sebegini oleh seorang ahli Parlimen DAP, dan juga kes kes lama melibatkan tulisan jawi serta tajamnya tekanan oleh pimpinan DAP, diharapkan pimpinan Melayu dalam PH boleh menegur dan memberi amaran. Awal Mei lalu, Anwar Ibrahim menegur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang menggunakan istilah ‘food bank’ dalam beberapa program yang dianjurkannya. Saifudin Nasution ditegur. Baguslah. Tetapi DAP hari ini jauh lebih teruk menekan Tulisan Jawi yang menjadi asas akar umbi Bahasa Melayu sejak zaman berzaman, maka bersuaralah pimpinan Melayu PH. Jangan berdiam diri.
Adakah perlu digerakkan himpunan Keranda 152 untuk kali yang keempat? Jika dahulu Keranda 152 ini merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia simbolik kepada kematian Bahasa Melayu atas keputusan kerajaan pada waktu itu. 

Kali kedua diadakan perarakan Keranda 152 adalah pada 7 Mac 2009 apabila puluhan ribu rakyat berhimpun membantah dasar PPSMI yang mana akhirnya kerajaan melalui Menteri Pendidikan, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemansuhan dasar ini pada 8 Julai 2009. Keranda 152 sekali lagi diusung pada 26 Mac 2016 apabila pejuang bahasa yang terdiri daripada GMP, ABIM, PKPIM, MBPK, Gapena dan lain lain berhimpun dan berarak setelah kerajaan mahu meneruskan Program Dwi-Bahasa (DLP). 
Adakah dengan perkembangan terkini yang jelas dilihat bagaimana DAP dan NGO NGO seperti Dong Jiao Zong cuba merungkai asas Bahasa Melayu iaitu tulisan jawi, maka Himpunan Keranda 152 untuk kali yang ke-4 harus digerakkan segera? Apakah yang mampu dibuat oleh pribumi tanah air ini apabila warisan umat yang tidak ternilai sebegini cuba diremehkan oleh pihak pihak berkenaan? 

Ternyata mereka lupa daratan, buta sejarah, tak tahu diuntung. Nampaknya bukan Kit Siang sahaja yang rakyat sebut boleh keluar dari Malaysia, tetapi ramai lagi yang perlu diajar perkara yang sama!
NAZMAN CHE IBRAHIM
Presiden Pertahan Kelantan - HARAKAHDAILY 4/8/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tulisan jawi adalah tulisan Al-Quran. Al-Quran terbukti berjaya membangunkan manusia dari lembah kehinaan jahiliah kepada ketamadunan manusia. Bangsa Arab berjaya terkenal di dunia kerana Al-Quran, bangsa Melayu juga terkenal di dunia kerana Al-Quran. Bangsa Cina juga begitu.

Lihat bukti-bukti sejarah Islam membangunkan Cina. Oleh itu bahasa Al-Quran perlu diperjuangkan dalam membangunkan ketamadunan dunia.

Tulisan Jawi Meluas Di Urumqi China.






Hampir keseluruhan bangunan dan kedai-kedai di Bandar Urumqi terdapat tulisan ‘Jawi Urumqi’.
Masjid di Bandar Urumci, yang disinggahi penulis


Penulis depan kelinik di bawah masjid Urumqi.


Lihat, ada tulisan ‘Jawi Urumqi’ di kad pengenalan warganya.

Lihat juga..

E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-4: Catatan Perjalanan
Ke China Bersama Datuk Husam


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Sebar Pesta 1/2 Bogel Kerana Permohonan Kedai Urut Ditolak..

Hasil carian imej untuk Tiada pesta bogel di Pulau Perhentian
Tiada pesta bogel di Pulau Perhentian
BESUT – Pihak polis menafikan dakwaan terdapat penganjuran pesta tarian separuh bogel di sebuah chalet di Pulau Perhentian di sini, seperti yang ditularkan media sosial, sejak minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, beberapa video berdurasi kira-kira 30 saat, yang memaparkan aksi tarian separuh bogel tersebut, merupakan video lama yang dirakam pada tahun 2017.
Hasil carian imej untuk Tiada pesta bogel di Pulau Perhentian
Imej yang berkaitan 
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Tiada pesta bogel di Pulau Perhentian
“Video tersebut telah dimuat naik seorang wanita yang dikenali sebagai Ana Simon yang berumur awal 30-an, melalui akaun Facebook palsu bernama Nur Amanina Abdul Razak (Terengganu).
“Siasatan polis mendapati, wanita berkenaan memuat naik semula video tersebut bertujuan memburuk-burukkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan negeri Terengganu, kerana permohonan dia untuk membuka kedai urut di pulau peranginan itu (Pulau Perhentian), tidak mendapat kelulusan PBT,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Katanya pihak polis juga telah mengenal pasti individu dalam video tersebut, iaitu seorang pondan yang bersama beberapa individu lain, kelihatan dalam keadaan separuh bogel dan mabuk, selain berdiri di atas sebuah tong lalu menari. – MalaysiaGazette
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Sunday, August 04, 2019

Terengganu Fight Muay Thai Pelancongan Negeri


Ariffin (dua dari kanan) menyampaikan piala kepada Ali (tengah) dalam Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus.
SUKAN


KUALA NERUS, 3 Ogos - Kerajaan Terengganu akan memasukkan Terengganu Fight Muay Thai dalam kelendar pelancongan negeri sekiranya penganjur berhasrat meneruskan pertandingan itu tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau telah hadir  merasmikan pertandingan berprestij itu buat kali kedua semalam.

"Malam ini (malam semalam) adalah untuk tahun kedua saya hadir di sini bagi menyaksikan perlawanan Muay Thai.
Ariffin (tiga dari kanan) bersalaman dengan peninju dari negara Algeria.

"Saya berjanji tahun hadapan kalau pihak penganjur bersetuju untuk menganjurkan buat kali ketiga dan seterusnya saya akan memasukkan acara ini dalam kelendar pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika merasmikan Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman.

Acara tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Ariffin seterusnya berkata, kerajaan negeri mengharapkan semua pengunjung dari dalam dan luar negeri terhibur dengan pertandingan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan negeri baru sahaja membuka 'drawbridge' kepada laluan kenderaan, 1 Ogos lalu.

"Dengan bermulanya pembukaan 'drawbridge' kita (kerajaan negeri) mengharapkan Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dalam semua bidang," ujarnya.

Ariffin turut menyampaikan piala kepada peninju Terengganu Ali Yakob selepas menang dengan kiraan mata mengalahkan peninju dari Kelantan, Deng Chidam.

Ali dan Deng adalah beregu ke enam dan terakhir dalam pertandingan tiga pusingan dan  bertaraf dunia itu.

Pertandingan tahunan itu disertai oleh peninju dari Republik Islam Iran, Algeria, Laos, Thailand dan Malaysia.

Turut diadakan cabutan bertuah dengan hadiah dua buah motosikal berjenama yang dimenangi dua anak Terengganu termasuk dari Besut dan Setiu.
(teganukita.net)

Hibur Hibur Sikit
Carl Douglas Kung Fu Fighting (Original Music Video)


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

LKS Tiba Ke M'sia Dari China Tahun 1957. Fakta Itu Diubah?

Hasil carian imej untuk Kit siang berang
Lim Kit Siang naik berang wartawan tanya isu tempat kelahiran
Veteran politik, Lim Kit Siang hari ini melahirkan rasa berang beliau apabila ditanya wartawan mengenai desakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao yang mahu Penasihat DAP itu menyatakan bukti tempat kelahirannya.
Malah, semasa satu sidang media di bilik media Parlimen itu, beliau sebaliknya menyuruh wartawan agar membuat penyelidikan sebelum meneruskan soalan berkaitan.
“Saya pernah menjadi pemberita dan kalau ada berita yang trash, saya akan siasat. Jadi siasat dululah, sebelum mulakan soalan atau you reflect on you, or you reflect on your newspaper, you reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” katanya kepada media di bilik media Parlimen di sini hari ini.
Apabila diasak lagi dengan soalan yang sama bagi mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Ramesh Rao, Kit Siang enggan menjawab.
“No! No! I was a reporter. Do a basic check and if the basic check. If the reporter didn’t do a basic check, I feel very sorry.
“Saya nasihat wartawan yang nak tanya soalan itu selidik dahulu. Bukan sahaja ahli politik kena lalui ‘test’, tetapi wartawan juga perlu lalui ‘test’,” ujarnya.

Semasa sidang media semalam di luar perkarangan Parlimen, Ramesh mendakwa hasil daripada carian laman sesawang ‘Wikipedia’ yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957, telah diubah suai.

Dakwa Ramesh, terdapat suntingan ayat tersebut oleh pihak tertentu bulan lalu dipercayai demi menutup fakta sebenar lokasi kelahiran Kit Siang.

Ini kerana sebelum itu Wikipedia pernah memaparkan beliau berhijrah ke Malaya sebelum negara ini merdeka.
Ramesh dan beberapa individu berhimpun bagi menyerahkan memorandum menuntut Kit Siang menunjukkan bukti kelahirannya di Malaysia.
Memorandum itu bagaimanapun gagal diserahkan kepada mana-mana ahli parlimen pembangkang dan Barisan Nasional.

Presiden PAS Anak Laut. Mampu Jinakkan Tenggiri 10kg

TANGKAP layar tenggiri seberat 10 kilogram yang berjaya dijinakkan Abdul Hadi. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Siapa sangka dengan kudrat tua mencecah 72 tahun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi bertenaga untuk 'menjinakkan' seekor tenggiri seberat 10 kilogram ketika memancing dalam program Terengganu Tenggiri Challenge.
Menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya, Abdul Hadi meluangkan masa untuk memancing semasa membuang unjam untuk menarik kehadiran lebih banyak ikan ke kawasan program itu dijalankan.
“Hari ini saya menyertai aktiviti membuang unjam bagi program Terengganu Tenggiri Challenge untuk menarik kehadiran banyak ikan di Pulau Kekabu, Marang.
“Semoga program ini dapat menarik minat ramai pemancing dan pelancong untuk datang ke Terengganu,” katanya ringkas di sini hari ini.
Video Abdul Hadi berjaya menaikkan tenggiri seberat 10 kilogram itu dimuat naik dalam ruangan ‘story’ Facebook rasminya. - UTUSAN ONLINE

Foto ihsan - Media Presiden PAS
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukti Preiden PAS anak laut..
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Lagi DAP Buat Hal, Kemelut MB S'ngor Pula..


Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. - UTUSAN ONLINE


Kemelut MB Selangor dengan DAP tak mampu ditutup lagi
SHAH ALAM 3 Ogos - Selepas UMNO dan Pas, Dewan Pemuda Ikatan Negeri Selangor pula tampil bersuara mengenai pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH) negeri yang menyaksikan wujudnya pertembungan antara Menteri Besar, Amirudin Shari dengan DAP.
Ketuanya, Aifaa Zaffan Bagauddin Abdul Aziz berkata, jika pergolakan berlaku, ia hanya mendatangkan kerugian kepada rakyat Selangor dan hukuman perlu dijatuhkan kepada kerajaan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Jelasnya, buktinya sudah berlaku apabila usul pindaan undang-undang agama Islam berkaitan pemelukan agama Islam yang sepatutnya dikemukakan Amirudin tidak dapat dilaksanakan apabila Yang Dipertua, Ng Suee Lim, yang juga wakil rakyat DAP bertindak memendekkan persidangan kepada dua hari sahaja.
“Ahli Dewan Negeri daripada PH Selangor di dalam Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-14 menunjukkan ketidakbersamaan mereka dalam membawa usul pindaan undang-undang agama Islam berkaitan pemelukan agama Islam apabila tidak dapat diusulkan pada sidang Dewan Negeri Selangor kali ini.
“Usul tersebut sepatutnya dibawa oleh Menteri Besar Selangor. Ia tidak mendapat persetujuan daripada Speakar untuk diusulkan di dalam Dewan, sekaligus membuat undian untuk meluluskan pindaan undang-undang agama Islam berkaitan pemelukan agama Islam.
“Persoalannya kenapa usul ini tidak dapat persetujuan daripada tuan Speaker,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Selangor sedang dilanda ribut politik melibatkan Amirudin dan DAP dengan Menteri Besar itu dilaporkan kecewa dengan tindakan Suee Lim dan beliau dilihat sudah mengambil beberapa langkah susulan.
Insiden terbaharu itu, yang terjadi ketika hubungan Amirudin dengan pucuk pimpinan PKR sendiri sedang bermasalah, dipercayai memungkinkan sesuatu krisis lebih besar bakal terjadi pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Aifaa Zaffan Bagauddin berkata, orang Melayu serta pengundi Selangor secara keseluruhannya harus mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku sekarang agar membuat keputusan secara tepat pada masa depan.
“Bayangkan hari ini seramai 50 orang Yang Berhormat daripada PH tetapi mereka masih tidak mampu untuk bersepakat dalam membawa usul penting yang sepatutnya dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails