Sunday, August 18, 2019

Tak Cerdik, Hempas Batu Di Kaki Sendiri. 1,625 Dibuang Kerja Sebulan. -S/Zailah


Hasil carian imej untuk siti zailah
Menteri rakus berpolitik, warga pekerja teraniya
POLITIK secara keterlaluan dan melampau dalam kalangan pemimpin PH dilihat menjadi punca hilangnya fokus dan inisiatif kerajaan terhadap hal ehwal pekerja. Akibatnya, produktiviti yang menyumbang kepada kemajuan dan ekonomi negara menjadi terencat menyanggahi 'harapan' seluruh rakyat, khususnya pengundi PRU14 atas perubahan teraju pemerintah negara.

Kekesalan paling bersarang dalam perasaan warga pekerja khususnya telah melarat kepada aspek rutin kehidupan mereka hingga berubah menjadi ancaman. Perkembangan semasa tahun ini dilihat bertambah buruk berbanding tahun lepas apabila secara purata 1,625 pekerja dibuang sebulan tidak termasuk kedudukan atau jawatan yang bersangkutan dengan politik.

Hal ini sebenarnya terlalu besar dalam keadaan Kerajaan PH gagal menyediakan peluang pekerjaan sebagaimana dijanjikan, termasuk juga pelaksanaan berkesan dalam memastikan pematuhan majikan terhadap gaji minimum yang paling disebut selama ini. Apatah lagi, laporan besar juga diterima pihak-pihak kesatuan sekerja mengenai isu diskriminasi.

Walaupun tidak dapat dinafikan sebahagiannya kerana aspek ekonomi global yang merudum, tetapi keghairahan politikus PH kepada mengukuhkan sokongan undi telah menjulang sikap perkauman hingga mempengaruhi sektor pekerjaan. Akhirnya, dari isu penawaran peluang pekerjaan dan pengangguran, ia meletupkan pula isu penindasan ke atas warga pekerja.

Keadaan ini menjadikan semua 'harapan', janji dan idealisme yang dikemukakan PH tidak lebih dari kepalsuan dan retorik semata-mata. Keadaan makin parah apabila aspek urus tadbir berkaitan antaranya pelaburan asing telah dibayangi kesangsian lantaran negara dimomokkan dengan hutang hingga RM1 trilion oleh Menteri Kewangan Kerajaan PH sendiri.

Tindakan tidak cerdik umpama menghempas batu ke kaki sendiri itu turut menyaksikan 'kemenangan' pekerja warga asing yang akan terus masuk dengan pelbagai projek mega dari 'pusingan-U' (U-turn) oleh kerajaan. Sedangkan pekerja tempatan bukan sahaja makin ramai diberhentikan, malah dikenakan syarat lebih ketat dari warga asing yang seolah dihampar permaidani.

Sebelum situasi menjadi lebih kronik, ada baiknya Menteri-menteri serta para Timbalan Menteri bagi portfolio yang berkaitan secara terhormat berundur diri. Apatah lagi mereka telah menzahirkan protes terbuka terhadap ketua sendiri iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Warga pekerja memerlukan pemimpin, bukannya politikus yang leka.

Kepada warga pekerja di seluruh sektor, anda memiliki hak dan maruah yang sama sekali tidak harus dijadikan bulian atau direndahkan martabatnya oleh mana-mana pihak. Pengabaian yang sedang berlaku ini harus dituntut kerana ia terjadi antaranya oleh kebebalan politikus di puncak kuasa. Oleh itu pastikan anda sentiasa celik maklumat dan tidak sewenangnya percayakan lagi mereka ini.
"Islam Memimpin Perpaduan"

YB SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Pengerusi
Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat
Ahli Parlimen Rantau Panjang - HARAKAHDAILY 17/8/2019

Santuni Mangsa Kebakaran, Melayu, India, Cina. -Dr Rosni Adam



PAS serah sumbangan mangsa kebakaran Cheras
BANDAR TUN RAZAK: Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam telah turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Taman Ikan Emas, Cheras, di sini kelmarin.
Lawatan itu sebagai menzahirkan simpati atas ujian menimpa, selain menyerahkan sumbangan bantuan buat mangsa melibatkan masing-masing dua keluarga Melayu dan India, serta empat keluarga kaum Cina.
Turut sama pada ziarah tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Md Shukor Aziz dan Pengerusi Masjid Zubair Al-Awwam, Jelani Ugoh serta Ketua Umno Cawangan Ikan Emas, Nor Hafiz Buang.
Berikutan kejadian yang berlaku pada 14 Ogos lalu, keluarga terbabit hilang tempat tinggal dan kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sri Pulau Pinang, sementara menunggu berpindah ke rumah baru disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Orang ramai juga diseru menghulurkan simpati dan keprihatinan terhadap keluarga mangsa bagi meringankan beban ditanggung mereka antaranya dihulurkan menerusi wakil Skuad Prihatin PAS untuk disampaikan kepada mangsa. - HARAKAHDAILY 17/8/2019
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Berkait Dr Zakir Naik, Pengawal Keselamatan Direman 4 Hari..

Hasil carian imej untuk dr zakir naik
KUALA LUMPUR
: Pihak polis telah menahan seorang individu setelah menerima aduan oleh seorang peguam yang mendakwa pihaknya menerima ugutan di Facebook berhubung kenyataannya terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad dalam satu kenyataannya pada Sabtu berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan di sebuah Pangsapuri Bandar Sri Damansara.

“Laporan telah dibuat peguam tersebut pada 15 Ogos selepas menerima ugutan berkaitan kenyataannya di dalam Facebook berhubung isu penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 20 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu peguam berkenaan dikatakan menerima ugutan menerusi laman sosial Facebook miliknya sebaik sahaja mencadangkan status penduduk tetap (PR) terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik dibatalkan.

Difahamkan, Dr Zakir Naik menerusi ceramahnya telah membuat satu kenyataan berunsur perkauman yang mampu menimbulkan isu ketegangan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan sama, Roslan turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan serta membuat sebarang kenyataan sensitif di laman sosial yang mampu menggugat keharmonian negara. (AA)



Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Al-Hamdulillah, Misi Korban M'sia Ke Nepal Pula..


Misi Korban Ummah Yayasan Isra' M'sia di Nepal
NEPAL adalah sebuah negara yang terkenal dengan Banjaran Himalaya yang mana terletaknya Gunung Everest yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan dunia. Ini juga menjadi tarikan bangsa seluruh dunia untuk melawat Nepal. 
Nepal juga terkenal dengan sejarah Gurkha iaitu tentera yang digunakan oleh Kolonel British termasuk ketika mereka ke Tanah Melayu untuk menawan Tanah Melayu pada zaman 40-an. 
Nepal adalah sebuah negara yang giat membangun maju dengan kepadatan rakyat seramai 30 juta orang dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau membuatkan pengunjung terpukau dengan keindahan alam ini setiap kali tiba mengunjungi negara ini. 
Penduduk umat Islam di negara ini hampir 1.5 juta orang dan sesetengah mereka tinggal di bandar-bandar besar seperti Kathmandu, Biratnagar dan lain-lain. 
Misi korban Yayasan Isra' Malaysia ini juga misi silaturahim dan misi persaudaraan, umat islam di sini agak terpencil dengan hubungan luar dan Yayasan Isra' Malaysia juga bertemu dengan pelbagai pihak termasuk Persatuan Islam Nepal di Baratnagar dan mereka sangat menghargai program yang telah dilakukan menjadi hubungan dengan mereka. 
Pada hari pertama kami bergerak ke Nour Phor, Sunsari, Biratnagar yang bersempadan dengan Negara India.
Kami disambut oleh Ustaz Mohamad Hasan dan sahabat-sahabat di sini yang menanti kami di Airport Biratnagar dengan penuh senyumannya. Ustaz Mohamad Hassan yang telah mengunjungi saya sebelum ramadhan yang lalu di Sik, Kedah adalah seorang pimpinan umat Islam yang sangat gigih berkerja untuk masa depan umat Islam di sini. 
Beliau seorang murabbi dan mempunyai karektor yang tenang dan sabar dalam segala urusannya. Begitu juga dalam menguruskan delegasi kami di Nepal. Ustaz Mohamad Hasan merupakan Pengerusi Nepal Mosque Council/Pertubuhan Masjid-Masjid seluruh Nepal. 
Pada hari kedua kami bergerak ke Pokria 6, Korang, Jonkosi Estate 1 yang tidak jauh dari tempat hari pertama. 
Jumlah keseluruhan korban pada tahun ini adalah sebanyak 39 kerbau dan 7 ekor kambing yang disumbang oleh masyarakat Islam Malaysia melalui Yayasan Isra' Malaysia dan juga disumbang Chinese Muslim Volunteer Group. 
Kawasan yang dilaksanakan ibadah korban ini adalah kawasan yang didiami penduduk islam yang miskin dan mereka ini hanya makan daging pada hari raya korban. Pada hari-hari lain sebahagian besar mereka tidak mampu untuk membeli daging.
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami berkesempatan singgah melawat pusat pelancongan Pokhra State yang sangat terkenal dengan kawasan tanah tinggi yang indah dan tasiknya yang sangat luas.
Rombongan ini disertai oleh Azatul Ridzuan Hasan, Mohd Rohaizan Ismail, Mohamad Fadhli Abu Hasan, Haji Ahmad Hilmi Haji Talib, Cikgu Ahmad Saad dan Mohd Fawwaz Ismail iaitu Ahli Jawatankuasa dan Sukarelawan Yayasan Isra')
Salam dari Kathmandu, Nepal

AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Pengerusi Yayasan Isra' Malaysia
Jumaat 16 Ogos 2019/15 Zulhijjah 1440 - HARAKAHDAILY 16/8/2019
interior Masjid Kashmiri Taqiya
Bangunan Masjid Khasmiri Taqia ini sangat kental dengan gaya seni bina bangunan khas India Utara sebagai leluhur muslim Kashmiri Nepal. Beberapa menara kecil didirikan diatap masjid, beserta tiga kubah yang terbuat dari batu. Beberapa sentuhan seni khas dinasti Mughal juga bisa ditemukan dibagian kubah dan beberapa menara kecil tersebut.


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Siapa Bodoh? -Presiden PAS




Siapa yang bodoh, ikut Tuhan atau manusia?  -Presiden PAS
Surat Terbuka Kepada Sesiapa Yang Berkenaan
Firman Allah:
وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ (130) إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ (131) وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ (132)] سورة البقرة: 130-132[
“Tiada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya dia pada Hari Akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh (tertinggi martabatnya). (130); (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!”. Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (131); Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. (132) (Surah Al-Baqarah: 130-132)
Inilah kenyataan Allah Yang Maha Mengetahui dalam Kitab Suci, mukjizat yang tetap dipelihara mengikut keyakinan setiap orang Muslim yang mendirikan solat dengan khusyuk menghadap Allah, serta memohon pada setiap rakaat supaya diberikan hidayah, kerana di alam dunia sebelum kita meninggal dunia terlalu banyak bala tentera iblis dan syaitan yang menyesatkan manusia.
Sesiapa bencikan Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. dan semua para Rasul, maka dialah orang yang bodoh, walaupun dia seorang raja yang menakluk dunia dan paling bertamadun pada zamannya Namrud, Raja pemerintah Babylon dan Raja Mesir. Apabila menentang Nabi Ibrahim A.S. adalah terlalu kerdil, apatah lagi kalau sekadar memerintah negeri sekangkang kera yang berpolitik berkonsepkan kera. Kera yang meletakkan kepentingan perut lebih daripada segala-galanya, sehingga melompat ke mana pokok yang paling lebat buahnya.
Bukanlah bermakna tidak perlu peduli kepada makan dan duit yang menjadi perjuangan peneroka Felda, nelayan, pekerja kilang dan lain-lain, bahkan Islam meletakkan keperluan menyambung hidup di dunia juga adalah rukun bagi kehidupan manusia, tetapi hendaklah mengikut tertib yang menepati kemuliaan manusia yang berbeza dengan makhluk yang lain.
Keperluan yang dinamakan dharuriyat (keperluan rukun kehidupan manusia) disenaraikan seperti berikutnya:
(1) Agama adalah pertama; 
(2) Nyawa;
(3) Akal;
(4) Keturunan;
(5) Maruah dan 
(6) Harta adalah paling akhir.

Demi menjaga nyawa, maka harta dan makanan yang diharamkan menjadi halal apabila tiada makanan yang lain, tetapi memelihara agama tetap diletakkan pada perkara yang pertama, sehingga demi mempertahankan agama itu wajib dikorbankan harta dan nyawa, serta mengerahkan segala nikmat yang lain.
Allah menegaskan bahawa sebenarnya bodoh bagi orang yang memperbodohkan orang-orang beriman yang menempah kesusahan kerana mempertahankan agamanya:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ (13) وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ (14) اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (15) أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ (16)] سورة البقرة: 13-16[
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?”. Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13); Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: “Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”. (14); Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (15); Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah”. (16) (Surah Al-Baqarah: 13-16)
Allah menganggap bodoh juga terhadap kalangan yang memperkecilkan perintah Allah supaya menukar kiblat:
سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا قُل لِّلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ (142)] سورة البقرة: 142[
“Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan ahli Kitab, musyrikin dan munafik) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka menghadapnya selama ini?”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan Barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke arah mana sahaja kita diarahkan Allah menghadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus”. (Surah Al-Baqarah: 142)
Mengapa agama hendaklah didahulukan? Sebabnya riwayat perjalanan kehidupan manusia itu bukan sahaja di alam dunia ini sahaja, tetapi ada lagi perjalanan yang panjang sehingga selepas kematian.
Firman Allah:
كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (28)] سورة البقرة: 28[
“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah, padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula (pada Hari Akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)”. (Surah Al-Baqarah: 28)
Alam dunia adalah jambatan menuju perjalanan selepas alam kematian (barzakh) dan selepasnya alam kiamat (hidup semula). Bekalan di atas jambatan alam dunia adalah perlu dengan menegakkan agama yang menjadi bekalan di alam barzakh dan akhirat.
Adapun bekalan agama itu sendiri perlu berkekalan di atas dunia yang menjadi jambatan ini. Namun bekalan ketika berada di alam dunia bagi hidup beragama perlu juga dicari harta untuk kemudahan menguatkan bekalan akhirat yang kekal abadi. Inilah perbezaan di antara manusia dengan binatang.
Kesimpulannya, manusia makan untuk hidup di atas jambatan dunia supaya menguatkan bekalan agama bagi persediaan di alam barzakh dan akhirat. Adapun binatang itu hidupnya untuk makan dan dimakan, maka isi perut menjadi keutamaan, dan harga dirinya mengikut kilogram, warna kulit dan bulu. Namun, agama adalah bukan keutamaan bagi binatang secara fitrahnya. Adapun harga diri manusia itu adalah taqwa dan akhlaknya.
Nabi Ibrahim A.S. dipilih menjadi contoh kerana sejarah Baginda A.S. disanjung oleh semua penganut agama, sama ada Islam, Yahudi, Kristian, Hindu dan lain-lain. Sekiranya dirujuk kepada kitab semua agama itu secara jujur, nescaya bertemu dengan kebenaran. Maka Allah memerintahkan Nabi Ibrahim A.S. membawa puteranya Nabi Ismail A.S. diletak di bumi Makkah yang tiada air, tanaman dan kehidupan, tidak mungkin dibuka ladang Felda di sana. Namun, konsep Islam mengatur keselamatan dan ekonomi dengan firman Allah:
لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ (1) إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (2) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَٰذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَآمَنَهُم مِّنْ خَوْفٍ (4)] سورة قريش: 1-4[
“Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (1); (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam). (2); Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini. (3); Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (4) (Surah Quraisy: 1-4)
Maka belajar tulisan Jawi bagi penganut Islam lebih mudah bagi mempelajari Al-Quran supaya jangan buta Al-Quran yang menjadikannya lebih sesat daripada buta huruf, walaupun bertutur seribu bahasa.
Dr. Zakir Naik mendedahkan hakikat melalui kajian beliau yang mendalam, tanpa memaksa sesiapa masuk Islam. Maka jangan menzaliminya, kalau tidak mampu berhujah, dan jangan membuat kenyataan sembarangan kalau tiada pengetahuan berkenaannya, nanti diketahui siapa yang sebenarnya bodoh. Lebih malang lagi sekiranya termasuk dalam senarai orang-orang yang dihukum bodoh oleh Allah S.W.T.
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS  
Bertarikh: 16 Zulhijjah 1440 / 17 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 17/8/2019

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Sekitar Artis Menjanda Di Indonesia, Masuk Air?

Ini Deretan Artis yang Berstatus Janda Populer
Jangan dedah sangat nanti masuk angin atau masuk air? 
HALAMAN HIBURAN

Ini Deretan Artis yang Berstatus Janda Populer

Merdeka.com (Id)Kehidupan artis selalu menjadi perbincangan publik. Apalagi seputar kehidupan asmara dan rumah tangga para artis.

Kehidupan rumah tangga mereka pun tak selamanya berjalan mulus. Kehidupan rumah tangga sebagian artis wanita harus berakhir dengan perceraian. Alhasil mereka kini berstatus sebagai seorang janda.

Meski telah berstatus sebagai seorang janda, kehidupan mereka tetap menjadi perbincangan. Mereka pun tetap semakin dikenal publik. Berikut deretan artis berstatus sebagai janda yang populer di masyarakat.
Antaranya:

1. Ayu Ting Ting


Penyanyi dangdut Ayu Ting Ting merupakan salah satu artis yang berstatus janda. Pernikahan Ayu dengan Henry Baskoro Hendarso atau yang lebih dikenal dengan nama Enji Baskoro pada 4 Juli 2013 lalu harus kandas.
Saat menikah Ayu masih sangat muda yakni berusia 21 tahun. Usia pernikahannya hanya berumur jagung. Ayu menggugat cerai Enji ke Pengadilan Agama Depok pada awal tahun 2014. Gugatan cerai Ayu pun dikabulkan majelis hakim.
Sebelum bercerai, Ayu melahirkan anak pertamanya pada 28 Desember 2013. Anak berjenis kelamin perempuan tersebut diberi nama Bilqis Khumairah Razak.

2. Gisella Anastasia

Kehidupan rumah tanggal Gisella Anastasia atau yang akrab disapa Gisel menjadi sorotan publik. Konflik rumah tangga membuat Gisel menggugat cerai sang suami, Gading Marten. Gisel mendaftarkan gugatan cerainya di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan pada akhir 2018.
Gisel resmi menyandang status janda pada Februari 2019 lalu. Dari pernikahannya dengan Gading, Gisel memiliki seorang anak perempuan, Gempi.
Setelah bercerai dari Gading, Gisel menjalin hubungan dengan seorang pebasket bernama Wijaya Saputra alias Wijin.

3. Tamara Bleszynski

Kariernya di dunia hiburan tak semulus kehidupan rumah tangganya. Artis cantik Tamara Bleszynski harus dua kali gagal membangun rumah tangga.
Tamara yang menikah dengan Teuku Rafly Pasya tahun 1997 dikaruniai seorang anak laki laki bernama Teuku Rassya. 

Usia pernikahan keduanya bertahan 10 tahun. Hingga keduanya memutuskan untuk berpisah pada tahun 2007. Tiga tahun kemudian, Tamara kembali memutuskan kembali menikah dengan Mike Lewis. Pernikahan keduanya hanya bertahan dua tahun. Dari pernikahan dengan Mike Lewis, Tamara dikaruniai seorang anak bernama Kenzou Lion Bleszynski Lewis.

4. Nikita Mirzani


Nikita Mirzani merupakan salah satu artis yang berstatus sebagai janda. Wanita 33 tahun ini telah tiga kali menikah. Pernikahan dengan suami pertamanya pada tahun 2006 dikaruniai seorang anak Laura Meizani Nasseru Asry. Tak lama, Nikita Mirzani memutuskan untuk berpisah.
Selama lima tahun menyandang status janda, Nikita Mirzani kembali menikah dengan seorang pria bernama Sajad Ukra. Usia pernikahan yang kedua hanya bertahan dua tahun. Dari pernikahan ini Nikita dikaruniai seorang anak bernama Azka Raqila Ukra.
Nikita kemudian kembali menikah untuk ketiga kalinya dengan seorang pria bernama Dipo Latief. Dari pernikahannya kali ini, Nikita dikaruniai anak ketiga bernama Arkana Mawardi. Artis yang dikenal dengan kontroversinya itu kembali menggugat cerai suaminya.

5. Sophia Latjuba

Aktris cantik berdarah Jerman ini menjadi deretan artis berikutnya yang menyandang status janda. Dua kali menikah, Sophia Latjuba gagal membina rumah tangga.
Sophia Latjuba yang menikah dengan musisi Indra Lesmana, dikaruniai seorang anak, Eva Celia Latjuba. Namun Sophia dan Indra Lesmana memutuskan untuk berpisah.
Sophia Latjuba kembali menikah dengan seorang pria bernama Michael A. Villareal pada tahun 2005. Dari pernikahan keduanya, Sophia latjuba dikaruniai seorang anak bernama Manuella Natasha Aziza Villareal. Namun pernikahannya dengan Michel kandas pada tahun 2012. Keduanya memutuskan untuk berpisah.

6. Nafa Urbach

Setelah menjalin rumah tangga selama 10 tahun, artis peran Nafa Urbach dan Zack Lee bercerai. Artis yang menikah pada tahun 2007 itu dikaruniai seorang anak bernama Mikhaela Lee Jowono.
Perceraian Nafa dengan Zack sarat akan isu perselingkuhan. Zack Lee disebut-sebut telah berselingkuh.

7. Marsanda

Artis Marshanda resmi menyandang status janda setelah memutuskan berpisah dengan sang suami, Ben Kasyafani. Pasangan artis ini menikah pada tahun 2011 .
Usia pernikahan mereka hanya bertahan 3 tahun. Dari pernikahannya ini, Marshanda dikaruniai seorang anak bernama Sienna Ameerah Kasyafani.
(Sekian)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa artis-artis ini menjadi janda? Adakah kerana mereka tidak cantik atau cantik sadoran? Tidak, semua mereka yang bercerai itu cantik, cukup syarat jadi seorang isteri.

Adakah kerana mereka selalu terdedah. Terdedah kepada media atau gossip? Dedah aurat atau dedah segalanya.. Yang patut disorok terbonjol keluar? Orang-orang lama menasihatkan anak gadis jangan dedah atau buka sangat nanti masuk angin.

Artis-artis Malaysia sebut 'masuk air'. Mana lebih bahaya masuk angin atau masuk air?

Dalam Islam, kalau seeorang lelaki itu ingin mengahwini seorang wanita, ia mesti memilih bakal isteri yang solihah. Itu sebenarnya benteng ketahanan hindari seseorang isteri itu terjebak menjadi janda. Sekian.


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails