Monday, September 09, 2019

Pakaian 'Telanjang' Atlet Negara Umat Islam, Begini Pemimpin &Ulama PH Suka!

AKSI Nur Dhabitah Sabri dalam saingan 3 meter papan anjal wanita
AKSI Nur Dhabitah Sabri dalam saingan 3 meter papan anjal wanita pada Piala Asia Terjun 2019 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini. - BERNAMA

SUKAN


Nur Dhabitah raih tiket Olimpik 2020
KUALA LUMPUR 8 Sept.- Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyertai tiga lagi penerjun negara apabila menjadi penerjun keempat negara menempah tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
Tiket itu diraih, selepas dia memenangi pingat emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Terdahulu, tiga penerjun wanita negara iaitu Pandelela Rinong, Leong Mun Yee dan Wendy Ng masing-masing sudah terlebih awal meraih tiket ke Tokyo 2020 apabila melayakkan diri menerusi Kejohanan Dunia FINA pada Julai lalu.
Penerjun berusia 20 tahun itu bakal membuat penampilan keduanya di Sukan Olimpik selepas kali pertama beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu di Rio de Janeiro 2016.
Dhabitah meraih emas dalam acara itu selepas mengumpul 313.85 mata diikuti rakan senegara, Loh Zhiayi di tempat kedua (223.45 mata) manakala penerjun Indonesia, Yasmin Linadini di tempat ketiga (191.30 mata). 
“Saya sedikit gementar kerana lihat penerjun lain turut beri saingan sengit namun mungkin kelebihan bertanding di tempat sendiri memberi saya sedikit kelebihan,” katanya.
Dalam pada itu, penerjun kelahiran Kuala Lumpur tersebut memaklumkan akan meningkatkan darjah kesukaran terjunan menjelang temasya di Tokyo nanti bagi memberikan saingan sengit kepada penerjun dunia lain.
“Selepas ini saya dan Wendy (Ng) akan berusaha mendapatkan tiket ke Tokyo bagi acara 3m papan anjal seirama pula pada Piala Terjun Dunia FINA yang akan berlangsung di Tokyo pada April tahun hadapan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Hasil carian imej untuk atlet pnerjun negara
Hasil carian imej untuk atlet pnerjun negara
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pakaian 'bertelanjang' beginilah yang pemimpin dan ulamak PH suka.. Kerajaan yang mengheret rakyatnya menjadi penerjun-penerjun ke api neraka. Seolah-olah negeri Akhirat tidak ada bagi bapak-bapak iblis itu.. 
Terlalu membontot sekularisme DAP! Pingat emas, membuat mereka memilih warna api neraka! Na'auzubillahi minzalik!
Lihat..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

Keluhan Rakyat, Tolak Tambak Laut' -Ummah &40 NGO.

Peserta himpunan 'Penang Tolak Tambak Laut' gesa kerajaan negeri dengar keluhan rakyat

Peserta himpunan 'Penang Tolak Tambak Laut' gesa kerajaan negeri dengar keluhan rakyat

BAYAN LEPAS: Perhimpunan 'Selamatkan Pulau Pinang - Penang Tolak Tambak Laut' di Permatang Damar Laut, di Bayan Lepas pada Ahad berlangsung aman dengan kehadiran peserta yang mewakili suara hati ribuan rakyat khususnya golongan nelayan di negeri itu.

Perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Pulau Pinang dan gabungan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu antara lainnya berharap agar Kerajaan Pulau Pinang mempertimbang untuk mengkaji semula projek tambakan laut di perairan Selatan, Pulau Pinang.

Pengerusi Ummah Pulau Pinang, Mohd. Akhir Che Mat berkata, pihaknya percaya masih ada ruang perbincangan dan berharap kerajaan negeri mendengar suara rakyat khususnya nelayan yang akan terjejas dengan projek berkenaan.


"Kita tidak menolak PTMP (Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang), cuma kita minta PTMP dikaji semula. Semoga ada ruang perbincangan kita dengan exco terlibat dengan kerajaan negeri, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri 1.

"Insya-Allah kalau tidak mendapat layanan yang mesra, kita akan bawa sekali lagi ke Parlimen berjumpa dengan menteri berjumpa dgn Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sesiapa saja (yang berkaitan) untuk kita menyatakan kegusaran lebih 5,000 nelayan yang terjejas dengan projek ini," ujar Mohd Akhir.

Dalam pada itu, Mohd. Akhir menyifatkan perhimpunan itu berjaya mencapai matlamatnya untuk membangkitkan kesedaran mengenai impak negatif daripada projek PSR selepas peserta yang hadir melebihi sasaran dan berakhir dalam suasana aman.

Katanya, perhimpunan itu turut dihadiri komuniti nelayan dari Kedah dan Perak yang turut terjejas ekoran rancangan tambak laut yang dirancang kerajaan negeri.

Seramai 10 pemimpin daripada beberapa parti politik persatuan nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan.
(IH)

‘Patahkan kakinya’ Drinkwater Diserang 6 Lelaki, Kerana Wanita.

DANNY DRINKWATER (kanan) mengalami pelbagai kecederaan termasuk
DANNY DRINKWATER (kanan) mengalami pelbagai kecederaan termasuk ligamen lutut selepas diserang enam lelaki kerana cuba menggoda teman wanita seorang pemain lain di sebuah kelab malam di Manchester.  

SUKAN


LONDON 8 Sept. - Pemain tengah England, Danny Drinkwater diserang sekumpulan enam lelaki yang mahu kakinya dipatahkan selepas cuba menggoda teman wanita seorang pemain bola sepak.
Drinkwater yang dipinjamkan ke Burnley dari Chelsea musim ini menikmati makan malam di sebuah kelab malam di Manchester selepas tidak beraksi ketika pasukannya tewas 0-3 kepada Liverpool.
Menurut laporan The Sun, dia sudah dimaklumkan untuk menjaga tingkah lakunya tetapi Drinkwater tetap mahu menggoda teman wanita pemain pertahanan Scunthorpe United, Kgosi Ntlhe.
Selepas dikeluarkan oleh pihak keselamtan kelab malam, Drinkwater diserang dengan objek tumpul oleh enam lelaki yang menyebabkan dia mengalami kecederaan ligamen lutut, mata dan kepala bengkak selain luka di bahagian pipi.
“Semasa kejadian itu dia hanya mampu menggulungkan dirinya di atas tanah dan terus diserang dengan seorang daripada penyerangnya menjerit, ‘patahkan kakinya’.
“Mereka tahu dia adalah bintang Liga Perdana Inggeris. Kejadian itu sangat ngeri dan darah di serata tempat.
“Danny sedar akan masalah yang dihadapinya dan dia tidak boleh mengulangi kesalahan seperti ini,” kata satu sumber.
Dipercayai, Ntlhe tidak terlibat dengan serangan itu dan polis tidak datang ke lokasi kejadian selain Drinkwater juga tidak membuat sebarang laporan mengenainya.
“Dia perlu membersihkan namanya daripada situasi ini dan dia juga akan menjelaskan perkara itu kepada kelab,” kata jurucakap Drinkwater.
Mei lalu, pemain berusia 29 tahun itu digantung lesen memandu selama 20 bulan selain perlu melengkapkan khidmat masyarakat selepas terlibat dengan kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk, menyebabkan dua wanita mengalami kecederaan.
Drinkwater menyertai Burnley pada musim panas ini tetapi tidak beraksi selama 18 bulan dalam kancah Liga Perdana Inggeris.-AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang berlaku ini adalah kerana 'masalah wanita' melebihi semangat ke'setiakawan'an sukan. Di situlah perlunya 'sukan mengikut syariat' dalam kontek negara kita Malaysia masakini..

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Sunday, September 08, 2019

Jual Anak Di WeChat. Bagaimana Dari Sudut Islam?


ZHAO dilihat membawa anaknya yang baru dilahirkan keluar dari sebuah hospital bersalin di timur China. FOTO Jiangsu Public Channel

BEIJING: Seorang bapa di bandar Suqian, China menjual anak perempuannya yang baru dilahirkan kepada pasangan yang baru dikenali di media sosial dengan bayaran £5,700 (RM29,230) kerana tidak mampu membesarkan bayi itu.
Daily Mail memetik Jiangsu Public Channel melaporkan, perbuatan bapa dikenali sebagai Zhao itu dirakam menerusi kamera pengawasan hospital bersalin di timur China ketika dia membawa keluar bayinya yang berusia tiga hari untuk diserahkan kepada keluarga baru yang tinggal sejauh 257.4 kilometer.
Ketika ditahan polis, Zhao memberitahu polis dia dan isterinya tidak mampu membesarkan anaknya itu dengan alasan kekurangan wang.
Menurut laporan, polis dimaklumkan kes jual bayi itu sejak April lalu oleh pelayar web yang melihat iklan ‘jual bayi’ di WeChat.
Hasil siasatan, polis mengenal pasti orang yang memuat naik iklan itu dikenali sebagai Wang, rakan Zhao.
BAYI berusia tiga hari itu dijual dengan bayaran £5,700 pound (RM29,230). FOTO Jiangsu Public Channel  


“Suspek melakukan transaksi haram melalui rakan yang membantunya menyiarkan iklan. Ibu bayi itu, orang tengah dan pasangan yang membeli bayi itu, Li serta Gao dari Nanjing ditahan. Bayi itu kini dijaga di pusat kebajikan kerajaan,” kata polis di Changzhou, wilayah Jiangsu.
Menurut polis, pasangan itu memberitahu mereka sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurnia anak kerana masalah kesihatan.
“Sebaik melihat iklan itu, mereka bersetuju membeli anak Zhao dan membayar deposit sebelum ke Suqian dan membawa pulang bayi berkenaan,” kata polis.
Pesalah pemerdagangan kanak-kanak boleh dipenjara hingga 10 tahun di China mengikut undang-undang negara itu. (Agensi)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana hukum jual bayi dalam Islam?

Jualan bayi atau dagang anak jelas haram di dalam agama Islam. Meski dulu ada budaya jual beli 'budak' atau hamba, namun setelah Islam datang, praktik budaya tersebut sedikit demi sedikit mulai dihapuskan.

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: Allah berfirman: 
“Ada tiga golongan yang Aku (Allah) akan menjadi lawan mereka pada Hari Kiamat nanti; seorang yang bersumpah dengan menyebut nama-Ku lalu berkhianat, seorang yang menjual seorang yang merdeka (bukan hamba) lalu memakan hasilnya, dan seorang yang mempekerjakan seorang pekerja (lantas) ketika pekerja itu menyelesaikan pekerjaannya, orang itu tidak membayar upahnya.”(HR. Muslim: no 2114).

Dalam hal ini, bayi dianggap sebagai manusia merdeka dan bukan hamba. Apalagi dengan kondisi perhambaan di zaman sekarang yang sudah tidak ada lagi. Maka, hukum jual beli manusia, baik yang belum atau sudah lahir sama haramnya. Bahkan pelaku ini akan menjadi musuh Allah di akhirat nanti.

Itulah indah, adilnya Islam, dan rugilah mereka yang menolak Islam.

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Penyanyi 'Nothing Compares 2U' Akhirnya Memeluk Islam. Undur Dari Industri Muzik.

Alunan 'Nothing Compares 2U' dalam 'versi baharu' Sinead O'Connor
Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2 U dan The Pogues Rainy Night in Soho - Gambar Twitter @RTEOne  
HALAMAN HIBURAN

Mengejutkan! 
Penyanyi 'Nothing Compares 2U' Akhirnya Memeluk Islam. 
Bertukar Nama Dari Sinead O'Connor Ke Shuhada' Davitt. 
Kini, Undur Dari Industri Muzik.

PENONTON sebuah program bual bicara lewat malam,The Late Late Show, pada Jumaat terpukau menyaksikan penyanyi legenda Sinead O'Connor kembali beraksi.

Mengalunkan lagu popularnya, Nothing Compares 2U, penyampaiannya kali itu dikatakan lebih bermakna dan mendalam penghayatannya, memandangkan lirik lagu itu disampaikan dalam pemahaman yang berbeza.

Pada tahun lalu, penyanyi asal Ireland yang popular sekitar tahun 80-an dengan imej berkepala botak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam.

Malam itu, Sinead yang tampil dalam dres merah labuh dan berhijab, berkongsi dengan hos rancangan berkenaan, Ryan Tubridy, mengenai pengunduran dirinya dari industri muzik kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada dirinya sendiri.

Pada masa sama, dia juga berkongsikan juga mengenai kisahnya memeluk agama Islam dan bagaimana perubahan itu berlaku.

"Jika anda mengkaji al-Quran, anda semua akan menyedari bahawa anda sebenarnya seorang muslim sepanjang hidup anda.

"Saya membesar di Ireland yang sangat berbeza dengan apa yang ada sekarang, negara yang tertindas dan bila bercakap pasal agama semuanya kacau bilau," katanya berkongsikan kisah hidupnya di program bual bicara tersebut kepada Tubridy.

Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2U dan The Pogues 'Rainy Night in Soho.'

Persembahan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang begitu merindui nyanyian daripada Sinead.

Sekitar Oktober tahun lalu, penyanyi berasal dari Ireland itu meninggalkan agama Kristian untuk memeluk agama Islam, dan menukar namanya kepada Shuhada' Davitt.

Pendedahan tersebut dikongsi penyanyi tersebut menerusi akaun Twitter mliknya.

SINEAD O'CONNOR
SINEAD O'CONNOR kini dikenali dengan nama Islamnya, Shuhada Davitt.
(IH)


Lihat sebelum ini..

220,000 Hektar Ladang Pula DiJual... Lagi Kerja DAP?


Lepas Bagi Gaji Suku Juta Ringgit Sebulan Pada CEO Sime Darby Lantikan DAP, 220,000 Hektar Ladang Pula DiJual!!!



Sime Darby memliki konsesi ladang sawit dengan keluasan 220,000 hektar di negara Liberia di Afrika...


Konsesi yang luasnya 3 kali jumlah keluasan Singapura adalah selama 63 tahun...

Pokok kelapa sawit mula ditanam bermula tahun 2011...

Setakat ini, kumpulan itu sudah menanam kelapa sawit seluas 10,280 hektar dan 121 hektar dengan getah...

Seumpama hari ini kahwin esok takkan beranak, apa yang mereka tanam hanya mula matang dan berhasil sekarang, tapi dijual pulak...


Oleh kerana ada pihak yang minat untuk mengambil alih konsesi mereka di Liberia dan dengan alasan operasi mereka di sana masih mengalami kerugian, Sime Darby di bawah kerajaan PH mengumumkan akan jual semua ladang mereka di Liberia selewat-lewatnya pada akhir tahun ini (BACA DI SINI)...




Dua bulan dahulu, Sime Darby telah pun jual ladang sawit keluasan 7,074 hektar mereka di Indonesia dengan harga RM123.1 juta bersamaan 16 sen setiap kaki persegi (BACA DI SINI)...



Kali ini jual lagi 220,000 hektar di Liberia walaupun ladang-ladang sawit mereka telah mula matang dan berhasil sekarang...

Dulu kita sedar bahawa tanah untuk ladang sawit baru di Malaysia sudah terhad...

Jika syarikat-syarikat sawit tempatan mahu teruskan perkembangan mereka, perlu lihat ke luar negara...


CEO Sime Darby Yang Baru, Voon Tin Yow
DiBayar Gaji Hingga RM250,000 Sebulan
Tapi Hanya Tahu Menjual Aset Sime Darby!!!

Tapi di bawah kerajaan PH, semua dijual...

Semua yang kerajaan Barisan Nasional bina untuk masa depan negara, kerajaan Pakatan hancurkan!!!

Kredit :
Fb Dato' Seri Najib

S/Nurhaliza Terima Anugerah Dunia Islam Rania 2019. Wajarkah?

Siti Nurhaliza
HALAMAN HIBURAN

Siti diiktiraf selebriti Islam berpengaruh
KL - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Dunia Islam Rania 2019 pada sebuah majlis di ibu negara malam tadi.
Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menerima anugerah tersebut di hadapan tetamu yang terdiri daripada kerabat Diraja Arab.
Pemilihan pelantun Kasihku Selamanya itu adalah keputusan sebulat suara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atas pengaruh Siti Nurhaliza sebagai ikon wanita muslim dan selebriti di negara ini.
Siti Nurhaliza menerusi laman Instagramnya berkata, pengiktirafan tersebut amat bermakna sepanjang kerjayanya dan menjadi pemangkin semangat untuk terus bekerja keras.
"Alhamdulillah dan terima kasih di atas penghargaan antarabangsa yang saya terima pada malam ini (semalam).
"Semoga ini menjadi semangat buat saya bagi menjalani hari-hari ke depan kerana pada malam ini saya bertemu ramai penerima anugerah dari dalam dan luar negara," katanya.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Anugerah Dunia Islam Rania, Dr. Raja Laila Rani Raja Mohamad Abdullah.
Rania diambil sempena nama Permaisuri kepada Raja Arab iaitu Raja Abdullah. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu HasyimSiti Nurhaliza terima Anugerah Dunia Islam Rania 2019 dari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), diiktiraf sebagai ikon wanita Muslim dan selebriti di negara ini, wajarkah?
Adakah aktiviti dan kegiatan Siti Nurhaliza selama ini menepati dan berjalan di atas landasan syariat Islam? Melalak dan bergencok di pentas campur baur jantan betina bukan muhrim itu sesuai dengan syariat Islam?
Sanggupkah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkerjasama dengan maksiat atau mencampur-adukkan maksiat dengan kebaikan?
Kita sayangkan agama Islam dan penganutnya, marilah kita ber'islah' dan repair balik segala ketelanjuran kita! Amin!
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails