Tuesday, September 10, 2019

Lelaki 8 Tahun Bertarung Dengan Singa Gunung.


Hasil carian imej untuk lelaki 8 tahun bertarung dengan singa gunung
Imej yang berkaitan

BAILEY, Colorado - Seorang budak lelaki berumur lapan tahun menceritakan bagaimana dia melawan seekor singa gunung selepas binatang buas itu menggigit kepalanya dan menyeret mangsa di bawah sebatang pokok, lapor akhbar The Sun.
Pike Carlson cuba menikam mata singa gunung menggunakan ranting kayu sambil menjerit dalam insiden di sini, bulan lalu.
Budak lelaki itu sedang bermain bersama abangnya, Gage di laman belakang rumah mereka apabila singa gunung itu menerkam dan menggigit kepala Pike.
Gage yang ketakutan, berlari masuk ke dalam rumah dan memanggil bapa mereka Ron Carlson. Lelaki itu memberitahu saluran berita Amerika Syarikat, NBC: “Kepala anak saya berada di dalam mulut binatang buas itu, hati saya terbakar melihat singa gunung itu membaham kepalanya.”
“Naluri kebapaan muncul. Saya tidak peduli biarpun nyawa saya melayang. Walau apa pun berlaku pada diri ini, saya mesti melindungi anak saya,” tegasnya.
Ketika Ron bergegas untuk membantu anak lelakinya, Pike mengambil sebatang ranting.
“Ranting itu berada di perdu pokok dan dia cuba mencucuk mata singa itu dengannya,” tambah lelaki itu.
Singa itu akhirnya melepaskan Pike apabila melihat Ron menerpa ke arahnya.
“Apabila saya memegang anak saya, mukanya cedera dan berlumuran darah. Kulit kepalanya terbuka di beberapa tempat,” kata lelaki itu.
Keluarga berkenaan membawa Pike ke hospital, manakala dia terpaksa menjalani pembedahan dan menerima berpuluh-puluh jahitan.
Budak lelaki mungkin perlu menjalani pembedahan lanjut untuk memulihkan kelopak matanya yang luka teruk semasa serangan itu. – Agensi
Hasil carian imej untuk lelaki 8 tahun bertarung dengan singa gunung
Hasil carian imej untuk lelaki 8 tahun bertarung dengan singa gunung
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi realiti, kebenaran, dan membela keadian, rakyat kerdil, lemah pun boleh jadi kuat. Apa lagi dengan pertolongan Allah SWT.


Lihat lagi..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

Kukuhkan Organisasi Dengan Membina Hubungan Kuat Bersama Allah. - S/Zailah.

 

Siti Zailah suntik taujihat perjuangan Muslimat PP
NIBONG TEBAL: Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan majlis bersama Ketua Muslimat PAS Negeri Kelantan, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff di Tahfiz Manhal, Simpang Ampat, di sini kelmarin.
Ianya turut disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Kawasan-kawasan seluruh Pulau Pinang bermula dengan solat Asar berjemaah dan bacaan al-Mathurat bersama.
Ustazah Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang dalam taujihatnya mengingatkan peri penting usaha mengukuhkan organisasi dengan membina hubungan kuat bersama Allah.
Nasihat beliau, pandangan Allah adalah segala-galanya mengatasi pandangan manusia di mana menuntut pendukung PAS terus mara tanpa menghirau lemparan fitnah dan kata-kata negatif.
Program yang bertujuan mengerat dan meneguhkan saf Muslimat PAS Pulau Pinang itu dipimpin Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus. - HARAKAHDAILY 9/9/2019




Lihat..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan.. Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

K'jaan Nak Tukar Skim Pencen Kepada KWSP?

Bolehkah Guan Eng, Kula Pinda Perlembagaan Untuk Batalkan Pencen?



Hangat diviralkan, kerajaan bercadang untuk menukar skim pencen penjawat awam kepada skim KWSP...

Betulker berita nie?

Para penjawat awam, bakal pesara dan pesara kerajaan, sila hadamkan baik-baik apa yang ditulis di bawah nie...

Antara beberapa perkara yang hangat dikatakan ialah penukaran dan pemansuhan beberapa perkara yang berkaitan dengan pencen, antaranya :


  1. Pencen nak dihapuskan...
  2. Skim pencen sekarang tukar kepada skim KWSP...
  3. Potong emolumen pencen (sejak bila pula pencen tu emolumen?)...
  4. Halang pencen dipindah kepada isteri...
  5. Penerima pencen disekat segalanya untuk tukar ke skim KWSP...
Maka di sini admin kongsi beberapa perkara yang dibangkitkan berdasarkan ilmu dan dasar yang diguna pakai sekarang :

Pencen Hendak DiHapuskan
Bukan satu perkara mudah untuk hapuskan skim pencen...

Pencen yang diberi kepada mana-mana pesara kerajaan tu sandarannya pada Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)...

Kalau betul nak dihapuskan, kedua-dua akta ni kena dimansuhkan...

Nak mansuhkan kena dibentangkan, dibahas dan MESTI mendapat persetujuan 2/3 ahli parlimen, tidak terhenti setakat itu, ianya juga akan menjalani proses yang sama dalam Dewan Negara, panjang prosedurnya...
Sebelum itu, apa-apa yang kerajaan buat untuk pesara berhubung dengan pencen mestilah sekurang-kurangnya sama kalau pun tak mampu menawarkan skim yang lebih baik dari apa yang diterima sekarang.

Siapa yang cakap?

Perlembagaan Persekutuan yang cakap...
Boleh tengok Perkara 147(1), Perlembagaan Persekutuan yang sentuh isu berhubung pencen itu...

Skim Pencen Di Tukar Kepada Skim KWSP



Prinsip di dalam perkhidmatan, mana-mana perkara baru yang diperkenalkan oleh kerajaan, pegawai di dalam perkhidmatan mestilah diberi pilihan atau opsyen untuk memilih, sama ada kekal dengan apa yang dipilih sebelum ini atau menerima apa yang diperkenalkan...

Cuba semak semula, setiap kali umur bersara wajib baharu diperkenalkan, semua penjawat awam akan diberikan opsyen, nak pilih kekal atau pilih yang baru...

Bahkan isu Sistem Saraan pun masih diberi opsyen, bukan boleh main paksa-paksa jer...

Jadi, tiada elemen paksaan berlaku dalam semua keadaan...

Potong Emolumen Pencen



Pertamanya, pencen bukan emolumen...

Emolumen tu dalam perkhidmatan, pencen tu pemberian di bawah peruntukan Akta Pencen...

Jadi, gunakanlah terminologi yang betul...

Isu potong tu, kalau pesara/ penerima pencen sedang menerima pencen, maka Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan sekali lagi melindungi untuk dipotong pencen tersebut sebab nak 'cut cost'...

Secara umum, Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) benarkan potongan ke atas faedah persaraan bagi 3 perkara sahaja :
  • Menjelaskan hutang Kerajaan (hutang pesara dengan Kerajaan ya, jangan spin ayat!!!)...
  • Potongan nafkah atas perintah mahkamah...
  • Potongan bagi tujuan Insolvensi...
Nanti mesti ada yang cakap perlembagaan tu boleh dipinda...

Betul!!!

Baca apa yang admin tulis mengenai tatacara  untuk memansuhkan perlembagaan sedia ada...

Tapi kan, rasa-rasanya, wakil-wakil rakyat akan sokong ke kalau skim pencen ini dihapuskan?

Halang Pencen Diberi Kepada Isteri?



Wooooo, rare keputusan nie...

Pencen yang diberi kepada balu/ duda kepada pesara yang meninggal dunia adalah di bawah peruntukan Seksyen 14 dan 15, Akta 227...

Jadi, kalau nak halang, peruntukan seksyen ni pun kena dihapuskan, sebab ini la punca kuasa kita berikan faedah terbitan kepada balu/ duda...

Jadi bila ada pindaan akta, ceritanya macam biasa la, kena la bawak ke parlimen, bukan mudah macam cerita kat 'press conference'...

Lagi satu, sekali lagi peruntukan Perkara 147, Perlembagaan Persekutuan melindungi kes in juga...

Penerima Pencen Disekat Kemudahan Supaya Berubah Kepada KWSP
Kalau rujuk kenyataan nie, ianya merujuk kepada pesara yang sedang menerima pencen...

Kenyataan ini paling tidak logik...

Kerana yang pertama, apabila seseorang penjawat awam memilih skim pencen, penjawat awam tersebut dan majikan (kerajaan) telah terhenti untuk mencarum ke KWSP...

Jadi, datang dari mana pulak caruman KWSP penjawat awam tu untuk bertukar?

Kedua, kalau kenyataan tu merujuk kepada penjawat awam dalam perkhidmatan, maka prinsip perkara kedua di atas terpakai semula...

Tiada elemen paksaan dalam apa-apa dasar yang diperkenalkan...

Persoalannya, kenapa menteri-menteri, malah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri keluarkan kenyataan yang membayangkan supaya pencen dihapuskan?

Jawapannya, inilah masaalah sebenar menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan, segala-galanya nak dipolitikkan semata-mata sebab nak kekal berkuasa...

Kenapa admin cakap macam tu?

Kalau menteri-menteri cap ayam tu tak tahu tentang susahnya nak hapuskan pencen yang dilindungi perlembagaan, admin tak boleh cakap apa lah sebab sijil dia orang pun banyak yang palsu...

Tapi kalau Dr. Mahathir yang pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun pun tak tahu tentang perkara nie, ada benda yang tak kena...

Kalau tak nyanyuk, Dr. Mahathir memang saja buat-buat tak tahu...

Kenapa pulak Dr. Mahathir sengaja buat-buat tak tahu?

Jawapannya, cuba kita imbas balik perangai Dr. Mahathir dalam beberapa isu nasional sejak Pakatan Harapan memerintah...

ICERD dengan Statut Rom, siapa yang beriya-iya nak ratifikasi, geng-geng dia orang, betultak...

Tapi lepas tu mainkan pula watak penyelamat atau hero, kononnya demi rakyat, Dr. Mahathir sanggup menongkah arus dalam Pakatan Harapan, podahhh!!!

Tengok pula isu Tulisan Jawi, siapa yang buat cadangan, pun sama, geng-geng dia jugak...

Lepas tu sekali lagi Dr. Mahathir mainkan watak penyelamat atau hero, kononnya demi bangsa Melayu, Tulisan Jawi tetap akan diperkenalkan di sekolah vernakular SEKIRANYA mendapat persetujuan PIBG sekolah tersebut...

Agak-agaknya, PIBG sekolah setuju tak?

Podahhh ciitttt!!!

Sekarang nie strategi yang sama dalam isu pencen penjawat awam...

Yang menteri Cina dengan menteri India mangkok ayon tu terkinja-kinja suka sebab memang dia orang tu anti penjawat awam sebab kebanyakan penjawat awam tu bangsa Melayu...

Tak faham, tak apa...

Yang TPM pun sama terkinja-kinja nak buat kenyataan, isu b--i k------t dah settle ker, tak rujuk pada Bang Non untuk dapatkan pandangan ker?

Pada penjawat awam, janganlah terpedaya pada taktik basi Dr. Mahathir tu, dia sedar sokongan pada dia dah kritikal...

Rajin-rajin lah singgah page FB, Bahagian Pasca Perkhidmatan ini untuk dapatkan kepastian...

Kalau la ade desas desus lagi pasal pencen, faedah persaraan ape bagai, jom kita makan Pop Corn sambil tengok wayang Kutti Karala...

Selagi tak dengar isu ini dibahaskan dalam parlimen, anggaplah ianya tiada kena mengena pada yang hidup atau yang telah meninggal dunia...

Fb Bahagian Pasca Perkhidmatan Awam (OHSEM)


Lihat ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Monday, September 09, 2019

Ahli Sukan Ternama Dunia Dari Rusia Jadi Imam Solat.

Khabib imam solat, netizen tersentuh hati
Foto Khabib Nurmagomedov mengimamkan solat dikongsi oleh pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi beliau.

SUKAN
TIDAK hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu 'musuhnya' bahkan atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov juga dikenali sebagai seorang yang menjaga hubungannya dengan Allah.

Dalam entri seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi, beliau memuat naik foto Khabib menjadi imam solat.

Foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.


Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan hanya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Pencipta dan mengabdikan diri.

Dan kapsyen itu merujuk pada Khabib sebagai imam yang menyerahkan diri secara total ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.


"Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi... insya'Allah," tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.

Khabib, 30, berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC di Abu Dhabi pada Ahad selepas mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Keputusan pertarungan yang menentukan siapa juara sebenar lightweight ini sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.

Kehebatan dan ketangkasan Khabib menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan di seluruh dunia.

BACA: Perkara nombor satu dalam MMA ialah hormat - Khabib


Al-hamdulillah! (IH)


Lihat..
 Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

Usaha Nobat Komunis Sebagai Hero Makin Mengganas -Dr Kamarul Zaman.


SEKITAR bulan Ogos dan bulan September setiap tahun sejak kebelakangan ini perbincangan mengenai sejarah kemerdekaan negara sentiasa panas, termasuklah usaha untuk mengubah kandungan buku teks sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah dalam negara ini.
Usaha untuk mengubah kandungan buku teks sejarah, khususnya yang membabitkan sejarah kemerdekaan negara, sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana pada 3 September 2005 lagi ia telah diperkatakan oleh seorang pemimpin DAP, iaitu Ronnie Liu Tian Khiew.
Ronnie Liu, selaku Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ketua Biro NGO DAP, menyebut secara rasmi bahawa buku teks sejarah tidak memberikan gambaran sebenar mengenai sejarah kemerdekaan negara kerana tanpa tekanan PKM negara tidak akan merdeka.
Pada 17 September 2013, Teresa Kok Suh Sim, selaku Naib Pengerusi DAP, pula menyebut secara rasmi bahawa Chin Peng memberi sumbangan kepada negara kerana sewaktu Perang Dunia II, Chin Peng mengetuai perang gerila terhadap penjajah Jepun dan penjajah British.
Usaha ini mencapai momentum baru selepas PRU14 di mana bekas ahli PKM, Au Heng Kong (Zhou Tong), sendiri dibawa berucap dalam forum “Sejarah Rakyat Mengenai Darurat Malaya” di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 29 Julai 2018.  
Kata beliau: “Dalam PRU14 ini sudah sampai matlamat kami”, “Kami juga curahkan tenaga dan berusaha untuk menyokong calon-calon PH, jadi kemenangan PH adalah satu usaha daripada pihak kami”, “Perlu betulkan sejarah, PKM yang memperjuangkan kemerdekaan”.
Dalam forum “Memikirkan Semula Kepelbagaian Budaya dalam Sistem Pendidikan Malaysia” di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 5 Ogos 2019, Dr Tajuddin Rasdi dari UCSI University juga menyebut matapelajaran sejarah perlu di 'revamp'.
Dalam forum “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019, Dr Lee Kam Hing dari New Era University College akan membicarakan ketidakcukupan silabus matapelajaran sejarah untuk membawa Naratif Malaysia Baharu.
Lebih baru adalah tulisan yang disiarkan dalam lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, keluaran 4 September 2019, yang turut mempersoalkan kandungan buku teks sejarah yang didakwa “tidak jujur menceritakan hal sebenar (mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan)”.
Kata Suara Keadilan: “Hakikatnya Umno dan PAS bukanlah parti terawal ditubuhkan dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Parti terawal ialah Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1930. Keahliannya didominasi kaum Cina, bertujuan menuntut kemerdekaan.”
Perkara begini sebenarnya hanyalah satu ulangan kepada usaha Chin Peng sendiri dalam rundingan damai pada 1989 yang mahukan Kerajaan Malaysia menggantikan patung tentera di Tugu Negara dengan patung baru yang turut mengandungi tokoh komunis sebagai hero.
Pelik juga bila seruan begini semakin mengganas, sedangkan tokoh sejarah seperti A J Stockwell dalam tulisan beliau di Journal of the Royal Asiatic Society keluaran November 2006 telah menolak usaha untuk menobatkan PKM dan Chin Peng sebagai hero negara.
Kata Stockwell, Chin Peng tidak boleh dianggap sebagai nasionalis kerana tulisan beliau sendiri menyebut perjuangan beliau didorong oleh patriotisme Cina, begitu juga hujah beliau bahawa perjuangan PKM mempercepatkan kemerdekaan negara yang tidak meyakinkan.
Lihat ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Tinggalkan Gangsterisme, 3 Tahun Dipenjara, Akhirnya Temui Islam.



KETIKA hidup dibelenggu masalah kegiatan gengsterisme, hutang dan rumah tangga, seorang lelaki berketurunan Tionghua diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah.

Chee Yin Wei, 38, dari Taman Derga Jaya di Alor Setar berkata, dia sangat bersyukur dipilih Allah menjadi seorang Islam yang dan kini merasa hidupnya semakin tenang.

Katanya, dia tidak pernah terlintas untuk memeluk Islam sehinggalah bertemu seorang rakan yang dikenali sebagai Adam di perkarangan sebuah masjid di Alor Setar untuk menceritakan masalahnya.

“Namun lain jadinya, apabila sampai di situ, saya diajak Adam untuk solat, saya bertanya kepada Adam adakah saya boleh solat sedangkan saya bukan Muslim, Adam kata boleh lalu mengajar saya berwuduk dan menunaikan solat Asar, ketika itu.

“Saya hanya mengikut sahaja pergerakan solat sehinggalah selesai dan ternyata setiap sujud itu memberi ketenangan kepada saya, sejak itulah saya sering memandang ke langit seperti mencari sesuatu.
“Akhirnya saya sedar, apa yang perlu saya cari adalah Tuhan yang mencipta kita, dari situ saya berhasrat memeluk Islam dan pergi ke masjid untuk mencari imam, tapi sayangnya empat buah masjid yang saya pergi, tidak ada imam pada waktu itu,” katanya.

Dia ditemui ketika ditemui pada Program Kacau Bubur Asyura Bersama Saudara Baru anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Alor Setar, baru-baru ini.


ABDUL Rahman Abdullah atau Chee Yin Wei, 38, (kanan) bersama mualaf lain mengacau bubur asyura pada Program Kacau Bubur Asyura Bersama Saudara Baru anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Bercerita lanjut, Chee atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah berkata, pada masjid terakhir iaitu Masjid Jalan Pegawai, di Alor Setar, semasa menghidupkan motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba bilal memanggilnya memberitahu imam sudah sampai.

Katanya, selepas mengucapkan dua kalimah syahadah 7 Ogos tahun lalu di hadapan imam dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan, dia akhirnya merasa semua masalahnya selesai.

“Ketenangan yang saya perolehi tidak dapat digambarkan dengan kata, walaupun pada mulanya ibu saya tidak dapat menerima saya sudah memeluk Islam, namun kini dialah insan yang menghantar saya menunaikan solat Jumaat di masjid.

“Kehidupan saya sebelum ini ternyata hanya nampak hebat di sisi manusia tapi ia sebenarnya tidak menenangkan jiwa... jiwa yang tenang adalah dengan mengingati Allah.

“Agama Islam adalah agama yang sempurna, mengajar manusia dengan penuh adab dan ilmu dalam setiap perbuatan walaupun hendak masuk tandas dan menukar pakaian.

“Saya dahulu sudah tiga kali dipenjarakan, selepas peluk Islam saya tinggalkan dunia gengsterisme, walaupun hidup saya kini susah tapi saya tetap bersyukur kerana berada di landasan dengan agama Allah,” kata bapa kepada dua orang anak ini.

Bekas chef sebuah hotel di Singapura ini berkata, dia kini mengambil upah memasak namun tidak selalu mempunyai tempahan.

Katanya walaupun ada kalanya terpaksa mengikat perut dengan hanya makan mi segera, namun ia tetap menganggap itu rezeki dari Allah. (MyMetro)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Isla...





Pakaian Atlet, MFG Tak Campur Isu Patuh Syariah

STEVEN SIM CHEE KEONG (berdiri, tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani
STEVEN SIM CHEE KEONG (berdiri, tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian di antara Presiden, Persekutuan Gimnastik Malaysia Rachel Lau (duduk, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cosway (M) Sdn. Bhd. Dr. Alice Lee di Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA


SUKAN
KL: 8 Sept. - Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) tidak akan masuk campur dengan keputusan Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan penyertaan negeri itu dalam acara gimnastik, berikutan isu berkaitan pakaian atlet.
Sambil menyatakan itu bukanlah satu isu baharu, Presidennya Rachel Lau berkata persekutuan itu, telah membuat pendirian jelas mengenainya, dengan menyatakan ia adalah isu kerajaan negeri.
“Perkara itu (pakaian atlet gimnastik) telah dibincangkan sejak tahun 2015. Bagi kami, dari sudut pandangan MGF, kami melihatnya setiap negeri mempunyai kuasanya tersendiri, kami tidak akan masuk campur tanpa Kementerian Belia dan Sukan untuk menyelesaikan isu ini, selepas Terengganu membuat keputusan mengawal sukan gimnastik dan juga yang bukan seperti sukan terjun,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjanjian penajaan antara MGF dan Cosway (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Bekas altet gimnastik berusia 32 tahun itu mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, mengenai keputusan kerajaan negeri itu untuk menarik diri daripada mengambil bahagian dalam acara gimnastik, kerana acara itu menuntut atlet melakukan aksi luar daripada kebiasaan dan mengeksploit seorang wanita.
Pada Selasa, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kerajaan negeri Terengganu bersedia untuk menarik diri daripada sukan-sukan yang tidak pakaiannya tidak patut syariah. Ini termasuklah gimnastik dan gimrama wanita.
Lau bagaimanapun berkata, persekutuan itu mengalakkan atlet gimnastik dari Terengganu yang berminat untuk terus terlibat dalam sukan itu, datang ke ibu negara bagi meneruskan penyertaan mereka dalam kejohanan yang diadakan.
“Kami amat menggalakkan semua atlet gimnastik di Terengganu untuk datang ke Kuala Lumpur, jika mereka mahu terus dalam gimnastik, jadi dari sudut pandangan itu, ada cadangan untuk menerima atlet gimnastik berkenaan. Mereka boleh mengambil bahagian di KL, Selangor, Perak mahupun Kelantan, yang tiada halangan tersebut.
“Kami sebenarnya mempunyai beberapa atlet lelaki dalam gimrama yang sedang berlatih di Bukit Jalil sekarang ini, sesuatu yang telah berjalan lebih 10 tahun. Bukit Jalil bersedia untuk menerima altet ini jika mereka mahu datang,” katanya.
Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail merupakan antara mereka yang memberikan komen mengenai tindakan tersebut, kerana memikirkan masa hadapan atlet wanita yang berpotensi untuk membawa kejayaan kepada negara dalam sukan tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cosway, Dr Alice Lee berkata, melalui kerjasama tiga tahun bersama MGF, syarikat jualan langsung itu akan menaja lebih daripada RM1 juta dalam bentuk tunai, uniform dan peralatan sukan kepada atlet gimnastik negara.
“Inilah kali pertama kami bekerjasama dengan sebuah badan sukan, bersempena dengan ulang tahun kami yang ke-40. Ini selaras dengan usaha penjenamaan semula untuk sampai kepada golongan muda dan mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat,” katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Kiong. - BERNAMA
Lihat ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails