Monday, September 23, 2019

Gadis Saudi Murtad Lari Luar Negara (11). Dibantu/Hasut Musuh Islam..


Gadis Dari Arab Saudi Sanggup Murtad Demi Mendapatkan Kepentingan Ini Dari Kanada

REMAJA perempuan Arab Saudi Rahaf Mohammed al-Qunan, 18 tahun yang kini sah sebagai rakyat Kanada selepas diberikan suaka telah mengaku murtad.
BBC yang memetik kenyataan Rahaf sebagai berkata, dia telah mengumumkan keluar daripada Islam.
Pengumuman mengenai pemberian suaka kepada Rahaf dibuat Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland sejuruh menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson.
Rahaf murtad demi perlindungan suaka?
Rahaf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson pada 12 Januari 2019. – Foto Reuters/Carlos Osorio

“Saya dengan ini, ingin mengumumkan Rahaf sebagai rakyat terbaharu Kanada yang berani. Dia sangat berani dan telah menghadapi pelbagai masalah. Dia kini akan pulang ke rumah baharunya,”

“Ini memenuhi aspirasi dan perjuangan Kanada selama ini, iaitu mempertahankan hak asasi manusia dan wanita di seluruh dunia,” tambah menteri itu.

Kisah pelarian Rahaf dari Arab Saudi menarik perhatian dunia bermula dengan tindakannya cuba melarikan diri ke Australia dari Bangkok.

Pada mulanya Rahaf diarah kembali ke Kuwait bersama keluarganya, namun dia enggan berbuat demikian dan kemudian mengunci diri dalam bilik hotelnya.

Tindakannya itu mendapat perhatian netizen dan kempen #SaveRahaf terus dilancarkan lalu tular di media sosial.

Sebelum ini Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberitahu negara itu telah bersetuju dengan permintaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk memberi perlindungan suaka.

“Kanada akan sentiasa mempertahankan hak asasi manusia dan hak wanita di seluruh dunia,” katanya.

Bagaimana Rahaf sampai ke Kanada? Rahaf tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson dengan menaiki pesawat Korean Air dari Seoul pada Sabtu. Dia telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Twitter miliknya sejurus selepas menaiki pesawat tersebut dengan kata-kata, “Saya berjaya lakukannya!”

View image on TwitterView image on Twitter
Rahaf Mohammed رهف محمد
@rahaf84427714
Hasil carian imej untuk Gadis Dari Arab Saudi Sanggup Murtad Demi Mendapatkan Kepentingan Ini Dari Kanada
Kenapa Rahaf melarikan diri?

Rahaf memberitahu portal berita Britain BBC dia takut keluarganya akan membunuhnya.

“Saya tidak dibenarkan belajar atau bekerja di negara saya, jadi saya mahu bebas belajar dan bekerja,” kata Rahaf.

Dalam satu temubual bersama agensi media AFP, Rahaf berkata dia didera secara fisikal dan mental oleh keluarganya. Dia juga pernah dikunci di dalam biliknya selama enam bulan hanya kerana memotong rambut.

Bagaimana Rahaf sampai di Bangkok? Ketika berada di Kuwait bersama keluarganya, Rahaf melarikan diri ke Bangkok, dengan rancangan untuk menaiki sebuah pesawat lain ke Australia. Rahaf memiliki visa untuk memasuki Australia. Namun pasport miliknya dirampas oleh pegawai diplomatik Arab Saudi yang tiba lapangan terbang Bangkok itu. 

Tanpa pasport, Rahaf terkandas di lapangan terbang tersebut. Namun ia dikembalikan selepas seorang utusan khas Arab Saudi berkata kerajaan negara itu enggan masuk campur dalam hal ini. Pihak berkuasa Thailand menyifatkan kes ini sebagai ‘masalah keluarga’ dan bersedia untuk menghantar Rahaf pulang ke pangkuan keluarganya di Kuwait. 

Ini memaksa Rahaf untuk meminta pertolongan menerusi beberapa tweet yang dimuat naik dari bilik hotelnya, dan kemudian mendapat perhatian agensi kemanusiaan Human Rights Watch. Thailand kemudian beri Rahaf kebenaran untuk berada di Bangkok sementara agensi Bangsa-bangsa Bersatu itu mengkaji kesnya bagi meminta perlindungan suaka.
(Sumber: astroawani via celotehsaje)


Lihat Sebelum Ini..


Video




Sunday, September 22, 2019

Murtad: Kebebasan Mutlak Bakal Undang Petaka. -Dr Kamarul Zaman.




FORUM ‘Naratif Malaysia Baharu’ di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019 yang dibuka dan ditutup oleh dua pemimpin DAP sebenarnya bukanlah kali pertama menyaksikan wujudnya anjuran mengenai kebebasan mutlak untuk menukar agama.
Saranan begini telah pernah dikemukakan oleh peguam-peguam Kamariah Ali di Mahkamah Rayuan dalam kes Kamariah Ali lwn. Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia & Satu Lagi yang diberikan penghakimannya oleh Tun Abdul Hamid Mohamad pada 2 Ogos 2002.
Mengikut peguam-peguam Kamariah Ali, kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada seseorang untuk menganuti mana-mana agama, keluar daripada mana-mana agama atau tidak menganuti mana-mana agama.
Hujah mereka, kedudukan seseorang di sisi agama terletak kepada apa yang dia sendiri menetapkannya pada sesuatu masa, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya berbuat demikian dan jika ada ia adalah tidak sah dan batal kerana bercanggah dengan Perkara 11.
Tegas Tun Abdul Hamid, hujah (mengenai hak mutlak) ini, jika betul, patut juga terpakai bukan sahaja bagi “menganuti” tetapi juga bagi “mengamalkan” kerana Perkara 11 memperuntukkan mengenai kedua-dua “hak menganuti dan mengamalkan agama”.
Tambah Tun Abdul Hamid, jika itulah makna Perkara 11 maka bukan sahaja undang-undang yang menetapkan cara untuk seseorang itu memeluk agama Islam dan keluar dari agama Islam tidak sah, malah undang-undang yang menjadikan suatu kesalahan jika seorang Islam itu berzina, berkhalwat, tidak membayar zakat dan lain-lain itu juga semuanya tidak sah.
Hujah ini juga digunakan oleh Majlis Peguam, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) dan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois Malaysia (MCCBCHS) dalam kes Lina Joy lwn. MAIWP, Kerajaan Malaysia & Ketua Pengarah Pendaftaran Negarayang diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada 30 Mei 2007.
Kata mereka, yang bertindak sebagai pemerhati diarah (watching brief), keperluan mengemukakan sijil/perakuan murtad adalah bercanggah dengan Perkara 11 kerana tiada siapa atau apa pun boleh menghalang seseorang itu dari membuat sesukanya dalam pemilihan agama atau keluar dari mana-mana agama dan jika ada ia adalah tidak sah dan batal. 
Dalam penghakiman beliau, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim memetik kata-kata Tun Abdul Hamid dalam kes Kamariah Ali dan memutuskan bahawa keperluan mengemukakan sijil/perakuan murtad adalah tidak bercanggah dengan Perkara 11 kerana seseorang yang mahu keluar dari agama Islam hendaklah mematuhi cara keluar dari agama Islam.
Di sebalik keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ini, suara-suara yang menuntut supaya rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, diberi kebebasan mutlak untuk menukar agama terus bergema, khususnya dari pemimpin DAP seperti:
(1)    Ronnie Liu Tian Khim yang berkata pada 25 Februari 2006: “Kami (DAP) menekankan lagi bahawa wajib wujud kebebasan untuk memasuki dan meninggalkan mana-mana agama selagi mana keputusan itu dibuat oleh individu terbabit secara suka hati. Kepercayaan agama adalah urusan peribadi antara Tuhan dan individu. Tiada jabatan atau pihak berkuasa negara perlu campur tangan dalam urusan ini.”
(2)    Teresa Kok yang berkata pada 30 Mei 2007: “Keputusan dalam kes Lina Joy mengecewa dan membimbangkan ramai rakyat Malaysia yang percaya kebebasan beragama adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan sahaja menafikan hak asasinya, tetapi ia juga adalah satu penafian kepada hak orang Islam untuk memilih agama. Adalah menyedihkan bahawa sebahagian masyarakat dinafikan hak untuk menganuti secara bebas mana-mana agama pilihan mereka.”
(3)    Lim Kit Siang yang berkata pada 31 Mei 2007: “Kes Lina Joy telah menggoncang keyakinan ke atas jaminan Perlembagaan terhadap kebebasan beragama, ketertinggian Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara dan Kontrak Sosial Merdeka yang mendasari perlembagaan bahawa Malaysia adalah negara sekular.”
(4)    Lim Guan Eng yang berkata pada 7 Jun 2007: “Kes Lina Joy adalah pukulan maut ke atas jaminan Perlembagaan terhadap kebebasan beragama, ketertinggian Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara dan Kontrak Sosial Merdeka yang mendasari Perlembagaan bahawa Malaysia adalah negara sekular. Apa makna kebebasan beragama dalam  Perkara 11 jika orang Islam yang mengisytiharkan bahawa mereka mahu keluar dari agama Islam dihukum dengan denda, penjara, penahanan atau ‘pemulihan’?”
(5)    Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata pada 11 Jun 2014: “Saya berharap juga orang-orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan dan kalau seseorang itu memang hendak meninggalkan agama itu dan beliau (berusia) lebih daripada 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini”.
Oleh itu, tidaklah pelik bila, selepas berlaku perubahan kerajaan, suara-suara yang menuntut supaya rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, diberi kebebasan mutlak untuk menukar agama menjadi semakin kuat dalam forum yang dikaitkan dengan DAP seperti Forum ‘Naratif Malaysia Baharu’ di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019.
Ingatlah implikasi kepada kata-kata Tun Abdul Hamid dalam kes Kamariah Ali: Jika kebebasan mutlak begini diberi maka bukan sahaja umat Islam boleh murtad sesukanya malah pada akhirnya umat Islam juga boleh menghujahkan mereka juga mempunyai kebebasan untuk berzina, berkhalwat, tidak membayar zakat dan lain-lain kesalahan agama.
Dengan tambahan Datuk Dr Wan Mohd Fauzi Wan Hussein:
Kebebasan beragama perlu dibaca dengan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan yang bertanggungjawab tidak akan membenarkan suatu kebebasan yang berlawan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. Pada hari ini bukan sahaja kebebasan beragama yang melampaui Perkara 11 dituntut, bahkan kebebasan untuk tidak beragama. Dalam hal ini, dilihat seolah-olah ada agenda ateism atau humanism bertuhankan hawa nafsu  mempopularkan tuntutan-tuntutan sedemikian.
Gerakan atau suara-suara sedemikian pastinya akan akhirnya mengakibatkan  perbuatan yang berlawanan dengan tiga perkara dalam prinsip undang-undang am yang mengawal suatu kebebasan. Jika LGBT dihalalkan, adakah prinsip kesihatan dan moral tidak dilanggar? Jika manusia tidak lagi beragama dan bertuhankan nafsu, adakah akhirnya ini tidak mengundang pencabulan kepada kedaulatan undang-undang?
Ahli Parlimen dan Menteri sepatutnya kumpulan paling ke hadapan untuk mempertahankan prinsip kebebasan beragama yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, bukan menjadi jaguh untuk merobek keluhuran Perlembagaan Negara.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF - HARAKAHDAILY 22/9/2019
(Untuk bacaan lanjut mengenai perkara ini boleh baca buku “Jurisprudens Watan: Perlembagaan Persekutuan: Teks, Konteks  Isu-Isu Ketatanegaraan” yang ditulis oleh Datuk Dr Wan Mohd Fauzi Wan Hussein.

Lihat Sebelum Ini..


Forum Politik: Bebas Tukar Agama, Naratif Malaysia Baru? Ulasan Dr Kamarul.

Hasil carian imej untuk malaysia baru DAP
Naratif Malaysia Baru: Bebas menukar agama? 
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

SALAH satu rumusan Forum ‘Naratif Malaysia Baharu’ yang dibuka dan ditutup oleh dua pemimpin DAP, Steven Sim Chee Keong dan Michelle Ng Mei Sze, di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019 adalah begini: 

Peruntukan Islam agama Persekutuan dalam Perkara 3(1) tidak boleh mengatasi peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk kebebasan untuk menukar agama.
Rumusan ini disampaikan oleh moderator forum, Philip Koh, yang jelas kelihatan tidak senang dengan tindakan mahkamah membenarkan peruntukan mengenai Islam, Melayu dan Raja mengatasi Perkara-perkara lain dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sama-sama kita amati ucapan Philip Koh ini:

“Kebangkitan Islam adalah sebahagian daripada keseluruhan 3 R yang kita perkatakan: Agama, Kaum, Raja. Isu-isu ini adalah meluas dalam cara di mana saya, sebagai seorang peguam, bila saya lihat kepada mahkamah, bila pada satu ketika mahkamah kelihatan membenarkan 3 R untuk mengatasi Perkara-perkara lain dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) memang menyebut, dan kita mesti memberinya penekanan dan penghormatan, bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi Perkara 3(4) adalah amat jelas, ia menyebut bahawa tiada apa-apa dalam perisytiharan ini yang mengurangkan, menjejaskan atau melemahkan mana-mana perkara lain. Dan saya akan memanggil beliau seorang kawan, Tan Sri Malanjum, mantan Ketua Hakim Negara, saya ingat beliau dalam kes Lina Joy, sesetengah kita pernah dengarnya, beliau menyebut, “Hello, hello, ada sesiapa yang lihat kepada Perkara 3(4)?” Beliau sesatunya suara yang tidak bersetuju tetapi terdapat suara-suara dominan dalam kehakiman yang menggunakan Perkara 3(1) untuk mengatasi Perkara-perkara lain, termasuk kebebasan untuk seseorang menukar agamanya.”
Resurgent Islam, right, is part of this whole the 3 Rs that we talked about: Religion, Race, Rulership. These issues are pervasive in a way of which I, as a lawyer, when I look at the courts, when at one point the court seems to allow the 3 Rs to trump, not Donald Trump but to trump, the interpretive articles of the Federal Constitution. Article 3(1) says indeed, and we must give it all the weight and respect, that Islam is the religion of the Federation, but Article 3(4) is so clear, right, it says that nothing in this declaration shall derogate, shall affect or impair any other articles. And I would call him a friend, Tan Sri Malanjum, the retired Chief Justice, right, I remember him in the Lina Joy’s case, right, some of us have heard of that, he said, “Hello, hello, is anybody looking at Article 3(4)?” He was the single dissenting voice and yet there were dominant voices in the judiciary that used the Article 3(1) to trump the other articles, including the freedom of someone to convert and to change his religion or her religion.”

DAP Meracau, Bukan Mewakili Rakyat S'wak - Achau Mujah (DHPP)




DAP satu-satunya parti dalam komponen PH yang meracau selepas berita tular Presiden PAS dan rombongan bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak Selasa lalu. Mereka terus menyerang pertemuan antara pemimpin Islam dengan hubungan 'tidak suci'. Ternyata sifat perkauman DAP tidak boleh disangkal dan dinafikan. Merekalah yang meniup api perkauman yang menyebabkan perpecahan kaum terutama golongan Bumiputera dan terus menanam kebencian bukan Bumiputera atau bukan Islam kepada orang Islam.
DAP tidak layak bercakap mewakili rakyat Sarawak, sudahlah yang bercakap seorang Cina dan pemimpin di dalam DAP juga semuanya Cina. Bagaimana boleh mewakili suara rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan majoriti masyarakat adalah Iban dan Melayu mengikut populasi terkini. Rakyat Sarawak mesti bijak menilai antara kaca atau permata dengan jelas. PH yang ditunjangi DAP telah lama merosakan sistem masyarakat pelbagai kaum dengan memberi persepsi buruk terhadap perpaduan kaum majoriti serta hubungan baik antara kaum.
Pepecahan orang Melayu di Semenanjung adalah kemenangan besar buat DAP. Jika Melayu sebagai kaum majoriti terus bersatu maka sukar bagi DAP untuk melaksanakan agendanya. Kini, mereka berusaha memecahbelahkan kaum Bumiputera di Sarawak dengan menggelar hubungan baik antara kaum sebagai sesuatu yang kotor. Persepsi buruk masyarakat terus dibina, ketegangan antara Iban dan Melayu sebagai kaum majoriti akan terus di laga oleh DAP. Maka dua kaum terdekat di Sarawak iaitu Melayu dan Iban perlu sedar kejahatan DAP ini. Menolak DAP dan PH adalah perkara utama rakyat Sarawak kini.
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sarawak merasa selesa dengan kepimpinan PAS yang bersifat sederhana, tidak perkauman dan menggutamakan  kepentingan semua lapisan masyarakat. PAS mengangkat pemimpin bukan Islam dalam satu wadah atau dewan dengan memberi peluang mereka menyuarakan suara mereka kepada kepimpinan. Ini tidak dapat dicari dalam parti yang mengamalkan sikap berpuak dan kroni tersendiri yang akhirnya meranapkan harapan rakyat kepada mereka.
DHPP juga menyambut baik saranan Presiden PAS bahawa kuasa bumiputera terutama Melayu dan Dayak di Sarawak perlu dikekalkan. GPS pula perlu mengambil kesempatan yang ada memperbaiki kelemahan dan jangan mengetepikan kaum dayak seperti apa yang dirasakan oleh kaum itu kini. Keengganan GPS bekerjasama dengan PAS dalam perkara sebegini akan merugikan kaum majoriti iaitu Bumiputera Sarawak.

ACHAU MUJAH
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Sarawak - HARAKAHDAILY 21/9/2019

Filem: Terlalu Banyak Adegan Lucah, Perlu Ditapis Ikut Syariah.


HALAMAN HIBURAN


'Terlalu banyak adegan lucah'
MALAYSIA mengharamkan filem lakonan Jennifer Lopez, ‘Hustlers’ kerana mengandungi banyak adegan menjolok mata yang tidak sesuai untuk rakyat negara ini.
Filem itu mengisahkan penari bogel di New York menjadi ahli perniagaan kaya ketika krisis kewangan.
Filem berdasarkan kisah benar itu menampilkan sekumpulan wanita menggunakan taktik jenayah termasuk menyebabkan lelaki mabuk sebelum mencuri wang dalam akaun bank mangsa berikutan kejatuhan pasaran saham menyebabkan pendapatan kelab bogel terjejas.
Menurut Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia yang mengharamkan filem berkenaan ditayangkan di pawagam, terlalu banyak adegan tidak sesuai terutama berunsur lucah dan terpaksa dipotong.

“Filem ini mengandungi terlalu banyak adegan lucah yang tidak sesuai untuk tontonan awam.
“Ia menampilkan payu dara wanita dan alat sulit lelaki selain tarian erotik keterlaluan serta penggunaan dadah,” kata Pengerusi LPF Malaysia, Mohamad Zamberi Abdul Aziz kepada AFP.
Pengedar filem berkenaan di Malaysia, Square Box Pictures mengesahkan pengharaman itu melalui akaun Instagram mereka.
Hustlers dijadual ditayangkan di Malaysia pada Khamis depan. (MyMetro)
Hasil carian imej untuk lucah ikut syariah
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Betul, Malaysia tidak perlu dibiarkan berleluasa tayangan filem-filem adegan bogel. Perlu dikawal sungguh-sungguh. Sepatutnya diberi kuasa sepenuhnya kepada pihak agama atau Mufti mengawalnya, supaya perkembangannya sejajar dengan halal-haram dalam Agama Islam. 

Kalau hiburan, sukan, makanan dan lain-lain sudah di hala ke arah 'mengikut syariah, maka tidak ada salahnya filem-filem yang beredar di Malaysia juga perlu ditapis mengikut syariah. Bukan semata-mata mengikut seni dan budaya, tetapi haram dari sudut agama dan ketamadunan.


Lihat rumah ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails