Sunday, November 03, 2019

DAP Rakus Lebar Kuasa, Pensyarah UM Rasis -Dr Kamarul Zaman.

Hasil carian imej untuk DAP rakus lebar kuasa, pensyarah UM rasis
PROF  Dr Edmund Terence Gomez, atau nama penuhnya Prof Dr Edmund Terence A/L Eric Boniface Gomez, pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, dilaporkan secara meluas menghentam BERSATU yang didakwa 'sedang melaksanakan apa yang pernah dilakukan oleh Umno, menggunakan sistem sama, permainan yang sama' dengan membuat lantikan politik ke syarikat milik kerajaan yang dikuasai olehnya. 

Hujah utama yang beliau gunakan adalah: 

  1. Lantikan Dato’ Sazmi Miah, calon BERSATU yang kalah di P.029 Machang, dan Dr Aminuddin Yaacob, calon BERSATU yang kalah di N.37 Air Lanas, sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
  2. Lantikan Dato’ Zulkifli Mohamad, calon BERSATU yang kalah di N.15 Ladang, dan Dato’ Seri Wan Marzuki Wan Sembok, calon BERSATU yang kalah di N.30 Kijal, sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). 
Tidak dinafikan bahawa lantikan politik ke agensi-agensi kerajaan adalah bercanggah dengan Janji 22 Manifesto PH ang berbunyi 'Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat milik kerajaan nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka'. 

Begitupun, apa yang kita mahu persoalkan ialah mengenai sikap rasis Prof Gomez ini ibarat 'kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak' ekoran tindakan beliau hanya menyerang BERSATU tetapi tidak pula menyerang DAP sedangkan yang jauh lebih banyak membuat lantikan politik ke syarikat milik kerajaan yang dikuasai olehnya ialah DAP. 
Berikut adalah sebahagian lantikan politik ke syarikat milik kerajaan utama membabitkan pemimpin yang memegang jawatan tinggi dalam DAP Pusat dan DAP Negeri, dengan majoriti daripadanya adalah sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP: 

  1. Lantikan Ahli Parlimen DAP P89 Bentong, Wong Tack, yang merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang, sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018. Boleh rujuk laporan ini:https://www.malaysiakini.com/news/437165 
  2. Lantikan Ahli Parlimen DAP P110 Klang, Charles Santiago, sebagai Pengerusi  Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018. Boleh rujuk laporan ini:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/01/ahli-parlimen-klang-dilantik-ketuai-suruhanjaya-perkhidmatan-air-negara/
  3. Lantikan Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018. Boleh rujuk laporan ini:https://www.theborneopost.com/2018/11/04/dr-john-brian-anthony-appointed-bpa-chairman/ 
  4. Lantikan Ahli Parlimen DAP P172 Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, yang merupakan Setiausaha DAP Sabah, sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019. Boleh rujuk laporan ini:https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/28/kota-kinabalus-dap-mp-is-new-chairman-of-labuan-port-authority/1727781 
  5. Lantikan Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019. Boleh rujuk laporan ini: http://bernama.com/bm/news.php?id=1701749 danhttps://www.thesundaily.my/archive/dap-upset-police-over-arrest-state-party-official-EUARCH543133 
  6. Lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP N.28 Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, yang merupakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019. Boleh rujuk laporan ini:https://www.malaysiakini.com/news/478033 
  7. Lantikan Ahli Parlimen DAP P64 Ipoh Timor, Wong Kah Woh, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Setiausaha DAP Perak, sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019. Boleh rujuk laporan ini: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/23/wong-kah-woh-appointed-seda-chairman 
  8. Lantikan Ahli Parlimen DAP P211 Lanang, Alice Lau, yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP Sarawak, sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019. Boleh rujuk laporan ini:https://www.malaysiakini.com/news/494634 
Mengapa mereka yang menyerang Naib Canselor UM sebagai rasis tidak pula menyerang pensyarah dari UM ini sebagai rasis kerana menghentam pemimpin-pemimpin Melayu sahaja tetapi mendiamkan diri dari menyentuh pemimpin-pemimpin bukan Melayu sedangkan yang jauh lebih rakus melebarkan kuasa mereka adalah pemimpin-pemimpin bukan Melayu? - HARAKAHDAILY 3/11/2019


Lihat lagi..
HALAMAN HIBURAN
Hasil carian imej untuk EBEIT G ADE

Sakit Sakit Dulu.. 5 Jenama Terkenal Di Dunia.

Hasil carian imej untuk SEJARAH LIMA JENAMA TERKENAL KAT DUNIA BERMULA, SEMUANYA PERLU BERSUSAH DAHULU
BERAKIT-RAKIT ke hulu
berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian.

Ini, 5 jenama terkenal di dunia bermula dengan bersusah payah..

1. Coca-Cola
Cola
Coca-Cola, Dr Pemberton laburkan semua wangnya untuk R&D minuman tonik… Coca-Cola merupakan produk yang telah jaya berikan rasa yang terkenal kepada dunia. Coca-Cola telah dihasilkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Georgia. Minuman ini telah dihasilkan oleh Dr John Stith Pemberton. 

Selepas pengalaman dan kecederaan yang dia alami di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr Pemberton telah bertekad untuk mengaplikasikan segala pengetahuannya dalam bidang farmasi dan telah melaburkan semua wang miliknya untuk tujuan penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik.

Pada masa tu, permintaan terhadap ubatan dan minuman tonik sedang meningkat naik seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat kental, dia telah memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama sebagai Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Tema yang digunakan oleh Dr Pemberton juga sangat sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” sehingga berjaya tarik perhatian ramai orang untuk membelinya.
Vco
Lebih-lebih lagi pada masa tu segelas Coca-Cola hanya dijual pada harga lima sen. Dr Pemberton telah menyatakan bahawa dia sama sekali tak pernah menyangka bahawa minuman hasil ciptaannya ini berpotensi untuk berjaya dan terkenal sehinggalah ke hari ini.



2. Microsoff.
Billgatespaulallen12 620x310

Microsoft, dua sahabat pernah dipecat kerana godam komputer pejabat. Microsoft telah menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa pada tahun 2010. Bill Gates dan sahabatnya iaitu Paul Allen telah berjaya menghasilkan dan memperkenalkan Microsoft pada tahun 1975. 


Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen telah diberhentikan setelah mereka menggodam komputer syarikat tempat mereka bekerja namun mereka telah dipanggil semula untuk berkhidmat menyelesaikan masalah virus komputer.

Microsoft
Pada masa tu, mereka tak dibayar dengan wang akan tetapi mereka diberi kebenaran untuk mengakses komputer tanpa ada had masa sebagai pampasan. Bill Gates telah berjaya lanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tersohor yang terdapat di Amerika Syarikat iaitu Havard University. 

Pada tahun 1974, Paul Allen telah berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan mengajaknya memulakan perniagaan perisian komputer bersama-sama dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa harungi dan menghadapi pelbagai rintangan untuk majukan perniagaan. 

Akhirnya, diberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM yang mana bertitik tolak daripada tu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 billion pada hari ini.

3. Google. 


Google, bermula dengan sesi suai kenal sampailah kena sewa garaj rumah orang… Stanford University telah jadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu yang mana pada asalnya hanyalah untuk sesi suai kenal sahaja dan berlanjutan sehingga tertubuhnya perniagaan yang mencecah nilai sehinga AS43.6 billion.


Kedua-dua sahabat ini adalah merupakan pelajar jurusan sains komputer dan telah berkolaborasi untuk cipta sebuah sistem enjin carian yang mereka gelarkan BackRub. Kemudian, nama tersebut telah ditukar kepada Google iaitu nama yang mereka adaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti dengan 100 kali nombor kosong pada bahagian belakangnya.

Google
Pada awalnya, Google hanya beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha untuk majukan Google walaupun pada masa tu banyak hadapi tekanan dan mengganggu pelajaran serta pencapaian universiti. Pada tahun 1998, mereka telah mendapat bayaran untuk berkerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah salah seorang rakan mereka.
104355301 Gettyimages 524130748
Bagi mendapatkan dana, mereka telah membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada masa tersebut dan akhirnya pada sekitar tahun 1999, Google telah dapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.

4. McDonald.
Mcd

Mengapa restoran mereka tiada di taman tema Disney?


Pada tahun 1940, dua orang adik beradik iaitu Richard dan Maurice McDonald telah mulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan sebuah kafe pandu lalu. Pada masa tu, kafe mereka menyediakan terlalu banyak menu. 

Selepas lapan tahun beroperasi, mereka telah mengurangkan menu kepada hanya sembilan sahaja iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberikan servis yang lebih cepat kepada para pelanggan mereka.

Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe mereka untuk jual mesin campuran. Setahun selepas itu, Kroc telah beli keseluruhan McDonald kafe dan telah mengembangkan perniagaan tersebut secara agresif dengan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Pada hari ini, McDonald mempunyai 32,000 rangkaian restoran di seluruh dunia.

Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an ialah Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt telah mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% daripada harga biasa untuk diberikan kepadanya sebagai balasan.

Kroc merupakan seorang yang mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh sebab tu, sehingga ke hari ini restoran McDonald tidak dibuka di dalam taman tema Disney walaupun pada hakikatnya mereka berdua adalah kawan.

5. Nike.
Nike
Nike, perniagaan yang bermula hanya dari kereta… Amat mustahil jika korang tak pernah dengar salah satu jenama terkenal dunia iaitu jenama Nike. 

Selepas tamat pengajian di Universiti, Philip Knight telah ambil keputusan untuk menjelajah di sekitar negara Jepun. Di Jepun, Knight telah bertemu dengan pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai seorang ahli olahraga di universiti, Knight telah bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat.

Untuk penuhi syarat syarikat Jepun tu, Knight telah mendaftarkan sebuah syarikat yang diberi nama sebagai Blue Ribbon Sports (BRS). Pada akhir tahun 1963, pesanan kasut yang mereka terima telah mencecah sehingga 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal, Knight telah mulakan perniagannya dengan melakukan jualan kasut tersebut daripada kereta 

Segala stok kasut tu pula akan disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan yang Knight lakukan terus berkembang maju apabila Knight telah jalinkan kerjasama bersama rakan kongsinya iaitu Bill Bowerman bermula pada tahun 1964.

Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang bolehkan para pekerja mereka jual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger telah berakhir sekitar tahun 1971 yang mana pada ketika itu Knight dan Bowerman telah menghasilkan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike bersempena dengan dewi kemenangan Greek.

Sesebuah kejayaan takkan pernah menghianati kerja kerasnya… Bukan mudah sebenarnya untuk mereka semua ni sampai ke tahap seperti hari ni. Banyak masa dan tenaga yang telah mereka pertaruhkan dan perjuangkan. 


Dalam hidup ni, kita harus belajar untuk tidak mudah mengaku kalah dengan apa yang kita semua impikan dan kena yakin bahawa sesebuah kejayaan takkan pernah menghianati kerja kerasnya selama ini.


Cecair Vape Mengandungi Nikotin Tanpa Lesen?


Modal RM5 Jual RM50
ADA antara mereka sudah bergelar jutawan muda dengan memiliki jet peribadi dan kapal layar mewah hasil penjualan cecair perisa vape mengandungi nikotin.
Malah, risikan sejak beberapa bulan lalu mendapati cecair vape mengandungi nikotin tanpa lesen dihasilkan di negara ini turut dieksport ke serata dunia hingga ke Kanada, Chile, Pakistan, Colombia, Mexico, Bulgaria, Bolivia, Paraguay dan Asia Barat.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kegiatan pengilangan cecair perisa vape yang semakin bercambah di negara ini jelas memberi keuntungan besar kepada golongan ini.
Menurutnya, risikan KKM mendapati mereka hanya perlu menyeludup masuk cecair nikotin yang menjadi ibu vape atau bahan wajib bagi menghasilkan adunan perisa vape.
“Berdasar siasatan, setiap satu gelen nikotin bersamaan 3.785 liter boleh digunakan bagi menghasilkan kira-kira 400,000 botol cecair perisa vape.
“Setiap botol kecil cecair vape dihasilkan dengan modal sekitar RM3 ke RM5 sebelum dijual pada harga antara RM30 hingga RM50 sebotol kepada pelanggan tempatan.
“Malah harganya boleh meningkat berkali ganda jika dieksport ke luar negara,” katanya.

RAMPASAN cecair vape yang mengandungi nikotin oleh Penguatkuasa Farmasi. FOTO ihsan Farmasi

Menurutnya, siasatan dilakukan sebelum ini mendapati, pengilang cecair vape mencampurkan cecair nikotin dalam kuantiti tinggi hingga ada antaranya mencecah sehingga 50 miligram bagi setiap botol kecil.
“Kandungan nikotin ini tinggi dan mampu mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan termasuk menjadi punca kanser, kerosakan paru-paru selain mati mengejut seperti mana kes berlaku kepada pengguna vape di Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.
Beliau berkata, KKM sebelum ini menasihati penjual, pengedar, pengilang dan pengimport untuk menghentikan serta-merta aktiviti pengilangan, pengedaran serta penjualan cecair vape mengandungi nikotin.
“KKM akan meneruskan pemantauan serta menjalankan operasi berterusan dengan pelbagai pihak bagi memastikan penjualan cecair rokok elektronik atau vape bernikotin dapat dibanteras.
“Nikotin adalah racun Kumpulan C dan dikawal sepenuhnya penggunaan mengikut Akta Racun 1952 [Akta 366].
“Penjualan nikotin secara berleluasa tanpa lesen sah adalah satu kesalahan mengikut akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta itu iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. (MyMetro)


Lihat Sebelum Ini..

Idea Melayu Raya Dan Borneo Sedang Diagendakan?


MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
IDEA Melayu Raya yang digagaskan

1) Satu ketika dahulu pernah tergagasnya idea Melayu Raya. Antara nama-nama yang masyhur seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Abdul Hadi Hj Hassan, Ibrahim Yaakob dan ramai lagi. 

Antara yang dicadangkan sebagai konsep Kesatuan Melayu Raya adalah terbentang dari Singgora di Utara hingga ke Johor di Semenanjung, Pulau Jawa, Mindanau, Luzon dan beberapa lagi kepulauan Melayu, termasuk Sabah Sarawak dan Kalimantan. 

2) Idea ini digagaskan pasca Perang Dunia Pertama setelah menyaksikan kejatuhan Empayar Uthmaniah. Namun apabila diteliti plot-plot sejarah itu kita akan dapati bahawa idea ini telah 'disailang' oleh penjajah British. 

3) British menjajah Tanah Melayu pada 1824-1941. Kemudian Tanah Melayu dijajah pada 1941-1945 era Perang Dunia Kedua. Dan seterusnya dijajah semula oleh British bermula 1945 hinggalah kemerdekaan 1957. 

Ketika penjajahan British lebih 100 tahun di Tanah Melayu menyaksikan bagaimana tokoh-tokoh Melayu ingin bangkit dengan gagasan Melayu Raya. Namun idea ini terkubur mungkin antara sebabnya apabila British ingin sekat kebangkitan Melayu ketika itu 

4) Mereka bimbang jika Melayu bangkit menggantikan Uthmaniah 1924. Ketika penjajahan Jepun, idea ini dilihat semakin hampir berjaya namun pada 1945 berlakunya satu agenda belakang tabir sehingga idea ini disailang atau di 'hijack'

Secara khususnya, pada April 1945 Jepun yang sedang menguasai Tanah Melayu dan Indonesia telah bersetuju untuk memberi kemerdekaan Tanah Melayu, atas banyak sebab antaranya diplomasi Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 

Kedua-dua gerakan ini merupakan gerakan anti British dan antara pimpinannya seperti Dr Burhanuddin al Helmy. Era Perang Dunia Kedua menyaksikan Hiroshima dan Nagasaki ranap di'hempap' Bom Atom pada 6 dan 9 Ogos 1945. 

Idea Melayu Raya di 'hijack' 

1) Pada tarikh 12 Ogos 1945, pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah bertemu dengan Sukarno dan Mohd Hatta di Lapangan Terbang Taiping, Perak. Susulan pertemuan tersebut, satu persetujuan telah dicapai. 

Persetujuan tersebut ialah pemerintahan Tanah Melayu yang akan bersama-sama dengan Indonesia untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada tarikh 17 Ogos 1945 iaitu kemerdekaan daripada penjajahan Jepun.

2) Malangnya usaha ini terencat apabila Jepun yang berpusat di Tokyo menyerah kalah. Menyebabkan Indonesia sahaja yang mengisytihar kemerdekaan. Tanah Melayu tidak dapat diisytiharkan kemerdekaan sepertimana yang dirancang bagi mewujukan Melayu Raya. 

Ini kerana wujudnya suara-suara yang menolak idea tersebut dan merencatkan agenda ini. Seolah-olah mereka jugalah yang menjemput British untuk kembali menjajah Tanah Melayu. Atas alasan apa kalau bukan untuk 'menyekat kesatuan Melayu?' 

3) Ia berterusan sehinggalah kemerdekaan Tanah Melayu, dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang turut menggabungkan Sabah dan Sarawak. Dari segi geografi, peradaban, pertuturan, budaya orang di Tanah Melayu (Semenanjung) lebih'matching' dengan Sumatera 

Manakala Sabah dan Sarawak dilihat lebih matching dengan Kalimantan. Namun, disebabkan agenda belakang tabir British menyebabkan Semenanjung terpisah daripada Acheh, Medan, Riau dan Jambi (Sumatera) 

4) Di sini kita boleh lihat bahawa usaha belakang tabir rancangan mereka untuk menyekat kemerdekaan Tanah Melayu yang sepatutnya dijadualkan pada 17 Ogos 2019, menyebabkan Selat Melaka tidak dikuasai oleh sesiapa. 

Antara laluan kapal terpenting di dunia ini tidak dikuasai oleh sesiapa sekalipun masyarakat Nusantara. Sedangkan laluan tersebut boleh dikuasai dengan kesatuan rumpun Melayu, iaitu Malaysia dan Indonesia sepertimana yang gagasan Melayu Raya 

Selat Melaka dan Tanduk Afrika

1) Sejarah Melayu Raya ini sengaja saya bangkitkan supaya menjadi cetusan untuk ditatapi pada hari ini. Ini kerana, apabila dilihat perancangan Barat ke atas kawasan-kawasan perairan hari ini agak rancak, maka tidak pelik kalau mereka rancang 'sesuatu' terhadap Malaysia dan Indonesia. 

Antara beberapa peristiwa pada hari ini yang boleh kita fikirkan bersama; 

  • a-China membina jaringan Belt and Road Initiative (BRI) khususnya laluan laut yang dilihat 'sangat memerlukan' Selat Melaka. 
  • b-Ibu Kota Indonesia bakal berpindah ke Kalimantan dan China bersedia untuk memberi pinjaman USD33 Billion antara 2020-2024. 
  • c-Di Semenanjung, usaha untuk membuka ruang kepada 'orang luar' memiliki Hartanah semakin murah, serendah RM600,000 
  • d-Mulai 2021 hingga 2040 projek Singapura merancang untuk meluaskan lagi pelabuhannya yang mensasarkan 65 juta TEU. 
  • e-Pendedahan yang mengatakan bahawa Port Dickson ingin dijadikan 'base' untuk Israel sekiranya 'mereka' memenangi Putrajaya. 
Dan banyak lagi 

2014-2017 mencatatkan peningkatan mendadak menjadikan Selat Melaka laluan yang paling sibuk. Menjelang 2040 dianggarkan meningkat kepada lebih 100 juta TEU (Twenty-food Equivalent Units). 

Ironinya, apabila ada kepentingan seperti ini pastinya ada kuasa-kuasa luar yang mengintai dan merancang sesuatu. Ada beberapa artikel saya sebelum ini yang menghuraikan campur tangan kuasa luar terhadap politik Malaysia. 

2) Kalau kita lihat dari perspektif antarabangsa, kita boleh lihat bagaimana negara-negara yang mempunyai kepentingan laluan kapal diporak peranda kan, 

  • a-Sri Langka yang dijerat oleh China dengan Debt Trap untuk membina pelabuhan. Hakikatnya ia menjadi 'base' kepada China 
  • b-Arab Saudi yang merupakan sekutu Israel secara belakang tabir telah menaja kebangkitan Houthi untuk memberi laluan Amerika menguasai Teluk Aden. Namun, kemenangan berpihak kepada Iran. 
  • c-Somalia yang dikerat menjadi Somaliland dan Puntland huru-hara sehingga ke hari ini kerana Barat merebut kepentingan Tanduk Afrika. 
  • d-Mesir dikuasai pengaruh Amerika kerana kewujudan Terusan Suez yang menjadi sumber kekayaan Mesir. 
Pengaruh China ke atas Borneo

1) Antara yang perlu diperhatikan ialah beberapa perkara yang melibatkan Borneo. Sepertimana yang saya pernah nyatakan di dalam artikel sebelum ini, bagaimana didedahkan agenda Kristianisasi khususnya di Sarawak. 

Antara yang didedahkan ialah kemenangan DAP di Sarawak yang disambut dengan majlis makan malam pada Mei 2011 oleh para paderi dari seluruh dunia. Pendedahan yang dibuat oleh Razali Abd Rahman itu sehingga kini tiada sebarang tindakan undang-undang ke atas beliau. 

2) Hari ini apabila kita melihat DAP sudah menjadi kerajaan, beberapa aset-aset negara yang dilihat tergadai dengan disandarkan kepada alasan-alasan bodoh. Seolah-olah ada kemungkinan agenda belakang tabir mereka untuk membuat sesuatu terhadap Malaysia. 

Apa peliknya, lihatlah bagaimana agenda BRI yang diterjemahkan dalam bentuk komik dan diedarkan sesuka hati legal atas nama DAP. Kemudian apabila dipersoalkan, mereka cuba 'kona tang lain'. Agenda BRI merupakan salah satu bentuk penjajahan yang melibatkan geografi Malaysia. 

3) Dalam masa yang sama, sepertimana yang saya nyatakan China bersedia untuk membantu Indonesia beralih ke Kalimantan. Seakan-akan sifirnya mereka ingin kuasai keseluruhan Borneo dengan berpusatkan ibu kota Indonesia yang baru di Kalimantan. 

Sekiranya dilihat kepada agenda BRI, Sarawak merupakan tempat persinggahan kapal 'yang menarik'. Justeru, apabila digabungkan dengan Kalimantan, boleh meraih pengaruh yang besar sementara semenanjung masih terpisah dengan Acheh. 

4) Selain itu, Borneo dilihat sebagai 'center' bagi semua kepulauan Nusantara yang mengelilinginya. Menjadikan Kalimantan betul-betul pusat kepada Melayu Raya yang digagaskan sebelum ini. Anda boleh bayangkan apabila 'center' ini dikuasai oleh tangan luar. 

Selain center, ia agak selamat daripada Tsunami, seolah-olah dibentengi oleh Sumatera, Sulawesi dan kepulauan yang lain. Sebab itulah penguasaan terhadapnya adalah penting. Beberapa agenda Penchinaan sedang dilakukan secara perlahan sebagai 'muqaddimah' ke arah peluasan pengaruh China. 

Segenting Kra dan agenda China

1) Ketamakan China boleh diperhatikan apabila mereka dikatakan terlibat dalam menjayakan misi 'mengerat Segenting Kra'. Dikatakan memorandum persefahaman China-Thailand telah ditandatangani pada 15 Mei 2015. Tetapi 4 hari kemudian, Thailang menafikan hal tersebut. 

Projek ini dikatakan terhalang disebabkan beberapa perkara. Walau bagaimanapun hujahnya, dengan membina kanal (terusan) Segenting Kra sememangnya menguntungkan China, mengkayakan Thailand dan 'merobohkan kekayaan Nusantara'. 

2) Antara faktor yang mendorong kepada penangguhan projek ini ialah isu keselamatan yang telah dihuraikan di dalam artikel The Nation  bertarikh 7 Julai 1998 dan buku karangan Suryati Sulong yang bertajuk 'The Kra Canal and Southeast Asian Relation'.

Ada juga yang mengatakan faktor alam sekitar dan sebagainya. Tetapi apabila diperhatikan, ia bukanlah semata mata isu 'surface' seperti keselamatan dan alam sekitar. Mungkin ia lebih daripada itu seperti campur tangan Barat. 

Ini kerana Singapura merupakan lokasi yang memberi kepentingan besar kepada Barat untuk 'meninjau' kawasan rumpun Melayu. Singapura adalah negara kecil, tetapi 'lesen'nya besar. Berada di lokasi strategik di tengah Nusantara, tetapi dikuasai oleh China. 

3) Sama seperti Pulau Pinang. Asal sejarahnya Pulau Pinang di bawa Kedah, tetapi telah diseleweng sejarah itu sehingga dikatakan ditemui oleh Francis Light yang cuba menjaga kepentingan British di lokasi strategik itu. 

Hasil daripada penyelewengan itu, terbina lah sebuah negeri yang terpisah dari Kedah. Hari ini, secara politiknya telah dikuasai oleh DAP. Kenapa pulau itu yang dijadikan sasaran? Persoalan demi persoalan perlu diukur dengan mantiq untuk membentuk kesimpulan. 

Begitulah sepertimana yang terjadi di Singapura yang mana hari ini kita tidak boleh nafikan ia merupakan Pangkalan Tentera Amerika. Antaranya MOU 1990 yang ditandatangi oleh Lee Kwan Yeu dan Naib Presiden Amerika. 

Apa yang sedang dirancang untuk Borneo?

Persoalan mengenai pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur masih lagi belum terjawab dengan konkrit. Melainkan sekadarsurface  sahaja. Kristian yang merancang untuk menguasai Borneo juga masih tergantung. 

1) Sasaran untuk membina ibu kota Indonesia yang baru bersebelahan dengan Selat Makassar. Dari segi pelan pembinaannya berbentuk pentagon (5 segi) [Gambar]. Menara di tengah-tengah pentagon tersebut. Apa rancangan di sebalik bentuk pentagon? 

2) Apa perancangan mereka di sebalik tabir Allah sahaja yang tahu. Tahun 2020 pula Malaysia menjadikan Kuching sebagai tempat tumpuan. Timbalan Menteri Pelancongan mengumumkan untuk membawa masuk artifak Firaun sebagai pameran. 

Namun hari ini, hal tersebut dinafikan oleh Menterinya. Kata Timbalan Menterinya bahawa artifak yang dicadangkan untuk dibawa masuk ialah Ramses II dan Tutankhamun dan sedang dalam perbincangan dengan kerajaan Mesir. 

3) Apa yang boleh kita perhatikan mengenai Belanjawan 2020? Antara surface  yang kita lihat ialah memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. 

  • a-RM470 juta daripada RM587 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air bersih. 
  • b-RM500 juta untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang memberi manfaat kepada lebih 30 ribu isi rumah luar bandar di mana majoriti penerima faedah tinggal di Sabah dan Sarawak. 
  • c-Jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion di seluruh Malaysia, tumpuan diberikan untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak. 
  • d-Projek-projek di Sabah sebanyak RM326 juta dan Sarawak sebanyak RM224 juta akan memberi faedah kepada 145 ribu penduduk. 
  • e-Kerajaan tetap komited untuk menyiapkan projek Lebuh Raya Pan Borneo, yang merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah dan Sarawak. 
Belanjawan 2020 dan Sabah Sarawak

Sabah dan Sarawak hari ini dilihat sebagai tempat tumpuan untuk Belanjawan 2020. Dari sudut industri dan infrastruktur. Selain daripada apa tercatat di atas, 
  • a-Lebuh Raya Trans Borneo sepanjang 165 km yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Kalimantan Timur yang bakal dibangunkan ibu kota Indonesia. Nampak apa perancangan mereka? 
  • b-Bagi tahun 2020, Sabah dan Sarawak kekal sebagai negeri yang menerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion. 
  • c-Buat pertama kalinya bermula tahun 2020, PH bercadang untuk menggandakan kadar pemberian khas kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak. 
  • d-Kerajaan akan menggandakan lagi kadar pemberian khas ini sehingga RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun. 
Belanjawan 2020 memberikan tumpuan yang luar biasa kepada Sabah dan Sarawak. Sama ada memang mereka benar-benar komited untuk menjaga kebajikan rakyat atau ada cabai di sebalik mee hailam? 

Cabai di sebalik mee hailam yang saya maksudkan lebih kepada 'agenda belakang tabir' untuk kuasai keseluruhan Borneo seiringan dengan pembinaan bandar besar di Kalimantan Timur. Segalanya masih lagi tinggal tanda tanya. 

Presiden Indonesia menyatakan bahawa perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimatan Timur selewat-lewatnya 2024, genap 100 tahun kejatuhan Khalifah. Apa yang mereka siapkan untuk Borneo sempena tarikh itu? - HARAKAHDAILY 3/11/2019



Lihat Sebelum Ini..

'Kaduk Naik Junjung', Mngapa Menteri PH? -Razman



BAGAN SERAI: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria yang juga Adun Gunung Semanggol menyelar sikap pemimpin-pemimpin PH..
  • kerana tidak mampu bahkan gagal untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
  • Beliau juga mempertikaikan kredibiliti Menteri-menteri PH kerana hanya tahu menyandarkan kesalahan kepada pentadbiran BN terdahulu tanpa berusaha membuat perubahan kepada negara sejak memerintah pasca PRU14.
  • Malah, beliau menyifatkan pimpinan PH umpama 'Kaduk Naik Junjung' kerana bukan sahaja menambah hutang baharu, bahkan turut menyebabkan aset negara semakin susut berkurang daripada yang sedia ada.
  • Perkara tersebut menjadi intipati utama dibahaskannya ketika berucap dalam Ceramah Penyatuan Ummah yang dilangsungkan di Taman Serai Sentosa, di sini malam kelmarin.
  • " Depa dok (Mereka asyik) kata tak boleh buat, tak boleh nak beri (janji manifesto). (Kena) Bayo (bayar) hutang dulu, Umno buat. Dia (PH) kata,depa (Umno) berhutang, kami (PH) kena bayaq (bayar). Sedap bunyi (tapi hakikatnya) tipu orang kampung.
  • "Kita kata tak apalah, berapa hutang hat depa (yang Umno) buat hari tu? (PH jawab) Depa (Umno) buat, tinggal (hutang) ada 600 bilion (Ringgit)," ujarnya mengajuk alasan-alasan dikemukakan pimpinan PH.
  • Namun menurut Razman, disebalik hutang-hutang tersebut Kerajaan BN meninggalkan pembangunan tampak seperti lebuh raya, Putrajaya, KLIA dan sebagainya yang menjadi aset negara, di mana hal itu berbeza dari PH.
  • Bidas beliau, tidak sampai setahun pemerintahan, PH telah membuat hutang sebanyak RM300 bilion di mana ketika sama pula aset-aset negara dijual, bahkan pemimpin PH asyik ke luar negara dalam keadaan kehidupan para petani tetap tidak terbela.
  • Tempelaknya lagi, pemerintahan PH hanyalah memperbodohkan kecerdikan rakyat apabila membuat pelbagai alasan demi menjustifikasikan kenaikan hutang, sekali gus menuntut kerajaan ini segera digantikan rakyat pada PRU15 nanti.
  • "Tak cukup yang kata hutang tadi tu, (PH) tambah hutang. Jual harta (aset negara) pun hutang tak turun, hutang bertambah. Mana cerdiknya?" soal beliau mengajak rakyat menilai retorik PH.

Turut berucap pada malam itu adalah Ketua Perhubungan Umno Perak, Dato' Saarani Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Serai, Ustaz Ahmad Sayuti. - HARAKAHDAILY 2/11/2019

Lihat lagi..
HALAMAN HIBURAN
Hasil carian imej untuk EBEIT G ADE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails