Monday, November 18, 2019

Saudi Kembalikan Islam Jadi Moderat Atau Islam Ala AS..

Arab Saudi Kian Terbuka

PUTERA Mahkota Kerajaan Arab Saudi, Mohammed Bin Salman, mengatakan bahawa Arab Saudi akan mengembalikan agama Islam ke tahap sederhana dan terbuka terhadap semua agama.
Sejak dalam Forum Inisiatif Pelaburan lagi, yang diadakan pada hari Selasa, 24 Oktober 2017, Mohammed mengumumkan bahawa Arab Saudi akan membasmi semua pemikiran ekstremis dan beliau juga mengatakan bahawa di masa depan Arab Saudi tidak akan sama seperti dahulu.
"Kami kembali ke tempat terdahulu kami, negara Islam sederhana yang terbuka kepada semua agama dan dunia," kata Mohammed kepada Al Jazeera.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah Islam Amerika (AS) idaman Mohammed Bin Salman. Malaysia bagaimana? Atau dah lama macam tu??

Sunday, November 17, 2019

Ibu Tunggal OKU Penglihatan, Kental Buat 4 Kerja..

Ibu tunggal OKU penglihatan kental buat empat kerja demi sara keluarga
Malikah membanting tulang empat keratnya dengan melakukan empat jenis kerja demi kelangsungan hidup. - Bernama
BUKIT MERTAJAM: Berniaga, mengurut, mendobi dan membungkus 'bola tikam' untuk dijadikan sumber pendapatan, mungkin kedengaran seumpama pekerjaan biasa buat seorang ibu tunggal.

Namun, melakukan semua pekerjaan itu dalam serba 'kegelapan' kerana ketiadaan upaya penglihatan, menjadikan Malikah Cholil, 38, seorang wanita yang wajar dikagumi.

Walaupun hidup dalam kesempitan, Malikah gembira kerana dapat mencari rezeki menggunakan kudrat sendiri untuk membesarkan dua anak perempuannya dengan hanya pendapatan sekitar RM400 sebulan.

"Rezeki Tuhan sudah atur, kita kena cari, usaha dan doa. Sedangkan cicak pun ada rezeki. Saya baru (diuji) tidak nampak, bukannya sakit... Kaki dan tangan masih ada, kalau lumpuh lain lah cerita," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, petang kelmarin.
Perkhidmatan urut tradisional antara penyumbang utama keluarga Malikah dan walaupun serba kekurangan, Malikah tidak pernah menetapkan harga urutannya sebaliknya menerima bayaran mengikut kemampuan pelanggan.
Perkhidmatan urut tradisional merupakan salah satu penyumbang utama pendapatan keluarga ini. - Bernama
Perkhidmatan urut tradisional merupakan salah satu penyumbang utama pendapatan keluarga ini. - Bernama

"Upah ikut orang nak bagi (berapa). Saya tahu orang tolong saya, saya fikir macam mana saya nak tolong orang (balik)... Kalau orang sakit, Allah yang sembuhkan (melalui) urutan saya, itu saya sudah seronok," katanya.

Malikah yang kematian suami pada 2017 ekoran sakit jantung bekerja keras menyara dua anaknya, Siti Nor Afida, 16, dan Siti Zuraida, 14, yang kedua-duanya berbakat besar dalam bidang sukan terutama bola jaring dan olahraga.

Namun, Malikah berkata anak sulungnya Nor Afida kini bertekad memperlahankan penglibatan dalam dunia sukan dan memadamkan cita-citanya untuk menjadi atlet profesional demi membantu meringankan beban ibunya.

"Saya nak tolong mak dan adik. Saya nak bawa mak pergi umrah kerana saya tidak pernah dengar mak cakap mahukan apa-apa kecuali itu (umrah)," kata Nor Afida yang pada mulanya enggan ditemu bual.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity, Chua Sui Hau berkata pihaknya telah menyalurkan bantuan RM1,000 setiap bulan kepada Malikah melalui dana yang disumbang oleh orang awam serta memberi bantuan makanan kering seperti biskut, beras dan seumpama.

Bagaimanapun, katanya, tabung dana itu kini semakin berkurang dan perlu dipenuhkan semula untuk terus membantu keluarga Malikah dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menyumbang ke akaun Public Bank Berhad One Hope Charity and Welfare Berhad bernombor 3193433435.

"Kami suka dia (Malikah) kerana dia bukan seorang yang duduk sahaja dan mengharapkan bantuan. Walaupun dia berasa segan untuk menerima bantuan, kita akan tetap berikan untuk bantu menampung perbelanjaan bulanan atau simpanan pengajian untuk anaknya pada masa hadapan," kata Chua.
-- BERNAMA

Lihat ini..
E-Buku IH-126: Kampung Janda Di Dunia..

E-Buku IH-126: Kampung Janda Di Dunia..

Menang! Bagaimana Persiapan Rasul SAW..

Hasil carian imej untuk apa erti menang
Menang apabila penuhi kriteria 12K ‘ansarullah’


KUALA KANGSAR: Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa umat Islam tidak akan dikalahkan sekiranya mempunyai sejumlah 12,000 ansarullah yang menjadi tenaga kepada perjuangan.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat, Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmod berkata, namun semua mereka mestilah memiliki ciri-ciri atau kriteria ansarullah tersebut.
“Sebaik-baik sahabat adalah empat orang, sebaik-baik pasukan 400 orang, sebaik-baik tentera ialah 1,000 orang dan kamu tidak akan dikalahkan dengan jumlah 12,000 orang,” ujarnya memetik hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi itu.
Penegasan tersebut dinyata dan dihuraikan beliau dalam Diskusi Tarbawi: Melahirkan 12K Ansarullah pada Ijtimak Tarbawi 7.0 di Kem Kota Lama, Kampung Ngor, Sauk, di sini petang tadi.
Katanya, hadis tersebut memberi gambaran asas bahawa kemenangan Islam dapat dicapai dengan mempersiapkan sejumlah 12,000 ansarullah selaku jentera yang tidak dapat dikalahkan.
Pun begitu jelas beliau, ia tidak dicapai semata-mata kerana kuantiti ramai tersebut, tetapi mesti dilengkapi dengan kualiti keimanan dan ketakwaan sebagaimana disebut di dalam al-Quran dan Hadis.
Antaranya mereka itu kupasnya, memenuhi pembinaan diri sebagaimana amanat Saidina Umar R.A kepada Sa’ad Abi Waqqas  dalam Perang Al-Qadisiyah iaitu berbekalkan takwa dan menjauhi dosa.
Kerana katanya, sebagaimana dinyatakan Umar, takwa dan menjauhi dosa serta maksiat adalah kelebihan dan persiapan dalam mengatasi musuh seterusnya mengalahkan mereka.
Sebaliknya peringat Umar ujar Ustaz Mahadi, dosa dan maksiat dilakukan tentera Islam menjadi lebih merbahaya dan ditakuti berbanding perbuatan sama dilakukan oleh musuh Islam.
Beliau turut menerangkan betapa ansarullah juga memiliki keyakinan kepada Allah S.W.T dan bukannya memiliki sikap seperti kekaguman kepada diri atau kekuatan sendiri serta jumlah pasukan.
Hal tersebut kemukanya, sebagaimana pengajaran daripada Perang Hunain di mana hal seumpama telah menyebabkan tentera Islam diuji Allah hampir tewas kerana sikap mereka. – HARAKAHDAILY 15/11/2019

Muhamad Sabu: Tuntut K'jaan PH Terus Baiki..


PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu. - Foto Nurul Syazana Rose Razman


KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, semalam, menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk terus memperbaiki pemerintahan.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, berkata ia bagi memastikan segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan, dapat dirasai oleh rakyat.
“Kami juga akan berusaha merapatkan saf kepimpinan antara parti dalam PH dan pada masa sama, mempergiatkan lagi program penerangan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, keputusan PRK itu bagaimanapun tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka, malah menyemarakkan lagi tekad untuk terus bekerja kuat memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
“AMANAH menerima keputusan yang sudah dibuat rakyat pada PRK Parlimen Tanjung Piai dengan terbuka, namun penuh kesedaran,” katanya.
Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi.
Beliau memperoleh 25,466 undi daripada 128 peti undi untuk mengatasi lima pencabarnya.
Pesaing terdekatnya yang juga calon PH, Karmaine Sardini, memperoleh 10,380 undi, manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam, mendapat 1,707 undi.
Tiga lagi calon, iaitu Presiden BERJASA, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz meraih 850 undi, sementara calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32 undi).
Jumlah undi diperoleh itu bermakna calon GERAKAN, BERJASA dan dua calon Bebas hilang wang deposit.
Peraturan menetapkan calon hilang wang deposit jika gagal memperoleh satu perlapan atau 12.5 peratus undi daripada keseluruhan undi dikira.(BH)

Dr M Dijangka Didesak Berundur -Kamarul Zaman Yusoff (UUM)


Dr M bersama pemimpin PH dalam ceramah perdana gabungan itu di Pekan Kukup, Pontian, pada 13 November lalu.  (Gambar Bernama)
Penganalisis jangka Dr M akan didesak berundur selepas PH kalah di Tg Piai 

PETALING JAYA: Penganalisis politik mencadangkan Dr Mahathir Mohamad menetapkan tarikh melepaskan jawatan perdana menteri kerana mereka menjangkakan beliau berdepan tekanan lebih besar untuk berbuat demikian susulan kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai. 

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, kemenangan besar Barisan Nasional di Tanjung Piai sudah dijangkakan berdasarkan perkembangan terkini keadaan politik di bawah pemerintahan PH. Katanya, tumpuan terarah kepada pentadbiran PH di bawah Mahathir sebagai perdana menteri yang ditambah pula PH meletakkan calon PPBM pada PRK Tanjung Piai.

“Dijangkakan tekanan akan memuncak mendesak Tun Mahathir letak jawatan. 
“Belum keluar lagi keputusan rasmi PRK Tanjung Piai, pemimpin veteran PKR, Syed Husin Ali terus mendesak Tun Mahathir melakukan sesuatu dengan segera. Malah, desakan sama juga dijangka datang daripada pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi FMT. 

Beliau berkata, kemenangan BN juga disebabkan faktor calonnya, Wee Jeck Seng yang lebih popular daripada calon PH, selain protes pengundi Cina. 

“Lazimnya, pengundi Cina juga akan mengundi calon Cina bila berdepan calon Melayu, ini terbukti dalam PRK Teluk Intan (pada Mei 2014).” 

BN merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada PH dengan majoriti besar 15,086 undi, di mana 

  • Wee mendapat 25,466 undi berbanding calon PH,
  • Karmaine Sardini yang sekadar meraih 10,380 undi.
  • Calon Gerakan, Wendy Subramaniam mendapat 1,707 undi,
  • Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah mendapat 850 undi, sementara dua calon bebas, 
  • Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar masing-masing memperoleh 380 undi serta 32 undi.
Tanjung Piai mempunyai 53,528 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 57% pengundi Melayu, Cina 42% dan India 1%. Umum tarikh peralihan kuasa Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya yang senada berkata, sudah tiba masanya Mahathir mengumumkan peralihan kuasa secara spesifik susulan keputusan di PRK Tanjung Piai. 

“Melengah-lengahkan pengumuman tarikh peralihan kuasa akan menyebabkan keraguan rakyat, meskipun dalam kalangan penyokong PH sendiri. 
“Seolah-olah Mahathir tidak mahu serah kuasa kepada Anwar Ibrahim dan ini juga antara penyebab penyokong akar umbi PKR dan DAP misalnya turut membuat protes dalam bentuk undi dalam PRK Tanjung Piai.” 

Katanya, antara faktor kemenangan BN kerana rakyat tidak puas hati PH gagal menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu dan asyik menyalahkan kerajaan lama. 

“Bagi pengundi majoriti Melayu, mereka melihat ekonomi rakyat masih tak dapat ditangani dengan baik, kehidupan mereka tidak berubah, khususnya dari segi pendapatan walaupun kerajaan sudah berubah. 
“Dulu mereka marah isu Najib, 1MDB, GST (cukai barang dan perkhidmatan), kini isu tersebut sudah tiada dan ternyata PPBM tak dapat mengambil alih peranan Umno selama ini di Tanjung Piai. 
“Bagi pengundi Cina, mereka rasa kecewa kerana berikan sokongan banyak kepada PH, akan tetapi banyak isu yang mereka hadapi kurang ditangani dengan baik. 
“Isu ekonomi tidak berapa menjejaskan perniagaan orang Cina, (tapi) isu pendidikan Cina seperti UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu), Utar (Universiti Tunku Abdul Rahman) bimbangkan orang Cina,” katanya sambil memaklumkan formula daripada Piagam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS berjaya meningkatkan undi Melayu dan tidak meminggirkan orang bukan Melayu kerana BN memilih calon MCA. 

Azman berkata, kesan lebih besar dirasai pemimpin PPBM dengan kekalahan ini kerana parti itu akan dianggap semakin tidak popular. Katanya, BN mampu mencapai kemenangan lebih besar jika bekas perdana menteri, Najib Razak tidak turun berkempen di Tanjung Piai. Sementara itu, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, keputusan PRK Tanjung Piai ialah momentum baru dalam politik tanah air yang menyaksikan pembangkang berpeluang merampas Putrajaya daripada PH. 

“Ia boleh bersifat tetap jika PH tidak ambil ini sebagai iktibar dan BN melihat ini sebagai petunjuk untuk melakukan pembaharuan gelombang baru dalam paramater politik negara.” 

PH hilang undi 50% Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, keputusan PRK Tanjung Piai menyaksikan PH hilang 50% undi berbanding jumlah undi yang diperolehi dalam PRU14, iaitu kekurangan 10,000 undi. 

“Pertambahan undi calon BN tidak begitu mendadak jika nak dikaitkan dengan kehilangan undi PH. Sebab itu kekurangan peratus keluar mengundi, iaitu berkurangan 16% bersamaan lebih kurang 10,000 pengundi. Menarik dibuat analisis kerana bersamaan dengan kehilangan undi calon PH. 
“…jadi besar kemungkinan 16% yang keluar undi semasa PRU14, tetapi kali ini tidak adalah pengundi yang memilih calon PH. Amat jelas yang enggan keluar mengundi boleh dianggap sebagai protes, sama ada terhadap calon itu sendiri daripada PPBM atau protes terhadap PH keseluruhannya.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau jangkaan ini berlaku, akan bersorakkah spesis Lim Kit Siang, yang pernah diberi hadiah 'tawaran istemewa' kepada seperti DAP sekarang, dalam membantu menggulingkan rejim BN Najib dulu?

Kit Siang akan mensyaratkan 'tawaran istimewa' baru, kepada pengganti Tun M, dalam usaha mendesak Tun M berundur? Apakah 'tawaran istemewa' baru itu pula? Apakah tidak cukup lagi cubaan merampas 'hak istimewa orang Melayu/Islam' dari penduduk asal Malaysia kepada pendatang yang diberi ihsan kewarganegaraan sebelumnya??

7 Pelajar (Tk 5) Rogol 1 Pelajar (Tk 2), Hasil Tarbiah K/Pendidikan?

Hasil carian imej untuk pelajar Rgol pelajar
Tujuh senior tingkatan lima disyaki rogol bergilir-gilir pelajar tingkatan dua

TAWAU: Tujuh pelajar lelaki yang kesemuanya berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan merogol bergilir-gilir seorang pelajar perempuan tingkatan dua di Tawau pada Jumaat.


Tujuh senior tingkatan lima disyaki rogol bergilir-gilir pelajar tingkatan dua
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku pada Jumaat di salah sebuah sekolah menengah di daerah itu.- Astro AWANI

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku pada Jumaat di salah sebuah sekolah menengah di daerah itu.

Kesemua tujuh pelajar tingkatan lima itu dan mangsa adalah dari sekolah yang sama.

Menurut beliau, perbuatan itu diketahui apabila salah seorang guru menjumpai mereka di lokasi kejadian.

"Kesemua suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama dan direman selama tiga hari mulai hari ini," katanya. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah hal ini berlaku kerana hasil tarbiah kementerian pendidikan atau kerana dasar pelajaran yang salah dan sekular?

PRK Tg Piai: Kaji Selidik IDE Salah Lagi, Kata Penganalisis

Kamarul Zaman Yusoff

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik mempersendakan kaji selidik sebuah badan pemikir dikaitkan dengan PKR, Institut Darul Ehsan (IDE) berkaitan Pilihan Raya Kecil Semenyih dan Tanjung Piai yang jauh meleset.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, dua kaji selidik IDE mengandaikan Pakatan Harapan mendahului Barisan Nasional (BN) dengan 9% sokongan dalam PRK Semenyih dan Tanjung Piai, tetapi hakikatnya perikatan itu muncul sebagai pemenang.

Katanya, kaji selidik IDE pada 9 hingga 11 Nov lalu menunjukkan PH dapat mengalahkan BN di Tanjung Piai, namun sebaliknya berlaku apabila gabungan parti pemerintah itu kalah dengan majoriti 15,086 undi.

“Menggunakan sampel 1,200 pengundi, kaji selidik IDE pada 9-11 Nov 2019 menunjukkan PH mengatasi BN dengan 9%, bila PH mendapat 53% sokongan berbanding 44% sokongan untuk BN dalam PRK Tanjung Piai,” tulisnya di Facebook pada Sabtu.
Beliau berkata, menggunakan sampel 1,142 pengundi, kaji selidik IDE pada 31 Jan hingga 1 Feb lalu menunjukkan PH mendapat 46% sokongan berbanding 37% sokongan bagi BN pada PRK Semenyih.
“Malangnya, pada akhirnya BN yang muncul sebagai pemenang dalam PRK Semenyih dengan majoriti 1,914 undi
“Agaknya apa yang tidak kena dengan kaji selidik IDE ya?” soalnya.
Semalam, IDE dilaporkan berkata, PH mendahului BN lebih sembilan mata dalam PRK Tanjung Piai.
Berdasarkan kajian responden, 53% daripada 1,200 responden menyatakan mereka akan mengundi calon PH, Karmaine Sardine, manakala 44% lagi memilih calon BN, Wee Jeck Seng.
Kajian IDE tersebut turut menunjukkan baki 3% akan mengundi calon Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Badhrulhisham Abdul Aziz, calon Gerakan, Wendy Subramaniam dan dua calon bebas, iaitu Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Tetapi, keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Wee menang dengan 25,466 undi, menewaskan Karmaine yang memperoleh 10,380 undi. (FMT)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails