Tuesday, November 19, 2019

Hari Ini 34 Tahun Memali. Kaitan Dengan Sejarah Penubuhan PAS Balik Pulau..


Sej. Politik B.Pulau 2: Ceramah PAS DiBaling Batu….

Catatan Santai Ibnu Hasyim
Hasil carian imej untuk gambar pekan Balik Pulau
ENTAH macam mana, dikatakan kami tubuh PAS cawangan Kampung Perlis dulu tidak melalui PAS Perhubungan Negeri. Memang saya isi borang penubuhannya, dan terus ke ibu pejabat KL, waktu itu di Jalan Pahang Barat off Jalan Pahang. 

Konon marahlah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang waktu itu. Memang boleh tubuh pun, tapi saya tidak tahu hal itu menyalahi peraturan parti. Pesuruhjaya PAS itu ialah Allayarham Haji Zabidi bin Ali. Haji Zabidi adalah antara pengasas penubuhan PAS, lahir 1914 di Seberang Perai. 

Asal dari Sekolah Melayu Seberang Perai, 4 tahun belajar di Mekah dan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Menjadi guru agama antara 1942- 1964 dan ADUN Pulau Pinang mulai 1974. Pengalaman kepimpinan dan politiknya memang hebat. 

Pernah jadi AJK Persatuan Melayu Seberang Perai 1947-1948, pengasas dan YDP Perikatan Penanam-Penanam Padi Melayu Seberang Perai 1948-1951, dan YDP Pertubuhan Tani Malaya 1951-1955. Istimewanya pernah menjadi calon PAS dalam pilihan raya pertama di Malaya 1955. 

Pernah jadi AJK Pegerakan Pemuda Melayu Seberang Perai, Pegawai Penerangan PAS 1951-1957, Pemangku Setiausaha Agung PAS 1956, dan AJK Perhubungan PAS Negeri Terenganu 1972-1976. (Mengapa AJK Perhubungan PAS Terengganu tidak Pulau Pinang?, Saya akan hurai pada kesempatan yang lain.) 

Memang peringkat awal nampak macam bercanggah antara saya dengan PAS Perhubungan Negeri Pulau Pinang. Negeri dengan polisinya membekukan sementara percambahan penubuhan cawangan baru. Sedangkan saya di Balik Pulau terus menggempur penubuhan sebanyak mungkin cawangan. 

Kadang-kadang percanggahan seperti inilah yang memotivasikan kami, untuk terus menggerakkan PAS. Ini membuat jasa Tuan Haji Zabidi di Balik Pulau sangat saya kenang. Terakhir saya tinggalkan PAS Balik Pulau sekitar 1990an terdapat setiap saloran mengundi ada cawangan penaja, iaitu sebanyak 34 cawangan. 

Yang telah lulus pendaftaran kira-kira 20 cawangan. Sekarang saya tak tahu berapa.. Terdapat sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pernah kami berceramah di sebuah rumah di Sungai Tiram, di mana ada golongan tertentu yang ‘diupah’ melempari batu, untuk menggagalkan majlis kami. 

Penceramah waktu itu adalah kawan saya iaitu L.Man Kadir Shamsi, bekas pelakon dan pengarah filem sebelumnya. Saya ingat antara kata-katanya…

“…Jangan ingat kami gentar dengan baling batu ini… Ini! Lihat tangan saya, bekas parut dalam peristiwa berdarah di Lubuk Merbau Kedah masih belum kering lagi!!”  
Disambut dengan takbir bergemuruh. (Memang dia ada di Lubuk Merbau semasa berlaku peristiwa berdarah itu.)

Wahtu itu, dia dan saya datang dari KL kira-kira 2 minggu tinggal di Balik Pulau, mengatur, menyusun program dan kalau tiada penceramah, kami yang berceramah sendiri. Kami tidur di markas PAS Balik Pulau yang kami bina di Kampung Perlis, menelan belanja kira-kira RM30,000. 

Pernah sepanjang bulan Ramadzan dalam tahun 1986, kami adakan 25 ceramah lepas sembahyang tarawih. Hampir setiap bulan kami datang, waktu itu saya ada agak banyak wang, tapi bukan kaya… Kadang-kadang lucu juga bila difikirkan, kerana kami yang tulis poster, kami yang tampal dan kami yang berceramah malamnya. 

Maklumlah, kerana petugas-petugas tak sampai 20 orang mulanya. Kuliah tetap, di markas pun dimulakan. Antara tenaga pengajarnya ialah Tuan Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Sheikh Fakhrur Razi dan beberapa lagi. 

Sambung kisah tadi… Malam ceramah bersejarah itu, kami terpaksa menunggu hingga siang kerana tuan rumah takut rumahnya diserang lagi. Itulah detik-detik cemas, sedih dan pilu, yang sungguh menyayat hati bersama tuan rumah. 

Antara penceramah-penceramah yang pernah berceramah di Balik Pulau waktu itu, ialah Tuan Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Hadi, Mahfuz Omar, Mohd Sabu, Cikgu Wahab Kedah, Mat Izam Perak (sekarang Pimpinan Lajnah Buruh PAS Malaysia), Allahyarham Osman Marzuki, Allahyarham Sheikh Fakhrur Razi, Ustaz Mohd Hussin Kelantan, Kamal Koh & Reduan On dari KL, Yusuf Husin & Ustaz Harun Md Isa yang cedera dalam peristiwa Memali dan ramai lagi.
Imej yang berkaitan
Sekian kisah sejarah PAS Balik Pulau dalam catatan santai kali ini. Insya Allah bertemu lagi akan datang…

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober07, 08
Balik Pulau, PP

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

E-Buku IH-85:  Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

Bab 1
Bab 4 
Bab 5 
Bab 6

Dedah Nasib Uighur, M'sia Dimana?


Hasil carian imej untuk okumen setebal 400 muka surat  umat Islam Uighur.
Wisma Putra digesa nyata pendirian
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak Wisma Putra menyatakan pendirian tegas ke atas China ekoran pendedahan satu dokumen setebal 400 muka surat melibatkan nasib golongan minoriti umat Islam Uighur. Dokumen tersebut didedahkan oleh New York Times dan mengandungi ucapan Presiden China Xi Jinping pada tahun 2014. 

China telah menahan lebih satu juta umat Islam Uighur dalam sebuah kem di Wilayah Xinjiang lebih tiga tahun lalu. Beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah menyifatkan penahanan tersebut sebagai satu tindakan doktrinisasi pro Komunis dan menzalimi keras umat Islam tanpa melalui proses perbicaraan yang adil. 

Menurut New York Times, antara lain dokumen tersebut menyatakan, Presiden China memberitahu pemimpin partinya bahawa mereka perlu bertindak ‘be as harsh as them and show absolutely no mercy’ ke atas penduduk Uighur. Dokumen itu mengesahkan telah berlaku satu kezaliman ke atas jutaan umat Islam Uighur. 


Justeru, PAS mahu Kerajaan Persekutuan menyatakan pendirian dan menghantar nota bantahan ke atas China kerana ia jelas telah melanggar hak asasi manusia dan menghapus umat Islam secara sistematik.  

Sekian, terima kasih. 

TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
Timbalan Presiden PAS 
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) 
22 Rabi’ul Awwal 1441 | 19 November 2019- HARAKAHDAILY 19/11/2019


 Ibnu Hasyim (kanan sekali) bersama peniaga Uighur di bandar Urumqi, China beberapa tahun lalu.

Lihat..

Lepas Tg Piai, PAS Teroka Jalan Baru Ini.. Politik Berani?


Empat pengajaran daripada Tanjung Piai

PILIHAN raya kecil Tanjung Piai telah melabuhkan tirai, dan menatijahkan keputusan di luar jangka.
Terlalu pahit untuk Pakatan Harapan menerima keputusan ini kerana sebagai penyandang, kedudukan sebagai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pastinya memberikan kelebihan kepada mereka.
Keputusan PAS untuk meneroka kerjasama politik yang lebih luas dengan MCA, dan sebelumnya dengan MIC, telah mengubah rentak pilihan raya apabila Pakatan Harapan  terperangkap dengan naratif ‘perkauman dan taliban’ yang dilemparkan kepada PAS.
Dalam aspek ini, pendekatan PAS untuk meneroka jalan baharu ini menunjukkan bahawa pertimbangan politik memerlukan pandangan yang tajam, langkah yang panjang, dan jiwa yang berani.
Malah pengalaman mengajar kita, segala hikmah di sebalik keputusan dan strategi, hanya akan tersingkap dan difahami di kemudian hari.
Justeru banyak pengajaran yang boleh diambil daripada pilihan raya kecil Tanjung Piai, yang dilatari kanvas demografi dan acuan muafakat tersendiri, antaranya:
  1. Kepada Pakatan Harapan, jangan menabur fitnah, jangan mungkir janji, jangan bergaduh, dan jangan salahguna jawatan Menteri.
  2. Kepada Muafakat Nasional, jaga setiakawan, jaga integriti, jangan selesa, dan jangan lupa diri.
  3. Kepada rakyat, jaga perpaduan, jaga kebajikan, serta jangan terpedaya dengan fitnah dan provokasi.
  4. Kepada anak muda, jaga akhlak, jaga jatidiri, serta jangan terpedaya dengan fitnah dan janji.
Ternyata keputusan di Tanjung Piai telah menghantar isyarat yang sangat penting iaitu, semua pihak perlu bermuhasabah, memperbetul dan memperbaiki diri.
Adakah Tanjung Piai akan menjadi sebuah permulaan kepada sebuah pengakhiran (the beginning of the end) kepada Pakatan Harapan, hanya masa yang akan menentukan.
Syahir Sulaiman, 18 November 2019 – HARAKAHDAILY 18/11/2019

Rogol Bersiri, Mangsa Diperkosa Penyelamatnya.

Imej yang berkaitan

IH-KL: Seorang wanita berusia 21 tahun dirogol dalam satu siri oleh 5 pelaku di sebuah taman di Noida, India. Rogol berlaku selepas penjenayah menyelamatkan mangsa dari rogol yang melibatkan rakan-rakan sendiri, pada hari Jumaat, 15 November 2019. 

Mangsa menjelaskan, dia bertemu seorang teman lelaki untuk minta kerja di sebuah bandar di dekat Delhi. Tetapi sebenarnya, mangsa pun diganggu oleh kawan itu.

"Mangsa sebenarnya sedang mencari kerja, dia datang ke taman untuk berjumpa kawan atas kawan. Lelaki itu memberi jaminan." kata Krishna, anggota Polis Noida, India. yang dinyatakan di ndtv.com.

Pihak polis sebenarnya menjelaskan, rogol berlaku pada malam hari Rabu, 13 November 2019. Sekumpulan lelaki di taman melihat mangsa digugat oleh teman-teman mereka. Mangsanya diselamatkan dari rogol ini dan mampu berjalan ke daerah Noida, 63. 

Pihak polis mengenali 5 perogol. 4 dari 6 termasuk rakan mangsa telah ditangkap. Mangsa rogol kini telah dibawa ke hospital untuk pembedahan taktikal.

Sila lihat..
E-Buku IH-64: Rogol Di India

E-Buku IH-64: Rogol Di India

Monday, November 18, 2019

Komtar PAS, Tahniah Ibnu Hasyim Kepada PAS P/Pg.


KOMTAR bakal jadi mercu tanda PAS Pulau Pinang


KEPALA BATAS: Kompleks Tarbiyah PAS Negeri Pulau Pinang (KOMTAR) bakal menjadi mercu tanda perjuangan PAS Pulau Mutiara ini apabila siap dibangunkan kelak di Lot 2058, Pongsu Seribu, di sini. 
Akan dibina di atas tanah berkeluasan 2 ekar yang diwakafkan oleh Almarhum Abdullah Lebai Mat atau lebih dikenali sebagai Pak Njang Lah, kompleks ini bakal menempatkan pejabat pentadbiran PAS Pulau Pinang.

Untuk segera merealisasikan usaha tersebut, PAS Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Makan Malam Dana Pembangunan KOMTAR Bersama Mursyidul Am PAS di Hotel Seri Malaysia, di sini malam tadi. 

Menariknya, program ini bukan sahaja dihadiri Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, tetapi juga para pimpinan parti politik dari Umno, MCA, MIC dan MU, NGO serta institusi pendidikan melibatkan pelbagai kaum.


Mengagumkan sepertimana kata Tuan Guru Hashim, ia mewakili kemajmukan masyarakat negara ini serta keinginan kepada kehidupan untuk saling bersama, harmoni, sejahtera dan aman damai. 

Pengarah Pembinaan KOMTAR, Norazman Ishak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang memaklumkan, urusan pindah milik tanah sejak 2017 telahpun selesai dan kompleks tersebut bakal dibina dengan kos tidak lebih RM15 juta. 

Menurut beliau, pada peringkat ini pihaknya telah selesai membuat senarai akhir arkitek dan konsultan-konsultan yang akan terlibat secara langsung sebagai pasukan pembinaan mercu tanda PAS Pulau Pinang itu. 

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pembinaan tersebut sebagai merealisasikan tuntutan perjuangan dakwah PAS dalam menyampaikan Islam kepada semua. 

Sehubungan itu katanya, PAS Pulau Pinang memerlukan markas yang lebih besar daripada sedia ada dan merakamkan penghargaan atas pengorbanan para As-Sabiqun terdahulu atas pembinaan markas sedia ada. 

Menurutnya, markas tersebut bakal berfungsi menjalankan pelbagai kegiatan parti selain persediaan ke ambang PRU15 serta impian ke arah melahirkan suasana baru dalam politik menerusi Muafakat Nasional. 

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan juga penyampaian anugerah langganan Harakahterbanyak, keahlian teramai serta penyerahan borang permohonan keahlian Dewan Himpunan Pendukung PAS. 


Para dermawan yang berhasrat mengadakan sumbangan sebagai saham akhirat boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam 07043011031303 atas nama Kompleks PAS Pulau Pinang dengan rujukan ‘KOMTARP1000’. 
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahimdi talian 016-443 3205 atau Norazman (013-407 6770). – HARAKAHDAILY 18/11/2019 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Tahniah PAS Pulau Pinang.

Lihat sebelum ini..

Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, oleh Ibnu Hasyim

E-Buku IH-17: 'Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...'
001 - Muqaddimah.
002 - Siasah Ulama
003 - Tikaman Tersirat
004 - Nama & Rahsia Siasah
005 - PAS Bebas Lepas
006 - Bersama Kebangkitan..
007 - Di Bawah Dr. Abbas
008 - Mula Dg Tangan Terbuka
009 - Pilihanraya Umum 1
010 - Prof Dr Burhanuddin
011 - Muktamar Ke-5 Menarik
012 - Pembunuhan Pertama..
013 - Bahaya Dari Gunung ?
014 - Merdeka !
015 - Persiapan Kepimpinan.
016 - Menggempur !
017 - Bentuk Kerajaan.
018 - Ke Mana Burhanuddin ?
019 - Ekonomi & N/ Kebajikan
020 - Politik Global 1960-1964
021 - Demokrasi Liar
022 - Burhanuddin, Nasionalis ?
023 : Pilihanraya 1964
024 - Perginya Ustaz Zulkifli..
025 - Masalah Singapura.
026 - 1969 Tahun Cabaran
027 - Kerajaan Campuran
028 - K/Campur & Pengalaman.
029 - K/Campuran Jatuh.
030 - Bangkit Dg Perubahan..

Perlembagaan PAS (klik gambar):
E-Buku IH-47:: Perlembagaan PAS

Bicara Bersama A/Hadi Esok Ditangguh UPM Tanpa Sebab Jelas ..



Tangguh atas sebab tidak jelas – Ir Khairil
KL: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin pasrah dengan keputusan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menangguhkan Slot Bicara Eksklusif Bersama Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersempena Karnival Inspirasi Putra itu.
Program yang sepatutnya berlangsung pada 19 November itu ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak jelas oleh pihak UPM dan hanya menjelaskan bahawa terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.
Khairil sebelum ini turut dijemput untuk memenuhi Karnival Inspirasi Putra dalam slot Kolokium Inspirasi Anak Muda, namun slot tersebut juga dikosongkan atas faktor-faktor yang tidak jelas.
Tidak menunding jari kepada mana-mana pihak, Khairil mencadangkan kepada persatuan universiti agar menjemput kedua-dua belah pihak iaitu dari pembangkang dan juga kerajaan selepas ini supaya program dilihat lebih neutral dan tidak berat sebelah.
“Kita bukan membicarakan topik-topik yang nak menjatuhkan kerajaan, kita nak membincangkan topik-topik yang kedua-dua panel mempunyai keselarian pemikiran, iaitu pembinaan kerajaan.
“Jadi , tajuk yang dipilih itu tajuk yang membina kepada perpaduan, keharmonian kaum, serta kebajikan rakyat,” tegas beliau.
Sementara itu, beliau turut menyatakan harapannya agar perbincangan sihat untuk membina sesebuah negara harus diteruskan untuk kepentingan rakyat dan tidak berpandukan kepentingan politik semata-mata.
“Kita bincangkan satu topik yang dipersetujui bersama, kita membicarakan tentang polisi anak muda, so ini adalah perbincangan yang sihat, jadi item-item itu akan kita angkat bersama, itulah namanya membina kerajaan.
“Lagipun dalam keadaan sekarang ini bukan pilihan raya, pilihan raya boleh lah kita bertembung, sekarang ini kita perlu membina kerajaan demi rakyat.
“Enough politicking! Kalau kita mempunyai keselarian pemikiran dan tindakan yang sama iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat serta keharmonian beragama dan kaum, InsyaAllah kerajaan akan menjadi lebih baik dari sekarang,” ujarnya. –HARAKAHDAILY 18/11/2019

'Saya dah jangka, tapi...' - Tun M terkejut

'Saya dah jangka, tapi...' - Tun M terkejut PH kalah majoriti besar di Tanjung Piai
'Saya dah jangka, tapi...' - Tun M terkejut PH kalah majoriti besar di Tanjung Piai

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui telah menjangkakan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu.

Namun beliau tidak menjangkakan kekalahan dengan majoriti yang begitu besar iaitu sebanyak 15,086 undi kepada parti lawan.

“Saya ambil maklum keputusan PRK Tanjung Piai yang diadakan baru-baru ini. Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan.

“Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak lebih daripada 2,000 undi, namun keputusan rasmi majoriti sebanyak 15,086 undi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata satu perbincangan secara terperinci, serius dan jujur di semua peringkat akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pada PRK ini.

Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang telah bekerja keras sepanjang pilihan raya kecil ini.


Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi menewaskan pencabarnya iaitu calon PH, Karmaine Saidini yang memperoleh 10,380 undi.

Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat

Dengan kemenangan itu, Jeck Seng kini Ahli Parlimen Tanjung Piai sekali gus merampas kembali jawatan yang pernah disandang selama dua penggal sebelum ini.

Seramai 52,471 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada Sabtu.

PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung 21 September lalu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Apakah kerana taktik 'janji bohong' sudah tak laku lagi atau kerana sabotaj dari rakan-rakan yang mahu perpendek umur 'pentadbiran sepenggal' Tun sendiri.
Wallahu 'aklam.

Hibur Hibur Sikit..
Lihat sebelum ini.. 
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails