Saturday, November 23, 2019

Islamofobia Australia Berterusan. Muslimah Mengandung Ditumbuk..


RAKAMAN seorang lelaki menyerbu meja tiga wanita bertudung di sebuah kafe di Sydney.
Wanita Muslim sarat mengandung ditumbuk, dipijak di Australia

SYDNEY: Seorang lelaki di Australia didakwa menumbuk dan memijak seorang wanita sarat mengandung dalam apa yang disifatkan sebuah persatuan Islam terkemuka negara itu sebagai ‘serangan Islamofobia’.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan seorang lelaki menyerbu meja di mana tiga wanita bertudung sedang berbual di sebuah kafe di Sydney, Rabu lalu.
Walaupun tanpa provokasi, suspek berusia 43 tahun itu menyerbu ke arah meja terbabit untuk menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menurut polis mengandung 38 minggu.
Selepas ditumbuk beberapa kali, wanita itu rebah dan dipijak, sebelum orang ramai bertindak menarik penyerang terbabit.
Polis berkata, seorang suspek sudah didakwa melakukan serangan menyebabkan bahaya kepada tubuh badan dan tidak ditawarkan ikat jamin.
Mereka enggan mengulas lanjut mengenai motif penyerang itu, namun tidak menolak bahawa beberapa dakwaan tambahan akan dikenakan ke atas suspek.
Persekutuan Majlis Islam Autralia (AFIC), semalam berkata, lelaki itu melaungkan ucapan kebencian Islam kepada mangsa dan rakan-rakan beliau.
“Jelas ini serangan perkauman dan Islamofobia. Kami mahu ia disiasat sedemikian,” kata presiden AFIC, Rateb Jneid.
“Jika tidak kerana keberanian masyarakat menghentikan serangan, mangsa mungkin cedera lebih teruk,” kata inspektor polis, Luke Sywenkyj.
Berdasarkan laporan kajian Universiti Charles Sturt, Islamofobia di Australia adalah fenomena berterusan dan wanita bertudung paling terdedah. Daripada 113 mangsa diancam, pasukan penyelidik kajian itu mendapati 96 peratus daripada mereka bertudung. - AFP

1 Jam Pengalaman ‘Tersadai’ Dalam Tren Rusuhan Hong Kong. -Gadis M'sia.




Umum sedia maklum dengan tunjuk perasaan yang melanda Hong Kong. Pertempuran demi pertempuran antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa negara itu membuatkan situasi semasa di sana teramat tegang dan kurang selamat.
Namun, dua orang gadis Malaysia terpaksa mengambil risiko bercuti ke sana kerana segala persiapan sudah dibuat sebelum protes itu berlangsung lagi.


Beli tiket sejak Mei

Gadis berkenaan, Seha Safhee berkongsi pengalaman mencemaskan itu di Twitternya semalam. Tambahnya lagi, tiket ke sana bersama rakan sudah dibeli sejak bulan Mei lalu. Setelah meneliti perkongsian di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) yang mengatakan keadaan reda, mereka meneruskan rancangan awal.

Beberapa minggu sebelum pergi, bertambah huru-hara

Stesen MRT ada ditutup kerana tunjuk perasaan

Sempat rakam video kekecohan

(https://ohbulan.com/sejam-tersadai-dalam-tren-gadis-malaysia-kongsi-pengalaman-cemas-hadapi-rusuhan-hong-kong/0

Minta hati-hati kalau terpaksa pergi

Friday, November 22, 2019

Masalah 'gempa' Tun M, Kerat, Bedah, Jahit.. -A/Hadi.


KUALA LUMPUR 11 MARCH 2017. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sesi dialog di Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa. NSTP/KHAIRULL AZRY BIDIN.
Tun M tengoklah mana boleh ‘kerat’

MARANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang pemimpin yang lebih tahu siapa di kalangan anggota Kabinet yang perlu ditukar mahupun dikekalkan.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Dr Mahathir seorang yang berpengalaman lama dalam pentadbiran negara sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga Tun Razak.
Justeru, kata beliau, terpulang kepada Perdana Menteri itu sendiri bagi membuat perubahan yang sesuai dan mereka layak menganggotai Kabinetnya.
“Itu terpulang kepada PM. Dia lebih tahu, dalam pengalaman dia. Dia lihat sendirilah kabinet dia. Dia lama jadi Perdana Menteri, dia (dapat) saksikan mana anggota Kabinet yang boleh menjalankan tugas, yang tak mampu menjalankan tugas, yang lemah, yang kuat dan terpulang kepada beliaulah untuk tentukan siapa.
“Sekarang ini, Tun sudah buat kenyataan, dia kata perlu (tukar) dan memang kita melihatnya, perlulah. Itu terpulang kepada Perdana Menteri untuk buat perubahan, kerana dia yang mengepalai. Dia kena cari anak buah yang sesuai dengan dia untuk menjalankan tugas,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.
Katanya, PAS menyokong hasrat Perdana Menteri itu tetapi tidak boleh menentukan kerana terpulang kepada Tun Dr Mahathir sendiri.
Beliau turut membuat anologi dalam masalah kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dengan seorang doktor merawat penyakit.
“Saya tidak boleh menentukan senarai (anggota) Kabinet, itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dia yang tahu mana yang layak dan yang tak layak.
“Dia macam penyakit, kalau kita tahu penyakit dan tak ubat sekarang. Jadi berjangkitlah. Kalau perlu pembedahan kena buat pembedahan. Kalau perlu rawatan, kena buat rawatan.
“Nampak kenyataan Perdana Menteri itu perlukan pembedahan. Dia seorang doktor dan dia tahulah, nak bedah dekat mana. Dia pula seorang ahli politik paling lama, sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), zaman Tun Razak. Jadi, dia boleh tengoklah mana yang boleh ‘kerat’, mana yang kena ‘bedah’, mana yang kena ‘jahit’,” jelasnya.
Namun, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau yakin Tun Dr Mahathir mampu menyelamatkan keadaan dalam menghadapi situasi tersebut.
“Kalau lihat kepada ‘gempa’ yang berlaku itu dan kalau tengok pada merintihnya itu sakit besar. (ketawa) Penyakit besar. Tapi boleh diselamatkan, insya-Allah. Saya percaya Perdana Menteri boleh menyelamatkan keadaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/11/2019

Bahas Peralihan Kuasa PM. Rupanya Politik Surat Palsu?


Inilah surat palsu kononnya ditulis oleh Khairy yang diterima oleh pejabat Setiausaha Parlimen.
"Surat itu palsu" - Khairy jawab dakwaan tulis surat mohon bahas isu peralihan kuasa PM

KL: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan, penyebaran surat kononnya ditulis oleh beliau untuk membawa usul persendirian membahaskan isu peralihan kuasa Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah palsu.

Dalam entri InstaStory di laman Instagram peribadinya, Khairy berkata, surat berkenaan diterima oleh pentadbiran Parlimen tanpa disahkan oleh beliau secara peribadi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga menjelaskan, surat palsu berkenaan menggunakan kepala surat yang bukan seperti yang digunakan oleh beliau sejak 2008.

"Saya tidak pernah menggunakan kepala surat beserta nama saya YB Tuan Khairy," kata Khairy lagi.


Khairy juga dalam catatan itu memohon maaf kerana lambat memberi penjelasan mengenai laporan penyebaran surat palsu itu memandangkan beliau kini berada di luar negara.
Khairy Jamaluddin tampil menjelaskan dakwaan beliau menulis surat mohon bahas isu peralihan jawatan Perdana Menteri di laman Instagram peribadinya.
Khairy Jamaluddin tampil menjelaskan dakwaan beliau menulis surat mohon bahas isu peralihan jawatan Perdana Menteri di laman Instagram peribadinya.

Pada tengah hari Jumaat, sepucuk surat bertarikh 20 November tular di media sosial selain diterima oleh wartawan mendakwa Khairy mengusulkan untuk membahas isu peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat berkenaan dihantar kepada Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme Hamzah.

Menerusi entri yang sama, Khairy dengan tegas meminta namanya tidak dikaitkan dalam sebarang rundingan 'pintu belakang' dalam proses transisi jawatan Perdana Menteri seperti yang rancak diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak terlibat dan tidak berminat untuk melibatkan diri. Tanda tanya mengenai proses peralihan seharusnya diselesaikan sendiri oleh Pakatan (Harapan).

"Ia (proses peralihan) tidak ada kaitan dengan parti saya  atau saya sendiri. Saya hanya berminat untuk berdebat dan membincangkan polisi yang boleh membantu rakyat Malaysia yang kini berada dalam situasai buruk di bawah Pakatan," tegas Khairy lagi.

BACA: Anwar jumpa Tun M, bincang pendirian isu peralihan kuasa
  (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ianya termasuk 'politik surat palsu' dalam usaha membahas peralihan kuasa atau menumbangkan PM?

Lihat sebelum ini.. 
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

K'jaan Tempang, Siapa Layak Ganti G/Eng? -Dr Mohd Zuhdi.


Ganti Lim Guan Eng dengan Anwar Ibrahim

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk membuat rombakan Kabinet selepas kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru-baru ini sememangnya dialu-alukan. 

Jelas sekali Tun Dr Mahathir terpaksa mengakui, kelemahan ketara Kerajaan PH menjadi punca utama kekalahan teruk tersebut, sekali gus mengesahkan dakwaan pimpinan Muafakat Nasional bahawa Kerajaan yang menerajui negara hari ini adalah Kerajaan Kakistocracy (Kerajaan tempang dan lemah). 

Salah satu portfolio yang paling ketara kegagalannya sehingga menyebabkan ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu dan kehidupan rakyat semakin tertekan, ialah  Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Lim Guan Eng dan dibantu oleh Tony Phua. 


Sekiranya Tun Dr Mahathir benar-benar mahu membaiki kelemahan ketara Kerajaan PH, Lim  Guan Eng perlu ditukar segera dan diganti oleh seseorang yang benar-benar berpengalaman dalam Kabinet sebelum ini khususnya berkaitan dengan ekonomi dan kewangan. 

Persoalannya siapakah dari kalangan pimpinan PH yang mempunyai kelayakan itu kerana kebanyakan pimpinan utama PH baru terlibat dalam memimpin Kerajaan? Menurut pengamatan saya, ada dua orang yang boleh diharapkan untuk memikul tanggungjawab tersebut, Dato Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, atau Dato Sri Mustafa Mohamad, pimpinan BERSATU. 


Kedua-dua mereka ada pengalaman yang lama dalam Kabinet khususnya berkaitan dengan hal ehwal ekonomi dan kewangan. Bagaimanapun, Dato Sri Mustafa sukar diterima oleh parti-parti komponen PH yang lain disebabkan beliau baru sahaja menyertai PH dan melompat dari Umno. Maka calon yang boleh diletakkan harapan untuk mengganti Lim Guan Eng ialah Dato Seri Anwar, yang pernah menerajui portfolio Menteri Kewangan semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini. 

Selain daripada itu, Dato Seri Anwar juga mempunyai rangkaian hubungan luar yang baik sama ada dengan Barat atau negeri-negara dunia Islam. Melihat kepada kepentingan negara dan rakyat yang perlu diutamakan, Tun Dr Mahathir perlu berlapang dada untuk menerima kemasukan Dato Seri Anwar ke dalam Kabinet. 

Pada ketika yang sama, Dato Seri Anwar seharusnya melupakan hasratnya untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam tempoh penggal Parlimen ini sehinggalah selepas Pilihan Raya Umum ke-15. Saya yakin hanya dengan tolak ansur seperti ini negara dan rakyat dapat diselamatkan dari terjerumus dalam krisis ekonomi dan tekanan sara hidup yang lebih teruk. 

Boleh jadi pandangan yang dikemukakan ini akan memperkuatkan semula Kerajaan PH dan menyebabkan Muafakat Nasional menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan mereka dalam PRU ke-15 akan datang. Namun begitu, sebagai sebuah blok kerjasama yang mendukung Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), kepentingan negara dan rakyat harus diutamakan. 


Sekiranya negara dan rakyat terus ditadbir oleh Kerajaan Kakistocracy, berkemungkinan besar Malaysia akan menuju ke sebuah negara yang gagal (fail state).

DR MOHD ZUHDI MARZUKI 
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat 
21 November 2019 
24 Rabiulawwal 1441 – HARAKAHDAILY 21/11/2019

Rombak Kabinet Cepat! M/Kewaangan Tak Perlu Kekal?


Rombak Kabinet: PAS sokong PM

KL: PAS menyokong pertimbangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merombak Kabinet secepat mungkin.


Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menteri yang sepatutnya dirombak ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan daripada DAP.
“Kita mengalu-alukan rombakan Kabinet lagi segera lagi baik. Menteri yang paling penting sekali ialah Menteri Kewangan (Lim Guan Eng). Saya lihat hari ini orang buat survey online dalam masa sejam sudah beribu yang menyokong supaya Menteri Kewangan ditukar,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Ditanya kenapa, beliau hanya menyatakan secara spontan “anda tahu jawapannya”.
Katanya, kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai antara faktornya kerana DAP.
Selain itu, katanya kegagalan kerajaan dalam peruntukan Belanjawan 2020 yang tidak seimbang.
“Sebagai contoh Pulau Pinang diperuntukkan RM10 bilion untuk pembangunan, had halal hanya RM10 juta sedangkan ‘market’ had halal berapa bilion. Dana sepatutnya had halal diberi wang yang banyak,” ujranya.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata bahawa projek untuk pemangkin pembangunan ekonomi Pantai Timur juga tidak dikhususkan dalam belanjawan dan ia mengambarkan perbelanjawan kerajaan gagal. – HARAKAHDAILY 21/11/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rombak kabinet cepat! Jangan takut, PAS Sokong PM. Ini Antara sebabnya kabinet perlu dirombak..
  1. Bagi membolehkan pasukan yang lebih berkeupayaan untuk menguruskan ekonomi dan pasaran Malaysia menjalankan tugas. Ini hanya boleh dilakukan oleh jemaah menteri yang berkaliber, berpengetahuan dan profesional, faham akan selok belok ekonomi makro dan pasaran, untuk membetulkan senario semasa ini. 
  2. Untuk tujuan ini, pakar-pakar teknokrat juga perlu dipertimbangkan dan dilantik sebagai menteri sekiranya layak dan tidak terhad di kalangan ahli-ahli perlimen sedia ada sahaja.
  3. PM juga perlu membuat keputusan dengan tuntas untuk sekali dan selamanya samada beliau akan terus kekal sebagai PM atau tidak. Bahkan perlukan ketentuan siapakah calon yang akan menerajui Malaysia untuk bergerak ke hadapan. Sekiranya Tun Mahathir merasakan beliau masih perlu untuk menerajui kerajaan, maka nyatakan sekarang supaya semua ketidaktentuan dapat dilenyapkan. 
  4. Sebaliknya juga sekiranya ada calon lain yang beliau rasakan layak sebagai pengganti, maka harus dilakukan peralihan segera sekarang.
  5. Seterusnya yang perlu dipertimbang oleh PM ialah menggerakkan segera inisiatif bagi merangka strategi jangka pendek dan panjang untuk merangka semula ekonomi Malaysia. Perlu ada inisiatif-inisiatif strategik baharu bagi memacu dan mentransformasi model ekonomi Malaysia yang masih terperangkap dalam kerangka lama yang bergantung kepada input modal. 
  6. Model ekonomi sekarang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah utama yang masih membelenggu rakyat dan negara iaitu kos sara hidup yang semakin meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan. Mengikut maklumat daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research, setakat 18 November 2019 pelabur asing telah mengeluarkan sebanyak RM8.98 billion dana daripada pasaran ekuiti Malaysia. 
  7. Keterlibatan pelabur asing juga merosot daripada kadar purata normal 30 peratus kepada purata harian sebanyak 13.6 peratus. Ini amat membimbangkan dari segi daya saing pasaran Malaysia dan keyakinan pelabur. 
  8. Dari perspektif penarafan, Malaysia masih belum pulih dan kekal pada penarafan A3 Stable setelah jatuh daripada A3 Positive oleh Moody’s. Manakala bagi panarafan Standard & Poor, Malaysia kekal pada Stable. Untuk penarafan Fitch Rating pula Malaysia kekal pada A-.
  9. Adakah Menteri Kewangan tak perlu dikekalkan?
(Sila rujuk Mazli Noor, T/Pengerusi 2 Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat -HARAKAHDAILY)

'Hubungan Kemanusian' Pusat-K'tan, M/Kewaangan Tak Amal Politik Matang?


Hasil carian imej untuk kartun tiada hubungan Kemanusiaan
'Payah untuk ucap terima kasih’
SHAH ALAM: Suasana politik di antara Menteri Kewangan dengan Kerajaan Negeri Kelantan akan jernih sekiranya hubungan kemanusiaan diberi perhatian yang baik.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dengan Kerajaan Persekutuan, namun kecewa apabila saban hari diserang oleh Menteri Kewangan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan tidak berasas.
“Jadi, saya nampak hubungan kemanusian itu penting untuk menjernihkan situasi antara kerajaan,” katanya ketika menjadi panel Debat Sinar dengan tajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dilontarkan oleh lawannya, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang mengatakan ahli parlimen dari Kelantan seakan tidak mengamalkan politik matang dan terbuka apabila tidak berterima kasih secara terbuka di Dewan Rakyat sedangkan sebanyak RM28 juta wang ihsan telah diberikan kepada Kelantan.
Jelas Fadhli, tidak timbul soal Kerajaan Negeri Kelantan tidak mengamalkan keterbukaan kerana selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Menteri Besar Kelantan sendiri mengadakan lawatan ke pejabat Perdana Menteri.
“Pada Jun tahun lalu, Menteri Besar kelantan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya. Perdana Menteri datang ke Kelantan bertemu dengan Menteri Besar, jadi soal terbuka atau tidak itu hubungan kerajaan dengan kerajaan telah terlaksana. Kami terbuka menerima kunjungan menteri yang datang,” ujarnya.
Namun, katanya dalam isu royalti Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menyatakan perkara berlainan apabila mengatakan di luar Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar wang royalti kepada Kelantan sedangkan ia hanyalah wang ihsan sepertimana merujuk kepada surat daripada Kementerian Kewangan.
Berikutan daripada itu, pihaknya bangkit di Dewan Rakyat untuk menyatakan kebenaran bahawa royalti masih tidak dibayar sehingga kini dan yang dibayar hanyalah wang ihsan.
Dalam masa yang sama, beliau berkata pihaknya juga berkecil hati dengan kenyataan Menteri Kewangan apabila mengatakan Kelantan negeri miskin sehingga tidak mampu membayar gaji penjawat awam.
“Selama 29 tahun kami mentadbir Kelantan, tak pernah 1 bulan pun tak bayar gaji. Yang dituntut oleh Kelantan wang pendahuluan yang pada akhirnya akan dikontrakan balik dengan bayaran-bayaran Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan yang sepatutnya dibayar.
“Hasilnya 2018, kerjaan Kelantan mencatat perbelanjaan ‘surplus’ dan 2019 kalau Kerajaan Persekutuan bayar premium tanah dan sebagainya akan berakhir dengan ‘surplus’ juga,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/11/2019

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails