Sunday, December 15, 2019

Frame Normalisasi Feminisme


PERINGKAT global

(1) Trend antarabangsa hari ini menyaksikan bagaimana golongan wanita + muda cuba diikonkan. Di Sudan terkenal dengan Alaa Salah yang diikonkan sebagai Nubian Queen. 
Di Lubnan baru-baru ini muncul Malak Alaywe yang menendang bodyguard Menteri negara tersebut. Video pendek tersebut disebar dan dijelmakan dalam bentuk potret kebangkitan. 

(2) Sebelum ini saya ada menulis tentang kebangkitan emansipasi golongan wanita secara global. Menghala ke arah Feminisme. Mungkin masa depan ingin dicorakkan sedemikian. 
  • a-Bakal pencabar Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden 2020, adalah seorang perempuan muda Tulsi Galbard sudah mula memainkan isu ‘jenayah’ Trump terhadap Asia Barat. 
  • b-Antara yang terbaru, ialah Perdana Menteri Finland yang baru (10 Disember), Sanna Marine berusia 34 tahun. Beliau dibesarkan oleh pasangan perempuan (Lesbian). 
  • c- Majalah TIME Disember 2019 meletakkan Greta Thurnberg, seorang perempuan muda sebagai‘Person Of The Year’ dengan slogan ‘The Power Of Youth’ [Gambar]. 
Greta Thurnberg pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini, dianggap sebagai aktivis muda yang menentang isu kebakaran global beberapa bulan lepas. Beliau digambarkan sebagai ‘orang yang berani’ menegur kuasa-kuasa besar yang rakus sehingga menyebabkan kebakaran hutan di seluruh dunia.

Attack rumahtangga Islam

(1) Fenomena emansipasi ini tidak harus dipandang sebelah mata. Mungkin ada satu agenda yang sedang terancang untuk mencorak masa depan dunia.
Jika kita meneliti tentang serangan Feminisme di era 1919 dengan kemunculan slogan تحرير المرأة (pembebasan kaum wanita) rata-rata dihalakan kepada negara-negara Umat Islam.

(2) Seolah-olah menggambarkan kepada dunia bahawa Islam itu mengongkong kaum wanita. Penulisan-penulisan ketika itu hakikatnya cuba meng‘attack’ sistem rumahtangga Islam.
Jelas mereka cuba merosakkan generasi Islam masa depan. Apabila kaum wanita terikut dengan agenda-agenda kebangkitan sengal, maka mereka ke arah menuntut hak kejantanan.

(3) Objektif Feminisme ialah menghancurkan rumahtangga Islam selain daripada Liberalisasi. Bertujuan supaya Umat Islam kepupusan pelapis masa depan, disebabkan pengabaian tarbiah.


Antara isu lapuk yang perlu diperhatikan ialah kekejaman Kapitalism selepas Adam Smith yang mempergunakan kaum wanita untuk bekerja atas alasan upahnya lebih rendah. Lalu muncullah Sosialism yang digagaskan oleh Karl Marx kononnya membendung gejala tersebut. Seolah-olah catur permainan ini lebih kurang sama.

Iaitu membakar semangat Feminisme bagi menyegarkan agenda Sosialism. Walaupun pergerakan catur ini tidak popular, namun perlu diletakkan percent untuk berwaspada.

Mencorak masa depan

(1) Seperti mana yang saya nyatakan di awal tadi bahawa golongan wanita di‘attack’ bagi merosakkan sistem rumahtangga Islam. Suara-suara emansipasi didendangkan.
Apabila rumahtangga Islam dirosakkan, maka Generasi Z dan Generasi Alpha akan jauh daripada cara hidup Islam. Dengan bahasa mudahnya ia bertujuan mencorakkan kekalahan Islam di masa depan.

(2) Mungkin Islamophobia yang dipotretkan sudah hampir tiba tarikh luputnya. Maka Barat perlu mencipta alternatif baru demi mengekang kebangkitan anak muda Islam.

(3) Bagaimana pula di Malaysia? Saya merasakan di tengah-tengah pertembungan team Tun vs teamAnwar, boleh jadi akan muncul generasi baru ‘perempuan + muda’ yang akan diikonkan.

Pertembungan dua blok itu bakal tamat setelah ia dilihat muak oleh generasi baru. Di saat generasi baru mencari-cari alternatif selain daripada politik sarkas, gerakan Islam perlu bangkit dengan nada baru.

  • a- Membawa agenda-agenda yang segar, matang dan profesional bagi menghadapi kerencaman masa depan. Berhujah dengan fakta bukan sentimen. 
  • b- Media-media kita perlu ‘firm’ dalam mempersembahkan fakta dan hujjah. Bukan sekadar agakan, andaian kosong atau semata-mata menimbulkan persepsi. 
Media-media cap ayam dan troll akan berkubur dan tak tahan lama. Di Barat hal ini sudah semakin terserlah. Mungkin tak lama lagi akan merebak ke Malaysia.

Persaingan gender

(1) Golongan wanita + muda akan diberi tempat untuk berdialog dan memasarkan idealogi secara terbuka. Golongan lelaki, apatah lagi orang tua, akan dilihat biasa (tidak rare).

(2) Idealogi Feminisme mengajak kepada pergaduhan antara gender. Persaingan dengan cara tak semulajadi. Seolah-olah wanita mampu melakukan apa yang dilakukan oleh orang lelaki.
Termasuk dalam memimpin negara. Template pada hari ini yang menampakkan golongan wanita ‘tiada masalah’ pun dalam menguruskan negara.

(3) Seolah-olah sedang dinormalisasikan. Golongan wanita juga dikatakan mampu bangkit dan menuntut hak mereka. Sedangkan bila masa pula hak mereka tercabul?

(4) Al-Quran menyanggah idealogi Feminisme;

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُونَ ٱلزَّكَ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”


Islam mengajar supaya orang lelaki dan wanita saling bantu membantu dalam membina institusi kemasyarakatan. Persaingan gender hanya membuang masa.

Feminism dan Liberalism

(1) Bukan semua perbezaan itu perlu diwujudkan persaingan. Sebaliknya perbezaan itu dimanfaatkan dengan baik. Ada kelebihan yang Allah bagi kepada lelaki, ada juga pada perempuan.
Walaupun saya ada ketengahkan catur yang tidak popular iaitu Feminism bertujuan menyegarkan Sosialism, namun yang popularnya ialah Feminisme seiringan dengan Liberalism.

(2) Liberalism adalah idealogi yang berasaskan kepada kebebasan. Maka idealogi ini akan bergerak selari dengan Existentialism, Feminisme dan lain-lain.
Human Rights juga merupakan salah satu agenda mereka di peringkat global. Justeru, pergerakan Feminisme di seluruh dunia sangat selari dengan Liberalism.

(3) Perkembangan Geng Feminis dilihat senada dengan Geng Liberal dalam mengkaji semula nas-nas al-Quran, Hadis dan hukum-hakam  yang berkaitan kewanitaan.

(4) Apa yang sedang terjadi di peringkat global pada hari ini seolah-olah Feminisme itu sedang diframekan menjadi normal. Atau lebih dikenali sebagai agenda normalisasi.


Normalisasi ini apabila dilihat pada kemunculan golongan-golongan wanita memimpin negara, di‘up’kan sebagai ikon revolusi serta kebangkitan peringkat global.
– HARAKAHDAILY 13/12/2019 

SUMBERMUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL



Ini, Lelaki Sedang Mencuri Beg Jamaah Semasa Sujud Solat Maghrib..

Beg pemandu lori dicuri ketika jemaah sujud solat Maghrib
Polis mendapati jenayah itu dilakukan seorang lelaki yang telah mencuri beg tersebut ketika mangsa dan jemaah yang lain sedang sujud. - Foto Facebook ThisIsAmpang

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian di Surau Dagang Avenue, Ampang, Selangor, pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, pemandu lori lelaki berusia 31 tahun, pada pukul 7 malam.

“Mangsa baru selesai menghantar barang pelanggan di sekitar Taman Dagang melalui aplikasi Grab Car dan kemudian singgah di surau tersebut untuk menunaikan solat Maghrib.
“Mangsa meletakkan beg galas di belakangnya dan terus menunaikan solat Maghrib. Selesai solat, dia menyedari beg galasnya telah dicuri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata, mangsa kehilangan pelbagai dokumen peribadi, satu telefon bimbit, pakaian serta sejumlah wang tunai.

“Berdasarkan hasil siasatan dan semakan rakaman litar tertutup (CCTV) di dalam surau, polis mendapati jenayah itu dilakukan seorang lelaki yang telah mencuri beg tersebut ketika mangsa dan jemaah yang lain sedang bersujud.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali dan boleh juga dikenakan sebat,” jelas beliau.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Nurhaziq Norizan di talian 03-42524866.

Pihak polis turut menasihati orang ramai agar peka dengan keadaan sekeliling dan menjaga keselamatan diri dan harta benda agar tidak membuka peluang kepada penjenayah mengambil kesempatan atas kelalaian atau kecuaian diri sendiri. (AA)



Hibur Hibur Sikit
  1. Ebiet G Ade (Gadis Manis Berambut Panjang)

  1. Mahdalena gadis batas timor leste

    • 5 years ago
    •    
    • 1,007,929 views
    Satgas Pamtas RI RDTL Yonif 742/SWY.




Terbaru! 3 Tahanan Dibunuh, Kebakaran Di Penjara Aktivis Politik Riyadh.

Ilustrasi Kebakaran

IHKL: Riyadh, Arab Saudi mengumumkan pada hari Khamis 12 Disember 2019 bahawa 3 tahanan mati dan 21 yang lain cedera, dalam kebakaran di Penjara Al-Malaz di ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

"Kebakaran berlaku di wad penjara pukul 05.00 pagi waktu tempatan (02.00 GMT)," kata Direktur Penjara Am dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Agensi Akhbar Saudi dan dipetik dari AP pada hari Jumaat (12/12/2019).

Penghuni (tahanan) telah dipindahkan, dan api tersebut cuba dipadamkan oleh pasukan pertahanan awam sebelum sampai ke wad dan menyebarkan ke bangunan berhampiran.

Mereka yang cedera kemudian dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. (IH)

Sila lihat sebelum ini..

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

Dah Boleh Agak Nasib Najib.. Tapi Ini, K'jaan Pintu Belakang?

Hasil carian imej untuk malaysia gawat
Gambar hiasan..

Heboh desas desus di katakan ada 3 orang MP dari Amanah, 3 orang dari parti roket dan 15 orang dari PKR sudah bersetuju untuk menyokong kerajaan pintu belakang...

SEORANG pengomen menulis..

1 comment:

Anonymous said...
Malu apa bossku..!!

Setiap pendakwaan nampaknya pasukan pembelaan Najib punyai hujahan yang sangat kukuh, padat, berfakta berserta dengan dokumen2nya sekali. Malah dikatakan ada dokumen surat2 asli yang disimpan rapi oleh PM7..!!??

Hujahan2 Najib yang secara sepontan dan prompted juga nampaknya sangat kukuh, berfakta, jitu, fakta nombor2 yang padat dan amat mengujakan seningga dikatakan orang itu LELAH sehingga meminta tempoh berkabung?

Tapi rasanya dah boleh agak nasib Najib selepas ini sebab dikatakan pasukannya hanya diberikan 11 hari sahaja?

Sudah tahu jawapanya..!!


2020 AKHIRNYA MENJELANG TIBA
WAWASAN 2020 HARAMJADAH SEMUA
KEPALA PEROMPAK MASIH DI TAHTA
22 TAHUN GEBANG BODOH DIJAJANYA

Dalam tempoh tersebut pastinya penyokong Anwar akan menyerang Tun dengan lebih agresif lagi untuk mendesak Tun melepaskan jawatan.


MAHACAI MOHON ATOKNYA PANJANGKAN USIA
AJOMM SUMA DOA PANJANG USIA ATOK 120 TAHUN
YAA ALLOHH.!KO PANJANGKAN USIA ATOK YAA
120 TAHON AJER YAA ALLOH TAK LAMA PUNNN..!!

KIKIKIKI..

Otai Reformasi sedang mengumpul kekuatan dan menyatakan tidak mustahil mereka turun dijalanraya sekiranya PM ke 7 mungkiri janji menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim

Heboh desas desus di katakan ada 3 orang MP dari Amanah, 3 orang dari parti roket dan 15 orang dari PKR sudah bersetuju untuk menyokong kerajaan pintu belakang...


Dikatakan perdana menteri tidak bertukar cuma Timbalan perdana menteri sahaja yang akan ditukarkan.



FORMULA ATOK CURI DUIT DIA KATA TAK INGAT..!!


FORMULA ALJUBORI HANTAM DEPAN BLKG LAWAN TATAP LAWAN..!!
SEMUA FORMULA RAPIJI KLENTONG MENCIPAN LAHANATT..!!
FORMULA YG TERBAIK POPCORN TAMBAH, BMF TEPUK SAKAN...!!


22 TAHUN DISAJIKAN MALAYSIA BANYAK WAWASAN BANGANG DAN FORMULA BODOH BANGANG...

FORMULA BMF TERBUKTI AKHIRNYA HARGA BARANG TURUN
'BUKAN SALAH SAYA' FORMULA ATOK FITNAH MEMBATU API BANGANG
'TAK INGAT' FORMULA ATOK DUIT RAKYAT DIROMPAK SAKAN
'LAWAN TATAP LAWAN' FORMULA ALJUB HANTAM DEPAN BELAKANG

Otai reformasi sedang mengumpul kekuatan untuk guling guling di dijalanraya..

LEPAS NI BOLE TENGOK ACARA MACAI GULING JALANRAYA
MAKI HAMUN FITNAH BATU API ACARA WAJIB AKAN DIMULA
PENTAS GEREJA LGBT KUIL DAN CERAMAH AGAMA MULA KE UDARA
JANGAN LUPA POP CORN TAMBAH TEPUK KASI KUAT SEADANYA


MAHACAI SEKELIAN MACAI TURUN JALANRAYA KITA TEPUK SAMBIL MAKAN POP CORN TEPI JALANRAYA..!!!

FORMULATONTONWAYANGSEMBURIT = TEPUK DNG PADU DITEPI JALAN + POP CORN TAMBAH + BMF

FORMULA TURUN HARGA = BMF + TEPUKKK

Lepaskan Jawatan, Ini 'Silat Lidah' Baru Tun M?



Lepaskan jawatan selepas masalah lama selesai - PM
DOHA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan melepaskan jawatan perdana menteri selepas menyelesaikan masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.
“Saya sudah berjanji akan meletak jawatan selepas menyelesaikan masalah utama yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.
“Saya akan melepaskan jawatan dan memberikannya kepada calon yang dinamakan oleh gabungan (Pakatan Harapan),” katanya pada Forum Doha 2019 di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera, sama ada akan berundur pada 2020.
Ditanya sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah calon terbaik, Dr Mahathir mengakui mempunyai pengalaman buruk dalam menamakan pengganti sebaik melepaskan jawatan.
“Saya menamakan pengganti sebelum ini tetapi beliau gagal melaksanakan tugas dengan baik,” katanya,
Dr Mahathir berkata, kerajaan terdahulu meninggalkan masalah yang amat besar dan tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat.
Katanya, kerajaan diberi mandat lima tahun bagi mencapai objektif diperlukan dan banyak yang berjaya dilakukan dalam masa setahun setengah pemerintahan.
“Kewangan negara juga semakin baik berbanding sebelum ini,” katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah ini silat lidah baru Tun M?
Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Hibur Hibur Sikit
  1. Ebiet G Ade (Gadis Manis Berambut Panjang)

  1. Mahdalena gadis batas timor leste

    • 5 years ago
    •  
    • 1,007,929 views
    Satgas Pamtas RI RDTL Yonif 742/SWY.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails