Monday, December 23, 2019

Uighur, Saudi Sokong China? Ini, 10 Perkara! Oleh Anasz (UKM)


Hasil carian imej untuk saudi dan china
ARAB SAUDI SOKONG CHINA DALAM ISU UIGHUR? - INI JAWAPANNYA

1. Sejak dua tiga hari ini aku dapat mesej personal bertanyakan perihal isu "kenyataan Mohamad Bin Salman (MbS)" yang katanya menyokong tindakan China ke atas penduduk Uighur di China.

2. Sejujurnya aku kurang pasti dari mana media memetik kenyataan MbS ini.

3. Dan bersandarkan pembacaan aku yang terhad ini (belum melaksanakan kajian secara menyeluruh) Arab Saudi berada dalam dilema pada ketika ini. Mereka tidak mahu digelar sebagai negara menyokong pengganas, dan dalam masa yang sama tidak mahu membiarkan umat Islam terus diseksa.

4. Benar Arab Saudi menyokong sebarang usaha untuk menghapuskan pengganas yang menggunakan nama Islam. Misalnya Daesh / ISIS. Namun untuk menyatakan Arab Saudi menyokong tindakan China terhadap etnik Uighur, ianya adalah satu kenyataan yang perlu di perhalusi dan dikaji secara mendalam. Kerana yang nyata , tidak ada sebarang kenyataan rasmi MbS atau dari kerajaan Arab Saudi sendiri.

5. Sepertimana dalam artikel sebelumnya, aku menyatakan bahawa isu Uighur ini adalah isu dalaman China. Dan sebarang tindakan atau komentar mengenai Uighur boleh ditafsirkan sebagai mencabar kedaulatan China.

5. China pula mendakwa, tindakan mereka ini adalah sebahagian dari tindakan "memerangi pengganas" dalam memberikan justifikasi tindakan mereka terhadap etnik Uighur.

6. Ini ditambah lagi dengan wujudnya anasir ISIS / DAESH yang dilaporkan sudah merebak ke dalam kumpulan etnik berkenaan. Dimana ISIS / Daesh merupakan ancaman keselamatan kepada Arab Saudi. Sekaligus menambahkan kerumitan dalam isu ini. 


(Rujuk : https://www.ft.com/content/ddeb5872-ff1f-11e6-96f8-3700c5664d30 & https://icct.nl/wp-content/uploads/2017/11/ClarkeKan-Uighur-Foreign-Fighters-An-Underexamined-Jihadist-Challenge-Nov-2017-1.pdf)

7. Maka dalam hal ini, Arab Saudi tidak boleh menyatakan secara terbuka sokongan mereka terhadap etnik Uighur di China kerana ianya boleh membawa konotasi yang berlainan kepada pemerintah China yang akan menafsirkan bahawa Arab Saudi sebagai sebuah negara yang menyokong aktiviti keganasan - Satu istilah yang cuba dihilangkan oleh pemerintah Arab Saudi pasca 9/11.

8. Oleh kerana itu aku berpandangan bahawa semua pihak seharusnya jangan mudah menunding jari menyatakan pihak itu salah dan pihak ini benar.

9. Bukan mudah berada dalam situasi Arab Saudi pada hari ini. Mereka dipaksa untuk terbuka dan dalam masa yang sama mereka juga diminta mengekalkan sikap konservatif mereka.

10. Isu Uighur ini memerlukan penyelesaian melalui jalan diplomasi. Dan sebarang tindakan campurtangan negara asing, hanya akan memberikan tekanan yang lebih teruk kepada etnik Uighur yang terdapat di China.

* Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM



Video

2:12
Video Lagu Malaysia Bersih
Chedet Official
YouTube - 14 Jun 2019
3:06
30 Mei - BAHASA MELAYU BAHASA KELIMA DUNIA
beritanasionalrtm rasmi
YouTube - 1 Jun 2014


Lagu Kebangsaan Republik Tiongkok - Wikipedia bahasa ...



Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

Pulau Pangkor: Ada Agenda Halus DAP? - Dr Najihatussalehah



IPOH: Kerajaan Negeri Perak diterajui PH hari ini jelas dan ternyata telah ketandusan idea yang bernas hingga mengemukakan cadangan mahu menjadikan jualan arak antara item bebas cukai di Pulau Pangkor.
Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad menyatakan sokongan kepada usaha menjadikan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai, namun sama sekali tidak kepada jualan arak.
“Pelbagai perniagaan lain masih ada dan lebih mendatangkan manfaat buat rakyat dan negeri ini. Pulau Pangkor yang telah sekian lama terkenal dengan hasil laut wajar dimajukan dan dijadikan pulau tersebut sebagai pusat hasil laut serantau dan tumpuan di sebelah Pantai Barat.
“Apabila perniagaan arak berleluasa di sana, sedikit sebanyak ia akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak. Hal ini kerana apabila arak ‘terhidang’ mudah di depan mata, akan wujudnya aktiviti perjudian dan pelacuran yang tak terkawal.
“Di manakah nasihat komponen PH di dalam Kerajaan Negeri Perak yang menekankan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin  dalam isu bebas cukai arak ini?” tempelak Dr Najihah.
Tambahnya, dengan kewujudan sekolah tahfiz Kerajaan Negeri dan masjid terapung yang dikenali sebagai Masjid Seribu Selawat telah menjadi tarikan pelancong khususnya Muslim ke Pulau Pangkor.
Tetapi nasihatnya, semua pihak harus sentiasa berwaspada dengan agenda halus Kerajaan PH yang kelihatan didominasi pemerintahannya oleh parti DAP hari ini. – HARAKAHDAILY 22/12/2019

Sunday, December 22, 2019

Mengapa Dong Zong, Jiao Zong Belum Diharamkan? -Dr Kamarul Zaman


DUA pemuka Cina sudah bersuara mendesak kerajaan mengharamkan Dong Zong dan Jiao Zong. 

Seorang daripadanya, Firdaus Wong Wai Hung, menulis: “Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengharamkan Dong Jiao Zong yang rasis ini sebelum keadaan menjadi lebih parah.” 

Seorang lagi, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, pula menulis: “Saya merayu kepada PM supaya segera mengharamkan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong yang sangat rasis sebelum sesuatu bencana kaum berlaku kepada negara tercinta ini.” 

Seorang pemuka Cina lain, Dr Ang Ming Chee, malah pernah menanyakan soalan dalam tesis PhD beliau dari National University of Singapore mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong. 

Saya juga ingin mengulangi soalan Dr Ang Ming Chee: Mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengambil apa-apa langkah untuk mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong tatkala Perdana Menterinya sendiri sudah bersuara? 

Dua hari berturut-turut, iaitu pada 12 dan 13 Ogos 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar keras Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai rasis. 

Bila ditanya apakah apa yang dilakukan oleh Dong Zong melanggar undang-undang, Tun Dr Mahathir berkata “jika ia terus menghasut rakyat untuk bergaduh sesama sendiri sudah tentu ia melanggar undang-undang”. 

Bila ditanya apakah beliau berpendapat Dong Zong perlu diharamkan, Tun Dr Mahathir berkata ia bergantung kepada keputusan pihak berkuasa seperti pihak polis. 

Semalam, Tun Dr Mahathir sekali lagi memberi amaran bahawa Kongres Pertubuhan China anjuran Dong Jiao Zong di Kajang pada 28 Disember ini akan mendatangkan huru-hara dan ketidakstabilan (chaos and instability)

Peliknya mengapa pihak berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan belum kedengaran melakukan siasatan dan bertindak ke atas Dong Zong dan Jiao Zong. 

Paling jelas adalah kuasa Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan di bawah Seksyen 13 (1) (b) dan (c) Akta Pertubuhan 1966, iaitu: 

Seksyen 13 (1) (b):     Atas perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Seksyen 5. 

Seksyen 13 (1) (c) (ii):     Bahawa pertubuhan itu mungkin digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan. 

Seksyen 13 (1) (c) (ii):     Bahawa pertubuhan itu adalah berusaha hendak mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan. 

Paling mudah adalah perintah Menteri di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966:     “Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau akhlak.” 

Sangat terang dan nyata, seperti disebut oleh Tun Dr Mahathir sendiri, bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah memudaratkan dan bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan dan ketenteraman awam. 

Sangat terang dan nyata juga bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah bercanggah dengan tujuan-tujuan yang ia didaftarkan, termasuk kononnya ia bertujuan untuk “memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum”. 

Petisyen pengharaman yang digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) juga sudah mencecah 214 ribu tandatangan manakala petisyen pengharaman yang digerakkan oleh Kelab Bunga Raya (KBR) pula sudah mencecah 119 ribu tandatangan. 

Apa lagi yang mahu ditunggu? Takkanlah mahu ditunggu Melayu mengamuk lagi? 

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 21/12/2019

PENAFIAN: 
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.


Hibur Hibur Sikit
  1. SERULING KASIH - D J DAVE

    • 7 years ago
    •  
    • 754,311 views

Sidang KL, Satu Usaha Didik Umat Ke Arah Kebangkitan Baru. -Presiden PAS


Antara OIC dan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lahir daripada Sidang Kemuncak Islam yang diadakan di Rabat, Maghribi selepas tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa beberapa dekad pada abad yang lalu. 

Ia ditubuhkan untuk meredakan kebakaran di hati umat Islam yang kuat menyala dengan nyalaan api Al-Aqsa dan kecintaan terhadap kiblat pertama, bumi para anbia, tempat berlakunya peristiwa Israk dan permulaan kepada Mikraj yang menjadi kebanggaan umat bagi memuliakan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tetamu Allah serta semangat persaudaraan di atas dasar keimanan yang menghubungkan dunia Islam laksana satu badan yang sama.


Namun tragedi kebakaran yang dirakam sejarah itu disimpan dalam fail persidangan dan resolusinya tiada yang kekal melainkan hanya kesakitan yang membakar hati umat Islam, dan telinganya sekadar mendengar berita mengenai perluasan penaklukan Yahudi ke atas Baitul Maqdis serta pemusnahannya, walaupun kedudukan ibu pejabat pentadbiran di Jeddah atau mana-mana tempat adalah berhampiran dengan tanah kiblat itu.
Perubahan nama daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam merupakan satu langkah mundur ke belakang, dan memperkecilkan peranan persidangan daripada usaha menyatukan kepada hanya ruang kerjasama yang kemudiannya terhenti sekadar perbincangan resolusi, ditulis dan dicetak sahaja.
Bahkan umat Islam diajak laksana dijemput menjamu makanan dalam mangkuk dengan jumlah yang banyak, kemewahan harta dan tanah yang luas tetapi tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar.
Sebenarnya Allah telah menghilangkan rasa kehebatan diri umat Islam di dalam hati musuh-musuh Islam, dan mencampakkan di dalam hati mereka perasaan cintakan dunia dan takutkan mati, sehingga berperang sesama sendiri dengan senjata yang dibeli dengan wang sendiri daripada musuh dan mengikut telunjuk arahan mereka.
Maka dimanakah kerjasama yang dilaungkan itu? 
Jauh sama sekali daripada hendak bersatu. Seorang mukmin tidak boleh digigit dua kali pada satu lubang yang sama, tetapi malangnya sudah digigit beberapa kali. 
  • Bermula daripada Revolusi Agung Arab yang diisytiharkan di Makkah Al-Mukarramah atas nama menggantikan khalifah, tetapi telah melenyapkannya, 
  • kemudian perancangan pembentukan peta baru dunia Islam melalui Perjanjian Sykes-Picot, Perjanjian Balfour 
  • dan perjanjian lain terutamanya Perjanjian Najd dan Hijaz untuk menentang khilafah atas nama slogan yang benar tetapi bermotifkan kebatilan.
  • Dan akhirnya Revolusi Arab Spring, musim bunga yang tidak berbuah.
Maka dimanakah kerjasama dalam perkara kebaikan dan di atas dasar ketakwaan seperti yang dilaungkan itu? Sebaliknya hanyalah kerjasama pada perkara dosa dan permusuhan.
Ketika itu Pertubuhan Kerjasama OIC bukan untuk bekerjasama dan hanya sekadar bersetuju untuk tidak bersetuju, maka berlakulah sekatan ke atas Qatar, memerangi Iran, memecahbelahkan umat Islam di atas nama mazhab dan semangat kebangsaan, mengacau-bilaukan umat Islam di Afghanistan, Yaman, Iraq, Syria, Libya, serta melakukan agenda normalisasi terhadap Israel, dan membiarkan nasib umat Islam di Palestin, Kashmir, Arakan dan Uyghur.
Sebelum ini, Profesor Najmuddin Erbakan rahimahullah, berusaha mewujudkan kerjasama di antara negara-negara D8 dari sudut ekonomi dan budaya, kemudiannya kerjasama politik dengan beberapa langkah yang disusun secara berperingkat, tetapi usaha tersebut terhenti dengan penggulingan kuasa dan gangguan dari dalam negara Turki yang menguntungkan musuh-musuh, dan tidak mendatangkan manfaat kepada pemimpin umat Islam, maka rakyat juga menerima nasib yang sama.
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur merupakan satu usaha yang rendah diri untuk mendidik umat Islam ke arah kebangkitan yang baru. Kita berdoa kepada Allah supaya mendapat kejayaannya, dan alangkah buruknya tangan-tangan jahat yang berusaha menggagalkannya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS.
Bertarikh: 24 Rabiul Akhir 1441 / 21 Disember 2019
بين منظمة التعاون وقمة كوالا لمبور الإسلاميتين
فمنظمة التعاون الإسلامي تولدت من مؤتمر القمة الإسلامي المنعقد في الرباط بعد حريق الأقصى قبل عقود في القرن الماضي، لإخماد حريق قلوب الأمة المسلمة المحترقة بحريق الأقصى وحب القبلة الأولى وأرض الانبياء وموطن الإسراء وبداية المعراج وفخر الأمة لشرف نبيها للضيافة الربانية، والأخوة الإيمانية التي ربطت االعالم الإسلامي كالجسد الواحد.
ولكن قصة الحريق التاريخية مطوية فى ملفات المؤتمرات وقراراتها التي لا تبقى إلا الآلام والمآسي التي تحرق قلوب الأمة، وآذانها تستمع إلى أنبأ تهويد القدس وتهديم أكنافها، رغم أن مقر الإدارة في جدة أو اي مكان ملصق بأرض القبلة.
وتغير الاسم من منظمة المؤتمر الإسلامي إلى منظمة التعاون كأنها خطوة إلى الوراء، وتصغير القمة من الوحدة إلى التعاون ثم إلى قرارات وإملاءات ثم تطبيعات، وتداعى علينا الأمم كما تداعى الأكلة على قصعتها مع كثرة العدد، والثروة المالية الغنية، والأراضى الواسعة ولكنها لا تسمن ولا تغنى من جوع.
بل أن الله نزع الهيبة منكم في قلوب أعدائكم، وقذف في قلوبكم الوهن، وضرب بعضكم رقاب بعض بالأسلحة التي تشترونها بأموالكم من أعدائكم وتحت إملاءاتهم. فأين التعاون؟ وحاشا أن تكون الوحدة. 
ولا يلدغ مؤمن مرتين من جحر واحد، ولكنها مرات متتالية، من الثورة العربية الكبرى المعلنة في مكة الكرمة باسم تغير الخلافة ولكن زوالها، وتخطيط الخريطة الجديدة للعالم الإسلامي على خطة سأيكس بيكو وبلفور وغيرهما من الوعود والمعاهدات لاسيما وعد نجد وحجاز ضد الخلافة بشعار كلمة حق أريد بها باطل وأخيرا ثورة الربيع الذي لا يثمر. فأين التعاون على البر والتقوى، بل على الاثم والعدوان.
وإذا كان مجلس التعاون لعدم التعاون والاتفاق على عدم الاتفاق، وإنما حصار قطر وحرب على إيران وتشتيت الأمة على المذاهب والقوميات وتخريب من الداخل في أفغانيستان واليمن والعراق وسوريا وليبيا والتطبيع بإسرائيل وخذلان فلسطين وكشمير وأراكان وإيغور.
ولقد حاول سابقنا البروفيسور نجم الدين أربكان رحمه الله بنشأة مجموعة الثمانية نواة للوحدة في الاقتصاد والثقافة ثم السياسة في نقاط مبرمجة متدرجة خطوة ولكن المحاولة متعثرة بالانقلابات والثورات والإسقاطات من الداخل لقضايا داخلية التي استفاد منها الأعداء ولم يستفد منها حكامنا فالناس على دين حكامهم.
وما قمة كوالا لمبور إلا محاولة متواضعة لتوعية الأمة إلى نشأتها الجديدة وندعو الله نجاحها، فبئست الأيدي الخبيثة التي حاولت فشلها.
عبد الهادي أوانج 
رئيس الحزب الإسلامي في ماليزيا

التاريخ: 24 ربيع الآخر 1441ه / 21 ديسمبر 2019م


Hibur Hubur Sikit

RAJAWALI TERBANG TINGGI LIRIK

  • 5 years ago
  • 106,273 views


Di AIDAQ Services Corp. Sdn Bhd, kami berkongsi ilmu dan rezeki bersama usahaw








Mentera Semerah Padi - M. Nasir (Lirik)

  • 5 years ago
  • 2,254,920 views
no copyright infringement intended. title : mantera semerah padi artist : dato' m. nasir album : canggung mendonan (1993) origin ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails