Tuesday, December 24, 2019

Rogol Di Kota Bharu, 4 Individu Dicari

Polis cari empat individu bantu kes rogol  di Kota Bharu
Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi. - Foto PDRM
KOTA BHARU: Polis kini berusaha menjejaki empat individu lelaki bagi membantu siasatan kes rogol di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Ganti Jimmy berkata, keempat-empat individu tersebut dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes jenayah rogol melibatkan tahun 2009, 2014 dan dua kes pada 2018.

"Kami berharap mana-mana pihak atau orang ramai yang mengenali mereka dapat maklumkan kepada kami untuk membantu menyelesaikan kes ini.

"Kepada mereka yang mengenali individu terlibat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222 untuk sebarang aduan dan sebagainya.

"Kerjasama daripada mereka amat kami perlukan untuk bantu kami selesaikan kes tersebut," katanya.

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi. - Foto PDRM
Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi. - Foto PDRM

Mereka yang dikehendaki ialah Muhammad Mustaqimi Mat Soh, Mohd Dik Awang Senik, Mohd Faizul Saari dan Wan Fazmer Akib Wan Mahadi.

Kesemua individu terlibat adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 51 tahun dan beralamat di sekitar daerah ini. (AA)


Hibur Hibur Sikit

PBB Cadang Putera Mohammed Salman Disiasat. Istana Nafi..

5 dihukum mati bunuh Jamal Khashoggi
Lima tertuduh dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi. -Foto fail  
5 dihukum mati bunuh Jamal Khashoggi
LIMA tertuduh dijatuhi hukuman mati manakala tiga lagi menerima hukuman penjara 24 tahun selepas mahkamah di Arab Saudi mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh wartawan The Washington Post, Jamal Khashoggi.

Timbalan pendakwa raya dan jurucakap, Shalaan al-Shalaan ketika membacakan keputusan perbicaraan berkata baki tiga lagi tertuduh tidak didakwa dalam kes pembunuhan itu kerana didapati tidak bersalah.

Dalam rumusan penyiasat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Agnes Callamerd berkata ia merupakan pembunuhan sengaja dan dirancang selain mengesyorkan supaya putera mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman disiasat.

Pihak istana menafikan penglibatan Putera Mohammed dan berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang pembunuhan pemberita itu.

Khashoggi yang memiliki kerakyatan Amerika Syarikat dibunuh di bangunan konsul Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober 2018 namun mayatnya masih belum ditemukan. (AA)


Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

Dilmurat, Selebriti Uighur. Penonjolannya, Membanttu Atau Mengempang Islam?


HALAMAN HIBURAN
Dipercayai Beragama Islam, Kecantikan Selebriti Uighur Ini Tarik Lebih 65 Juta Pengikut
MEMILIKI wajah menawan, berkulit mulus dan bermata bulat, Dilraba Dilmurat membuatkan ramai orang terpesona melihat kecantikannya baik lelaki atau wanita.
Jika dilihat pada namanya sahaja, pasti ramai yang tertanya-tanya asal usul gadis ini yang berbeza dengan selebriti China yang lain, bahkan mungkin ada yang terfikir jika dia mempunyai darah campuran.
Dilraba Dilmurat (دىلرەبا دىلمۇرات) atau dikenali sebagai Dilireba merupakan aktres berketurunan Uighur yang dilahirkan di Urumqi, ibu negeri Xinjiang atau dahulunya dikenali sebagai Turkistan Timur.
Sebab itulah wajahnya juga berbeza daripada selebriti Asia yang lain.
Artis yang kini telah menarik lebih 65 juta pengikut di laman sosial China (Weibo) memulakan kerjayanya sebagai watak utama dalam filem Uighur bertajuk “Anarhan” pada 2013 yang diadaptasi dari kisah benar.
Filem itu berlatarbelakangkan sebuah kampung di Kashgar, Xinjiang pada tahun 1940 hingga awal 1950, ketika mana penduduk di sana memperjuangkan kemerdekaan wilayah berkenaan.
Dilahirkan di wilayah Xinjiang dan beretnik Uighur yang kebanyakannya beragama Islam, selebrirti ini sering menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat. Walaupun tidak pernah mengakui keIslamannya, ada peminat yang percaya bahawa beliau merupakan seorang yang beragama Islam. (SiakapKeli)
Dilraba Dilmurat Dilraba Dilmurat, better known as Dilireba, is a Chinese actress of Uyghur descent. She is an alumna of Shanghai Theatre Academy. She made her acting debut in the television drama "Anarhan", playing the lead role. The series garnered a nomination for "Outstanding TV Series" at the 30th Flying Goddess Award.
Dilraba experienced a rise in popularity after featuring in popular xianxia drama "Swords of Legends". She then co-starred in "Diamond Lover" as the sassy pop-star Gao Wen. She won the "Audience's Favorite Newcomer" award at the 7th China TV Drama Awards.
In 2017, she played the leading role in "Pretty Li Hui Zhen". The series was popular during its run and has over 7 billion views online. She next starred in fantasy romance drama "Eternal Love", which gained explosive popularity in China as well as internationally. Dilraba thus became known to wider audiences. She was also nominated for the Best Supporting Actress award at the Shanghai Television Festival. The same year, Dilraba joined the fifth season of "Keep Running" as a cast member.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilraba Dilmurat (دىلرەبا دىلمۇرات) atau dikenali sebagai Dilireba selebriti bangsa Uighur ini, mula ditonjolkan di media sosial. Adakah ianya suatu promosi untuk bangsa Uighur di dunia, atau suatu usaha untuk mengempang kebangkitan Islam di negara China?

PRK Kimanis : PAS Sokong Calon UMNO. -S/U Agung PAS.



PAS menyokong sepenuhnya langkah UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, yang akan diadakan pada 18 Januari 2020 berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang memihak kepada BN melalui calonnya Datuk Seri Anifah Aman.
PAS yakin UMNO akan meletakkan calon yang paling sesuai sebagai langkah mempertahankan kerusi yang dipegang oleh BN sekian lama. Kemenangan BN dalam PRK Kimanis adalah amat penting bagi menguatkan 
lagi suara Pembangkang di peringkat nasional sebagai ‘semak dan imbang’(check and balance) khususnya dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan Negeri Sabah.
PAS mengesahkan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS akan hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera BN di Kimanis pada 1 Januari 2020.

Di samping itu PAS akan menghantar pimpinan kanan Parti terutama dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri Hari Penamaan Calon pada 04 Januari 2020 sebagai sokongan kepada Calon Pembangkang dari BN.
PAS juga akan menggerakkan Jentera Pilihan Raya terutamanya dari Kawasan-kawasan di Sabah untuk turun membantu Calon BN dalam PRK ini bagi memastikan Kimanis kekal di tangan Pembangkang.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 23 Disember 2019.

Monday, December 23, 2019

Bantahan Tindakan Rejim Hindu Ke Atas Warga Islam India..Abd Muin (UKM)


Apa jadi di India sekarang?

RAKYAT Malaysia digesa membatalkan sebarang rancangan perjalanan atau percutian ke India dengan segera susulan bantahan besar-besaran terhadap tindakan rejim ekstremis Hindu di sana yang mengharamkan kewarganegaraan kepada umat Islam yang berhijrah dari Bangladesh, Afghanistan, dan Pakistan. 

Undang-undang tercela ke atas umat Islam ini hadir kurang beberapa bulan selepas rejim ekstremis Hindu India ini menghapuskan autonomi wilayah majoriti Islam Kashmir.  

Ia juga hadir tidak lama selepas nama wilayah ‘Allahabad’ di Uttar Pradesh secara rasminya ditukar kepada ‘Prayagraj’ susulan rejim parti ekstremis Hindu BJP berkuasa. 

100 juta umat Islam India membantah keras undang-undang diskriminasi yang dijangka akan memberi impak negatif ke atas masa depan kewarganegaraan mereka sendiri, di samping impak imbangan demografi mereka. 

Rejim ekstremis Hindu India bertindak membunuh sembilan orang Islam yang tidak berdosa dan menyerang universiti serta menceroboh kawasan masjid bagi menahan beratus-ratus orang semata-mata kerana mereka menentang undang-undang zalim ini.  Angka ini tidak termasuk angka tidak rasmi yang tidak dilaporkan. 

Undang-undang ini merupakan pindaan kepada Akta Kewarganegaraan 1955 India.  Bertentangan dengan prinsip India yang kononnya ditubuhkan sebagai Republik Sekular, pindaan undang-undang yang diluluskan parti BJP India pada 12 Disember lalu menjadikan ‘agama’ sebagai asas kewarganegaraan. 

Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang baru ini hanya memberi kewarganegaraan kepada golongan beragama Hindu, Sikh, Buddha, Jains, Parsis dan Kristian dari Bangladesh, Afghanistan, dan Pakistan.  Mereka yang beragama Islam diharamkan. 

Secara tersirat, rancangan rejim Hindu ekstremis India pimpinan Narendra Modi ini sebenarnya berusaha untuk menjadikan India sebagai ‘negara Hindu’ (Hindu Nation), sama seperti mana sahabat baik Modi iaitu Benjamin Netanyahu yang mengisytiharkan Israel sebagai ‘negara Yahudi’ (Jewish Nation).

Hal ini demikian kerana jumlah penganut Hindu dari Bangladesh, Afghanistan, dan Pakistan adalah yang paling ramai bakal diberi kewarganegaraan India selepas Akta ini diluluskan. 

Para aparatus rejim India bertindak melepaskan tembakan rambang di banyak tempat, dan seperti mana tindakan mereka ke atas wilayah Kashmir beberapa bulan lalu, perintah darurat telah dikuatkuasakan. 

New Delhi, Mumbai, Uttar Pradesh, Karnataka, Bengaluru, Lucknow, Mangaluru, Gujerat, Assam, dan lain-lain semuanya menyaksikan kebangkitan bantahan raksasa umat Islam. 

Tindakan India mutakhir ini jelas menunjukkan bahawa rejim ekstremis Hindu BJP cuba menggabungkan kaedah rejim Zionis Israel dengan rejim Komunis China. 

Seperti mana Zionis Israel cuba mengepung Gaza dan Palestin melalui kaedah perundangan dan ketenteraan serta petempatan haram Yahudi Zionis, begitu juga India cuba lakukan ke atas wilayah Kashmir dan sekatan kewarganegaraan orang Islam India.  

Seperti mana Komunis China cuba mengubah demografi umat Islam Turkistan Timur (Xinjiang) dengan mewujudkan kem-kem tahanan bersaiz raksasa, begitu juga India cuba lakukan ke atas 1.9 juta umat Islam di wilayah Assam atas dakwaan sebagai ‘pendatang haram’ susulan undang-undang kewarganegaraan zalim yang mereka luluskan. 

Narendra Modi ialah Perdana Menteri India pertama yang melakukan kunjungan negara ke Israel pada Julai 2017.  Netanyahu membalas dengan kunjungan ke India pada Januari 2018.  Kedua-dua negara menaikkan taraf hubungan mereka kepada ‘kerjasama strategik’. 

India mengimport pelbagai persenjataan dari Israel meliputi pesawat, sistem pertahanan, peluru berpandu, dan juga radar. 

Data SIPRI Arms Transfer Database menunjukkan bahawa di bawah rejim Modi sahaja, India telah membuat tempahan import persenjataan dari Israel seperti berikut: UAV Heron bernilai lebih USD 200 juta, 131 unit peluru berpandu SAM Barak-1 bernilai USD72 juta, dan juga 2 unit sensor AWACS EL/M 2075 Phalcon bernilai USD800 juta. 

India diketahui menggunakan persenjataan yang diperoleh dari Israel ke atas seterunya di Asia Selatan sejak 1949, iaitu Pakistan. 

Kezaliman India ke atas umat Islam Kashmir, diikuti dengan penafian hak kewarganegaraan orang Islam yang berasal dari Bangladesh, Afghanistan, dan Pakistan serta usaha menghapuskan warisan Islam di bumi India – meletakkan rejim ekstremis Hindu India hari ini sebaris dengan rejim Zionis Israel dan rejim Komunis China yang perlu dihadapi dengan tegas oleh seluruh umat Islam. 

Oleh: ABDUL MUEIN ABADI 
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 21/12/2019

Buru! Cabul Kanak-kanak Perempuan Ditandas Surau..



SEORANG lelaki diburu polis selepas dipercayai terbabit kes cabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar di sini, 13 Disember lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 18 Disember lalu selepas bapa mangsa menerima salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau berkenaan.
“Kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama sepupunya bermain di taman permainan bersebelahan surau.

“Suspek memanggil mangsa ke tandas surau dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa memberitahu bapanya dan meminta bantuan pihak surau memeriksa CCTV.
Katanya, rakaman CCTV mendapati lelaki bertubuh sederhana dan berkulit gelap itu memberhentikan motosikal berdekatan tandas surau sebelum memanggil dan mencabul mangsa.
Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan mengesan suspek terbabit.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda atau balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.(Mymetro)

Hiburan GV6: Fikir Balik Apa Makrufnya Untuk Agama &Negara?


Penyanyi, Hady Mirza (kiri) dan Naqiu mengungguli Gegar Vaganza musim keenam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din

HALAMAN HIBURAN
SHAH ALAM: Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan juara bersama iaitu Hady Mirza dan Naqiu.
Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi, Hady dan Naqiu meraih wang tunai RM100,000 dan trofi.
Hady dan Naqiu turut memenangi pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan percuma di sebuah hotel.
Vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt diumumkan pemenang ketiga. Sebagai ganjaran, Jatt menerima wang tunai RM30,000 dan hadiah lain.
 Peserta akhir Gegar Vaganza musim keenam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi. -NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Nurfatima menduduki tempat keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).
Persembahan peserta peringkat akhir diadili Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman.
Hadiah disampaikan Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Melayu Astro, Azlun Reza Azmi.
Pentas akhir GV6 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Program hiburan GV6, cuba fikir balik apa makrufnya untuk perjuangan agama, bangsa Malaysia dan negara? Apa untungnya pada hari akhirat untuk seorang Muslim?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails