Wednesday, December 25, 2019

Krismas: Sejarah, Budaya Dan Hukum Berkaitan

Hasil carian imej untuk Krismas: Sejarah, budaya dan hukum
SEJARAH sambutan Krismas

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. Penganut Kristian dari seluruh dunia menyambutnya sebagai satu perayaan tradisi sejak 2000 tahun yang lalu. Di tahun-tahun awal ‘Christianity’, sambutan utama hanyalah Hari Easter, dan tiada sambutan untuk kelahiran Jesus. 

Walaupun, beberapa hujah menunjukkan kelahiran Jesus adalah di waktu musim bunga, Pope Julius I telah memilih 25 Disember sebagai perayaan kelahiran Jesus. Ini dikatakan sebagai langkah untuk menerima budaya sambutan ‘Saturnalia’ orang Pagan yang terdahulu. Pertengahan musim sejuk juga merupakan tempoh perayaan yang biasa di kalangan orang Eropah, sebagai meraikan tamatnya hari-hari malam yang panjang dan Sang meraikan kehadiran hari siang yang lebih panjang. 

Sambutan Krismas di Malaysia

Di Malaysia, 25 Disember telah dijadikan hari cuti umum sebagai menghormati perayaan ini. Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah sekitar 9.2 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Ini menjadikan penganut Kristian sebagai penganut agama ketiga terbesar di Malaysia.  

Antara aktiviti tradisi dalam menyambut sambutan Krismas ialah bertukar-tukar hadiah, menghias pokok Krismas, menghadiri aktiviti di gereja, makan beramai-ramai dan menziarahi keluarga serta sahabat-sahabat karib. 

Wajarlah sambutan ini dihormati sebagai meraikan rakan-rakan kita daripada penganut Kristian, sesuai dengan konsep toleransi yang diamalkan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Umat Islam dan sambutan Krismas 

Persoalan yang sering berlegar di kalangan umat Islam di Malaysia setiap kali perayaan agama lain disambut ialah apakah hukum mengucapkan ucapan selamat sempena perayaan ini. 

Menurut pandangan Mutfi Wilayah Persekutuan.
“Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.”
Ini selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 tahun 2007 yang berbunyi:
“Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”
Beberapa garis panduan daripada Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pedoman kita: 
  • Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.
  • Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan.
  • Ucapan tersebut hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain. 
  • Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah S.A.W sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan:

“Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38:

Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak.” Kami telah mengulas hukum menghadiahkan arak kepada non Muslim di sini: [http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2653-al-kafi-838-hukum-menghadiahkan-arak-kepada-non-muslim].

Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat. 
  • Dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri. Diriwayatkan bahawa Umar R.A berkata:

“Janganlah kalian menemui orang-orang Musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (Allah) turun kepada mereka.” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan (9/234) dan Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (1609))

Tegahan ini menurut Ibn Muflih bersifat makruh dan bukannya haram. (Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah, 3/432) 
Kami menyarankan umat Islam menghormati dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan jadikanlah hari cuti perayaan ini sebagai waktu untuk mengeratkan perpaduan di kalangan kita. Hormatilah perbezaan budaya yang ada di kalangan kita dan jadikanlah perbezaan ini sebagai satu kekuatan unik rakyat Malaysia. 
SUMBERLPN DPPM

Hasil carian imej untuk krismas

Kayuhan 600 KM, Warga Emas 74, K/Bharu-Songkla Bermula Hari Ini..



PENGAYUH basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, sekali lagi, memulakan kayuhan solonya sejauh 600 kilometer (km) dari Kota Bharu ke Songkhla, Thailand bermula hari ini.
Wan Hashim atau lebih mesra dikenali Pak Wan, 74, berkata, kayuhan solo itu adalah kali kesembilan dalam tempoh lima tahun bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 dan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.
Pak Wan berkata, bagi tujuan promosi, dia membawa kain rentang dan akan berhenti di beberapa destinasi untuk membuat rakaman video bersama penduduk dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

“Saya akan merakam video promosi TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pelancong negara jiran datang ke negara ini termasuk Kelantan. Saya akan lakukan (rakaman video) sekerap yang mungkin supaya mesej sampai kepada pelancong.
“Kayuhan solo ini dilakukan selama lapan hari bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang ke Songkhla dan kembali ke Rantau Panjang pada 1 Januari 2020,” katanya.
Terdahulu Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin merasmikan Pelepasan Misi Kayuhan Solo Jelajah Selatan Thailand di pekarangan Pejabat Tourism Malaysia Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud.
Ibu Pak Wan, Hasmah Che Ahmad, 90, dan isteri, Faridah Daud, 68, turut hadir memberi kata-kata semangat kepada Pak Wan sebelum pelepasan dilakukan.
Dia berkata, bagi memastikan misi berkenaan berjaya, setiap hari, sejak sebulan lalu, dia melakukan kayuhan sekurang-kurangnya sejauh 40 km dari Kota Bharu ke Pasir Mas atau seminggu sekali ke Rantau Panjang dan Sungai Golok, Thailand.
“Kayuhan ini dilakukan bagi memastikan stamina saya kuat dan persediaan fizikal serta mental kerana perlu berdepan pelbagai cabaran terutama keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Walaupun cuaca dijangka hujan dan ribut, tetapi saya akan tetap meneruskan misi kayuhan bagi memastikan ia tamat mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Hafiz berkata, program itu adalah kerjasama antara Pejabat Tourism Malaysia Kelantan bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).
“Program ini bertujuan mempromosikan TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pengunjung masuk ke negara ini serta Kelantan sekali gus meningkatkan bilangan pelancong,” katanya. (MyMetro)

    1. Kayuhan 600 km Pak Wan promosi pelancongan

      • 2 hours ago
      • 220 views
      Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood sekali lagi memulakan kayuhan solonya sejauh 600 kilometer (km) ...
      • NEW
    2. KAYUHAN SOLO PAK WAN KALI KE-7

      • 1 year ago
      • 254 views
      Music - Rocky Balboa Theme Song Different Perception, Diversified 


      News.
    3. ✅ Mahu berbasikal ke Makkah

      • 3 months ago
      • 515 views
      Please Visit: https://www.facebook.com/Scathc/ Please Subscribe:





Jennifer, Penyanyi AS Baca Ayat Kursi..


HALAMAN HIBURAN

KEBOLEHAN penyanyi AS baca ayat Kursi memukau dunia Arab Kebolehan penyanyi warga AS, Jennifer Grout mengalunkan bacaan ayat al-Kursi dengan lancar dalam sebuah rakaman klip video tular memukau dunia Arab dan warga alam maya. 

Dalam rakaman tersebut, Jennifer menunjukkan kesungguhannya sewaktu membaca ayat ke-255 daripada surah al-Baqarah. 

“Sewaktu pertama kali jatuh hati dengan muzik Arab, guru saya memberitahu agar mendengar bacaan al-Quran sebagai latihan untuk membiasakan diri dengan nuansa nyanyian dalam bahasa berkenaan. 
“Ini kerana, kedua-duanya iaitu bahasa Arab dan al-Quran mempunyai persamaan seperti kualiti melodi, teknik vokal, modulasi maqam dan sudah tentu bahasanya. Kebanyakan penyanyi hebat Taarab mempunyai kemahiran membaca al-Quran. 
“Saya membaca al-Kursi mengikut gaya pembaca al-Quran terkenal Mohammed Siddiq Al Menshawi. “Membaca al-Quran memiliki seni tersendiri, ia boleh dihargai oleh sesiapa saja tak kira Muslim atau bukan Muslim,” katanya di media sosial. 

Namun, perkara itu bukan yang pertama seumpamanya apabila anak kelahiran Boston itu muncul dengan perkara menggemparkan. Terdahulu, dia sudah mengemparkan ramai peminat dan negara kelahirannya sendiri apabila mengumumkan secara rasmi sudah memeluk Islam. Dalam hantaran berbeza, Jennifer berkata: 

“Bagi sesiapa yang tertanya-tanya selepas menonton saya membaca al-Kursi, ya, saya seorang Muslim; memeluk Islam di Morocco pada 2013.” 

Bintang Arab Got Talent itu berkata demikian sebagai respons kepada netizen yang memberi saranan agar dia memakai hijab sewaktu memperdengarkan bacaannya. Pun begitu, secara jujur Jennifer, berkata, dia masih berusaha mendalami Islam sebaik mungkin dan tidak mahu umum memberikan tanggapan salah mengenai dirinya. 

“Saya belum secara menyeluruh komited dan tidak mahu orang memandang serong kerana ingat sudah bertudung. 
“Al-Quran boleh diakses oleh sesiapa yang mendalami dan mahu mendengarnya,” katanya. 

Jennifer berdarah Ireland-AS merupakan seorang peminat muzik Maghribi. Dia terkenal kerana menyanyikan banyak lagu-lagu dalam bahasa Andalusia, Amazigh dan Arab Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin lebih ramai lagi artis-artis Malaysia yang pandai dan menghafal ayat Kursi. Al-hamdulillah!

Cuma bagi mereka yang kepala otaknya dijajah sahaja yang memandang rendah kepada penghafalan ayat tersebut, sehingga sanggup menjadi barua atau 'kacang merah' kepada puak-puak tertentu yang menghina Islam. 


Jom Baca Ayat Kursi..
Bacaan-ayat-kursi

Ayat Kursi dalam bahasa Arab adalah ʾāyatul kursī (آية الكرسى) atau sering dikenal sebagai Ayat Singgasana. Ayat kursi adalah salah satu ayat di surah Al-baqarah ayat ke-255.

Terjemahan:

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak atau boleh disembah), melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk dan tidak juga tertidur. Kepunyaan-Nya adalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha tinggi lagi maha besar.” (Surat Al-Baqarah ayat 255).

Keutamaan 

1. Ayat kursi sebagai ayat yang paling agung di dalam Al Quran. Ayat ke 255 dari surah Al-baqarah ini adalah salah satu ayat yang paling mulia di dalam Al Quran. 
Bagi umat muslim yang membaca dan mengamalnya akan mendapatkan manfaat yang luar biasa.

Seperti dalam riwayat Rasulullah SAW yang bertanya kepada Ubiy bin Kai tentang ayat yang paling utama dalam Al Quran.
Rasulullah bertanya kepada Ubay bin Kai, ”Ayat apa yang paling utama di dalam al Quran”?
Ubay bin Kai menjawab, “Ayat paling utama dalam kitabullah adalah ayat kursi.”
Dan Rasulullah SAW menepuk dada Ubay dengan pelan sambil berkata, “Wahai Abu Mundzir semoga engkau selalu bahagia dengan ilmu yang engkau miliki.” ( HR Muslim).
Ayat kursi sebagai ayat yang paling agung di dalam al Quran karena di dalamnya terdapat nama Allah yang paling agung yaitu pada bait Al Hayyu dan Al Qayyum.

2. Ayat kursi memiliki keagungan yang melebihi langit dan bumi.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tidakkah Allah menciptakan langit dan bumi melebihi agungnya ayat kursi, (kerana di dalam ayat kursi tersebut telah mencakup Nama dan Sifat Allah).”

Sufyan Ats-Sauri berkata bahawa ayat kursi adalah salah satu kalamullah atau ucapan dari Allah. Dan kalamullah lebih agung dari ciptaan Allah lainnya.

3. Ayat kursi merupakan salah satu bacaan dzikir sebelum tidur
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Jika engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), maka bacalah ayat kursi. Niscaya Allah akan selalu menjagamu dan setan pun tidak akan mengganggu tidurmu hingga pagi tiba.” (HR Al-Bukhari).
Dari sabda Rasulullah SAW tersebut menerangkan bahwa dengan membaca ayat kursi sebelum tidur maka Anda akan dijaga dan dilindingi dari gangguan syaitan selama tidurnya. Untuk itu bacalah ayat kursi sebagai dzikir yang rutin ketika akan tidur.

4. Ayat kursi adalah perantara masuk surga
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُ
Ertinya :
“Barangsiapa yang membaca ayat kursi setelah selesai shalat, maka tidak akan ada yang menghalanginya masuk ke surga kecuali kematian.” (HR An-Nasai dinilai shahih oleh Syaikh Al-Abani).
Dari sabda Rasulullah tersebut menerangkan bahawa ayat kursi merupakan perantara yang dapat mengantar kita masuk ke syurga. Selama kita masih hidup dan membaca ayat kursi setelah shalat maka akan selalu mendapatkan kemualiaan untuk masuk syurga.

Manfaat Ayat Kursi.

1. Membuat Otak lebih mudah paham.
Manfaat dari membaca dan mengamalkan ayat kursi yang pertama adalah membat anda lebih pintar. Dengan rutin membaca ayat kursi maka akal atau otak akan menjadi lebih mudah paham dan lebih mudah dalam memahami atau mencerna pengetahuan baru.

2. Dilindungi dari godaan syaitan
Diriwayatkan kalau sedang diganggu syaitan maka bacalah ayat kursi, niscaya syaitan akan lari tunggang-langgang meninggalkan kita. Kerana kuatnya manfaat ayat kursi ini akan membuat kita terlindungi dari godaan syaitan yang terkutuk.

Selain itu dengan membaca ayat kursi setelah shalat fardu pagi dan petang, maka akan dilindungi dari serangan binatang buas, terhindar dari kejahatan yang dilakukan oleh orang lain yang boleh membawa musibah pada keluarganya.

3. Dilindungi oleh Allah
Jika seseorang membaca ayat kursi sebelum bepergian, maka dalam perjalanannya akan mendapat perlindungan oleh Allah. Dia akan terbebas dari musiah dan bencana selama perjalanannya hingga sampai tujuan dengan selamat.

4. Diperbanyak rezekinya oleh Allah
Bagi anda yang membaca dan mengamalkan Ayat Kursi maka akan dibukakan pintu rezekinya oleh Allah. Bahkan rezekinya akan diperbanyak dan terdapat hikmah didalamnya.

5. Dijauhkan dari segala kejahatan
Barang siapa membaca ayat kursi sebanyak 12 kali pada waktu Jum’at maka dia akan terhindar dari kejahatan. Baik itu kejahatan dari manusia, hewan atau syeitan.

6. Mendapat kasih sayang dari Allah
Diriwayatkan Allah akan mencintai hambanya yang selalu membaca ayat kursi di dalam kegiatan sehari-harinya. Seperti Allah mencintai dan menyayangi nabi Muhammad SAW.
Sekian.
Kaligrafi tulisan ayat kursi

Lihat Sebelum ini..

Kecoh-kecoh Dalam Bas GO KL..



Satu video merakamkan kekecohan dalam sebuah bas percuma GO KL menjadi buah mulut netizen semalam. 

Dalam video tersebut seorang ibu dalam lingkungan 30-an memaki hamun pemandu wanita yang dikatakan sengaja menekan brek sehingga menyebabkan anaknya hampir dihempap. Kekecohan tersebut dirakamkan seorang penumpang lain dan mendapat ribuan perkongsian di Facebook.

Dimarahi, dimaki penumpang dengan anak

Dalam kejadian tersebut, wanita berkenaan memarahi pemandu berkenaan kerana mendakwa pemandu telah menekan brek sehingga hampir menyebabkan anak kecilnya hampir dihempap penumpang lain. 

Wanita itu juga turut mengugut untuk membuat laporan kepada pihak syarikat bas dan memastikan pemandu berkenaan tidak lagi dapat bekerja di situ.
Si ibu yang berkali-kali mencetuskan provokasi itu bagaimanapun sempat ditenangkan oleh penumpang lain yang menerangkan situasi dihadapi pemandu. Pemandu tersebut bagaimanapun tenang meneruskan pemanduan tanpa terkesan dengan kemarahan wanita terbabit.

Pemandu minta maaf

Enggan menjadikan salah faham itu berlarutan, pemandu wanita tersebut kemudiannya meminta maaf kepada penumpang berkenaan.
Hello miss, saya minta maaf, ampun, sorry. Saya tak sengaja brek, sebab ada kereta tadi. Kereta dari belakang mencelah sebab itu terpaksa brek. Bukan sengaja nak brek emergency. Kalau sengaja, setiap kali berhenti saya brek kecemasan.
Sumber: Samad dan Said


Hibur Hibur Sikit
  1. Bas No 13 -Kembara

    M. Nasir
    • 9 years ago
    • 117,154 views






  2. Ini lagu zaman bas mini.... Terigat zaman merempat...

    • 1 year ago
    • 4,442 views
    Pemuzik Jalanan Sogo Kuala Lumpur Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails