Monday, January 27, 2020

Coronavirus: Mufti Saran Umat Islam Solat Hajat




Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad hari ini menyeru umat Islam di negara ini supaya mengerjakan solat hajat bagi menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit khususnya novel coronavirus (2019-nCoV) yang sedang tular ketika ini.
Gesaan Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan kes jangkitan coronavirus yang pertama di negara ini, pagi tadi.
Menurut Zulkifli, pejabatnya juga akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh berhubung pengurusan jenazah terhadap mangsa coronavirus dalam masa terdekat.
“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga wabak coronavirus dapat disisihkan dari Malaysia.
“Tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad wajar menerima pujian," katanya dalam ciapan Twitter @drzul_albakri hari ini.


3. Kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung kecaknaan berkenaan wabak ini melalui pelbagai medium.⁣
4. Umat Islam disarankan melaksanakan solat hajat bagi memohon kepada Allah SWT supaya menyelamatkan Malaysia daripada sebarang wabak.⁣

Mengulas lanjut, mufti Wilayah Persekutuan berkata buat masa ini kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak itu yang tersebar melalui pelbagai medium.

Terdahulu, dalam sidang media di Putrajaya pagi tadi, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu itu diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam.
Dzulkefly berkata tiga pesakit itu mempunyai kaitan dengan bapa dan anak dari Wuhan, China, yang telah disahkan positif dengan virus itu di Singapura tiga hari lalu.
Sementara itu, seorang warga Malaysia yang mengunjungi China baru-baru ini belum disahkan dijangkiti virus itu dan kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur.
Setakat jam sepuluh pagi tadi, angka korban wabak coronavirus di China dilaporkan mencecah 41 orang, meningkat daripada 26 pada Jumaat, dengan 1,300 orang dijangkiti virus itu di seluruh dunia.

Menurut Reuters yang memetik Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, sejumlah 1,287 kes coronavirus telah disahkan di China setakat semalam.
Semua kes maut yang baru berlaku di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei yang dipercayai menjadi tempat virus itu mula tersebar, kata laporan itu lagi.
Hampir semua penerbangan ke bandar-bandar tersebut dibatalkan dan sekatan di jalan keluar utama diwujudkan.
Kes kematian setakat ini hanya berlaku di China, tetapi virus itu dilaporkan turut dikesan di Thailand, Vietnam, Singapora, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Nepal, Perancis dan Amerika Syarikat.
Coronavirus boleh menyebabkan pneumonia yang pada keadaan tertentu mengakibatkan kematian.
Simptom virus tersebut termasuk demam, batuk dan kesukaran pernafasan. (M/kini)

Corona Virus, China Hentikan Pertandingan Bola Sepak..


SUKAN

IHKL: PSSI China (CFA), memutuskan untuk menghentikan bola sepak selepas virus Corona yang telah melanda negara itu sejak kebelakangan ini. Salah satu yang ditunda ialah perlawanan Supercup yang akan diadakan minggu ini.
Seperti diketahui, pembukaan musim bola sepak Cina dijadual mengadakan pertandingan Guangzhou Evergrande v. Shanghai Shenhua pada 5 Februari depan. Tetapi, perlawanan yang dirancang untuk diadakan di Suzhou, Jiangsu Province, China Timur akan mengalami kelewatan. "Selaras dengan keperluan untuk mencegah dan menahan penyebaran virus Corona dan untuk mengelakkan ramai orang, CFA memutuskan untuk menggantung semua bola sepak,

Jadual baru untuk menganjurkan bola sepak, dari Supercup ke liga akan dikeluarkan oleh CFA. Ini adalah untuk mengelakkan penyebaran virus maut yang melanda China. Pihak berkuasa kesihatan tempatan kemudiannya juga membuat pelbagai usaha untuk pesakit yang terjejas. Mereka mula menggunakan dadah anti-HIV untuk rawatan pesakit yang dijangkiti Viros Corona di ibu negara Beijing. "Tiga hospital yang dilantik untuk mengendalikan virus ini telah disahkan menggunakan terapi stok Lopinavir / Ritonavir. Ini adalah untuk cuba menyembuhkan pesakit yang terjejas, " tulis kenyataan dari pihak berkuasa kesihatan China. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, virus itu telah tersebar di seluruh negara. Jumlah sehingga Ahad (1/26/2020) pagi waktu tempatan, terdapat 1975 kes yang disahkan, 56 daripada mereka meninggal dunia. (IH)
Hasil carian imej untuk CHINA diserang virus

Lihat Sebelum ini..

Video
WNI Di China Rio Alif Berbagi Situasi & Kondisi Kota Wuhan yang Terisolasi

Virus Corona: Solosinya, Kembali Kepada Sistem Islam

Hasil carian imej untuk CHINA diserang virus

 Negaranya Diserang Virus Corona, China Hentikan Sepak Bola
CHINA diserang virus

(1) Hari ini kita dikejutkan dengan penularan virus di beberapa buah daerah di China. Israel ada mengaitkan penularan ini berikutan kebocoran makmal di China.

Iaitu senjata biologi China yang dikatakan terbocor dari makmal. Wallahuaklam. Dalam masa yang sama tersebar juga kenyataan Bill Gates pada 2018 yang sudah menjangkakan hal ini.

(2) Hal itu belum lagi dapat disahkan. Walaupun dalam sejarah memang China terkenal dengan senjata biologi mereka. Bahkan perang biologi sememangnya pernah terjadi.
  • a- Ada yang mengaitkan dengan konspirasi Amerika dalam persaingan Trade War yang cukup sengit, yang pernah saya ulas beberapa kali sebelum ini.
  • b- Ada juga yang mengaitkan agenda mempromosikan vaksin yang dijangka sangat menguntungkan. Frame ini juga biasa dilakukan di peringkat antarabangsa.
(3) Cuma dalam artikel ini, saya belum lagi nak kaitkan dengan isu-isu antarabangsa dan catatan sejarah serangan virus. Cuma saya lebih cenderung menceritakan tabiat orang China sendiri.

(4) Virus tersebut dikaitkan dengan binatang-binatang pelik yang menjadi makanan masyarakat di sana. Tabiat pemakanan yang ‘melanggar’ apa sahaja.

Tabiat ‘melanggar apa sahaja’ biasanya digunapakai dalam pemikiran Liberalism, Existentialism, Kapitalism dan sewaktu dengannya.

Idealogi tak lengkap

(1) China secara kasarnya mereka menganut Sosialism dan Komunism yang dilihat tertutup. Bahasa mudahnya, tabiat pemakanan mereka dilihat tidak selari dengan pemikiran mereka.

Islam mengajar Umatnya mengawal pemakanan. Ada benda halal, dan ada benda haram. Segalanya ada peraturan dan etika. Supaya manusia itu dapat hidup dengan baik.

(2) Islam adalah sistem yang lengkap. Kesemua elemen ada dalam Islam. Makanan, pemakaian, undang-undang, cara hidup, dan sebagainya.

Kesemuanya disusun oleh Islam satu persatu agar manusia itu terpandu. Saya belum temui mana-mana agama mahupun idealogi yang lengkap.

(3) Kalau Sosialism mereka lebih cenderung kepada ekonomi dan sistem kemasyarakatan. Sosialism tidak menyediakan sistem pemakanan.

Kapitalism pula hanya memfokuskan dari sudut ekonomi. Menyebabkan masyarakat terumbang-ambing, dan terganggu ekosistem manusia.

(4) Islam membahaskan sistem ekonomi cukup panjang dalam فقه المعاملات termasuklah percukaian, hutang, hadiah, pengurusan tanah dan sebagainya.

Termasuk juga Islam menyediakan sistem mengekang jenayah yang dibahaskan dalam bab kehakiman, hukuman, denda, kesalahan kesalahan jenayah, dan banyak lagi.

Sistem pemakanan

(1) Islam menyediakan sistem pemakanan. Tak boleh rembat semua benda. Ada halal dan haram. Islam mengharamkan arak kerana memabukkan.

Islam meletakkan kaedah halal dan haram berdasarkan hadis Nabi S.A.W;

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ، اِسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، …..

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara syubhat (samar, belum jelas) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa yang menjaga (dirinya) dari syubhat, ia telah berlepas diri (demi keselamatan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, ia pun terjerumus ke dalam (hal-hal yang) haram. Bagaikan seorang penggembala yang menggembalakan hewan ternaknya di sekitar kawasan terlarang, maka hampir-hampir (dikhawatirkan) akan memasukinya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa (Raja) memiliki kawasan terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya kawasan terlarang Allah adalah hal-hal yang diharamkanNya…”
(2) Benda-benda yang diragukan, sebaiknya ditinggalkan. Contohnya makan sesuatu yang sudah jelas halalnya. Banyak benda yang halal, mengapa masih cari makanan yang dicurigai;
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, kepada apa yang tidak meragukan kamu”

Kaedah ini terpakai dalam banyak bidang. Antaranya dalam sistem pemakanan. Tabiat pemakanan yang ‘melanggar apa sahaja’ jelas bertentangan dengan sistem Islam.

Sistem perubatan dalam Islam

(1) Bahkan Islam menyediakan sistem perubatan dan kaedah-kaedah pencegahan penyakit. Hal ini banyak dibincangkan dalam feqah.

Antaranya hadis Nabi S.A.W لا ضرر ولا ضرار dan kaedah الوقاية خير من العلاج. Banyak lagi untuk diperincikan di sini. Dalam bab perubatan, Islam ada sistem kuarantin berdasarkan hadis Nabi S.A.W;
إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ، فلاَ تَقْدمُوا عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

“Apabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya.”
(2) Kita perlu sedar bahawa Islam itu adalah sistem yang lengkap. Bahkan Islam menyediakan penyelesaian bagi sebarang masalah.

(3) Dalam sistem perubatan, tokoh ilmuwan Islam seperti Ibnu Qayyim telah menghasilkan الطب النبوي yang menghimpunkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dalam mengubati penyakit.

Sarjana-sarjana Islam di alaf ini juga agak ramai yang mengembangkan lagi sistem perubatan Islam ini. Mencambahkan lagi kaedah perubatan Nabi S.A.W.

(4) Saya belum pernah temui agama atau idealogi lain yang mempunyai sistem perubatan selengkap Islam. Hal ini perlu dikaji dengan lebih terperinci.

Sekularism

(1) Sekularism adalah pemikiran yang muncul disebabkan realiti agama Kristian yang sangat mengongkong. Disebabkan kongkongan tersebut, masyarakat bangkit.

Berlakunya era penggulingan pemerintahan bergereja pada kurun ke-17. Ketika itu munculnya pelbagai pemikiran atas alasan mencari penyelesaian terhadap sistem manusia.

(2) Namun, setelah sekian lama, Sekularism mula terserap dalam negara Islam menyebabkan terzahirnya kepincangan yang mengelirukan.

Sekularism mengatakan agama itu bukan penyelesaian, kerana menggambarkan kesesatan Kristian terdahulu. Sedangkan Islam hari ini adalah penyelesaian masalah, tidak sama dengan Kristian.

(3) Akibat serangan Sekularism ini menjadikan Umat Islam sendiri terkeliru, apatah lagi idealogi ini dibawa oleh penjajah-penjajah sejak zaman berzaman.

Kesan Sekular terhadap Umat Islam, menjadikan Umat Islam hanya melihat Islam itu di dalam masjid semata-mata. Tidak melihat Islam itu dengan kaca mata yang lebih luas.
  • a- Mereka tidak anggap kajian isu antarabangsa itu sebagai Sunnah. Mereka tidak anggap kewaspadaan terhadap jerat musuh itu juga dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
  • b- Mereka sangat sensitif sesama Umat Islam, tetapi mereka cukup terbuka dengan musuh Islam. Mereka anggap keterbukaan itu satu toleransi sedangkan sesama Umat Islam mereka penjarakan.
Sistem berfikir cara Islam

(1) Antara yang disediakan dalam Islam ialah ‘sistem berfikir’. Hal ini sangat tidak dihiraukan oleh Umat Islam pada hari ini. Menyebabkan Umat Islam sering kali tertipu sepanjang zaman.

Umat Islam perlu ambil pengajaran daripada kejadian yang terjadi di China hari ini. Aliran pemikiran mereka bersikap tertutup (Sosialism) tetapi tabiat pemakanan mereka mengalahkan Liberalism.

(2) Umat Islam perlu mengikut sistem Islam dari sudut kehidupan, politik, dan sistem pemikiran. Menjadi satu keganjilan apabila Umat Islam mengaji kitab, tetapi sistem berfikirnya mengikut sistem sekular berfikir.

Menjadi satu keganjilan juga apabila ada Umat Islam dalam bab ibadat sebiji-sebiji ikut Islam. Tetapi dalam bab politik, mereka ikut cara Kristian.

Konsep Kristian dalam berpolitik ialah;

دع ما لقيصر لقيصر وما لله لله

“Biarkan hak Kaisar untuk Kaisar dan hak Allah untuk Allah.”
Iaitu mengasingkan urusan negara daripada agama, menyebabkan ahli politik itu bebas melakukan kejahatan kerana ia tidak termasuk dalam bab agama.

(3) Hal ini ditolak oleh Islam, kerana Islam tu merangkumi semua sudut hidup manusia. Sekiranya seseorang itu beragama Islam, maka orang ini perlu ikut cara Islam.

Bahkan orang ini juga perlu menjadikan Islam sebagai penyelesaian bagi segala masalah, termasuk dalam sistem perubatan dan pencegahan penyakit.
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 26/1/2020

Sunday, January 26, 2020

Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semudah Bela Kucing Di Rumah.....

Hasil carian imej untuk gambar landak

Seorang penternak landak menunjukkan landak raya yang diternak secara komersial di rumahnya..
  
Catatan Santai Ibnu Hasyim

"RAYA Cina ni kamu ke mana? Datanglah tempat aku, aku nak perkenalkan 'daging landak' kepadamu.. Dikatakan daging landak boleh mengubati berbagai penyakit. Boleh dijadikan hobi memeliharanya seperti pelihara kucing di rumah. 

"Bahkan yang menariknya ialah memeliharanya boleh menjana ekonomi. Ada potensi berkembang maju, ke arah menjadi perusahaan yang besar." Kata kawanku yang baru pulang dari negara jiran, dalam rangka lawatan meninjau peluang-peluang perniagaan dan perusahaan, termasuk menternak landak.

Ya. Semalam, aku dan kawan aku pergi ke rumahnya.. Dan ini oleh-oleh yang ku bawa pulang.. ku hidang kepada pembaca-pembaca budiman.


Ini, ringkasan dialog dan taklimatnya.. 

Penternakan landak memang mampu menjana pulangan lumayan. Menternak landak sebenarnya sangat mudah. Bagaimana memulakannya, apa yang patut dibuat? 

Pada saya...

Satu: 
Perlu mendapatkan lesen menternak, membeli dan menjual daripada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Taman Negara (PERHILITAN). Bagaimana mendapatnya? Kita akan lanjutkan kemudian. 

Dua:
Siapkan kandang yang bersesuaian bagi pasangan landak dan perlu diberi makanan berasaskan tumbuhan seperti buah, sayur dan lain.. Contoh ringkasnya seperti gambar di bawah.
Tiga: 
Landak tahan lasak, tahan penyakit serta boleh membesar sehingga 20 kilogram, cuma perlu tunggu sehingga berusia lapan bulan.

Empat:
Modal dan untung. Harga pasaran daging landak boleh mencecah antara RM120 hingga RM150 se kilogram. Hakikatnya, daging haiwan eksotik berkenaan bukan saja mendapat permintaan tinggi, malah lebih mudah dijual berbanding kambing,, 

MOHAMMAD Fauzan memberi makan kepada landak

Walaupun memeliharanya  sangat mudah, hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari.

Ini kisah, Mohammad Fauzan Mansor

Lihat, ini kisah, Mohammad Fauzan Mansor, 35, menceburi bidang ternakan landak secara komersial sejak tiga tahun lalu. Dia yang menjalankan perusahaan itu di belakang rumah bapanya di Kampung Tanggol, Hulu Terengganu, Terengganu dan ketika ini landak ternakannya sudah membiak hingga 66 ekor semuanya.

“Mulanya, saya membeli induk dan baka landak sebanyak tujuh ekor dengan harga RM4,000.
“Pada 2016, jumlah ternakan ini ditambah 20 ekor lagi melalui perjanjian pindah milik daripada pengusaha yang juga rakan baik di Banting, Selangor yang sudah tidak berminat meneruskan perusahaan menternak landak.
“Saya membelanjakan hampir RM10,000 untuk membina kandang menggunakan peruntukan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tapi sebelum memulakan proses menternak, saya lebih dulu mendapatkan lesen memelihara dan menjual landak daripada PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara),” 

Kata bapa kepada dua anak berusia tiga dan tujuh tahun itu. Menurut pembekal ikan air tawar itu, dia menyasarkan untuk membekalkan daging landak dalam tempoh dua tahun lagi. Katanya, setakat ini sudah ramai pengusaha restoran dari seluruh Terengganu memintanya membekalkan daging landak untuk mereka.


“Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah yang ada tidak dapat memenuhi permintaan apatah lagi landak agak lambat membiak, tidak seperti ternakan lain.
“Dalam tempoh dua tahun lagi saya jangkakan jumlah ternakan mencecah 200 ekor sekali gus membolehkan saya membekalkannya secara terus-menerus.
“Permintaan tinggi ini menambah keyakinan saya untuk meneruskan perusahaan ini malah rasanya ia lebih menguntungkan berbanding penternakan kambing yang saya lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Mohammad Fauzan, landak boleh dijual apabila mencecah usia lapan bulan ke atas.


“Biasanya daging landak dijual pada RM120 tetapi boleh mencapai RM150 untuk sekilogram sementara induknya boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan umur.
“Seekor landak seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) bersama induknya boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM5,000 bergantung harga pasaran semasa,” katanya.
Menurutnya, dia mempelajari selok-belok penjagaan landak menerusi Internet, bacaan dan bantuan PERHILITAN selain banyak bertanya kepada penternak landak yang berjaya untuk mendapatkan tip penjagaan.
“Landak mempunyai peminat tersendiri sama ada untuk dijadikan makanan atau peliharaan. Saya sendiri pernah memelihara seekor landak yang dijadikan haiwan kesayangan dan ia memang manja serta suka mengekori kita.
“Sayangnya ia hilang dan mungkin sudah menjadi santapan orang lain. Pendek kata, haiwan ini cukup unik, mudah diuruskan, jinak dan manja,” katanya. (MyMetro 30 Mac 2018)

Lima:
Artikel 'Landak 1: Peluang  Jana Ekonomi ...' akan bersambung. Kita akan teruskan secara bersiri, dan akan membuat liputan di ladangnya, supaya mudah untuk dipelajari dan dicontohi.

Kesimpulan: 

Kawanku Pengusaha Landak mengatakan:
"Saya sudah memulakan usaha landak ini baru beberapa bulan lalu, kini sudah memiliki kira-kira puluhan ekor. Ladang saya di dalam negeri Selangor. 
"Sengaja saya tak pelkenalkan diri saya dulu, kerana saya masih belum mampu membekalkan benih-benih landak kapada orang ramai. Apa lagi untuk mengeluarkan hasil jualan daging landak, buat masa ini..

Pengumuman
"Suka saya mengumumkan juga, kini saya sanggup membeli landak untuk tujuan pembiakan dan penjualan daging dari mana-mana pihak samada dari dalam dan luar negara. 

Pengurusan penghantaran dan penerimaan akan diuruskan."
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
26/1/2020 KL.

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak raya

Jika berminat sila hubungi..
IKLAN LANDAK

Biakkan Landak Komersial..
(Membeli dan Menjual)
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

PH Gagal, 1.2 Juta Penganggur, Tawar Kerja 148,000 .


Retorik PH tidak atasi pengangguran anak muda

BAGAN DATUK: Hanya 148,000 jawatan yang ditawarkan peluang pekerjaan daripada 1.2 juta statistik pengangguran direkodkan telah menjadi salah satu kegagalan Kerajaan PH disebalik janji manifesto pernah dibanggakan mereka. Setiausaha Pemuda PAS Negeri Perak, Helmi...


Setiausaha Pemuda PAS Negeri Perak, Helmi Affandi Ali berkata, hal tersebut telah menjadi isu dalam kalangan anak muda hari ini yang berdepan peluang pekerjaan terhad disebabkan masalah pengangguran terus gagal ditampung pemerintah.
“Masalah anak muda hari ini adalah berkenaan pekerjaan. Kita lihat banyaknya anak muda menganggur di kampung-kampung. Apabila mereka menganggur, mereka tidak mampu membangunkan kampung sendiri, apatah lagi negara,” ujarnya.
Perkara tersebut diketengahkan beliau sempena Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak yang dihadiri lebih 3,000 perwakilan PAS dan Umno dari seluruh negeri ini dan berlangsung di Kompleks Umno Bahagian Bagan Datuk, di sini semalam.
Menurut beliau, Pemuda Muafakat Nasional akan mengadakan kajian terperinci mengenai hal tersebut dan akan memanjangkan solusi untuk mendesak kerajaan segera menangani isu ini secara lebih serius dan bukan sekadar gah beretorik.
Tegas beliau, anak muda sewajarnya digembleng tenaga, bakat dan kepakaran mereka sebagai aset masa depan serta kekuatan negara dan tidak boleh diabaikan, apatah lagi terjebak ke ruang pengangguran yang merugikan.
Kegagalan PH itu bidasnya, seiring dengan ancaman terhadap ganggu gugat ke atas kedaulatan agama Islam dan negara yang menjadi punca ketidakstabilan politik Malaysia pada ketika ini menyebabkan anak muda bangkit menentang.
Lebih parah katanya, tanpa datangnya penjajah, PH telah membiarkan warga asing memasuki negara ini dengan mudah, ketika sama tonggak negara yakni Perlembagaan dan Institusi DiRaja cuba digoncang mereka.

Nada sama turut disuarakan wakil Pemuda Umno Perak, Muhammad Sollehin M Tajaie mengenai kegagalan PH mengurus tadbir ekonomi serta banyak dasar-dasar negara yang penting untuk dipertegaskan dan dilaksanakan.
Selain menyentuh juga mengenai kepentingan berkaitan pengundi muda, beliau mengajak Pemuda Muafakat Nasional merangka strategi membina kualiti pengundi muda. – HARAKAHDAILY 26/1/2020

6 Resolusi, Muafakat Nasional Siap Perintah Perak.



KONVENSYEN Muafakat Nasional Negeri Perak telah mengangkat enam resolusi yang dibacakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi Umno Negeri Perak, Dato’ Saarani Mohamad sebagai tanda persedian untuk memerintah dan mentadbir kerajaan negeri.


Menariknya, sebelum resolusi dibacakan, sebagai gimik acara, ia dibawa masuk dengan diketuai oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penyelaras Muafakat Nasional Negeri Perak dari kedua-dua parti, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Dato’ Hasbullah Othman dengan perarakan panji bendera Malaysia, Perak, PAS dan Umno.
Berikut ialah enam Resolusi Muafakat Nasional Perak tersebut:
1.    Menghormati dan menerimapakai segala yang termaktub di dalam PIAGAM MUAFAKAT yang dimeterai pada 14 September 2019.
2.    Berusaha sedaya-upaya untuk memenangi PRU15 dan membentuk Kerajaan Muafakat Nasional Negeri Perak dan Persekutuan secara bermaruah.
3.    Memelihara dan mempertahankan kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera tanpa mencabuli hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
4.    Meneruskan perjuangan Muafakat Nasional dalam acuan masyarakat majmuk, khususnya dalam bidang agama, ekonomi, pendidikan, sosio budaya dan politik, yang menjadi teras pembangunan negara bangsa yang harmonis, maju dan sejahtera.
5.    Memberi kepercayaan dan walak kepada pucuk pimpinan tertinggi Muafakat Nasional dalam menyelesaikan sebarang isu untuk memelihara dan mempertahankan semangat serta jati diri permuafakatan yang murni dan abadi diantara warga dan komponen Muafakat Nasional demi kelangsungan wadah perjuangan bersama.
6.    Menjadikan Al-Quran , As-Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias sebagai sumber hukum dan rujukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan Muafakat Nasional.

Setelah kedua-duanya selesai membaca, penyerahan secara rasmi resolusi tersebut oleh Dato’ Saarani kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Razman menyerahkan kepada Presiden Umno, Dato’ Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kehadiran konvensyen sehingga ke perasmian penutup adalah seramai 4,000 perwakilan yang hadir mewakili PAS dan Umno dari seluruh Parlimen negeri Perak. – HARAKAHDAILY 25/1/2020

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails