Sunday, April 12, 2020

Alas perut dengan umbut, pucuk ubi kayu

MOHAMAD Sahabudin (dua kanan) menyampaikan bantuan barangan makanan kepada warga asing. FOTO Safuri Kamarudin.
Abd Gani menerima bantuan makanan daripada Ketua Pemuda Umno Baling, Mohamad Sahabudin Besher Mohamad, ( dua kanan) di rumah kongsi projek perumahan Batu 42, berdekatan Kompleks Rakan Muda, Pulai.FOTO/NSTP/SAFURI KAMARUDIN.
Abd Gani menerima bantuan makanan daripada Ketua Pemuda Umno Baling, Mohamad Sahabudin Besher Mohamad, (dua kanan) di rumah kongsi projek perumahan Batu 42, berdekatan Kompleks Rakan Muda, Pulai.FOTO/NSTP/SAFURI KAMARUDIN.

AKIBAT kehabisan makanan sekumpulan 13 warga asing terpaksa makan umbut pisang dan pucuk kayu bagi mengalas perut ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang bekerja sebagai buruh dilapor terputus bekalan barangan makanan untuk dimasak.
Warga Indonesia, Yusnizar Hutabarat, 57, berkata, dia bekerja sebagai buruh di projek perumahan kedai Batu 42, berdekatan Kompleks Rakan Muda sejak tiga tahun lalu.

Katanya, ekoran PKP mereka yang dibayar gaji hari kehabisan wang dan terpaksa mengutip pucuk kayu untuk dimakan selepas kehabisan bekalan mentah.
“Kami tidak ada pilihan lagi apabila terputus makan dan mengutip apa saja bahan makanan (pucuk kayu) untuk mengalas perut.
“Umbut pisang, buah betik, bunga betik serta daun kayu direbus dan dijadikan makanan supaya kami tidak lapar,” katanya ketika di temui di rumah kongsi di kawasan selepas mendapat bantuan makanan daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Baling, Mohamad Sahabudin Besher Mohamad, hari ini.
Rakannya, warga Myanmar Abdul Ghani, 40, pula berkata, mereka hanya memakan nasi berlauk telur, ikan bilis dan ikan kering sejak PKP.
Katanya, selepas bekalan makanan terputus sejak seminggu lalu dia makan apa yang ada termasuk makan nasi bercampur garam sahaja.
“Apabila tidak ada makanan lagi saya mengutip batang pisang, buah betik dan bunganya.
“Lagi pun kami dibayar ikut hari bekerja, kalau tidak bekerja tidak ada wang. Duit sudah habis dan tidak boleh beli beras lagi,” katanya.
Menurutnya, mereka terharu apabila pemimpin tempatan sanggup mengunjungi mereka selain memberikan bekalan makanan asas diperlukan.
Sementara itu, Mohamad Sahabudin berkata, dia terpanggil untuk membantu demi kemanusiaan walaupun mereka warga asing.
Katanya, warga asing itu juga manusia yang perlu perlindungan dan makanan ketika PKP.
“Sebagai manusia kita juga ada sifat kemanusiaan apabila saudara kita di dalam kesusahan kita wajib membantu,” katanya. (Ahad, 12 April 2020)


Inspektor Rogol 2 Wanita Mongolia. Perlu Tindakan Tegas.



DUA wanita Mongolia disyaki dirogol inspektor polis yang mengurung mereka di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun dikurung di hotel itu sejurus ditahan ketika sekatan jalan raya (SJR).
“Polis menerima maklumat pada 9.30 malam dan operasi menyelamat segera digerakkan.

“Hasil siasatan dan keterangan kedua-dua mangsa, kita menahan seorang pegawai polis berusia 30 tahun pada hari sama,” katanya pada sidang media di Jalan PJU7/1 di Petaling Jaya, hari ini.
Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa pada mulanya ditahan di sebuah SJR, dibawa ke hotel dan dikurung, sebelum dirogol individu itu.
“Pegawai polis berkenaan kini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurutnya, pegawai itu bertindak sendiri melakukan kegiatan itu dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi. (Ahad, 12 April 2020 )

MMA Dipengaruhi DAP? LKS, 'Usah Kecewa, Cuba Lagi'.


MMA (PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA) SUDAH DIPENGARUHI OLEH DAP?



Syukur bila petang semalam, Khamis, 10 April, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhirnya mengisytiharkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April.

Jelas Perdana Menteri, keputusan ini dibuat “berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan” dan “selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal”.

Saya mulanya bimbang bila melihat semacam ada gerakan tersusun untuk mempengaruhi kerajaan supaya menamatkan perintah kawalan pergerakan bermula dari kenyataan pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang, pada jam 10.30 pagi Khamis, 9 April, yang menggesa ia di“lift”kan.

Lebih membimbangkan lagi bila gesaan Lim Kit Siang ini, walaupun cukup membahayakan keselamatan rakyat, kemudiannya turut disahut dan didendangkan sama oleh 13 Presiden dan bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association, MMA).

13 Presiden dan bekas Presiden MMA yang menggesa ia di“relax”kan adalah Dr N Ganabaskaran, Dr Ashok Philip, Dr David Quek Kwang Leng, Dr H Krishna Kumar, Dato’ Dr A Krishnamoorthy, Datuk Dr N. Arumugam, Dr Milton Lum Siew Wah, Tan Sri Datuk Dr R. P. Lingam, Dr John Chew Chee Ming, Dr Ravindran Naidu, Datuk Dr Subramaniam Nadarajan, Dato’ Dr Abdul Hamid Abdul Kadir dan Dr Mohamed Namazie Ibrahim.

Kenyataan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, walaupun sangat dikesali, masih boleh difahami kerana beliau tentulah mempunyai perkiraan politik tertentu sewaktu membuat cadangan itu, tetapi sokongan 13 Presiden dan bekas Presiden MMA ini cukup membingungkan.

Syukur kerana yang memerintah sekarang adalah kerajaan baru, jika kerajaan lama masih memerintah, dengan pengaruh kuat DAP di dalamnya sudah pastilah terdapat kemungkinan besar gesaan Lim Kit Siang supaya perintah kawalan pergerakan di“lift”kan akan diterima pakai.

Syukur juga kerana kita punya Perdana Menteri yang akur dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pakar-pakar perubatan dan WHO serta tidak terpengaruh dengan gesaan dan tekanan daripada pakar-pakar perubatan yang mempunyai kepentingan yang tertentu.

Dan syukur juga kerana kita punya 1 Master dan 11 Presiden kolej pakar perubatan daripada The Academy of Medicine of Malaysia (AMM) yang tegas menghujjahkan bahawa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini wajib diteruskan melepasi Fasa 2 yang berkahir pada 14 April.

MMA ini sudah dipengaruhi oleh DAP kah?
Kepada Lim Kit Siang, usah kecewa, cuba lagi.
Dr. Kamarul Yusuff

COVID-19: Gambar Pulau Hart, Pulau Kubur Besar Di AS..


Foto dari rakaman Drone menunjukkan mayat-mayat beberapa pesakit yang dijangkiti virus Corona yang dikebumikan di Hart Island.


KERAJAAN Amerika Syarikat, AS menjadikan Pulau Hart Island, New York sebagai kubur besar mangsa yang meninggal akibat jangkitan virus Corona atau COVID-19. Ini dilakukan sekiranya mangsa tidak mempunyai keluarga yang tidak menuntut jenazahnya.
Pulau Hart telah menjadi tanah perkuburan awam selama 150 tahun. Di pulau itu, terdapat berjuta-juta jenazah telah dikebumikan. Sebilangan besar dari mereka adalah jenazah yang tidak dituntut oleh saudara mara selama 30 hingga 60 hari setelah ditempatkan di bilik mayat di bandar.
Kerajaan AS merancang untuk mengebumikan mangsa virus Corona yang tidak dituntut oleh keluarga dalam tempoh dua minggu.
Foto dari rakaman Drone menunjukkan mayat-mayat beberapa pesakit yang dijangkiti virus Corona yang dikebumikan di Hart Island.
  
Biasanya terdapat 25 orang yang dikebumikan setiap minggu di pulau ini. Walau bagaimanapun, sejak New York menjadi pusat penyebaran virus Corona di Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 25 orang yang dikebumikan setiap hari.
Menurut Worldometers, sehingga hari ini 11 April, Amerika Syarikat telah mencatat seramai 503,177 kes positif Covid-19 dan 18,761 kematian dilaporkan. (IH)

Hasil perikanan seluruh negara cukup untuk pengguna

KUALA LUMPUR: Keperluan hasil perikanan untuk memenuhi pasaran dan permintaan domestik kekal mencukupi walaupun ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, keperluan tersebut bahkan masih mempunyai lebihan 30,000 tan metrik berbanding 155,000 tak metrik kegunaan bulanan.

“Bahkan semua pergerakan yang melibatkan urusan bekalan makanan tidak dihalang dalam PKP ini. Jadi kita tidak nampak sebarang sebab untuk kita bermasalah dengan ikan ini memandangkan negara kita sendiri mengeluarkan lebih daripada keperluan,” ujarnya.

Beliau memberikan jaminan tersebut ketika ditanya media selepas melawat ke Pusat Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diiringi Pengarah LKIM Negeri Pahang, Rashima Baharuddin, sebentar tadi.

Menurut beliau, pihak kementerian juga mewujudkan bilik gerakan yang memantau bukan sahaja harga, tetapi memastikan rantaian pemasaran dari nelayan kepada pengguna dapat dicapai sebaiknya.

Jelasnya, masalah yang timbul berjaya diselesaikan dan tidak berlaku isu besar melainkan masalah-masalah terpencil di mana pihak kementerian telah mengambil tindakan menanganinya.
“Ada (khidmat penghantaran berbayar – COD), dah macam-macam dah (ditawarkan). Sekarang ini alhamdulillah, pembelian melalui talian dan sebagainya. Maknanya pelbagai pihak cuba menawarkan program-program beli dalam talian dan sebagainya yang memudahkan.

“Dan mungkin ini perubahan dalam konsep pemasaran barangan makanan insya-Allah. Dan melalui FAMA juga kita buka seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri, beberapa pusat dipanggil Pasar Segar Terkawal di seluruh negara.

“Jadi itu juga membantu, maknanya barang makanan ini sampai kepada rakyat,” terangnya kepada media dan memaklumkan lambakan hasil berkaitan juga telah diatasi menerusi agensi-agensi berkaitan.

Beliau juga menyifatkan warga nelayan dan petani sebagai sebahagian barisan hadapan negara dalam soal memastikan kecukupan keperluan berkenaan kepada seluruh rakyat di negara ini.
Sempena lawatan tersebut, Dato’ Che Abdullah yang turut disertai ADUN Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar, telah menyampaikan 700 Bakul Makanan dari LKIM Pahang kepada para nelayan. – HARAKAHDAILY 10/4/2020 
Hibur Hibur Sikit

OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek

El Surayya - Nelayan

Nicole mohon maaf kepada Siti Zailah


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKT), Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung kenyataan beliau di Twitter sebelum ini.
Nicole dalam kenyataannya mengkritik saranan Siti Zailah berhubung tips menghadapi permasalahan rumah tangga di IGTV Siti Zailah yang pada pendapatnya tidak relevan untuk isteri berdiam diri terhadap suami yang dayus.


Bagaimanapun, Nicole dalam kenyataannya memohon maaf dan mengaku bahawa beliau memuat naik kenyataan tersebut tanpa melihat video asal dan hanya melontar kan pandangan berdasarkan artikel yang dikeluarkan Malaysiakini dibawah tajuk ‘SIS: Underlying tone in Siti Zailah’ s advisory video’
Menurut Nicole, setelah melihat video asal yang dimuat naik, beliau mengakui bahawa tips yang diberi Siti Zailah adalah nasihat yang Umum dan menyeluruh dalam menguruskan permasalahan rumah tangga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malah katanya, dalam video tersebut Siti Zailah turut menggesa mangsa kekejaman domestik untuk mendapatkan bantuan dari pihak kerajaan melalui talian hayat yang disediakan untuk kes domestik itu.
Justeru itu, beliau menyatakan permohonan maaf terhadap Siti Zailah diatas kesalahannya membuat kesimpulan tanpa melihat video sebenar dan menghakimi pendapat beliau melalui artikel tersebut. – HARAKAHDAILY 12/4/2020




Siapa M/Kewangan, Mengaum Seperti Harimau, Tetapi Sebenarnya Kucing?


Beza Lim Guan Eng dengan Menteri Kewangan sekarang


KUALA LUMPUR: Kecekapan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan hal ini dapat dilihat apabila kerajaan masih mampu membelanjakan kira-kira RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin beberapa minggu lalu.
Menerusi pakej ini, kata Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, pelbagai inisiatif yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Inisiatif yang diberikan Kerajaan kepada rakyat ini turut mendapat pujian daripada beberapa negara termasuk Indonesia.
“Yang hairannya, semasa kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya,” katanya.
Semalam, di media-media massa terpapar berita kenyataan daripada kerajaan hari ini bahawa Malaysia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi kemelut ekonomi dek kerana Covid-19 ini.
Ujarnya, kenyataan Datuk Seri Tengku Zafrul itu sekali gus menyanggah tuduhan Kerajaan PH sebelum ini bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada keadaan yang teruk.
“Ini adalah satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.
​”Daripada kenyataan Menteri Kewangan itu, sekali gus ia membezakan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik,’ jelas Mohd Zaidy..
Kecekapan Menteri Kewangan hari ini iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga wajar dipuji kerana beliau yang merupakan seorang tokoh korporat dilihat lebih bijak menguruskan kewangan negara tanpa memberi pelbagai alasan bersifat politik.
Ini dapat dilihat apabila Kerajaan masih mampu membelanjakan kira-kira RM250 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu lalu.


Menerusi pakej ini, pelbagai inisiatif yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi dalam menghadapi cabaran ekonomi ketika ini. Inisiatif yang diberikan Kerajaan kepada rakyat ini turut mendapat pujian daripada beberapa negara termasuk Indonesia.
Yang hairannya, semasa Kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), hampir setiap hari Kerajaan dan Menteri Kewangan ketika itu memainkan naratif menakut-nakutkan rakyat kononnya Malaysia hampir muflis.
Kononnya Malaysia menghadapi defisit kewangan yang teruk hinggakan satu persatu pakej bantuan kepada rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu ditarik balik atau dikurangkan jumlahnya.
Hari ini, di media-media massa terpapar berita kenyataan daripada kerajaan hari ini bahawa Malaysia masih mempunyai ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi kemelut ekonomi dek kerana Covid-19 ini.


Kenyataan daripada Datuk Seri Tengku Zafrul ini sekali gus menyanggah tuduhan Kerajaan PH sebelum ini bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada keadaan yang teruk.
Ini adalah satu pembohongan besar kepada rakyat Malaysia.
Daripada kenyataan Menteri Kewangan itu, sekaligus ia membezakan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan negara berbanding Lim Guan Eng sebelum ini yang lebih gemar bermain retorik politik.


Pengalamannya dalam dunia korporat terutamanya bidang perbankan membuatkan Datuk Seri Tengku Zafrul lebih meyakinkan dalam menguruskan kewangan negara.
Ini jelaslah bahawa, naratif yang digunakan oleh Lim Guan Eng sebelum ini yang memburuk-burukkan ekonomi negara hingga menakutkan pelabur asing adalah bersifat politik semata-mata.


Matlamatnya hanya mahu menabur persepsi di kalangan rakyat serta mahu menutup kelemahannya dalam menguruskan ekonomi negara.
Dengan itu, ini menunjukkan bahawa Kerajaan hari ini memilih untuk tidak memberi pelbagai alasan. Sebaliknya lebih banyak mencari jalan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela.
Paling penting, kita bernasib baik mempunyai seorang Menteri Kewangan yang lebih baik, jujur dan ikhlas daripada Menteri Kewangan sebelum ini.
Jelas dan nyata, pemimpin Kerajaan hari ini, sepadan dengan sebuah peribahasa Melayu iaitu duduk seperti kucing tetapi melompat seperti harimau. Ini membawa maksud, mereka lebih banyak bekerja dan berfikir daripada hanya bercakap kosong.


DATO’ MOHD ZAIDY ABDUL KADIR
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan 
(Sarawakvoice)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan hari ini dikatakan 'duduk seperti kucing tetapi melompat seperti harimau.' Sebaliknya kerajaan PH sebelumnya, mengaum seperti harimau, tetapi sebenarnya kucing.. 

Kerana itu menteri kewangannya dikatakan sanggup menipu ijazah.. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails