Monday, April 13, 2020

PKP: Kerajaan tidak pernah pinggirkan Orang Asli


KUALA LUMPUR: Tohmahan mengatakan pihak kerajaan meminggirkan Orang Asli adalah tidak benar, demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan agihan bantuan bekalan makanan kepada masyarakat orang asli sejak

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Bantuan fasa pertama iaitu daripada 2 April hingga 10 April telah diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah di 853 perkampungan orang asli di seluruh negara yang bernilai RM5 juta,” katanya dalam sidang media siang tadi.

Menurut beliau, bantuan fasa kedua akan bermula pada 10 April 2020 dengan pertambahan penerima kepada 55,000 ketua isi rumah yang melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta.


“Bantuan fasa kedua ini merupakan sambungan daripada agihan fasa pertama dengan penambahan kepada keluarga yang berpindah randah dan tinggal di kampung-kampung tambahan,” ujarnya lagi.
Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa tidak ada peminggiran kepada masyarakat orang asli seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu.- HARAKAHDAILY 9/4/2020
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota

  1. Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    • 1 year ago
    •        
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...


  2. Jelmol - Halijah

    • 11 years ago
    •        
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.


Video

Selamatkan keluarga kita dari pemikiran SIS



TUAN puan, cuba ambil masa sekejap tenung wajah anak kecil kita, ada tak perasaan bimbang apa akan berlaku dengan akidah anak kita 20 tahun akan datang. 
Dunia yang semakin mencabar, kekeliruan yang diwujudkan atas nama Islam, tapi Islam hanya jenama, isinya jauh terpesong dengan kebenaran.

Kita kena bertindak. Kita kena ada usaha untuk pelihara dan pertahankan kesucian Islam. Tolong, tolong sangat kenalkan pada keluarga kita, anak-anak kita ancaman dan bahaya yang ada sekarang. Tolong sangat.

Kita yakin masih ramai yang mempercayai dan menghormati Jawatankuasa Fatwa yang terdiri daripada para ulamak dan ahli-ahli pakar.
(1) Pertubuhan Sister In Islam (SIS) Forum Malaysia telah difatwakan pada 17 Julai 2014 lagi sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Rujuk dokumen Jawatankuasa Fatwa yang saya lampirkan.
(2) Tahun lepas (2019), SIS telah gagal dalam mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa tersebut di Mahkamah Tinggi.
(3) Hakim Datuk Nordin Hassan berkata, tindakan Jawatankuasa Fatwa itu tidak dicemari dengan tindakan yang menyalahi undang-undang dan kekadaran.
Undang-undang Allah S.W.T pun mereka dah langgar dengan pemikiran Liberalisme dan Pluralisme, cabar pula dan gagal berteduh dengan undang-undang dunia. Mereka tak duduk diam tuan puan, mereka aktif dan sangat aktif!
Kita minta tolong sangat, tolong sangat kenalkan pada keluarga kita, anak-anak kita ancaman dan bahaya yang ada pada SIS. Tolong sangat.
Untuk panggil bersemuka dialog, kaunseling, atau haramkan pertubuhan ini, itu kita serahkan pada langkah pihak Kerajaan. Kita kena bertindak dengan apa yang kita mampu. Tolong share.
PENCETUS UMMAH AKRAM
Menulis sambil riba dan tenung anak umur setahun. – HARAKAHDAILY 13/4/2020

Bongkar Skandal B/Menteri Belia PH Dengan Wanita Ini?


Walau Tak Disebut Namanya, Syed Saddiq Wajib Tampil Jawab Dakwaan

Kira-kira tiga hari lalu muncul sebuah rakaman video yang kemudian bertebaran di media sosial berkenaan seorang wanita muda jelita meluahkan perasaan kecewa terhadap hubungannya dengan seseorang yang ternama.

Walaupun wanita itu tidak menyebut siapa lelaki yang dimaksudkannya, tetapi oleh kerana sebelum ini gambarnya berpelukan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih dulu tersebar luas, ramai pengguna media sosial tanpa berselindung mengaitkan beliau dengan wanita terbabit.

Tambahan lagi, jika diteliti intipati luahan hati wanita muda dalam video itu, tidaklah sukar untuk memahami bahawa apa yang diluahkannya adalah ditujukan kepada Syed Saddiq yang baru-baru ini membuat laporan polis berhubung kehilangan atau kekurangan wang kira-kira RM250 ribu daripada peti simpanan di rumahnya.

Sebaik laporan polis dibuatnya, blog ini ada menggesa agar SPRM menyiasat Syed Saddiq berhubung sumber serta kesahihan wangnya yang hilang itu.

Dilaporkan kemudian SPRM sudah pun membuka kertas siasatannya dan Syed Saddiq serta beberapa pihak yang lain juga difahamkan sudah diambil keterangan oleh agensi pencegah rasuah itu.

Sebelum itu, Syed Saddiq telah tampil menjelaskan wang tersebut adalah simpanannya untuk membaiki rumah yang baru dibelinya bersama keluarganya, sementara sebahagian daripada RM250 ribu itu adalah wang ayah dan ibunya.

Apabila tersebar video ini, saya sengaja lambat sikit untuk membuat ulasan kerana mengharapkan Syed Saddiq segera tampil memberi penjelasan berkenaan hubungannya dengan wanita muda jelita itu serta dakwaan yang dibuatnya.

Sebagai pemimpin muda yang selalu melaungkan slogan “Berani Kerana Benar”dan “Kekal Berprinsip” dalam perjuangannya selama ini, Syed Saddiq tidak harus berdiam diri saja dalam isu terbaru ini.

Beliau mesti berani tampil menjelaskan sejauh mana hubungannya dengan wanita muda jelita itu dan sama ada benar segala dakwaan yang dibuatnya sebagaimana terkandung dalam video itu.

Video tersebut di sini https://www.facebook.com/301114980619309/posts/636661210398016/?vh=e&d=n

Adalah dibimbangi jika Syed Saddiq terus berdiam diri, wanita muda jelita itu akan tampil lagi dengan rakaman video yang seterusnya beserta pelbagai dakwaan lain terhadap beliau.

Jika itu berlaku, sudah tentu nama dan imej Syed Saddiq akan lebih buruk di mata umum, lebih-lebih lagi beliau bakal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Armada Bersatu tidak lama lagi.

Pendeknya, berdiam diri dan membisu bukanlah pilihan yang wajar baginya.

Atau, kiranya Syed Saddiq lebih berani dan yakin dirinya di pihak yang benar serta segala dakwaan dalam video itu adalah palsu, apa kata beliau saman saja wanita muda jelita tersebut?Ayuh Syed Saddiq, inilah masanya untuk membuktikan “nothingtodide” yang selalu jadi sebulan sebelum ini bukan sekadar kata-kata yang sedap diungkapkan, tetapi juga mesti berani untuk dilaksanakan.

Shahbudin Husin

Bolehkah Gelombang Ikramisasi Ini Dihentikan? -Dr Kamarul Zaman


Awas: Gelombang ‘Ikramisasi’ IPTA di Malaysia

SELEPAS Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, timbul dakwaan dalam Asia Sentinel bahawa sekurang-kurangnya 26 Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA di Malaysia telah beliau lantik dari puak IKRAM.

Menariknya, individu yang tampil mempertahankan Dr Maszlee dalam laman web IKRAM ialah Datuk Dr Musa Nordin yang menyebut tuduhan itu palsu kerana puak IKRAM yang Dr Maszlee lantik sebagai Naib Canselor IPTA hanyalah 6.

Kalaulah betul hanya 6 Naib Canselor IPTA yang Dr Maszlee lantik adalah dari puak IKRAM sekalipun, bilangan ini masih lagi besar, 6 daripada 20 adalah 30 peratus, dan tidak hairanlah begitu kuat sekali dakwaan ‘Ikramisasi’ IPTA di Malaysia.

Menariknya lagi, satu memorandum yang diserahkan oleh pimpinan IKRAM kepada Dr Maszlee pada 11 Jun 2018 menyebut “terdapat lebih 500 tenaga akademik IPTA atau IPTS dalam kalangan ahli IKRAM yang digabungkan dalam wadah IKRAM Akademia”.
Carian lanjut mendapati IKRAM Akademia ini telah kemudiannya didaftarkan pada 30 Oktober 2018 dengan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama yang memilih Ahli-ahli Jawatankuasanya telah dilangsungkan di Seri Kembangan pada 5 Januari 2019.
Bermula dari situ, keahlian IKRAM Akademia melonjak naik dengan umpamanya catatan pertambahan seramai 98 ahli yang datang dari IPTA seluruh negara hanya dalam tempoh kurang 3 bulan sahaja, iaitu antara 22 Ogos ke 6 Oktober 2019.
Peliknya, keahlian IKRAM Akademia hanya eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM yang menjadi ahli akademik sahaja, begitu juga dengan aktiviti-aktivitinya yang bersifat eksklusif, termasuk “mentoring dan pembangunan kerjaya ahli IKRAM Akademia”.
Bayangkanlah bila Bengkel Penyediaan Geran Projek FRGS 2019 anjuran IKRAM Akademia di UPM, yang selalunya dan sepatutnya dibuka kepada semua ahli akademik, pun boleh dibuat eksklusif untuk ahli-ahli IKRAM dan diselitkan agenda IKRAM sekali.
Mereka juga begitu berani sekali sebelum ini dengan mendedahkan secara terbuka aktiviti-aktiviti dan identiti ahli-ahli mereka kerana dukungan kuat Dr Maszlee malah selepas Dr Maszlee sudah meletakkan jawatan sekalipun ia tetap berterusan. Apakah akan jadi jika gelombang Ikramisasi IPTA di Malaysia ini dibiarkan berterusan? Bolehkah dan bagaimanakah gelombang Ikramisasi IPTA di Malaysia ini dihentikan?
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 12/4/2020

Pertandingan mencipta video pendek


Anjuran Jabatan Bendahari PAS Pusat

BERTEMA panduan menjimatkan perbelanjaan keluarga semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka, Jabatan Bendahari PAS Pusat menganjurkan pertandingan ini.

Tujuan

(1) Untuk mendedahkan masyarakat kepada cara-cara untuk menjimatkan perbelanjaan keluarga semasa dan selepas PKP.
(2) Untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat PKP dan keadaan ekonomi selepas itu.
(3) Untuk mencungkilkan bakat-bakat kreatif yang ada pada masyarakat.
(4) Untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat.
Syarat-syarat penyertaan
(1) Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja mereka berada di dunia.
(2) Terbuka kepada semua peringkat umur.
(3) Terbuka kepada kepada individu dan bukan syarikat, institusi atau NGO walau bagaimanapun penyertaan secara berkumpulan dibenarkan.
(4) Terbuka kepada para amatur dan bukan para profesional yang terlibat di dalam industri perfileman, pengiklanan atau yang berkaitan.
(5) Sebarang hak ke atas video diserahkan kepada penganjur dan peserta tidak akan membuat sebarang tuntutan.
Syarat-syarat video
(1) Bertema, “Panduan menjimatkan perbelanjaan keluarga ketika PKP“.
(2) Panjang maksima 2 minit.
(3) Mudah ditonton melalui FB, WhatsApp, Telegram, Twitter dan IG.
(4) Kreatif seperti lakonan atau animasi dan bukan tradisional seperti kuliah atau ceramah.
(5) Tidak bertentangan dengan Syariah.
(6) Di dalam Bahasa Malaysia tetapi dibolehkan tidak lebih dari 10 peratus pertuturan di dalam bahasa-bahasa lain.
(7) Tidak akan menimbulkan kebencian atau kegusaran di kalangan rakyat.
Hadiah-hadiah
Hadiah berupa wang tunai seperti berikut dan sijil-sijil akan dianugerahkan kepada para pemenang;
Video terbaik – RM400
3 hadiah saguhati – RM200 setiap seorang
Tarikh tutup
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 April 2020.
Keputusan pertandingan
Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 28 April 2020.
Penyertaan boleh dihantar melalui WhatsApp kepada 011 2674 3505 atau emel kepada jbpp2020@gmail.com.
Sila sertakan maklumat-maklumat berikut;
(1) Nama penuh peserta atau nama ketua kumpulan.
(2) Nombor Kad Pengenalan.
(3) Alamat penuh.
(4) No Telefon.
(5) Emel.
(6) Pekerjaan.
(7) Gambar bersaiz pasport.
(8) Nama kumpulan jika dihantar secara berkumpulan.
Pihak kami berhak menyiarkan semula video-video yang kami terima.
Keputusan penganjur adalah muktamad.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”
(Riwayat Muslim)
DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Bendahari PAS Pusat
12 April 2020 – HARAKAHDAILY 12/4/2020

Sunday, April 12, 2020

COVID-19: Belajar Dari Silap&Angkuh S'pura


Dr Dzul, Belajarlah Dari Keangkuhan Singapura

Saya terkejut bila hari ini Dr Dzul dilaporkan berkata kerajaan patut buat ujian antibodi COVID-19 (serological test) besar-besaran dan bukannya memanjangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [1]. Saya tak boleh bayang kalau dia masih lagi Menteri Kesihatan.

Dr Dzul, nasihat saya belajarlah daripada keangkuhan Singapura. Ketika kita mula melakukan PKP, Singapura negara terawal mengkritik kita. Kita dituduh ekstrem, tindakan tidak kompeten, merosakkan ekonomi dua negara dan bermacam lagi [2].

Ya. Mereka ada fasiliti kesihatan bertaraf dunia. Rakyat mereka paling berdisiplin dan paling patuh arahan. Ujian besar-besaran dibuat kerana mereka yakin simptom awal dapat dikesan.

Mereka melakukan 72,680 pengujian setakat 7 April 2020. Atau nisbah 12,250 pengujian per sejuta penduduk - antara tertinggi di dunia. Malah nisbah ini sebenarnya lebih tinggi daripada Korea Selatan (9100 ujian per sejuta penduduk)

Tetapi Singapura silap. Mereka gagal mengambil kira faktor luar jangka. Contohnya 88% pesakit COVID-19 sebenarnya tiada simptom / mempunyai simptom minimum. Tetapi masih mempunyai potensi menyebarkan virus kepada orang lain.

Singapura rebah. Kes positif tiada tanda turun. Kadar kesembuhan mereka adalah 23.7%, lebih rendah daripada kita yang mencatat 44%. Akhirnya Singapura terpaksa mengalah dan mengisytiharkan lockdown (mereka panggil Circuit Breaker) bermula 7 April

Tetapi sudah terlambat. Kes mereka menjadi tidak terkawal. Pada 9 April mereka menerima 287 kes positif - lebih tinggi daripada kadar harian paling buruk negara kita.

Singapura menyesal. Lawrence Wong, Menteri Pembangunan Negara mereka mengatakan, "Jika saya tahu virus ini boleh merebak dengan cepat, saya akan melakukan tindakan yang berbeza (daripada sebelum ini iaitu ujian besar-besaran dan amalan social distancing sahaja)"

Bahayanya Singapura sehinggakan BBC sendiri memberi amaran bahawa dunia hari ini sepatutnya mula bimbang dengan trend yang sedang berlaku di negara tersebut. [3]

Jauh berbeza dengan Malaysia. Bukan sahaja PKP yang dijalankan telah berjaya mengurangkan kes-kes aktif malahan usaha dan inisiatif terutama oleh pasukan Menteri 'Air Masak' Dr Adham Baba telah berjaya memastikan negara kita bersedia untuk pandemik yang lebih serius

Dengan kurang daripada 2500 kes aktif hari ini, kita masih jauh daripada kapasiti maksimum 7000 pesakit yang boleh dirawat di pusat-pusat kesihatan negara.

Pengujian kes kita juga semakin lama menunjukkan angka yang memberansangkan. Kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Menteri 'Tik Tok' dan MOSTI pada akhir Mac membolehkan 10 makmal tambahan digunakan bagi pengujian pada skala yang lebih besar. [4]

Ia akhirnya menyumbang kepada peningkatan pengujian harian daripada 5,341 pada 29 Mac kepada 12,138 pengujian pada 7 April.

Itulah jasa Air Suam and Tik Tok Dr Dzul.

Ingatlah. Jangan dipandang sangat kehebatan negara luar. Kerana kadang-kadang yang memukau itu cumalah kosmetik yang meliar.

Banggalah dengan negaramu sendiri. Yakinlah dengan bakat tanah air mu ini. Percayalah dengan kesabaran setiap rakyat yang senyum menanti.

Hanya dengan itu perang ini akan kita menangi

#KitaAkanMenang


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan lupa doa ulamak, umat Islam, dan rakyat yang dizalimi tetap akan diangkat Allah SWT ke langit tinggi. Amin!

DNA KOMINIS MASIH MENGALIR DALAM DARAH LIM KIT SIANG. - Anti-DAP Club

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails