Saturday, April 25, 2020

Bumiputera PPg: 'Jual tudung, gantung di ‘handle’ motor.' Nak Beli Susu Anak.


Sebuah motosikal yang digantung penyidai kain di sebuah stesen minyak menjadi tanda tanya. Foto Facebook Alin Taharin
Demi anak bapa sanggup jual tudung, gantung pada ‘handle’ motor... emoji senyum beri 1001 maksud - “Nak raya nanti macam mana pula?”


TANPA mempedulikan cuaca panas terik, seorang penunggang motosikal duduk di atas tembok di sebuah stesen minyak.
Namun, apa yang peliknya apabila kelihatan penyidai baju kecil tergantung pada sebelah pemegang motosikal milik lelaki itu.
Menerusi sekeping foto yang dirakamkan oleh seorang wanita, terdapat kadbod yang diletakkan di atas tempat duduk yang memaklumkan dia menjual tudung.
“Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin anak,” menurut keterangan pada kadbod itu.

Lebih menyentuh hati apabila di akhir keterangan itu turut disertakan dengan emoji senyum yang sukar ditafsir apakah maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Keterangan pada kadbod yang diletakkan di atas tempat duduk motosikal.

Wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa lelaki berkenaan bukan mengemis tetapi memerah keringat sendiri demi keluarganya.

“Terserempak dengan saudara ni di Petronas Seberang Jaya. Saudara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anak,” tulisnya di halaman Facebook Alin Taharin.

Posting wanita berkenaan kemudian menjadi tular selepas ia dikongsi halaman Facebook Penang Kini.

 Tudung yang dijual, digantung pada penyidai baju kecil.

"Tolong support brother kita ni sesiapa yang berdekatan. Tu baru cari duit nak beli lampin anak. Nak raya nanti macam mana pula? Anak berapa orang pun kita tak tahu. Semoga Allah mudahkanlah urusan semua umat Islam di bulan Ramadan ini,” komen netizen yang lain.

Malah, ada yang mengingatkan bahawa segelintir pihak yang mengalami kesempitan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.
“Rezeki masing-masing, yang mana ada gaji tu sepanjang PKP ni janganlah kita riyak sangat. Ada yang teramat susah nak survive.
“Kita doa yang baik-baik. Yang mana ada lebih tu kita kongsi-kongsi lah rezeki. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. Amin,” ujarnya. (Mstar)
GPMS CAWANGAN KEMPAS: AMINUDDIN BAKI DALAM KENANGAN
GPMS CAWANGAN KEMPAS: AMINUDDIN BAKI DALAM KENANGAN
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila renungkan  kata-kata Allahyarham Amiduddin Baki..

'Pisang berbuah dua kali
ayam di kepok mati kelapatan
itek di air mati kehausan
ibarat malang pak kadok
ayam menang kampong tergadai.
Beginikah bangsa di negara berdaulat
bumiputra rela dagang merantau?

Dikutip dari majalah dua bulanan 'Al-Islah' terbitan sekitar 1960/70an  oleh Tuan Hj Yusuf Rawa (Bekas Presiden PAS) di Lebuh Aceh Pulau Pinang.

Lihat sebelum ini..
Assalamualaikum good morning Bagi yang tengah down tu jom bangkit ...
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
Bab 1
Bersambung..

Normal Baru Mendidik Jiwa Dalam Ramadan Tahun Ini..


Perutusan Ramadan Muslimat PAS Sarawak


BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM, segala puji Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, para Sahabat, Tabi’in dan seluruh para pejuang Islam sekalian.

Saya mewakili Dewan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sarawak mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak, bulan penuh berkat dan ganjaran Allah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Sarawak.

Kedatangan bulan Ramadan kali ini agak berlainan dengan yang pernah kita hadapi sebelum ini. Kebiasaannya amalan secara berjemaah seperti solat, menghidupkan majlis ilmu di masjid dan surau, ziarah, membersihkan kubur dan majlis tahlil buat ibu bapa yang telah meninggal dunia menjadi aktiviti setiap Ramadan.
Namun bulan Ramadan kali ini amat berbeza. Allah memberi kesempatan untuk kita menjalani Ramadan 2020 dalam ‘Normal Baharu’. Pasti ada hikmah besar di sebalik sambutan Ramadan dengan normal baharu ini.
Allah membuka ruang dan masa yang luas kepada hambaNya untuk beribadah serta mendekatkan diri padaNya lebih daripada tahun-tahun sebelum ini. Allah memberi nikmat beribadah bersama keluarga sepenuhnya pada kali ini.
Nikmat Ramadan kali ini begitu bermakna apabila rumah-rumah kita sendiri akan dihidupkan dengan pelbagai amalan yang mungkin sebelum ini kurang kita laksanakan bersama keluarga dan kurang juga kita lakukan dalam rumah kita sendiri.
Kesibukan luar sebelum ini mungkin membataskan masa menyoroti sirah Rasulullah dan para Sahabat. Kini masa itu diberi Allah untuk kita. Penjarakan sosial dan keterbatasan dalam pergerakan bukan penghalang untuk kita beramal.
Manfaatkanlah internet tanpa batasan untuk melaksanakan pelbagai ibadah. Kita boleh bersedekah secara dalam talian, mendengar atau menyampaikan ilmu secara siaran langsung di muka buku, menyampaikan mesej kebaikan kepada ahli keluarga dan masyarakat serta sama-sama mendoakan dan bersedekah bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia dari rumah masing-masing. Ternyata internet mampu menjadi talian untuk kita kekal melaksanakan amalan-amalan berjemaah dalam bentuk yang baharu.
Budaya kali ini yang berbeza akibat pandemik wabak COVID-19 adalah cara Allah untuk mendidik hambaNya bersabar. Sabar itu hanya akan ada pada orang yang beriman seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Urusan orang yang beriman itu sangat menakjubkan. Seluruh perkaranya baik dan itu hanya milik orang yang beriman. Jika ia meraih kesenangan, ia bersyukur, dan itu kebaikan baginya. Jika ia ditimpa kesulitan, ia bersabar, dan itu menjadi kebaikan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Selain memanfaatkan masa lapang ini untuk diri dan keluarga, gunakanlah bulan Ramadan ini untuk turut mendoakan para petugas hadapan memerangi COVID-19 ini. Walaupun mereka tidak seperti kita menyambut Ramadan sepenuhnya di rumah, sama-sama kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan ibadah puasa dapat mereka jalani dengan sebaiknya.
Bagi kaum wanita serta warga emas, jangan lupa beberapa keringanan (rukhsah) yang Allah berikan sepanjang Ramadan untuk yang tidak mampu berpuasa. Bayarlah fidyah bagi puasa lepas yang belum diselesaikan. Bagi yang berkemampuan bantulah ibu bapa yang telah uzur untuk menyelesaikan bayaran fidyah ini. Kita nasihatkan juga untuk kaum wanita peka dengan rukhsah dan hukum-hukum berpuasa dalam konteks perubatan khususnya yang terkini berkaitan dengan pengujian dan rawatan COVID-19 ini.
Marilah sama-sama mengambil kesempatan bulan mulia ini untuk mendidik diri dengan pelbagai amalan. Berikan sokongan dan dukungan buat suami dan anak lelaki menjadi imam dalam pelbagai ibadah kali ini. Sesungguhnya Ramadan ini mampu menjadi satu catatan terindah dalam lipatan diari peribadi dan ummah abad ini. Sungguh kami bersyukur Ya Allah kerana memilih kami untuk merasai nikmat Ramadan dalam normal baharu ini.
Sekian, terima kasih.
JULIANI ADIN
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) sesi 2019-2021 – HARAKAHDAILY 23/4/2020

Friday, April 24, 2020

Masalah Ebit Liew, Orang Kampung, Pusat Zakat, Ini Sepatutnya.


HEBOH beberapa hari lalu mengenai cerita berkenaan seorang pendakwah yang dikenali ramai iaitu Ebit Liew. 


Dilaporkan beliau telah pergi ke Kedah dan di sana, beliau telah menemui seorang tua bersama cucu-cucunya, tinggal di tempat yang sangat daif. Cucu-cucunya pula tidak ke sekolah, sampah sarap bertaburan di dalam pondok mereka.
Ramai yang menangis melihat akan kehidupan keluarga itu. Ustaz Ebit kemudiannya mencarikan sebuah rumah sewa untuk disewa sebanyak RM800 sebulan berdekatan dengan kawasan itu. Kata beliau, dia akan membayar sewa itu selagi termampu. Tidak terhenti setakat itu, maka bermulalah cerita dalam cerita yang lain.
Orang kampung asal mendakwa mereka telah membantu keluarga itu tetapi banyak masalah yang telah terjadi di sebalik bantuan itu. Keluarga itu dilaporkan menolaknya, tetap mahu tinggal di tempat itu. Sampah sudah banyak kali dibersihkan dan kemudiannya dikotorkan semula. Pengurusan Zakat Kedah juga telah memberitahu bahawa keluarga itu telah dibantu.
Dan, masuklah netizen secara berjemaah, mengutuk sebelah pihak dan memuji sebelah pihak. Menyalahkan satu kumpulan dan membenarkan yang satu lagi. Ada yang menyokong Ustaz Ebit, lalu menghina orang kampung dan Pengurusan Zakat Kedah. Ada yang membela orang kampung dan Pengurusan Zakat Kedah, maka dibelasahnya pula Ustaz Ebit Liew.
Menghampiri Ramadan, mari kita lihat dari segi positif kepada usaha mereka ini. Kenapa mahu dilihat dari sudut kesalahan yang bakal memberikan dosa percuma kepada kita? Tidakkah bagus melihat dari segi kebaikan iaitu pahala yang berganda-ganda yang bakal kita kutip, jika kita berjaya mengikuti jejak langkah mereka semua.
Mereka semua itu telah berusaha untuk membantu orang susah. Oleh itu insyaAllah mereka akan mendapat pahala di sisi Allah atas usaha mereka yang amat baik itu. Tetapi kita sibuk berkelahi, saling membalas hantaran mengutuk sesama kita. Baik dari pihak Ustaz Ebit, mahupun orang kampung atau Pusat Zakat, mereka tidak pernah meminta kita berbalah bagi pihak mereka. Mengapa kita yang lebih-lebih?
Oleh itu saya cadangkan, kita juga berbuat sesuatu bagi mengutip pahala sebagaimana mereka. Pastinya ramai dari kita mempunyai rakan-rakan yang berniaga secara online ketika Ramadan ini. Suka saya cadangkan untuk kita membantu perniagaan mereka. Banyak cara selain daripada menguar-uarkan kepada umum, kita membeli produk mereka dengan banyak, mengikut kemampuan.
Contohnya kenal pasti rakan-rakan anda yang dipercayai yang berniaga makanan atau yang menjadi ‘runner’. Buatlah tempahan makanan dari mereka. Kemudian suruhlah rakan anda itu untuk membuat penghantaran kepada mana-mana individu yang anda kenal pasti sebagai miskin atau rakan atau saudara mara atau sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk diberikan makanan itu.
Di bulan Ramadan ini, tidak kisah kepada siapa makanan itu disedekahkan kerana dalam Hadis menyebutkan memberi makan kepada orang yang berpuasa, tidak tertakluk kepada orang miskin sahaja, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja, sama pahalanya. Cuma mungkin di musim COVID-19 ini, lebih baik diberikan kepada yang kurang atau tidak mampu.
Maka kita telah membantu rakan kita berniaga, memberikan wang kepada runners, menyediakan juadah kepada orang yang berpuasa, tanpa kita keluar rumah, apa lagi di waktu PKP ini. Berlapis-lapis pahala kita dapat. Apatah lagi jika ia diberikan kepada saudara mara kita yang terdekat yang susah. Secara tidak langsung, kita telah mengikuti contoh yang baik dari peristiwa yang kita bincangkan di atas.
Kalau tiada rakan yang berniaga, kita boleh menyediakan makanan sendiri dan minta kumpulan seperti cawangan PAS mengagihkannya kerana kepatuhan kita terhadap PKP kepada yang layak. Oh, bukan ahli PAS? Tak apa, boleh tanyakan kepada cawangan Umno bagi membantu. Bukan juga Umno, jadi anda pembangkang? Cari cawangan PH yang berdekatan untuk menolong atau kepada AJK masjid terhampir.
Anda bukan dari mana-mana kumpulan? Mungkin boleh minta penghulu mencarikan orang-orangnya untuk mengedarkan makanan itu. Atau jika anda tidak larat menyediakan makanan, berikan sahaja duit kepada mereka untuk siapkan makanan di atas melaksanakan kerja amal di bulan Ramadan ini. Biarlah siapapun anda, asalkan rantaian sedekah ini berjalan tanpa putus. Buang dahulu politik kepartian.
Siapa yang kita sokong? Ustaz Ebit? Jadi kita telah lakukan apa yang beliau buat, walaupun mungkin tidak sebanyak yang telah beliau berikan. Sokong orang kampung? Bermakna kita juga telah mengambil teladan dari mereka kerana turut membantu keluarga itu sejak dahulu. Ada yang gembira bantuan dari Pusat Zakat Kedah? Maka anda sedang menelusuri jejak-jejak mereka mendapat redha Allah. 1 Ramadan ialah pada Jumaat, lagi berganda pahala sedekah.
Ingatlah gandaan bersedekah di bulan Ramadan terlalu banyak. Rasulullah paling banyak dan bersegera bersedekah dalam bulan Ramadan seperti angin yang bertiup. Setiap kebaikan kita akan digandakan dengan 10 kali ganda. Amat malang jika kita masih berkelahi siapa yang salah, siapa bertanggungjawab, sedangkan mereka insyaAllah mengutip pahala berterusan. Kita pula menyedut dosa. Mereka semua telah pun melaksanakan amanah masing-masing, kita pula keji mengeji. Cerdikkah kita?
MOHD NASIR ABDULLAH
23 April 2020 – HARAKAHDAILY 23/4/2020

Kes positif di Indonesia 7,775, kematian 647. Di AS, Kematian 47,000.

COVID-19: Kes positif di Indonesia 7,775, kematian 647
Keadaan di sebatang jalan yang lengang akibat penularan COVID-19 di Ubud, Bali, Indonesia, 23 April, 2020. REUTERS

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 7,775 kes, dengan 11 lagi kematian berlaku bagi tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata pada Khamis, jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 647 orang, sejak kematian pertama pada 11 Mac lepas.


"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam (Rabu) sehingga 12 tengah hari ini (Khamis), sebanyak 357 kes baharu, manakala pesakit yang dalam pengawasan berjumlah 18,283 orang," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 301 kes, diikuti Jawa Barat (74 kes), Jawa Timur (60), Jawa Tengah (53) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. (BERNAMA)

Pegawai perubatan mengambil sampel darah orang ramai bagi mengesan virus COVID-19 di New York. - Foto AFP
Pegawai perubatan mengambil sampel darah orang ramai bagi mengesan virus COVID-19 di New York. - Foto AFP

COVID-19: Kematian di Amerika mencecah 47,000

WASHINGTON: Kematian akibat COVID di Amerika Syarikat (AS) mencecah 47,000, pada Rabu, menurut laporan Agensi.

Model University of Washington https://covid19.healthdata.org/united-states-of-americyang dipetik oleh Rumah Putih, mengunjurkan hampir 66,000 kematian COVID-19 di AS menjelang 4 Ogos depan.
Kematian pertama di AS dicatatkan pada 6 Februari lalu. Dalam tempoh beberapa minggu selepas itu, angka kematian di AS terus meningkat sehingga ia menjadi yang tertinggi di dunia.
Semalam, kematian akibat COVID-19 di negara itu adalah sebanyak 47,050, manakala rekod harian sekitar 1,800 dengan beberapa negeri lain belum melaporkan.
Mengikut rekod kematian pada Selasa lalu adalah 2,792 sahaja manakala 2,806 kematian dicatatkan pada 15 April lalu.
Semalam, di New York, pusat wabak COVID-19 melaporkan 474 kematian baru, iaitu ada jumlah terendah sejak 1 April.
Sehingga ini, Amerika Syarikat mencatat jumlah kes COVID-19 paling tinggi dunia iaitu lebih dari 830,000.
Bagaimanapun, Presiden Donald Trump, semalam memuji langkah diambil beberapa negeri di AS, yang dipimpin oleh Republikan, termasuk Georgia, Carolina Selatan dan Tennessee yang sudah membuka kembali ekonomi mereka, meskipun terdapat amaran mengenai kemungkinan peningkatan jangkitan COVID-19. - Agensi

Implan Payudara Wanita Selamatkan Dari Tembakan Peluru Jarak Dekat..

Pakar perubatan mendedahkan implan payudara berjaya menahan peluru daripada menembusi organ penting seorang wanita sekaligus menyelamatkan nyawanya. — Foto FailPakar perubatan mendedahkan implan payudara berjaya menahan peluru daripada menembusi organ penting seorang wanita sekaligus menyelamatkan nyawanya. — Foto Fail

TORONTO 22 April — Seorang wanita terselamat daripada ajal selepas satu tembakan dari jarak dekat mengenai bahagian payudaranya yang mempunyai implan.
Insiden di Toronto, Kanada berlaku ketika wanita berusia 30-an itu dilaporkan sedang bersiar-siar di bandar berkenaan.
Pakar mendedahkan insiden bukan kali pertama dan pernah berlaku sebelum ini pada tahun 2018 terhadap seorang wanita.
Menurut kajian yang dipetik daripada jurnal perubatan SAGE, implant yang dipakainya telah menangkis peluru daripada menembusi organ penting.
Terdahulu, seorang pakar bedah bernama Giancarlo McEvenue memberitahu kepada agensi berita CNN bahawa pesakit tersebut telah datang ke hospital dalam keadaan cedera bagi mendapatkan rawatan.
“Peluru itu menembusi kulit di sebelah kiri terlebih dahulu dan kemudian memasuki bahagian atas sternum ke payudara kanan dan patah tulang rusuknya di sebelah kanan.
“Di sebelah kiri ialah jantung dan paru-paru, jika peluru masuk ke dada, dia akan mengalami kecederaan lebih serius, mungkin mengancam nyawa,” katanya. (IH)

Nikah: Tiada ‘online’, tapi perkemas tatacara -JAIPK



IPOH: Tiada pernikahan secara atas talian akan dilaksanakan di negeri Perak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi majlis akad masih dibenarkan mengikut tatacara baharu yang mula dikuatkuasakan hari ini.
EXCO Agama dan Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin memaklumkan, kebenaran nikah atas talian memerlukan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak dengan perkenan Sultan Perak.
Jelas beliau, setakat ini proses nikah di Perak tertakluk kepada tatacara dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang hanya membenarkan majlis akad nikah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah.
Terang beliau, tatacara tersebut menetapkan semua pihak perlu mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dinyatakan dalam Proses Tindakan Kerja Tatacara Versi 2.0 Majlis Akad Nikah Negeri Perak.
Dimaklumkan, antara terkandung dalam perkara tersebut melibatkan keutamaan diberi kepada bakal pasangan pengantin yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah.
Majlis akad nikah juga berlangsung di bilik khas bersesuaian disamping mematuhi jarak 1 meter pergerakan pintu masuk dan keluar antara pihak-pihak, begitu juga pelan susun atur kedudukan semua yang terlibat.
Majlis akad nikah juga dinyatakan hanya boleh dilaksanakan tiga hari seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja iaitu sebanyak tiga sesi bagi setiap hari mengikut jadual waktu Tatacara Versi 2.0.
Tempoh masa pelaksanaan majlis akad nikah juga ditetapan tidak melebihi 30 minit yang hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua orang saksi, seorang pengantin lelaki dan perempuan, serta seorang wali dari pihak pengantin perempuan.
FOTO fail menunjukkan akad nikah ‘online’ pertama dilaksanakan di Kuala Lumpur.  Majlis akad nikah 'online' pertama di KL.
Selain itu maklum Ustaz Akmal, Bahagian Pembangunan Keluarga JAIPk juga memberikan perkhidmatan nasihat dan pertanyaan secara talian berkenaan nikah, cerai dan rujuk, sokongan keluarga dan rundingcara keluarga.
Katanya, waktu perkhidmatan atas talian tersebut iaitu dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari. – HARAKAHDAILY 22/4/2020

Tutup Pasar Basah Jual Haiwan Liar, Penyebar Penyakit Zoonatik.

PASAR basah jual haiwan liar digesa tutup ada kaitan dengan penyebaran penyakit zoonotik
PASAR basah jual haiwan liar digesa tutup ada kaitan dengan penyebaran penyakit zoonotik
Amerika gesa China tutup pasar jual haiwan liar
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ada kaitan dengan penyebaran penyakit zoonotik.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha AS, Mike Pompeo, semalam.

"Ia bersandarkan kaitan kuat antara penjualan haram haiwan liar di pasar basah dan penyakit zoonotik. AS meminta China menutup terus pasar berkenaan dan semua yang menjual haiwan liar secara haram," katanya.
Pasar Wuhan jual binatang eksotik tempat penularan Koronavirus ...
Pasar Tomohon Indonesia, Mirip Pasar Makanan Eksotik Di Wuhan China
Penularan Wabak Koronavirus Tak Jejas Jualan Daging Kelawar Di ...
Wabak coronavirus baharu dipercayai berasal dari pasar berkenaan yang terletak di tengah bandar Wuhan pada tahun lalu.
Kesannya, wabak itu menular ke seluruh dunia sehingga menjadi pandemik dan mengorbankan lebih 180,000 orang, selain menjangkiti lebih 2.6 juta orang, berdasarkan pengiraan dilakukan Agensi.- AGENSI


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails