Friday, May 01, 2020

33 Projek Bekalan Air Kini Hingga 2025 Di K'tan.


Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Perkhidmatan bekalan air lebih baik untuk Kelantan


LEBIH 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Negeri Kelantan dijangka akan menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga tahun 2025. 
Fokus diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

Sebanyak 12 projek pembangunan dan menaik taraf LRA melibatkan pembiayaan pinjaman RM176 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dua projek dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta. 
Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan LRA Merbau Chondong, LRA Tanjung Mas, LRA Felda Chiku, LRA Kampungg Telok, LRA Tualang dan 18 projek LRA mini. Pelaksanaan projek ini sangat penting bagi meningkatkan liputan bekalan air terawat yang kini berada pada tahap 68 peratus di kawasan bandar dan 72 peratus di kawasan luar bandar.
Kerajaan Persekutuan melalui KASA juga memperuntukkan geran RM69.95 juta bagi pelaksanaan Program NRW Kebangsaan (Pendekatan 1) dan lebih RM200 juta melalui pembiayaan PAAB bagi program penggantian paip yang sedang dan akan dilaksanakan sehingga tahun 2023 yang merupakan sebahagian dari pembangunan modal berjumlah RM400 juta yang telah diluluskan. 
Pelaksanaan projek ini penting untuk mengurangkan kadar NRW Kelantan yang mencatat paras 50.8 peratus pada tahun 2019.
Dalam pada itu Kerajaan Negeri Kelantan juga melabur RM30 juta bagi pelaksanaan 16 projek membaik pulih telaga dan pembinaan LRA mini di Pintu Geng, Perol, Ketereh, Wakaf Bharu, Kelar dan Telok Mesira. 
Kementerian ini akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin erat dengan pentadbiran Negeri Kelantan dalam memastikan bekalan air terawat yang berkualiti kepada seluruh rakyat Kelantan.
YB DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
Putrajaya
28 April 2020 – HARAKAHDAILY 28/4/2020



Muestras De La Mano Puño Del Sacador Aislado En Blanco Foto de ...Terus gerakkan  ekonomi segera, bangkit semula! Insya Allah!

Sila Lihat.. Sikit Tazkirah Ekonomi..

Cikgu jelajah 13 kampung hantar kerja sekolah di Pendalaman Sarawak. Tahniah!

 SEBAHAGIAN bahan pembelajaran yang disiapkan sebelum dihantar kepada murid di pedalaman Lawas.

SEORANG guru bahasa Inggeris sanggup menempuh perjalanan selama dua hari untuk menghantar bahan pembelajaran kepada 111 muridnya di 13 kampung pedalaman di Lawas, Sarawak.
Pengorbanan dilakukan guru muda, Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang itu bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Dia menempuh perjalanan hampir 200 kilometer yang dilaksanakan seminggu sekali itu untuk bertemu anak muridnya yang tinggal di Kem Balak, Kampung Pa' Dadar, Kampung Long Resina dan Kampung Pa' Remirang.
"Perjalanan ke sana agak mencabar dan hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja serta mengambil tempoh tiga atau empat jam untuk sampai ke sana.




"Bahan pembelajaran ini adalah dari semua guru sekolah kami, mereka akan berikan kepada saya untuk fotokopi dan diagihkan kepada semua murid di kampung tersebut memandangkan kebanyakan guru lain kini berada di kampung masing-masing," katanya ketika dihubungi.
Beliau menggelar usaha itu sebagai 'Homework COD' dan dilakukan kerana murid di kampung berkenaan tidak mempunyai akses internet dan juga rangkaian telekomunikasi.
ANTARA barangan keperluan yang dihantar ke kawasan pendalaman.  ANTARA barangan keperluan yang dihantar ke kawasan pendalaman.

"Kami mengambil inisiatif tersebut sebab kami tiada pilihan lain untuk buat pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pada waktu PKP ini.
"Berbanding sekolah di bandar, di tempat kami mengajar tiada kemudahan internet, telefon, dan kemudahan elektrik juga di catu, hanya dibenarkan guna elektrik bermula jam 6.30 petang sehingga 11 malam.
"Bahan pembelajaran ini merangkumi kerja sekolah untuk murid pendidikan khas, pra-sekolah sekolah serta murid Tahun Satu sehingga Tahun Enam,"katanya.
Kata Muhammad Nazmi, dia akan mengutip kerja sekolah yang disiapkan seminggu kemudian ketika menghantar bahan baru yang merangkumi nota dan latihan baru.
Muhammad Nazmi memberitahu mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Kementerian Kesihatan (KKM) serta komuniti kampung untuk bergerak ke kampung berkenaan.
"Seorang jururawat juga akan bersama saya selain pihak pengurusan kampung ketika menghantar bahan pembelajaran kepada murid-murid ini.
"Selalunya saya akan ke kampung ini bersama dua orang guru secara bergilir kerana bahan-bahan yang dibawa agak banyak," katanya. (MyMtro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Tahniah atas pengorbanan yang dilakukan guru muda, Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang itu.. bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia beliau dalam kebajikan yang sentiasa diredhaiNya.

Thursday, April 30, 2020

Esok Boleh Mulai Solat Tarawih Di Masjid Melaka, Tapi....

PEJABAT Mufti dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju untuk memberi kelonggaran kebenaran melakukan solat tarawih di masjid. FOTO NSTP

KERAJAAN Negeri Melaka bersetuju memberi kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah namun hanya kepada pegawai masjid di seluruh masjid di negeri ini bermula esok.
Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata, Pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju untuk memberi kelonggaran kebenaran berkenaan selepas perbincangan diadakan.
"Bagaimanapun, kelonggaran kebenaran itu hanya dikhususkan kepada empat pegawai masjid di mana mereka mesti mematuhi syarat-syarat tertentu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa berkaitan.



"Empat pegawai yang diberikan kebenaran itu membabitkan pengerusi masjid, imam, bilal dan siak. Syarat-syarat lain yang mesti dipatuhi adalah membabit solat tarawih lapan rakaat yang ringkas," katanya.
Menurutnya, kebenaran itu juga termasuk tidak menggunakan pembesar suara di luar masjid selain penjarakan sosial yang perlu dipatuhi.
Katanya, syarat berkenaan juga dibenarkan jika dalam kalangan mereka tidak terdapat simptom Covid-19 seperti mengalami batuk, sakit tekak, demam dan sesak nafas.
Sehubungan itu, borang kaji selidik peribadi akan dibekalkan kepada masjid-masjid di negeri ini.
Selain itu, Kerajaan Negeri Melaka selepas berbincang dengan Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka bersetuju untuk memberi kebenaran operasi kepada Mahkamah Syariah di semua tiga daerah Negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.
Beliau berkata, kebenaran operasi itu hanya untuk dua hari seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat sehingga 12 Mei 2020.
'Kebenaran operasi itu akan dikuatkuasakan bermula 4 Mei 2020 yang hanya akan membabitkan kes-kes terdesak yang memerlukan tindakan segera daripada pihak mahkamah seperti tuntutan perceraian.
"Pihak mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan kes-kes yang dikategorikan sebagai kes-kes terdesak untuk diambil tindakan segera,' katanya.
Masa operasi yang ditetapkan adalah dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.
Pihak mahkamah juga mesti memastikan semua tatacara operasi mematuhi SOP yang ditetapkan KKM dan pihak berkuasa berkaitan. (IH)

Ratu Terjun Negara (Belum Islam) Kongsi Puasa Rasai Nikmat Haus.

Pertama kali berpuasa penuh, Pandelela 'tabik' kepada orang Islam
Pandelela berkongsi pengalamannya berpuasa penuh sehari di laman sosialnya - Foto instagram@ pandelela
Pertama kali berpuasa penuh, Pandelela 'tabik' kepada orang Islam

RATU terjun negara, Pandelela Rinong menzahirkan rasa hormatnya terhadap umat Islam yang berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Penerjun kelahiran Bau, Sarawak itu menerusi kiriman di Instagram rasminya beberapa hari lepas berkongsi pengalaman berpuasa penuh selama sehari.

“Pertama kali berpuasa penuh seharian membuatkan saya dapat merasai nikmat kehausan sebenar. Saya benar-benar respect (hormat) kepada orang Islam yang berpuasa selama sebulan.

“Kagum dengan rakan atlet saya yang beragama Isla
m yang berpuasa,” katanya.

Elak Ditangkap Khalwat, Lari Melalui Bumbung.. Lelaki Beristeri Dg Wanita Bersuami..

Ditangkap Khalwat, Guna Alasan Nak Bersahur Bersama
Ditangkap Khalwat, Guna Alasan Nak Bersahur Bersama.


JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air rumah untuk mengelak daripada dicekup berkhalwat gagal apabila dia ditahan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).
BH Online melaporkan, dalam kejadian jam 12.45 pagi tadi, lelaki berusia 40-an yang masih berstatus suami orang itu dicekup berkhalwat di rumah wanita yang juga masih isteri orang di sebuah rumah kampung di daerah ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata pemeriksaan diketuai Mohamad Ihsanuddin Mohd Azahar selepas menerima aduan awam berhubung kes khalwat di kawasan itu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 40-an itu tinggal di rumah berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia lingkungan 13 tahun.
“Ketika serbuan dilakukan, anggota kami mendapati lelaki berkenaan masuk melalui bilik air rumah itu untuk melarikan diri di atas bumbung rumah berkenaan tetapi gagal apabila rumah itu dikepung anggota PADKP.
“Berikutan itu, dia ditahan dan hasil soal siasat mendapati lelaki itu sudah beberapa hari menumpang di rumah wanita itu malah memberi alasan untuk bersahur bersama,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Radzi berkata, hasil soal siasat juga mendapati wanita itu masih isteri orang dan dalam proses untuk berpisah dengan suaminya.
Beliau berkata, mereka memberi alasan mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing namun alasan itu tidak membolehkan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan.
“Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya,” katanya. (IH)

Jururawat Sayu Bila Wad Lengang, Mengapa? Allahu Akbar!!


Mereka Terawih Diketuai Imam Pesakit Tabligh’ – Jururawat Sayu Bila Wad Mula Lengang


SEHINGGA ke hari ini, wabak Covid-19 yang melanda negara kita dilihat ke arah positif apabila jumlah kes semakin menurun setiap hari. Ini menjadikan keseluruhan kes yang sedang dirawat semakin berkurang.
Di Facebook, seorang jururawat luah rasa hiba apabila wad mula lengang selepas ramai pesakit sudah mula sembuh. Menurutnya, dia rindukan suasana wad yang sering didengari bacaan ayat Al-quran dan laungan azan. Sebaknya..

Mereka muliakan agama

Bye bye memori covid 19, 16 march 2020 – 29 april 2020
Ward teratai 2c Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sayuuu bila tengok ward kami dah lengang tiada patient pesakit covid19. Dah takde dengar suara laungan azan, ayat suci al quran dan solat berjemaah. Ward lain masih ada cuma beberapa ward sahaja ditutup disebabkan kes di pahang semakin menurun. Terkesan di hati rindu saat ade mereka yang muliakan agama mu -YA ALLAH walaupun di uji di asingkan dari keluarga dan masyarakat sekeliling.
Sebak apabila malam 4 ramadhan mereka menunaikan terawih diketuai imam pesakit tabligh dan di akhiri dengan takzirah yang terkesan di hati para pesakit dan juga kami frontliner yang bertugas. I will miss this moment. Kenangan indah menjaga pesakit covid19. kluster tabligh, adik tahfiz, UIA, TUDM. Terima kasih kerana dikurniakan pengalaman dan kenangan yang paling berharga. Semoga kite jumpa lagi di lain masa.

Semoga semuanya sihat

Maaf atas kekurangan yang ada. Semoga kite semua dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga semua ward ward lain akan clear dan dikosongkan. Masih ada lagi beberapa ward yang masih buka and di negeri lain beransur kurang pesakit covid19. Semoga covid19 zero case dan kite boleh beraya bersama family.
Thanks a lot untuk team 2c yang sukarela berjihad demi merawat patient covid. Thank you team covid 2c. Walaupun baru kenal berbeza tempat betugas sebelum ni ada yang di ward, klinik dan hospital lain. Kita sama sama bantu membantu dalam memberi perawatan pesakit covid 19. We are fighter!! Tahniah sebab kita berjaya melawan covid19. Tahniah sebab kite hampir ke bebas covid19. Dan last sekali alhamdulillah baju berlapis lapis bukan baju raya kami.

Ramai sebak


Dunia Mengalami Perubahan Ketara..


Virus kecil yang menggugat kuasa besar
Hujan, ribut petir diramal pada Deepavali - Portal Islam dan ...
HEGEMONI

(1) Hari ini kita menyaksikan bagaimana seluruh dunia mengalami perubahan yang agak ketara disebabkan COVID-19. Dalam banyak sudut sama ada positif atau negatif.

  • (a) Sungai dan udara bertambah baik dengan mendadak.
  • (b) Ekonomi terencat.
  • (c) Harga minyak menjunam.
  • (d) dan banyak lagi.

Gambaran ini memperlihatkan kepada kita bagaimana COVID-19 yang halus itu mampu ‘menggegarkan’ dunia, dan merisaukan kuasa-kuasa besar.

(2) Hakikat ini perlu dilihat dari sudut kaca mata ‘kuasa besar’ yang sebenar. Atau boleh difahami dengan istilah ‘The Real Power’. Dalam bahasa geopolitik istilah ‘penguasaan’ diterjemahkan dengan ‘Hegemoni’.

Hegemoni berasal daripada Bahasa Yunani yang merujuk kepada penguasaan atau kawalan politik, ekonomi atau tentera sesebuah negara ke atas negara yang lain.

Bahasa mudahnya, hegemoni menandakan penguasaan politik atau tentera sesebuah kota ke atas kota yang lain. Manakala negara yang dominan disebut sebagai hegemon.
(3) Para pengkaji menggunakan istilah hegemoni, atau ada yang menggunakan perkataan Imperialism (الاستعمارية) yang merujuk kepada proses penjajahan.
Ada yang menggunakan perkataan Kolonialisasi yang merujuk kepada proses penguasaan dari sudut pengaruh, budaya dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun istilahnya, maksudnya hampir-hampir sama.
Penguasa dunia
(1) Jika kita mengkaji sejarah tamadun-tamadun terdahulu, kita akan dapati bahawa sejak dahulu lagi sudah wujudnya hegemoni atau yang semaksud dengannya.
Contohnya disebut oleh Imam Ibn Athir di dalam al-Kamil Fit Tarikh الكامل في التاريخ bahawa dalam sejarah terdapat 4 orang yang pernah menguasai dunia, iaitu Raja Namruz, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulqarnain.

  • (a) Manakala yang keempat, iaitu Nebuchadnezzar 634-562 SM, diperselisihkan di kalangan sejarawan. Ada yang mengatakan beliau penguasa dunia, ada yang kata bukan.
  • (b) Begitu juga Alexender Macedonia (Alexender The Great), dan ramai lagi yang dikatakan pernah menguasai dunia, dan ada yang menganggap beliau adalah Raja Zulqarnain.
  • (c) Ada juga yang menganggap bahawa Gelombang Hellenistik (323 SM hingga 30 SM) yang tercetus selepas kematian Alexender Macedonia (336-323 SM) sebagai salah satu bentuk hegemoni.
(2) Walau bagaimanapun sejarah penguasaan atau penjajahan sepanjang zaman ini perlu diteladani dan dikaji dari sudut kegilaan manusia mengejar kuasa dan pengaruh.
Biasanya, mereka yang melaksanakan proses peluasan pengaruh itu akan bertindak sebagai perosak, Allah S.W.T berfirman;
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

“Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.”
Kisah di dalam al-Quran
(1) Di dalam al-Quran banyak menceritakan mengenai kisah-kisah pemerintahan, atau ketamadunan. Bukanlah hanya sekadar untuk dibaca secara literal ayatnya, akan tetapi perlukan pengkajian.
Antara yang disebutkan di dalam al-Quran mengenai pemerintahan dan ketamadunan;
(a) Pemerintahan Firaun yang dihadapi oleh Nabi Musa A.S dalam banyak surah.
(b) Pemerintahan Namruz di zaman Nabi Ibrahim A.S di dalam surah al-Anbiya.
(c) Pemerintahan Hyksos di zaman Nabi Yusuf A.S di Mesir di dalam surah Yusuf.
(d) Pemerintahan Nabi Sulaiman A.S di dalam surah an-Naml.
(e) Pemerintahan Raja Iskandar Zulqarnain di dalam surah al-Kahfi.
(f) Tamadun yang dibina oleh Kaum Aad (Iram) dan juga Kaum Thamud.
(g) Dan lain-lain.
(2) Ada pemerintahan dan tamadun yang berkonsepkan zalim, ada yang sebaliknya. Tujuan kisah-kisah ini disebut di dalam al-Quran supaya umat Islam mengambil pengajaran.
Al-Quran menceritakan bahawa pemerintah yang zalim akan disudahi dengan kebinasaan, contohnya Abrarah diserang burung Ababil, Namruz diserang nyamuk, Firaun diserang belalang dan katak dan banyak lagi.
Tamadun yang runtuh pula banyak sebab, Kaum Thamud mati bergelimpangan disebabkan gegaran yang kuat, Kaum Aad yang membina Bandar Iram mati disebabkan angin ribut dan banyak lagi
Diakhiri dengan kemusnahan
(1) Sejarah-sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa penguasa yang sebenar itu adalah Allah S.W.T. Allah S.W.T berkuasa membangunkan sesuatu tamadun, dan meruntuhkannya.

  • (a) Contohnya tiada siapa menyangka bagaimana Namruz yang menguasai dunia, mempunyai tentera yang ramai ketika zamannya boleh mati hanya disebabkan seekor nyamuk.
  • (b) Firaun istananya di tengah padang pasir boleh mati lemas di lautan. Bandar Iram yang terbina megah boleh tenggelam di bawah pasir yang ditiupkan melalui ribut.
  • (c) Siapa sangka Tentera Abrarah yang dikenali sebagai tentera bergajah boleh mati dengan serangan burung. Hadis akhir zaman menceritakan juga bagaimana Yakjuj dan Makjuj mati disebabkan wabak.
(2) Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah-kisah ini, menggambarkan bahawa Allah S.W.T berkuasa terhadap mana-mana kuasa, dan berkuasa terhadap mana-mana tamadun.
Lihatlah bagaimana Allah S.W.T menegaskan hal ini ketika menceritakan kemusnahan Kaum Aad di dalam surah Fussilat ayat 15 dan 16:
فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

*“Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).”
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا فِي أَيَّامٍ نَّحِسَاتٍ لِّنُذِيقَهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَىٰ ۖ وَهُمْ لَا يُنصَرُونَ
“Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).”
Virus kecil menggugat kuasa besar
(1) Dalam isu COVID-19, sekali lagi Allah S.W.T menunjukkan kekuasaan-Nya. Amerika khususnya yang selama ini dianggap sebagai kuasa besar, hari ini hanya mampu menggigit jari.
Selama ini mereka memperuntukkan berbilion Dollar untuk muncul sebagai kuasa besar, dan mempromosikan Liberal, hari ini ideologi itu dilihat ‘makan diri’ apabila rakyat mereka berkeras tidak mahu PKP.
(2) Kalau dikira dari mata kasar, COVID-19 tak nampak pun. Ia bukanlah kuasa besar. Ia tidak mempunyai negara. Tiada ideologi. Tiada akal untuk menyusun strategi untuk ‘menguasai dunia’.
Kita juga tahu bahawa COVID-19 tidak dapat ‘menyeberang’ untuk berjangkit dalam jarak 1 meter. Kita juga tahu hanya dengan sabun tangan menggunakan sabun mandi, sudah mampu membunuhnya.
Tak perlu bersusah payah menggunakan nuklear untuk membunuhnya. Tetapi hari ini semua kuasa-kuasa besar membimbangkannya. Itu baru virus yang kecil.
(3) Sebab itulah di dalam surah Fussilat ayat 15 dan 16 yang saya nyatakan tadi menggambarkan bahawa apabila Kaum Aad merasakan mereka paling hebat, lalu Allah S.W.T menjawab;
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً

“Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?”
Ayat ini mengajak kepada kita supaya berfikir bahawa Allah S.W.T yang menjadikan sesuatu itu daripada tiada kepada ada, jauh lebih hebat berbanding kuasa mereka. Sama juga seperti COVID-19, asalnya tiada, kemudian menjadi ada, seterusnya menggugat kuasa-kuasa besar.
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 29/4/2020
Wabak Coronavirus atau COVID-19

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails