Sunday, May 17, 2020

Gagasan ekonomi hijau pasca COVID-19

Projek GTFS sokong ekonomi hijau - Pendapat - Sinar Harian
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Gagasan ekonomi hijau pasca COVID-19

BIRO Statistik Buruh Amerika Syarikat melaporkan ekonomi negara Uncle Sam sedang berhadapan kemeruduman terburuk dalam tempoh hampir 80 tahun. 

Pada tahun 2008 lalu, Amerika telah berhadapan dengan krisis subprima. Mereka merancakkan semula ekonomi dengan mencipta kira-kira 22 juta peluang kerja yang baharu. Kini setelah 12 tahun berlalu, jumlah kes COVID-19 yang telah mencecah 1.3 juta di Amerika atau 33 peratus daripada kes seluruh dunia sedang mencatatkan kadar pengangguran tertinggi sejak 1948 iaitu 14.7 peratus. Lebih kurang 20 juta pekerjaan hilang dalam tempoh dua bulan.

Bulan lalu, International Monetary Fund (IMF) membuat anggaran KDNK baharu. IMF menganggap Great Lockdown 2020 adalah krisis ekonomi terburuk berbanding Great Depression 1929 dan Global Financial Crisis 2008. Anggaran pertumbuhan ekonomi dunia disasarkan pada -3.0 peratus berbanding 2.9 peratus pada tahun 2019. 


Di negara maju lebih teruk iaitu pada -6.1 peratus, manakala di negara sedang membangun pula -1.0 peratus. Jumlah kumulatif kerugian kepada KDNK global pada tahun 2020 dianggarkan sekitar 9 trilion iaitu lebih kurang kombinasi KDNK Jepun (5 trilion) dan Jerman (4 trilion).


Pelan Pemulihan atau Pembinaan Semula?
Kebanyakan penganalisis dan pakar ekonomi meramalkan beberapa pelan pemulihan ekonomi berdasarkan beberapa bentuk. Paling optimistik ialah Z-Shaped, manakala paling pesimistik ialah L-Shaped. Namun, kebarangkalian boleh juga berlaku dalam bentuk V-Shaped dan U-Shaped. 
Semua ini bergantung kepada sejauhmana tindakan balas permintaan dan penawaran pelbagai sektor. Walau bagaimanapun, perspektif baharu yang dikemukakan oleh Nobel Laureate, Muhammad Yunus lebih menarik. Pemulihan ekonomi bergantung kepada soalan yang akan dikemukakan.
“Do we take the world back to where it was before the crisis or do we redesign the world?”
Bertanya soalan yang betul adalah sebahagian daripada jawapan. Pilihan ada pada diri kita sendiri sama ada kita mahu kembali kepada norma ekonomi sebelum krisis atau membuka lembaran ekonomi baharu (tabula rasa). Ekonomi sepertimana politik ialah alat (means) untuk mencapai matlamat lebih besar. COVID-19 memaksa hampir seluruh negara berada dalam mod ‘lockdown’ dan pada masa yang sama memulih ekosistem persekitaran dunia. 
Oleh sebab itu, World Economic Forum telah mula mendiskusikan lebih banyak kebarangkalian  ‘planetary crises’ akan datang. COVID-19 adalah ‘wake-up call’. Perencanaan ekonomi baharu bukan bersifat reaktif kepada bencana sosial, sebaliknya bersifat adaptasi dan mitigasi. Ia bukan perkara asing bahkan pernah diuar-uarkan dalam dekad 1980-an. 
Satu laporan khas, Laporan Brundtland telah dikemukakan pada tahun 1987 ekoran daripada World Commission on Environment and Development (WECD) 1983. 
Ia disiapkan dalam keadaan dunia berhadapan dengan beberapa bencana sosial antaranya kemarau di Afrika, letupan reaktor nuklear di Chernobyl, kebocoran gas kimia di Bhopal dan pencemaran sisa toksik di Rhine River.
Laporan Brundtland 1987 juga telah mendefinisikan ‘sustainable development’ secara tuntas iaitu, “development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs”. 
Susulan itu muncul satu lagi laporan yang digarap oleh London Environmental Economic Centre (LEEC) kolaborasi bersama Department of Economics of University College London untuk diserahkan kepada Department of Environment United Kingdom sebagai respons kepada Laporan Brundtland.
Laporan yang dinamakan sebagai Blueprint for a Green Economy 1989 (The Pearce Report) bertujuan untuk menzahirkan peranan ekonomi alam sekitar dalam mencorak pembangunan negara dan mengangkat tema ‘sustainable development’. 
Sekarang bukan lagi menuju ke arah agenda pemulihan (recovery) tetapi agenda pembinaan semula (reconstruction) ekonomi baharu. Kemanusiaan dan kelestarian alam harus menjadi ‘centre stage’, bukan atas faktor ekonomi atau keuntungan semata-mata. Ia mesti berubah. Sekarang.
Kesatuan Eropah pada akhir tahun 2019 telah melancarkan The European Green Deal  sebagai ‘roadmap’ untuk menjadikan Eropah sebagai benua pertama menuju ke arah ‘climate-neutral’. Setakat ini 17 daripada 27 negara dalam Kesatuan Eropah berikrar untuk menjadikan European Green Deal sebagai agenda utama pembinaan semula ekonomi di rantau itu. 
Tidak ketinggalan Parti Demokratik Korea Selatan yang memenangi pilihan raya pertengahan April 2020 juga telah bersedia untuk mencanai sebahagian manifesto mereka yang berteraskan The Green New Deal (EU style).
Lebih menarik International Mother Earth Day pada 22 April 2020 lalu berlaku ketika dunia berada di kemuncak pandemik COVID-19. Maka, enam poin utama ‘climate related actions’ yang terkandung dalam ucapan Setiausaha Agung PBB harus diteliti secara serius. Transisi daripada ‘Grey Economy’ kepada ‘Green Economy’ mesti menjadi agenda bersama. 
Paling penting, apa pilihan Malaysia?
MIOR ISFANDY MIOR AZIZAN – HARAKAHDAILY 11/5/2020
Lihat sebelum ini..

PH Derhaka, Wajib Dihukum.. Mengapa?



Undi Tidak Percaya Hanya Untuk Menutup Pekong 22 Bulan PH


Sejak tumbang di Putrajaya, Pakatan Harapan dilihat tidak dapat menerima kenyataan mereka telah kehilangan kuasa akibat dari kerakusan mereka sendiri.
Pakatan Harapan secara berterusan menyalahkan pihak lain yang mereka dakwa menjadi punca kepada kehilangan kuasa mereka.
Sikap degil, tamak dan rakusnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berebutkan pangkat dan kuasa dilihat semakin melampau-lampau sehingga sanggup menderhaka terhadap DYMM SPB YDP Agong dan tidak mempedulikan saat negara sedang dilanda wabak Covid-19.
Tindakan Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution dan Shafie Apdal mempertikaikan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri adalah satu kesalahan yang sangat serius dan tidak boleh dipandang remeh.
Tindakan derhaka ini WAJIB dikenakan tindakan dan dihukum setimpalnya.


Kes yang sama pernah berlaku di negeri Perak. Karpal Singh mempertikaikan kuasa budi bicara Sultan Perak dalam melantik Menteri Besar.
Sebulan setengah selepas itu, pada 17 Mac 2009, Karpal Singh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali (BACA DI SINI).
Karpal Singh akhirnya didapati bersalah kerana menghasut oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Februari 2014 dan telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 sekaligus menghilangkan kelayakan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor (BACA DI SINI).
Peguam Negara mesti memandang serius perkara ini, agar perbuatan menderhaka ini tidak akan menjadi trend atau dipandang remeh oleh golongan politik, seolah-olah kuasa dan pengaruh politik yang ada pada mereka mengatasi kuasa SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu.
Malah, jika dibandingkan penderhakaan Karpal Singh dengan tindakan Khalid Samad, Dr. Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution dan Shafie Apdal sebenarnya jauh lebih berat kerana mereka mempertikaikan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara yang berkedudukan lebih tinggi daripada Sultan Negeri.
Sikap terdesak Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang menimbulkan persoalan.
Apakah sebab sebenar pemimpin Pakatan Harapan dilihat tidak sabar-sabar mahu mendapatkan semula kuasa pemerintahan?
Umum tahu mengenai karakusan dan sifat haloba Pakatan Harapan terhadap kuasa.
Namun sikap terdesak Pakatan Harapan yang dilihat sangat terdesak untuk menjatuhkan kerajaan sekarang seberapa segera yang boleh sehingga sanggup mengenepikan masaalah wabak Covid-19, malah sanggup menderhaka kepada SPB YDP Agong menimbulkan persoalan yang sangat besar.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrol telah memberikan sedikit gambaran apa sebenarnya yang cuba disembunyikan Pakatan Harapan dengan merencanakan kejatuhan kerajaan sekarang dengan seberapa segera yang boleh.
Seperti yang pernah disiarkan laman blog ini, Tengku Zafrol mempersoalkan kewajaran Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng menambah hutang luar negara berpuloh bilion ringgit sedangkan keadaan kewangan negara adalah sangat kukuh (BACA DI SINI), (DI SINl) dan (DI SINI).
Sepanjang hampir 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan telah membawa perlembagaan dan perundangan negara ke era yang paling gelap dengan bertopengkan laungan Rule of Law mereka.


Kes rasuah banglo Lim Guan Eng, kes pembunuhan Allahyarham Adib, kes fitnah Rafizi, kes penglibatan ahli politik DAP dengan pengganas LTTE dan banyak lagi kes digugurkan tanpa apa-apa perbicaraan.
Itu tidak lagi termasuk beberapa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Kewangan yang melelong berbilion ringgit aset strategik negara di TH, Khazanah Nasional dan IHH.
Sebenarnya inilah yang amat ditakuti oleh Pakatan Harapan.


Kehilangan kuasa secara tiba-tiba membuatkan mereka tidak mempunyai ruang dan peluang untuk membuat 'clearance' dan kini segala maklumat sudah berada dalam simpanan kerajaan sekarang.
Lebih merisaukan Pakatan Harapan bila Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara, Latheefa Koya juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM secara tiba-tba dan Hamid Bador pula akan ditamatkan kontrak dalam masa terdekat.
Lantas bagi Pakatan Harapan, kerajaan sekarang mesti dijatuhkan dengan seberapa segera sebelum pekong sebenar mereka didedahkan

Kredit :
Editor Malaysia

Bantu Saudara Seagama Di Negara Lain, Apa Kata Duta Khas PM Ke T/Tengah.

Pelarian Myanmar tuntut jaminan keselamatan | ASEAN | Berita Harian
Myanmar usir pelarian Rohingya | Astro Awani
Insafi kesusahan saudara seagama- Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Menyedari tanggungjawab sebagai manusia adalah kunci kepada jawapan mengapa umat manusia tidak sepatutnya mengabaikan kesusahan saudara seagama.

Menurut Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manusia yang dijadikan oleh Allah SWT untuk beribadah di muka bumi ini perlu menyedari bahawa kehidupan bukan hanya semata-mata berkisar di dunia,
Katanya, manusia harus sedar, ia dicipta oleh Allah untuk memakmurkan bumi khususnya dalam hubungan sesama manusia seperti tolong menolong dan menghidupkan hubungna tersebut.
“Kita perlu menyedari bahawa hidup kita bukan untuk makan, (sepatutnya) makan untuk hidup, makan untuk hidup dalam dunia sementara waktu sahaja.
“Dunia semata-mata sangat pendek, kita mesti percaya bahawa perjalanan manusia ini bukan sahaja di dunia, tapi panjang sehingga ke akhirat,” ujarnya.
Justeru itu, umat Islam sepatutnya menjadikan kehidupan di dunia sebagai tempat untuk mencari bekalan di akhirat sana.
Mengulas lanjut, katanya kehidupan di dunia terlalu pendek untuk dibandingkan dengan alam barzakh dan akhirat sana yang mana kehidupannya memakan masa beribu-ribu tahun berbanding kehidupan yang ada ketika ini.
“Kehidupan yang pertama di dunia ini, panjang umur sampai 1,000 tahun, dalam kubur, berapa lama? Lebih beribu-ribu tahun lagi, mungkin lebih lama, terlalu lama.
“Alam barzakh sudah lama, maka alam kiamat lebih lama lagi, dimana dunia adalah tempat kita sediakan bekalan, Allah SWT memberi anugerah kepada umat islam.
“Satu amalan yang baik, diberi sekurang-kurangnya 10 kali ganda, semangat fisabilillah 70 kali ganda, dan ada ibadat yang lebih daripada itu, tidak tahu gandanya.
“Contohnya puasa, lain-lain seperti ‘lailatul qadar’, lebih baik dariapda 1,000 bulan, bersamaa 80 tahun lebih, 1 malam,” katanya dalam satu sesi temubula bersama Assalamualaikum di TV Alhijrah bersempena sambutan mengingati Hari Nakbah.
Ulas beliau lagi, tanggungjawab yang diberikan Allah SWT ini merupakan kelebihan buat manusia dan harus dimanfaatkan dengan amalan-amalan yang baik termasuklan menjaga dan memelihara hubungan sesama manusia dan bukan hanya hubungan dengan Allah SWT.
Katanya, Allah SWT menjadikan hubungan sesama manusia ini mempunyai banyak kebaikan didalamnya seperti pahala mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, pahala memberi sumbangan, pahala mengeratkan persaudaraan, bahkan membantu binatang juga diberi ganjaran pahala.
“Membantu binatang pun dapat pahala, bukan sahaja sama-sama manusia, tanpa mengira mereka baik dan jahat, kalau niat kita baik, Allah akan jadikan suatu kebaikan.
“Pahala kepada kita yang benar-benar ikhlas, yang penting keikhlasan kita, ini sangat penting yang kita kena sedar dan kita kena manfaatkan kehidupan dunia ini dengan kerja-kerja kebajikan seperti untuk Palestin, Rohingya dan lain-lain,” ujarnya,
Beliau berkata demikian mengulas soalan moderator Amie Sofia dalam rancangan khas yang disiarkan stesen TV-Alhijrah pagi ini yang bertanyakan saranan beliau terhadap sikap sesetengah individu yang mengecam tindakan membantu saudara-saudara seagama di negara-negara lain. – HARAKAHDAILY 17/5/2020

Episod Kedah Tular Ke S'ngor? MBnya 'tak halang ADUN' Tinggal PH...


APAKAH episod politik di Kedah akan menular ke Selangor? Khabarnya 10 dari 19 Adun PKR Selangor merupakan pentaksub Azmin Ali. PH sekarang memiliki 43 Adun, manakala PN pula 13. 

Dikatakan pula, kemungkinan kedudukan boleh bertukar PH 33 – PN 23? Tidak dapat ditolak juga Adun DAP dan PAN pun intai peluang?
Lihat berita ini pula...
MB Selangor tak halang ADUN yang ingin tinggalkan PH

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa daripada meninggalkan Pakatan Harapan (PH) Selangor jika mereka berhasrat sedemikian.

Tapi dalam masa yang sama. beliau menepis khabar angin bahawa sejumlah Adun PKR di negeri itu kini sedang menunggu waktu yang sesuai untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

"Saya sangat yakin mereka (Adun PH) kekal bersama, tetapi kalau mereka sudah nekad (untuk menyertai PN), saya tak akan halang. Sepertimana pendirian Anwar Ibrahim, ini negara demokrasi.
"Akan tetapi mereka harus memikirkan baik buruk dan kesan langsung (daripada tindakan itu)," katanya lagi.

Menyuarakan keyakinannya terhadap para Adun PH di Selangor, Amirudin berkata beliau yakin khabar angin itu adalah percubaan untuk mengalih perhatian daripada masalah yang dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Mereka yang buat cerita itu hanya bermimpi di siang hari. Saya yakin dengan sikap para adun kita yang tegas.

"Dalam siaran media yang dibuat bersama pimpinan PH baru-baru ini mereka memaklumkan komitmen kepada dasar dan kerajaan PH di Selangor.

"Saya anggap hal itu hanyalah propaganda murahan semata-mata untuk menggoncang dan mencalarkan kredibiliti kerajaan negeri, malah cuba melarikan (perhatian) daripada kegagalan pihak tertentu melaksanakan tugas semasa menangani wabak Covid-19, atau menutup masalah mereka yang lebih besar kerana tiada kesepakatan dalam kerajaaan PN," katanya.

Beliau diminta mengulas khabar angin yang mendakwa lebih 10 Adun PKR di Selangor sedia meninggalkan PH untuk menyertai PN.

Mereka yang didakwa sedia berbuat demikian dikatakan daripada kem Azmin Ali, bekas timbalan presiden PKR yang menyertai Bersatu pada Februari lalu. – Tun Carlos

MB Kedah Baru Muhammad Sanusi, Angkat Sumpah 2 Petang ini..

KUMPULAN wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.
KUMPULAN wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.


ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14, pada jam 2 petang ini.
Pada jam 10 pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebelum diikuti pengumuman pelantikan Menteri Besar baharu.


Pengumuman terbabit akan dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sebelum majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Ketika ini, kumpulan wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman di sini, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu. (BH)

Mukhriz, Nasi Jadi Bubur. Gemilang Bapanya Pudar.


Mukhriz, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’


DRAMA politik di Kedah sejak Selasa lalu nampaknya mengesot ke penghujung. Apa pun Mukhriz Mahathir tidak boleh salahkan orang lain.
Tindakannya sejak awal lagi menyimpang dengan Bersatu Pusat. Bersatu sudah mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH). Itu mukadimah yang berlaku.
Sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz sedia maklum. Keputusan keluar PH muktamad. Soal sah atau sebaliknya itu isu kedua.
Peliknya tiba-tiba Mukhriz mahu bergantung hayat kepada PH di Kedah. Semua orang jadi pening. Sarjana politik pun tidak dapat merumus teori mana yang Mukhriz gunakan. Tidak berlaku dalam sejarah politik sebelum ini.
Sekiranya sejak awal Mukhriz mengikut kehendak majoriti, mungkin tidak berlaku 4 Adun Bersatu belot. Malah kedudukan Mukhriz sebagai MB mungkin tidak tergugat.
Sifir itu sudah berlaku di Perak. Ahmad Faizal Azamu pada 10 Mac lepas meletak jawatan. Ia berlaku selepas kerajaan PH di Perak tumbang.
Pada PRU lepas PH menguasai 30 kerusi Dun di Perak. PH terdiri daripada DAP (18), PAN (6), PKR (4) dan Bersatu (2). Manakala pembangkang pula – Umno 25 kerusi, PAS (3) dan Bebas (1).
Namun selepas Adun PAN dan DAP keluar parti, akhirnya kerajaan PH tumbang. PN Perak sekarang menguasai 35 kerusi. Dominasinya Umno 25 kerusi, PAS (3), Bersatu (4) dan tiga kerusi Bebas termasuk bekas DAP dan PAN.
Biarpun Bersatu ada 4 Adun, namun Ahmad Faizal selamat di kerusi menteri besar. Istana melantiknya semula.
Sedangkan ada dua lagi calon MB Perak iaitu Saarani Mohamad (Umno) dan Razman Zakaria (PAS) dalam senarai awal.
Ternyata percaturan Faizal mengena. Sepatutnya Mukhriz boleh mencontohi model itu. Namun kerana terlalu mengikut percaturan bapanya, akhirnya dia kecundang.
Jejaki Selangor
TIBA-tiba selepas hilang sokong Mukhriz meluahkan dia dikhianati ‘kawan-kawan’.
“Biasalah perasaan bila dikhianati kawan-kawan, sebelum ini berlaku di pusat dan sekarang di negeri. Nampaknya pengkhianatan berlaku macam-macam cara,” katanya seperti dilapor portal berita.
Mungkin Mukhriz lupa percaturannya sejak awal lagi silap. Teori dirintis Ahmad Faizal tidak mahu dimanfaatkan. Sebaliknya dia membuat percaturan sendiri.
Seandainya Mukhriz membawa Bersatu bersama Muafakat Nasional di Kedah, mungkin kedudukannya selamat. Bersatu di Kedah ada 6 Adun.
Apabila digabung dengan PAS dan Umno bermakna jumlahnya 23 Adun.
Itu belum lagi dikira 2 lagi Adun PKR yang tidak sebulu dengan Anwar Ibrahim.
Apabila dicampur dua bekas Adun PKR bermakna kekuatan PN bertambah kepada 25. Malangnya Mukhriz tidak memanfaatkan peluang itu.
Hari ini menteri besar dua kali itu umpama jatuh ditimpa tangga. Menjejaki apa yang dialami bapanya. Juga dua kali bergelar perdana menteri.
Namun akhirnya meletak jawatan di tengah jalan.
PN yang didominasi PAS sekarang memiliki 23 Adun. Mereka iaitu 15 daripada PAS, Bersatu (4), Umno (2) dan dua bekas PKR.
Sudah ‘geger’ di serata tempat esok kerusi Mukhriz di Wisma Darul Aman akan diduduki orang lain. Biarpun berkali-kali mengaku masih lagi MB, namun ia tidak lebih sebagai syok sendiri.
Nasi sudah jadi bubur. Kegemilangannya bapanya semakin pudar. Kata bekas pegawai tadbir diplomatik, Ashaari Mamat, zaman Dr Mahathir sudah berlalu.
Kisah yang menimpa Mukhriz sekadar mengulangi apa yang berlaku di Johor, Melaka dan Perak.
Namun harus ingat episod politik tidak terhenti di Kedah sahaja. Lambat laun akan menular ke Selangor. Khabarnya 10 daripada 19 Adun PKR di negeri itu merupakan pentaksub Azmin Ali.
PH sekarang memiliki 43 Adun, manakala PN pula 13. Kemungkinan kedudukan boleh bertukar PH 33 – PN 23.
Tidak dapat ditolak Adun DAP dan PAN pun intai peluang. Tunggulah episod seterusnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2020

'Lepas Tanpa Bebas RM1.25 Bilion' Tommy Thomas Terbabit?

TAN Sri Tommy Thomas. FOTO Arkib NSTP
SPRM berbohong - Tommy Thomas
BEKAS peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan sekali lagi bahawa beliau terbabit dalam isu melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kenyataannya hari ini, Tommy berkata dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPM) bahawa beliau yang membuat pertimbangan dan bersetuju melepaskan kes anak tiri Datuk Seri Najib Razak adalah tidak benar.
Katanya, pembabitan beliau hanya dalam keputusan untuk mendakwa Riza dengan lima pertuduhan dan melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram bagi mewakili pendakwaan.


"Selepas itu saya melepaskannya kepada Sri Ram dan pihak pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara. Pada 18 November 2019, peguam mewakili Riza menghantar representasi bagi menyemak semula dakwaan jenayah anak guamnya.
"Ia diterima oleh Jabatan Peguam Negara dan tiada apa yang salah kerana ia adalah kebiasaan. Sama ada saya secara peribadi bersetuju dengan permohonan mereka untuk membebaskan adalah isu berbeza dan saya tidak," katanya.
Menurutnya, surat itu diberi kepada Sri Ram untuk dilihat dan memberi maklum balas kepadanya.
"Pada 28 Februari 2020, saya meletak jawatan sebagai peguam negara. Sehingga peletakan jawatan itu saya tidak menerima sebarang nasihat berhubung perkara itu.
"Ketika pengurusan kes di Mahkamah Sesyen pada 12 Mac 2020, Timbalan Pendakwa Raya memohon tarikh baru untuk kes itu bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara membuat keputusan berhubung representasi yang dikemukakan oleh Riza itu," katanya.
Ketika itu Tommy berkata Timbalan Pendakwa Raya meminta masa supaya Peguam Negara yang baharu boleh mengkaji dahulu representasi itu.
"Kes itu kemudian ditangguhkan ke 2 April dan peguam sendiri menyatakan masih menunggu jawapan daripada Jabatan Peguam Negara. Pada pengurusan kes bertarikh 14 Mei 2020, Hakim Mahkamah Sesyen melepaskan tanpa membebaskan Riza atas permohonan Sri Ram.
"Keputusan itu dibuat selepas saya melepaskan jawatan iaitu antara 2 April hingga 14 Mei lalu. SPRM mempunyai pengetahuan berhubung perkara ini dan jelas kenyataan mereka bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan Riza bukan daripada saya," katanya.
Bagi membetulkan perkara itu, Tommy berkata beliau menafikan perkara itu Khamis lalu bagaimanapun terkejut apabila SPRM tetap bertegas bahawa ia adalah selepas persetujuan dan pertimbangan daripadanya.
"SPRM tetap dengan penipuan walaupun kebenaran sudah ditunjukkan kepada mereka. Jika benar saya ambil keputusan untuk melepaskan tuduhan terhadap Riza sepatutnya pada atau sebelum 28 Februari lalu.
"Saya percaya ini akan membetulkan dakwaan mereka. Kebenaran dan fakta adalah penting bagi saya," katanya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails